Novel : Biar aku jadi penunggu 20

12 September 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“SubhanAllah..” ucap Afeef spontan ketika melangkah masuk ke bilik Iffat yang masih diterangi lampu kalimantang itu. Terkejut dia melihat Iffat yang sedang berbaring sambil memeluk Aqil yang turut sama lena. Dia terperanjat apabila melihat Iffat yang tidak bertudung itu. Rambut hitamnya mengurai dibiar lepas hampir mencecah pinggang. Itulah kali pertama dia melihat aurat Iffat.

Afeef berjalan menghampiri katil lalu duduk mengadap Iffat untuk memerhatikan wajah yang sedang lena itu dengan lebih dekat. Tenang tidak beriak wajah mulus itu dilihatnya. Debar hatinya yang tadi sudah beransur reda kembali datang berkocak apabila melihat wajah Iffat dari dekat. Bibir comel itu yang amat menarik perhatiannya. Berkali-kali Afeef beristighfar di dalam hati agar hatinya lebih tenang. Dengan hati yang semakin berdetak hebat, entah kuasa apa yang mendorong tangannya untuk menyentuh wajah mulus itu. Tinggal beberapa inci sahaja tangannya hampir menyentuh rambut hitam itu, tiba-tiba Iffat bergerak menyebabkan Afeef pantas menarik tangannya semula lalu menyetuh kepala Aqil yang lena dalam pelukan Iffat.

Iffat membuka matanya perlahan dan dia nampak ada kelibat seseorang yang sedang duduk dihadapannya. Spontan dia membulatkan matanya dan terus bangun dari pembaringan. Dia hampir terlupa yang Afeef akan berkongsi bilik dengannya. Selepas makan tadi, terus Iffat tidak keluar lagi dari bilik dan tidak menyedari bila dia terlena. Memang patut pun dia terlena kerana terlalu letih satu hari itu.

Afeef hanya selamba sambil mengelus lembut kepala si kecil Aqil. Iffat resah di tempat duduknya sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Rambut yang terjuntai di dahinya di selak ke belakang. Bila terpandangkan rambut aja, baru Iffat teringat yang dia sudah menanggalkan tudungnya sebelum berbaring di sebelah Aqil tadi. ‘Cess.. mamat ni mesti dah tenung habis rambut aku ni. Alamak ai. Macam mana aku boleh lupa ni. Aduhh..’ keluh Iffat sendiri. Takkan pula tiba-tiba dia ingin memakai tudung di hadapan Afeef setelah lelaki itu melihat. Memang konfem kena gelak. Bukan dia tak tahu Afeef. Kalau bab gelakkan orang, dialah juaranya. Dia cuba buat muka selamba. Dia nampak Afeef mengambil bantal di sebelahnya dan diletakkan di bawah. Dia tahu yang lelaki itu akan tidur di bawah seperti dulu.

‘Fat..halanglah aku dari tidur bawah ni. Sejuk ni Fat..’ doa Afeef dalam hatinya agar Iffat mempelawanya tidur di atas katil.

“Err..Afeef, tidurlah atas ni.” Tegur Iffat selepas masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak sampai hatinya melihat Afeef tidur di atas lantai tanpa beralas. Rumah papan, tahu sajalah kalau malam. Bukan main sejuk. Inikan pula Afeef yang biasa tidur di atas tilam empuk di rumahnya. Jika dulu masa sebilik dengannya, Afeef tidur juga di lantai tetapi masih beralaskan comforter tebal. Di rumahnya ini tiada comforter tebal untuk dibuat alas.

“Hah? You takpa ke I tidur sini?” balas Afeef dengan segaris senyuman di bibirnya. Hatinya sekali lagi menyanyi riang apabila Iffat sudi mempelawanya tidur bersama di atas katil. ‘Yes! Esok-esok akulah jadi bantal peluk kau pulak Fat’ dalam kepalanya sudah terbayang-bayang yang bukan-bukan.

“Err..takpalah. Kan Aqil ada ni. Tapi maaflah, katil aku takdalah besar sangat. Sempitlah sikit.” Jawab Iffat pula dengan tangannya yang asyik memegang rambut panjang itu. Belum pernah mana-mana lelaki melihat auratnya itu selain ahli keluarganya dan Afeeflah orang yang pertama. ‘Fat tu kan suami kau yang sah, takda salahnya dia nampak. Lebih dari tu dia berhak pandang’ tegur satu suara lain dalam hatinya. Dia tahu itu suara dari hatinya yang paling dalam. Dalam dia mengiyakan kata-kata itu.

“Hmm.. I tak kisah. I okey aja mana-mana pun. Cuma, tadi memang I nak mintak izin tidur atas katil you ni sebab badan I penat sangat hari ni Fat. Tapi tadi you dah tidur. Sorry kalau I buat you terjaga.” balas Afeef lembut. Cepat sahaja tangannya mengambil semula bantal itu dan meletakkannya semula ke tempat asal. Tanpa dipaksa Afeef terus baring mengadap Iffat yang sedang duduk itu. Matanya dari tadi tak lepas pandang melihat Iffat yang gelisah itu. ‘Fat..tolonglah hentikan adegan-adegan menggoda kau tu..’ pintanya dalam hati. Padahal Iffat hanya mengelus lembut rambut panjangnya.

“Err.. takdalah..err..aku matikan lampu dulu eh..” Iffat bingkas ke tepi pintu untuk menutup suis lampu. Dia sebenarnya naik seram apabila berdua dengan Afeef begitu walaupun Aqil ada bersama. Lagi-lagi bila dia person mata Afeef lain macam melihatnya. Terasa dia ditelanjangkan dengan pandangan mata Afeef yang bersinar lain macam tu. Maha hebat lagi jantungnya berdegup. Terasa sesak dadanya tiap kali menarik nafas. ‘kenapa kau ni hati tak nak dengar cakap aku’ marah Iffat sendiri akan kelemahan hatinya apabila berhadapan dengan Afeef.

Dalam samar cahaya lampu dapur yang menerobos masuk ke bilik itu, Afeef masih dapat melihat gerak-geri Iffat sehingga wanita itu berbaring semula. Dia tahu wanita itu masih belum melelapkan matanya. ‘Takut sangat aku usik dia’ desis hatinya apabila melihat Iffat masih terkelip-kelip memandang kipas yang berpusing. Matanya pula yang tadi memberat kembali segar apabila menghidu bauan tubuh wanita di sisinya yang hanya di pisahkan oleh Aqil. ‘Bagus jugak katil ni sempit sikit’ omel hatinya lagi sambil tersenyum nakal. Dia sendiri tidak mengerti kenapa hatinya begitu teruja dengan Iffat. Masa berkawan jauh sekali sebab waktu itu dia ada Damia. Tetapi setelah bernikah dengan Damia, tidak pula dia berasa teruja seperti itu.

“Err..Fat..” panggil Afeef perlahan sengaja ingin memastikan yang Iffat masih belum tidur. Dia seperti terasa inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan mukadimah tentang masalah yang mereka hadapi. Teringat kata-kata seorang penceramah yang pernah didengarinya dulu. Pasangan yang dalam keadaan marah ataupun bergaduh, tempat terbaik untuk bawa berbincang adalah di kamar tidur. Agar lebih tenang hati dan tenteram jiwa.

“Hmm..” terdengar suara Iffat halus menjawab.

“Macam mana hubungan kita.” Puas Afeef memikirkan ayat permulaan yang harus dikatakan, tetapi spontan itu yang terzahir di bibirnya. Sungguh dia terlalu mengaharap keputusan positif dari pihak Iffat. Sekiranya satu jawapan itu diperolehi, langkah-langkah untuk membaik pulih hubungannya dengan Iffat akan dibuat secara berperingkat. Biar wanita itu selesa berada di sampingnya. Mengembalikan kepercayaan Iffat terhadapnya yang paling penting sekarang ni.

“Macam ni ajalah..” jawab Iffat pendek. ‘Ah sudah mamat ni! Kenapa tiba-tiba aja pulak nak cakap pasal hubungan. Tunggulah esok-esok Feef…’ desis hatinya. Sebenarnya dia belum bersedia sepenuhnya untuk berbincang hal itu dengan Afeef. Tetapi, sekiranya Afeef ingin mengetahui keputusannya ketika itu juga, dia tidak akan teragak-agak lagi untuk memberitahu. Berulang-kali dia beristighfar memujuk hati yang kian sesak itu.

“Hmm.. maksud kau kita teruskan..?” tanya Afeef lagi masih dalam nada yang sama. Dalam hatinya sudah bersedia untuk menyanyi lagi andai telahannya tidak salah menangkap maksud Iffat.

“Hmm..terpulang pada kaulah. Aku ikut aja.” Ringkas dan padat jawapan Iffat. ‘Takkan tak faham mamat ni. Dah tau lagi mau tanya..’ kutuk Iffat.

“Betul ni?” tanya Afeef lagi lembut dengan suara yang sedikit ceria, sudah menongkat kepalanya dengan tangan kiri memandang Iffat dalam suram cahaya itu. Iffat pula masih dalam posisi yang sama. Pandang ke kiri tidak, ke kanan pun tidak.

“Hmm..” balas Iffat pendek. Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. ‘Kalaulah Afeef nampak muka aku sekarang ni, memang dah kena gelak dah ni’ omel hatinya lagi apabila mendengar pertanyaan Afeef. Dia tahu Afeef pasti sedang tersenyum lebar mendengar jawapan dari mulutnya. Dengar suaranya pun tahu yang lelaki itu gembira dengan jawapannya. Terasa tenang di hatinya bila mendengar suara Afeef yang lembut itu. Iffat memejam mata.

“Alhamdulillah. Thanks Fat. I really sorry atas apa yang I dah buat selama ni kat you. I tipu you. I buat you tunggu i. Thanks jugak sebab sudi terima Aqil. Maafkan I Fat. I janji, I akan tebus semua kesalahan I dengan you. I akan tunaikan semua janji-janji I dulu. ” beriya-iya Afeef meluah rasa hatinya. Iffat hanya diam. Beberapa ketika menunggu balasan daripada Iffat, Afeef mula resah di tempatnya sendiri. Risau Iffat tidak dapat memaafkannya.

“Iffat..Fat.. you dengar tak apa yang I cakap ni?” panggil Afeef perlahan. Tiada juga balasan daripada Iffat. ‘Dia marah aku ke ni. Senyap aja pulak.’ Afeef merapatkan wajahnya ke wajah Iffat. Dia tersenyum sendiri apabila melihat wanita itu sudah memejam mata. “La..dah tidur rupanya..” kata Afeef sendirian. Namun dia tersenyum juga akhirnya apabila sekali lagi melihat wajah mulus itu tidur dengan lena sekali. ‘Takpa Feef, esok ada lagi.’ Desis hatinya. Sekali lagi hatinya berdebar-debar apabila merenung wajah lena itu. ‘Ahh..sudah..kenapa kau ni Afeef. Sabar..sabar..Astaghfirullah..’berulangkali Afeef beristighfar untuk menenangkan gelojak jiwanya yang tak menentu apabila merenung lama wajah Iffat. Dan akhirnya dia sendiri terlena selepas puas merenung wajah Iffat.

…………………..

“Assalamualaikum. Selamat pagi mak.” Sapa Afeef menjengah ke dapur selepas membersihkan diri. Selepas solat subuh tadi, terus dia tidak nampak kelibat Iffat masuk ke bilik semula. Di mana agaknya wanita itu bersiap untuk ke pejabat. Tunggu juga, tapi dia pula kembali terlena. Buka sahaja mata, Aqil yang tidur di sisi juga turut tiada di tempatnya. Dikilas jam dinding bilik Iffat baru pukul 8. Dia terlupa pagi itu perlu mengikut Iffat kerana wanita itu akan menghantarnya pulang ke rumah sebelum terus ke pejabat.

“Waalaikumussalam. Selamat pagi Feef.” Balas Puan Hasmidah lembut yang sedang menuang air milo ke dalam cawan kosong. “Sarapan dulu Feef.” Pelawa ibu mertuanya.

“Hmm..ye la. Mak terima kasih.” Ucap Afeef selepas Puan Hasmidah menyendukkan pula bihun goreng ke dalam pinggan kosong di hadapannya. “Mak, Iffat dah pergi kerja?” tanya Afeef selepas menghirup perlahan air milo yang masih mengeluarkan asap nipis itu.

“Ha’ah. Iffat keluar awal hari ni. Katanya ada mesyuarat pagi ni. Lupa nak dia nak bagitahu kamu dia tak dapat nak hantar pagi ni. Tapi tadi dia pesan suruh kamu tunggu sampai dia balik petang nanti. Dia kata dia yang nak hantar kamu dengan Aqil nanti.” Terang Puan Hasmidah seraya menarik kerusi dan duduk di hadapan Afeef.

“Aqil mana mak?” tanya Afeef lagi apabila perasan tidak langsung mendengar suara anak kecil itu di dalam rumah.

“Oh..Aqil tadi abah kamu bawak ke kedai. Pagi lagi budak tu dah terjaga.” Balas Puan Hasmidah yang memandang tepat ke arah Afeef yang sedang menyudu bihun goreng ke mulutnya.

“Oh ya ke.” Balas Afeef pendek sebelum menyambung suapannya.

“Hmm.. Aqil..mak nak tanya sikit dengan kamu ni.” Kata Puan Hasmidah tiba-tiba yang membuatkan Afeef meletakkan sudu di pinggan dan mengelap sikit mulutnya dengan tisu yang telah disediakan. Tanda ingin menghormati apa jua yang bakal dikatakan oleh ibu mertuanya.

“Apa dia mak.” Balas Afeef dengan matanya menyorot ke wajah Puan Hasmidah.

“Hmm..kamu macam mana dengan Iffat?” tanya Puan Hasmidah lembut.

“Hmm..Alhamdulillah mak. Ada perkembangan positif dari pihak Iffat.” Jelas Afeef jujur. Memang malam tadi, dia tidak salah dengar akan persetujuan Iffat untuk mengikut apa saja keputusan yang bakal dia ambil dan lakukan. Itu sudah cukup penting untuk memudahkan Afeef melakukan perkara-perkara lain.

“Feef, dengan Iffat tu kamu kena berkeras sikit. Sebab dia itu ikut suka kepala dia je Feef. Memang kata orang kalau keras dibalas lembut. Tapi Iffat tu, dia kena guna kekerasan jugak baru boleh. Kamu buatlah apa aja Feef asal Iffat bahagia. Mak percayakan kamu.” Balas Puan Hasmidah yang begitu mengharap akan kebahagiaan Iffat dan Afeef.

“Hmm. Yela mak. InsyaAllah. Kalau dah mak izinkan, tahulah nanti saya pujuk dia mak.” Afeef sudah tersenyum lebar apabila mendapat sokongan daripada ibu mertuanya. Ucap syukur kepada yang Maha Esa tidak pernah dilupakan atas kurniaan yang diberi dan kemudahan menguruskan segala urusannya. “Terima kasih mak, sebab percayakan Afeef” sambung Afeef lagi. Dia sudah menyayangi Puan Hasmidah seperti dia menyangi Hajah Zubaidah ibu kandungnya sendiri. Ini kerana sikap perihatin yang dimiliki oleh Puan Hasmidah sama saperti mamanya.

“Kamu dah telefon mama kamu yang kamu balik hari ni?” tanya Puan Hasmidah lagi.

“Dah mak. Dia tahu Afeef tidur sini.” Balas Afeef sambil menyudu semula bihun yang masih berbaki.

“Paaaa..” panggil Aqil yang berjalan terkedek-kedek ke arahnya sambil diekori Encik Abdul Rahim di belakang.

“Morning sayang. Dari mana sayang papa ni dengan atuk?” sapa mesra Afeef sambil merangkul Aqil dalam pelukan.

Bising mulut comel itu berbicara dalam bahasa yang hanya dia sendiri fahami sambil jarinya menunjuk ke arah Encik Abdul Rahim yang sudah duduk di sebelah Puan Hasmidah.

“Meriahnya cucu opah ni bercerita.” Jawab Puan Hasmidah mesra. Afeef yang mendengar sudah terasa sedikit sebak di hatinya kerana keluarga Iffat juga menerima baik kehadiran Aqil di rumah itu. Si kecil itu juga dilihat mesra dengan kedua orang tua itu. Puan Hasmidah dan Encik Abdul Rahim mengakui Aqil itu adalah cucu mereka walaupun tiada pertalian darah di antara mereka. Besar kurniaanMu ini Ya Allah.

“Abah bawak dia pergi kedai depan tu hah. Bukan main seronok lagi tadi dia dapat naik motor.” Sahut Encik Abdul Rahim pula. Meriah keluarganya apabila si kecil itu ada.

“Oh ya ke..anak papa ni..” balas Afeef seraya mencium ubun-ubun si kecil yang dipangkunya. Si kecil itu hanya terseyum. Tidak tahulah sama ada dia faham atau tidak.

“Paa..cuu..” si kecil Aqil bersuara sambil menunjuk ke arah botol susu kosong yang berada di hujung meja.

“Anak papa belum minum susu ke pagi ni?” tanya Afeef kepada si kecil.

“Paa..cuu..” itu saja yang diucap Aqil berulang-kali.

“Ye la..ye la..papa buat..” kata Afeef seraya meletakkan Aqil di kerusi kosong sebelahnya.

“Takpalah Feef. Kamu habiskan makan kamu. Bia mak aja yang buat.” Balas Puan Hasmidah sambil bangun dan melangkah ke dapur untuk membancuh susu Aqil.

“Terima kasih mak. Susah aja.” Balas Afeef lembut. Sekali lagi dia hatinya tersentuh dengan layanan Puan Hasmidah kepada dirinya dan Aqil.

“Alah,.susah apanya Feef. Atuk pejam mata pun boleh buat kan Aqil.” Sahut Encik Abdul Rahim pula sambil memejam celik matanya ke arah Aqil yang memandang. Ketawa si kecil itu apabila melihat wajah Encik Abdul Rahim. Afeef di sisi hanya tersenyum senang melihat gelak wajag ceria anak tunggalnya itu. Tiba-tiba di kepalanya teringat pula Iffat. Alangkah baik sekiranya Aqil itu adalah anak antara dia dan Iffat. Pastinya hubungan dia dan Iffat tidak setegang sekarang. “Hmm..” dalam tidak sedar terzahir keluhan dari mulut Afeef.

“Feef, kenapa mengeluh tu? Tak baik Feef mengeluh. Macam kita tak redha dengan apa yang jadi.” Tegur Encik Abdul Rahim membuatkan Afeef termalu sendiri.

“Err..maaf bah. Tiba-tiba teringat kat Iffat. Afeef ni banyak sangat buat salah dengan dia bah.” Jawab Afeef tanpa rasa kekok meluah apa yang dia rasa. Memang dia rasa selesa apabila berbual dengan ayah Iffat itu seperti dia berbual dengan ayahnya sendiri. Sikap yang sentiasa tenang dan berfikiran positif membuatkan Afeef cukup kagum dengan keduanya.

“Sudahlah Feef. Sabarlah. Ada hikmah apa yang dah jadi ni Feef. InsyaAllah semuanya hanya yang terbaik. Iffat dah tahu semua hal kamu tu. Cuma, sebaiknya kamu sendiri terang dengan dia apa sebenarnya yang dah jadi. Itu lagi baik. Kamu jangan risau Iffat tu. Dia dah boleh terima ni semua Feef. Tapi kamu tu kena usaha sikitlah sikit macam mana nak buat dia lembut hati dengan kamu. Takdalah mulut dia tu asyik nak beraku kau dengan kamu. Tak elok macam tu Feef. Kamu tahu kan tanggungjawab seorang suami sebagai imam dan ketua dalam keluaraga. Perempuan diamanahkan kepada kita yang lelaki ni untuk melindungi mereka, bimbing mereka. Tegur mana yang salah Iffat tu Feef. Jangan kamu pulak nak ikut kata dia.” Jelas Encik Abdul Rahim panjang lebar. Puan Hasmidah hanya tersenyum mendengar selepas menghulurkan botol susu kepada Aqil.

“Hmm. Ye la bah. InsyaAllah. Saya akan cuba yang terbaik bah untuk masa depan kami. Kalau dulu saya gagal untuk bimbing Damia, saya akan usaha yang selagi terdaya untuk bimbing Iffat. InsyaAllah.” Balas Afeef bersemangat selepas mendengar pesanan bapa merutuanya itu. Berkali-kali dipanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana ada orang yang sentiasa mengingatkannya. “Terima kasih bah, mak sebab bagi peluang kat Afeef.” Tambah Afeef lagi. Semakin tersentuh hatinya apabila mendengar amanat dari Encik Abdul Rahim.

Encik Abdul Rahim dan Puan Hasmidah membalas dengan senyuman dan anggukan kepala. Tiada langsung niat di hati tua mereka untuk menyingkir Afeef dalam hidup satu-satunya anak perempuan mereka. Malah selalu berdoa agar pasangan itu dapat mengecap bahagia akhirnya walaupun banyak ujian dan dugaan yang dilalui.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 20”
  1. Addeen says:

    huhu..
    harap semuanya akan okay…
    cepat sambung..suka baca citer ni…
    nice…best..

  2. bibi says:

    huhuhu best cpt sambung ek

  3. arsha says:

    ada error lagi rupanya. maaf.

  4. fatin says:

    best2…

  5. rieda says:

    best2…cpt sambung….

  6. rosejune says:

    xde part yg sy bc tunjukkan afeef ni betul2 rasa bersalah buat iffat- madukan dia dlm diam-ada anak-balik pun tiba2…dia mcm tau apa pun yg dia buat iffat akan terima dgn mudah. dia mcm take for granted sikap baikhati iffat tu…dan dia x hargai setia-kasih iffat selama dia di gantung xbertali…kesian perempuan ..selalu jd watak baik-lemah sbb syg..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.