Novel : Biar aku jadi penunggu 30

8 December 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Thanks sebab sudi masak untuk aku hari ni” bisik Afeef mengejutkan Iffat yang sedang leka memcuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi.

“Astaghfirullahal’azim..boleh tak lain kali kalau nak tegur bagi salam dulu.” Tegur Iffat dengan tindakan Afeef.

“Ops..sorry sorry..lupa..” balas Afeef yang sudah tersenyum melihat Iffat yang terperanjat. Nasib baik tak terlepas pinggan yang sedang dipegangnya. Iffat menjeling.

“Kenapa ni?” tanya Iffat yang terasa hati dengan panggilan ‘aku’ yang digunakan Afeef. Tadi masa di meja makan, elok sahaja lelaki itu membahasakan nama seperti dia lakukan tadi.

“Err..nak cakap thanks la sebab sudi masak untuk aku. Sedap. Untung siapa kahwin dengan kau ni. Hehe..” puji Afeef.

“Hmm..yela tu..maknanya kau nak puji diri sendiri la eh..” balas Iffat malas. Tangannya ligat melakukan kerja. Afeef masih berdiri rapat di sisinya. Sikit pun tidak menjarakkan diri.

“Nak aku tolong ke?” ujar Afeef apabila melihat masih ada lagi yang belum dicuci.

“Takpalah. Aku boleh buat sendiri. Bukan banyak pun. Kau duduklah kat depan.” Kata Iffat yang mula tidak selesa apabila berduaan dengan Afeef. Bukan boleh menjangka tindakan Afeef. Pasti ada saja yang akan dilakukan oleh lelaki itu apabila berduaan. Sentuh tangan, Iffat tidak kisah lagi. Dia risaukan kalau tangan kasar itu merayap ke anggota badannya yang lain.

“Menghalau nampak..” balas Afeef seraya duduk bertenggek di tepi sinki. Wajah Iffat direnung lama. Perasaan kasih dan cintanya semakin membuak apabila merasai masakan dari air tangan Iffat. Tidak dia menyangka Iffat cekap dalam melakukan kerja dapur.

“Mana ada halau. Kau kat sini pun bukan buat apa.” Jawab Iffat yang semakin tidak selesa apabila Afeef merenung wajahnya. Segala yang dilakukan jadi serba tak kena.

“Ala..aku nak tolong kau jual mahal. Suka hati akulah nak duduk sini.” balas Afeef selamba. Iffat menjuihkan bibir comelnya tanda malas melayan.

“Err..Fat, lepas zohor ni kita gerak balik eh..” ujar Afeef dengan mata masih tepat melihat wajah Iffat. Iffat menegakkan kepalanya memandang Afeef.

“Awalnya..petang sikit pun okey apa..” balas Iffat sambil membilas pinggan mangkuk yang telah bersabun.

“Ala..aku nak beli kemeja yang kita tengok kat satu butik hari tu. Hari tu kan tak jadi beli..” terang Afeef.

“Ohh..tak jadi beli sebab ada orang jealous..” balas Iffat menyindir. Afeef terus turun dari tempat duduknya dan berdiri rapat di sisi Iffat.

“Apa Fat? Cuba ulang sekali lagi?” bisik Afeef rapat di telinga Iffat dengan senyuman di bibir penuh makna.

“Err..apa?” balas Iffat yang mula terasa berdebar apabila Afeef berdiri rapat di sisinya. Tangannya yang sedang memegang pinggan terakhir, diletakkan semula. Iffat cuba berlagak tenang.

“Tadi kau kata ada orang jealous. Siapa tu..” bisik Afeef lagi dengan nada yang sengaja dilembutkan.

“Err..entah..”balas Iffat perlahan. Dia tidak berani untuk menentang wajah Afeef ketika itu. Entah apa yang ingin Afeef lakukan kepadanya, dia sendiri tidak dapat nak agak.

Cup! Ciuman hangat singgah di pipi kiri Iffat. Terasa panas wajahnya menerima ciuman daripada Afeef.

“Mulut kau tu kan..kalau tak menyindir, tak boleh ke..” soal Afeef yang masih setia di sisi. “Tu baru warm-up Fat..” ugut Afeef apabila melihat Iffat diam membisu dan jelas kedua pipi mulus itu merona merah. “Lain kali kalau mulut tu buat lagi, aku ingat aku nak sekolahkan sikitlah Fat..” giat Afeef lagi. Rasa seperti tawanya hampir terburai saat itu apabila melihat wajah Iffat yang mula merah menahan malu. Iffat masih diam tak berkutik.

“Ha..ni kenapa pulak ni?” tegur Afia yang baru muncul di ruang dapur itu. Spontan Afeef mendaratkan tangan kanannya pula di pinggang Iffat. Iffat yang masih terpana dengan tindakan drastik Afeef tadi, spontan menolak lelaki itu agar menjarakkan dirinya. Afeef hanya tersengeh. ‘Ciss..malu aku. Nasib baik Pia tak nampak yang tadi tu.’ Marah Iffat dalam hati.

“Kenapa kak?” tanya Afia lagi tidak memahami apa yang berlaku dengan pasangan di hadapannya. Dalam kepalanya pula sudah memikirkan yang lain apabila melihat pasangan itu berdiri rapat sehingga tiada langsung ruang di antaranya.

“Err..entah abang Pia ni. Akak dah kata tak payah tolong, dia sibuk jugak nak tolong.” Dalih Iffat. Dia menggertap gigi apabila melihat Afeef hanya tersenyum lebar.

“Ye ke tolong. Ke abang buat benda lain..” soal Afia lagi penuh ragu apabila melihat Afeef yang mula ketawa kecil.

“Ala..Pia ni. Kalau abang buat kerja lain pun, dengan wife abanglah bukan dengan orang lain.” Balas Afeef selamba. Kalau dengan Afia, ada sahaja yang ingin dibahaskan. Afia menjuihkan bibir pada Afeef. Afeef sudah tergelak kemenangan berada di pihaknya. Iffat pula menghadiahkan jelingan kepada Afeef seraya menyambung semula mencuci pinggan yang terakhir itu.

“Eleh..Ada Pia kisah.” Balas Afia seraya menjelirkan lidahnya mengejek Afeef dan berlari ke ruang tengah rumah takut dikejar abangnya.

“Takpa..takpa..Pia bukan dapat lari mana pun. Nanti abang balas. Siaplah Pia.” Jerit Afeef apabila melihat Afia sudah menghilangkan diri. Dia kembali semula berdiri di sisi Iffat yang sedang mengelap pinggan mangkuk telah siap dicuci tadi.

“Macam budak-budak.” Iffat menggelengkan kepala melihat perangai dua beradik itu.

“Budak-budak takda, papa budak ada kat sini.” Balas Afeef selamba. Tangannya sekali lagi ingin mendarat di pinggang Iffat. Sengaja ingin mengusik wanita itu lagi tapi cepat Iffat menjarakkan diri.

“Feef, tangan kau sakit ke? kau jangan nak mengada-ngada boleh tak. Kalau Pia nampak tadi macam mana?” marah Iffat dengan suara tertahan takut didengari ahli keluarga lain.

“Ala..biarlah nampak..bukan aku buat dosa pun.” Jawab Afeef tidak bersalah. Dia mendekati Iffat yang berdiri di sisi peti sejuk.

“Aku jerit nanti..” ugut Iffat apabila Afeef sudah berdiri di hadapannya.

“Jeritlah” cabar Afeef. Sengaja dia merenung rapat wajah itu.

“Mamaa!!” jerit Iffat berani. Afeef di hadapannya terus berundur. Iffat sudah ketawa kecil melihat Afeef terkulat-kulat bila mama datang menghampiri. Dia nampak lelaki itu menggertap gigi.

“Kenapa ni?” soal Hajah Zubaidah yang kebetulan masuk ke dapur untuk membasuh botol susu Aqil.

“Err,.takda apa ma. Iffat ni, tadi dia kata nak balik awal. Tu yang panggil mama tu.” Afeef beralasan. Iffat dilihat tersengeh mengejeknya.

“Laa.. awal-awal lagi nak balik?” tanya Hajah Zubaidah lagi.

“Err..taklah ma. Afeef ni, tadi dia kata nak cari kemeja. Tu yang ajak balik awal.” Iffat menjeling Afeef apabila tidak pasal-pasal dia pula yang menjadi mangsa dari alasan ciptaan Afeef.

“Tu Aqil nak tidur dah tu.. petang sikitlah baru balik. Tunggu si kecik tu bangun nanti.” balas Hajah Zubaidah sambil tangannya membancuh susu di dalam botol.

“Err..kalau macam tu, kita orang keluar kejaplah ma,..kalau petang sangat nanti, takut jalan jem pulak.” Afeef memberi cadangan. ‘Yes! Ada peluang aku dating!’ ucap Afeef sendiri.

“Ha..ye la..” balas Hajah Zubaidah sambil berlalu. Iffat memandang Afeef geram. Pandai-pandai aja buat rancangan. Afeef tersenyum lebar.

………..

“Feef, kau boleh jalan jauh sikit tak? Tak rimas ke rapat-rapat macam ni?” rungut Iffat bila Afeef sudah buat perangai biasanya apabila berjalan bersama. Afeef dengan selamba menyambar tangan kanan Iffat dan digenggam erat tanpa menoleh ke wajah Iffat yang mula masam mencuka. Iffat tidak berkata apa. Risau pula sekiranya dibantah, ada pertengkaran pula antara dia dan Afeef di tempat awam begitu. Dia perasan ada mata-mata nakal yang memandang ke arah mereka berjalan beriringan begitu. Persis pasangan bahagia. Senyuman tidak lekang di bibir Afeef.

“Kau ni kenapa senyum sorang-sorang?” soal Iffat perlahan yang setia di sisi.

“Bahagia, kenalah senyum. Takkan nak masam muka macam orang tu..” peril Afeef. Tangan Iffat pantas mencubit pinggang Afeef. Geram.

“Cubitlah Fat. Banyak kali pun takpa. Aku lagi suka..” balas Afeef selamba. Makin erat dia menggenggam tangan Iffat. Iffat tak tahu mahu menjawab apa. Semakin dia tidak dapat jangka tindakan Afeef. Iffat hanya mengikut langkah lelaki itu dari satu butik ke satu butik. Cerewet pemilihan Afeef. Ada saja yang tidak berkenan. Akhirnya pergi ke butik yang dimasuki minggu lalu ketika terserempak dengan Rafaal. Afeef memilih lima helai kemeja dan semuanya berwarna putih. Cuma warna garisan halus di kemeja itu yang berbeza.

“Semua sama aja..” komen Iffat apabila tiap kali Afeef mencuba tiap satu kemeja yang telah dipilih.

“Ala..tak elok ke aku pakai?” tanya Afeef semula.

“Bukan tak elok. Kau ni dah banyak sangat baju warna putih. Carilah warna lain. Kan banyak lagi warna lain tu..” jawab Iffat sambil memerhati kemeja lain yang berada di dalam butik itu. Iffat mendapatkan beberapa kemeja lain sementara Afeef menukar baju.

“Afeef, bukak kejap. Cuba try colour ni.” Ujar Iffat mengetuk pintu bilik persalinan untuk menghulurkan baju kemeja warna hitam berjalur putih halus.. Sengaja dia memilih warna hitam kegemarannya. Dia ingin melihat lelaki itu memakai warna kegemarannya pula.

Afeef membuka pintu bilik persalinan tanpa memakai baju. Iffat yang terpana terus mengalihkan wajah. Malu melihat Afeef yang tidak berbaju itu. Dia menghulurkan kemeja itu kepada Afeef. Afeef pula dengan selambanya menyarung baju itu ke badan tanpa menutup pintu. Afeef sudah tersenyum melihat Iffat yang memalingkan wajah dari melihatnya.

“Iffat,..” panggil Afeef apabila kemeja itu siap tersarung di badannya.

“Kau ni tak reti tutup pintu kenapa? Macamlah badan tu cantik sangat.” Omel Iffat yang masih tidak memandang ke arah Afeef.

“Fat.. pandanglah sini.” Panggil Afeef lembut.

“Mengadalah kau. Cepatlah pakai baju tu.” Rungut Iffat.

“Kau pandanglah sini dulu..” pinta Afeef seraya menarik lengan Iffat agar memandangnya. Iffat menutupkan matanya apabila Afeef menarik lengannya agar berhadapan.

“Bukaklah mata tu Fat..” ucap Afeef lembut. Iffat membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat Afeef sudah mentertawakannya. Kebas dirasakan wajahnya. ‘Saja je nak kenakan aku mamat ni’ rungut hatinya.

“Kau saja je pilih warna favourite kau kan..” tutur Afeef sambil memusing-musingkan badannya di hadapan cermin besar di dalam bilik persalinan itu.

“Eh..mana ada. Aku tengok macam cantik aja baju ni. Kalau kau tak suka, takpalah. Aku tak paksa pun suruh kau beli.” Kata Iffat seperti berjauh hati. Dalam hatinya sudah memuji ketampanan Afeef memakai baju pilihannya. Cuma tinggal di lengkapkan dengan tali leher sahaja.

“Eleh. Macamlah aku tak tahu..” balas Afeef selamba. Dia masih sibuk melihat pantulan bayangnya di hadapan cermin besar itu. Dia sendiri rasa kagum dengan pilihan Iffat. Tiba-tiba dirasakan kemeja itu sesuai dengan bentuk tubuhnya yang tinggi lampai. Sebelum ini, belum pernah dia menggunakan kemeja selain warna putih.

“Nah ambiklah ni semua. Kau trylah mana yang okey. Kalau kau tak suka, tak payah beli.” Iffat menghulurkan lagi dua helai kemeja berwarna ungu lembut dan biru laut yang telah dipilih tadi. Dia berlalu ke tempat duduk yang disediakan dalam butik itu. Terasa hati apabila Afeef seperti tidak menyukai warna pilihannya.

Afeef menyambut huluran dua kemeja itu. Dia tersenyum apabila melihat wajah Iffat yang seakan merajuk kerana tidak bersetuju dengan kemeja yang telah dipilih. ‘Merajuk pulak bini aku ni.’ Desis Afeef apabila melihat Iffat sudah duduk jauh dari bilik persalinan itu. Tanpa menunggu lama, Afeef menukar semula pakaiannya dan bergerak ke kaunter untuk membayar ke semua kemeja yang dipilih Iffat dan dua lagi pilihannya sendiri.

“Fat, jom.” Panggil Afeef sambil menarik tangan Iffat agar bangun tetapi ditepis perlahan Iffat. “Lepas ni teman aku cari tie pulak eh.” Kata Afeef lagi sambil melihat wajah Iffat yang tidak berperasaan. Wanita itu hanya menurut sahaja langkah Afeef. Iffat yang masih melayan perasaanya, terkejut apabila melanggar badan Afeef yang berhenti dengan tiba-tiba. Dia yang sengaja tidak mahu jalan beriringan dengan Afeef, tidak perasan apabila lelaki itu berhenti dengan tiba-tiba dihadapannya. Dia tadi sibuk memandang ke sekitar pusat membeli-belah itu melihat ragam manusia.

“Bila pulak ada traffic light dalam shopping complex ni?” marah Iffat apabila melihat Afeef ketawa kecil apabila badannya melekat di belakang badan lelaki itu. Nasib baik juga Afeef cepat menyambar tangan Iffat. Jika tidak, pasti wanita itu sudah jatuh terduduk.

“Ha..tu la. Jalan tu lain kali pandang depan. Jangan mata tu pandang sana, pandang sini.” Kata Afeef dalam sisa tawanya. Iffat menjeling.

“Jeling..jelinglah.. Allah bagi mata tu bukan untuk menjeling suami ni.” Kata Afeef lagi sengaja mengingatkan.

Iffat hanya diam tidak membalas kerana dia sedar akan kesalahan yang satu itu. Kalau Afeef sudah memulakan tazkirahnya, memang dia akan kalah. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan hukum hakam agama.

“Sorry..” ucap Iffat perlahan sambil menarik semula tangannya dari pegangan Afeef. “Kau tu yang berhenti tiba-tiba kenapa? Saja nak kenakan aku ya?” Serkap Iffat tak puas hati.

“Takda maknanya aku nak kenakan kau. Kalau nak kenakan, hal kecik macam ni tak adventure lah.” Balas Afeef selamba dengan pandangan matanya di suatu sudut.

“Erk..banyaklah kau punya adventure.” Jawab Iffat sambil matanya juga turut sama mengikut hala pandangan mata Afeef.

“Kau tak pernah tengok Abang Luth dengan Kak Afwan ke?” kata Iffat selamba. Dia melihat Luthfi dan Afwan beriringan berpegang tangan di dalam sebuah kedai cenderamata.

“Amboi Kak Afwan ni,.macam laki bini dah aku tengok. Aku pun tak berkepit macam tu.” Omel Afeef apabila melihat pasangan bahagia itu leka membelek salah satu barang di kedai itu.

Iffat di sisi terasa tersindir dengan kata-kata Afeef. Dia tahu mereka tidak seperti pasangan yang berkahwin lain. Mereka sentiasa dingin. Baru-baru ini sahaja ada tanda-tanda untuk berbaik. Panggilan yang ditukar pagi tadi, masih terkesan di hatinya apabila Afeef menganggap dia hanya berpura-pura di hadapan keluarga mertuanya. Dia terus berjalan meninggalkan Afeef yang masih diam memerhati pasangan itu. Padanya, tiada apa yang dipelikkan dengan melihat Luthfi dan Afwan berpegang tangan. Dia pernah terserempak dengan pasangan itu berpegangan tangan sebelum ini.

“Iffat! Tunggulah. Lajunya jalan.” Panggil Afeef dibelakang yang terkejar-kejar untuk menyaingi Iffat yang sudah jauh di hadapan. Langsung Iffat tidak menoleh.

“Kau ni takkan pasal kemeja tadi pun nak merajuk.” Ujar Afeef yang sudah berjalan seiring dengannya.

“Takda maknanya pasal kemeja nak merajuk.” Balas Iffat malas.

“Dah tu. Yang muka kau masam ni kenapa?” tanya Afeef tak faham.

“Mana ada apa-apa.” Balas Iffat dingin. Afeef tiba-tiba menarik tangan Iffat dan mengajaknya berhenti dan duduk di kerusi rehat yang tersedia.

“Kau kenapa sebenarnya ni? Nak mengamuk je tak tentu pasal. Takkan hal kecik pun kau nak merajuk sakan. Kalau dengan aku je, muka kau tu tak pernah nak senyum kan. Ingat Fat, aku ni suami kau. Aku penatlah Fat asyik tengok muka masam kau ni.” Kata Afeef meluah rasa tidak puas hatinya.

Iffat yang mendengar mula rasa sayu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Terutamanya ayat yang terakhir. Lelaki itu sudah penat melihat dia bermasam muka di hadapannya. Rasa pedih matanya tiba-tiba tapi ditahan kuat agar lelaki itu tidak dapat mengesan riak wajahnya yang mula berubah mendung. Cukup terasa dengan apa yang dikatakan. ‘Dah penat kau tengok muka masam aku ni Feef. Tak sampai seminggu kau duduk dengan aku, kau dah rasa penat. Bertahan ke hubungan kita ni Feef? Aku rasa macam aku tak layak untuk berdampingan dengan kau.’ Ucap Iffat sendiri dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya begitu sensitive sejak kepulangan Afeef. Ada saja kata-kata lelaki itu cepat mengguris hatinya walaupun kadang-kadang hanya gurauan.

“Hmm..” Hanya keluhan berat yang keluar dari mulut Iffat. Dia bangun semula berjalan meninggalkan Afeef sendirian. Afeef berjalan mengekori Iffat.

“Fat..” panggil Afeef perlahan yang sudah berjalan di sisinya.

“Maafkan aku kalau aku tak dapat jadi isteri yang terbaik, yang tak ikut kata-kata kau. Ampunkan semua dosa-dosa aku sebab selalu kasar dengan kau tak macam isteri orang lain. Aku rasa aku macam tak layak jadi isteri kau Feef.” Balas Iffat dengan suara lirih. Matanya tidak sekalipun menoleh ke arah Afeef. Dia risau andai mata itu tidak dapat menahan empangan air matanya yang bila-bila sahaja boleh pecah. Mereka berjalan terus menuju ke tempat letak kereta.

“Kenapa sampai ke situ pulak ni..” kata Afeef perlahan tidak memahami. Afeef di sisi menoleh ke wajah muram itu. Dia nampak Iffat cuba menyeka air matanya daripada melimpah keluar. ‘Dia menangis ke? Aku ada salah cakap ke tadi..’ desis hati Afeef. Iffat hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah mertuanya untuk menjemput Afeef.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 30”
  1. cikkucikmu says:

    arsha.cpt smbg ye..x sabo nk tgk diorg bebaik..

  2. azie says:

    huhuhu sebaknya…

  3. rieda says:

    la…lain lak jadinya!

  4. intan says:

    : wahh . best . jalan cerite nye punn best :)

    *nak blog penulis :)

  5. Nurul Hidayah says:

    Ada blog x..??

  6. roslina says:

    best cite niiiii, baca kat blob penulis

  7. fie says:

    bestt…best..
    blog penulis ape yerrr???

  8. arsha says:

    lifesar.blogspot.com

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.