Novel : Biar aku jadi penunggu 28

17 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Assalamualaikum, morning.” Tegur Iffat melihat Afeef sedang mengisi air di dalam cerek untuk dijerang. Dia tak tahu di mana lelaki itu tidur malam tadi apabila dia mengunci bilik semalam. Nenyak dia tidur semalam selepas puas menangis sampai terlupa akan Afeef.

“Waalaikumussalam. Morning Fat.” balas Afeef mesra. ‘Ya Allah ya tuhanku, Kau berkatilah hubunganku dan isteriku ini. Semoga hari ini menjadi titik permulaan hubungan kami berdua Ya Allah’ Doa Afeef di dalam hati apabila melihat Iffat tenang menegurnya walaupun wajah itu sedikit sembab. Menangis pastinya. Tudung tetap kemas di kepalanya. Santai wanita dengan hanya mengenakan t-shirt lengan panjang hitam dan berseluar putih. Afeef pula selesa dengan seluar pendek melepasi paras lutut dengan t-shirt Polo warna putih. Hampir sedondon dengan Iffat.

“Feef..sorry aku terlewat bangun.” Iffat melihat sarapan telah tersedia di atas meja. Dua bungkus nasi lemak bersama dua jenis kuih. Entah bila lelaki itu keluar membeli sarapan apabila dia mengilas jam dinding dihadapannya menginjak 8.00 pagi. Selepas subuh tadi, dia terlelap sehingga tak sedar cahaya matahari mula memunculkan diri. Apabila teringat Afeef, baru dia tersedar.

“Err..takpa Fat. Hari ni kita tak ke mana pun kan.. Just nak ambik Aqil je nanti.” Balas Afeef mesra seraya tersenyum memandang Iffat mengeluarkan bekas jus oren dari peti sejuk. ‘Tak boleh pisah dia ni dengan jus oren.’ Desis hatinya apabila melihat Iffat menuang jus oren tersebut ke dalam dua biji gelas di atas meja.

“Err.. bukan..err..maksud aku, sepatutnya aku yang kena bangun awal siapkan breakfast untuk kau. Bukan kau yang sediakan semua ni.” Ujar Iffat rasa bersalah. Dia meneguk jus oren yang dituang tadi. Dia melihat wajah Afeef yang ceria seperti tidak ada apa-apa yang berlaku semalam.

“Takpalah Fat. Bukan selalu. Baru hari ni kan..” jawab Afeef dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. “Err..Fat..” panggil Afeef perlahan. Iffat menaikkan keningnya memandang Afeef yang baru duduk di hadapannya.

“Err..aku mintak maaf pasal malam tadi..” kata Afeef ragu-ragu. Risau akan mematikan mood wanita di hadapannya itu.

“Forget it la Feef…aku tak nak ingat lagi hal semalam.” Balas Iffat mendatar. Kalau boleh dia tidak mahu lagi mengingati apa yang telah dibincangkan semalam. Biarlah pagi Ahad ini memberi lembaran baru kepadanya dan juga kepada hubungan mereka.

“Errm..sorry..” ucap Afeef.

“Err..takpalah..errm.. bila kita nak ambik Aqil?” Iffat sengaja menukar topik supaya masing-masing tidak dalam mood yang semalam. Dia menggariskan sedikit senyuman agar Afeef tidak akan berasa kekok selepas perbincangan dingin mereka malam tadi. Dia sendiri masih mencuba menyesuaikan diri lebih-lebih lagi setelah Afeef mengakui menyayangi dan mencintanya semalam. Rasa debar itu sentiasa wujud apabila berhadapan dengan Afeef. Malah bertambah hebat apabila Afeef berada dekat dengannya.

“Err..aku ingat petang nanti. Kenapa? Kau ada nak pergi mana ke?” Dalam hatinya ucap syukur tak terhingga apabila melihat Iffat mula mahu tersenyum padanya.

“Erm, takdalah. Aku ingat nak ambik kereta akulah Feef. Aku takut susahkan kau je tiap-tiap pagi. Manalah tahu kalau ada urgent ke. Susah nanti.” Ujar Iffat. Dari awal lagi dia kurang bersetuju apabila Afeef dengan rela hati ingin hantar dan jemput dia ke tempat kerja walaupun pejabat mereka berdekatan.

“Ha? Aku kan dah setuju nak ambik jemput kau. InsyaAllah, boleh. Takda apalah.” Jawab Afeef. Dia kurang senang dengan cadangan Iffat untuk memandu sendiri ke pejabat. Risau langkah wanita itu panjang sama seperti ketiadaan dia dulu.

“Erm..yela..yela.. Ikut ajalah..” balas Iffat malas. ‘Haish! Susahlah aku nak ke mana lepas ni. Takkan nak berkepit 24 jam aja dengan dia.’ Omel Iffat sendiri. Baru tadi dia berangan nak ke sana ke mari tanpa Afeef di sisi.

“Iffat..tak baik mengumpat dalam hati.” Sergah Afeef apabila melihat Iffat hanya diam.

Iffat tersentak lalu menentang wajah Afeef di hadapannya yang sudah tersengeh. “Eh..bila masa pulak aku mengumpat kau. Buat dosa kering aja.” Dalih Iffat selamba. Dalam hati sudah memarahi dirinya sendiri kerana mengumpat suaminya sendiri. Cepat-cepat dia beristighfar.

“Susah kat akhirat nanti Fat kalau kita tak mintak maaf pada orang yang kita umpat. Orang kita umpat aja yang mampu ampunkan dosa. Lepas tu, baru Allah terima taubat kita.” Tambah Afeef lagi sengaja ingin mengusik. Dia membuka bungkusan nasi lemak dan diletakkan di hadapan Iffat.

Gulp! Menelan liur Iffat saat mendengar Afeef memberi tazkirah percuma pagi itu. “Err..Feef. aku mintak maaf sebab terngumpat kau.” Kata Iffat mengakui kesilapannya tadi. Afeef sudah mengekek mentertawakannya.

“Aku main-main ajalah. Bukan main serius lagi kau eh..” balas Afeef dalam sisa tawanya. “Tapi yang pasal mengumpat tu, aku tak tipu. Itu benda betul. Allah takkan ampunkan dosa umpatan selagi orang yang diumpat tidak memaafkan. Bertaubat macam manapun, dosa mengumpat tu tetap kekal. Then, terimalah balasan kat akhirat nanti. Sekian terima kasih.” Terang Afeef dengan senyum simpulnya.

“Feef..sorry..” balas Iffat perlahan. Dia terasa bersalah sangat. Dia lupa akan hukum Allah yang satu tu. Walhal, dia sendiri mengetahui apa akibatnya jika mengumpat. Tapi, itu jugalah yang sering berlaku.

“Yela..yela..aku maafkan semua yang pernah kau umpat.. Lain kali jangan buat lagi. Aku ni suami kau Fat..” balas Afeef perlahan. Tapi ayat yang terakhir itu seperti tidak terkeluar dari mulutnya. Iffat telan liur lagi. Dia dengar ayat yang terakhir itu walaupun seakan berbisik. Afeef menghulurkan tangan kanannya kepada Iffat. Iffat memandang pelik.

“Tadi kata nak mintak maaf. Mintak maaf kena salamlah.” Ujar Afeef selamba. Terangkat-angkat keningnya apabila Iffat masih belum menyambut huluran tangannya. Iffat termalu sendiri. Mahu atau tidak, dia menyambut juga huluran tangan Afeef. Dia sedar kesalahannya.

“Aku mintak maaf..” ucap Iffat perlahan. Iffat ingin menarik semula tangannya tapi Afeef enggan melepaskan. Dia tak faham dengan isyarat kening Afeef yang masih terangkat-angkat dan senyuman di bibir itu.

“Haish! Takkan salam aja..lepas tu..kena buat apa..” kata Afeef selamba. Tangan Iffat masih belum dilepaskan.

‘Ni dah nak cari pasal dengan aku la ni..’ rungut Iffat dalam hati. Dia mengucup tangan Afeef sambil menjeling melihat wajah Afeef yang berseri-seri. ‘Sukalah tu!’ Baru Afeef melepaskan tangannya.

“Alhamdulillah. Macam tu lah isteri yang ku cintai lagi disayangi di alam semesta ini.” Balas Afeef sambil tersenyum lebar. Iffat menjuihkan bibirnya ke arah Afeef. Dia sebenarnya malu dengan kata-kata Afeef. Terasa berbahang wajahnya.

“Hah..tu lagi satu tu. Berdosa tu buat muka macam tu depan suami ni..” usik Afeef lagi.

“Afeef Adwan!” bentak Iffat geram.

“Yela..yela..aku gurau ajalah..kau buatlah apa pun Fat, aku tetap sayangkan kau. Kau tu je yang tak sayangkan aku..” balas Afeef dengan nada rajuk yang sengaja dibuatnya. Nak raih simpati Iffat konon. Wajah Iffat bertambah merah.

“Erk..jangan nak buat ayat touching pagi-pagi ni eh.. cepatlah makan..”kata Iffat untuk menghilangkan rasa debar yang makin menyesakkan dadanya. Dia malas melayan kerenah Afeef yang kadang-kadang macam budak-budak tu. ‘Kalau aku tak sayang kau, takdanya aku kat depan kau sekarang ni.’ Omel hatinya.

“Ala..kau ni Fat.. nak gurau pun tak boleh..” balas Afeef masih dalam nada yang sama.

“Hish! Encik Afeef Adwan Haji Ramlee. Sedar sikit awak tu dah jadi papa budak okey. Jangan nak jadi budak-budak pulak..” jawab Iffat geram.

Afeef sudah tersengeh mendengar bebelan Iffat. Dalam hatinya sudah kembang setaman apabila melihat wajah Iffat yang memerah. Malulah tu! Afeef menadah tangan untuk membaca doa makan. Iffat hanya menuruti. Baru beberapa suap nasi lemak masuk ke dalam mulut, Afeef baru perasan dia belum lagi membancuh air kesukaannya. Air yang dimasaknya tadi baru mendidih. Di memandang wajah Iffat yang hanya tunduk menyuap nasi lemak ke mulutnya. Dia hanya tersenyum melihat Iffat khusyuk makan tanpa menoleh kepadanya. Dia nampak Iffat mengasingkan kacang dari sambal nasi lemak. Tak sukalah tu! Afeef tersenyum lagi. Dia sengaja ingin mengusik wanita itu.

“Miss Afeef Adwan..” panggil Afeef dengan nada yang sengaja dilembutkan. Spontan kepala Iffat menegak memandang Afeef di hadapannya. Keningnya terangkat sedikit.

“Buatkan air…” kata Afeef masih dalam nada yang sama dengan senyuman paling manis dilemparkan kepada Iffat.

“Alaa.. tak suruh pun memang aku nak buat.” Balas Iffat selamba seraya bangun ke sinki untuk mencuci tangannya. Dia tahu Afeef mahu dia bancuhkan air milo panas kesukaannya. Segala tingkahlaku Iffat diperhati.

“Silakan Encik peguam..” ucap Iffat seraya meletakkan mug yang berisi air milo kegemarannya. Iffat duduk semula untuk menyambung semula makan. Afeef tayang barisan giginya.

“Thanks sayang..” balas Afeef lembut.

Iffat dihadapannya yang sedang meneguk jus oren, tersedak dengan tiba-tiba. Afeef mengekek ketawa sambil menghulurkan kotak tisu kepada Iffat untuk mengelap wajah yang dibasahi percikan jus oren tadi. Nasib baik juga air yang diminum Iffat tidak memercik di wajahnya. Nasi lemak Iffat pula sudah dipenuhi jus oren yang tertumpah.

“Kau ni kan…” rungut Iffat melihat Afeef yang masih mentertawakannya.

“Apa..” balas Afeef dalam sisa tawanya tanpa rasa bersalah. Dia tahu Iffat tersedak kerana dengar perkataan ‘sayang’ dari bibirnya. Merah muka Iffat menahan marah.

“Sorry..sorry..” ucap Afeef. Kesian pula dia melihat Iffat yang tersedak sampai berair matanya. Dia menghampiri Iffat mengusap belakang badan wanita itu apabila melihat Iffat yang masih terbatuk-batuk kerana perit jus oren masuk ke dalam salur pernafasannya.

“Err..ambikkan aku air kosong.” Iffat bersuara. Dia berasa kurang selesa apabila Afeef terus-terusan mengusap belakang badannya. Afeef hanya menurut. Dicapainya sebotol air mineral dari atas peti sejuk dan dihulurkan kepada Iffat.

“Kau kenapa sampai boleh tersedak ni..?” tanya Afeef sengaja ingin tahu.

“Err..entah..ada orang sebut nama aku agaknya..” dalih Iffat. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar Afeef memanggilnya sayang tadi.

“Oh yeke..” balas Afeef selamba sambil duduk semula di kerusinya. Bibirnya masih murah dengan senyuman. Dalam hatinya sudah terbahak-bahak ketawa melihat wajah merah padam Iffat yang tersedak tadi. ‘Tipulah Fat. Aku rela..’ bisik hatinya.

“Kau kenapa tersenyum-senyum dari tadi ni.” Tanya Iffat yang sudah mula reda batuknya.

“Senyumkan satu sedekah.” Jawab Afeef ceria.

‘Bukan main bahagia lagi mamat ni. Semalam macam apa dah muka tu.’ Marah Iffat sendiri. Ops! Astaghfirullahal’azim. Iffat baru tersedar kelancaran kata dalam hatinya.

“Haa..tu yang beristighfar tu..ngumpat lagilah tu..” sergah Afeef tiba-tiba. “Takpa..takpa..aku maafkan..” sambung Afeef sengaja ingin mengusik wanita itu lagi. Bahagia sarapan paginya itu dengan bebelan dari mulut Iffat walaupun tidak semesra alam. Itu sudah cukup baik baginya.

“Fat..kau makanlah nasi aku ni. Nasi kau dah ada perisa oren dah ni.” Ujar Afeef sambil menolak bungkusan nasi lemaknya yang baru luak beberapa suap menggantikan nasi lemak Iffat.

“Eh..takpalah Feef. Aku boleh makan roti je.” Jawab Iffat sambil menolak semula nasi lemak itu kepada Afeef.

“Jangan mengadalah. Semalam satu hari kau tak makan nasi pun kan..makan je nasi tu.” Bantah Afeef melarang Iffat menolak nasi lemak itu kepadanya semula. Iffat tidak jadi menolak nasi lemak itu kepada Afeef.

“Err..mana kau tau aku tak makan nasi?” soal Iffat pelik.

“Abang Luth call aku malam tadi tanya pasal kau. Dia yang cakap kau tak makan semalam.” Jawab Afeef. Dia mencapai seketul kuih karipap di dalam piring.

“Erk..? Abang Luth mesti nak kutuk akulah tu.” Gerutu Iffat sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Perutnya pagi itu memang terasa lapar. Malam tadi hanya dialas dengan dua keping roti sahaja.

“Mana ada. Dia tanya macam mana kau nak pergi kerja esok je. Aku jawab ajalah aku yang hantar.” Terang Afeef. Seketul kuih karipap sudah selamat di dalam perutnya. Matanya tak lepas memandang Iffat yang mula menyuap nasi lemak. Hatinya menyanyi riang apabila melihat Iffat makan nasi lemak kepunyaannya tadi. Satu lagi petanda baik agar hubungannya mendapat berkat apabila suami dan isteri berkongsi makanan yang sama. Jika malam tadi dia yang selamba menghabiskan jus oren Iffat dalam gelas yang sama, hari ini Iffat makan nasi lemak dari bekasnya pula.

Iffat menegakkan kepalanya apabila merasakan Afeef merenungnya dari tadi. “Kau kenapa pandang aku dengan senyum-senyum macam tu?” tanya Iffat pelik dengan Afeef yang melihatnya. Iffat menggelengkan kepalanya apabila Afeef hanya membalas dengan senyuman yang semakin dilebarkan di bibirnya. Iffat malas melayan, terus menyambung menyuap nasi ke mulutnya.

“Err..Fat..” panggil Afeef perlahan. Iffat menegakkan kepalanya semula memandang wajah Afeef yang tiba-tiba bertukar serius.

“Hmm..” balas Iffat pendek. Dia meneguk pula jus oren yang telah diisi penuh semula oleh Afeef tadi.

“Err..kenapa badan kau makin kurus aku tengok? Dulu masa kat Teluk Batik memang dah kurus aku tengok. Tapi, ni lagi kurus macam orang sakit kenapa?” Sudah lama soalan itu ingin ditanya kepada Iffat. Dia risau apabila melihat wanita yang mula dipuja itu semakin kurus tidak berisi. Tulang pipinya juga sudah jelas kelihatan. Beberapa bulan lalu, pipi mulus itu masih berisi berbanding sekarang.

“Err..mana ada sakit. Aku sihat aja ni.” Bohong Iffat. Memang semenjak ketiadaan Afeef lagi seleranya turut mati. Jadual hariannya sengaja diisi dengan urusan pejabat. Sehinggakan waktu makan pun selalu dia terlepas. Kalau di pejabat, Rafaal yang sering mengingatkannya.

“Yela kau sihat. Aku macam orang tak sihat aja.” Afeef menggelengkan kepalanya tidak percaya.

“Takdalah..aku okey ajalah..ni kan aku baru lepas makan ni.” Balas Iffat yang baru sahaja menghabiskan nasi lemak Afeef.

“Fat.. aku nak kau makan banyak sikitlah lepas ni.” Ujar Afeef sambil menghirup air milonya.

“Erk? Kenapa pulak? Okey apa badan aku sekarang ni. Tak gemuk kan..” balas Iffat tak memahami permintaan Afeef.

“Memanglah tak gemuk. Tapi ni dah kurus sangat ni aku tengok. Nak peluk pun tak sedap.” Jawab Afeef dengan senyuman nakalnya.

“Aku tak suruh kau peluk pun.” Balas Iffat tak nak mengalah.

“Memanglah kau tak suruh. Tapi kalau aku nak peluk jugak macam mana, takda isi langsung ni.” Giat Afeef lagi mengusik. Muka Iffat sudah merona merah. Matanya membulat memandang Afeef. Afeef terburai ketawa melihat wajah Iffat yang merah.

“Kau ni kan…oh lupa..mesti sebab kau pernah peluk Damia yang gebu tu kan.. mana nak sama dengan badan aku yang kurus kering tak berisi ni..” balas Iffat seperti berjauh hati. Sengaja ingin menguji Afeef yang galak mentertawakan dirinya dari tadi.

“Iffat.. tu dulu.. okey..” mati tawa Afeef bila mendengar sindiran Iffat.

“Yela..betullah aku cakap.. mana nak sama badan dia dengan badan aku..” kata Iffat lagi. ‘Pandai pulak nak sentap mamat ni.’ Tersenyum Iffat dalam hati berjaya mengenakan Afeef.

“Tu kisah lalu aku Fat..” balas Afeef perlahan. Wajahnya berubah suram apabila teringat kisah hidupnya bersama Damia.

“Tapi betul pun kan..” giat Iffat lagi menguji.

“Dah la Fat. Aku tak naklah cakap pasal dia. Sekarang ni aku cakap pasal kau.” Balas Afeef tegas.

“Kenapa aku pulak?” tanya Iffat tidak memahami.

“Pasal badan kau tu la. Aku tak nak orang kata aku tak mampu nak bagi kau makan sampai kurus macam ni.” Ujar Afeef. Serius dia menyatakan. Dia tidak mahu orang di sekelilingnya mengata Iffat lagi kerana dia meninggalkannya dulu.

“Hmm..kalau pasal hal tu kau nak risau..tak payahlah Feef. Aku dah biasa dah dengar orang kutuk aku. Kau tak payah risau tu semua.” Balas Iffat lirih. Terasa hati dengan kata-kata Afeef yang seakan-akan dia telah memalukan lelaki itu selama ini.

“Fat..aku tak nak kau salah faham. Aku tahu kau mampu nak beli makan pakai kau. Tapi aku tahu kau jadi macam ni semua sebab aku. So, lepas ni aku tak nak kau seksa diri kau lagi sebab aku. Aku nak kau jadi diri kau yang dulu. Pasal badan kau ni, aku lagi suka tengok muka kau berisi dulu. Aku risau tengok kau kurus macam ni Fat. Sampai dah nampak tulang pipi tu. Please Fat..kau janji dengan aku yang kau takkan jadi macam ni lagi sebab aku..” Terang Afeef perlahan yang mula risau melihat perubahan wajah Iffat.

“Hmm..” terdengar keluhan berat keluar dari dua ulas bibir comel itu. Nak tak nak, dia kena juga dengar kata-kata Afeef itu.

“Lepas ni aku akan pastikan kau makan.Kalau aku tau kau tak makan, biar aku yang suapkan kau makan.” Ugut Afeef.

“Erk..? apa kes? Aku ada lagi mulut dengan tangan nak makan sendiri Feef.” Balas Iffat sedikit pun tak takut dengan ugutan Afeef.

“Baik.. kita tengok nanti. Kalau ada yang menangis kena paksa makan..jangan salahkan aku..” ugut Afeef tegas.

“Eleh..yela tu..” Iffat menjuihkan bibirnya. Dia pasti Afeef sengaja ingin menggertaknya.

“Janganlah degil Fat. Dengarlah cakap suamimu ini.” Balas Afeef lembut.

“Yela..yela..” jawab Iffat malas. Dia tahu Afeef akan memulakan tazkirahnya lagi sekiranya dia masih menjawab. Dalam hatinya mula dijentik bahagia bila Afeef mengambil berat akan dirinya.

Afeef sudah tersenyum bila merasakan kemenangan di pihaknya. ‘Ni baru sikit Fat. Tunggu esok-esok punya pulak. Tinggal tudung tu. Sakit aku tengok kau pakai depan aku. Kedekut betul nak tayang rambut cantik kau tu.’ Rungut Afeef sendiri. Dia teringat pesan ibu mertuanya tentang Iffat. Hanya dengan kekerasan sahaja dapat melembutkan hati yang keras itu. Sekarang ni pula, dengan kuasa vetonya sebagai seorang suami,lebih memudahkan.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 28”
  1. Addeen says:

    best…
    harap perubahan positif semakin bertambah-tambah positif..
    cpt sambung..

  2. nak lagi ! Kasi sweeeet lagi . Haha . 😀 Wootwoot !

  3. mira says:

    can’t wait 2 c next en3. so sweet. :)

  4. bunga_tulip says:

    kenapa conversation afeef tak rasa seperti seorang peguam… mcam budak universiti je..

  5. rieda says:

    best2…

  6. rosejune says:

    afeef mcm loyar buruk je…x mcm lawyer pun…;P
    but its getting better la…x mau pun duk serumah jg…cmne tu…ahaks

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.