Novel : Biar aku jadi penunggu 31

21 December 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

bab 31

Selepas menjemput Aqil di rumah Haji Ramlee dan Hajah Zubaidah, Afeef dan Iffat terus pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan itu tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut keduanya. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali terdengar suara Aqil yang leka bermain dengan robot transformers pemberian Afia.

Afeef sesekali menoleh ke wajah Iffat yang memandang luar tingkap. Dalam kepalanya diterjah dengan pelbagai soalan memikirkan hal Iffat yang tiba-tiba berubah angin itu. Sewaktu sampai di rumah mertuanya tadi, mulut wanita itu sibuk berbual itu ini dengan keluarganya. Tapi apabila dia bertanya sepatah, sepatah juga yang dijawab Iffat. ‘Ya Allah ya tuhanku, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang kau beri ini Ya Allah. Kau berilahku ketabahan hati untuk menyelesaikan apa jua masalah dengan isteriku ini dengan tenang ya Allah.’Doa Afeef dalam hati.

“Sayang..mummy nak solat, duduk dengan papa dulu okey. Lepas tu mummy nak masak.” Ujar Iffat kepada si kecil yang masih tidak memahami apa-apa itu ketika turun dari kereta. Aqil dibiar berjalan sendiri ke arah Afeef yang sedang mengeluarkan barang-barang Aqil dari tempat duduk belakang. Kata-kata itu sebenarnya dituju khas kepada Afeef. Iffat terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mahu membersihkan diri dan bersolat dahulu sementara Afeef menjaga Aqil kerana pastinya lelaki itu juga mahu melakukan perkara yang sama.

Setengah jam kemudian, Iffat turun dengan wajah yang sedikit segar dan santai menggunakan bottom track putih senada dengan warna tudung dan t-shirt hitam lengan pendek. Itulah kali pertama dia memakai t-shirt lengan pendek di hadapan Afeef. Selepas solat tadi, hatinya sedikit tenang berbanding tadi. Dengan tenang juga Iffat dia membuat keputusan untuk memohon ampun kepada Afeef. Walaupun berkali-kali dia memohon ketenangan hati, tetapi rasa tenang itu tidak pernah hadir malah semakin menggigit hatinya. Dirasakan, itulah perkara yang harus dilakukan sejak kepulangan lelaki itu beberapa bulan lalu. Kerana menongkat ego, segalanya semakin berantakan. Dia ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada Afeef. Dia akan mulakannya hari ini kerana inginkan ketenangan hati yang sudah lama tidak dia miliki. Itu tekadnya.

Afeef yang duduk santai menonton tv, pantas menoleh saat hidungnya terbau wangian daripada Iffat yang baru menuruni tangga. Aqil pula masih leka dengan robot di tangannya.

“Err.. nak solat pergilah, aku boleh jaga Aqil. Err..Feef, malam ni kau nak makan apa? Aku boleh masakkan.” Tanya Iffat sopan untuk membuang rasa debar di hati apabila mata Afeef tajam menikam wajahnya. Iffat menggariskan sedikit senyuman.

“Err..apa-apa ajalah Fat. Aku makan je.” Balas Afeef dalam debaran yang sama. Ditambah pula dengan bau wangi menjentik debar di hatinya apabila melihat wajah segar itu.

Tanpa menunggu lama, Afeef bingkas naik ke bilik untuk membersihkan diri. Sampai sahaja di bilik, sudah tersedia tuala, dan pakaian Afeef di letakkan di birai katil. Afeef tersenyum. Siapa lagi kalau bukan Iffat yang sediakan. “Alhamdulillah..” ucapnya perlahan. Barangkali angin wanita itu sudah beransur pulih selepas bersolat tadi.

“Afeef, kau tolong mandikan Aqil boleh? Aku tengah masak sayur goreng tu..” tegur Iffat apabila mendengar suara Afeef melayan Aqil bermain di ruang tamu. Lelaki itu telah siap mandi dan bersolat apabila melihatnya santai memakai kain pelekat dan baju yang disediakan Iffat tadi. Iffat mengukir senyum.

“Okey” balas Afeef sambil membalas senyuman Iffat. ‘tanda-tanda baik ni. Dia dah boleh senyum ni’ bisik hatinya. Iffat kembali semula ke dapur.

“Kat mana nak tidur malam ni eh?” Iffat bermonolog ketika tangannya ligat menyusun atur lauk-pauk yang siap dimasak dan pinggan di atas meja. Aqil telah ditidurkan selepas maghrib tadi. Lena di dalam buaian.

“Fat..kau cakap apa?” tegur Afeef yang baru turun dari tangga.

“Err..takda apa. Makan?” ajak Iffat seraya menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Terkejut dia dengan teguran Afeef yang tiba-tiba.

Afeef duduk di kepala meja dengan mata yang masih melihat gerak-geri Iffat yang serba tak kena di hadapannya. Dia sendiri mengerutkan dahi melihat Iffat begitu. ‘Entah apa yang dia fikir sampai kelam-kabut macam ni’. Omel hatinya.

“Fat..kau okey ke tak ni?” tanya Afeef apabila melihat Iffat gelisah di tempat duduknya.

“Err.. okey..” dalih Iffat. Dia mencapai pula botol air mineral dan menuang ke dalam gelas di hadapan Afeef. Sudah jadi kebiasaan lelaki itu lebih gemar minum air kosong ketika makan malam. Selalu mengelakkan dari mengambil minuman manis ketika makan.

“Fat..err..aku rasa..hmm.. kita makanlah dulu. Nanti kita bincang.” Ujar Afeef yang tidak jadi untuk bertanya Iffat akan perubahan perangainya satu hari itu dan rasanya masih banyak lagi perkara yang harus dibincangkan dengan Iffat dari hati ke hati. Afeef menadah tangan membaca doa makan diikuti Iffat.

Masing-masing melayan perasan sendiri. Keduanya tidak bersuara. Hanya sesekali sahaja bunyi sudu lauk yang berlaga dengan mangkuk ketika Afeef menambah lauk masuk ke pinggannya. Ringkas masakan Iffat malam itu. Sayur campur goreng, sambal tumis ikan bilis dan ikan goreng. Ikutkan hati Iffat, dia tidak mahu memasak sambal tumis ikan bilis itu kerana bukan kegemarannya makan makanan pedas. Disebabkan teringatkan lelaki itu yang tidak boleh tiada masakan pedas dalam makanannya, dia buatkan juga demi Afeef walaupun lelaki itu tidak meminta. Sungguh berselera Afeef makan malam itu.

“Feef.. kau biar betul ni. Sampai merah nasi kau tu dengan sambal.” Tegur Iffat apabila melihat Afeef yang dengan selamba menyuap nasi itu ke mulut tanpa terasa pedas atau sebagainya.

“Betullah ni. Sedaplah. Thanks Fat.” ucap Afeef ikhlas. Iffat hanya tersenyum kecil mendengar pujian dari mulut Afeef. Kembang kuncup hatinya mendengar pujian.

Selesai makan, Iffat pergi menunaikan solat Isya’ manakala Afeef santai di ruang tamu. Iffat mendapatkan Afeef yang leka menonton. Entah apa yang menariknya filem ‘2fast 2Furious’ walaupun sudah berulangkali disiarkan. Iffat duduk di kerusi yang berhampiran dengan buaian Aqil. Dihayun buai itu perlahan sambil matanya memerhati Afeef. Tiba-tiba mata mereka bersatu apabila mata Afeef juga memandangnya. Timbul lagi debaran di hati keduanya. Cepat Iffat melarikan pandangan.

“Fat..” panggil Afeef perlahan seraya memberi ruang di solfa yang didudukinya agar Iffat duduk di sisinya. Iffat hanya menurut.

‘Tenanglah wahai hati.’ Ucap Iffat dalam hati.

Iffat hanya mendiamkan diri menunggu butir bicara Afeef. Matanya dihalakan ke skrin tv.

“Iffat..aku rasa kita tak habis bincang lagi masalah kita ni.” Tutur Afeef perlahan. Dia ingin mengatahui semua rahsia hati wanita di sisinya itu. Afeef merapatkan duduknya ke sisi Iffat agar dia boleh jelas melihat keihlasan di wajah itu.

Iffat masih diam. Tidak tahu untuk bereaksi apa kerana rasa bersalah di dalam dirinya begitu menggunung tinggi memandangkan setiap layanan yang Afeef terima selama ini tidak seperti selayaknya seorang suami. Itu kesalahannya yang paling besar waktu itu. Dia sedar, memohon taubat kepada Allah tidak akan sempurna andai dia tidak meminta ampun kepada orang yang sepatutnya terlebih dahulu. Orang itu sudah pastinya adalah Afeef. Suami yang menikahinya hampir empat tahun lalu.

“Iffat..” Afeef cuba menarik tangan Iffat dan wanita itu tidak pula menolak.

“Feef, aku mintak maaf apa yang dah jadi hari ni dan sepanjang aku jadi isteri kau. Aku berdosa dengan kau Feef… Aku tak ikut cakap kau..melawan cakap kau.. Aku gagal untuk jadi isteri yang baik pada kau. Aku..” laju Iffat menuturkan dengan suara yang lirih.

Afeef menggenggam erat tangan Iffat. Dia dapat rasakan kedinginan jemari halus itu. Matanya masih menentang wajah yang menunduk di hadapannya itu. Dia menyentuh wajah Iffat agar wanita itu menatap wajahnya. Dia nampak mata itu mula berkaca. Sakit hatinya melihat wajah yang suram itu. Dielus lembut pipi Iffat.

“Iffat..aku tak pernah ambik hati Fat..kesudian untuk kau jadi isteri aku, tu dah cukup baik Fat. Kau beri aku peluang kedua, itu lagi bermakna pada aku Fat.. Memang selayaknya aku terima layanan kau macam tu. Aku tak kisah Fat cukup kau tetap setia kat sisi aku. Aku dah bersyukur sangat. Aku dah ampunkan apa jua yang kau buat kat aku selama ni Fat. Apa yang kau dah buat selama ini, tak setimpal dengan apa yang aku dah buat kat kau dulu..” balas Afeef tenang. Dia melihat air jernih mula menuruni perlahan di pipi yang cengkung itu. Afeef menyeka dengan jemari kasarnya. Terasa ingin dipeluk erat tubuh yang kurus melidi itu ke dalam dakapannya. Tapi ditahan takut Iffat menuduhnya ingin mengambil kesempatan pula.

“Afeef..” ucap Iffat perlahan. Dia cuba berpaling tapi ditahan Afeef. Iffat tidak dapat menahan tangisnya apabila melihat Afeef yang begitu tenang memaafkan semua kesalahannya. Dia mengalihkan pandangan matanya dari bertemu pandang dengan mata Afeef. Di rendahkan pandangan matanya dengan melihat tangannya yang erat dalam genggaman tangan Afeef walaupun wajahnya tidak sedikit pun berganjak berhadapan dengan wajah lelaki itu.

“Fat, lepas ni kita mulakan semula. Aku nak kita jadi macam pasangan lain Fat. Aku tak nak lagi kita macam ni Fat. Kalau ada rasa tak puas hati, cakap je. Jangan diam. Ada masalah kita boleh bawak bincang. Jangan masam muka. Sakit hati aku tiap kali tengok. Tiap kali tu jugaklah aku rasa macam kau tak pernah pun nak maafkan aku..tak bagi pun peluang kat aku.. Iya..aku mengaku yang aku ni memang tak sempurna Fat.. Aku dah lukakan hati kau sebelum ni… Agaknya aku ni memang tak layak ke Fat jadi suami kau..” sambung Afeef lagi dengan suara lirih. Dia ingin menguji sejauh mana wanita itu menerimanya selama ini. Dileraikan pegangan tangannya dan berpaling semula ke skrin tv.

Semakin mencurah-curah air mata Iffat mendengar kata-kata Afeef. Dia kini tidak berasa malu lagi untuk menangis di hadapan lelaki itu. Biarlah segalanya diselesaikan pada malam itu juga. Dia sendiri tidak mahu sentiasa rasa tersindir dengan apa yang Afeef ucapkan walaupun ianya tidak dituju khas kepada dirinya. Dia inginkan ketenangan hati dan sentiasa diberkati. Perubahan harus dilakukan dan ianya mesti dimulakan dari pihaknya. Dia tahu lelaki itu sering berusaha untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi dia yang sentiasa dingin.

“Afeef…Aku tak pernah mintak lebih untuk jadi suami aku Feef…cukup dia boleh bimbing aku, jaga aku Feef.. bukan yang akan lukakan hati aku Feef..bukan.. Aku redha Allah jadikan kau suami aku Feef.. Cuma aku je yang gagal redha dengan apa yang kau pernah buat kat aku dulu Feef.. Aku tak belajar pun untuk lupakan semua yang pernah jadi.. Aku tak kuat Feef…,untuk semua ni Feef…maafkan aku..” Balas Iffat dalam tangisnya. Tanpa dipaksa tangan Afeef diraih dan dikucup memohon kemaafan.

Afeef yang terkejut dengan tindakan Iffat, mendiamkan diri. Sayu hatinya mendengar apa yang diucapkan. Dia tahu wanita itu banyak memendam rasa kerana dirinya. Ditatap wajah sendu yang sudah lencun dengan air mata dihadapannya itu.

“Afeef..maafkan aku..aku perlukan kau untuk aku lupakan semua ni Feef.. I’m sorry..really really sorry..” ucap Iffat lagi tak tertahan.

Afeef yang merasakan tidak sanggup lagi melihat wajah mulus itu berair mata, terus meraih Iffat di dalam pelukan. Dia juga turut mengalirkan air mata mendengar rayuan Iffat agar memaafkan dirinya. Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah andai itu adalah permualaan baru bagi kehidupannya bersama Iffat. Mungkin perbincangannya yang lalu tidak membuahkan hasil, biarlah kali ini adalah penamatnya. Doanya saban hari agar dilembutkan hati isterinya itu agar menerima dirinya, termakbul jua.

Iffat yang sedikit terkejut dengan tindakan drastik Afeef, mendiamkan diri. Tidak membalas pelukan Afeef, tetapi dia selesa di dalam dakapan itu kerana merasakan dirinya selamat dilindungi Afeef. Dia jelas dapat mendengar degup jantung Afeef yang melekap di telinganya. Seakan-akan seirama dengan apa yang dirasakan saat itu. Dirasakan Afeef mengucup kepalanya yang berlapik tudung itu.

“Iffat.. I love you so much Fat..really love you..” bisik Afeef lembut tanpa dipaksa. Tidak tahu bagaimana lagi dia ingin ucapkan untuk menggambarkan betapa dia amat menyayangi Iffat. Dia mengemaskan lagi pelukan agar Iffat mengerti dia juga amat memerlukannya untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Iffat terpana mendengar kata-kata keramat yang dibisik rapat ke telinganya. Spontan Iffat mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah lelaki itu. Merenung dalam ke mata Afeef untuk mencari kebenaran seperti yang diungkap.

“Afeef..” tutur Iffat perlahan. Iffat meleraikan pelukan. Debar lain pula yang dirasakan apabila Afeef mengucap cinta kepadanya. Seakan tidak percaya apa yang didengari. Dihatinya pula dirasakan terlalu indah perasaan apabila mendengar pengakuan Afeef itu. Panahan lembut mata Afeef yang menikan tajam ke matanya terus meresap jauh ke dalam hati sehingga terasa ketenangan yang amat berbeza sekali.

“I love you so much sayang,..terima kasih sebab sudi jadi isteri aku selama ni..” ucap Afeef lagi seraya meraih semula Iffat ke dalam dakapan. Dia tahu Iffat turut merasakan yang sama seperti yang dirasakan apabila mata itu mengalirkan lagi air mata merenungnya lembut walaupun Iffat tidak membalas ungkapannya tadi.

Tanpa kata-kata Iffat tenang dalam dakapan Afeef. ‘Ya Allah, ya tuhanku, Kau peliharalah hubunganku dan suami Ya Allah. Aku bersyukur kepadaMu atas segala kurniaan yang telah Kau beri. Aku bersyukur ya Allah. Jadikanlah ini permulaan untuk yang terbaik untuk aku melayari perkahwinan ini Ya Allah..’niat Iffat di dalam hati. Tidak mampu terungkap dengan kata-kata atas apa yang telah berlaku. Lama mereka dalam keadaan sebegitu sehingga terdengar rengekkan kecil daripada Aqil di dalam buaian. Iffat segera meleraikan pelukan dan merasakan baru tersedar kerana terlalu leka melayan perasaan bersama Afeef. Terasa kebas mukanya tiba-tiba apabila terpandang wajah Afeef yang tersenyum bahagia memandangnya.

“Err.. Afeef..” kelu lidahnya tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada Afeef apabila melihat wajah lelaki itu selamba kembali menonton tv ketika dia menghayun semula buaian Aqil. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka tadi. Afeef berpaling ke arahnya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Kenapa Fat, ada apa-apa nak cakap ke?” tanya Afeef lembut.

“Err..jom bawak Aqil naik tidur kat atas. Dah lewat dah ni. Esok pun kau mula kerja kan..” Balas Iffat dengan suara yang cuba ditenangkan. Dikilas jam di dinding hampir pukul 11 malam.

“Emm..ye la..” Afeef bangun mematikan tv dan menghampiri Iffat di sisi buaian untuk mengangkat Aqil yang masih lena.

Baru sahaja dia membongkokkan badan untuk menyentuh Aqil, badannya ditegakkan semula berdiri di sebelah Iffat. “Iffat..tukarlah panggilan yang selayaknya bagi seorang suami. Biar hati ini tenang mendengarnya..” bisik Afeef perlahan ke telinga Iffat.

Merah padam wajah mulus itu memandang Afeef yang sudah tersenyum lebar. “Err..nak panggil apa..” tanya Iffat lurus.

“Panggillah apa-apa asalkan jangan Afeef atau ber’aku’‘kau”. Sakit hati ni bila tiap kali dengar.” kata Afeef selamba yang sudah mencampung Aqil di dalam pelukan. Dia terus melangkah ke tangga untuk nak ke bilik. Baru sahaja kakinya sampai di anak tangga ketiga, dia menoleh ke arah Iffat yang mesih berdiri di tepi buaian.

‘Erk! Argh..! sudah..apa pulak aku nak panggil dia ni..’ desis hatinya. Iffat masih tercari-cari perkataan yang sesuai untuk memanggil Afeef.

“Iffat Hamani sayang…” panggil Afeef lembut. Dalam hatinya sudah ketawa riang melihat wajah merah padam Iffat. Entah apa yang dimalukan. Dia sendiri berdebar-debar tiap kali menyebut perkataan sayang kepada Iffat. ‘Kau tak tahu apa yang aku rasa bila nak sebut kata-kata keramat tadi.’ Rasa nak tercabut jantungnya. Tapi demi wanita yang sudah terpahat dalam hatinya itu, dia gagahkan juga agar Iffat terus kekal menjadi miliknya walaupun ujian datang melanda.

Sekali lagi Iffat merasakan darah menyerbu ke mukanya apabila tidak sedar Afeef berdiri menunggunya di tangga untuk naik bersama. “Err..iya..” jawab Iffat tergagap. Dia mendapatkan Afeef di tangga dan mengekorinya sehingga ke bilik mereka. Aqil diletakkan di katil kayu yang telah di sediakan Afeef bersebelahan katil mereka. Iffat berhenti di tepi pintu bilik. Tidak berani untuk merapati Afeef. Dia risau andai Afeef menuntut haknya yang satu itu.

“Iffat, kenapa berdiri kat situ..” tegur Afeef setelah menyelimutkan si kecil yang lena itu.

“Err..Feef..” Iffat masih dalam gagapnya. Afeef mendapatkannya dan menutup pintu bilik yang masih terdedah itu.

“Kenapa ni? Tak sihat ke?” tanya Afeef perihatin apabila melihat wajah Iffat yang mula memucat. ‘Aku tak makan oranglah Fat. Takkan aku nak paksa kau bagi hak aku tu Fat..’ bisik hatinya. Dia tersenyum melihat Iffat yang diam membalas pandangan matanya. Afeef menarik tangan Iffat ke katil. Sejuk dan sedikit menggigil tangan halus itu.

“Iffat…” panggil Afeef lembut seraya mendudukkan Iffat ke katil. Dielus wajah itu lembut. Rasa debarnya bertandang semula apabila terhidu wangian tubuh kurus itu. Akalnya nakal ingin mengusik wanita itu. Pastinya, salah satu agendanya adalah ingin melihat wanita itu tidak bertudung di hadapannya. Dia tidak mahu lagi ada batas-batas antara mereka.

Iffat diam menunduk. ‘Feef, aku tak sedia..!!!’ jerit Iffat dalam hati tapi tidak terluah di bibirnya. Dia masih belum bersedia untuk berhubungan dengan lebih jauh lagi bersama Afeef. Dia dapat merasakan tangan kasar Afeef mengelus lembut bahunya.

“Iffat..cantik tudung ni..” kata Afeef masih dalam nada yang sama. Jari kasarnya mengelus lembut semula wajah Iffat. ‘Ya Allah..sabarkanlah hatiku ini’ ucap Afeef dalam hati apabila dirasakan debar hatinya semakin tak tertanggung berada rapat dengan Iffat.

“Iffat..” panggil Afeef lagi dengan suara yang sengaja dilembutkan. Tangannya sudah menyentuh hujung tudung kepala Iffat lantas menarik perlahan sehingga tudung itu terlucut dari kepala Iffat.

“Afeef..” Iffat terkejut dengan tindakan Afeef yang membuka tudung kepalanya.

“Kan cantik rambut ni.. kenapa nak sorok..” balas Afeef seraya menarik sepit rambut Iffat sehingga rambut yang elok disanggul terurai. Dielus lembut rambut panjang yang hampir mencecah pinggang itu. Debar di dadanya semakin tidak terkawal dirasakan.

“Afeef..kenapa kau..”

Belum sempat Iffat menghabiskan kata-katanya, melekat satu kucupan hangat di pipi kanannya. Kebas lagi dirasakan di wajahnya.

“Lain kali, dengarlah arahan. Kalau tak, itulah akibatnya..” balas Afeef selamba seraya membaringkan badan untuk menghilangkan rasa debar di dadanya. Risau sekiranya dia terus menerus mengelus lembut wajah di sisinya itu, dia gagal mengawal rasa hatinya itu nanti.

“Iffat lain kali, please..jangan pakai tudung bila kita bersama. Abang tak nak lagi ada rahsia dan batas antara kita lepas ni.” Tutur Afeef tenang dengan matanya dihala ke syiling. Iffat di sisi diam tak berkutik. Masih merah wajah yang menunduk itu dilihat. Maha hebat debar di hatinya pula apabila dia yang menukar panggilan dirinya sendiri. Memang itu perkataan yang teringin sekali dia dengar dari mulut Iffat. Afeef tersenyum sendiri.

‘Abang! Masak aku..’ omel Iffat dalam hati. Perkataan itulah yang kalau boleh ingin dielakkan untuk memanggil Afeef. Malu untuk berhadapan dengan Afeef saat itu.

Afeef duduk semula apabila melihat Iffat hanya diam membatu. ‘Haish minah ni. Malu sangat ke? Bukan ada orang lain pun dalam bilik ni.’ Omel Afeef sendiri. Sekali lagi dia mengelus rambut hitam yang mengurai itu. ‘Ahh..tergugat jugak iman aku ni nanti!’ desis hatinya lagi.

“Iffat, kenapa lagi ni..jomlah tidur. Dah lewat ni. Esok Iffat pun kerja kan.” Pujuk Afeef lembut. “Iffat, jangalah takut. Abang takkan tuntut hak abang sampai Iffat sendiri bersedia.” Kata Afeef lagi seraya memberi ruang agar Iffat berbaring di sisinya. “Sini..” panggil Afeef lagi sambil menepuk bantal di sebelah kirinya.

“Afeef..aku..” tutur Iffat yang masih belum menukar kata panggilan itu.

“Takpalah Iffat. Perlahan-lahanlah. Abang takkan paksa. Dah tu, jom tidur sini. Esok nak bangun awal hantar Aqil lagi.” Pujuk Afeef lagi beralah dengan Iffat yang masih tidak menukar kata panggilannya.

Iffat sedikit lega dengan kata-kata Afeef. Tapi debar di dadanya masih juga tidak surut apabila membayangkan lelaki itu akan tidur di sebelahnya. Risaunya bukan kepalang. Jika sebelum ini kerana ada Aqil di tengah-tengah. Tapi malam ini, segalanya akan berubah. Dalam teragak-agak juga, Iffat membaringkan tubuhnya di sisi Afeef. Walaupun Afeef berjanji tidak akan menuntut haknya, tetapi dia masih ragu dengan kata-kata itu. Dalam bilik suram yang hanya diterangi lampu tidur, Iffat nampak Afeef masih dalam posisi yang tadi. Nampak mata itu sudah terpejam. ‘Feef, maafkan aku..’ ucap Iffat dalam hati kerana rasa bersalah dengan Afeef sebagai seorang isteri. Iffat berbaring mengadap siling. Dia tidak mahu lagi melakukan dosa dengan membelakangkan Afeef. Dia yakin yang Afeef mula terlena, sedikit lega di hatinya.

Baru sahaja dia ingin menutup mata, satu lagi kucupan hangat diterima.

“Good night sayang..” ucap Afeef perlahan di telinganya yang sudah berbaring rapat ke sisi. Dia dapat merasakan rangkulan kemas tangan Afeef dipinggangnya. Iffat tidak mampu menolak kerana takut dosanya semakin bertambah yang cuba menafikan hak seorang suami ke atas dirinya. Dalam rangkulan Afeef juga akhirnya Iffat terlena.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 31”
  1. Addeen says:

    sambung lagi….
    harap makin ok la diorang lepas ni…

  2. ain hamdi says:

    yay..mereka dah together – gether semula..suka suka…

  3. fie says:

    sambung lgi..
    best

  4. Nurul Hidayah says:

    Diorang dah berbaik..so sweet citer ni! Best sangat!

  5. rieda says:

    best2…nak lagi…:-)

  6. iman insyirah says:

    kt blog dh byk episod :0

  7. rosejune says:

    apa nm blog penulis ye? baru bc novel ni….terus jatuh suka…bagusla..

  8. fizah says:

    ye la kat sini baru cikit sye pn baru jumpe blog penulis xtau gak blog nye tapi taip name penulis trus jumpe jom kte g blog penulis bace

  9. iyossssss says:

    best sangat2 cte ni….teruskan lagi..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.