Novel : Biar aku jadi penunggu 17

13 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Iffat, you ni kalau keluar dengan I boleh tak muka tu senyum sikit. Ni tak, asyik nak masam aja kenapa?” tanya Rafaal yang duduk di hadapannya.

“Ha? Mana ada. You ni pandai-pandai aja.” Dalih Iffat sambil membuang pandang ke arah Afia yang memerhati Aqil sedang berlari-lari di tempat permainan kanak-kanak yang disediakan di hadapan restoran itu. Entah kenapa dia boleh bersetuju untuk keluar dengan Rafaal petang Sabtu itu tetapi ditemani oleh Afia. Sengaja dia membawa Aqil bersama. Rafaal yang pada awalnya terkejut dengan kehadiran si kecil di sisi Iffat. Tetapi selepas diterangkan akan status anak itu, Rafaal tidak lagi bertanya lanjut.

“Apa lagi sebenarnya masalah you ni?” tanya Rafaal yang sentiasa memerhati gerak-geri Iffat yang tidak selesa itu. ‘Kalau kau tak selesa nak keluar dengan aku, tak payahlah kau paksa diri Fat!’

“Ha? Err..takda apalah. I okey aja.” Dalih Iffat lagi yang masih tidak melepaskan pandangannya kepada Aqil yang ligat berlari. Si kecil itu sudah sembuh sepenuhnya semenjak Iffat ada tinggal bersama. Tetapi selepas habis cuti seminggunya itu, Iffat terpaksa pula setiap petang singgah ke rumah mertuanya untuk melihat Aqil kerana dijanjikan kepada anak kecil itu yang dia pergi kerja dan akan balik semula melihatnya. Mujur juga si kecil itu tidak merengek mahu mengikutnya. Mungkin kerana Aqil sudah memahami situasi itu seperti mana dia ditinggalkan oleh Afeef kapada penjaganya sewaktu Afeef dan Damia keluar ke tempat kerja dan kuliah.

“You tak payah la setuju keluar dengan I kalau you sebenarnya tak ikhlas nak keluar.” Balas Rafaal menyorot sama pandangan matanya ke arah Aqil yang sedang bergelak ketawa dengan Afia. Seakan merajuk kata-kata yang keluar daripada mulut Rafaal.

“Laa..kalau I tak ikhlas takdanya I setuju nak keluar dengan you.” Balas Iffat semula malas melayan rajuk Rafaal. Malas aku nak pujuklah Rafaal!

“Ye la tu..” jawab Rafaal lagi.

“Erk? Suka hati you lah. Malaslah I layan. Baik I layan Aqil dari layan you.” Balas Iffat sambil bangun dari duduknya dan mendapatkan Aqil yang sudah bersedia untuk turun dari papan gelongsor. Terjerit-jerit dia memanggil Iffat apabila melihat wanita itu datang menghampirinya. Rafaal hanya memerhati Iffat yang sedang berjalan ke arah Aqil.

“Bang..kenapa ni? Masam aja muka?” tanya Afia yang sudah mengambil tempat Iffat tadi.

“Alaa..kakak Pia tu langsung tak kisah hati abang ni..” balas Rafaal dalam nada yang sama sehingga tidak perasan yang dia sudah terlepas kata.

“Ha? Hati abang? Kenapa dengan hati abang?” tanya Afia pelik dengan jawapan Rafaal. ‘Erk. Mamat ni lupa ke Iffat tu kakak ipar aku lagi.’ Desis hatinya apabila melihat Rafaal tiba-tiba menggelabah kerana baru tersedar dia terlepas cakap.

“Err..takda apalah Pia.. Pia nak minum apa biar abang belikan.” kata Rafaal sengaja menukar topik. Malu dia berhadapan dengan Afia.

“Hmm..belikan Pia air teh o’ laici la abang.” Jawab Afia sambil tersenyum apabila melihat Rafaal yang memerah mukanya. ‘Hahaha..apalah kau ni bang. Macamlah aku tak tahu kau minat kat kakak ipar aku dari dulu. Maaflah bang. Kau terlambat. Kalau pun abang aku tak suka Kak Hamani, aku sendiri akan paksa Afeef jatuh suka dekat dia. Kalau kau jadi penghalang, aku sendiri yang akan tolong halang kau untuk terus jadi penghalang.’ Omel dalam hatinya berkobar-kobar yang inginkan kebahagiaan antara Iffat dan Afeef kekal hingga hujung nyawa. Itu janjinya.

‘Huh!. Naya aja kalau Pia tahu. Malu aku.’ Marah Rafaal pada dirinya sendiri akan keterlanjuran mulutnya berkata-kata.

Tak sampai lima minit, Rafaal sudah kembali semula dengan segelas teh o’ laici seperti yang dipesan tadi.

“Bang. Cepatnya? Pia tengok ramai aja orang beratur nak beli air.” Tanya Afia pelik apabila menoleh ke arah kaunter air minuman di kedai makan itu sesak dengan pelanggan. Rafaal sudah tersengeh.

“Alah..mesti abang goda adik yang kat kaunter tu kan. Maklumlah muka abang tu pernah keluar majalah.” Perli Afia sambil menyedut rakus air teh yang dihulurkan oleh Rafaal. Memang tekaknya haus selepas melayan Aqil bermain tadi.

“Hahaha.. mana ada. Pia ni memandai aja. Dah adik tu tanya abang dulu, abang terus ajalah order.” Balas Rafaal dalam tawanya.

“Tapi memang pun kau hensome bang..” kata Afia perlahan tapi masih didengari Rafaal yang masih dalam sisa tawanya.

“Pia cakap apa? Abang tak dengar.” Sengaja Rafaal bertanya bila melihat Afia buat muka selambanya. Afia sudah menjuihkan bibirnya. ‘Ceh..dengar rupanya mamat ni!’ Rafaal sudah tergelak-gelak bila melihat Afia sudah buat muka.

“Eleh..cakap ajalah yang Pia kata abang ni hensome kan.” Tambah Rafaal lagi sengaja mengusik gadis itu. Semakin kelat wajah gadis dihadapannya. ‘Kau muncung pun kau tetap cantik Pia’ tiba-tiba hatinya memuji Afia. Memang tidak dinafikan kecantikan wajah comel Afia itu.

“Alah..yela yela. Abang memang hensem, kacak dan seangkatan dengannya. Cuma tak laku. Haha..” Balas Afia geram dan dia pula mentertawakan Rafaal yang membulat matanya memandang Afia. ‘Ambik kau bang! Perasan sangat kau hensem kan!’

Dari jauh Iffat perasan yang keduanya gelak sakan. Entah apa yang dibualkan sampai tergelak-gelak macam itu. Lantas dia datang menghampiri sambil memimpin Aqil. “Amboi! rancak borak. Apa yang kelakar sangat ni?” tanya Iffat seraya duduk di kerusi kosong sebelah Afia.

“Huh! Adik you ni kata I tak laku” adu Rafaal dengan muka kesiannya apabila melihat Afia yang belum henti ketawa. Aqil yang berada dipangku Iffat memandang pelik Afia yang sedang ketawa itu.

“Hah!” Iffat turut terjebak sama mentertawakan Rafaal yang sudah menjeling ke arah mereka berdua.

“Dua-dua sama aja..” gerutu Rafaal sambil mengambil Aqil dipangkuan Iffat. “Tengok tu Aqil, dua-dua dah tak betul.” Tambah Rafaal lagi mengadu pula kepada si kecil. Aqil pula hanya tersenyum mendengar kata-kata Rafaal. Bukan dia faham satu apa pun. Aqil leka dengan kereta kecil yang dipegangnya.

“Alaa..susah-susah sangat Raf, you kahwin ajalah dengan Pia ni. Dia pun tengah sibuk cari calon suami ni.” Usul Iffat tiba-tiba dalam tawanya. Kini, giliran Afia pula yang terdiam. Terus hilang tawanya. Serta-merta Afia dan Rafaal bertatapan. Dua-dua memerah mukanya. Makin galak pula Iffat ketawakan kedua-duanya. Memang pasangan itu sepadan daripada pandangan matanya. Sama cantik sama padan.

“Adoi!” Iffat terjerit kecil apabila tangan Afia mencubit pehanya di bawah meja. Rafaal sudah menaikkan ibu jarinya kepada Iffat.

“Padan muka mummy Aqil kena gigit dengan ketam.” Kata Rafaal yang mula tergelak. Sebenarnya dia nak usir rasa malunya apabila Iffat memadankannya dengan Afia. Dia akui, Afia mempunyai pakej lengkap untuk menjadi seorang isteri. Tidak dinafikan gadis yang bertugas sebagai seorang guru itu juga mempunyai sifat keibuan apabila melihat caranya melayan Aqil sama seperti Iffat. Memang gadis seperti itu yang dicarinya selama ini. Kegemaran gadis itu juga hampir kesemuanya sama dengan Iffat. Oleh sebab itu apabila sesekali terjumpa, mereka boleh berbual mesra seperti kenal an rapat. Tetapi, dihatinya masih meletakkan nama Iffat di dalamnya walaupun dia tahu tidak akan ada peluang untuk dia hidup bersama Iffat. Apatah lagi wanita itu tidak pernah menunjukkan minat kepadanya sejak zaman universiti lagi.

“Raf, esok-esok kalau kahwin dengan Pia ni nampaknya kena hati-hatilah sebab tangan dia tu kerjanya nak mencubit orang aja.” Tambah Iffat lagi sengaja ingin mengenakan pasangan dihadapannya itu. Sekali lagi kedua wajah itu memerah. Rafaal sudah buat muka selamba sambil melayan Aqil yang sedang menyorong tarik kereta mainannya. Afia pula sudah memandangnya geram. Tangannya ingin lagi mencubit Iffat tapi sempat ditepis.

“You ni Fat, tak habis-habis nak usik kita orang. Sibuk aja nak kenakan orang. Yang you tu, nama aja dah kahwin, apsal pulak macam orang bujang.” Tutur Rafaal sambil tersenyum. Sengaja dia ingin mengusik Iffat.

Terus mati tawa di bibir comel Iffat apabila mendengar ayat yang terakhir itu. Afia pula sudah memandang Rafaal dengan pandangan pelik.

“Jomlah Aqil kita balik. Dah lewat ni.” Kata Iffat dengan wajah tidak beriak sambil mengambil Aqil di atas pangkuan Rafaal. Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata Rafaal itu. Dia tahu statusnya sebagai isteri Afeef yang seakan-akan tergantung dan masih belum ada kata putus. Minggu hadapan Afeef akan balik dan waktu untuknya berfikir semakin suntuk dirasakan. Tidak putus dia berdoa saban malam agar diberi petunjuk akan hala tuju hubungannya. Memang dia sedar akan suatu petunjuk yang telah Allah beri, cuma dia masih terus menerus memohon agar keputusannya nanti akan memberi kebaikan untuk masa depannya dan demi menjaga hati orang yang berada di sekelilingnya.

“Kak..”panggil Afia perlahan sambil memegang lengan Iffat yang sudah mula melangkah untuk meninggalkan mereka di situ. Mata Afia pula mengisyaratkan agar Rafaal meminta maaf akan keterlanjuran kata-katanya tadi. Rafaal termanggu seketika tanda tidak memahami akan isyarat yang diberi oleh Afia.

“Pia kalau nak tunggu sini, suruh aja Rafaal hantar. Akak nak balik dulu.” Balas Iffat tak bernada seraya terus melangkah ke tempat letak kereta.

“Err..Pia balik dengan akak..” jawab Afia dan terus mengekori langkah Iffat yang sudah menjauh itu. Afia sempat lagi menjeling Rafaal yang masih kaku di tempat duduknya dengan muka yang masih terpinga-pinga tidak memahami apa yang sedang berlaku. Dia tahu kakak iparnya itu terasa dengan apa yang dikatakan oleh Rafaal sebentar tadi. Mungkin juga Rafaal sebenarnya tidak bermaksud untuk menyakiti hati itu dan sengaja ingin bergurau. Tidak pula dia menyangka Iffat akan tersentap dengan kata-kata Rafaal itu.

Di dalam kereta, Iffat hanya mendiamkan diri. Aqil dipangkuan Afia sudah terlena. Penat agaknya puas bermain tadi. Afia sendiri tidak berani menegur Iffat yang sudah masam mencuka itu. Sepi di antara mereka sehingga tiba di rumah Haji Ramlee. Di sebabkan hari cuti, sudah menjadi rutin Iffat akan bermalam di rumah mertuanya setiap hujung minggu.

“Sayang, wake up. Kita dah sampai.” Lembut Iffat mengejutkan Aqil yang sedang lena itu. Tanpa menunggu lama Iffat terus mengangkat si kecil itu dari pangkuan Afia. Afia hanya diam membisu dan membiarkan sahaja Iffat mengambil Aqil darinya.

‘Haish! Kau punya pasal la ni bang. Kan dengan aku sekali kena marah. Huh!’ marah Afia dalam hatinya dengan keterlanjuran mulut Rafaal tadi. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, Afia sempat menghantar mesej kepada Rafaal.

++ Bang, tadi kenapa cakap macam tu dengan Kak Hamani?

Selepas beberapa minit, mesej berbalas.

++ Abang cakap apa?

‘Eh mamat ni, boleh pulak tanya aku balik cakap apa’

++ Abang ni, memang tak tahu ke atau sengaja buat-buat tak tahu?

++ Eh, apa pulak?

++ Tadi abang cakap pasal Kak Hamani jadi bujang tu laa.. Dengan Pia pun dia tak nak cakap. Macam mana ni?

++ oh.. Ala..Abang gurau aja tadi. Tak tahu pulak dia terasa. :p

++ Hish abang ni. Geram Pia tau!

Selepas saja membalas mesej yang terakhir, Afia terus melangkah naik ke bilik. Rasa geram dihatinya dengan perangai Rafaal yang lepas cakap itu. Baru saja dia ingin melangkah ke bilik air, telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Cepat dia mendapatkan telefonnya dan seperti yang dijangka, Rafaal yang menghantarnya.

++ Pia, cakap dengan Iffat, abang mintak maaf. Cakap abang tak sengaja. Abang dah call dia, tapi dia tak angkat la. Pia tolong abang eh? Pleasssee…

Afia tersenyum membaca mesej itu. ‘Padan muka kau bang. Tu la, mulut laser sangat. Sama aja dengan abang Afeef.’

++ yela yela… but, nak upah..hehehe

++ hish Pia ni. Tak ikhlas betul tolong abang.

++ ala abang ni,. Cakaplah kedekut. Yela, nanti Pia cakap dengan akak.

++ thanks dear! :p

‘Dear? Biar betul abang Rafaal ni’ Afia pelik apabila menerima mesej yang terakhir itu kerana Rafaal memanggilnya ‘dear’. Terasa lain di hatinya apabila membaca perkataan itu. Afia sudah tersenyum sendiri.

……………………………..

“Kak, err..Pia mintak maaf pasal petang tadi..” Suara Afia memecah sepi ketika mereka sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mungkin itu masa yang sesuai untuk dia meminta maaf kepada Iffat. Wajah wanita itu juga tidak setegang tadi. Aqil pula sejak awal lagi sudah lena di solfa itu selepas menghabiskan sebotol susu.

“Kenapa pulak nak mintak maaf? Pia mana ada buat salah apa dengan akak.” Balas tenang dengan mata masih menumpu ke skrin televisyen.

“Ala.. petang tadi Pia tengok akak diam aja lepas balik tadi.” jawab Afia yang mula mengalihkan pandangnya kepada Iffat.

“Erk? Ya ke? Takdalah. Akak okey aja. Tak payahlah nak risau. Takda apa yang akak nak maafkan.” balas Iffat selamba.

“Yela tu. Akak kenapa tak angkat phone bila abang Rafaal call?” tanya Afia lagi. Matanya sudah kembali semula menumpu ke televisyen yang sedang menayangkan sebuah drama. Afia tahu yang kakak iparnya itu meminati pelakon Fahrin Ahmad. Apa sahaja cerita yang melibatkan Fahrin Ahmad, pasti tidak akan dilepaskan. Disebabkan meminati Fahrin Ahmad jugalah dia lebih meminati lelaki yang mempunyai janggut seperti pelakon itu. Katanya comel. Pelik sungguh dengan minat kakaknya yang satu itu.

“Hmm.. malas nak layan!” balas Iffat ringkas. Sungguh dia terasa hati dengan Rafaal walaupun dia tahu Rafaal tidak maksudkannya. Dengan riak wajah Rafaal yang pelik petang tadi, dia tahu yang lelaki itu tidak menyedari kata-katanya telah mengguris hati Iffat. Mungkin hanya dia sahaja yang terlalu sensitif apabila bercakap pasal rumahtangganya. ‘Hmm..’ Iffat mengeluh sendiri apabila teringatkan keadaan rumahtangganya yang tidak seperti pasangan lain.

“Alaa..akak ni.. hmm..dia nak mintak maaf dengan akak. Tadi dia mesej Pia kata akak tak angkat phone. Dia nak say sorry aja kak. Dia kata dia tak sengaja nak kecilkan hati akak. Dia tak tahu akak terasa. Mula asal, nak gurau aja.” Terang Afia panjang akan perkara yang sebenar.

“Hmm..Pia cakaplah dengan dia akak tak marahkan dia pun. Akak tahu dia tak sengaja. Akak aja yang sensitif sangat..” balas Iffat perlahan sambil menekan butang merah di alat kawalan jauh. Drama lakonan Fahrin Ahmadnya sudah tamat.

“Hmm.. yela.. nanti Pia cakap dengan dia.” Jawab Afia seraya mengangkat Aqil untuk dibawa ke bilik.

“Pia..hmm..apa kata Pia kahwin aja dengan Rafaal tu.” Kata Iffat yang mengekori di belakangnya sambil tersenyum bermakna. Gurauan dia petang tadi bukanlah sekadar gurauan semata. Memang dia maksudkannya.

“Akak…” terjerit kecil Afia apabila mendengar Iffat menyebut namanya dan Rafaal. “Akak ni tak habis-habis lagi ke?” rungut Afia yang sudah memuncung itu. Iffat sudah tergelak-gelak.

“Haha.. betul la Pia. Akak tak main-main ni. Akak tengok kau orang sepadan aja. Sama cantik, sama tinggi. Baik pulak tu dua-dua. Rafaal memang akak jamin. Family dia pun baik sangat Pia.” Tambah Iffat lagi dalam sisa tawanya.

“Eh akak ni. Sibuk aja nak kenenkan Pia. Apsal tak akak aja terima dia dulu.” Balas Afia geram. Aqil sudah diletakkan di atas katil Iffat.

“Eh..akak pulak. Akak kalau nakkan dia, memang dah dari dulu lagi akak terima dia. Tak payah Pia suruh. Takdanya akak tunggu abang kesayangan Pia tu sampai lama macam ni. Takdanya akak senang-senang kena tipu dengan dia macam ni.” Luah Iffat dalam suara yang semakin mengendur. Cepat sangat dia berasa sebak apabila bercakap tentang apa yang telah Afeef lakukan. Beristighfar Iffat di dalam hati apabila merasakan sudah keterlaluan dia mengungkit apa yang telah ditakdirkan oleh Allah dan sememangnya sudah tertulis nasibnya begitu.

“Kak..” Afia sudah memeluk erat Iffat bila melihat wajah itu begitu keruh. Dia tahu akan penderitaan Iffat selama ini. Dia tahu juga yang Iffat memang menaruh hati pada Afeef kerana sanggup berkorban demi masa depan lelaki itu. Jika tidak, dari dulu lagi Iffat sudah meminta cerai daripada abangnya.

“Hmm..Pia..akak okey..” kata Iffat yang melaraikan pelukan. Dia perasan gadis itu menitiskan air mata.

“Pia ni, macam dia pulak yang bermasalah.” Sambung Iffat sengaja ingin menceriakan keadaan.

Afia hanya tersenyum mendengar. Sebenarnya dia kagum dengan ketabahan Iffat menghadapi semua masalahnya dengan tenang walaupun belum ada satu pun keputusan yang dibuat selagi Afeef belum pulang. Cukup sabar kakak iparnya itu menanti.

Iffat menoleh sekilas ke arah Aqil yang sedang lena. Terlalu suci wajah itu dirasakan. Apalah nasib si kecil itu sekiranya kurang kasih sayang. Desis hatinya. Sungguh dia tidak sanggup untuk membiarkan Aqil hidup dalam kekurangan kasih sayang. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi si kecil seperti mana dia sanggup berkorban demi Afeef. Itu tekadnya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 17”
  1. rieda says:

    sian iffat….mcm digantung tak bertali

  2. Addeen says:

    iffar kena berusaha lebih pas ni…
    sian iffat…
    think about aqil fatt…

  3. anna says:

    ada blog x

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.