Novel : Biar aku jadi penunggu 25

15 October 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

25_arsha

“Iffat.. you buat apa kat sini?” sapa Rafaal mesra sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Afeef. Dia lihat wajah lelaki itu sudah masam mencuka. Ikhlas tak ikhlas sahaja Afeef menyambut tangan Rafaal. Iffat pula menghulur salam kepada gadis kecil molek di sisi Rafaal.

“Err.. I nak beli barang sikit.” Jawab Iffat. Dia jeling Afeef di sisi. Wajah lelaki itu masam mencuka. Tadi bukan main riang-ria gelak ketawa, sekarang dah masam mencuka.

“Kenalkan..ni adik kesayangan I. Satu-satunya adik yang I ada. Riyana Alia.” Rafaal memperkenalkan gadis itu kepada pasangan di hadapannya. Alia tersenyum mesra kepada keduanya.

“Huu..gorgeous!” puji Iffat ikhlas melihat gadis kecil molek bertudung litup di sisi Rafaal. Tersipu malu gadis itu.

“Raff, cari apa?” tanya Iffat berbasi-basi.

“I temankan Alia ni nak cari baju katanya. Kat rumah tu dah penuh satu almari pun tak cukup lagi.” Terang Rafaal mesra. Alia di sisinya sudah membulatkan matanya apabila Rafaal memerlinya.

“Abang ni kan.. tu baju kat rumah. Lia kan nak beli baju untuk bawak nanti.” Balas Alia geram dengan abangnya itu.

“Oh..yeke. Lia nak ke mana?” tanya Iffat lagi ingin beramah dengan gadis itu.

“Err..Lia nak dah nak kena flight ke India kak next week.” Jawab Alia lembut.

“India? Nak buat apa kat sana?” Iffat terasa genggaman ditangannya makin erat. Dia tahu Afeef sedang bengang dengannya tapi sengaja dia buat tak endah.

“Adik I ni berangan nak jadi doktor Fat.” jawab Rafaal sengaja ingin mengusik Alia lagi. Alia cepat sahaja mencubit lengan Rafaal di sisinya. “Adoi..doktor apa yang suka mencubit orang ni..” ujar Rafaal lagi apabila terasa sedikit pedih dengan cubitan halus Alia di lengannya. Iffat tersenyum melihat kemesraan dua beradik itu.

“Err,..Iffat, kita nak pegi beli barang lain lagi ni, nanti terlambat pulak sampai rumah.” Ujar Afeef tiba-tiba. Dia sebenarnya tidak suka Iffat berbual mesra dengan lelaki itu di hadapannya.

“Err.. Raff, we all gerak dulu ye..Nice to meet you Lia.. Sorry ya. Next time, kita boleh borak panjang lagi. InsyaAllah.. you good luck nanti!” ucap Iffat sambil bersalaman dengan Alia. Rafaal hanya tersenyum melihat. Dia faham akan perangai Afeef yang sentiasa dingin apabila berhadapan dengannya. Dia perasan juga pasangan itu tidak lepas berpimpin tangan. Selepas Iffat bersalaman dengan Alia pun, cepat sahaja tangan itu dipegang Afeef semula. Afeef menghulur juga tangan kepada Rafaal sebelum berlalu.

Terdetik juga di hatinya rasa cemburu tapi cepat sahaja dia beristighfar kerana menyedari dia cemburu akan perkara yang tidak-tidak. Iaitu tidak di dalam keizinan Allah. Dia tahu, hanya dua perkara sahaja yang dibenarkan timbulnya rasa cemburu dalam hati. Pertamanya cemburu kepada seseorang yang dikurniakan harta oleh Allah kepadanya dan membelanjakannya ke jalan yang diredhai. Keduanya pula mencemburui orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan dan ia mengeluarkan satu hukum berpandukan ilmunya iaitu dari Al-Quran dan hadith serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

Cepat sahaja kaki Afeef melangkah menjauhi adik-beradik itu. Terkejar-kejar Iffat cuba menyaingi Afeef kerana tangannya masih erat dalam pegangan Afeef.

“Feef, kau ni kenapa jalan cepat sangat. Sakitlah tangan aku kau tarik..” marah Iffat bila merasakan Afeef tidak mempedulikannya. Dia sedaya upaya cuba melepaskan pegangan tangan Afeef. Tetapi lelaki itu makin sengaja menggenggam kuat tangannya.

“Afeef! Kau tak dengar ke? Sakitlah..” marah Iffat lagi seraya memberhentikan langkahnya apabila Afeef tidak memperdulikan tegurannya tadi.

Afeef turut sama berhenti dan menoleh ke arah Iffat. Afeef merapati Iffat dan jemari halus itu dilepaskan. Afeef menarik tangan Iffat supaya mengikutnya duduk di kerusi rehat yang disediakan di dalam pusat membeli belah itu. Dia mengusap perlahan tangan Iffat yang sedikit merah kerana pegangan kuatnya tadi. Iffat hanya membiarkan.

“Sorry..” perlahan perkataan itu keluar dari mulut Afeef.

“Kau ni kenapa nak naik angin tak tentu pasal? Aku ada buat salah ke dengan Rafaal tadi?” tanya Iffat tak puas hati dengan tindakan Afeef.

“Tadi kenapa kau panggil dia? Kau tahu kan aku tak suka dia.” Balas Afeef selamba. Wajahnya juga sudah tidak setegang tadi. Tangan Iffat masih diusap perlahan.

“Erk? Kenapa pulak aku tak boleh panggil dia? Hari-hari kita orang jumpa. Takkanlah jumpa kat luar tak nak tegur pulak.” Terang Iffat bila merasakan ada nada cemburu dalam kata-kata Afeef.

“Tapi aku tetap tak suka dia..” balas Afeef lagi tak nak beralah.

“Kenapa pulak kau tak suka dia?” tanya Iffat sengaja ingin mengetahui apa sebenarnya yang dimarahkan oleh lelaki itu kepada Rafaal.

“Sebab dia suka kau… Kau kan dah jadi isteri aku..” balas Afeef tak bersalah.

“Hey..tu dulu la.. sebelum aku setuju kahwin dengan kau. Kau ingat dia bodoh ke nak rampas isteri orang..” jawab Iffat cuba membela diri.

“Ala.. kalau tak, kenapa dia tak kahwin sampai sekarang.. Takkan model hensem takda orang nak..” balas Afeef lagi.

“Manalah aku tau..Hensem? Hmm..memang pun dia hensem. Lagi hensem dari kau..” jawab Iffat terus-terusan. Hanya ayat yang terakhir itu sahaja yang seakan-akan tidak terkeluar dari mulutnya tetapi masih dapat didengari Afeef yang duduk rapat di sisinya. ‘Dia hensem tapi kau..comel..hehe’ desis hatinya. Apa yang ada di wajah Afeef, Rafaal tidak miliki. ‘Kau tetap hensem di hatiku la Feef’ puji hatinya lagi.

“Apa kau kata? Lagi hensem dari aku?” tanya Afeef seraya melawan pandang mata Iffat. Tajam mata itu menikam wajah Iffat. Sedikit terasa hatinya bila bibir comel itu memuji lelaki lain di hadapannya.

“Kau yang cakap dia hensem kan..aku iyakan ajalah..” dalih Iffat.

“Kau ni kan..mulut tu ada aja nak jawab kan..mulut tu nak kene tutup ke?” Afeef geram apabila Iffat menjawab tiap kata-katanya. “Dah la. Jom beli barang dapur. Nanti lambat pulak sampai.” Kata Afeef lagi menukar topik. Sakit hatinya belum lagi hilang berjumpa dengan Rafaal tadi, ditambah pula dengan Iffat yang suka menjawab. Iffat hanya menurut apabila Afeef cepat manarik tangannya agar bangun.

Iffat hanya membiarkan sahaja apabila Afeef menarik lembut tangannya. Kali ini dia merasakan sedikit keselesaan apabila Afeef memegang lembut jemarinya menyulami jari kasarnya. Iffat tidak pula membantah apabila mereka berjalan rapat seperti tadi. Cuma wajah lelaki itu masih kelat seperti tadi dan tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu untuk berbual mesra dengannya.

“Feef..kau ni kenapa? Takkan tak habis lagi dari tadi.” Tegur Iffat apabila berasa tidak selesa dengan Afeef yang bungkam itu.

“Hmm..takda apalah..” jawab Afeef ringkas.

“Kau ni kalau nak menipu biarlah cerdik. Cakap takda apa, yang muka kau dah macam mangga tak cukup masak kenapa.” Balas Iffat seraya menarik tangannya dari pegangan Afeef.

Afeef hanya tersenyum apabila mendengar bibir comel itu menegurnya. ‘Ingatkan tak perasan muka aku macam mangga tak masak ni.’ Omel hatinya.

Iffat sudah berjalan mendahului Afeef pergi mendapatkan troli untuk mengisi barang. Afeef hanya memerhati perilaku wanita dihadapannya itu.

“Nak beli apa aja ni?” tanya Iffat apabila mereka sampai ke pintu masuk pasaraya itu.

“Hmm..kat rumah tu langsung takda benda yang boleh dimakan. Belilah ajalah apa-apa nak beli.” Balas Afeef yang jalan beriringan dengan Iffat yang menolak troli.

Afeef mengambil-alih menolak troli itu dari tangan Iffat. Dia hanya mengikut sahaja ke mana langkah Iffat. Dari satu rak ke satu rak. Kagum dia melihat Iffat memilih barang dapur dengan cukup teliti.

“Kau nak makan apa malam ni?” tanya Iffat lagi sambil meneliti makanan dalam tin di hadapannya. Dia sebenarnya ingin membuang rasa gugup dan tidak selesa di hati apabila ditenung begitu oleh Afeef. Iffat perasan yang Afeef dari tadi merenungnya tanpa henti.

“Err..apa-apa ajalah Fat. Aku makan je apa yang kau masak.” Balas Afeef lembut. Wajahnya juga sudah tidak secemberut tadi. Tersenyum sentiasa setiap kali Iffat menoleh ke arahnya. Iffat pula yang semakin naik seram melihat senyuman di bibir lelaki itu.

“Kau ni kenapa senyum dari tadi ni? Seram aku tengok..” tanya Iffat lagi sambil memasukkan dua tin kecil kacang panggang ke dalam troli.

“Hah? Yeke. Haha..” Afeef mentertawakan Iffat apabila merasakan pertanyaan wanita itu agak kelakar dipendengarannya. “Aku senyum pun salah..” kata Afeef dalam sisa tawanya.

“Pelik betul la kau ni. Sekejap marah, sekejap senyum.. macam something wrong je aku rasa. Ada skrew tinggal kat UK agaknya.” Balas Iffat seraya ketawa kecil. Afeef sudah membeliakkan matanya melihat Iffat yang ketawa.

‘Nasib baik kau comel Fat.’ puji hatinya. Afeef merapati Iffat yang sedang leka meneliti satu jenama sardin. Muncul idea nakalnya untuk mengusik wanita itu. Tanpa disedari, tangan kanannya memaut erat pinggang Iffat dan sebelah lagi sibuk sama membelek makanan dalam tin di rak itu.

Iffat di sisi sudah menjeling tajam. Hampir terlepas tin sardin yang dipegangnya apabila terkejut dengan tindakan berani Afeef.

“Feef, apa kau buat ni?” kata Iffat perlahan hampir berbisik yang hanya dipendengaran Afeef sahaja memandangkan pelanggan lain juga turut sama berada di bahagian makanan tin itu.

“Aku buat apa..” balas Afeef selamba dalam nada yang sama. Terasa debar hatinya bila nafas hangat Iffat menyapa batang lehernya saat wanita itu bercakap hampir ke telinganya. Iffat di sisinya pula dilihat semakin tidak selesa.

“Afeef, boleh tak lepaskan. Kau tak malu ke orang lain tengok.” Kata Iffat lagi. Dia mencuba untuk melepaskan diri dari pelukan Afeef tapi lelaki itu sengaja memaut pinggangnya rapat ke tubuh sehingga terasa sesak untuk bernafas. Terasa jantungnya berdegup kencang apabila berada terlalu rapat dengan Afeef begitu.

“Eleh. Apa orang nak kisah. Bukan aku buat benda tak senonoh pun. Haram pun tidak.” Balas Afeef masih leka membelek tin sardin di hadapannya. Dalam hatinya sudah tergelak besar melihat wajah Iffat yang mula merenik peluh.

“Feef. Let me go please…” rayu Iffat. Sengaja dia buat suara penghabis lembut agar Afeef menurut katanya.

‘Fat..janganlah buat suara macam tu selalu. Boleh runtuh iman aku ni Fat..’ desis hatinya yang sedikit terusik mendengar suara Iffat. Tanpa dipaksa tangannya meleraikan pautan erat di pinggang itu.

Iffat pula tidak tunggu lama, cepat dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Afeef. Iffat menjeling ke arah Afeef yang sudah tersenyum lebar. Beberapa ketika, lelaki itu mentertawakannya.

“Haha..tahu takut..tu baru warm up tu. Belum intro lagi.” Kata Afeef perlahan seraya merapatkan semula dirinya kepada Iffat dan mengesat peluh yang merenik di dahi wanita itu dengan sapu tangan dari dalam poket seluarnya. Dilihat wajah Iffat masam mencuka tapi tidak pula wanita itu menolak apabila tangannya menyentuh wajahnya.

“Dah..jomlah pergi tempat barang basah pulak..” kata Afeef lagi apabila melihat Iffat yang masih terdiam itu.

‘Ciss..kena lagi aku dengan mamat ni.’ Gerutu Iffat sendirian dengan perangai Afeef yang di luar jangkaan itu. Dia hanya mengekori langkah Afeef di belakang. Serik rasanya apabila berjalan beriringan dengan lelaki itu. Ada sahaja yang cuba dilakukan untuk mengujinya.

“Miss Afeef, cepatlah sikit jalan tu. Nanti makin lambat pulak kita sampai rumah. Ni dah dekat asar dah ni.” Ujar Afeef yang berhenti menolak troli menunggu Iffat menghampirinya. Iffat masih menayang wajah cemberutnya.

“Henti-hentikanlah buat muncung tenuk tu Fat. Bukan cantik pun.” Tambah Afeef lagi sengaja ingin mengusik wanita itu. Spontan Iffat menampar perut Afeef dengan beg tangannya.

“Padan muka. Ada ke samakan aku dengan tenuk.” Ejek Iffat sebelum berjalan menjauh lelaki itu ke tempat bahan basah.

“Aduh! Ganas betul bini aku ni.” Rungut Afeef bila terasa perutnya senak. Dia nampak Iffat yang sudah berdiri di hadapan tempat daging, mentertawakannya. Terus dia menolak troli yang separa penuh itu mendekati Iffat.

“Kau memang tak sayangkan aku eh Fat.” tanya Afeef dengan nada merajuk.

“Terlebih sayanglah tu..” jawab Iffat selamba. Malas melayan kerenah Afeef yang suka sangat nak mengenakannya.

“Ye ke sayang…? Lain benor sayang kau ni.. Maknanya, kau sukalah aku sakit eh?” tanya Afeef lagi sengaja menguji reaksi Iffat.

“Lagi bagus. Takdalah orang nak kacau aku, main-mainkan aku,.” Jawab Iffat lagi sambil memasukkan sebungkus daging cincang ke dalam troli.

“Oh..maknanya kau lagi sukalah kalau aku dah takda ya..?” ujar Afeef lagi. Nadanya sedikit serius untuk memancing reaksi Iffat lagi.

“Apa kau cakap ni? Aku ada cakap macam tu ke?” tanya Iffat semula. Dia menoleh ke wajah Afeef yang tiba-tiba bertukar suram itu.

“Hmm..ye la Fat. Aku tahulah aku siapa. Tak hensem macam Rafaal.” Balas Afeef lirih.

“Erk.. apa kau ni Feef. Dah la. Jom pergi tempat sayur sana. Aku nak masak sup sayur ajalah malam ni. Kau makan aja kan..” dalih Iffat yang mula menukar topik perbualannya. Dia tidak suka melihat wajah Afeef yang mula suram itu. ‘Tadi dia yang mulakan, ni dia pulak yang nak sentap.’ Omel hatinya. Tapi, dia sendiri sebenarnya tidak gemar apabila Afeef melibatkan isu kematian. Bukan dia takut akan kematian, sebab kematian itu adalah suatu yang pasti dan memang telah dijanjikan oleh Allah untuk sekalian makhluk di muka bumi ini. Di mana kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Tetapi kerana dia tidak dapat membayangkan andai Afeef tiada lagi di sisinya. Harapannya untuk hidup bahagia akan musnah begitu sahaja.

Afeef hanya mendiamkan diri sehingga mereka ke kaunter pembayaran. Sepatah Iffat bertanya, sepatah juga Afeef menjawab. Tidak tahu mengapa dia terasa hati dengan kata-katanya sendiri. Walhal, dia sendiri yang menimbulkan isu itu.

…………..

Dalam kereta, Afeef masih dalam keadaan yang sama. Diam membisu. Iffat di sisi resah kerana risau seandainya dia ada menyakiti hati lelaki itu.

“Err.. Feef..aku mintak maaf kalau aku ada salah cakap tadi.” Ucap Iffat lembut seraya menoleh ke arah Afeef yang tenang memandu. Afeef hanya diam, langsung tidak membalas. Dia leka melayan perasaannya selepas memulakan perjalanan tadi.

“Feef..” panggil Iffat lagi apabila lelaki itu hanya senyap dengan mata kekal ke hadapan jalan.

“Afeef..” Iffat menyentuh sedikit lengan lelaki itu.

“Iya..aku dengar..” balas Afeef dengan suara mendatar.

“Dah tu, kenapa kau senyap je?” tanya Iffat lagi yang masih menoleh ke wajah Afeef. Terdengar keluhan terzahir di mulut lelaki itu.

“Feef.. Nabi tak suka umatnya mengeluh Feef.. kalau aku ada salah cakap tadi, aku mintak maaf Feef. Aku tak terniat pun.” Kata Iffat lagi. Dia sendiri terasa bersalah dengan apa yang diucapkan tadi.

“Aku yang patut mintak maaf dengan kau Fat. Aku aja yang terlebih emosi hari ni.” Jelas Afeef. Semenjak nama Iffat terpahat di hatinya, mudah sahaja dia terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh Iffat kepadanya walaupun sesetengah perkara itu dia sendiri yang timbulkan.

“Forget it la Feef. Hal tadi tu, takda apa pun. Kau pun, boleh tak lain kali jangan sebut benda-benda yang kait dengan mati. Aku tak sukalah Feef. Even, aku tahu benda tu pasti akan berlaku dalam semua makhlukNya. Ajal maut pertemuan di tanganNya. Biarlah Dia aja yang uruskan itu semua. As His servants, we should know what we should do. Just be prepared.” terang Iffat mengingatkan. Afeef hanya diam menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Iffat.

“Sorry Fat. Aku takkan sebut lagi hal tu.” Balas Afeef seraya menggariskan senyuman di bibirnya. Iffat hanya membalas dengan senyuman juga.

“Err..Feef.. bukan ke tadi kau kata nak ambik Aqil dulu before kita balik rumah?” tanya Iffat apabila melihat Afeef tidak meneruskan perjalanan ke rumah keluarga mertuanya. Sebaliknya membelokkan kereta melalui jalan ke kawasan perumahan mereka.

“Err..sebenarnya aku tipu kau tadi..” balas Afeef yang sudah menayang barisan giginya.

“Hah? Apa maksud kau ni?” tanya Iffat lagi tidak memahami.

“Err.. macam ni.. sebenarnyakan..aku ingat esok ajalah kita ambik Aqil. Aku nak kita duduk bincang elok-elok malam ni tanpa ada gangguan pun. Aku nak kita selesaikan semuanya malam nanti. Aku tak nak kita simpan-simpan lagi dendam antara kita. Apa sahaja rasa tak puas hati, cakap aja okey.” Terang Afeef menunggu reaksi Iffat di sisi.

Iffat hanya mendiamkan diri. Tidak tahu sama ada dia perlu mengiyakan atau menidakkan permintaan Afeef. “Ye la..” kata Iffat akhirnya. Dalam hati sudah merasa tidak tenang apabila memikirkan hanya dia dan Afeef sahaja di rumah itu nanti dan tambahan pula mereka akan duduk berbincang tentang masalah yang dihadapi.

“Err..Feef, Isnin ni macam mana aku nak pergi kerja?” tanya Iffat apabila dia baru teringat yang Afeef yang akan mula bekerja.

“Ermm.. kau masuk kerja pukul 9 kan? Aku pun masuk pukul 9. Pagi tu nanti kita hantar Aqil dulu kat rumah mama, then baru terus pergi kerja. Tempat kerja kau pun tak jauh dari tempat kerja aku. Aku hantar kau dululah sebab kita sehaluan.” Ujar Afeef menerangkan rutin yang bakal dilakukan nanti.

“Err..tak susahkan kau ke nanti?” tanya Iffat lagi.

“Dah jadi tanggungjawab aku Fat. Kau tak payahlah risau.” Balas Afeef yang tenang dalam pemanduan.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 25”
  1. rieda says:

    best sangat!!!cpt2 sambung ya….:-)

  2. naurah says:

    semakin best citenye…x sabar nak tu sambungnnya…

  3. Addeen says:

    best..
    cepat sambung…
    dah boleh berbaik pn diorang ni..

  4. coklat cadbery says:

    best lah..
    cpt2 lah ek smbg..
    xsbar nak bce..
    huhuhu

  5. marinashahiza says:

    heeee :)) cita awak best . nak lagi . awesomeeeeeee :)

  6. lewis says:

    Membosankan. Affif yg bodoh. Lemah and unsecure. Afeet…no balls. Stupid.selfish. egoistic. Arrogant. Do u still prefer this guy?? Better u pilih i

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.