Novel : Biar aku jadi penunggu 27

5 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

27

“Feef..kau nak minum air panas? Aku boleh buatkan..” sapa Iffat melihat Afeef yang sedang khusyuk menonton siaran tv selepas makan tadi.

“Erm..boleh jugaklah. Macam biasa.” Ujar Afeef dengan mata masih di skrin tv nipis itu.

Iffat terus berlalu ke dapur kerana memahami perkataan ‘biasa’ yang dikatakan oleh Afeef tadi merujuk kepada air milo panas kegemarannya. Baru mulut itu mengeluarkan bunyi. Jika tidak, dari selepas makan sehinggalah Iffat siap mencuci pinggan dan naik ke bilik untuk bersolat isya’, lelaki itu hanya diam membungkam.

“Feef..” panggil Iffat seraya meletakkan mug barisi air milo panas di hadapan Afeef. Dia pula hanya memilih segelas jus oren.

“Thanks” ucap Afeef sambil memperlahankan volume tv selepas Iffat duduk di sebelahnya dengan sedikit jarak. Iffat menoleh ke arahnya pelik dengan tindakan Afeef. ‘Aku baru nak tengok, dia dah slowkan pulak bunyinya.’ Omel Iffat sendiri. Iffat hanya diam tidak menegur tindakan Afeef itu.

“Fat” panggil Afeef.

“Feef” panggil Iffat.

Panggil masing-masing serentak.

“Feef, kau cakaplah apa yang kau nak cakap.” Suruh Iffat. Sebenarnya dia sendiri terasa debar apabila dirasakan Afeef akan memulakan perbincangan dan dia sendiri tidak tahu dari mana harus dimulakan.

“Err..kau kalau ada benda nak cakap dulu, cakaplah..aku okey je..” balas Afeef tenang.

“Err..takpa. kau cakaplah dulu..” jawab Iffat beralah. Dia sudah sedia untuk mendengar apa jua yang ingin diperkatakan oleh Afeef.

“Hmm,.Fat..kenapa kau tak duduk rumah ni lepas aku pergi?” tanya Afeef menimbulkan persoalan tentang rumah yang mereka duduki itu hanya dibiarkan kosong walaupun telah siap sepenuhnya.

“Err.. aku tak berani duduk sorang kat sini.” Dalih Iffat. Sebenarnya dia tidak selesa menggunakan barang yang bukan haknya. Lebih-lebih lagi pada waktu itu Afeef langsung tidak menghubunginya walaupun kunci rumah itu telah diterima Iffat selepas tiga bulan pemergian Afeef. Malah, kunci rumah tersebut elok disangkut bersama kunci keretanya. Ke mana sahaja pasti dibawa bersama.

“Ye ke? Ke kau tak sudi sebenarnya nak duduk rumah ni?” tutur Iffat lagi.

“Err..bukan macam tu Feef…” balas Iffat cepat. “Kau time tu..” Iffat mendiamkan diri mencari ayat yang paling sesuai.

“I’m really sorry Fat… Aku..” Afeef hilang kata-kata.

“Kau mungkin tengah sibuk dengan Damia.. sebab tu sampai takda masa baca email yang aku hantar. Aku ada tanya pasal rumah tu..tapi kau…” Sambung Iffat dengan suara yang mendatar. Dia ingin mengetahui semua yang berlaku dari mulut lelaki itu sendiri walaupun dia telah mengetahui semuanya dari mulut Haji Ramlee dan Hajah Zubaidah. Dia bersedia untuk mendengar segala pengakuan lelaki itu walaupun hatinya akan berdarah kembali mengingati kisah lalu itu.

“Err.. Fat..aku..” Afeef telah duduk mengadap Iffat di sisinya. Dia ingin menyentuh tangan Iffat, tapi cepat sahaja Iffat menarik belum sempat disentuh. Mata Iffat hanya tertumpu ke arah skrin tv. Sikit pun tidak menoleh kepada Afeef di sisi.

“Feef.. kenapa kau tipu aku..” tanya Iffat dengan suara yang tertahan. Tunggu masa saja ingin dihamburkan semuanya kepada lelaki itu apa yang dirasai apabila mengetahui dia ditipu semata-mata kerana ingin berkahwin dengan Damia.

“Fat..aku..” Afeef tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk diluahkan agar wanita yang mula bertapak di hatinya itu memahami akan duduk perkara yang sebenar.

“Sebab kau nak kahwin dengan Damia?” sampuk Iffat masih dalam nada yang sama. Dia tidak berpaling langsung kepada Afeef risau hatinya tidak cukup kuat untuk melihat wajah Afeef yang dia yakin semakin keruh sama seperti sedang makan tadi.

“Tak..Bukan..” balas Afeef cepat. Iffat menentang wajah Afeef dengan mata yang mula memerah.

“Dah tu..sebab kau nak sambung belajar je? Okey, fine tu aku boleh terima sebab dulu pun kau pernah cakap yang aku aja dapat tolong kau. Tapi..kenapa tiba-tiba Damia? Dulu kau sendiri cakap yang kau dah takda apa-apa dengan dia. Tapi kau..” jawab Iffat dengan suara yang mula serak. Dia berpaling semula ke arah tv yang terpasang. Risau air matanya akan berguguran lagi di hadapan Afeef.

Afeef merapatkan dirinya kepada Iffat. Dia tahu wanita itu sedang menahan marah dengan mata yang mula berkaca tanda ingin mengeluarkan air mata. Afeef telah bersedia untuk menerima apa jua tuduhan dan kemarahan dari Iffat asalkan wanita itu dapat menerimanya semula. Dia sanggup untuk lakukan apa sahaja bagi menebus semua kesalahannya yang dahulu.

“Iffat..” tangan Iffat dicapai walaupun wanita itu keras menolak. “Fat..aku mengaku..memang aku kahwin dengan kau dulu sebab nak sambung study aku kat sana…tu memang cita-cita aku. Thanks sebab tu Fat. Dan..Damia.. Iya..aku memang tipu kau pasal Damia. Aku terpaksa Fat. Mama tak suka Damia. Bukan aku tak bawak Damia jumpa mama. Tapi mama tolak Fat..Dia tak izinkan aku kahwin dengan Damia. Tapi aku terlalu sayangkan Damia time tu Fat. Aku takda cara lain lagi nak bersama dengan dia Fat. Kau tahukan betapa susahnya aku dulu nak dapatkan dia. Aku tak sanggup nak putus macam tu aja Fat.. Kebetulan juga dia sambung study tempat yang sama dengan aku. So, memang kita orang decide nak nikah aja kat sana.” Terang Afeef. Tangan Iffat tetap juga diraih dan di genggam erat walaupun dirasakan tangan Iffat dingin beku.

“Kenapa aku yang kau pilih…” balas Iffat lirih. Dia mula ingin menangis setelah mendengar apa yang telah dikatakan oleh Afeef.

“Fat..maafkan aku.. macam yang aku pernah kata dengan kau dulu sebelum kita kahwin. Aku bukan nak ambik kesempatan kat kau. Aku tahu yang family kau nak carikan jodoh untuk kau pun sebab Afia terlepas cakap… aku rasa time tu memang kebetulan aku pun ada problem dengan mama. Bila aku kata aja nak kahwin dengan kau, dia terus setuju Fat. Lepas tu, memang aku pergi jumpa mak ayah kau mintak izin nak kahwin dengan kau..” Sambung Afeef lagi. Tangan Iffat masih erat dalam genggamannya.

Iffat menyandarkan badannya ke solfa dan memandang siling. Matanya di pejamkan. Dia terlalu sedih menerima kenyataan itu dari mulut Afeef. Dia merasakan Afeef memperlakukan dirinya ibarat barang yang tidak mempunyai perasaan sedikit pun. Terasa air jernih mula mengalir dari celahan mata yang terpejam. ‘Iffat, kau kena kuat. Kenapa kau mesti menangis lepas mendengar hakikat yang memang kau dah tahu.’ Bisik hatinya sendiri.

“Fat.. lepas aku cerai dengan Damia..aku baru sedar Fat. Apa yang aku buat selama ni semuanya salah. Lagi-lagi tak dapat restu mama. Aku menyesal Fat dengan apa yang aku dah buat. Aku tahu, salama ni aku dah buat semua orang susah hati. Paling aku rasa bersalah dengan kau Fat.. Rumahtangga aku dengan Damia tak dapat berkat Fat. Aku dah dapat pun balasannya Fat. Hubungan kita orang tak kekal lama. Dan aku rasa, inilah masanya aku nak tebus balik semua kesalahan aku kat kau Fat. Aku dah khianat persahabat kita Fat… Aku sedar semua tu Fat.. Maafkan aku.. Aku tahu siapa pun yang ada kat tempat kau, susah nak maafkan aku Fat. Tapi, aku dah janji nak tebus balik semua yang dah aku buat. Aku nak kita kekalkan hubungan ni Fat.. Bagailah aku peluang Fat untuk tebus semuanya..” kata Afeef lirih. Dia terlalu berharap dirinya akan diterima semula oleh Iffat.

“Kalau aku tak nak teruskan..” soal Iffat dengan mata yang masih terpejam. Bergetar suaranya.

“Iffat..aku sanggup tunggu sampai kau boleh terima aku balik..aku akan tunggu Fat sampai bila-bila..” balas Afeef yakin.

“Kalau dah memang kita takda jodoh..” soal Iffat lagi perlahan. Dia sendiri sebenarnya tidak sanggup untuk memutuskan hubungan mereka.

“Hmm..apa lagi aku boleh buat Fat kalau itu ketentuanNya. Tapi..kita boleh cubakan.. Cuma.. aku harap kau dapat maafkan aku Fat.. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki aku Fat..Aku janji aku..” jawab Afeef berharap.

“Kau jangan berjanji dengan aku Feef. Aku risau kau tak dapat nak tunaikan janji-janji kau tu.. Lebih baik kau jangan berjanji.. Sebab aku paling tak suka orang yang tak reti nak tunaikan janjinya.” potong Iffat cepat. Dia menarik tangannya dari genggaman tangan Afeef dan menegakkan badannya. Tangan menyeka air mata yang keluar.

“Iffat,..” panggil Afeef perlahan. Dia terpukul dengan kata-katanya sendiri apabila Iffat menyebut tentang janji. Memang dulu dia pernah berjanji dengan Iffat untuk masing-masing belajar menyayangi antara satu sama lain apabila dia tamat belajar. Tapi, lain pula yang dia lakukan di sana. Dia tidak jujur dengan Iffat apabila dia ada agenda lain selepas berkahwin dengan Iffat.

“Feef..aku dah lama maafkan kau.. Tapi buat masa ni, memang aku tak boleh nak terima apa yang dah berlaku Feef. Tiap kali aku teringat apa yang kau dah buat, sakit sangat hati aku ni Feef. Kau tinggal aku macam tu aja,..family kau… mana janji-janji kau nak jujur dengan aku Feef? Kau tahu aku hantar email kat kau hari-hari. Satu pun kau tak pernah nak balas. Sungguh pun kau nak kahwin dengan Damia kat sana, aku boleh undur diri Feef. Sebab kau memang dah ada kat sana dengan Damia, tak perlu rasanya aku terikat dengan kau macam orang bodoh kat sini. Tak perlu rasanya kau tipu aku..tipu mama.. tipu semua orang..aku tunggu kau macam orang bodoh kat sini Feef. Kau buat macam aku takda perasaan langsung. Tiga tahun Feef aku takda life. Kau ingat aku tak teringin nak ada keluarga sendiri..anak-anak sendiri.. Tu belum lagi orang sana-sini mengata aku.. Aku penat Feef.. penat sangat..” Air matanya mengalir tanpa segan silu menuruni pipi. Iffat berteleku memandang lantai. Terasa sedikit lega hatinya apabila dia sudah meluahkan semua yang dipendam selama ini.

“Iffat.. maafkan aku Fat..” Afeef tidak tahu apa lagi yang harus diucapkan agar wanita itu menerimanya semula. Sakit hatinya apabila mendengar perkataan bodoh meniti di bibir comel itu. Lagi sakit hatinya apabila melihat air mata yang mengalir di pipi mulus itu. Ingin diseka dengan tangannya tapi dipadamkan niatnya itu apabila Iffat semakin menjarakkan diri darinya.

“Kata maaf.. Senang nak diucap Feef. Buat salah, mintak maaf.. Bagitu murah aku rasa kata maaf. Senang diucap, lepas tu buat lagi salah, ucap lagi maaf.. Hmm..” Keluhan berat terzahir dari bibir comel itu.

” Memang mulut aku ni kata maafkan kau. Tapi hati aku ni tak pandai nak menipu Feef. Kau bagilah aku peluang untuk terima semua ni. Bukan aku tak redha dengan apa yang dah jadi. Sebelum kita kahwin lagi aku dah redha dengan apa yang jadi dan akan terjadi. Aku tau tu. Dan aku kene terima semua yang dah jadi ni kerana ada sebab-sebab yang kita sendiri tak tahu. Bagilah aku masa untuk adapt dengan semua ni Feef.” Perlahan Iffat menuturkan.

“Iffat..” panggil Afeef lembut untuk memujuk wanita di hadapannya itu.

“Agaknya, kalau kau tak berpisah dengan Damia, agaknya kau cari ke.. aku, cari family kau..” sampuk Iffat sebelum Afeef sempat menghabiskan kata-katanya. Dia masih belum berpuas hati dengan apa yang dah diceritakan oleh Afeef. Dia mahu segala-galanya terungkai malam itu juga.

“Iffat…!” panggil Afeef dengan nada sedikit keras. Dia tahu Iffat mahu menguji keikhlasan hatinya apabila dia ingin memperbaiki hubungan mereka. Dia menguak rambutnya yang terjuntai di hadapan ke belakang. Kepalanya mula bedenyut memikirkan masalah yang dihadapi. Dia terasa kalah dengan setiap patah kata Iffat kepadanya. ‘Kenapa kau ni Afeef. Mana perginya kepetahan kau bercakap sebelum ni.’ Marah Afeef pada dirinya sendiri.

“Aku rasa, tak mungkin..entah-entah kau dah buang terus aku dan keluarga kau dari hidup kau. Apatah lagi keluarga aku yang begitu menyanjung dan memuji kau..” Giat Iffat lagi sengaja mencabar lelaki itu. Dia tidak mahu lagi kelihatan lemah di hadapan lelaki itu. Cukuplah dulu dia mempercayai setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Tapi bukan untuk kali ni. Sungguh pun dia terlalu menyayangi lelaki itu, sayang dan cintanya itu hanya akan terpendam di dalam hati selagi kepercayaan terhadap lelaki itu tidak dimiliki semula.

“Iffat!!” Afeef mula sudah menaikkan sedikit nada suaranya apabila ditebak Iffat dengan sindiran yang cukup menghiris hatinya. Dia bukan anak derhaka yang langsung tidak mengenang budi sehingga sanggup membuang keluarga sendiri dan keluarga mertua yang memberi layanan baik kepadanya. Sungguhpun dia berkahwin dengan Damia dan langsung tidak mengirim khabar berita, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarganya termasuklah Iffat.

“Aku rasa ada baiknya kita buat haluan masing-masing Feef, andai itu yang akan bahagiakan kau. Sebab aku dah tak nak jadi macam orang bodoh lagi Feef..” Iffat sengaja ingin menguji kesungguhan Afeef untuk berbaik semula dengannya.

“Tak! Aku takkan lepaskan kau walau apa pun terjadi Fat.” Balas Afeef tegas dengan cukup yakin.

“Kau nak seksa aku lagi ke Feef.” Cabar Iffat berani. Dia menentang wajah Afeef di sisinya yang mula tegang menahan marah. Afeef merengus geram apabila Iffat terus menerus mengujinya.

“Kau dah ada Aqil Feef.. Aku.. aku belum ada siapa-siapa lagi Feef..” balas Iffat sayu apabila teringat akan si kecil Aqil yang rapat dengannya. Rindunya pada si kecil itu begitu menggebu kerana hampir seminggu tidak memeluk cium pipi comelnya. Iffat berpaling dari menatap wajah Afeef.

“Iffat.. kau bagilah aku peluang Fat..aku nak buktikan janji-janji aku dulu Fat.. Please.. I admit that I began to love you Fat..Please Fat..bagi aku peluang..” rayu Afeef tidak setegang tadi.

Iffat diam tak menjawab apabila mendengar pengakuan Afeef. Afeef sudah mula menyayanginya. Hatinya yang panas tadi dirasakan mula kedinginan apabila mendengar pengakuan berani Afeef. Nak saja dia membalas kata-kata itu, tapi akalnya kuat melarang kerana dia belum betul-betul mempercayai Afeef selepas apa yang pernah berlaku.

“Iffat..aku dah belajar sayangkan kau..cintakan kau Fat..give me chance Fat.. Please..” rayu Afeef lagi tidak malu meluah rasa hatinya. Dia mahu Iffat mengetahui semua isi hatinya dan tidak mahu ada orang lain merampas Iffat darinya. Tidak sekali-kali dia benarkan terjadi. “Aku akan buat saja asalkan kau boleh terima aku Fat, terima cinta aku… Bagilah aku peluang untuk buktikan semuanya Fat. Aku tak nak rumahtangga kita ni hancur macam aku dengan Damia. Aku tak nak Fat..”

Iffat masih diam tak berkutik. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan apabila Afeef beriya-iya meminta diberikan peluang untuk menebus semua kesalahannya.

“Aku tahu aku tak sebaik mana Fat. Agaknya memang tak layak jadi suami kau. Dulu memang aku dah gagal jadi suami Damia dulu. Tapi aku tak nak gagal jadi suami kau Fat. Aku perlukan kau untuk bantu aku jadi suami yang layak untuk kau Fat..Aku nak jadi papa yang baik pada Aqil dan anak-anak kita nanti. Aku nak jadi anak yang baik pada mama dengan ayah, pada mak dan abah kau. Tapi aku perlukan kau kat sisi aku Fat..” tutur Afeef sayu.

Iffat yang tidak tahu ingin membalas kata-kata Afeef, terus bangun dari duduknya dan berlalu untuk naik ke bilik. Dia tidak betah mendengar rayuan demi rayuan yang keluar dari mulut Afeef lagi. Hatinya mula sebak apabila melihat kesungguhan Afeef merayu agar diberikan peluang.

“Iffat..” pantas tangannya menyambar tangan Iffat yang mahu berlalu. Afeef berdiri rapat di sisi Iffat. Terasa ingin dipeluk tubuh yang semakin kurus melidi itu untuk membuktikan betapa dia mula menyayangi Iffat sepenuh hatinya. Biar Iffat merasai sendiri debar di dadanya tiap kali berhadapan dengan dirinya. Afeef memusingkan badan Iffat supaya berhadapan dengannya.

Iffat hanya mendiamkan diri tunduk memandang hujung kakinya. Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan Afeef. Iffat takut dia akan kalah dengan rayuan Afeef kepadanya. Memang hatinya sedikit demi sedikit telah mula berlembut dengan rayuan Afeef. Mulutnya juga ringan untuk memberitahu yang dia akan memberi peluang kepada Afeef. Tetapi, rasa keraguan yang sentiasa mencuit hatinya menghalang untuk Iffat berbuat begitu.

“Iffat.. sungguh pun kau tak boleh terima aku sebagai suami..tapi bolehkan kalau kita jadi kawan macam dulu-dulu. Aku rindu Iffat Hamani yang dulu. Yang perihatin dengan orang sekeliling, Iffat yang care dengan kawan-kawannya..Iffat yang kuat..Iffat yang suka bertekak dengan aku.. Aku rindu semuanya tu Fat..” tutur Afeef perlahan. Dia seperti ingin berputus asa untuk merayu lagi kepada Iffat apabila jelas melihat kekerasan hati wanita itu untuk menerimanya seperti dulu. Tangannya menyentuh sikit dagu Iffat agar wanita itu menentang wajahnya.

Iffat memberanikan diri menentang wajah Afeef yang begitu hampir dengannya. Jelas bersinar mata Afeef yang dilihat mula berkaca menahan tangis dari tertumpah. Dia keliru dengan pandangan Afeef itu. Jika dulu, dia tak pernah nampak apa yang dilihat sekarang. Hatinya kuat mengatakan Afeef benar-benar menyayanginya tapi akalnya pula keras menafikan.

“InsyaAllah Feef..” itu sahaja yang mampu Iffat ucapkan untuk tidak mengecewakan lelaki yang begitu mengharap. Dia sendiri tidak sampai hati untuk berkata tidak. Sekurang-kurangnya dengan perkataan itu akan memberi sedikit harapan dalam hubungan mereka nanti.

Iffat terus berlalu meninggalkan Afeef sendirian di ruang tamu itu. Iffat terus masuk ke bilik utama tadi dan mengunci pintu. Dia menghamburkan semua tangisnya di belakang pintu. Dia tidak tahu atas alasan apa dia menangis sedangkan hatinya begitu tenang setelah mendengar semua yang terzahir dari mulut lelaki itu. Air matanya malam itu begitu murah keluar.

Afeef yang masih diam berdiri melihat Iffat hilang dari pandangan, mengalirkan air mata dengan tiba-tiba. Jawapan Iffat tadi sudah cukup memberi harapan yang menggunung kepadanya untuk memperbaiki hubungan antara dia dan Iffat. Ucap syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana diberi sekali lagi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri. Dia tahu Iffat menyayanginya juga kerana mata wanita itu tak pandai berbohong dengan apa yang dirasakan. Cuma, hati wanita itu sahaja sekeras kerikil begitu sukar untuk dilembutkan. ‘Sabarlah Feef. Bagilah dia masa. InsyaAllah hanya dia yang bertakhta di hati kau kini.’ Bisiknya sendiri untuk mententeramkan hati.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 27”
  1. Addeen says:

    alhamdulillah peluang itu ada….
    semakin best…
    cpt2 sambung….

  2. Lily says:

    Hahaha! Kelakar citer ni.dua2 bodoh!

  3. coki-coki says:

    best! cepat2 sambung!

  4. rieda says:

    best2…nak lagi…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.