Novel : Biar aku jadi penunggu 23

1 October 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Fat, hulurkan lampu suluh kat belakang tempat duduk kau tu.” Pinta Afeef yang mula menggigil kesejukan.

Iffat baru perasan yang Afeef tidak memakai jaketnya tadi. Jaket itu sudah diletakkan di tempat duduk belakang. Terasa sejuk kulitnya apabila disapa angin yang menderu masuk saat Afeef membuka pintu kereta untuk mengambil lampu suluh.

“Kau tunggu sekejap. Aku tengok apa yang patut.” Pesan Afeef sebelum menutup pintu itu semula. Iffat hanya mengangguk.

Hampir sepuluh minit Afeef masih belum lagi kembali. Iffat sudah resah di tempat duduknya. Risau akan keselamatan Afeef di dalam hujan lebat itu walaupun berpayung. Tanpa menunggu lebih lama, Iffat menyarung jaket Afeef ke badan dan melangkah keluar mendapatkan Afeef.

“Hey. Kenapa kau keluar ni. Kan aku suruh tunggu dalam kereta aja. Kau tak nampak ke hujan lebat ni.” Tegur Afeef apabila terasa ada orang berdiri rapat disebelahnya. Dia menggelengkan kepala melihat Iffat yang memakai jaketnya.

“Alaa..kau lambat sangatlah. Dah okey ke belum ni?” balas Iffat selamba sambil merapatkan lagi tubuhnya ke sisi Afeef untuk mengelak daripada terkena hujan.

“Aku dah tengok macam takda apa-apa yang rosak. Maybe dah lama tak service ni. Entah apa yang rosak pun aku tak tahu.” Kata Afeef sambil menyerahkan payung kepada Iffat kerana dia ingin menutup semula boot kereta itu. Iffat hanya menurut.

“Dah, jomlah masuk dalam kereta dulu.” Arah Afeef sambil mengambil semula payung di tangan Iffat. Iffat yang berdiri rapat disebelahnya, dipaut erat agar tidak terkena hujan.

Iffat terkejut dengan tindakan spontan Afeef yang memaut bahunya erat agar merapati badan lelaki itu tetapi tidak pula dia membantah. Mereka beriringan masuk ke dalam kereta.

Iffat menghulurkan sapu tangan yang memang sentiasa ada dalam beg tangannya kepada Afeef apabila dilihat muka Afeef yang basah disimbahi hujan. Kebetulan di dalam kereta itu ketiadaan tisu. Iffat menanggalkan semula jaket yang dipakainya tadi dan diserah kepada Afeef apabila melihat lelaki itu mula menggigil kesejukan.

“Feef..err..aku rasa baik kau tanggal dulu baju kau yang basah tu before pakai jaket. Kurang sikit sejuk kalau tak pakai dengan baju basah tu.” Usul Iffat bila melihat Afeef ingin menyarung terus jaket yang dihulurkan tadi. Tanpa banyak soal, Afeef terus membuka bajunya. Iffat terasa debar di hatinya lain macam apabila melihat Afeef yang tidak berbaju itu, terus memalingkan muka ke luar tingkap. Dia yang malu melihat keadaan Afeef begitu walhal Afeef hanya buat selamba.

“Ala Fat..bukannya haram pun kau tengok. Tak luak pun Fat.” kata Afeef selepas menyarung jaket ke badannya. Kesejukan terkena hujan dan angin di luar tadi tetap dirasakan.

Iffat hanya diam. Dalam diamnya itu dia mengiyakan kata-kata Afeef. Memang tiada salahnya jika Iffat melihat Afeef dalam keadaan begitu. Malah, lebih dari itu dia boleh tengok.

“Err..Feef..macam mana kita ni?” tanya Iffat untuk menghilangkan rasa debar di hatinya.

“Hmm.. kita tunggu ajalah sampai hujan berhenti dulu. Lepas tu baru kita fikir macam mana. Sekarang ni buat apa pun tak boleh. Kecuali kalau ada orang lalu, then kita tahan.” Balas Afeef perlahan dalam mata yang terpejam.

Iffat menoleh ke sisi apabila merasakan lain benar nada suara Afeef. Dilihat Afeef sudah merendahkan sedikit pembaringan tempat duduknya dan memenjamkan mata. ‘Ah sudah. Ni confirm demam la ni.’ Desis hatinya. Tidak teragak-agak, Iffat terus meraba dahi Afeef. Panas. ‘Cepat sangat mamat ni demam. Tak kuat betul antibodi dia ni.’ Omel hatinya lagi. Dia sendiri tak tahu apa yang harus dilakukan. Dengan selambanya juga Iffat menyentuh pula tangan Afeef. Sejuk melampau kedua tangan lelaki itu.

Afeef menarik sikit tangannya apabila terasa sentuhan tangan Iffat. “It’s ok Fat.” Perlahan Afeef menolak.

Iffat dengan wajah selamba, menarik semula kedua tangan Afeef dan digenggam erat. Itu sahaja yang mampu dilakukan untuk menyalurkan sedikit kehangatan kepada tubuh itu. Untuk berbuat lebih dari itu dia tidak punyai keberanian. Takut pula Afeef menuduhnya ingin mengambil kesempatan. Dengan menggenggam erat tangan Afeef sahaja yang mampu dilakukan. Sesekali Iffat menghembuskan nafas pada kedua tangan Afeef yang erat dalam genggaman. Diramas lembut jemari kasar Afeef.

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tangan Afeef yang masih kekal dalam genggamannya dirasakan memberi tindak balas apabila jemari kasar itu membalas genggaman tangan Iffat erat. Matanya masih lagi terperjam seperti tadi. Beberapa ketika, ada silauan lampu dari kereta lain yang melalui jalan itu menghampiri mereka dan berhenti betul-betul di belakang kereta. Iffat yang menyedari, mengejutkan Afeef yang sudah terlena. Dalam hatinya timbul sedikit kerisauan kerana takut andai yang berhenti itu mempunyai niat jahat dan bukan untuk membantu.

“Feef..” panggil Iffat lembut.

“Hmm..” sahut Afeef pendek dalam pejamnya.

“Feef..ada orang berhenti kat belakang..” beritahu Iffat sambil menoleh kebelakang untuk mencari kelibat orang yang berhenti itu. Namun gagal kerana hujan terlalu lebat menghadkan pandangannya.

Afeef menegakkan badannya untuk melihat ke arah kereta yang dimaksudkan. Baru sahaja Afeef menegakkan semula tempat duduknya, terdengar ada orang mengetuk cermin kereta di sebelahnya. Serentak Afeef dan Iffat menoleh ke arah ketukan. Ternampak seorang lelaki yang berpayung menunjukkan dirinya di cermin kereta.

“Rafaal..” kata Iffat perlahan. Afeef memandang wajah Iffat di sisi dengan kerutan di dahinya.

Afeef terus membuka sedikit pintu kereta untuk memastikan lelaki itu adalah Rafaal atau bukan.

“Eh..you alls kenapa kat sini hujan-hujan macam ni.” Sapa Rafaal yang terkejut melihat Afeef dan Iffat yang berada di dalam kereta itu. Afeef menyambut dingin tangan Rafaal yang menghulur salam.

“Err..kereta ni rosak. I on the way nak balik rumahlah ni. Raf, you macam mana pulak ada kat sini?” tanya Iffat apabila melihat Afeef hanya mendiamkan diri. Dia perasan wajah Afeef dengan tiba-tiba bertukar tegang. Entah apa yang dimarahkan.

“Oh,. I baru balik dari kursus kat Sepang. Kebetulan lalu sini. Nampak kereta ni I macam kenal, tu yang berhenti tengok.” Balas Rafaal mesra. Dia perasan Afeef hanya berpeluk tubuh dari tadi di tempat duduknya dan sesekali terbersin. “Err..apa kata biar I tolong hantar balik. Kereta ni tinggal kat sini dulu. Hujan lebat sangat ni. Dah lewat pun.” Pelawa Rafaal apabila dia sendiri sudah tidak betah berdiri dalam hujan macam tu.

“Raf, kau tolong hantarkan Iffat ni balik dulu. Biar aku tunggu sini.” Sampuk Afeef tiba-tiba.

Iffat sudah memandang Afeef dengan wajah pelik. ‘Dia suruh aku balik dengan Rafaal. Yang dia duduk sini pulak nak jadi apa.’ Tanya Iffat dalam hati yang pelik dengan cadangan Afeef. Kenapa tidak mereka balik bersama.

“Eh, habis you macam mana?” tanya Rafaal pula bila mendengar penolakan Afeef.

“Hmm. Iffat nanti sampai rumah, kau call mama. Suruh ayah ambik aku kat sini.” Jawab Afeef selamba memberi cadangan.

“Feef, rumah aku kan jauh lagi. Berapa lama pulak kau nak tunggu kat sini?” jawab Iffat tak puas hati dengan cadangan Afeef.

“Takpa. Aku boleh tunggu sini. Kau baliklah dengan Rafaal. Aku risaulah tinggalkan kereta aku kat sini.” Dalih Afeef perlahan. Sebenarnya dia tidak suka dengan kehadiran Rafaal di situ. Tetapi dia tiada pilihan lain. Nak atau tidak, dia kena terima bantuan Rafaal itu demi menjaga hati Iffat. Dalam keterpaksaan juga dia membenarkan Iffat untuk pulang dahulu bersama Rafaal walaupun dia tahu lelaki itu pernah menaruh perasaan terhadap isterinya. Sengaja dia beralasan tidak mahu meninggalkan keretanya di situ.

“Kau ni biar betul Feef? Kenapa kau nak duduk tunggu kat sini. Bahaya tahu tak?” bebel Iffat lagi.

“Aku kata takpa, takpalah. Kau balik aja dulu dengan Rafaal.” Jawab Afeef lagi.

Rafaal yang memerhati pasangan dihadapannya itu mula bersoal jawab, dia sudah berasa kurang enak. Dirasakan kehadirannya mencetus perbalahan antara keduanya.

“Rafaal, kau hantar aja Iffat.” Kata Afeef pula kepada Rafaal.

“Err..aku okey aja. Aku janji aku hantar Iffat sampai rumah. Kau jangan risau. Fat, jom I hantar you dulu. I dah tak tahan sejuk kat luar ni.” Jawab Rafaal yang mula menggigil kesejukan.

“Raf, you tunggu kat kereta dulu.” Arah Iffat pula dan Rafaal hanya menurut.

“Feef. Kau ni kenapa? Kan Rafaal nak tolong tu. Kau boleh tak jangan nak buat perangai time ni. Orang tu kan nak tolong. Kenapa pulak kau sanggup nak tunggu kat sini sorang-sorang.” Gerutu Iffat yang geram dengan Afeef menolak bantuan Rafaal.

“Habis tu, kereta aku ni nak tinggal macam tu aja ke?” balas Afeef tak puas hati dengan Iffat yang memarahinya.

“Hey. Kau tak payahlah tipu aku cakap pasal kereta kau ni. Takdanya orang nak curi kereta kau dalam hujan lebat ni.” Balas Iffat dengan nada menyindir. Dia tahu lelaki itu terlalu menjaga egonya dari menerima pertolongan Rafaal. Bukan dia tidak tahu Afeef cukup tidak suka dengan Rafaal.

“Kau ni kalau nak balik sangat, balik ajalah dengan dia. Kau tak payah nak risau-risaukan aku. Aku tahulah jaga diri sendiri.” Balas Afeef dengan suara yang tertahan. Dia geram dengan Iffat yang masih menyalahkannya kerana menolak perlawaan Rafaal.

“Kau ni kan. Boleh tak jangan nak lambung tinggi sangat ego kau tu. Aku tahulah kau tak suka aku rapat dengan dia. Tapi tak payahlah nak tongkat sangat ego kau tu dalam waktu sekarang ni.” Tambah Iffat lagi yang semakin menyampah dengan perangai Afeef yang satu itu.

“Kalau kau nak balik sangat. Pergilah. Tak payah pedulikan aku!” balas Afeef kasar. Terasa kesabarannya sampai ke kemuncak apabila bibir comel di hadapannya itu terus-terusan menyalahkannya. Dadanya terasa berombak kerana menahan marah.

Tanpa membalas kata-kata Afeef, Iffat mengambil payung yang digunakan tadi terus keluar mendapatkan Rafaal di kereta. Hujan masih juga belum reda. Iffat cukup terasa dengan kata-kata Afeef terus keluar. Rasa ingin menangis waktu itu juga apabila Afeef memarahinya.

Afeef hanya mendiamkan diri melihat tindakan Iffat. Dia tahu wanita itu memarahinya.

Tidak lama kemudian, Afeef melihat dari cermin pandang belakang, kereta Rafaal mula bergerak meninggalkannya. Melihat kereta itu yang semakin menjauh, terasa ada air jernih di tubir mata kerana kesal dengan tindakan Iffat yang sanggup meninggalkan dirinya keseorangan di situ. ‘Salah diri kau sendiri Afeef. Kau yang ego sangat. Kau jugak yang suruh Iffat balik dengan Rafaal.’ Marah Afeef kepada dirinya sendiri. Afeef menyandarkan semula kepala dan memejamkan mata apabila merasakan denyutan di kepala mula bertandang. Badannya sudah menggigil kesejukan.

Dalam dia memejam mata, dia terasa ada orang masuk ke dalam kereta duduk di sebelahnya. Spontan dia membuka mata dan menoleh ke sisi. Afeef menegakkan semula badannya dengan rasa tidak percaya dia melihat Iffat yang masuk semula ke dalam keretanya.

“Tak payah pandang aku macam tu. Aku tak nak dituduh jadi isteri derhaka pulak nanti.” Sinis kata-kata yang keluar dari mulut Iffat.

“Kenapa kau tak ikut dia?” tanya Afeef mendatar. Tidak setegang tadi.

“Suka akulah nak balik ke tak nak.” Balas Iffat selamba. Di hatinya masih terasa sakit apabila dimarahi Afeef tadi. Dia sendiri tidak sampai hati untuk meninggalkan Afeef dalam keadaan macam tu. Tambahan pula Afeef yang mula demam kerana berhujan tadi. Lelaki itu sahaja yang sengaja tunjuk kuat. Dia telah meminta tolong kepada Rafaal supaya memberitahu Afia apabila tiba di rumah nanti memandangkan Rafaal tidak tahu di mana rumah Afeef. Nasib baik juga Rafaal memahami situasi dia dan Afeef pada waktu itu setelah Iffat memberitahu keadaan Afeef yang demam. Jika tidak, pasti Rafaal sudah beranggapan yang bukan-bukan terhadap mereka berdua kerana tidak sudi menerima bantuannya.

“Kau selalu melawan cakap aku kan Fat. Ada aja yang kau nak jawab.” kata Afeef perlahan. Dia sudah memejamkan semula matanya.

Iffat hanya diam tak menjawab apabila mendengar nada suara Afeef seperti berjauh hati dengannya. Timbul pula rasa bersalah dalam hatinya apabila bersoal jawab saat Afeef tidak sihat. Iffat nampak badan lelaki itu sedikit menggigil dan mula membengkokkan kakinya menahan sejuk. Dia sendiri terasa dingin kerana terkena tempias hujan tadi. Dia ingin menyentuh tangan Afeef lagi tetapi dibatalkan niatnya apabila melihat Afeef sudah menukar posisi duduknya dengan tidak lagi mengadap Iffat.

……………………

Selepas membersihkan diri, Iffat melangkah ke bilik Afeef untuk melihat keadaan lelaki itu. Hampir pukul 2 pagi dia dan Afeef sampai ke rumah dua tingkat itu tadi selepas Haji Ramlee dan Afia menjemputnya. Mak dan abahnya di rumah sudah dimaklumkan. Sampai di hadapan pintu bilik itu, Iffat berhenti seketika dan teragak-agak dia memulas tombol pintu yang bertutup rapat itu. Terbuka sahaja pintu, hanya cahaya suram lampu tidur di sisi katil sahaja yang menerangi bilik itu. Dilihat Afeef sudah berbungkus menutupi seluruh badannya dengan selimut tebal di atas katil. Selama ketiadaan Afeef, tidak sekalipun dia masuk ke bilik itu walaupun berkali-kali Hajah Zubaidah menyuruhnya tidur di situ apabila dia bermalam pada setiap hujung minggu. Iffat lebih selesa tidur di bilik tetamu yang lebih kecil berbanding bilik yang bukan kepunyaannya. Kali terakhir dia bermalam di bilik Afeef itu ketika Afeef ingin berangkat ke UK.

Iffat hanya membiarkan pintu bilik terbuka sedikit dan dia melangkah menghampiri Afeef di katil. Sempat matanya melihat keadaan bilik yang tersusun kemas itu. Dia rindu untuk melihat pesona bilik itu. Tema warna putih bersih menjadi pilihan lelaki itu. Malah, hampir ke semua barang-barang yang ada di dalam bilik itu berwarna putih. Cuma langsir dan katilnya sahaja yang berwarna hitam. Iffat tersenyum melihat panorama bilik Afeef yang bersih sedap mata memandang. Jarang bilik seorang lelaki akan bercitarasa seperti Afeef yang putih bersih kemas tersusun itu. Patutlah selama ini dia lihat kebanyakan baju yang dipakai berwarna putih. Tidak kiralah baju itu berkoler atau tidak, semuanya pasti berwarna putih. Jika tidak, masakan kereta kesayangannya yang tersadai di tepi jalan itu pun berwarna putih.

Iffat duduk di birai katil untuk melihat lelaki itu dengan lebih dekat. Dia meletakkan tangannya di dahi Afeef untuk merasai kepanasan badan lelaki itu. Iffat tersenyum lagi apabila melihat wajah Afeef yang tenang sedang lena itu. Berdebar-debar dirasakan apabila memerhati wajah Afeef yang tenang itu. Pandangannya jatuh pula ke dagu Afeef. ‘Comel’. Desis hatinya apabila melihat janggut nipis Afeef kemas dan rapi. Lama-kelamaan, Iffat terus bersila rapat dan menongkat dagu dengan kedua belah tangan merenung wajah Afeef. Tenang hatinya menatap wajah Afeef yang sedang lena itu.

Afeef yang tadi menelentang, tiba-tiba bergerak mengadap Iffat di sisi, rapat sehingga terasa hembusan nafas Afeef mengenai kepala lutut Iffat. Tangan Afeef pula elok mendarat di atas pehanya. Iffat hanya diam terkaku kerana terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Takut sekiranya dia pantas menepis tangan itu, pastinya Afeef akan menyedari kehadirannya di dalam bilik itu. Selepas yakin Afeef masih dalam lenanya, dengan perlahan Iffat mengalihkan tangan Afeef dari pehanya. Iffat bingkas bangun keluar dari bilik kerana risau Afeef akan terjaga. Sebaik sahaja menutup rapat pintu bilik Afeef, sekali lagi Iffat terkejut dan mengurut dadanya perlahan.

“Kak..,Pia ingat akak tengah mandi lagi tadi.” Tegur Afia tiba-tiba dengan senyuman di bibir. Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu apabila melihat Iffat keluar dari bilik Afeef.

“Err..Pia cari akak ke?” tanya Iffat untuk menghilangkan rasa gugup di hati. Dia perasan senyuman penuh makna Afia kepadanya.

“Ha’ah. Tadi Pia masuk bilik hantar air milo panas. Pia dah letak kat meja mekap tadi.” Balas Pia sambil memegang tombol pintu bilik Afeef.

“Oh ye ke. Thanks. Err..tapi,.. ni air untuk siapa pulak.?” Tanya Iffat apabila melihat Afia membawa mug yang berisi milo panas itu.

“Eh, air ni untuk abanglah. Dia yang suruh Pia buat tadi. Kenapa kak? Abang dah tidur ke?” Afia mula pelik dengan pertanyaan Iffat.

“Err..takda apa-apalah. Akak masuk bilik dululah Pia. Thanks again.” Balas Iffat cepat meninggalkan Afia yang tercegat di hadapan bilik Afeef.

Sampai di bilik, Iffat menghempaskan badannya ke katil. Terasa panas mukanya apabila teringat apa yang dilakukan di bilik Afeef tadi. Jika dia tidak terjumpa Afia tadi, dia tak tahu yang lelaki itu sebenarnya masih belum tidur. Maknanya, apa yang dilakukan tadi memang disedari oleh Afeef. Iffat terasa ingin menjerit sekuat hati apabila mengetahui lelaki itu sengaja mempermainkannya. Tangan yang mendarat di pehanya tadi pun memang disengajakan. ‘Tu la kau Fat. Nak sangat tengok dia. Kan dah malu sendiri.’ Marah Iffat pada dirinya sendiri kerana terlalu leka merenung wajah Afeef. Dia terasa ingin memarahi lelaki itu yang sengaja mengambil kesempatan mengenakannya. Tapi apabila teringat semula hal tadi, Iffat jadi tidak berani untuk berhadapan dengan lelaki itu. Pasti Afeef sedang mentertawakannya. Iffat menumbuk bantal dalam pelukannya untuk melepas geram terhadap Afeef.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 23”
  1. didi yaww says:

    best sgt.. cpt smbung…

  2. marinashahiza says:

    emm ,sumpah citer neh best gila-gila . waaahhh ! meroyan aku baca cita nehhh , nak lagii :)

  3. nysa says:

    sambung lg….

  4. tyahanim says:

    haha.. iffat2.. kan da kantoi :)

  5. Addeen says:

    cepat sambung….
    makin seronok…

  6. eiranadzirah says:

    best gler…
    smbg la lg…

  7. rieda says:

    best sgt2!!cpt2 sambung ya…:-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.