Novel : Biar aku jadi penunggu 36

9 March 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

36_arsha

“Iffat…abang mintak maaf pasal petang tadi..”ucap Afeef ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Aqil telah lena di pangkuan Iffat.

“Hmm..”balas Iffat pendek. Selepas makan malam tadi, dia dan Afeef langsung tidak bercakap apa kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Iffat dengan kerja-kerja mengemas di dapur membantu Afia dan Afwan. Afeef pula rancak berbual dengan Luthfi dan orang tuanya.

“Hmm je?”balas Afeef lantas menoleh sekilas ke sisi.

“Dah tu. Orang mintak maaf, kita kena maafkan je lah. Takkan nak jawab tak pulak..”balas Iffat panjang. Hatinya masih terkesan dengan kata-kata Afeef petang tadi. Lelaki itu langsung tidak memikirkan perasaannya. Balik-balik hanya perasaan dia saja.

“Amboi! Abang cakap sikit je…”Afeef menjeling ke arah Iffat. Dengan sinar lampu jalan sepanjang perjalanan, dia nampak wajah Iffat tak seceria tadi.

“I’m sorry. Abang nak gurau je tadi…”ujar Afeef. Dia cuba meraih tangan Iffat tetapi cepat sahaja Iffat melarikan tangannya.

“Gurau apa bendanya hal macam tu.”Gerutu Iffat tak puas hati. ‘Sesekali dia ni elok kasi pelajaran jugak’ omelnya dalam hati. Terdengar keluhan berat keluar dari mulut lelaki itu.

“Abang mintak maaf.”Ucap Afeef perlahan. Iffat hanya diam mendengar.

“Abang takda niat pun nak cakap macam tu. Abang tau, sungguhpun Iffat tak pernah ucap sayang dengan abang, abang tau Iffat sayang kat abang. Kalau tak, Iffat tak tunggu abang sampai sekarang kan. Kalau tak, dari dulu Iffat boleh tuntut fasakh dengan abang kan..”tutur Afeef tenang. Dia cukup hargai pengorbanan Iffat selama ini.

Iffat mula sebak apabila mendengar kata-kata Afeef. Memang dia sayangkan lelaki itu. Cuma untuk meluahkan, dia belum cukup yakin. Dia terlalu berhati-hati untuk mengucap kata-kata itu kerana takut perasaannya dipermainkan seperti dulu. Biarlah dia simpan sahaja perasaan itu dan pastinya suatu hari nanti dia akan luahkan juga. Iffat pantas menyeka titisan jernih yang mula bertakung di tubir matanya.

“Iffat, abang ni banyak susahkan Iffat kan. Dari kita kawan, sampailah kita nikah, sampailah sekarang. Tak habis-habis abang susahkan Iffat. Jaga anak abang lagi…”Sambung Afeef lagi yang tenang dalam pemanduannya.

“Afeef..”panggil Iffat pantas menoleh Afeef. “Iffat tak pernah kira tu semua. Iffat ikhlas walaupun apa yang Afeef buat selama ni. Apa yang ada sekarang semua dah cukup baik bagi Iffat. Iffat tak pernah mintak lebih Feef…cukup Afeef ada kat sisi Iffat, sokong Iffat, percaya kat Iffat, itu dah cukup. Aqil ni, Iffat dah anggap macam anak Iffat sendiri walaupun hakikatnya bukan. Iffat sedar tu.. Feef, please. Jangan ungkit lagi hal tu semua. Please..”ujar Iffat perlahan lalu membuang pandang ke luar tingkap. Dia tidak mahu Afeef melihatnya menangis.

Sekali lagi Afeef cuba meraih tangan Iffat tetapi kali ini wanita itu tidak menolak. Diramas lembut jemari halus itu. ‘Ya Allah, Kau perihalah hubungan ku ini Ya Allah. Syukur Alhamdulillah Kau telah kurniakan insan yang terlalu baik hatinya buatku Ya Allah..’ ucap Afeef dalam hati. Tersenyum dia di dalam hati apabila mendengar pengakuan ikhlas isterinya itu. Dia tahu kini, dia tidak perlu lagi mempersoalkan kasih sayang Iffat terhadapnya walaupun wanita itu tidak pernah mengungkapkan.

…….

“Abang, ummi ada call kawan ummi hari tu tanya pasal anak dia. Sampai sekarang budak perempuan tu pun belum ada siapa-siapa.”Kata Datin Suraya ketika duduk bersama Rafaal di ruang rehat keluarga. Datuk Ehsan telah lama masuk ke bilik bacaan selepas makan tadi. Alia pula sibuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke India hujung minggu itu.

“Ala.. belum ada jodohlah tu…”jawab Rafaal ringkas. Dia tahu kata-kata umminya itu memberi petunjuk untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan.

“Memanglah. Tu yang ummi nak tolong ni…Err..kamu nak kenal tak dengan dia?”tanya Datin Suraya dengan senyum penuh makna.

“Alaa..ummi..entah dengan siapa entah ummi nak kenalkan. Nantilah dulu ummi. Abang tak sedia lagi la..”balas Rafaal cuba mengelak.

“Tak bersedia apanya. Umur kamu tu bukan muda lagi. Dekat 30 dah. Kamu pun pernah jumpa budak tu dulu. Dulu kita pernah pergi rumah dia.”Beritahu Datin Suraya cuba meyakinkan Rafaal.

“Ha? Bila masa pulak ni?”Tanya Rafaal pelik dan cuba mengingati wajah-wajah sahabat umminya.

“Dah lama dah. Tu tak kisahlah. Cuma sekarang ni abang nak ke tak nak. Tu je ummi nak tau. Abang kenal-kenallah dulu dengan dia. Manalah tau serasi. Kalau tak, takpalah. Ummi tak paksa. Tapi ummi suka tengok dia. Lembut je macam Iffat..”Ujar Datin Suraya lagi.

“Macam Iffat? Apa-apa je lah ummi..Hmm…tengoklah dulu macam mana.”Balas Rafaal malas. Tak semena-mena wajah Afia terlayar di ruang matanya. Terkumat-kamit mulutnya beristighfar untuk menenangkan hati.

“Jangan nak tengok-tengok. Kalau tunggu kamu, entah sampai bilalah ummi dengan walid nak merasa bercucu. Abang tak kesiankan ummi dengan walid ke? Ummi dengan walid bukan makin muda bang. Takkan nak tunggu adik kahwin. Entah bila pulak adik tu nak kahwin..”Ujar Datin Suraya dengan nada sayu. Dia terlalu berharap agar dapat melihat kedua anaknya mendirikan rumahtangga sebelum menutup mata. Datin Suraya sudah membuat muka sedih di hadapan Rafaal agar anak lelakinya itu terpujuk dengan kata-katanya.

“Ala..ummi ni. Mulalah tu. Yela yela.. abang ikut kata ummi.”Balas Rafaal cepat. Dia tidak suka melihat wajah umminya sedih dan dia sanggup melakukan apa saja demi melihat senyuman di wajah kedua orang tuanya walaupun terpaksa mengorbankan masa depannya sendiri.

“Haa..macam tu lah anak ummi dengan walid ni.”Balas Datin Suraya seraya memeluk bahu Rafaal dan di hadiahkan kucupan di pipi lelaki itu. Datin Suraya tersenyum lebar melihat wajah cemberut Rafaal.

“Eh, tadi bukan main lagi muka ummi sedih. Abang setuju je terus tak sedih.”Tutur Rafaal melihat wajah umminya yang tersenyum lebar.

“Mestilah ummi dah tak sedih sebab anak ummi ni bakal menamatkan zaman bujangnya.”Balas Datin Suraya selamba. Senyuman masih kekal di bibir.

“Yela ummi. Apa sahaja permintaan ummi, akan anakanda turutkan..”jawab Rafaal sambil mengucup pula pipi Datin Suraya. Dia memang terlalu sayangkan umminya.

“Ummi harap sangat abang dapat sama dengan budak tu. Ummi berkenan sangat dengan dia.”Beritahu Datin Suraya. Dia percaya dengan kata hatinya yang gadis pilihannya itu cukup sesuai dengan Rafaal.

“Amboi Datin Suraya ni. Siapa yang nak kahwin ni..”balas Rafaal mengusik.

“Hehe…abanglah yang nak kahwin. Tak sabar rasanya nak dengar suara budak dalam rumah ni. Sunyi tau.”Tambah Datin Suraya lagi yang sudah membayangkan lebih jauh lagi masa depan anak terunanya itu.

“Jauhnya ummi berangan..abang kenal pun belum dengan dia. Apalah ummi ni.”Rafaal sudah ketawa kecil mendengar angan Datin Suraya yang inginkan dia berkeluarga.

“Ala..biarlah. Walid pun setuju je dengan cadangan ummi ni.”Balas Datin Suraya dengan tersenyum lebar.

“Tak sabar sangat ummi dengan walid nak terima menantu ni. Kenapa tak terus pinangkan je untuk abang…”usik Rafaal lagi.

“Abang tak kisah ke?”Tanya Datin Suraya dengan wajah yang serius. “Kalau nak, esok pun ummi dengan walid sanggup pergi rumah dia.”

“Ummi ni, abang gurau je la. Serius sangat ummi ni tau.”Jawab Rafaal ketawa mendengar kata-kata Datin Suraya.

“Yela…kalau betul nak. Lagi bagus. Lagi cepat abang kahwin, lagi cepat ummi dengan walid dapat cucu.”balas Datin Suraya dengan senyuman yang makin lebar.

“Nantilah dulu mi..”balas Rafaal pendek. Wajah Afia datang lagi menjengah di ruang matanya. Wajah wanita itu makin kerap muncul dalam hidupnya. Ingin diluahkan rasa hati, masih belum terungkap. Kini umminya mula menuntut agar dia cepat berumahtangga. Inginkah gadis itu menerimanya? Tak terkejutkah dia kalau aku tiba-tiba melamar dia? Resah dia memikirkan kebarangkalian jawapan yang bakal diterima oleh Afia nanti.

“Nanti ummi call kawan ummi tu lagi ye bang. Abang dah setuju kan?”Soal Datin Suraya ceria. Rafaal hanya menganggukan kepala. Dahinya berkerut memikirkan soal Afia. Kini, dia berjanji dengan umminya pula untuk berkenalan dengan wanita lain. Segala-galanya bercampur-aduk di dalam kepalanya. Mata masih tetap terhala di skrin tv nipis itu.

“Abang, ummi nak tengok walid dululah. Terima kasih sebab abang tak hampakan harapan ummi.”Ujar Datin Suraya sebelum meninggalkan Rafaal keseorangan di situ.

Rafaal hanya tersenyum tawar. Dalam kepalanya ligat memikirkan Afia Alliyana. ‘Ahh..Tak boleh jadi ni. Aku kena tanya dia jugak ni.’ Gerutu Rafaal sendiri lantas menekan butang merah di alat kawalan jauh dan dia memanjat tangga untuk masuk ke bilik. Dia ingin menghubungi Afia waktu itu juga. Berkobar-kobar semangatnya.

Sampai di bilik, Rafaal baring telentang di tengah katil. Tangan kanannya memegang telefon bimbitnya dan berkira-kira untuk menghubungi Afia. Nama gadis itu dicari di dalam senarai simpanan. Merenung lama nama itu. Entah kenapa rasa gugup pula untuk menghubungi gadis itu. Tadi bukan main lagi dia bersemangat. Dengan lafaz bismillah, dia menekan juga butang hijau. Setelah beberapa saat menunggu, talian disambungkan.

“Assalamualaikum abang..”terdengar suara halus itu memberi salam.

“Err..waalaikumussalam..”Rafaal termalu sendiri apabila dia lupa ingin memberi salam terlebih dahulu.

“Dah lewat-lewat ni bang..ada apa-apa ke?”tanya suara halus itu. Rafaal mengilas jam di tepi katilnya sudah 12 tengah malam.

“Err..takda apa.. saja je call..”balas Rafaal gugup. Dia mengetuk kepalanya sendiri kerana tergagap-gagap pula menjawab pertanyaan gadis itu.

“Erk? Takda apa-apa? Takkan pulak saja-saja call nak dengar suara Pia kot..”tutur suara halus itu ceria.

“Ha’ah..”balas Rafaal spontan. Sekali lagi dia mengetuk kepalanya. Nampak sengat dia teruja sangat mendengar suara gadis yang mula dipuja itu.

“Hah! Abang ni okey ke tak ni?”

“Err..okey okey.. abang gurau je..”dalih Rafaal. Termalu sendiri lagi.

“Macam-macamlah abang ni..cakaplah betul-betul..Pia nak tidur ni bang. Esok kerja. Abang pun kerja kan..”Ujar suara itu lagi.

“Err..sorry,..abang sebenarnya..”Rafaal mati kata-kata. Tiba-tiba dia risau akan penerimaan Afia tentang hasrat hatinya.

“Abang apa?”sergah suara halus itu apabila Rafaal tidak menyambung kata-katanya.

“Abang suka Pia.”Balas Rafaal cepat kerana terkejut dengan sergahan Afia yang tiba-tiba. Entah kenapa lancar sahaja mulutnya itu menuturkan.

“Hahaha..abang ni kenapa?”terdengar suara halus itu mentertawakannya.

“Pia..abang serius ni..”balas Rafaal sedikit tegas apabila mendengar suara Afia yang masih mentertawakannya.

“Abang ni jangan nak bergurau tengah malam ni boleh tak? Abang takda kerja eh?”balas suara di hujung sana dalam sisa tawanya.

“Abang tak bergurau. Abang serius ni Pia. Abang rasa abang dah mula suka Pia. And…maybe abang dah mula cintakan Pia..”jujur Rafaal meluahkan rasa hatinya.

“Abang! Jangan nak main-main boleh tak?”balas suara itu tegas.

“Abang tak main-main Pia.”jawab Rafaal cepat.

“Pia tak suka abang macam ni.”Balas suara itu perlahan sebelum memutuskan talian.

Rafaal terpinga-pinga bila talian diputuskan. Dia merenung telefon bimbitnya sepi. Keluhan berat terzahir di bibirnya. Kecewa mendengar jawapan dari mulut Afia. Terasa semangatnya hilang di bawa bersama dengan jawapan Afia tadi. “Afia Alliyana Ramlee”tutur Rafaal perlahan seraya memejam matanya. Biarlah apa yang diucapkan oleh Afia tadi sekadar mimpi.

…………..

“Pia, kenapa ni? Okey ke?”tegur Iffat mendapatkan Afia di gazebo tepi rumah. Afeef pula terus masuk ke dalam rumah selepas turun dari kereta tadi. Terdengar suara Aqil yang terjerit-jerit di dalam rumah memanggil Afeef.

“Hmm..okey..”balas Afia lemah. Masih terngiang di telinganya kata-kata Rafaal semalam. Satu hari moodnya hilang gara-gara kata-kata Rafaal yang begitu mengusik tangkai hatinya. Tidak menyangka lelaki itu menaruh perasaan terhadapnya. Patutlah wajah lelaki itu serba tidak kena apabila duduk berhadapan dengannya.

“Pia ni sama dengan abang Afeef tu. Mulut kata okey, muka macam mangga tak masak.”Omel Iffat seraya duduk di sisi Afia. Gadis itu tersenyum kelat.

“Kak..semalam kan…”jawab Afia gagap. Dia masih berkira-kira untuk mengadu hal itu kepada Iffat kerana dia tahu Rafaal pernah menaruh perasaan terhadap kakak iparnya itu.

“Kenapa dengan semalam? Pia dah setuju eh nak kenal dengan anak kawan mama tu?”balas Iffat cuba bergurau.

“Apalah akak ni. Ke situ pulak..bukanlah..”gerutu Afia. Iffat di sisi sudah ketawa kecil.

“Dah tu…pasal apa?”tanya Iffat dalam sisa tawanya.

“Abang Rafaal…”jawab Afia perlahan.

“Hah? Kenapa pulak dengan dia?”tanya Iffat pelik apabila nama Rafaal yang meniti di bibir itu.

“Malam tadi dia call Pia..”terang Afia masih dalam nada yang sama.

“Erk? Apa kes pulak?”tanya Iffat masih tidak mengerti.

“Dia cakap dia mula cintakan Pia..”balas Afia mendatar.

“What?”balas Iffat dengan separa menjerit.

“Akak!”tegur Afia apabila mendengar Iffat yang separa terjerit.

“Biar betul Pia ni..?”balas Iffat memperlahankan suaranya.

“Betullah kak… Ingat Pia main-main ke hal macam ni? Akak tau kan prinsip Pia macam mana. Pia tak naklah bercinta-cinta ni.”Ujar Afia dengan mata terhala ke arah pokok-pokok orkid yang sedang berbunga indah yang menghiasi taman mini di hadapannya.

“Hahaha..”pecah tawa Iffat mendengar kata-kata Afia. Dia tidak pernah menyangka usikannya selama ini mengenakan Afia dan Rafaal betul-betul menjadi kenyataan.

“Kenapa akak ketawa pulak ni? Pia tak buat lawaklah..”gerutu Afia geram seraya mencubit pinggang Iffat.

“Takdalah..akak macam tak percaya je Rafaal nak cakap macam tu kat Pia. Dulu akak gurau je. Tak sangka pulak…Hehe..”ujar Iffat dalam sisa tawanya. “Ohh..patutlah hari tu masa makan sekali, dia macam tak selesa je..”sambung Iffat lagi apabila teringat perangai Rafaal yang berubah dengan tiba-tiba apabila Afia duduk makan bersama tempoh hari.

“Apa yang tak selesa?”sampuk Afeef yang tiba-tiba muncul dengan Aqil di muka pintu.

“Err..takda apalah..”jawab Afia cepat risau abangnya itu mengetahui hal sebenar. Dia tahu abangnya itu tidak menyukai Rafaal.

“Yela takda apa…Hmm..Iffat, jom balik. Abang ingat nak singgah Jusco kejap.”Ujar Afeef yang sudah berdiri di hadapan dua wanita itu.

“Eh sekejapnya. Kak Hamani belum masuk rumah lagilah bang.”Balas Afia pula.

“Ala..abang nak beli kemeja lagi la… tengah ada sale ni..”Beritahu Afeef seraya mendapatkan Aqil yang sedang mengutip batu di tepi pokok bunga orkid mamanya.

“Kemeja? Hari tu bukan dah beli ke? Tak habis pakai lagi kan..”balas Iffat memerhati Afeef yang memimpin Aqil mendapatkannya semula. Anak kecil itu semakin lincah sekarang. Pantang dibiar lepas, ada sahaja yang cuba dilakukan.

“Hehe..tu yang hari tu. Ni yang hari ni la..”Afeef hanya menayangkan barisan giginya.

“Yela yela.. kejap, Iffat jumpa mama dulu.”Balas Iffat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

“Mengada betul abang ni…”kata Afia pula sebelum mengekori langkah Iffat masuk ke dalam rumah. Dia risau Afeef akan bertanya lanjut tentang hal tadi apabila tinggal berdua di situ.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 36”
  1. rieda says:

    nak lagi blh?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.