Novel : Biar aku jadi penunggu 32

2 January 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

Awal subuh lagi Iffat sudah bangun untuk melakukan tanggungjawabnya buat kali pertama dalam hidup sejak bergelar isteri Afeef. Apa yang pasti, lena tidurnya semalam dalam pelukan Afeef. Dia tidak pernah menjangkakan akan tidur selena itu apabila di sisi Afeef. Sudah lama dia tidurnya tidak pernah lena sejak bergelar isteri. Saban malam akan gelisah di tempat tidurnya sendiri. Selepas solat berjemaah tadi, terus Iffat turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Pagi itu Iffat hanya menyediakan sandwich sardin kegemaran Afeef. Semenjak mengenali lelaki itu, hampir ke semua makanan kegemaran Afeef elok tercatat di dalam kepalanya.

“Assalamualaikum” sapa Afeef perlahan yang segak berpakaian kemas menjengah ke dapur. Dia nampak Iffat yang masih berambut basah dibiar lepas itu membelakanginya. Afeef tersenyum apabila teringat pula kes dia masuk ke biliknya ketika Iffat sedang bertuala.

“Waalaikumussalam.” Jawab Iffat lembut seraya menghadiahkan senyuman paling manis buat Afeef. ‘Hensome!’ pujinya dalam hati. “Err..Feef, Aqil macam mana? Kita nak mandikan dulu ke or angkat je? Kesianlah nak kejutkan.” Tanya Iffat ingin mengetahui pendapat Afeef. Dia menuangkan air milo ke dalam cawan di hadapan Afeef yang telah duduk di kepala meja.

“Hmm. Mama kata semalam tak payah mandikan, nanti mama boleh buat. Lagipun awal pagi lagi ni kan.” Ujar Afeef seraya mencapai cawan berisi milo panas itu. “Iffat pergilah siap dulu, nanti lambat pulak.” Tutur Afeef lembut. Dia sedar yang Iffat masih menggunakan panggilan namanya. Dia tahu Iffat belum bersedia untuk menukar panggilan itu dan dia tidak akan memaksa.

“Err..takpa ke breakfast sorang.” Tanya Iffat pula tidak selesa untuk membiarkan lelaki itu bersarapan seorang diri.

“Takpa, Iffat siap dulu. Abang okey je. Dah biasa pun before ni breakfast sorang.” Jawab Afeef lembut. Ayat yang terakhir itu pula hanya terzahir di dalam hati. Tiba-tiba dia teringat pula semasa bersama Damia. Wanita itu tidak pernah menyediakan sarapan pagi untuknya sepanjang mereka berkahwin.

Iffat terus berlalu naik ke bilik untuk menukar pakaian dan menyiapkan kelengkapan Aqil yang akan dibawa ke rumah ibu mertuanya nanti. Baru sahaja sampai di tengah tangga, Afeef memanggilnya semula.

“Iffat, nanti kalau dah siap, panggil abang. Biar abang aja yang angkat Aqil tu okey?”

Iffat hanya menganggukkan kepalanya seraya melemparkan senyuman. Pagi itu, tidak lekang senyuman dari bibir comelnya.

……

“Hey! Afeef Adwan? Damia husband right?” tegur Atikah ketika Afeef melangkah masuk ke pejabat Z&Z Holdings kepunyaan Datuk Zaman.

“Err..ya. But, ex-husband. Do I know you miss?” soal Afeef dengan senyuman kelatnya. Dia tidak mengenali tuan empunya badan yang bertanya.

“Ops! I’m sorry. I forgot. You tak ingat I ke? I Atikah. Kawan Damia. Oh! Sorry. Maybe you tak perasan I. Kita tak sama kelas dulu. But, I know you very well. I pernah datang UK last year jumpa you all kat sana.” Terang Atikah dengan senyuman lebar.

“Oh. I see. Sorry, maybe I tak perasan. So, you kerja sini jugak ke?” tanya Afeef lagi. Apabila mendengar sahaja nama Damia disebut oleh wanita di hadapannya itu, hatinya mula berasa tidak senang. Seperti akan ada perkara buruk yang akan berlaku. Dia beristighfar berkali-kali dalam hati untuk menenangkan perasaannya yang mula bergolak itu.

“Yup. So, you la peguam syarikat yang baru dari UK tu?” tanya Atikah lagi dengan senyuman menggodanya. ‘Makin hensome kau sekarang Afeef.’ Puji hatinya.

Afeef hanya menganggukkan kepalanya sambil tangannya ligat mengisi butir peribadi di dalam borang yang dihulurkan oleh gadis seksi di kaunter.

“So, you?” tanya Afeef pula berbasi-basi.

“Me? What me?” tanya Atikah kembali.

“Ye la. You, kerja kat sini sebagai apa?” jawab Afeef kembali sambil melabuhkan punggung di solfa ruangan menunggu.

“Oh, Err..I..” Belum sempat Atikah menghabiskan kata-kata, seorang lelaki yang sudah berumur menegur mereka.

“Morning!” sapa Datuk Zaman mesra kepada mereka berdua.

“Good morning datuk.” Balas Atikah sambil menyalami mengucup tangan Datuk Zaman.

Afeef yang melihat perbuatan Atikah itu mengerutkan dahinya. Berlegar-legar persoalan dalam kepalanya akan hubungan antara keduanya itu. Afeef menyambut huluran tangan Datuk Zaman.

“So, Afeef. Welcome to Z&Z Holdings.” Ucap Datuk Zaman.

“Terima kasih datuk.” Jawab Afeef mesra.

“Hmm..Tika, bawak Afeef tunjukkan bilik dia then masuk bilik saya.” Ujar Datuk Zaman sebelum berlalu ke biliknya.

“Baik datuk.” Balas Atikah ringkas. “Come, I tunjukkan bilik you.” Ajak Atikah sambil mempersilakan Afeef berjalan.

Afeef hanya tersenyum sambil membontoti Atikah yang kemas dengan kemeja biru bersarung blazer hitam senada dengan skirt pendek paras lutut. Dia perasan kebanyakan pekerja wanita di syarikat besar itu bergaya sakan dengan skirt pendek. Cuma ada seorang dua sahaja yang memakai tudung. Itupun berseluar sendat dengan kemeja pendek tidak melepasi paras punggung. ‘Makin cantik, makin nak tunjuk. Rugi betul…Alhamdulillah bini aku tak macam ni..’ monolog hatinya.

…………….

++ Assalamualaikum sayang. Kita lunch sama nanti?

Iffat tersenyum saat membaca pesanan ringkas daripada Afeef dalam satu jam sebelum waktu makan tengah hari. Dia tahu lelaki itu risau akan tubuhnya yang semakin melidi itu. Berkali-kali juga dia melihat tubuhnya apabila di hadapan cermin. Dia sendiri tidak perasan akan tubuhnya yang semakin kurus itu.

++ Busy sikit hari ni. Nanti Iffat makanlah.

Iffat berkata benar. Memang dia agak sibuk hari tu dengan tugas-tugas pejabatnya yang berlambak kerana terpaksa mengambil tugas rakan pejabatnya yang mula bercuti panjang menunaikan umrah. Dua kali ganda daripada kerja yang biasa dilakukan menuntut keringat Iffat diluar kemampuannya. Sedangkan tugasan biasanya sahaja sehingga lewat waktu isya’ baru sampai ke rumah, dia tidak tahu pula bila waktu kerjanya akan tamat apabila melakukan tanggungjawab yang dua kali ganda banyaknya. Mahu atau tidak, dia kena buat mengikut kemampuannya kerana kini dia sudah tinggal bersama Afeef. Segala keperluan lelaki itu harus diberi keutamaan berbanding yang lain.

++ Yela tu makan. Nanti Iffat mesti lupa makan. Nak jadi kurus lagi ke? Abang tak kira. Nanti abang datang office Iffat, kita lunch sama.

Iffat tersenyum lagi membaca pesanan ringkas yang berbau kerisauan dari Afeef. Afeef tetap Afeef yang dulu. Selalu membuat keputusan mengikut kepalanya sahaja. Tangannya ligat menari di papan kekunci telefon untuk membalas.

++ Tak payahlah. Betul. Iffat makan nanti. Iffat betul busy hari ni. Nanti lunch dengan Pia. Afeef tak payahlah susah datang sini okey?

Iffat ikhlas menolak. Memang kebetulan dia telah berjanji untuk makan tengah hari bersama Afia yang kebetulan mempunyai urusan di kawasan berhampiran pejabatnya. Dia juga tidak mahu menyusahkan Afeef untuk datang ke pejabatnya semata-mata untuk makan tengah hari bersama.

++ Hmm. Okey lah. Jangan lupa makan. Nanti kita jumpa.

Tidak hilang senyuman di bibirnya apabila memikirkan keperihatinan Afeef kepada dirinya.

++ okey Afeef. Jumpa nanti.

“Amboi Kak Iffat. Bukan main lagi senyum sampai telinga. Bahagia semacam je.” Sapa Rozita yang sudah berdiri di muka pintu bilik.

“Erk? Mana ada. Biasa je.” Iffat cuba menghilangkan senyuman lebarnya apabila melihat Rozita yang sudah tersengeh-sengeh memandangnya.

“Yela biasa. Ni bukan biasa ni. Ni luar biasa namanya.” Balas Rozita yang sudah berdiri terpacak di hadapan meja Iffat.

“Luar biasa apanya. Takda apa pun. Mana report yang akak mintak tadi?” Iffat cuba menukar topik sambil mencapai fail yang dihulurkan oleh Rozita.

“Ala akak ni. Tahulah suami kesayangan dia dah balik. Tu yang senyum bahagia sangat tu kan..” serkap Rozita lagi tak henti ingin mengetahui rahsia senyuman lebar Iffat.

“Macam-macamlah kau ni Ita. Kau dah takda kerja ke ni?” ujar Iffat pula yang semakin tidak tahan apabila diusik Rozita begitu.

“Hehe..ada. Ni kak, lupa pulak nak bagitahu. Tadi Isha pesan nak lunch sama dengan akak. Rafaal pun nak joint sekali.” Beritahu Rozita sebelum melangkah keluar.

“Aik? Bila pulak kau jumpa dua makhluk Allah tu?” tanya Iffat pelik.

“Tadi. Masa nak naik lif. Dia orang ada sekali.” Terang Rozita. “Okeylah kak, Ita keluar dulu. Jangan nak berangan je. Tu kerja-kerja kak Aini banyak tak siap lagi tu. Hehe..” usik Rozita lagi sebelum menghilangkan diri.

Iffat hanya menggelengkan kepala melihat Rozita yang ketawa kecil meninggalkan biliknya. Memang gadis itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik-beradik perempuan. Gadis itu juga yang sering menceriakan hidupnya di pejabat kerana ada sahaja bahan yang akan dijadikan lawak oleh gadis itu.

……….

“Fat, you tunggu siapa? Tak nak makan ke?” tanya Rafaal yang duduk di sebelah Isha dengan sepinggan nasi dan beberapa jenis lauk. Begitu juga dengan Isha.

“Makan. I nak tunggu Pia sekejap. Dia dah on the way nak sampai sini.” Balas Iffat sambil membelek telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Rafaal yang mendengar nama Afia disebut oleh Iffat, terus tersedak ketika menyedut jus orennya.

“Raf, you okey ke?” tanya Isha perihatin di sisi kepada lelaki yang dipujanya dalam diam.

“Err.. I okey.” Jawab Rafaal yang cuba mengawal rasa terkejutnya. Iffat di hadapan hanya tersenyum.

“Tahulah you lapar. Tak payah la nak gelojh sangat. Tak larinya nasi you tu..” tegur Iffat sambil tersenyum kecil. Sebenarnya dia tersenyum apabila membaca pesanan ringkas dari Afeef. Dirasakan dia semakin tidak mengenali Afeef. Afeef yang dikenalinya dahulu tidak seperihatin hari ini. Malah tidak teragak-agak pula memanggilnya sayang. Walaupun tidak diucap secara langsung di hadapan Iffat, hatinya sentiasa berdebar tiap kali melihat perkataan sayang dari Afeef. Merona merah sendiri wajahnya tika membaca pesanan ringkas itu.

++ sayang. Dah makan? Kalau belum, biar abang datang sana tolong suapkan :p

++ Iffat tengah makanlah ni.

Iffat membalas ringkas dan menyimpan semula telefon bimbitnya selepas Afia melabuhkan duduk di sisinya.

“Assalamualaikum” tegur Afia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Isha dan Iffat.

“Waalaikumussalam” jawab Iffat dan Isha hampir serentak. Rafaal pula hanya menganggukkan kepalanya sambil meneguk air mineral yang baru dibelinya selepas tersedak tadi.

“Abang Rafaal pun ada.” Tegur Afia. Rafaal yang tersenyum tawar. Entah kenapa dia berasa gugup bila berhadapan dengan Afia. Walhal, bukan kali pertama mereka bersua muka.

“Kak, jom ambik nasi” ujar Afia seraya bangun dari duduknya. “Abang, tengokkan beg Pia eh.” Tuju Afia kepada Rafaal yang tekun dengan makanannya langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan. Dia Cuma nampak lelaki itu menganggukkan kepalanya tanpa memandang wajah Afia. Iffat hanya mengekori langkah Afia ke bahagian buffet yang disediakan.

“Raf, you kenapa? Ada appointment ke lepas ni?” tanya Isha yang perasan tingkah laku Rafaal seperti tergesa-gesa menghabiskan makanan.

“Err..taklah..i okey je. Lapar sangat.” Dalih Rafaal yang cuba tersenyum manis kepada Isha.

“Kalau ye pun, janganlah laju macam tu. Nanti tersedak lagi baru you tau.” Tegur Isha sambil menghulurkan tisu kepada Rafaal apabila ternampak sebutir nasi di tepi bibirnya.

“Hehe..” Rafaal hanya tersengeh mendengar teguran Isha di sisi. Dicapai juga tisu ditangan Isha.

“Abang, cepatnya makan.” Tegur Afia pula yang sudah kembali dengan sepinggan nasi ringkas bersama sayur goreng dan ikan pari masak asam pedas. Sama dengan makanan yang dimakan oleh Rafaal. Dia nampak nasi di dalam pinggan Rafaal tinggal separuh. Sekali lagi Rafaal tersedak apabila mendengar suara lembut menegurnya. Afia menghulurkan air mineral di hadapan Rafaal.

“Kan I dah cakap. Dah tersedak lagi.” Kata Isha pula. Iffat sudah ketawa kecil melihat Rafaal yang merah padam menahan perit di tekak kerana nasi yang dibanjiri kuah asam pedas kegemarannya.

“Tersedak lagi?” Afia tidak memahami dengan kata-kata Isha.

“Ye la Pia. Tadi masa akak sebut nama Pia nak datang makan sama, terus tersedak. Ni Pia tegur, tersedak jugak. Apahal entah.” Jawab Iffat sengaja mengusik Rafaal yang sudah menjelingnya.

“Apalah akak ni. Ada pulak sebab nama Pia. Entah-entah ada girlfriend abang kat luar tu sebut-sebut nama abang tak?” balas Afia pula yang faham akak kakak iparnya itu yang gemar mengenakannya dengan Rafaal.

“Ala..Rafaal ni yang gelojoh sangat Pia.” Jawab Isha pula yang mula merasakan kurang enak dengan kata-kata Iffat bergurau.

“Apalah abang ni. Sejak bila pulak abang ni jenis makan gelojoh.” Kata Afia sebelum mula menyuap nasi ke mulutnya. Dia nampak Rafaal hanya tersenyum tawar. ‘Lain benar senyum mamat ni. Apasal pulak dia hari ni.’ Desis hatinya melihat Rafaal serba tak kena di hadapannya.

“Dah, makanlah Pia. Jangan dilayan Rafaal ni. Entah kenapa entah dia hari ni.” Balas Isha dengan rasa sedikit cemburu yang mula menjentik tangkai hatinya melihat Afia menyapa mesra Rafaal walaupun lelaki itu langsung tidak membalas.

“Bang, lama tak nampak abang. Busy ke?” tanya Afia yang langsung tidak mengesyaki apa yang tersirat di hati lelaki itu.

“Hah? Err..ada aja. Tapi busy sikitlah.” Balas Rafaal tergagap. Dia langsung tidak memandang Afia yang duduk di hadapannya. Dia khusyuk menghabiskan makanan yang masih berbaki di dalam pinggan.

“Erk? Busy ke? Macam tak busy aja I tengok.” Sampuk Iffat pula. Setahunya, Rafaal kerap pulang awal kebelangan itu. Malah masih sempat menerima beberapa tawaran menjadi model iklan.

“Busy la tu Fat. Kan dia busy buat kerja modeling dia tu.” Beritahu Isha menjeling sekilas Rafaal di sisi.

“Aik? Abang buat lagi modeling? Bukan ummi abang tak suka ke abang buat kerja tu lagi?” tanya Afia lagi.

“Err..saja je suka-suka. Rindu dah lama tak ambik job.” Balas Rafaal yang cuba membuang rasa debar di hatinya tiap kali bertentang mata dengan Afia.

“Eleh. Rindu dengan job tu ke rindu dengan model-model seksi yang sama dengan abang tu?” jawab Afia mengusik.

“Eh, mana ada..” nafi Rafaal. Selama dia menjadi model, belum pernah lagi dia bersentuhan dan bergambar yang melampaui batas dengan mana-mana model perempuan. Itu adalah prinsip kerjanya sejak dari dulu lagi.

“Ye la tu abang..” jawab Afia tidak mempercayai.

Rafaal hanya tersenyum memandang sekilas wajah comel di hadapannya. Berdebar lagi hatinya. Tiap kali mendengar mulut gadis comel itu memanggil lembut perkataan ‘abang’, tiap kali itu jugalah jantungnya bergetar hebat. Kalau dulu dirasakan hanya sebagai panggilan antara abang dan adik, tetapi kini indah di pendengarannya sejak wajah mulus itu muncul di dalam mimpinya saban malam.

“Pia, cepatlah sikit makan. Akak nak cepat naik ofis ni. Banyak lagi kerja akak kena buat lepas ni. Pia lepas ni balik sekolah semula ke, balik rumah terus?” tanya Iffat yang sudah meletakkan sudu garfunya di tepi pinggan. Isha juga telah bangun mencuci tangannya di sinki.

“Ala kak.. kejaplah. Pia tak habis makan lagi. Pia terus balik rumah..” Jawab Afia yang masih berusaha mengunyah cepat makanan di dalam mulutnya. Afia memang sejak kecil lagi seorang yang agak cerewet ketika makan. Biji cili pun akan diasingkan.

“Raf, you lambat lambat lagi ke nak masuk office? I pun ada kerja lain nak buatlah.” Kata Isha pula selepas kembali semula ke meja yang mereka duduki.

“Raf, you takpa kan kalau masuk lambat sikit? You teman Pia makan kejap eh.” Kata Iffat tersengeh seraya bangun ingin melangkah ke bangunan pejabat mereka.

“Hah? I kena teman ke? I pun ada kerja jugaklah..” balas Rafaal cepat seraya turut bangun. Tidak betah dia duduk berdua dengan Afia di situ. Risau pula Afia dapat mengesan riak tidak selesanya nanti.

“Ala..takpalah. Pia boleh makan sendirilah kak. Bukan tak biasa.” Jawab Afia sedikit berjauh hati apabila Rafaal seakan-akan tidak mahu duduk bersama dengannya di situ. Bukan mereka baru pertama kali berkenalan. Dia perasan lelaki itu seperti ingin menjauhkan diri darinya. Tidak mesra seperti kebiasaan. Jika tidak, mulut lelaki itu ligat bergurau dengannya. Apa-apa saja boleh menjadi bahan perbualan mereka. Sebelum ini, lelaki itu juga turut perihatin akan dirinya seperti menjaga adiknya sendiri.

“Ala..akak dah janji dengan Pia nak makan sama. Tapi akak tak sampai hati pulak nak tinggal Pia sorang kat café ni.” Iffat meluahkan rasa serba salahnya meninggalkan Afia berseorangan di situ.

“Raf, you ni macam tak biasa je kan.” Tambah Iffat lagi apabila melihat Rafaal sudah sama berdiri di sisi Isha. Isha di sisinya hanya diam. Sedikit pun tidak menambah. Cuma dia perasan ada riak cemburu di wajah Isha apabila Iffat menyuruh Rafaal menemani Afia.

“Err..yela yela..Pia ni cepat je nak merajuk. Abang gurau je la.” Dalih Rafaal sambil duduk semula di tempatnya tadi. Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu macam mana detak jantungnya yang semakin tidak seirama apabila berhadapan dengan Afia. Dia menyedari hatinya mula berkenan dengan Afia yang dianggap seperti adiknya sendiri sebelum ini.

“Ha..okeylah. Kita orang gerak dululah. Raf, you jangan nak nakal-nakal dengan adik I ni. Nanti I kena marah pulak dengan Afeef.” Pesan Iffat sebelum melangkah meninggalkan keduanya.

“Ala..taulah I jaga adik kesayangan Afeef ni. Tak payahlah you risau.” Jawab Rafaal selamba. “Sha, you cakap dengan Encik Zaid I masuk lewat sikit eh.” Pesan Rafaal pula kepada Isha yang bereaksi pelik. Dia tidak memahami reaksi wajah Isha yang cemburu melihatnya tinggal bersama Afia di situ.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 32”
  1. oooo says:

    kelakar la

  2. cahaya says:

    best!..penulis sambung lagi…

  3. rosmpkmn says:

    nice, nak lg

  4. Addeen says:

    nice…sambung lagi….

  5. rieda says:

    ha…ha..malu2 lak raf tu…:-)

  6. Danial says:

    Penulis, tolong sambung lagi.. best (:

  7. Zandra Fiqa` says:

    cpt la smbung..best sgt…

  8. huda1002 says:

    Br je bc citer ni dr mula smpi habis… so sweet and sedih gak… Tahniah wat penulis.. Hopefully dpt bc smbgn dia secepat mgkn….

  9. iyosss says:

    bestnyerrrrr…….xsabar ni nak bace lg episod seterusnya….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.