Novel : Biar aku jadi penunggu 19

29 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

‘Eh minah ni. Bila dia nak pandang muka aku ni. Hish tak boleh jadi ni.’ Gerutu Afeef sendirian sambil bangun dari tempat duduknya dan duduk pula di kerusi sebelah kanan Iffat. Terkejut wanita itu dan serta merta pandangan mereka bertaut. Pucat bibir comel dihadapannya itu. Dia sendiri terkejut apabila spontan Iffat memandang tepat ke wajahnya. ‘Kau tetap comel Iffat’ puji hatinya apabila melihat wajah Iffat secara dekat macam tu. Sungguhpun wajahnya tidak secerah Tiz Zaqiyah, tapi tiada sebutir pun jerawat di kulit mulus itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup tak seirama memandang wajah Iffat.

“Mmee..” jeritan Aqil tiba-tiba menyedarkan keduanya. Masing-masing menggelabah tak tentu arah.

“Mummy?” spontan perkataan itu keluar dari mulut Afeef. Iffat sudah menjeling ke arahnya yang sudah memangku Aqil.

“Hmm..” jawab Iffat pendek. ‘Tenanglah wahai hati.’ Ucap Iffat sendiri. Getar di hatinya belum lagi reda.

Afeef hanya tersenyum. Memang tadi pun dia dah dengar perkataan itu disebut Iffat ketika mulut comel itu merungut-rungut dia lambat. Seperti sebuah keluarga bahagia dirasakan.

Maha hebat detak jantungnya berdegup. Sungguh dia tidak tahu mengapa. Tetapi semenjak dia balik untuk menghantar Aqil dulu, memang detak jantungnya tidak pernah lagi seirama. Tiap kali juga wajah itu yang hadir dalam mimpinya saban malam sepanjang dia di sana. Dia yakin dengan perasaannya kini apabila merenung dalam mata Iffat tadi. Dia tahu Iffat juga merasakan yang sama. Cuma hati wanita itu masih degil tidak mahu mengakui. ‘Takpa Fat. Tunggulah nanti…muka ni nantilah yang akan selalu datang dalam mimpi kau macam mana wajah kau selalu datang dalam mimpi aku..’

“Err..jomlah balik..” ajak Iffat seraya berdiri memimpin Aqil berjalan. Tanpa menunggu Afeef yang belum bangun dari duduknya, Iffat terus berjalan untuk ke tempat letak kereta. “Err..tunggulah kat depan pintu sana, aku ambik kereta.” Tambah Iffat sekilas menoleh Afeef yang sedang menyorong troli bagasi beberapa langkah dibelakangnya.

“Hmm..okeylah. Tapi biar Aqil dengan I, biar I yang jaga dia.” Balas Afeef berjalan mendapatkan Iffat.

“Hmm..” jawab Iffat ringkas dan menyerahkan Aqil kepada Afeef. Anak kecil itu pula hanya mengikut tanpa banyak kata. Ketika mahu melepaskan tangan Aqil kepada Afeef, Afeef terlebih dahulu memegang tangan Aqil dalam pegangan Iffat. Spontan Iffat melepaskan tangannya apabila terasa hangat tangan Afeef bersentuhan dengannya. ‘Eh mamat ni saja-saja nak pegang aku ke apa dia ni.’ Omel hatinya. Seperti terkena renjatan apabila tangannya bersentuhan dengan Afeef.

Afeef hanya buat muka selamba. ‘Eleh. Bukannya haram pun’ kutuk Afeef dalam hatinya. Iffat sudah menjeling kepadanya. “Berdosa Fat you jeling-jeling I macam tu.” Kata Afeef lembut sambil membalas pandangan tajam Iffat kepadanya.

Tanpa menjawab, Iffat terus melangkah. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa malunya dia apabila Afeef menegur akan tindakannya tadi. Walaupun lembut suara itu menegur, tapi begitu mendalam maknanya. Lebih-lebih lagi perkataan ‘dosa’ yang disebut oleh Afeef tadi.

Sampai di pintu masuk, Afeef sudah setia menunggu dengan Aqil di dalam dukungannya. Iffat keluar dari kereta dan membantu Afeef memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Setelah memasukkan beberapa beg itu, Afeef menyerahkan Aqil kepada Iffat. Iffat tanpa banyak soal hanya menyambut. Afeef sudah berjalan ke tempat duduk pemandu dan membuka pintu kereta. Iffat pula masih setia berdiri di tepi kereta melihat tindakan Afeef yang terus masuk ke tempat pemandu.

‘Erk. Dia ke nak drive. Tak penat ke?’ Iffat masih tidak berganjak dari tempatnya.

“Laa..tunggu siapa lagi tu. Masuklah..” tegur Afeef apabila melihat Iffat masih setia berdiri di tepi kereta memerhatikannya.

Mahu tidak mahu Iffat berjalan juga ke tempat duduk sebelah pemandu. Afeef membukakan pintunya dari dalam. Iffat melihat lelaki itu sudah memakai cermin mata hitam. ‘Hish! Ni yang aku paling tak suka ni. Kalau tak pakai cermin mata tu tak boleh ke’ rungut Iffat sendiri. Dia memang paling tak suka orang pakai cermin mata hitam.

Afeef mula memandu. Tenang lelaki itu memandu walaupun baru sahaja turun daripada penerbangan jauh. Sesekali matanya menjeling ke araf Afeef yang tenang memandu. Sekejap-sekejap dia lihat Afeef menongkat kepalanya dengan tangan kanan dan tangan kirinya memegang stereng.

“You tak penat ke asyik jeling I dari tadi?” tegur Afeef tiba-tiba menyebabkan membahang muka Iffat. Cepat Iffat membuang pandang ke luar tingkap. Afeef pula tadi memang sengaja memakai cermin mata hitam kerana mudah untuk dia mencuri jeling ke arah Iffat. Banyak kali mata mereka bertembung tapi tidak disedari Iffat.

Afeef sudah tersenyum lebar melihat Iffat memalingkan mukanya. Aqil dipangkuannya sudah melentokkan kepala mengantuk. Penat agaknya seharian tidak tidur. ‘Haha..jeling sangat. Tahulah kau rindu nak tengok muka aku yang hensem ni.’ Afeef gelak jahat dalam hatinya mentertawakan Iffat yang sudah buat muka gelabahnya bila ditegur tadi.

“Fat, kita singgah sembahyang dulu ya. I nak solat dulu. Dah lewat ni.” Kata Afeef apabila dia menoleh jam di dashboard kereta hampir 6.30 petang.

“Hmm..ye la..” balas Iffat pendek seraya membetulkan letak kepala Aqil yang sudah terlena.

Sampai saja di hadapan masjid, Afeef menoleh ke sisinya melihat wajah Iffat yang turut memandangnya. Spontan Iffat melarikan matanya dari memandang Afeef. Afeef sudah tersenyum lebar. Dia tahu Iffat malu apabila direnung begitu.

“Fat, you tunggu sini dulu dengan Aqil. Then lepas I solat, I pulak tunggu Aqil.” Kata Afeef dengan bibirnya yang tidak lekang dari senyuman.

“Hmm..ye la.” Jawab Iffat pendek yang masih memalingkan mukanya. Afeef yang tadi sudah membuka pintu kereta di sebelahnya, tiba-tiba menutupnya kembali. Spontan Iffat menoleh semula ke arah Afeef. Dia nampak lelaki itu menanggalkan cermin matanya.

“Kenapa you kalau cakap tak nak pandang muka I?” tanya Afeef sambil merenung tepat ke wajah yang mula menapak di hatinya itu.

“Err..mana ada.” Dalih Iffat sambil memalingkan mukanya semula ke luar tingkap.

“Mana ada, mana ada… tu..yang you pandang luar tu kenapa?” tanya Afeef lagi tak puas hati dalam nada yang sama.

“Siapa suruh kau pakai cermin mata hitam, lepas tu cakap dengan aku.” Balas Iffat senada.

Dia sedar Afeef sudah menukar cara panggilannya. Tidak seperti dulu beraku kau dengan dia. Walaupun maksudnya masih sama tapi lebih lembut dipendengaran. Iffat sedikit janggal dengan panggilan baru itu. Dia tidak menegur akan perubahan panggilan yang meniti bibir Afeef itu. Cuma dia sahaja yang masih tidak lagi menukar panggilan yang sewajarnya bagi seorang lelaki bergelar suami. Sunnah Rasulullah dengan menggelarkan panggilan yang indah-indah kepada pasangan suami isteri. Itu teguran Encik Abdul Rahim waktu dulu kepadanya apabila mendengar Iffat dan Afeef beraku kau sahaja.

“Eleh.. ni I dah tak pakai speck pun you still nak tengok luar jugak. Apa kes?” provok Afeef sengaja ingin mengusik wanita itu. Kerana dia tahu, dengan pertengkaran sahaja Iffat akan membuka mulut.

“Tadi…” Iffat mati kata-kata. Tak tahu apa yang harus diperkatakan seraya memandang wajah Afeef di sisinya.

“Hmm.. I solat dulu lah. You tunggu sini..” balas Afeef seperti berjauh hati. Lantas dia membuka pintu kereta dan keluar tanpa menunggu balasan daripada Iffat. Sengaja dia ingin menguji wanita itu.

‘Erk. Merajuk ke apa mamat ni. Hish! Macam budak-budak. Awak tu dah jadi papa budak okey..’ omel hatinya melihat wajah muram Afeef yang keluar dari kereta masuk ke masjid.

Hampir sepuluh minit, Afeef muncul kembali dan membuka pintu kereta tempat Iffat duduk. Afeef menghulurkan tangannya kepada Iffat. Iffat tidak mengerti apa yang cuba dilakukan oleh Afeef.

“Meh sini Aqil tu. Biar I yang pegang. You pergi solat dulu.” Terang Afeef apabila melihat wajah Iffat dengan kerutan di dahinya tanda tidak memahami.

“Err.. I.. cuti hari ni..” jawab Iffat tergagap-gagap. Malu sebenarnya. Dilihat Afeef sudah tersenyum nakal memandangnya. ‘Cess..boleh pulak kau nak tesengeh macam kerang busuk eh..’

Melihat mata Iffat yang membulat memandangnya, cepat-cepat Afeef menutup semula pintu kereta di tempat duduk Iffat dan kembali semula ke tempat duduk pemandu. Masih tidak lekang senyuman di bibirnya ketika menghidupkan enjin kereta Myv kesayangan Iffat itu. Terasa segar apabila dia mula masuk ke kereta itu tadi. Kereta perempuan, memang selalu wangi. Tak sah kalau takda pewangi kereta.

“Henti-hentikanlah senyum tu..” tegur Iffat sambil menjeling Afeef di sebelah. Geram apabila melihat senyuman di bibir lelaki itu seakan-akan mengejeknya.

“Haha..” Afeef tergelak pula apabila mendengar Iffat menegurnya. ‘Kau jeling macam tu pun kau still comel Fat’ puji hatinya lagi tanpa segan silu.

Spontan tangan Iffat melibas perlahan perut Afeef dengan tangan kanannya. Geram sangat bila Afeef mentertawakannya. Nasib baik Afeef belum mula memandu. Iffat pula sudah kertap giginya apabila baru menyedari laku lepasnya memukul perut Afeef tadi.

“Woo..okey okey..” balas Afeef salam sisa tawanya. Dalam hati dah menyanyi riang apabila Iffat sudah berani menyentuhnya walaupun bukan sentuhan mesra. Iffat sudah menayang muka kelatnya.

“Okey..I’m sorry..” ucap Afeef perlahan apabila melihat wajah kelat Iffat. Iffat hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu melayan Afeef yang tiga suku tu. Memang dia tak boleh nak jangka setiap tindakan Afeef. Semuanya di luar jangkaan. Aqil dipangkuannya sudah terjaga apabila mendengar Afeef tergelak tadi.

“Err..kita singgah kedai makan dulu ya?” kata Afeef lagi selepas beberapa minit memulakan perjalanan.

“Hmm..tak payahlah. I tak lapar.” Balas Iffat pendek.

“Siapa kata you yang lapar. I ni yang lapar nak makan. Dah lama teringin nak makan laksa.” Usik Afeef sambil menjeling Iffat. Dia sengaja ingin melihat reaksi wanita itu. Tepat telahannya apabila wajah itu sekali lagi memerah dan masam kelat. Afeef tersenyum dalam hati.

‘Lama-lama aku boleh sakit jantung dengan mamat ni!’ marah Iffat dalam hati.

“Alah.. I gurau ajalah. You belum makan lagi kan hari ni? Sorry sebab susahkan you jempu I.” kata Afeef mendatar dengan mata pandang ke depan.

“Err..it’s okey.” Balas Iffat pendek. Aqil sudah di biarkan bermain di tempat duduk belakang. “Hmm.. makan kat rumah aku ajalah, tapi takdalah laksa. Ni dah dekat maghrib ni, kita terus balik rumah aku ajalah.” Tambah Iffat lembut. Dia tidak mahu bertengkar dengan lelaki itu kerana dia tahu, pastinya dia juga yang kalah nanti.

“Hmm.. you boleh tahan ke ni? I tengok badan you ni makin kurus tak berisi ni kenapa?” tanya Afeef perihatin. Memang dia perasan badan Iffat yang semakin kurus itu. Tulang pipi semakin jelas kelihatan. Walaupun penampilan Iffat juga turut berubah, tapi Afeef mesih perasan akan bentuk badan Iffat yang semakin melidi itu. Kalau dulu Iffat lebih gemar bert-shirt lengan panjang, tudung pun ringkas sahaja di kepala. Tapi kini, wanita dihadapannya itu jauh berubah. Dengan blaus labuh melepasi punggungnya, tudung dilabuhkan menutupi bahagian dadanya, bersarung tangan dan kaki. Memang cara pemakaian wanita muslimah. Dia bangga akan penampilan baru Iffat itu. Beberapa bulan lalu, dia tidak perasan akan penampilan wanita itu kerana hanya sekali sahaja berjumpa dengan Iffat sewaktu di Teluk Batik. Makin menggebu rasa di hati apabila melihat Iffat yang bijak menjaga auratnya dari dilihat orang.

“Err,..takda apa-apalah. Aku okey aja..” jawab Iffat berdalih. Dia tidak tahu untuk beri alasan apa untuk menerangkan keadaannya itu. Memang semenjak pemergian Afeef, dia tidak lagi bersemangat untuk makan. Makan hanya sekadar untuk mengalas perut sahaja. Kadang-kadang sampai terlupa makan pun ada, kerana hanya sibuk dengan kerjanya.

“Iffat, maafkan I kalau ni semua sebab I.” ucap Afeef lembut seraya memandang Iffat di sisinya. Dia tahu semua cerita tentang Iffat dari mulut Afia sendiri. Dia tahu segalanya selepas Afia dengan rela hati menceritakan perihal Iffat kepadanya. Itu menyebabkan dia terasa bersalah sangat dengan Iffat dan telah berjanji dengan dirinya sendiri akan menebus semua kesalahan kepada Iffat. Sehinggalah satu kegemaran Iffat yang pelik itu sanggup dilakukan. Kalau sebelum ini dia pulang dengan kumis nipis dan janggut sejemputnya kerana waktu itu dia dalam keadaan kusut kerana memikirkan masalahnya untuk berhadapan dengan keluarga dan baru berpisah dengan Damia. Memang niatnya untuk melicinkan semula wajahnya dari sebarang roma kasar itu. Tetapi setelah mendengar cerita dari Afia, Afeef terus membatalkan niatnya untuk mencukur bersih. Sebaliknya terus menjaga elok janggutnya itu agar sentiasa kelihatan kemas. Cuma kumisnya sahaja dicukur bersih kerana sejak dari dulu lagi dia lebih gemar wajahnya licin bersih bebas dari ditumbuhi roma kasar itu.

“Hmm..” terdengar keluhan berat dari mulut Iffat.

“Fat..I nak kita mulakan hidup baru..” Lembut Afeef menuturkannya. Iffat masih juga diam seperti tadi. Tidak memberi sebarang respon. Matanya hanya tepat memandang ke hadapan.

“Hmm..” terdengar pula keluhan berat daripada mulut Afeef. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada Iffat agar wanita itu membalas kata-katanya. Sampai ke sudah masing-masing mendiamkan diri.

…………………….

Hampir pukul lapan apabila mereka tiba di rumah Iffat. Selepas sahaja membersihkan diri dan bersolat maghrib tadi, dilihat Iffat sudah sibuk di dapur membantu ibu mertuanya menyediakan makan malam. Aqil pula selepas dimandikan dan menghabiskan sebotol susu tadi, telah terlena. Letih sangat si kecil itu hari ini.

“Afeef, jemputlah makan.” Pelawa Luthfi yang duduk di sebelahnya. Iffat sedang menyendukkan nasi masuk ke dalam pinggannya. Di kerling Iffat yang berdiri rapat di sisi. Wangian ditubuh itu terus menusuk rongga hidungnya. Bergetar lagi rasa di hatinya. Iffat hanya buat muka selamba.

‘Minah ni dalam rumah sendiri pun nak pakai tudung ke?’ desis hati Afeef pula yang teringin benar hendak melihat aurat Iffat yang satu itu. Tersarung elok tudung di kepalanya. Iffat sudah lengkap berbaju tidur lengan panjang dengan corak berbunga kecil. ‘Pakai baju tidur pun kau comel Fat!’ hatinya terus-terusan memuji Iffat.

“Feef, lepas ni kamu kerja mana?” tanya Encik Abdul Rahim memulakan kata.

Iffat yang duduk dihadapan Afeef hanya mendiamkan diri mendengar apa sahaja yang dibualkan oleh Luthfi, Encik Abdul Rahim dan Afeef. Sesekali terdengar suara Puan Hasmidah menyertai perbualan itu. Tidak sesekali Iffat menegakkan wajahnya. Dia hanya makan menunduk memandang pinggan nasi dihadapannya. Terasa kesat setiap kali menelan biji nasi yang masuk ke dalam mulutnya. Walaupun perutnya sudah terasa sebu kerana masuk angin, dipaksa juga tekak untuk menelan nasi yang masuk. Dia perasan yang Afeef menjelingnya dari tadi. Tapi sengaja dia buat-buat tak nampak.

“Feef, malam ni tidur sini ajalah. Esok pagi-pagi tumpang Iffat pergi kerja, dia hantar kamu sekali.” Kata-kata Puan Hasmidah itu menyebabkan Iffat tiba-tiba tersedak. Afeef menghulurkan gelas di hadapannya kepada Iffat dan wanita itu terus menyambut dan minum.

‘Janganlah kau kata kau nak tidur sini..’ ucap Iffat dalam hatinya walaupun dalam kepalanya sudah menjangka yang Afeef akan bersetuju untuk bermalam di rumahnya.

“Hmm..boleh jugak sebab tadi saya dah call mama. Dia kata, dia orang tak jadi balik petang tadi. Pagi-pagi esok baru bertolak balik.” Balas Afeef sambil tidak melepaskan matanya memandang Iffat. Tajam matanya menikam wajah yang kelat itu. ‘Huh! Tak sukalah tu aku tidur sini.’

Iffat meletakkan kembali gelas dihadapannya sambil melawan pandang mata Afeef kepadanya. Luthfi di sebelah Afeef sudah mengelengkan kepala.

“Hamani, kenapa diam aja ni. Tu yang nasi kat pinggan macam tak bergerak tu kenapa? Tapi boleh tersedak-sedak.” Tegur Puan Hasmidah mengejutkannya. Afeef masih memandang tajam ke arahnya.

“Err..takda apa-apalah mak. Perut ni dah masuk angin agaknya. Tak lalu dah nak makan.” Balas Iffat seraya meneguk air sirap yang masih berbaki separuh di dalam gelas. Kemudian dia bangun dan menatang pinggannya ke sinki. Sengaja dia beralasan begitu agar dapat berada jauh dengan Afeef. Dia tidak selesa tiap kali Afeef merenungnya. Jantungnya berdegup kencang tiap kali mata Afeef menikam matanya. Tapi, memang pun perutnya sudah berasa tidak sedap. Dia tidak menipu dengan alasan yang diberikan tadi. Luthfi sudah memandangnya pelik.

“Ye la kau. Ke kau tak lalu sebab Afeef dah balik.” Usik Luthfi. Mak dan abahnya sudah tergelak mendengar usikan Luthfi. Afeef pula hanya mengukir senyum. Tetapi Iffat, sekali lagi membahang mukanya menahan malu.

‘Cess..abang ni memang saja nak kenakan aku!’ marah Iffat dalam hati. Dia sudah tayang muka kelatnya ingin terus berlalu meninggalkan ruang makanan itu selepas mencuci pinggan yang digunakan tadi. Baru sahaja melewati meja makan, Puan Hasmidah memanggil.

“Hamani, tu tuangkan balik air Afeef yang kamu habiskan tadi.”

Rasa tercekik lehernya apabila Puan Hasmidah memberitahu air yang diminumnya tadi adalah kepunyaan Afeef. Terasa ingin mengetuk kepalanya sendiri kerana boleh tidak perasan cawan yang dihulurkan oleh Afeef tadi. Dilihat lelaki itu sudah tersenyum lebar. ‘Arghhh..!’ menjerit Iffat dalam hatinya. Sudah berkali-kali hari ini dia terkena dengan Afeef. Dengan muka kelat itu juga dia menuangkan air sirap itu lalu dihulurkan kepada Afeef. Sekali lagi juga dia tersentuh tangan Afeef ketika lelaki itu menyambut gelas yang dihulurkan. Tetapi tidak pula dia menarik pantas tangannya risau akan tertumpah pula air di dalam gelas itu. Cepat sahaja langkah diatur selepas Afeef menyambut hulurannya tadi.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 19”
  1. Addeen says:

    alhamdulillah..
    afeef menangkan balik hati iffat…
    best…cpt smbung..

  2. Humai Ra says:

    Tapikan..bagi se0rang istri yg tau dmadukan adalah Sgt susah nak trima kenyataan@susah nk redakan hati yg retak.yea ja?P ni mcm tk apa-apa ja..

  3. arsha says:

    thanks sebab sudi baca.

    humaira> yup betul. susah wanita untuk menerima dirinya dimadukan. tap jangan lupa. bukan semua. dalam dunia realiti ini masih ada lagi yang redha dirinya dimadu. but the same time, dalam hati mereka kita tak tahu. thanks atas komen. maaflah Humaira kalau cerita ni kurang memuaskan.

  4. asmi says:

    Best..

  5. dayah says:

    best gila!!! nak lg!!=)

  6. rieda says:

    so sweet…bilalah diaorg nie nak berbaik2!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.