Novel : Biar aku jadi penunggu 29

27 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

29_arsha

“Ummi, semalam kan..adik jumpa Kak Iffat yang ummi cerita tu..tapi dengan husband dia la. Boleh tahan jugak abang Afeef tu..” beritahu Alia ketika sedang bersarapan bersama keluarganya. Rafaal awal pagi lagi telah keluar berjoging.

“Ha? Yeke?” balas Datin Suraya sambil menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan Datuk Ehsan. Datuk Ehsan pula yang sedang leka membaca surat akhbar, terus berhenti membaca dan meletakkan akhbar tersebut di sisi.

“Ya ummi. Cantikkan Kak Iffat tu.” Celoteh Alia lagi.

“Siapa pulak Iffat ni?” tanya Datuk Ehsan pula sambil menghirup air kopi yang telah disediakan oleh isterinya. Sungguhpun mereka hidup mewah, segala kerja rumah Datin Suraya sendiri yang lakukan. Seorang pembantu rumah yang digaji hanya membantu Datin Suraya mengemas rumah. Segala kerja di dapur, Datin Suraya sendiri yang lakukan. Katanya lebih berkat makanan yang dimasak dengan air tangannya sendiri.

“Girlfriend tak jadi abang.” Beritahu Datin Suraya seraya ketawa kecil.

“Aik, kenapa tak jadi pulak?” tanya Datuk Ehsan mula berminat dengan topik santai pagi itu berkenaan anak sulongnya. Alia sudah ketawa mendengar umminya menggelar girlfriend tak jadi abangnya.

“Ummi kata abang terlambat seminit. Kak Iffat dah kena cop dengan orang lain.” Jawab Alia ceria. ‘Kalau abang dengar ni, confirm dah kena luku kepala aku.’ Desis hatinya.

“Ha’ah bang. Yaya pernah jumpa budaknya. Cantik, comel je. Yaya terjumpa kat butik Suri dulu. Time tu Iffat dengan suami dia datang ambik baju pengantin.” Cerita Datin Suraya bersemangat.

“Oh yeke. Takda rezekilah anak teruna awak tu. Tu yang sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Kempunanlah walid nak dapat cucu macam ni.” Balas Datuk Ehsan lantas tersenyum. Dia sudah memesan kepada kedua anaknya agar bila berkahwin nanti dapatkan cucu yang ramai untuknya. Dia kata biar rumahnya bising dengan suara budak-budak. Datuk Ehsan pun dari dulu anak tunggal. Datin Suraya pula hanya tinggal seorang selepas abang dan kakaknya meninggal dalam kemalangan 5 tahun lalu. Masing-masing bukan dari keluarga yang besar.

“Kalau abang lambat lagi nak kahwin, suruh adik ajalah kahwin ni bang. Bukan kecik lagi ni. Dah boleh jadi ummi orang ni.” Seloroh Datin Suraya mengusik anak gadisnya yang baru menginjak 20 tahun itu. Disambut tawa Datuk Ehsan melihat wajah Alia yang memuncung diusik Datin Suraya.

“Ada pulak adik. Abang tu dekat 30 tak nak suruh kahwin.” Balas Alia dengan wajah kelatnya.

“Ha..ni sebut-sebut nama abang ni kenapa? Riuh abang dengar dari luar. Sampai abang bagi salam takda siapa yang jawab.” Sapa Afeef yang baru balik dari berjoging seraya duduk di sebelah adiknya yang berwajah cemberut.

“Ada berita hangat ke ni? Sampai nama abang terlibat sama. Yang muka dah macam cekodok lembik ni kenapa ummi.” Tanya Rafaal lagi melihat wajah Alia yang masam mencuka. Walid dan umminya hanya tergelak.

“Ummi suruh adik kahwin. Abanglah yang tak nak kahwin, adik pulak yang kena kahwin dulu.” Balas Alia geram.

“Eh..apa salahnya. Adik tu bukan kecik lagi kan walid? Dah boleh kahwin dah. Abang ni lelaki, lambat sikit pun takpa. Haha..” Rafaal turut sama mentertawakan Alia. Tangan Alia pantas mencubit lengan Rafaal di sisi.

“Eee..abang ni. Adik belajar pun tak lagi dah nak suruh kahwin..” bentak Alia lagi.

“Ala..adik ni. Nak gurau pun dah tak boleh ke sayang. Next week dah nak flight kan. Bila lagi nak gurau macam ni.” Kata Datuk Ehsan kesian melihat wajah kelat puteri kesayangannya.

“Entah adik ni. Sensitif betul. Doktor mana boleh buat muka masam macam ni. Patients pun takut nak jumpa doktor Alia muka masam macam ni. Cuba senyum sikit.” Usik Rafaal pula untuk memujuk adik kesayangannya.

Alia mula tersengeh. Tercuit hatinya apabila Datuk Ehsan dan Rafaal memujuknya. Anak bongsulah katakan. Memang manja terlebih. “Ala..adik pun main-main ajalah. Saja nak test abang dengan walid. Bila lagi nak kene pujuk kan. Esok-esok adik dah kat sana, dah takda sapa nak pujuk.” Balas Alia dalam ketawa kecilnya. Dia menoleh ke wajah umminya yang mula mendung.

“Laa..tadi walid tengok kat luar elok je cerah. Yang kat dalam ni mendung tiba-tiba kenapa?” usik Datuk Ehsan melihat wajah isterinya di sebelah. Datin Suraya hanya mendiamkan diri. Tawanya mati apabila suami dan anak-anaknya menyebut tentang pemergian Alia ke India pada minggu hadapan. Dia pasti akan merindui anak manjanya itu.

“Ummi.. janganlah buat muka macam tu. Nanti adik tak jadi pulak sambung study kat sana.” Kata Alia sambil memeluk erat leher Datin Suraya dari arah belakang.

“Yela ummi.. Bukan adik pergi tak balik. Dia pergi belajar aja ummi. Hari-hari ummi boleh call adik kat sana. Walid sedia bayar bil telefon ummi nanti.” Seloroh Rafaal sengaja ingin menceriakan keadaan.

“Aik. Walid pulak yang kena. Yela..yela..demi isteri tercinta dan anak tersayang..” balas Datuk Ehsan mesra. Datin Suraya hanya tersenyum mendengar.

“Ha..kamu ni.. bila nak kahwinnya. Walid dengar kamu terlambat cop ye?” tanya Datuk Ehsan pula pada Rafaal.

“Lambat cop? Cop apanya?” tanya Rafaal tak faham.

“Iffat..” jawab Datuk Ehsan pendek. Rafaal yang sedang mengunyah mee goreng, tersedak apabila walidnya menyebut nama Iffat, wanita yang pernah dicintai selama ini. Disebabkan masih tidak dapat mencari pengganti Iffatlah dia membujang hingga kini.

“Adik!” panggil Rafaal geram apabila melihat ummi dan adiknya sudah mentertwakannya. Rahsia hatinya memang dikongsi kepada kedua wanita itu.

“Ala..abang ni. Dengan walid pun nak malu. Hehe..” balas Alia selamba.

“Abang, carilah lain. Bukan seorang je perempuan dalam bumi Allah ni. Walid pun boleh tolong carikan kalau nak.” Usul Datuk Ehsan pula.

“Takpalah walid. InsyaAllah. Abang tengah usahalah ni.” Rafaal senyum.

“Kalau tak, ummi pun boleh carikan.” Tambah Datin Suraya pula.

“Ala..carikan aja ummi untuk abang ni. Kalau tunggu dia, entah bila nak kahwin. Tunggu adik habis belajar agaknya. Hehe..” usik Alia pula. Dia sudah duduk di sebelah Datin Suraya. Takut jika duduk sebelah abangnya, pasti akan ada saja lelaki itu akan buat padanya.

“Terima kasih ajalah ummi. Abang boleh cari sendiri.” Balas Rafaal sambil menjeling pada Alia yang mengejeknya.

Dia mengakui, memang dia tergila-gilakan Iffat sejak kali pertama berjumpa dengan wanita itu di kampus. Namun, belum sampai hasratnya Iffat telah dimiliki oleh lelaki lain. Disebabkan Iffat juga dia masih belum berkahwin sehingga kini. Walaupun dia redha dengan ketentuannya, nama Iffat masih belum mampu dipadamkan sepenuhnya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, wajah Iffat kian hilang dan diganti pula dengan wajah Afia semenjak pertemuan dengan gadis itu bersama Iffat beberapa minggu lalu.

Rasa indah di hati tidak sama seperti dia sukakan Iffat. Rasa indah itu hadir dengan sendirinya tanpa dipaksa tiap kali wajah Afia yang muncul di dalam mimpinya. Rafaal masih keliru dengan apa yang dirasakan kerana belum pernah merasainya sebelum ini. Dia sendiri masih berusaha mendapatkan petunjuk dari Allah agar pilihannya kali ini tidak salah. Disebabkan Afia adalah adik Afeef, membuatkan Rafaal berfikir panjang agar dia tidak disalah anggap oleh Afeef apabila berhubungan dengan Afia. Lagi pula, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan untuk berhubungan dengan gadis itu. Dia juga risau andai terburu-buru memberitahu Afia apa dia rasa, takut pula gadis itu terkejut lalu menjauhkan diri darinya. Sebab dia tahu, sebelum ini hubungan mereka hanya seperti abang dan adik. Tidak lebih dari itu.

…………..

Dalam perjalanan ke rumah Haji Ramlee, masing-masing hanya melayan perasaan. Langsung tidak keluar sepatah perkataan pun dari mulut keduanya. Hanya bunyi lagu yang keluar dari corong radio sahaja memenuhi ruang mereka.

“Err..Fat..aku nak tanya sikit boleh?” Afeef memulakan perbualan. Ada beberapa persoalan yang sentiasa berlegar di kepalanya masih belum terjawab.

“Tanya ajalah..” Iffat menoleh ke sisi Afeef yang tenang memandu.

“Fat..kau ada apa-apa hubungan dengan Rafaal ke?” tanya Afeef perlahan.

“Tu je ke nak tanya?” dibalas soalan juga oleh Iffat. Afeef menoleh ke arahnya sekilas hanya diam menanti butiran yang keluar dari bibir comel itu.

“Hmm..kau tak percayakan aku ke Feef?” tanya Iffat lagi. Rasanya, tiada apa yang perlu dijawab dengan soalan Afeef yang dirasakan sebenarnya berbaur cemburu.

“Err..bukan maksud aku macam tu..Yela..aku takut aku bertepuk sebelah tangan Fat..kau kahwin dengan aku, tapi hati kau dengan orang lain..” balas Afeef tenang.

“Aku tanya ni..kau tak percayakan aku ke?” tanya Iffat lagi tak puas hati.

“Percaya..aku terlebih percaya dengan kau Fat..” jawab Afeef lirih.

“Dah tu..perlu ke aku jawab soalan kau tadi..” balas Iffat dengan mata tepat memandang Afeef di sisi. “Aku rasa kau dah tau kan jawapannya..tak perlulah aku jawab lagi.” Ujar Iffat lagi. Dia membuang pandang ke luar tingkap.

“Iffat..sorry..” ucap Afeef bersalah apabila menaruh syak kepada Iffat.

“It’s okey Feef. Forget it. But, please..don’t ask about that again.” Jawab Iffat mendatar.

“Tahnks” Afeef meraih tangan Iffat di atas peha lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup lembut. Iffat terkejut dengan tindakan Afeef, menoleh ke wajah itu. Afeef membalas dengan senyuman sebelum dia melepaskan tangan Iffat. Iffat berpaling semula apabila merasa mukanya mula kebas. Malu!

……………..

“Cewah! Ma, tengoklah tu pasangan bahagia datang dengan muka berseri-seri.” Usik Afia apabila melihat Afeef dan Iffat melangkah beriringan mendapatkan dia dan mamanya duduk santai di gazebo tepi rumah. Hajah Zubaidah yang leka meneliti pokok bonzainya, terus menoleh. Dari jauh nampak Afeef sudah tersengeh-sengeh. Iffat pula hanya tersenyum di sisi.

“Assalamualaikum ma.” Ucap Afeef dan Iffat hampir serentak lantas menyalami dan memeluk wanita tua itu. Afia di sisi tersengeh-sengeh apabila Iffat menampar pelahan bahu gadis itu.

“Ma, lepas ni, cepatlah mama tambah cucu. Hehe..” usik Afia lagi. Hajah Zubaidah sudah ketawa kecil. Iffat tertunduk malu duduk di sebelah Afia. Sempat dicubit pinggang gadis itu kerana kelancaran mulutnya.

“Doa-doakanlah ma Afeef dapat bagi cucu lagi kat mama dengan ayah.” Sambut Afeef pula. Lelaki itu juga sudah sama terjebak dengan Afia. Bertambah merah wajah Iffat dikilas. Jelingan sahaja yang dibalas oleh Iffat apabila mata lelaki itu menikam wajahnya.

“Iffat dengar tu..ada orang nak tambah anak lagi Fat..” tambah mama pula. Merah padam muka Iffat apabila anak beranak pakat mengenakannya.

“Mmiii..” jerit Aqil yang muncul bersama Haji Ramlee, terkedek-kedek berlari mendapatkan Iffat. Iffat mendepakan tangan memeluk si kecil itu.

“Love mummy sayang.” Kata Iffat kepada si kecil. Si kecil itu hanya menurut perintah apabila Iffat menyuakan kedua pipinya agar dicium.

“I miss you so much sayang.” Ucap Iffat lagi. Bertalu-talu kedua pipi comel Aqil dicium puas. Empat pasang mata yang melihat, hanya tersenyum gembira melihat kemesraan keduanya.

“Kamu berdua makan tengah hari kat sini kan?” soal Hajah Zubaidah mengejutkan Afeef yang leka memerhati Iffat bergurau dengan Aqil.

“Err..ha’ah ma.. Iffat kata nak masak hari ni.” Beritahu Afeef kerling wajah Iffat. Wanita itu membulatkan matanya memandang wajah Afeef di sisi.

“Yes..! baguslah tu. Pia dah lama tak makan akak masak.” Sokong Afia pula.

“Alaa..mama pun boleh masak. Tak payah nak susah-susahkan Iffat. Lagipun, kan dah selalu Iffat masak tiap hujung kalau datang rumah ni.” Ujar Hajah Zubaidah membela Iffat.

“Alaa..tu tiap hujung minggu dulu..time Afeef takda. Afeef teringin nak makanlah ma.. Afeef belum pernah makan Iffat masak.” rungut Afeef tidak setuju dengan cadangan mamanya.

“Eh..hari tu kan Iffat pernah masak laksa. Afeef tak makan ke?” tanya Iffat pula pelik dengan kata-kata Afeef. Dia membahasakan namanya di hadapan Afeef. Tidak tahu kenapa bibirnya lancar menukar panggilan ‘aku’ yang biasa menghiasi bibirnya apabila bercakap dengan Afeef.

Mata Afeef terus-terusan menikam wajah itu apabila mendengar panggilan nama digunakan Iffat apabila bercakap dengannya. Lebih sedap didengar daripada panggilan ‘aku’ ‘kau’ yang biasa digunakan.

“Hmm..orang tu marajuk hari tu kak. Tak sempat nak makan, Pia dengan Kak Afwan dah habiskan. Tak merasalah. Haha..” Afia menyindir Afeef yang sudah memuncung. Disambut tawa Hajah Zubaidah dan Haji Ramlee.

Iffat hanya tersenyum mendengar. Dia tahu mesti Afeef terasa dengannya selepas perbincangan di rumahnya sehari selepas kepulangan Afeef. Memang dia masakkan laksa tu khas buat Afeef, tapi kerana melayan rajuk, Afeef tidak menyentuh langsung laksa itu. Terbit simpati di hatinya melihat wajah Afeef yang kelat.

“Err..biarlah Iffat masak hari ni ma. Barang-barang semua dah adakan ma?” balas Iffat ingin menceriakan semula wajah Afeef yang penuh berharap tu.

“Kalau Iffat dah kata macam tu, mama tak kisah. Lagi mama suka adalah. Dapatlah mama rehat hari ini.” Hajah Zubaidah tersenyum.

“Thanks sayang.” Ucap Afeef perlahan di telinga Iffat. Tegak bulu roma Iffat saat Afeef membisik lembut di telinganya.

“Haa..kalau macam tu, jomlah semua masuk. Matahari dah nak tegak atas kepala ni. Lambat masak, lambatlah makan tengah hari nanti.” Ujar Haji Ramlee seraya melangkah ke pintu rumah.

“Ala abang tu. Sukalah tu!” gerutu Afia mengusik abangnya yang mula tersenyum lebar mendengar kesudian Iffat memasak tengah hari tu.

“Eleh..biarlah. Wife abang. Mestilah dia akan masak apa yang abang nak makan. Jeleslah tu.” Balas Afeef seraya memeluk erat pinggang Iffat beriringan masuk ke dalam rumah.

Iffat yang terkejut dengan tindakan berani Afeef, tersenyum kelat. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menolak Afeef jauh dari sisinya. Dia berasa tidak selesa tiap kali tangan Afeef mendarat di mana-mana bahagian badannya. Debar di dadanya sentiasa tidak menentu tiap kali bersentuhan dengan lelaki itu. Disebabkan mereka di rumah mertuanya, Iffat hanya membiarkan sahaja. Aqil tetap erat di dalam dukungannya. Si kecil itu sikit pun tidak lepas apabila Afeef ingin mengambilnya dari pelukan Iffat.

Afia yang berjalan di sebelah Afeef, sempat menumbuk bahu abangnya itu.

“Pia tu eloknya cepat-cepat belajar masak, esok-esok kalau husband tu mintak masakkan, jangan bagi banyak alasan pulak.” Tambah Afeef lagi mengusik gadis itu. Tanpa dia sedar, Iffat di sisi rasa tersendir dengan apa yang diucapkan oleh Afeef.

“Eleh.. tengok tanganlah.. Abang tak rasa lagi Pia masak. Pia dah tuntut ilmu dengan mama dah.. Hal kecik ajalah..” balas Afia tak nak kalah. Dia berjalan laju mendahului Afeef dan Iffat. Memang segala ilmu masak yang dimiliki oleh mamanya telah habis dituntut. Cuma dia tidak berkesempatan untuk memasak memandangkan dia yang bekerja. Melainkan pada hujung minggu. Itupun, hanya sekadar membantu mamanya sahaja.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 29”
  1. marinashahiza says:

    best niii ! Heeeeeeeeee Sambungg lagi writer . Thumbs Up ! Kasi hot sikit :)

  2. Addeen says:

    loh pendeknya…
    nak lagi…

  3. rieda says:

    best tapi napa pendek sangat?

  4. azie says:

    best sgt..tapi kalo dapat dipanjangkan cikit lagi best…

  5. myramike4u2 says:

    hmm betul tu pesal pendek sangat ehhh,,???? wat the ending dis story??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.