Novel : Biar aku jadi penunggu 37

20 March 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

37_arsha

“Iffat, betul ke mama nak kenalkan anak kawan mama dengan Afia?” tanya Afeef ketika duduk di pangkin hadapan rumah Iffat petang hujung minggu itu. Aqil dibiar lepas berjalan tapi masih dalam pemerhatian mereka berdua. Puan Hasmidah pula leka membersihkan rumput-rumput kecil di dalam pasu tepi rumah. Sesekali si kecil Aqil turut melakukan perkara yang sama.

“Ha’ah. Kata mama nak jemput sekali datang kenduri doa selamat rumah kita next week.” Terang Iffat dengan matanya masih terhala ke arah Aqil dan ibunya.

“Ye ke? Hmm, Iffat kenal ke anak kawan mama tu?” tanya Afeef lagi.

“Entah..tapi mama kata dia ada datang masa nikah kita dulu..” jelas Iffat.

“Ye ke? Siapa eh? Hmm, abang rasa kawan mama semua abang kenal. Yang mana satu ni..” Berkerut-kerut dahi Afeef memikirkan kawan-kawan Hajah Zubaidah yang dikenali.

“Kata mama kawan sekolah dia dulu..” tambah Iffat lagi.

“Ye ke.. Hmm..tak perasanlah yang mana satu. Penat abang fikir.. Err.. Iffat setuju ke kalau Afia terima anak kawan mama tu?” tanya Afeef sengaja ingin mengetahui pendapat Iffat memandangkan wanita itu begitu rapat dengan Afia.

“Erk? Kenapa tanya Iffat pulak. Kan yang nak kahwin Afia. Bukan Iffat..” balas Iffat dengan senyuman kecil di bibirnya. Pelik dirasakan soalan Afeef.

“Memanglah bukan Iffat. Kalau Iffat, meh sini jumpa abang dulu. Siapa yang berani nak ngorat isteri abang ni..” balas Afeef bersemangat. Iffat di sisi sudah mengekek ketawa.

“Apalah Afeef ni. Sudah tentulah takda siapa nak Iffat ni. Badan kurus kering takda isi..nak peluk pun tak sedap..” kata Iffat dalam sisa tawanya. Sengaja dia mengulangi kata-kata Afeef yang mengkritik tubuhnya terlalu kurus.

“Takpa. Abang nak. Tapi nanti abang sendiri yang kasi berisi sikit badan ni..” ujar Afeef seraya mesra memeluk bahu Iffat.

“Hish. Tak malu ke mak tengok.” Tegah Iffat cuba mengelak.

“Ala..bukannya abang buat apa pun..” balas Afeef selamba dengan senyuman lebarnya. Tangannya masih erat di atas bahu wanita itu tanpa mempedulikan Iffat yang berusaha menjarakkan diri. Malah semakin kejap dia memeluk bahu Iffat.

“Hamani, ambik anak kamu ni. Tangannya habis bertanah dah ni.” Panggil Puan Hasmidah tiba-tiba. Tanpa menunggu lama Iffat terus bangun meninggalkan Afeef. Dengan itu dia dapat melarikan diri daripada Afeef.

“Sayang..kenapa main tanah ni? See, so dirty..” marah Iffat sambil mengibas perlahan kedua tangan Aqil yang bertanah. Si kecil itu pula hanya diam memerhati wajah Iffat.

“Kenapa ni?” tanya Afeef pula yang sudah menghampiri mereka berdua.

“Ni anak Afeef ni entah apa yang dikoreknya. Habis kuku-kuku pun masuk tanah ni.” rungut Iffat yang cukup menjaga kebersihan dan kesihatan Aqil. Dalam dia leka membersihkan tangan dan kuku Aqil, wajah Afeef sudah bertukar riak. Terkesan dengan kata-kata Iffat, ‘anak Afeef’ yang digelarkan kepada Aqil.

“Sini dekat papa sayang…” Kata Afeef sedikit keras seraya terus mengangkat Aqil dari pegangan Iffat.

“Afeef..” panggil Iffat apabila Afeef terus membawa si kecil itu terus membawa masuk ke dalam rumah. Pelik dengan tindakan Afeef, dia terus mengekori langkah Afeef.

“Afeef,..” panggil Iffat lagi apabila Afeef langsung tidak menyahut panggilannya.

“Feef, Iffat boleh mandikan Aqil.” Kata Iffat lagi apabila melihat Afeef membuka baju dan seluar Aqil.

“Takpelah. Abang boleh mandikan anak abang ni sendiri.” Balas Afeef dan sengaja ditekankan perkataan anak.

“Takpa. Iffat boleh buat..”ujar Iffat lembut sambil mencapai tangan Aqil untuk dibawa ke bilik air.

“Takpa, abang boleh buat.” Balas Afeef sedikit keras. Cepat sahaja dia menolak tangan Iffat.

“Afeef…” panggil Iffat perlahan. Afeef tidak menghiraukan panggilan Iffat dan terus masuk ke bilik air memandikan Aqil.

Keluar sahaja dari bilik air, Iffat setia menanti di muka pintu dengan tuala di tangan. Tanpa banyak soal, Afeef terus mengambil tuala itu dan membawa Aqil terus masuk ke dalam bilik. Iffat hanya mengekori langkah Afeef.

‘Kenapa dia ni? Aku ada salah cakap ke?’ omel Iffat di dalam hati.

“Afeef, biar Iffat yang pakaikan..” ujar Iffat menawar diri untuk memakaikan baju pada Aqil. Memang sebelum ini pun, dia yang menjaga makan pakai si kecil itu.

“Kan ni anak abang. Abang boleh buat semua.” Balas Afeef mendatar. Riak wajahnya tidak berperasaan.

“Apa Afeef cakap ni…Iffat taulah ni anak Afeef…” jawab Iffat perlahan. Dia tidak memahami apa sebenarnya yang membuatkan Afeef berkata demikian. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata Afeef yang menegaskan Aqil adalah anaknya. Ya. Memang diakui itulah hakikat yang sebenar.

“Lepas ni biarlah abang yang uruskan hal Aqil. Diakan anak abang,..” balas Afeef lagi masih dalam nada yang sama. Cuma perkataan anak itu sedikit ditekankan seperti tadi.

“Afeef… tak payah nak ingatkan banyak kali yang Aqil ni zuriat Afeef. Dia memang bukan zuriat yang lahir dari rahim Iffat… Tapi Iffat tak pernah pun anggap dia macam anak orang lain. Iffat sayang dia macam anak Iffat sendiri…” tutur Iffat yang mula sayu dengan kata-kata Afeef.

Afeef memandang wajah yang mula keruh dihadapannya itu. ‘Ni siapa yang marah siapa pulak ni. Tadi bukan ke dia yang kata ni anak aku’ desis hatinya sendiri. Dia sendiri terasa dengan kata-kata Iffat yang mengatakan Aqil adalah anaknya.

“Tadi bukan ke Iffat yang cakap ni anak abang..” balas Afeef selepas menyiapkan Aqil.

“Mana ada?” jawab Iffat cepat.

“Tadi yang kat luar tu. Yang Iffat marah Aqil main tanah tadi. Iffat yang cakap ni anak abang kan.” Kata Afeef tidak mengalah.

“Sebab tu la Afeef tak kasi Iffat mandikan Aqil? Sebab tu?” tanya Iffat. Afeef hanya mendiamkan diri. Aqil pula sudah duduk di pangkuan Iffat.

“Maaf kalau itu yang buat Afeef terasa. Iffat takda maksud apa-apa pun tadi… I’m sorry..” ucap Iffat perlahan. Aqil erat dalam pelukannya. Afeef meraup wajahnya perlahan.

“Iffat..abang sebenarnya tak suka Iffat cakap macam tu. Abang rasa macam antara Aqil dengan Iffat ada boundary. Abang taknak macam tu. Agaknya Aqil pun dah tak kenal mummy dia yang sebenar. Iffatlah mummy dia sekarang…Kalau kita ada anak nanti pun abang taknak kita beza-bezakan.” Balas Afeef sama perlahan.

‘Anak kita?’ bisik Iffat dalam hati. Memang dia teringin untuk mempunyai zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri. Ingin merasai macam mana rasa peritnya untuk melahirkan. Besar harapan Afeef kepadanya. Tapi, harapan itu masih belum dapat dilaksanakan. Hatinya belum cukup kuat untuk menyerahkan sepenuhnya rasa kasih dan sayang kepada Afeef.

“Afeef, lepas ni kita jangan lagi ungkit pasal hal ni. Iffat sayang sangat Aqil. Pasal anak…Iffat mintak maaf. Kalau Afeef sanggup tunggu, bagilah Iffat peluang untuk bersedia…” ujar Iffat seraya mengeratkan lagi pelukannya pada Aqil. Si kecil itu hanya diam dan selesa berada dalam dakapan Iffat. Si kecil itu masih belum memahami apa sebenarnya yang berlaku di sekelilingnya.

Dia akan berusaha memupuk rasa kepercayaan kepada Afeef agar dia boleh menyerahkan segala yang dimiliki untuk dikongsikan bersama. Itu janjinya. Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka.

Afeef menghadiahkan segaris senyuman dan duduk rapat di sebelah Iffat. Tidak sesekali dia akan memaksa Iffat untuk melaksanakan tanggungjawab yang satu itu. Dia akan sabar menanti. Dia memeluk kedua insan yang telah mengisi ruang hidupnya kini erat. Tidak sesekali dia akan menyakiti dua insan yang amat berharga itu. Itu tekadnya di dalam hati.

………….

Berpuluh kali Rafaal menghubungi Afia. Tetapi sekali pun gadis itu tidak menjawab panggilannya. Telefon bimbit dicampak ke atas katil. Dia menghempaskan diri di situ. Geram dengan Afia yang langsung tidak menjawab panggilannya. Telefon itu tadi dicapai semula dan jarinya mula menaip di papan kekunci untuk menghantar mesej pula. Selepas kes dia meluahkan hasrat hati itu, setiap hari Rafaal cuba menghubungi wanita itu. Tetapi langsung tidak mendapat balasan. Ingin bertanya kepada Iffat, risau pula Iffat akan bertanya lanjut.

Selepas siap menaip, Rafaal membaca semula agar tidak ada apa yang terciciri lagi sebelum menekan butang hantar. Dengan lafaz bismillah dia menekan butang hantar.

++ Assalamualaikum. Pia. Abang mintak maaf. Abang tau abang tergesa-gesa. Tapi, abang nak tau jawapan terakhir Pia. Lepas ni abang takkan ganggu Pia lagi. Please. Replay mesej abang ni.

Berkali-kali dia menyebut nama Afia Alliyana agar gadis itu membalas mesejnya. Setelah hampir setengah jam menanti, namun hampa. Telefon bimbitnya sepi dari sebarang bunyi. Terzahir keluhan berat dari bibirnya. Hampa menanti mesej dari gadis yang dinanti, Rafaal bingkas ke bilik air untuk berwuduk. Dia belum menunaikan solat asar sejak dari tadi. Sebelum melangkah sempat lagi dia memandang sepi telefon bimbitnya.

Usai solat asar, Rafaal terus menukar pakaian. Santai dengan jeans biru gelapnya dan t-shirt putih berkolar. Tiba-tiba dia terasa ingin ke kedai yang pernah dikunjungi bersama Afia dan Iffat sebelum ini.

“Abang, nak pergi mana ni?” tegur Alia ketika berselisih di tangga.

“Abang nak pergi ambik angin kejap. Adik nak ikut jomlah.” Ajak Rafaal mesra. Terasa ingin meluahkan apa yang dirasai kini.

“Hmm..boleh jugaklah. Tapi kena balik awal lah bang. Flight adik kan pukul 10 malam ni.” Beritahu Alia manja. Dia akan berlepas ke India malam itu.

“Ops. Abang lupalah. Kalau macam tu tak payahlah adik ikut.” Putus Rafaal. Dia terus melangkah ke pintu utama.

“Alaa abang ni..dah ajak orang lepas tu tak jadi pulak.,.” rungut Alia. Kecewa apabila Rafaal membatalkan pelawaannya tadi. Rafaal hanya tersenyum mendengar kata-kata adik kesayangannya yang berbau rajuk.

“Alaa adik ni. Tu pun nak merajuk. Ye la. Kan flight adik malam ni. Barang semua dah habis kemas ke? Nanti kelam-kabut pulak. Abang keluar sekejap je ni.” Balas Rafaal yang setia berdiri di muka pintu.

“Tak kira. Adik nak ikut jugak. Sekejap je kan. Abang tunggu kejap. Adik pakai tudung.” Balas Alia sebelum melangkah masuk ke bilik.

Rafaal hanya menggelengkan kepala melihat Alia yang berjalan pantas masuk ke bilik. Dia tahu kedegilan adiknya itu. Rafaal terus melangkah ke kereta kesayangannya untuk menghidupkan enjin.

“Abang, kita nak ke mana ni?” tanya Alia selepas beberapa minit perjalanan.

“Kan abang kata nak ambik angin. Ha, ambiklah angin tu.” Ujar Rafaal seraya menekan butang di sisinya untuk menurunkan cermin tingkap di tempat duduk Alia.

“Abang!” kata Alia separuh menjerit seraya menampar bahu abangnya di sisi. Mengekek ketawa Rafaal.

“Ye la. Betul la abang cakap. Adik yang nak ikut sangat. Ha, bukak mulut luas-luas tepi tingkap tu..” usik Rafaal lagi. Sengaja dia mematikan penghawa dingin untuk merasai angin petang. Pantas tangan Alia mencubit lengan sasa abangnya.

“Padan muka!” kata Alia. Dia menjuihkan bibir kepada abangnya.

“Eleh. Buatlah mulut macam tu. Nanti Allah jadikan betul-betul macam tu baru tau.” Gurau Rafaal lagi.

“Takda takda takda..” balas Alia cepat seraya tersenyum lebar kepada abangnya.

“Abang nak belanja Lai chi kang. Kat India nanti tak dapat.” Ujar Rafaal seraya membelokkan keretanya masuk ke kawasan medan selera yang dimaksudkan. Di situlah kali terakhir dia berbual mesra dengan Afia. Waktu makan beberapa hari lalu pun Afia hampir merajuk kerana dia.

“Hmm..sedap. Abang, nanti adik nak bungkus sekali eh. Hehe..” balas Alia dengan senyuman lebarnya.

“Erk. Buat apa? Takkan nak bawak naik flight pulak malam ni?” tanya Rafaal sengaja mengusik.

“Apalah abang ni…adik nak makan banyak-banyaklah. Abang jugak kata kat India takda.” Jawab Alia selamba. Matanya liar memandang ke sekitar medan selera itu. Luas dan ramai pengunjung. Paling menarik kawasan taman permainan yang cukup cantik di hadapannya.

“Dah..jom..tunggu apa lagi.” Ujar Rafaal selepas mematikan enjin kereta Honda Civicnya. Hasil kerja sambilannya baru dia dapat memeliki kereta idaman itu. Banyak wang yang dibelanjakan demi memastikan kereta kesayangannya itu sentiasa cantik, bersih dan macho seperti kata umminya.

“Abang, tunggulah kejap.” Panggil Alia yang cuba menyaingi langkah panjang Rafaal. Disebabkan pengunjung pada petang itu ramai, terpaksa dia meletakkan kereta jauh sedikit daripada restoran tersebut. Rafaal memperlahankan langkahnya menunggu Alia. Alia pula dengan selamba memegang tangan Rafaal untuk berjalan beriringan. Jika sesiapa yang melihat, pasti menganggap mereka pasangan yang sedang hangat bercinta. Sama cantik sama padan. Cuma badan Alia yang kecil molek jauh lebih rendah dari Rafaal.

“Adik,habislah jatuh saham abang…” bisik Rafaal perlahan ketika mereka menghampiri kawasan restoran tersebut.

“Alah..biar jatuh. Padan muka abang. Kan ummi nak kenalkan dengan anak kawan dia. Hehe..” jawab Alia selamba. Semakin erat dia memegang lengan Rafaal.

“Dengkilah tu kan…” balas Rafaal. Dia pun tidaklah kisah berjalan begitu dengan adiknya sendiri. Memang sejak dari dulu lagi dia dan Alia terlalu rapat. Dan seringkali juga apabila keluar bersama Alia, mereka akan beriringan begitu.

Sampai je pintu masuk restoran, Rafaal mencari-cari tempat duduk yang masih kosong. Dalam matanya tercari-cari meja kosong, dia terpandangkan satu raut wajah yang saban malam menghantui tidur malamnya memandang tepat ke arahnya. Mata mereka bertatapan seketika sebelum Alia menariknya ke satu sudut. Dia nampak wajah itu jelas terkejut melihatnya dan Alia beriringan begitu. Dia perasan gadis itu berseorangan dan mungkin juga sedang menanti seseorang.

“Adik, tunggu sini kejap. Abang nak pergi order air lepas tu nak jumpa kawan abang kat sana tu.” Ujar Rafaal. Belum sempat lagi Alia membalas, kakinya diatur deras ke meja gadis tadi.

“Assalamualaikum.” Ucap Rafaal seraya menarik kerusi kosong di hadapan Afia.

“Waalaikumussalam” balas Afia perlahan sambil membuang pandang ke luar restoran tidak mahu bertentang mata dengan Rafaal di hadapannya.

“Pia tunggu orang ke?” tanya Rafaal sambil matanya mencari-cari sama ada Afia bersama orang yang mungkin dikenalinya.

“Hmm..” balas Afia pendek. Matanya memandang ke tempat duduk Rafaal dan gadis kecil molek yang bersamanya tadi. Gadis tersenyum manis kepadanya dan dia membalas tawar.

“Abang ganggu Pia ke?” tanya Rafaal lagi. Afia langsung tidak memandang wajahnya.

“Ganggulah jugak.” Balas Afia lagi sengaja menyakitkan hati.

“Err..sorry. But, give me five minute and I will go..” pinta Rafaal. Dia tahu Afia masih memarahinya.

“Hmm..” Afia membalas pandang Rafaal menanti butiran yang keluar dari mulut lelaki itu. Entah kenapa dia terlalu marah dengan lelaki itu. Sedangkan, tiada kesalahan besar pun yang dilakukan. Sekadar luahan hati seorang lelaki kepada seorang wanita yang dicintai. Apa yang menjadi masalahnya kini adalah penerimaan hatinya. Memang baginya tiada masalah, tetapi sayangnya pada Rafaal sebelum ini adalah sekadar sayang seorang abang seperti mana dia menyayangi Afeef. Tetapi, apabila melihat Rafaal bersama seorang gadis yang rapat di sisinya tadi, ada perasan cemburu yang cuba menjentik tangkai hatinya.

“Abang cuma nak tau jawapan Pia. Lepas ni abang takkan ganggu Pia lagi. Please…” ujar Rafaal lembut.

“Bagi Pia masa.” Balas Afia ringkas. Dia mengalih semula pandangan matanya dari terus menerus melawan panahan mata Rafaal. Ada kelainan yang dapat dilihat dalam sinar mata itu.

“Pia..,abang takda masa lagi Pia…” tutur Rafaal lagi. Kalau boleh dia ingin jawapan dari mulut Afia waktu itu juga memandangkan dia telah bersetuju untuk berkenalan dengan anak kawan umminya.

“Kalau tak boleh tunggu, abang anggap je Pia tolak.” Jawab Afia berani. Entah kenapa ringan sahaja mulutnya menuturkan. Padahal, hatinya bergetar hebat berhadapan dengan Rafaal saat itu.

“Pia…abang perlukan jawapan Pia tu. Ini untuk masa depan abang. Abang dah setuju dengan ummi abang. Dia nak kenalkan abang dengan anak kawan dia. Please Pia..” rayu Rafaal lembut.

“Abang ingat masa depan abang je. Ni pun untuk masa depan Pia jugak.” Balas Afia geram.

“Tapi abang dah janji dengan ummi abang Pia…Please Pia…” pujuk Rafaal.

“Baguslah kalau macam tu. Pia pun dah janji dengan mama Pia nak kenal dengan anak kawan dia.” Balas Afia berani. Entah kenapa tiba-tiba hatinya sedih mendengar kata-kata Rafaal yang akan berkenalan dengan wanita pilihan ibunya.

“Hah!…hmm..” terzahir keluhan dari mulut Rafaal apabila mengetahui Afia juga turut berada dalam keadaan yang sama. Dia meraup wajahnya beberapa kali untuk membuang gelisah hati.

“Err..Pia tak nak kita cuba dulu ke?” pujuk Rafaal lagi tanpa jemu.

“Abang bagilah Pia masa untuk fikir. Abang tak rasa ke semua ni cepat sangat?” tanya Afia semula. Dia tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba Rafaal boleh berubah hati secepat itu sedangkan sebelum ini hanya Iffat sahaja yang wujud di dalam hati itu. Dia tidak mahu sekiranya Rafaal berkahwin dengannya kerana ingin berada dekat dengan Iffat. Jauh-jauh dibuang pemikiran negatif yang datang menerjah kepalanya beberapa hari lalu.

“Memang semua ni cepat. Tapi, apa yang abang rasa bukan paksaan Pia. Ingat tak kali terakhir kita minum kat sini. Lepas je hari tu, hati abang tak pernah tenang Pia.” Terang Rafaal yakin. Dia tahu kata hatinya tidak pernah menipu ditambah pula dengan solat istikharah yang dilakukan saban malam. Dia yakin itu.

“Maaf bang. Pia tak boleh nak bagi jawapan sekarang..” balas Afia tenang. Dia tidak dapat memberi jawapan kepada Rafaal saat itu. Dia perlu memikirkan semasak-masaknya keputusan yang bakal menentukan kehidupannya masa hadapan. Mata Afia terpandang gadis yang datang bersama Rafaal tadi menghampirinya.

“Abang lamanya…Adik kat kaunter tu dah panggil banyak kali dah..” Rungut Alia yang datang menghampiri Rafaal yang duduk membelakangkannya. Dia menepuk perlahan bahu lelaki itu.

“Err..sorry..sorry..lupa pulak..” jawab Rafaal terkejut dengan kehadiran Alia di situ. Afia hanya memerhati kemesraan keduanya.

“Abang, siapa ni? Girlfriend eh?” tanya Afia seraya menghulurkan tangan kepada Afia.

“Ops, sorry again. Ni kawan abang. Afia Alliyana adik kepada Afeef Adwan merangkap adik ipar kepada Iffat Hamani.” Perkenal Rafaal dengan ayat yang sengaja diformalkan biar adiknya itu mengerti status gadis di hadapannya. Alia menampar lagi bahu abangnya.

“Pia, ni Riyana Alia binti Ehsan merangkap adik kepada Rafaal Haziq. Satu-satunya adik kesayangan a.k.a budak paling manja dalam keluarga.” Perkenal Rafaal kepada Afia pula. Alia menjuihkan bibir kepada abangnya apabila Rafaal menggelarkannya ‘paling manja’ dalam keluarga.

Afia menggariskan sedikit senyuman. Persoalan yang berlegar-legar dalam kepalanya akan status gadis kecil molek di sisi Rafaal itu terungkai sudah. Entah kenapa pula hatinya tenang mendengar status gadis kecil molek itu.

“Kak Pia, sorang je ke?” tanya Alia ramah. Dia seperti terpandangkan wajah Iffat apabila melihat wajah lembut Afia.

“Err..tak..akak tengah tunggu kakak akak. Dia ke kedai sebelah.” Jawab Afia mesra. Indah ciptaan Allah dihadapannya itu. Cantik, kecil molek. Paling yang dia kagum adalah cara pemakaian Alia. Cukup terjaga rapi dengan tudung labuh cantik terletak di kepala dan lengkap pula dengan sarung tangan walaupun dia mengenakan blaus labuh.

“Err..Pia, abang call Pia malam nanti eh. Abang nak kena gerak dah ni nak balik cepat. Budak kecik ni nak kena flight 10 malam nanti.” Beritahu Rafaal sebelum berdiri.

“Err..ye la.” Jawab Afia pendek. Tidak sampai hati pula menolak apabila Alia ada sama di situ. “Alia nak ke mana?” tanya Afia mesra dengan gadis itu. Suka dia melihat wajah lembut Alia yang tidak lekang dengan senyuman itu.

“Adik abang ni berangan nak jadi doktor. Hehe..” usik Rafaal seraya menarik perlahan hujung hidung Alia.

“Abang! Malu orang nampak.” Omel Alia apabila melihat ada mata yang melihat kemesraan mereka di situ.

“Eleh..tadi jatuhkan saham abang takpa pulak..” balas Rafaal selamba.

“Tu lain..” jawab Alia tak mengalah.

Afia hanya tersenyum melihat kemesraan keduanya. Hilang sebentar masalah hati yang membelenggu dirinya dan Rafaal.

“Err..good luck nanti ya…” ucap Afia sambil menghulurkan tangan kepada Alia. Tapi gadis itu pula terus memeluknya erat.

“Kak, tolong jaga abang adik ni.” Bisik Alia perlahan rapat di cuping telinga Afia. Afia hanya diam mendengar. Dengan senyuman sahaja yang dapat diberi untuk membalas kata-kata Alia. Gadis itu juga turut tersenyum ketika dia meleraikan pelukan.

“Err..Pia, abang pergi dulu. Pia take care.” Ucap Rafaal perihatin dengan keselamatan Afia yang berseorangan di situ.

“Err..abang pun..Lia, take care kat sana.” Balas Afia seraya tersenyum mesra.

“Thanks kak. Assalamualaikum..” ucap Alia sebelum jalan beriringan dengan Rafaal menuju semula ke mejanya tadi.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 37”
  1. rieda says:

    so sweet..nak lagi blh?

  2. nurul says:

    X saber nk tnggu smbungan…. Sweet sngat

  3. Yan dayana says:

    Cerita ini sangat menarik.tak sabar nak tunggu sambungan.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.