Novel : Biar aku jadi penunggu 3

26 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

Selepas berbual kosong sambil menghabiskan sekeping roti canai dengan rakan-rakannya termasuklah tetamu yang tidak diundang tadi Rafaal, Iffat mengambil keputusan untuk mengundur diri pulang ke bilik hostel kerana berasa kurang selesa dengan Rafaal. Lebih-lebih lagi apabila melihat panahan mata Rafaal yang cukup berlainan apabila mata mereka berlaga. Kebetulan pula, masih ada lagi kerja lain yang perlu disiapkan. Draf projek tahun akhirnya perlu dihantar kepada Proffesor Sabri pada hari Isnin ini sebelum projek tahun akhir itu di submit pada hujung semester. Bukan dia seorang sahaja yang perlu siapkan draf tersebut, malah mereka semua. Tetapi disebabkan mereka tidak di bawah penyelia projek yang sama, semuanya bergantung kepada penyelia masing-masing.

“Maaf ya kawan-kawan. Aku rasa aku perlu beransur dululah. Draf projek aku tak siap lagi. Kau orang kalau nak stay, kau orang stay je la eh. Aku nak gerak dulu. Assalamualaikum.” Tanpa berlengah lagi, Iffat terus bangun dan memulakan langkah. Iffat tiba-tiba tidak jadi melangkah apabila Rafaal menjawab kata-katanya.

“Eh, dah nak balik ke? Tunggulah sekejap. Duduklah dulu kita borak-borak lagi. Lagipun esok bukannya ada kelas kan guys?” pujuk Rafaal.

“Maaflah Encik Rafaal, aku ada kerja lainlah nak kena buat. Draf projek aku tak siap lagi. Kau borak ajalah dengan kawan-kawan aku ni. Sorry guys. Maybe next time aku joint okey?” Terang Iffat sambil tersenyum paksa ke arah teman-temannya itu sambil memulakan langkah.

“Aku pun nak gerak jugaklah. Fat, tunggu aku. Kita balik sekali.” Laung Nurjannah apabila melihat Iffat semakin menjauh. Iffat memperlahankan langkahnya dan menoleh ke arah suara teman sebiliknya itu. Dia pun sebenarnya kurang selesa dengan keadaan badannya yang berpeluh selepas jogging tadi.

“Eh, bila pulak kita balik sekali. Bukan ke kita pernah balik banyak kali. Hehe…” sempat pula Iffat melawak. Nurjannah menjeling Iffat yang semakin dihampirinya.

“Ala.. tak syoklah kalau semua nak balik. Aku pun nak baliklah. Jom Isha kita balik sekali.” Ajak Natrah pula. Dia perasa yang Isha sudah buat muka sedih kerana tidak dapat berlamaan dengan Rafaal. Dengan senyuman paksa, Isha menurut kata-kata Natrah.

“Rafaal, we all balik dulu ya. Next time kita boleh chit chat lagi. Sorry eh pasal kawan-kawan I. Dia orang memang macam tu. Bye. Assalamualaikum.” Isha cepat-cepat memohon diri apabila melihat rakan-rakannya yang lain telah jauh meninggalkannya.

“Waalaikumussalam.” Rafaal tersenyum melihat telatah gadis-gadis dihadapannya tadi. Dia akui, masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kalau Isha dengan muka ala-ala Pan Asian dan manja, Natrah dengan sifatnya yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain menyebabkan ramai yang selesa dengannya. Nurjannah pula comel dengan muka ala-ala Sharifah Amaninya. Iffat yang diminati pula, lain daripada yang lain. Sungguhpun kulitnya tak secerah yang lain-lain, tetapi tetap ada tarikannya yang tersendiri. Wajahnya yang sedikit berisi tetapi memiliki bibir yang cantik terbentuk. Apatah lagi apabila bibir itu menggariskan senyuman. Cukup mahal untuk dilihat kerana bibir itu sukar untuk tersenyum jika tidak pada tempatnya. Rafaal yakin, bahawa gadis tinggi lampai itu mempunyai pesonanya yang tersendiri dan yang paling dia pasti Iffat adalah seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri dan yang paling penting kurang mempunyai rakan lelaki menyebabkan Rafaal ingin mendekati gadis itu dengan lebih rapat lagi di samping kuranglah saingannya nanti. Padanya, sukar untuk mencari gadis seperti Iffat pada zaman sekarang.

Sepanjang perjalanan balik ke hostel, mereka berempat hanya berdiam diri. Masing-masing melayan emosi sendiri. Tiba-tiba Iffat berhenti mengejut dan bersuara. Nasib baik mereka tidak berjalan terlalu rapat. Kalau tidak, memang ada yang terjelepuklah kat situ kerana berlanggar antara satu sama lain. Iffat dipandang pelik oleh ketiga-tiga pasang mata dihadapannya.

“Fat, sejak bila kat sini ada traffic light ni?” Seloroh Natrah apabila melihat Iffat tiba-tiba Iffat terpacak dengan bercekak pinggang dihadapannya ala-ala mak tiri nak memarahi anak lagaknya.

“Traffic light apa kebendanya. Aku nak cakap sikit dengan kau orang semua ni pasal hal aku cerita kat café tu. Aku nak kau orang janji takkan beritahu sesiapa pun. Kalau perkara ni diketahui oleh orang lain, antara kita berempatlah yang membocorkan rahsia. Kalau aku dapat tahu, siap kau orang.” Iffat member amaran.

“Hish! Apalah kau ni Fat. Macamlah baru kenal kita orang semalam. Kita orang janji tak beritahu sesiapa pun.” Jawab Nurjannah.

“Yela Fat.” Jawab Isha dan Natrah serentak.

“Termasuklah Rafaal. Aku tak nak dia pun tahu hal ni. Isha, aku tahulah kau suka dia tapi kau jangan nak ringan-ringan mulut cerita hal ni. Kalau dia tanya pun, kau jawab aja kau tak tahu. Okey?” Tuju Iffat kepada Isha yang tersenyum simpul apabila nama Rafaal disebut. Habis berkata-kata, mereka meneruskan langkah.

Dalam sedang berjalan tu, dia melihat Nurjannah sedang memegang telefonnya. Iffat teringat tiba-tiba sesuatu. Telefon! Dia beristighfar di dalam hati. Dia tiba-tiba mempercepatkan langkahnya kerana baru teringat akan mesej yang diterima daripada Afeef sejak peristiwa lalu sehingga malam tadi. Tidak jemu lelaki itu menghantar mesej kepada Iffat. Hendak memujuklah katakan.

“Oi Fat. Lajunya kau jalan. Kau nak kejar apa?” Laung Nurjannah yang tertinggal di belakang bersama Natrah dan Isha. Iffatmeneruskan perjalanannya tanpa menoleh lagi. Sebenarnya, bukan jauh pun jarak antara café dan hostel mereka. Setengah kilometer jugaklah. Tetapi disebabkan mereka sudah terbiasa berjalan kaki, memang tidak menjadi masalah. Cuma pada pagi itu, masing-masing terlebih melayan perasaan dan langkah kaki pun sengaja dilambat-lambatkan memandangkan tiada apa yang perlu digesakan pada hari Sabtu tu.

Melangkah sahaja ke dalam bilik, telefon bimbit di atas meja belajar dicapai dan membaca semula semua mesej yang dihantar oleh Afeef sejak malam tersebut.

++ Fat, maafkan aku. Bukan niat aku nak buat kau sedih. Tapi ini aja cara untuk aku capai cita-citaku. Harap kau faham.

++ Assalamualaikum. Fat, I really sorry. Aku bagi masa untuk kau fikir Fat. Take care beb!

++ Fat, maafkanlah aku. Aku hanya nak kita kerjasama. Hal-hal lain kita boleh bincang semula. Tu pun kalau kau setujulah dengan rancangan aku ni. Aku harap aku dapat jawapan yang tidak mengecewakan.

Setelah penat berfikir dan membuat solat Istikharah beberapa malam lalu, Iffat yakin akan keputusan yang bakal dibuat. Bersungguh-sungguh dia memohon petunjuk dariNya kerana keputusan ini melibatkan masa depannya dan dia amat berharap pilihannya tidak salah.

Selepas menaip ringkas di papan kekunci telefon bimbitnya, dengan lafaz bismillah Iffat menekan butang send.

++ Assalamualaikum. Aku setuju.

Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Iffat membaca dengan tenang.

++ kita jumpa petang ni. Pukul 5 kat café hostel kau. Thanks beb! J

Iffat mencebikkan bibirnya membayangkan Afeef pastinya sedang terloncat-loncat bahagia apabila kemenangan berpihak kepada dirinya atas keputusan yang diterima. Tambahan pula, ada emoticon smile di hujung pesanan ringkas Afeef tadi.

Tiba-tiba Iffat mengerutkan dahinya. “eh petang ni? Macam tahu-tahu aja aku nak balas mesej dia hari ni. Wait! Dia ni tak balik rumah ke?” Iffat berkata sedirian apabila memikirkan Afeef. Bukan dia tidak tahu jarak antara Kuala Lumpur dan Kelantan. Paling awal pun dalam 7 jam perjalanan. Baru dia teringat. Apa ada hal sama ada Afeef balik rumah ke tidak. Sudah pastinya dia mampu untuk naik sahaja kapal terbang untuk sampai ke sini dengan sekelip mata.

“Fat! Aku beri salam pun sampai kau tak dengar. Apalah yang kau bebelkan dari tadi tu?” bebel Nurjannah apabila salamnya tidak disambut ketika dia masuk ke bilik itu.

“Hehe…” Fat hanya menayang giginya apabila disindir Nurjannah begitu. Dia akui memang salahnya kerana terlalu melayan perasaan akan hal Afeef tu. “Jan petang ni Afeef nak datang sini. Kita orang nak discuss pasal rancangan tu.” Terang Iffat.

“Hmm. Baguslah tu Fat. Lagi cepat lagi bagus kau selesaikan masalah kau ni. Sekarang ni pun kan kita dah semakin sibuk dengan projek lagi. Better settle awal hal ni sebab takut pulak terganggu study kau. Dah dekat hujung semester dah ni. Kau dah tanya parent kau belum?” Tanya Nurjannah.

“Hmm. Dah. Semalam abah aku telefon. Dia kata memang Afeef ada datang rumah. Yang paling aku tak sangka, bukan Afeef seorang. Tapi, mama dan ayah dia datang sekali tanya hal aku. Dah kira macam merisik jugaklah. Benda tu yang buat aku lagi sakit hati dengan Afeef ni. Dia buat ikut kepala dia je. Tak bincang langsung dengan aku. Sedih aku Jan.” Ada sedikit air jernih di tubir mata Iffat apabila dia mengenangkan nasib hidupnya selepas bernikah dengan Afeef nanti. Walaupun dia telah lama mengenali Afeef, tapi dia masih kurang yakin dengan tujuan sebenar Afeef ingin mengahwininya. Bukannya tiada wanita lain dalam muka bumi ni. Itu satu perkara yang masih membuatkannya tertanya-tanya.

“Sabarlah Fat. Ada hikmah semuanya ni. Apa yang berlaku mesti ada sebab yang Allah dah janjikan. Cuma kita sahaja yang tidak tahu. Berdoalah Fat supaya benda ni semua mendatangkan kebaikan pada masa depan kau nanti.” Nurjannah menenangkan Iffat yang kelihatan sugul apabila bercerita tentang masalah yang dihadapi. Betapa beratnya beban yang dipikul oleh sahabatnya yang seorang ni.

“Terima kasih Jan.” Lantas Iffat memeluk Nurjannah.

……………………………………………………………………………

Dari jauh lagi Iffat nampak kelibat Afeef melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan senyuman di bibir. “Suka lah tu!” bisik Iffat pada dirinya. Dia nampak juga ada seorang gadis di sebelah Afeef. Adik perempuannya. Afia Alliayana.

“Assalamualaikum. Pia pun ada sekali.” Sapa Iffat kepada dua beradik itu seraya menyambut huluran tangan Pia. Sempat lagi Iffat menjeling ke sekeliling café itu untuk memastikan tiada rakan-rakan sekuliah yang mengenalinya di situ.

“Waalaikumussalam”. Jawab dua beradik tu hampir serentak.

Iffat dapat melihat wajah ceria di wajah dua beradik itu. “Iffat, aku pergi beli air dulu. Pia, nak air apa?” tanya Afeef sambil bangun untuk ke kaunter untuk membeli air minuman. Dia tidak bertanya kepada Iffat kerana tahu air kegemaran gadis yang bakal menjadi isterinya itu.

“Pia nak air the-o laicilah abang!” manja lagak Afia menjawab pertanyaan satu-satunya abang yang dia miliki.

“Erk? Laici jugak.” Afeef menggeleng apabila adiknya juga turut meminati laici tapi berkolaborasi dengan air teh pula. Pelik sungguh dia terhadap dua gadis di hadapannya yang meminati buah laici. Iffat pun kadang-kadang memilih air teh-o bercampur laici. Tetapi tidak baginya yang lebih meminati minuman panas. Dan kalau air buah pun biasanya air fresh orange.

Sementara Afeef membeli minuman, Iffat sempat bertanya akan perihalnya dengan Afeef kepada Afia. “Pia,.. Pia tahu hal kami?” tanya Iffat.

“Tahu kak. Last week Pia balik rumah, mama yang cerita kat Pia. Kenapa kak?” Tanya Pia semula.

“Hmm.. Takda apalah. Akak ingat Pia tak tahu. Pia… Pia tak kisah ke kalau Akak jadi kakak ipar Pia?” Balas Iffat kepada gadis comel itu. Dia agak rapat juga dengan Afia semenjak Afia melangkah ke kampus itu. Disebabkan Iffat ada di situ juga, maka segala hal yang berkaitan dengan Afia, Iffat dahulu yang akan ambil tahu. Lagi pula, Afia masih baru di kampus itu.

“Kenapa pulak nak kisah. Lagi Pia suka adalah. Hehe..” Lantas tangan Afia menggenggam erat tangan Iffat yang berada di atas meja. Ingin menyalurkan sedikit semangat barangkali kerana dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh Iffat dan abangnya.

Sedikit tenang perasaan Iffat apabila dia diterima baik oleh adik kesayangan Afeef yang seorang ni. Tiba-tiba dia teringat pula akan penerimaan kakak dan seorang lagi adik perempuan Afeef, Afia Afwan dan Afia Akma. Mama dan ayah Afeef tidak menjadi masalah kepadanya kerana memang Iffat berkenal baik dengan dua orang tua tu. Malah sudah dianggap seperti ibubapanya sendiri. Yang meresahkannya sekarang ni penerimaan Kak Afwan dan Akma. Dia pernah berjumpa dengan keduanya, cuma tidak serapat hubungan dia dan Afia. Afia ini seorang yang manja lebih-lebih lagi dengan Afeef. Kalau Afwan, dia pernah juga duduk berbual dengan kakak sulung Afeef itu. Tetapi adik bongsunya yang bersekolah di asrama dan jarang dijumpai sahaja tidak tahu akan perihal penerimaan terhadap dirinya. Kedua-duanya masih menjadi persoalan dibenaknya.

Iffat yang hanya diam ditegur Afia. “Kak Hamani, akak okey ke tak? Macam tak sihat aja Pia tengok ni.” Dia risau melihat bakal kakak iparnya yang seorang itu. Dilihat dari tadi dahi Iffat asyik berkerut seakan-akan sedang memikirkan masalah negara sahaja lagaknya. Tersenyum Afia melihat gelagat Iffat yang dari tadi hanya termenung itu. Hamani? Ya, hanya Afia dan ahli keluarga Iffat sahaja yang gemar memanggilnya Hamani. Kata Afia, lebih lembut macam orangnya berbanding panggilan Fat yang digunakan oleh rakan-rakan yang mengenalinya.

“Eh, tak ada apa-apalah Pia. Akak sihat aja ni. Pia pulak yang risau ni kenapa. Bakal kakak ipar Pia ni kuat lagi tahu!” dihadiahkan senyuman manis kepada Afia bagi mengelakkan Afia dapat mengesan riak resah di hatinya memikirkan masalah yang bakal dihadapi.

‘Senyumlah kau kak. Pia tahu akak tengah susah hati.’ bisik hati Afia apabila melihat senyuman manis Iffat walaupun kelihatan kurang ikhlas. Dia tahu yang Iffat memang seorang gadis yang sukar untuk menghadiahkan senyumannya. Sangat mahal walaupun senyuman itu satu sedekah.

“Assalamualaikum. Hai! Rancak berbual.” Sapa Rafaal mengejut.

Mengucap besar Iffat di dalam hati melihat kehadiran Rafaal yang tidak tahu dari mana. Dia mula rasa serba salah apabila Rafaal dengan tanpa rasa bersalahnya duduk di kerusi kosong sebelah Iffat berhadapan dengan tempat duduk Afeef tadi. ‘Ahh,.. sudah.. mamat ni datang sini buat apa’ Keluh Iffat di dalam hati. Dari kejauhan dia nampak Afeef memandang ke arah mereka dengan pandangan yang menakutkan. Dia risau akan Rafaal mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahuinya. Cukuplah rakan-rakan yang rapat dengannya sahaja yang tahu.

“Waalaikumussalam. Abang Rafaal.” Jawab mesra Afia. Afia perasan riak wajah Iffat yang mula berubah. Sepantas itu juga dia melihat abangnya kembali ke meja yang mereka duduki.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 3”
  1. i is me says:

    2 dia..aha..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.