Novel : Biar aku jadi penunggu 22

24 September 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Iffat dah makan?” tanya Hajah Zubaidah seraya meletakkan secawan teh di atas meja kopi hadapan Iffat.

“Err..dah ma..Alhamdulillah. Sebelum datang sini tadi Iffat dah makan.” Jawab Iffat lembut. Tibanya di rumah itu tadi, dia langsung tidak melihat kelibat Afeef. Dia pandang juga ke arah tangga kalau-kalau lelaki itu turun. Aqil pula tadi telah mengikut Haji Ramlee ke ruang tamu tingkat atas rumah. Hanya terdengar gelak tawa si kecil itu bersama Afia.

“Mmmee..” terdengar Aqil memanggilnya. Iffat menoleh Aqil yang berada dalam dukungan Afeef yang sedang menapak turun tangga. Iffat membalas senyuman Afeef t saat mata mereka bertemu.

“Mmmee.. cuu” Aqil berjalan ke arahnya sambil menghulurkan botol susu kosong.

“Eh..sayang mummy ni nak minum susu lagi.” Iffat menyambut juga botol kosong itu sambil mencium mesra ubun-ubun Aqil di dalam pelukannya. Afeef sudah melabuhkan duduk di sebelah Hajah Zubaidah.

“Meh sini Iffat, biar mama aja yang buatkan.” Hajah Zubaidah menghulurkan tangan kepada Iffat.

“Eh takpalah ma, biarlah Iffat buat.” Balas Iffat lembut dan bingkas ke dapur untuk mencuci botol itu dahulu. Dia perasa yang Afeef hanya memerhatikannya dari tadi. Berdebar-debar hatinya melihat panahan mata Afeef yang sedikit tajam menikam matanya. Aqil terkedek-kedek mengekorinya bangun.

Dari tepi kabinet di ruang makan itu, sayup-sayup Iffat terdengar dua beranak itu berbual. Entah apa yang dibualkan sehingga begitu serius wajah Hajah Zubaidah. Sesekali Iffat menoleh kedua beranak itu. Baru sahaja dia ingin menoleh lagi ke arah dua beranak itu, pandangannya terhenti apabila melihat Afeef juga menoleh ke arahnya. Spontan Iffat berpaling dan menyambung semula kerjanya tadi.

“Fat…” terdengar suara garau menyapanya. Terus terhenti tangan Iffat yang ingin menuang air panas ke dalam botol susu. Debaran di dadanya kian sesak apabila dirasakan empunya suara rapat di sisinya sehingga terasa haba yang dikeluarkan oleh badan itu. Iffat hanya diam membisu. Menyahut pun tidak, berpaling pun tidak. Bekas pemanas air yang dipegangnya telah di letakkan semula. Baru dia perasan Aqil yang mengekorinya tadi sudah tiada di sisi. Si kecil itu sudah mendapatkan Hajah Zubaidah di ruang tamu.

“Iffat..” sekali lagi Afeef memanggil namanya perlahan.

“Hmm..” pendek jawab Iffat. Dengan rasa debar yang masih lagi bertapak, dia mengambil semula bekas pemanas air tadi dan menuang sedikit air ke dalam botol susu yang dipegang.

“Iffat, aku dah buat keputusan..” kata Afeef dalam nada yang sama. Dia masih setia berdiri di sisi Iffat dan memerhati semua tingkahlaku wanita itu.

Semakin sesak dirasakan dadanya apabila mendengar kata-kata Afeef. Hendak memandang wajah lelaki itu dia tiada kekuatan. ‘Afeef, janganlah kau ucapkan kata-kata tu sekarang. Aku belum sedia lagi nak dapat title tu Feef.’ Dalam hatinya sudah berkata yang bukan-bukan. Dalam kepalanya pula sudah memikirkan apa yang akan dilakukan andai tidak lagi menjadi isteri Afeef.

“Err.. Feef.. kan kau dah janji nak bagi aku masa. Kenapa sekarang kau dah buat keputusan. Belum lagi sampai sehari kau tunggu, kau dah buat keputusan.” Balas Iffat perlahan.

“Fat.. aku sebenarnya dah lama fikir hal ni..” Afeef memegang kedua bahu Iffat agar Iffat berhadapan dengannya. Iffat hanya menundukkan wajahnya langsung tidak menentang pandangan Afeef di hadapannya.

“Fat..pandanglah muka aku ni Fat..” rayu Afeef seraya melepaskan bahu Iffat. Iffat masih diam membisu tetapi menurut permintaan Afeef.

“Feef..lain kali ajalah kau cakap..aku tak sedia nak dengar Feef..” balas Iffat lembut sambil menentang pandangan Afeef. Sekejap sahaja kemudian dia menunduk semula.

“Fat..kalau aku tak cakap sekarang..bila lagi Fat..? Kau macam nak elakkan diri dari aku. Sampai bila-bila tak selesai masalah kita ni Fat..” jawab Afeef lagi. ‘Huh! Dah lain macam yang aku rasa ni. Susahnya mulut kau nak mengaku kau sayang aku Fat. Mata kau tak pandai menipu Fat. Kalaui kau cakap kan senang. Tak payahlah aku susah-susah macam ni. Hmm..Sabarlah hati.. Astaghfirullah..’ ucapnya dalam hati.

Iffat masih mendiamkan diri. Langsung tidak menjawab pertanyaan Afeef.

“Aku rasa, kau nak ke tak nak. Kau kena dengar jugak keputusan aku ni Fat. No excuse! No Objections!” Suara Afeef sedikit tegas.

“Aku..” belum sempat Afeef meneruskan kata-katanya, Iffat sudah menekup mulut Afeef dengan tangannya.

Iffat menentang pandangan mata Afeef. Sungguh dia tak sanggup mendengar apa yang bakal diucapkan oleh Afeef saat itu.

Afeef yang terkejut dengan tindakan drastik Iffat, hanya memandang wajah itu tanpa berkelip apabila melihat mata Iffat yang mula berkaca. ‘Fat..janganlah kau nangis..’ desis hatinya. Sayu dia melihat wajah Iffat yang suram itu seperti di rumah mertuanya siang tadi.

“Feef..aku belum lagi nak berpisah dengan kau Feef. Kenapa kau cepat sangat buat keputusan macam ni. Kau memang tak sabar sangat ke nak buang nama aku dalam hidup kau..atau kau memang tak suka aku rapat dengan anak kau.. Kalau itu yang kau risaukan,..aku janji aku takkan datang lagi tengok Aqil. Tapi, bolehkan kau bagi aku masa untuk fikir semua ni dulu Feef. Kenapa kau..” lirih suara itu meluah rasa sebelum melepaskan tangannya di mulut lelaki itu. Iffat kembali menunduk dan dirasakan ada air panas yang mengalir ke pipinya.

‘Apa yang kau cakap ni Fat.. aku belum habis cakap lagi..’ omel Afeef sendiri. Dia sendiri dah mula rasa pelik kenapa Iffat begitu sedih walhal dia belum lagi mengucapkan apa-apa yang menyentuh perasaannya. Afeef menyentuh sikit dagu Iffat dan mengangkat wajah yang sudah berair mata ikut menentang wajahnya.

“Hey..Fat.. kenapa sedih sangat ni? Aku tak cakap apa-apa lagi. Kenapa sampai ke situ pulak ni.” Lembut Afeef memujuk seraya jemarinya menyeka air mata di wajah mulus itu. ‘Agak-agak kalau aku peluk, dia mengamuk tak. Geram.. hehe..’ Afeef sudah tersenyum senang di dalam hati apabila merasakan kasih sayang Iffat kepadanya terserlah sedikit demi sedikit. Dia sedar yang Iffat sebenarnya dah salah faham akan keputusan yang dimaksudkan. ‘Bila masa aku nak berpisah dengan kau Fat. Takkan sesekali walaupun kau yang tuntut perpisahan tu.’ Desis hatinya lagi.

Iffat hanya diam membiarkan tangan Afeef menyapu air matanya. Pandangan mata Afeef yang tenang itu menyejukkan hatinya. Tidak tahu kenapa hatinya berasa tenang saat menerima sentuhan dari kehangatan tangan Afeef di wajahnya.

“Fat..takkan sesekali aku nak berpisah dengan kau Fat.. Aku sebenarnya..nak kau duduk dengan aku kat rumah kita dulu.” Terang Afeef perlahan sambil tersenyum.

Spontan Iffat menolak tangan Afeef di wajahnya dan mengesat air matanya dengan belakang tangannya sendiri. Tiba-tiba dirasakan mukanya kebas. Malu! ‘Ciss.. aku ingat dia nak cakap…arghh..malu aku nangis depan mamat ni. Adoi!’ Dia telah salah faham rupanya. Iffat terasa ingin mengetuk kepalanya sendiri saat itu walaupun pengakuan Afeef itu menenangkan sedikit hatinya dan menolak sekeras-kerasnya apa yang telah diucapkan kepada Afeef sebentar tadi. Segala persoalan yang liar berlegar di dalam kepala dan hatinya hilang sekelip mata. Tanpa membalas, Iffat terus melangkah ke ruang tamu mendapatkan Aqil dan Hajah Zubaidah. Susu yang dibancuh tadi pun hampir sejuk kerana dia terlalu leka melayan perasaan bersama Afeef tadi. Nasib baik tidak terjadi aksi-aksi yang lebih panas. Kalau tidak, malu pada Hajah Zubaidah yang memerhati dari tadi.

Hajah Zubaidah hanya tersenyum apabila melihat Iffat yang menghampirinya. Kedudukan ruang tamu dan tempat pasangan itu berdiri tadi hanya dipisahkan oleh meja makan. Bekas susu Aqil dan pemanas air memang sengaja di letakkan di atas kabinet ruang makan itu agar mudah digunakan dan tidak perlu ke ruang dapur. Masih jelas pada penglihatan tuanya melihat pasangan itu tadi berdiri begitu hampir walaupun langsung tidak mendengar butiran yang keluar dari mulut keduanya. Iffat sudah duduk di tempatnya tadi dan Aqil baring di ribanya sambil menyusu.

“Iffat..kau dengar kan apa aku cakap tadi.” Ucap Afeef lembut yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

Hajah Zubaidah pula sudah beralih tempat duduk ke ruang rehat keluarga menonton televisyen. Dia ingin memberi ruang kepada pasangan itu berbincang.

“Hmm..dengar.”Jawab Iffat perlahan. Dia tidak langsung berpaling ke arah Afeef di hadapannya. Dia tahu, pasti lelaki itu sedang mentertawakannya kerana keterlanjurannya tadi. Kerana terlalu risau diceraikan sehingga Iffat tidak sabar mendengar apa sebenarnya yang ingin diucapkan oleh Afeef.

“Okey, hujung minggu ni kita pindah masuk.” Balas Afeef ceria dengan senyuman yang masih terlukis di bibir.

“Hah! Aku tak kata pun setuju?” Iffat memberanikan diri menentang wajah lelaki di hadapannya itu. Dia nampak Hajah Zubaidah menoleh ke arahnya dan Afeef apabila suaranya sedikit meninggi.

“Aku kan dah cakap tadi no excuse no objections. Kau lupa ke? Banyak makan semut ke Miss Afeef Adwan.” balas Afeef dalam tawa kecilnya. “Nak tak nak, kau kena ikut jugak. Mama pun dah setuju. Mak dengan abah pun tak kisah.” Kata Afeef selamba.

‘Aik! Mamat ni pandai-pandai dah buat rancangan.’ Iffat kertap gigi geram dengan sikap Afeef yang suka ikut kepalanya sendiri memang dia paling tidak suka dari dulu lagi.

“Oh. Sebelum aku terlupa. Kau tak payah nak risau-risau barang-barang semua. Kau cuma bawak badan, bawak baju aja. Semua kelengkapan aku dah sediakan.” Tambah Afeef lagi yang sudah tersenyum riang melihat Iffat mengerutkan dahi.

“Hmm..tengoklah dulu macam mana.” Jawab Iffat malas.

“Okey. Sabtu nanti aku datang jemput kau kat rumah.” Balas Afeef sambil bangun dan terus melangkah memanjat tangga. ‘Haha..dah tak sempat kau nak elak Fat.’ Dia sudah tersenyum lebar apabila melihat wajah kelat Iffat.

Hajah Zubaidah kembali ke ruang tamu apabila melihat Afeef sudah menghilangkan diri naik ke bilik.

“Iffat..” panggil mama perlahan.

“Ya ma..” jawab Iffat perlahan sambil mengusap lembut rambut Aqil yang sudah terlena.

“Mama rasa, ada baiknya cakap Afeef. Rumah tu dah lama siap Fat. Cuma penghuninya aja yang takda. Sampai bila kamu dengan dia nak duduk asing-asing macam ni? Iffat tahukan apa hukumnya apabila isteri mengingkari kata suami.” Tegur Hajah Zubaidah lembut.

Iffat diam menunduk. Memang dia tidak boleh nafikan setiap kata-kata yang diucap oleh Hajah Zubaidah itu. Dia tahu memang sudah menjadi kewajipan seorang isteri untuk berada di sisi suami. “Ya ma..Iffat tahu..tapi..”

“Janganlah bertapi lagi Iffat. Walaupun kamu masih marahkan dia, tapi sekurang-kurangnya biarlah benda ni sebagai langkah pertama untuk perbaiki hubungan kamu berdua. Kalau kamu still tak mahu, terimalah cadangan ni atas rasa tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Maafkan mama kalau mama ni memandai-mandai mengajar Iffat pulak. Tapi kalau boleh, mama tak nak tengok Iffat dan Afeef macam ni selamanya.” Lembut Hajah Zubaidah menasihati Iffat. Dia terlalu menyayangi Iffat dan dia sendiri akan membantu anak lelakinya itu demi kebahagiaan mereka bersama.

“Hmm..ye la ma.. InsyaAllah. Iffat cuba. Terima kasih ma sebab sudi terima Iffat dalam keluarga ni. Apa yang dah ada, dah terlebih cukup ma. Mama Iffat dah anggap macam mak Iffat sendiri. Apa juga teguran mama, sama macam mak tegur Iffat jugak. Thanks ma nasihat tu. Iffat tahu, Iffat bukan yang terbaik ma,,.tapi Iffat akan cuba mana yang mampu ma.. Cuma buat masa ni, mama berilah Iffat masa.. Iffat akan belajar terima Afeef seadanya ma,..” balas Iffat lirih. Hajah Zubaidah menghampiri Iffat dan memeluk erat bahu Iffat.

Dia cukup terasa dengan apa yang telah diucapkan oleh orang tua itu. Dia tahu dan sedar akan setiap kesalahan yang dilakukan. Dia juga tahu akan hukum hakam apabila mengingkari kata-kata seorang suami. Apa yang dilakukan selama ini banyak dipengaruhi oleh rasa marah dengan Afeef. Berkali-kali Iffat beristighfar agar hatinya tenang menerima segala teguran daripada Hajah Zubaidah. Bernasib baik juga Afeef tidak ada bersama. Jika tidak, pasti dia telah mengalirkan air matanya kerana tidak sanggup untuk melihat wajah itu. Iffat masih tegar menahan air matanya dari tumpah. Dia tidak mahu Hajah Zubaidah melihat dirinya lemah.

Setelah membetulkan kedudukan Aqil yang sudah terlena di sisinya itu, Iffat meminta diri untuk pulang. Jam dinding di hadapannya dikilas menunjukkan hampir 12 tengah malam. Walaupun perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh, tapi di hatinya tetap timbul kerisauan apabila jalan yang dilalui terlalu sunyi jika jam sudah menginjak 12 malam.

“Iffat takpa ke nak drive malam-malam ni?” tanya Hajah Zubaidah risau akan keselamatan menantunya itu. “Kalau tak, tidur sini aja. Baju Iffat pun ada kat bilik tu lagi. Esok pergi kerja gerak dari sini aja. Ni pun dekat hujan dah ni. Angin-angin dengan kilat-kilat lagi ni.” Tambah Hajah Zubaidah lagi apabila melihat Iffat yang terkulat-kulat di tepi pintu kereta.

“Err..takpalah ma. Dekat aja pun. Err..barang-barang Iffat banyak kena bawak esok ma..” Dalih Iffat dengan suara yang tidak berapa yakin. Sebenarnya dia sendiri jarang memandu malam berseorangan. Biasanya mesti ditemani adik-beradiknya yang lain. Cuaca pada malam tu pula menambah lagi kurang keyakinannya.

“Hmm..Kamu tunggu sini sekejaplah, biar mama panggil Afeef suruh hantar kamu. Esok biar dia hantar kamu pergi kerja.” Balas Hajah Zubaidah seraya melangkah masuk semula ke dalam rumah untuk memanggil Afeef.

Belum sempat Iffat melarang, Hajah Zubaidah sudah hilang memanjat tangga. Dia segan dengan lelaki itu sebenarnya. Kalau boleh, dia tidak mahu berdua-duaan dengan lelaki itu selepas peristiwa tadi. Risau dia sendiri tidak dapat mengawal perasaan. Tingkahlaku lelaki itu sukar untuk dijangka. Itu menambah lagi kerisauannya. Hatinya mula berdebar-debar apabila melihat Afeef yang menghampiri diikuti mama di belakangnya. Santai lelaki itu memakai t-shirt putih tanpa koler bersarung jaket kulit di badannya dan jeans. Semakin berdebar apabila dia sudah terhidu wangian daripada tubuh lelaki itu.

‘Bukan main wangi lagi mamat ni. Nak ke mana dia malam-malam ni. Bukan nak hantar aku aja ke?’ desis hatinya sendiri. Dalam diam dia mengakui penampilan lelaki ini sudah banyak berubah. Paling dia tertarik dengan janggut nipis kemas yang menghiasi dagu lelaki itu. ‘Ahh..sudah Iffat. Control sikit mata kau. Cepat sangat nak memuji!’ marah Iffat kepada dirinya sendiri. Cepat-cepat dia beristighfar berulang-kali.

“Iffat..tunggu apa lagi tu. Afeef dah tunggu dalam kereta tu. Nanti lambat kamu sampai rumah.” Tegur Hajah Zubaidah menyedarkannya.

“Errr..ya ma..” Tergagap-gagap Iffat menjawab. Tangan tua itu disalami dan dicium mesra sebelum melangkah ke kereta Afeef. Hampir sahaja ke kereta Afeef, Iffat berpatah semula mendapatkan Hajah Zubaidah.

“Err..ma, kereta Iffat macam mana ma?” tanya Iffat sambil mengerling Afeef yang sudah berada di dalam kereta Toyota Viosnya.

“Alah..pasal kereta yang kamu sibukkan. Takpa, esok biar Afeef aja yang uruskan. Dia pun belum mula kerja minggu ni. Kamu jangan risaulah kereta kamu ni. Dah, Afeef dah lama tunggu tu. Esok kamu nak kerja, lambat pulak nak tidur nanti.” Balas mama sambil menghadiahkan senyuman kepada menantunya itu.

“Er..ye la. Thanks ma. Buat susah-susah aja.” Balas Iffat seraya menghadiahkan ciuman ke pipi Hajah Zubaidah.

“Tu.. you should say thanks tu him.” Jawab Hajah Zubaidah sambil menunjuk ke arah Afeef di dalam kereta.

“Err..ye la ma. Balik dulu ma. Assalamualaikum.” Ucap Iffat sebelum melangkah semula ke kerata Afeef. Dia termalu sendiri kerana lupa pada lelaki yang sedang menanti di dalam kereta itu. Saat itu juga titis-titis hujan mula turun menimpa bumi. Iffat mempercepatkan langkahnya apabila melihat kereta Afeef mula keluar dari garaj. Sempat dia membalas lambaian ibu mertua tersayang sebelum hilang dari pandangan.

Dalam kereta, Afeef hanya mendiamkan diri dan tekun dengan pemanduannya. Hujan yang kian lebat membuatkan mata Afeef hanya fokus ke jalan raya kerana risau kalau-kalau ada dahan pokok yang patah, jatuh ke jalan raya akibat di sambar petir. Tambah pula dengan angin yang bertiup sedikit kuat begitu. Iffat di sisi juga memandang tepat ke jalan raya. Dia juga turut risau melihat keadaan jalan yang licin dan kabur itu. Kereta yang lalu-lalang juga boleh dikatakan tiada kerana ada sebuah dua sahaja yang berselisih jalan dengan mereka. Kiri kanan jalan gelap gelita tanpa lampu jalan yang mungkin tidak berfungsi pada waktu itu.

Iffat menoleh ke sisinya melihat Afeef yang masih dalam keadaan seperti tadi. Dia masih tekun dengan pemanduannya. Perjalanan yang sewajarnya mengambil masa hanya 40 minit dirasakan terlalu lama. Dikilas jam di dashboard kereta baru 10 minit perjalanan. Dirasakan kereta Afeef semakin lambat bergerak dan tiba-tiba Afeef memberi lampu isyarat sisi untuk berhenti. Iffat memandang Afeef di sisi yang sudah mula beriak resah. Hatinya pula sudah berasa kurang enak.

“Feef, kenapa ni?” tanya Iffat selepas Afeef memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sunyi itu. Di luar hujan masih turun dengan lebat beserta angin kuat. Dilihat kiri kanan jalan hanya pokok kelapa sawit. Daunnya meliuk lentok mengikut arah tiupan angin.

“Err..aku rasa kereta aku problem la.” Kata Afeef sebaik sahaja enjin kereta mati.

“Hah? Kau biar betul. Dah la jalan gelap gelita ni. Orang pun takda.” Balas Iffat. Matanya meliar memandang depan dan belakang jalan kalau-kalau ada kereta lalu.

“Kau tengok muka aku ada buat lawak ke?” balas Afeef tenang. Dia masih juga cuba menghidupkan enjin kereta tapi tetap tidak berjaya.

“Kalau naik kereta aku tadi, aku rasa dah sampai.” Kata Iffat perlahan tapi masih jelas di telinga Afeef.

“Apa kau kata? Kau ulang balik?” tanya Afeef dengan muka yang mula menegang. Wajah Iffat dipandang tajam.

“Aku kata, kalau naik kereta aku tadi mesti dah sampai. Takdalah rosak tengah jalan ni.” Balas Iffat berani.

“Hey, kau ingat aku mintak ke kereta ni nak rosak tengah jalan gelap macam ni.” Marah Afeef yang sudah menaikkan ton suaranya.

Iffat sudah berpeluk tubuh dan membuang pandang ke luar tingkap. Dia tiada hati ingin membalas kata-kata Afeef yang mula naik angin itu. Iffat mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Luthfi. Dikerling Afeef, lelaki itu sudah menyandarkan kepalanya tidak tahu untuk berbuat apa.

“Alamak..takda coverage la pulak..” omel Iffat sendirian. Dia menoleh ke sisi. “Feef, call la siapa-siapa mintak tolong.” Ujar Iffat.

“Kalau boleh, dah lama dah aku mintak tolong. Telefon aku tak bawak. Kalau ada pun, takda coverage kan.” Balas Afeef tidak setegang tadi.

Setelah beberapa ketika menunggu, tiada satu pun kereta yang lalu waktu hujan-hujan itu. “Kau tunggu sini, aku keluar tengok enjin sekejap.” Kata Afeef yang sedang melipat kaki seluarnya.

“Err..ada payung ke? Kan lebat lagi hujan kat luar tu?” balas Iffat yang mula risau dengan tindakan Afeef itu.

“Payung ada, tapi kat bonet. Aku nak pergi ambik la ni. Kau tunggu sini jangan keluar.” Pesan Afeef seraya membuka pintu kereta dan terus keluar dengan pantas.

Iffat hanya melihat Afeef berlari-lari anak dalam gelap tu mengambil payung di bonet. Dia nampak baju lelaki itu sudah lencun apabila Afeef kembali semula ke sisi kereta tempat duduk Iffat.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 22”
  1. nysa says:

    sambung lg yeee.

  2. rieda says:

    cpt2 sambung ya!

  3. Addeen says:

    cepat sambung….
    makin best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.