Novel : Biar aku jadi penunggu 13

15 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Pia, kemas barang, kita balik KL terus.” Pesan Afeef selepas mereka balik dari klinik. Iffat yang baru sahaja menutup pintu kereta hanya mendiamkan diri. Dia tahu Afeef memarahinya. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tadi, dia langsung tak bercakap sepatah pun dengan Iffat. Ada sepatah dua sahaja perkataan yang keluar dari mulut itu. Itupun dengan Afia.

“Alaa..apa abang ni? Tadi elok aja. Ni dah nak balik pulak.” Rungut Iffat dengan keputusan abangnya.

“Jangan nak mengada boleh tak. Ikut aja kenapa. Kalau tak nak, abang balik sendiri. Pandai-pandailah Pia balik nanti.” Marah Afeef lagi apabila Afia merungut dengan keputusannya.

“Alah.. yela yela..” balas Afia malas. Mula dia buat buat muka menyampah dengan abangnya. Jalan pun menghentak-hentak kaki masa balik ke bilik.

“Macam budak kecik!” tambah Afeef lagi melihat muka Afia yang masam mencuka siap dengan muncung sekali. Iffat hanya memerhati dua beradik itu. Dia masih mendiamkan diri.

Sampai di bilik, Afeef terus mencapai beg baju yang diletak di tepi pintu tadi dan melangkah semula keluar untuk pergi ke bilik Afia. Hatinya masih sakit dengan Iffat. Iffat hanya buat muka selamba duduk di birai katil dan dicapai telefon bimbit di dalam beg tangan. Sengaja dia berbuat begitu mengelak dari bertentang mata dengan Afeef yang sedang marah. ‘Pergilah kau balik cepat-cepat.’ Kata Iffat sendirian. Itu lebih baik daripada terpaksa berhadapan dengan Afeef dua hari itu.

“Kalau kau rasa kau tu isteri orang, pandai-pandailah.” Sindir Afeef pedas kepada Iffat sebelum dia melangkah keluar. Iffat yang mendengar rasa terpukul dan secara automatik dia bangun dan menarik lengan Afeef yang mula melangkah.

“Apa kau kata?” tanya Iffat. Dia merasakan bahang mula menular di dalam hatinya.

“Kau pekak ke buat-buat tak dengar..” balas Afeef selamba sambil mengarahkan pandangan matanya ke tangan Iffat yang masih teguh di lengannya. Panas dirasakan tangan itu. Tetapi lain pula yang dirasakan di hatinya. Serta merta Iffat melepaskan tangannya.

“Kau…” kata Iffat terhenti. “Huh!” Iffat mendengus geram. Bertambah sakit hatinya bila Afeef cuba mengingatkannya tentang status dirinya.

“Kau..kau apa? Tak tahu nak cakap apa dah?” tambah Afeef lagi sengaja ingin menyakitkan hati Iffat. Iffat menentang pandangan mata Afeef.

“Kau tak payah nak ingatkan aku. Ingat sikit diri kau tu!” Balas Iffat dengan suara yang tertahan. Sungguh dia tahu lagi batas-batas seorang isteri dan belum pernah lagi selama ini dia berlaku curang di belakang Afeef.

“Apa maksud kau?” tanya Afeef bila merasakan Iffat seperti menyindirnya.

“Siapa yang makan julap, dialah yang cirit-birit” balas Iffat selamba. Suka hati dia aja nak tukar perumpamaan melayu. Dalam hati dah tergelak golek-golek. Iffat berpaling membelakangkan Afeef. Afeef tiba-tiba memegang kuat bahunya supaya Iffat berhadapan dengannya. Terpusing badan Iffat mengadap Afeef dan terdorong sikit badannya merapati badan lelaki itu. Dengan beraninya juga dia melawan pandang mata Afeef.

“Apa maksud kau ni!” tanya Afeef lagi dengan suara yang sudah naikkan satu key.

“Sakitlah…Lepaskan..!” marah Iffat pula apabila mula merasakan cengkaman tangan Afeef kuat di bahunya. Dadanya berombak kencang bila berada dekat dengan Afeef begitu. Hanya beberapa inci sahaja memisahkan badan mereka. Tangannya cuba menolak pegangan tangan Afeef di bahu, namun gagal malah Afeef semakin kejap memegang.

“Kau cakap dulu, apa sebenarnya yang kau nak cakap!” balas Afeef dengan tangannya masih di bahu Iffat.

“Abang!” teriak Afia tiba-tiba. “Apa abang buat ni!” Dia dapat melihat wajah Iffat yang sedang menahan sakit itu. Serta-merta tangan Afeef terlepas dari bahu Iffat. Iffat bergerak menjauh dari Afeef.

“Kenapa ni?” tanya Luqman pula yang tiba-tiba datang. Dia terdengar suara Afia yang meninggi memanggil abangnya tadi dari dalam bilik. Hayati pun turut ada bersama di dalam bilik kerana mereka tadi balik untuk menukar baju yang kotor selepas menyertai salah satu aktiviti reunion mereka. Tiga pasang mata itu terarah kepada Luqman. Iffat sedang menggosok-gosok bahunya yang terasa sengal itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri.

“Feef, kau nak ke mana dengan beg ni?” tanya Luqman lagi apabila soalannya yang tadi tidak berjawab.

“Err.. aku nak balik KL la Man..” Jawab Afeef sambil mengalih pandang ke wajah Iffat yang sedang berkerut itu.

“Laa.. kenapa nak balik awal? Program kita baru nak mula la Feef..” Terang Luqman.

“Aku ada hal la Man, aku kena balik sekarang. Next time aku joint kau orang. Sorry sangat. Kau kirim salam aja dengan dia orang eh.” Balas Afeef. Sememangnya dia dah tiada hati untuk menyertai program reunion mereka kerana Iffat.

“Oh ya ke.. Kau pun balik jugak ke Fat?” tanya Luqman lagi kepada Iffat yang mesih memegang bahunya.

“Ha’ah.. dia balik sekali dengan aku.” Pintas Afeef belum sempat Iffat menjawab pertanyaan Luqman. Dia membulatkan matanya memandang Iffat memberi isyarat supaya mengiyakan sahaja kata-katanya.

‘Kurang asam betul mamat ni. Suka hati dia aja nak buat keputusan untuk aku. Apa masalah mamat ni sebenarnya?’ rungut Iffat sendiri.

“Err.. ha’ah.. Sorry ya Man. Tak dapat nak joint.” Balas Iffat perlahan sambil menghadiahkan jelingan kepada Afeef yang memandangnya.

Afia sudah menggaru kepalanya yang tak gatal melihat aksi abang dan kakak iparnya. ‘Ahh.. sudah..Apa cerita pulak ni? Bila masa pulak Kak Iffat kata nak balik?’ Afia bertanya dalam hatinya. Pelik dengan perangai dua makhluk Allah itu. Tadi bukan ke tengah bergaduh sakan. Sampai saja Luqman, terus macam takda apa-apa.

“Hmm.. okeylah kalau macam tu. Takpalah. Aku tahu, kau orang pun dah lama tak jumpa kan. Mesti ada benda nak bincang. Takpa, nanti aku beritahu pengarah program.” Jawab Luqman lembut. Dia tahu pasangan di hadapannya itu memang tengah ‘hot’. Dia nampak mata masing-masing menikam antara satu sama lain.

“Siap kemas-kemas ni nak ke mana?” tanya Hayati pula yang tiba-tiba muncul dengan mendukung Farhan. Dia nampak Iffat sedang mengemas barang-barangnya dimasukkan ke dalam beg. Afeef pula sudah memegang sebuah beg. Afia yang duduk bersila di atas katil juga telah bersedia dengan sebuah beg.

“Aku nak balik KL Yat. Tak dapat nak joint kau orang.” Balas Iffat lemah. Sempat juga matanya menjeling ke arah Afeef yang berbual dengan Luqman di tepi pintu yang terbuka itu.

“Laa.. awal sangat kau nak balik Fat?” tanya Hayati lagi yang kehairanan dengan perangan sahabatnya itu. Afia sudah melayan Farhan yang diletakkan di sisinya. Mengekek si kecil itu bila Afia menggeleteknya.

“Aunty, siapa tu?” Tanya Farhan menunjuk ke arah Afeef yang memandangnya.

“Oh.. tu Uncle Afeef. Kawan Aunty Fat.” terang Afia kepada si kecil itu. Kalau diterangkan siapa Afeef sebenar, bukannya si kecil itu faham. Farhan hanya tersenyum apabila Afeef melambaikan tangan kepadanya.

“Err,.. aku ada hal la Yat.” Balas Iffat perlahan sambil mengarah pandangannya kepada Afeef. Dengan reaksi itu, Hayati faham ianya mesti ada kaitan dengan Afeef.

“Hmm.. Sabarlah Fat..” pujuk Hayati seraya memegang bahu Iffat perlahan.

“Aduh!” Spontan Iffat mengaduh perlahan. Terasa sengal bahunya walaupun Hayati hanya menyentuh perlahan.

“Kau kenapa ni?” tanya Hayati pelik apabila Iffat sudah memegang bahunya.

“Err.. takda apa-apa..” balas Iffat pendek. Terus dia menutup beg yang sudah siap dikemas itu dan berdiri mendapatkan Afia dan Farhan yang duduk di katil sebelah. Lelaki di luar itu tidak habis menjelingnya dari tadi. ‘Juling tahulah!’ kutuk Iffat sendiri.

“A’an.. give me a kiss” kata Iffat sambil menyuakan pipinya kepada Farhan.

“Mmuahh..” Farhan dengan senang hati menghadiahkan ciuman ke dua belah pipi Iffat. Begitu juga dengan Afia.

Luqman dan Afeef pula datang menghampiri. Afeef menghulur tangan kepada Farhan lalu di dukung si kecil itu dalam pelukannya. Farhan tidakk menolak. Memang si kecil itu tidak takutkan sesiapa sejak lahir lagi. Untuk menjaganya pun mudah, tidak banyak ragam.

“Siapa nama hansome boy ni?” tanya Afeef seraya menghadiahkan ciuman ke pipi Farhan.

“A’an Uncle!” balas Farhan manja sambil memaut leher Afeef. Sedikit teruja Iffat melihat keadaan itu. Indah sekali. Memang lagak seorang papa yang penyayang.

“Oh.. A’an..” Giliran Farhan pula mencium kedua belah pipi Afeef. Sunggung kanak-kanak itu memang mudah mesra dengan sesiapa pun.

“Okey A’an.. Uncle dah nak balik tu. Jom ikut ayah.” Kata Luqman pula sambil mengambil Farhan dari dukungan Afeef.

“Okeylah Man, kita orang gerak dululah. Kirim salam kat semua ya.” Balas Afeef sambil menyalami sahabatnya itu. Afia dan Iffat pun berbuat yang sama kepada Hayati.

“Get well soon Feef and all the best kawan!” Pesan Luqman dengan senyuman yang penuh makna kepada Afeef dan Iffat sebelum mereka berlalu ke tempat letak kereta. Iffat dan Afeef hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata itu. Ayat yang mula-mula itu lebih kepada Afeef yang masih demam itu. Tetapi ayat kedua itu memang dituju khas untuk keduanya.

Sampai ke tempat letak kereta, Iffat sudah meloloskan dirinya ke dalam kereta. Begitu juga dengan Afia yang sudah mula menghidupkan enjin kereta Toyota Vios kepunyaan abangnya itu. Afeef masih berkira-kira untuk menaiki keretanya kerana Afia yang akan memandu. Tetapi di menoleh pula ke arah Iffat di sebelah kirinya yang baru hendak menghidupkan enjin kereta. Disebabkan pintu kereta Iffat masih belum tertutup, Afeef dengan pantas menarik semula kunci kereta Iffat.

“Hey! Apa ni?” marah Iffat dengan tindakan Afeef yang tiba-tiba itu. ‘Dah la paksa aku balik sekali, ni apa kes pulak tiba-tiba main rampas-rampas pulak ni.’ Rungut hatinya geram dengan tindakan Afeef.

“Disebabkan aku yang suruh kau balik, apa kata kau naik aja kereta aku. Kereta kau bagi Pia yang drive.” Kata Afeef sambil tersenyum makna.

“Eh.. apa pulak. Siapa yang nak naik kereta kau tu.” Balas Iffat geram.

“Fine! Terpulang. Kunci kereta kau aku tak kasi.” Jawab Afeef selamba sambil memasukkan kunci kereta Iffat ke dalam poket seluarnya. Dalam hati dah tergelak jahat melihat muka merah padam Iffat menahan marah.

“Hish! Kau ni kan..” balas Iffat dengan jari telunjuk mengarah ke muka Afeef.

“Whatever” jawab Afeef selamba. Afia dari tadi malas masuk campur pertengkaran antara keduanya, dia hanya melihat dan sesekali menggelengkan kepala apabila merasakan pasangan itu berperangai seperti budak tak cukup umur. Walhal masing-masing hampir mencecah 30 tahun.

“Yela yela..” balas Iffat geram. Terasa ingin dipukul kepala Afeef tika itu bagi membetulkan saraf otaknya yang rosak. Asyik nak menyakitkan hatinya sahaja. Afeef sudah tayang giginya apabila melihat Iffat mengambil tempat Afia tadi. Afeef terus menyerahkan kunci kereta kepada Afia yang masuk ke dalam kereta Iffat. Dia tahu adiknya itu akan menurut segala perintahnya tanpa ada banyak bantahan.

“Pia, drive carefully” pesan Afeef sebelum Pia menutup pintu kereta. Afia hanya menunjukkan isyarat okey kepada abangnya. Dia menyuruh Afia jalan dahulu.

“Wait wait..”kata Afeef tiba-tiba kepada Iffat yang sedang menarik tali pinggang.

“Apa lagi kau ni?” marah Iffat dengan suara sedikit tinggi kerana dia semakin meluat dengan kerenah Afeef yang menyakitkan hatinya.

“Aku nak drive, kau duduk sini” perintah Afeef seraya keluar dan beralih tempat Iffat. Iffat hanya menurut tanpa banyak soal. Dia hanya menjeling apabila dilihatnya Afeef tersenyum lebar apabila kemenangan di pihaknya.

‘Suka sangat kau ya. Takpa, takpa. Nasib baik aku naik kereta kau’ kutuk Iffat.

“Kau kan demam. Boleh ke drive?” tanya Iffat mendatar tanpa memandang muka Afeef di sebelah yang bersedia untuk memulakan perjalanan.

“InsyaAllah..” balas Afeef pendek. Iffat hanya diam mendengar jawapan dari mulut Afeef itu. Malas dia bersoal jawab dengan Afeef lagi. Hanya menambahkan sakit hatinya sahaja. Kalau bersoal jawab pun, bukannya Afeef nak mendengar katanya. Balik-balik dua yang kena dengar kata Afeef. Dia juga yang mengalah.

Setengah jam perjalanan, Iffat perasan yang Afeef sedikit gelisah. Sekejap-sekejap dia memegang kepala. Sesekali mengurut belakang lehernya. Ternampak peluh yang mula memercik di dahi Afeef padahal dalam kereta itu cukup sejuk dengan penghawa dingin yang terpasang.

“Feef, kau ni okey ke tak?” tanya Iffat apabila wajah Afeef yang kian pucat. Tiada sebarang jawapan daripada Afeef. Tetapi lelaki itu memperlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan. Nasib baik juga jalan yang mereka lalui itu lengang dengan kenderaan. Afia pula sudah tidak kelihatan di hadapan. Afeef menyandarkan kepalanya sambil tangan memicit-micit kepala.

“Dah, kau duduklah sini. Bagi aku drive.” Kata Iffat selepas meraba sedikit dahi Afeef yang berpeluh itu. Panas! Sah demamnya tadi belum kebah. ‘Perasan kuat betul mamat ni!’ kutuk Iffat. Afeef pula tanpa banyak soal beralih ke tempat duduk Iffat.

“Dah demam, buatlah cara demam.” Kata Iffat perlahan tapi masih jelas di pendengaran Afeef. Afeef hanya diam tak membalas. Dilihat lelaki itu memejamkan matanya. Cermin mata yang dipakainya sudah ditanggalkan dan diletak ke dalam dashboard. ‘Nasib baiklah kepala aku berdenyut-denyut ni Fat’gerutu Afeef dalam hatinya apabila mendengar Iffat menyindirnya.

Dilihat badan Afeef sedikit menggigil menahan kesejukan ditambah pula dengan hujan diluar. Iffat hanya menoleh sekilas ke sisinya. Timbul rasa kasihan melihat Afeef yang berkeadaan begitu memandangkan lelaki itu hanya mengenakan t-shirt lengan pendek tanpa koler dan seluar pendek yang melepasi lutut.

Iffat memberi isyarat untuk berhenti. Dia mencapai beg sandang yang dibawanya tadi dan mengeluarkan sehelai selendang tebal yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. Lebih-lebih lagi apabila di dalam bilik yang berhawa dingin. Dia menyelimutkan ke badan Afeef. Dia nampak Afeef membuka mata dan memandangnya apabila dia meletakkan selendang tersebut ke badan Afeef.

“Thanks” terdengar suara lemah Afeef.

“Hmm..” pendek jawab Iffat sebelum memulakan perjalanannya semula.

Sepanjang perjalanan Afeef hanya tidur dan sesekali Iffat menoleh ke sisinya melihat keadaan Afeef. Hujan yang lebat membuatkan Iffat lebih menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Dalam perjalanan itu juga sebenarnya Afeef sengaja memjamkan matanya. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Iffat yang tekun memandu. Teringin sekali dia melihat Iffat tersenyum manis kepadanya seperti Iffat tersenyum dengan orang lain. Sukar sungguh untuk dia melihat bibir itu tersenyum seperti dulu ketika mereka bersahabat baik. Kali terakhir dia melihat Iffat tersenyum pun semasa menghantarnya di airport dulu. ‘hmm..’ Afeef mengeluh sendiri apabila teringatkan apa yang telah dilakukan kepada Iffat.

……………………………

“Afeef, dah sampai rumah kau ni.” Iffat menyentuh sedikit bahu Afeef untuk mengejutkan lelaki itu. Jam menunjukkan hampir masuk waktu zohor. Dia dapat melihat juga keretanya terletak elok di bawah garaj rumah banglo sederhana besar itu bersama-sama kereta penghuni rumah tersebut. Sengaja dia memberhentikan kereta Afeef di tepi pagar supaya mudah untuk di keluarkan keretanya nanti. Afeef membuka matanya dan melihat Iffat sudah keluar daripada kereta dan mencapai beg sandangnya.

Iffat terus melangkah ke keretanya untuk melihat sama ada kunci keretanya masih ada atau tidak di tempatnya. Melihat keretanya tidak berkunci dan dia yakin yang Afia juga pasti baru tiba kerana dia tahu wanita itu juga bukanlah sama spesis dengan Afeef yang suka memandu laju. Setelah meletakkan begnya di dalam kereta, Iffat melangkah ke pintu masuk rumah itu sekadar untuk memberitahu dia dan Afeef sudah sampai dan ingin terus pulang tanpa berlamaan di situ. Dia menoleh ke arah Afeef yang sedang berjalan menghampirinya. Tersenyum di dalam hati apabila melihat rambut Afeef yang kusut itu. Selendangnya juga masih ada di badannya.

“Assalamualaikum ma..” panggil Iffat di muka pintu. Afeef sudah berjalan masuk tanpa mempelawa Iffat yang masih berdiri di pintu.

“Waalaikumussalam..Fat..tak masuk dulu ke?” jawab Hajah Zubaidah mesra yang tiba-tiba muncul. Dah menjadi rutin apabila bertemu dengan Iffat, pasti akan dipeluk cium Iffat seperti anaknya sendiri.

“Tak payahlah ma..Lain kali aja. Iffat nak terus balik ni. Ayah mana ma?” tanya Iffat lembut selepas meleraikan pelukan Hajah Zubaidah.

“Ayah baru aja keluar dengan Pia dengan Afwan. Katanya nak beli barang sekejap..” balas Hajah Zubaidah. Hajah Zubaidah hanya menjeling ke arah Afeef dilihat sudah berbaring di kerusi panjang ruang tamu.

“Ohh.. ya ke.. Pia pun? Tak penat betul budak tu” balas Iffat. Hajah Zubaidah menoleh ke arah Afeef di ruang tamu.

“Err.. ma, Afeef demam tu. Tapi dah pergi klinik dah.” Cepat-cepat Iffat menjawab pabila Hajah Zubaidah asyik menjeling ke arah Afeef yang terbaring. Entah apa yang difikirkan oleh orang tua itu. “Ma, Iffat balik dululah ma. Nanti Iffat datang lagi eh. Kirim salam kat ayah dengan Kak Afwan. Lepas tu cakap terima kasih kat Afia sebab bawak kereta Iffat.” Sambung Iffat apabila melihat ibu mertuanya itu hanya diam dan masih lagi memandang ke arah Afeef.

“InsyaAllah.. Hmm..baru mama ingat nak ajak Iffat tidur sini aja malam ni..” balas Hajah Zubaidah lembut. Dia sebenarnya ingin tahu apa yang berlaku antara Afeef dan Iffat. Ingin mengetahui sama ada Iffat sedar atau tidak akan kewujudan sekecil di rumah itu. Sebab, dari gerak-geri Iffat dan sapaan mesra kepadanya pasti wanita itu belum mengetahui hal yang sebenar. Dia ingin bertanya lanjut, tapi risau pula dia dianggap cuba mencampuri urusan pasangan itu. Iffat menyalami dan mencium wajah Hajah Zubaidah sebelum kembali semula ke keretanya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 13”
  1. impirika_08 says:

    cpt sambung…
    macam mana penerimaan iffat psl anak 2 ye??
    hrp2 ok..
    best lah..

  2. tasha19 says:

    bertudunggadis.blogspot.com

    singgah jgn x singgah 😛

  3. arsha says:

    u can come to my blog too :)

    lifesar.blogspot.com

    thanks baca :)

  4. fatien says:

    bencinye dekt afeef..bley x jadikan rafaal hero?biar menyesal ikit si afeef tu..lelaki curang..jahat..bila si damia da tinggal dia bru terhegeh-hegeh nk kt si iffat..lelaki cm tu x layak nk dibuat suami..huhu..terlebey emo lak..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.