Novel : Biar aku jadi penunggu 33

20 January 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Abang, tak payah la nak buat muka tak ikhlas abang tu kat depan Pia. Kalau abang nak naik ofis, pergi ajalah. Pia okey sorang kat sini. Dah habis makan pun.” kata Afia perlahan apabila tiada langsung perkataan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu sehingga dia selesai menghabiskan makanannya.

“Eh. Mana ada. Abang ikhlas la temankan Pia makan kat sini.” Dalih Rafaal dengan senyuman di bibir cuba dimaniskan. Dia sendiri terasa kekok untuk berbual mesra dengan Afia selepas perasaannya mula berubah terhadap Afia. Dia masih meragui apa yang dirasai kini. Separuh hatinya meyakini dia mula menyukai Afia dan separuh lagi cuba menafikan.

“Abang boleh tak tak payah nak buat-buat senyum yang konon ikhlas tu. Pia tak suka tengoklah.” Gerutu Afia apabila melihat senyuman yang terukir itu. Dia tahu Rafaal tidak ikhlas menemaninya di situ.

Rafaal terus mematikan senyumannya dan menentang wajah Afia yang mula masam mencuka itu. “Sorry okey. Err..abang…” Rafaal tidak tahu alasan apa yang sesuai harus diberi.

“Abang ni kenapa hari ni? Macam baru kenal Pia pulak.” Getus Afia geram melihat Rafaal yang seakan-akan tidak mahu bercakap dengannya. Rafaal hanya membuang pandang ke sekitar café tanpa menjawab pertanyaan Afia. Dia gugup untuk berhadapan dengan Afia ketika itu.

“Pia bukan cakap dengan patunglah bang. Pergilah abang masuk office sana. Pia pun nak balik ni.” Marah Afia apabila Rafaal langsung tidak menjawab pertanyaannya.

“Pia balik dululah. Assalamualaikum.” Ucap Afia geram sebelum berdiri dan berkira-kira untuk meninggalkan Rafaal di situ.

Melihat Afia yang sudah berdiri dan ingin melangkah, pantas Rafaal meraih tangan Afia agar berpaling semula kepadanya. “Pia..sorry..” ucap Rafaal perlahan.

“Abang!” Mata Afia tajam menikam wajah Rafaal yang selamba memegang tangannya. Afia terkejut dengan tindakan spontan Rafaal dan cepat saja dia merentap semula tangannya. Berdebar hatinya saat tangan lelaki itu menyentuhnya.

“Sorry..abang tak sengaja..” Rafaal sendiri tidak menyedari tindakan spontannya menyambar tangan Afia.

“Abang kenapa hari ni? Kalau tak suka Pia makan sekali tadi, cakap ajalah..” tanya Afia seraya berjalan menuju ke tempat letak kereta. Rafaal menyainginya di sisi.

“Err..tak..bukan macam tu..abang..” Rafaal masih dengan gugupnya. Kepalanya waktu itu seakan langsung tidak berfungsi mengeluarkan idea untuk menjawab pertanyaan Afia. ‘Time ni jugaklah takda idea. Huh!’ Keluh Rafaal sendiri.

“Kenapa abang ni? Sejak bila jadi gagap pulak ni?” tanya Afia lagi sebelum membuka pintu kereta.

“Hmm..” terdengar keluhan berat yang terzahir dari bibir Rafaal.

“Dahlah bang. Cakap aja abang tadi tak nak teman Pia. Menyusahkan abang je kan.” Ujar Afia sebelum menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta.

“Pia..kejaplah..bukan macam tu..” Rafaal cuba menghalang.

“Dah tu? Pia tak fahamlah abang ni. Dahlah bang. Pia kena balik awal ni. Dah janji nak tolong mama jaga Aqil. Err.. Pia balik dululah. Assalamualaikum.” Pia hanya membiarkan Rafaal yang terpinga-pinga.

………..

++Assalamualaikum. Iffat dah siap? Abang dah nak keluar office ni.

Afeef membaca semula pesana ringkas yang di taipnya sebelum dihantar kepada Iffat. Dikilas jam dihadapannya hampir pukul enam petang. Dia tahu Iffat juga sudah habis waktu pejabat ketika itu. Selepas menunggu beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi.

++ Afeef, kerja Iffat tak siap lagi la. Afeef balik dulu ambik Aqil. Nanti Iffat ambik cab je eh..

Afeef mengerutkan keningnya apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Iffat. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tahu Iffat terlalu komited dalam kerja sehingga terlupa waktu makan dan minum apabila sudah mengadap kerja. Itu yang didengar daripada Afia sendiri akan perihal Iffat sepanjang ketiadaannya.

++ Manalah tak kurus, asyik kerja je. Takpalah. Abang datang sana, Iffat tunggu okey. Tunggu abang sampai.

Afeef membuat keputusan. Biarlah dia tunggu sehingga Iffat habis melakukan kerjanya. Dia tidak mahu wanita itu balik ke rumah seorang diri sehingga lewat malam.

Iffat di pejabat sudah tersenyum membaca pesanan yang dihantar oleh Afeef. Dia tahu lelaki itu tidak akan membenarkannya pulang lewat malam ke rumah.

Hampir pukul 6.30 petang Afeef sampai ke pejabat Iffat. Hanya 20 minit dari pejabatnya. Sewaktu melangkah ke pejabat Iffat, hanya seorang dua sahaja staf yang tinggal. Itu pun sudah berkemas-kemas untuk balik. Selepas bertanya kepada seorang staf di mana bilik Iffat, Afeef terus melangkah. Sampai di depan pintu yang tidak bertutup itu, dia nampak Iffat begitu khusyuk mengadap komputer sehingga tidak menyedari kehadirannya di situ. Afeef pula sengaja tidak mahu menegur kerana dia ingin melihat sendiri bagaimana Iffat melakukan kerjanya dengan penuh komited tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Hampir sepuluh minit berdiri, Afeef berdehem sedikit untuk mengejutkan Iffat akan kewujudannya di situ. Iffat mengalihkan sedikit wajahnya untuk dari skrin komputer ke arah pintu biliknya.

“Afeef.. dah lama ke sampai?” tanya Iffat tanpa menyedari Afeef sudah lama berdiri di situ. Lelaki itu santai dan tetap ada pesonanya tersendiri walaupun pakaian pejabatnya tidak sekemas pagi tadi. Dia nampak tali leher lelaki itu sudah tiada. Lengan baju dilipat sehingga ke siku.

Afeef melemparkan senyuman manisnya kepada Iffat. “Khusyuknya Iffat buat kerja. Agaknya kalau abang tak tegur, Iffat langsung tak perasan kan.” Sapa Afeef seraya melabuhkan punggung di tepi meja Iffat.

“Err.. sorry Feef.. Iffat busy sangat hari ni. Iffat kena cover kerja Kak Aini ni.” Adu Iffat sambil menyambung semula kerja yang terhenti tadi. Berdebar lagi hatinya apabila terhidu bau wangian dari Afeef yang duduk rapat di sisi mejanya. Dia seperti kenal bau wangian itu. Dari pagi tadi kepalanya ligat memikirkan di mana dia menghidu wangian itu tetapi hampir terlupa apabila mengadap kerja-kerjanya. Kini, sekali lagi dia terfikirkan perkara yang sama.

“Kak Aini?” tanya Afeef lembut sambil memerhati jemari Iffat yang lincah menari di papan kekunci.

“Err.. Kak Aini kawan pejabat Iffat ni. Dia cuti pergi umrah.” Jawab Iffat dengan suara yang cuba dikawal dari bergetar sama dengan debaran di dalam hatinya.

“Iffat, lama lagi ke nak siap ni?” tanya Afeef sambil mengilas jam di pergelangan tangannya hampir menginjak pukul 7 malam.

“Ermm..lama jugaklah..” Iffat masih setia dengan kerjanya.

“Iffat..penting ke benda tu?” tanya Afeef lagi.

“Ermm..pentinglah jugak.” Jawab Iffat ringkas. Dia sedaya upaya cuba memberi fokus kepada laporan yang sedang ditaip. Tumpuannya sedikit terganggu apabila Afeef memerhatikan gerak-gerinya sahaja dari tadi.

“Bila nak kena hantar ni?” tanya Afeef lagi yang tidak betah duduk di situ dengan memakai pakaian kerjanya. Badannya sudah terasa melekit.

“Next week.” Jawab Iffat pendek. Dia tidak suka membuat kerja bertangguh. Segalanya akan disiapkan lebih awal.

“Next week? Ala.. esok pun boleh sambung kan..” balas Afeef dengan nada memujuk.

“Err..saja nak siapkan awal. Esok-esok takdalah kelam-kabut.” Terang Iffat selamba.

“Sayang..” panggil Afeef lembut seraya memusingkan kerusi Iffat agar mengadapnya. Iffat sedikit terkejut dengan tindakan Afeef. Dia membalas pandangan Afeef yang menikam wajahnya. Pandangan itu redup sekali dimatanya.

“Iffat lupa ya sekarang Iffat duduk dengan siapa? Lupa ke Iffat ada siapa sekarang?” tanya Afeef lembut seraya mendekatkan wajahnya di hadapan wajah Iffat sehingga mata wanita itu membulat memandangnya.

“Err..” Tidak tahu apa yang harus dijawab. Dia sedar akan itu semua. Terasa gugup apabila berada berdekatan dengan Afeef begitu.

“Jom balik..abang dah tak tahanlah. Badan dah melekit ni. Nanti nak ambil Aqil lagi ni. Jom!” Sambung Afeef lagi seraya spontan mengucup pipi Iffat. Sengaja dia ingin mengambil peluang bermesra dengan Iffat. Kalau dia tidak buat begitu, entah sampai bila dia dapat mengucup pipi mulus itu. Merona merah wajah Iffat di hadapannya menahan malu. Afeef terus berjalan menunggu di muka pintu bilik dengan beg tangan Iffat di tangannya yang diambil di tepi meja.

“Sayang…” Panggil Afeef lembut mengejutkan Iffat yang masih terpinga-pinga dengan tindakan spontannya tadi. Kali kedua dia dapat mengucup pipi itu tanpa kebenaran Iffat. Bibirnya sudah tersenyum lebar, tetapi di dalam hatinya sudah mengekek gelak melihat reaksi Iffat yang terkejut.

Iffat yang tersedar terus berpura-pura mengemas fail-fail dan kertas-kertas yang bersepah-sepah di atas mejanya. Pincang segala yang dilakukan. Menjadi serba tak kena. Dia perasan Afeef yang memerhati di muka pintu sudah tersenyum lebar melihatnya kelam-kabut begitu. ‘Haish! Kenapa gabra semacam ni. Tenanglah wahai hati. Nasib baik semua staf dah balik. Kalau tak, malu aku. Malu…Mamat ni pun ikut suka dia aja..’ omel Iffat sendirian.

Selepas menutup pintu pejabat, Afeef terus menyambar tangan Iffat untuk berjalan beriringan sehingga masuk ke perut lif. Iffat hanya membiarkan sahaja tangannya digenggam erat oleh Afeef. Dalam kepalanya masih memikirkan kucupan hangat di pipinya tadi. Geram dengan tindakan Afeef yang tidak dapat dijangka. Dia tahu ianya bukanlah suatu dosa tetapi, dia tidak bersedia untuk menerima segala layanan dan sentuhan mesra daripada Afeef. Segalanya dirasakan terlalu drastik walaupun hubungan mereka sudah bertambah baik.

Di antara keduanya tiada satu pun perkataan yang keluar. Terbuka sahaja pintu lif, mereka bertembung pula dengan Rafaal yang turut sama keluar dari perut lif berhadapan dengan lif yang mereka naiki.

“Raf..” tegur Iffat apabila ternampak kelibat Rafaal keluar dari perut lif mendahuluinya.

“Hey! you pun balik lambat hari ni?” tanya Rafaal sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Afeef.

Afeef menyambut huluran tangan Rafaal seadanya. Senyuman lebar di bibirnya terus mati apabila ternampak kelibat Rafaal tadi.

“Err..ha’ah. Banyak sangat kerja. You bukan biasanya balik awal ke?” tanya Iffat lagi sambil mereka beriringan ke tempat letak kereta. Afeef sudah mendahului mereka berdua. Iffat perasan wajah Afeef berubah apabila terserempak dengan Rafaal di situ tadi. Dia tahu lelaki itu tidak menyukai dia berhubung rapat dengan Rafaal.

“Ada kerja sikit tadi..err..Fat, baik you balik dulu, you tahukan Afeef tak suka I.” ujar Rafaal sambil matanya terarah kepada Afeef yang sudah berdiri di sisi kereta. Rafaal cuba bereaksi selamba ketika mata mereka bertembung kerana memahami kedinginan Afeef kepadanya. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Afeef di sisi Iffat. Tetapi yang peliknya, langsung tiada rasa cemburu di hati apabila melihat keduanya berpegangan tangan tadi. Tidak seperti sebelum ini. Dia pasti kini perasaanya sudah mula terpikat dengan Afia adik kesayangan Afeef. Bayang Iffat pula semakin tidak kelihatan di dalam mimpinya dan diganti pula dengan wajah mulus Afia. Dia pasti itu. Selepas berjumpa dengan Afia tadi, puas dia berfikir. Dia tidak mahu lagi terlepas kali ini. Dia akan cuba berterus terang dengan Afia apa yang dirasai kini.

“Okeylah Raf.. but sorry eh Afeef tu..” balas Iffat pula yang berasa bersalah dengan layanan Afeef terhadap Rafaal. Berkali-kali dia menerangkan status hubungannya dengan Rafaal. Tetapi, lelaki itu tetap bereaksi yang sama apabila berjumpa dengan Rafaal.

“It’s okey Fat..bye..” balas Rafaal ringkas sebelum Iffat mendapatkan Afeef.

………….

Sepanjang perjalanan, dua-dua hanya mendiamkan diri. Wajah Afeef yang masam mencuka menyebabkan Iffat sendiri tiada hati untuk menegur. Dia tahu lelaki itu sedang menahan marah kerana dia beramah mesra dengan Rafaal tadi. Selepas menjemput Aqil pun, keadaannya masih sama. Sehinggalah mereka sampai ke rumah.

“Feef, nak makan apa malam ni?” tanya Iffat ketika mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Tadi ibu mertuanya ada mempelawa mereka makan malam di sana, tetapi Afeef yang menolak. Katanya ingin pulang ke rumah cepat.

“Apa-apa ajalah..” jawab Afeef pendek sebelum memanjat tangga naik ke bilik.

Belum sempat Iffat membalas, Afeef sudah menghilangkan diri. Nampak sangat dia merajuk dengan Iffat. Iffat hanya menggelengkan kepala melihat wajah masam mencuka Afeef.

“Sayang, esok-esok sayang jangan jadi macam papa sayang tu. Merajuk macam budak kecik.” Adu Iffat kepada Aqil yang masih tidak memahami apa yang berlaku antara mereka itu. Dikilas jam dinding di hadapannya, hampir lapan malam dan dia masih belum bersolat maghrib lagi. Dia membawa Aqil dan diletakkan Aqil di hadapan pintu bilik air kerana risau membiarkan si kecil itu tinggal bersendirian di ruang tamu.

“Aqil duduk sini sekejap. Mummy nak ambik wuduk sekejap.” Kata Iffat kepada Aqil yang leka dengan alat permainan di tangannya. Si kecil itu hanya tersenyum.

“Come sayang. Mummy nak Allahuakbar..” panggil Iffat dan Aqil terkedek-kedek mengikuti langkah Iffat ke bilik di sebelah dapur. Dengan muka Afeef yang masam mencuka itu, dia pasti tidak mahu diganggu. Nasib baik juga Iffat awal-awal lagi sudah menyediakan sehelai telekung di dalam bilik sederhana kecil itu bagi memudahkannya bersolat di situ sahaja.

Aqil pula seakan memahami apabila Iffat berkata Allhuakbar menandakan ingin bersolat. Semenjak tinggal bersama Hajah Zubaidah dan Haji Ramlee, si kecil itu diasuh dan didedahkan dengan hal-hal agama. Terutamanya tentang solat. Jika dia mendengar suara azan sahaja, mulalah dia pun bersungguh-sungguh mengikut dengan lenggok bahasanya sendiri. Jika nampak orang bersolat pula, dia pun turut melakukan perkara yang sama.

“Sayang, don’t disturb okey. You pray here..okey sayang..” Iffat membentangkan sehelai sejadah di sebelah sejadahnya agar Aqil tidak mengganggu semasa dia bersolat. Memang si kecil itu anak yang baik dan mudah mendengar kata.

Usai solat, Iffat terus ke dapur untuk memasak makan malam. Aqil pula hanya mengekorinya sahaja dari tadi. Lincah tangan Iffat melakukan kerja dapur. Dia sempat memasak sup sayur dan sambal tumis udang kegemaran Afeef. Ayang tempura segera pula sebagai lauk. Mudah dan ringkas serta tidak memerlukan masa yang lama. Selepas Iffat membancuhkan sebotol susu, si kecil itu pula langsung tidak merengek dan mengganggunya ketika masak. Dia leka dengan alat permainannya.

Selepas Isya’ baru Afeef menunjukkan wajah ke dapur. Ketika itu Iffat sedang menyiapkan makanan di atas meja.

“Err..Feef, makanlah dulu ya. Iffat nak mandilah. Badan dah melekit ni.” Tegur Iffat ketika Afeef sudah duduk di meja. “Jaga Aqil sekejap boleh? Iffat dah buatkan susu dia tadi.”

“Ye la..” jawab Afeef mendatar. Aqil diambil dan diletakkan di dalam kerusi khas di sisi.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 33”
  1. kak min says:

    Baik dan sabarnya Iffat…boleh menerima Afeef dan Aqil di dlm hidupnya…walaupun dia telah diabaikan bertahun2 lamanya…pandai
    pulak cemburu…kenapa tak ditanyakan perasaan Iffat ketika dia tidak dipedulikan dulu???
    Cik writer sakit hatilah dengan Afeef ni…mementingkan diri sendiri.
    Apa2 pun sambunglah ye…nak tahu endingnya…nak Iffat bahgia.

  2. Addeen says:

    pendeknya..
    sambung..

  3. arsha says:

    jom sambung kat blog

    lifesar.blogspot.com

  4. Roza says:

    Pendek..pjangkn skit hehe x puas bce

  5. rieda says:

    napa pendek sangat?

  6. jiao xiu says:

    tu la,kesian kat iffat, afef ni mmg contoh typical malay man lah. yg menjadikan isteri mcm org gaji.huhuhu.

  7. rina says:

    Best sgt cite nie.. thumbs up utk writter..
    tersentuh emosi bile baca cite nie.. btw nape xleh open blog writter ea??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.