Novel : Biar aku jadi penunggu 39

6 April 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

bab 39

“Pia…” panggil Rafaal lembut apabila gadis yang sudah sah menjadi tunangannya seminggu lalu, diam membisu ketika talian disambungkan. Dia teringat lagi wajah Afia yang terkejut apabila melihat kedatangan ibubapanya menghadiri jemputan kenduri doa selamat itu disertakan dengan hajat merisik sekaligus pertunangan dijalankan. Itu juga atas permintaan Afia yang tidak mahukan majlis pertunangan.

Apabila umminya menyatakan nama gadis yang bakal diperkenalkan beberapa hari lalu, dia terus bersetuju dan dia juga yang telah mencadangkan urusan merisik dijalankan pada hari yang sama. Dia tahu gadis itu tidak akan menolak dan tidak menyangka pula gadis itu langsung bersetuju cincin yang disarungkan ke jari manisnya dianggap seperti cincin pertunangan. Katanya, tidak perlu majlis pertunangan yang lain. Ummi dan walidnya juga tidak membantah begitu juga dengan keluarga Afia.

“Pia…” panggil Rafaal lagi apabila gadis itu langsung tidak bersuara.

“Abang tak rasa kita terlalu cepat ke?” tanya suara halus itu tiba-tiba.

“Err..cepat apa?” tanya Rafaal kembali. Dia tahu apa yang cuba dimaksudkan oleh Afia. Tetapi, sengaja dia ingin membiarkan gadis itu berkata-kata. Kerana tiap kali dia menghubungi gadis itu, pasti dia yang akan bercerita itu ini.

“Yela..kan tak sampai dua bulan lagi kita nak nikah. Abang tak kisah ke?” tanya suara itu berbaur kerisauan yang menggunung.

“Hmm. Kan Pia jugak yang kata Pia nak bercinta dengan ‘orang’ yang sah jadi suami Pia. Abang dah sedia nak jadi ‘orang’ tu Pia…Apa yang Pia nak risaukan?” Balas Rafaal tenang. Dia tahu gadis itu masih belum dapat menerima dirinya sepenuh hati. Majlis merisik yang bertukar kepada majlis pertunangan tanpa dirancang juga menyebabkan dia sendiri tidak percaya akan status yang disandang kini. Tidak sampai dua bulan lagi majlis pernikahan akan dijalankan serentak dengan bakal kakak iparnya, Kak Afwan dan Abang Luthfi. Dia tidak menyangka dirinya diterima baik oleh ahli keluarga Afia melainkan Afeef yang kelihatan sedikit dingin dengannya. Entah apa yang dirisaukan oleh lelaki itu lagi mengenai status hubungannya bersama Iffat. Tiada apa lagi yang perlu dipersoalkan sekiranya dia sah menjadi suami Afia nanti. Dia tidak sabar menanti detik itu.

“Hmm…” terdengar pula keluhan berat dari suara halus itu.

“Abang, Pia nak tanya satu soalan boleh?” tanya suara itu tiba-tiba.

“Apa saja Pia nak tanya, Pia tanya ajalah. Banyak-banyak pun takpa.” Balas Rafaal mesra. Sentiasa berdebar hatinya apabila bercakap dengan gadis itu walaupun mereka tidak bersua muka.

“Err…Pia nak abang jujur dengan Pia. Hmm..kenapa abang pilih Pia?” tanya suara itu lembut.

“Sebab abang percaya dengan petunjuk yang Allah dah bagi kat abang. Abang percaya tu. Err..kenapa Pia tanya? Pia tak percaya kat abang ye?” tanya Rafaal semula ingin mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang difikirkan oleh gadis yang bakal menjadi suri hidupnya nanti.

“Err..bukan sebab Kak Hamani ke?”

“Iffat Hamani? Hmm..Abang dah agak dah. Mesti Pia akan cakap pasal Iffat. Mesti Pia ingat abang nak kahwin dengan Pia sebab nak dekat dengan Iffat kan…” duga Rafaal. Dia tahu soal itu pasti akan timbul juga di bibir gadis itu. Dan dia pasti, mungkin Afeef juga mempunyai tanggapan yang sama kepadanya tentang tujuan dia berkahwin dengan Afia. Dia bukan jahil tentang hukum hakam agama yang tidak tahu akan batas-batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan dia juga bukan manusia yang tiada hati dan perasaan sehingga sanggup mempergunakan wanita lain untuk mendapatkan wanita yang dicintai. Berdosa bagi manusia yang sengaja meruntuhkan masjid yang terbina. Dia bukan seorang manusia yang begitu.

“Err..Pia..”

“Hmm..takpalah Pia. Abang faham. Memang hubungan kita ni nampak macam tergesa-gesa. Tapi percayalah..hubungan yang terbina ni bukan atas sebab Iffat ataupun orang lain. Semuanya kerana Allah. Kalau Pia rasa Pia tak dapat nak terima abang, abang faham. Tapi tak salah kalau kita cuba kan. Dengan prinsip hidup Pia tu, macam mana nak berlaku kalau Pia sendiri tak nak cuba.” Terang Rafaal tenang. Dia cuba meyakinkan Afia tentang apa yang berlaku di antara mereka bukanlah kehendak nafsu atau juga hal lain. Dia yakin akan petunjuk yang Allah telah beri kepadanya untuk memilih Afia sebagai teman hidupnya.

“Err..Pia mintak maaf bang..” ucap suara itu lembut.

“It’s okey dear. Abang tak marah pun.” Balas Rafaal lembut. Berbunga kembang hatinya mendengar suara gadis itu. “Pia, kalau Pia ada apa-apa yang Pia nak tanya atau nak tahu pasal abang, Pia tanya ajalah. Abang tak nak akan ada isu-isu lain yang timbul lepas kita nikah nanti.” Sambung Rafaal. Terlalu takut andai ada perkara-perkara yang menjadi penghalang dalam perhubungannya nanti. Kini yang menjadi permasalahannya sekarang adalah soal Afeef Adwan. Lelaki itu kelihatan dingin apabila berhadapan dengannya. Malah, tiap senyuman yang dilemparkan seakan tersembunyi pelbagai maksud yang tersirat dan sukar untuk ditafsir.

……..

“Feef, kenapa dah seminggu ni macam takda mood je. Iffat ada buat salah ke?” tanya Iffat ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Takdalah..” balas Afeef mendatar.

“Are you sure? Kenapa Iffat tengok macam tak okey je? Ada apa-apa yang Afeef tak puas hati dengan Iffat ke?” tanya Iffat lagi tidak puas hati.

“Very sure..” balas Afeef dalam nada yang sama. Dia tenang dalam pemanduan walaupun jalan raya ketika itu agak sibuk kerana masing-masing sibuk bergegas ke tempat kerja. Nasib baik juga mereka selalu keluar awal dan tidak perlu untuk tergesa-gesa ke tempat kerja.

“Feef…sebab Rafaal ke?” duga Iffat. Dia perasaan perangai Afeef sedikit berubah selepas adik kesayangannya bertunang secara tidak rasmi dengan lelaki yang pernah menaruh perasaan terhadap dirinya.

“Hmm..” hanya keluhan berat yang keluar dari dua ulas bibir merah tanda empunya diri tidak merokok.

“Afeef, cakap ajalah kalau ada yang tak puas hati. Kita dah janjikan nak terus-terang kalau ada apa-apa yang tak puas hati. Kita boleh bincang.” Ujar Iffat lembut seraya memandang wajah Afeef yang tenang memandu.

“Iffat setuju ke Pia kahwin dengan Rafaal?” tanya lelaki itu tiba-tiba.

Seperti yang dijangkakan, pasti hal itu yang telah merunsingkan fikiran suaminya itu selepas kenduri doa selamat di rumah mereka tempoh hari. Iffat hanya tersenyum.

“La..abang tanya Iffat kan..Kenapa senyum pulak ni..?” tanya Afeef ketika kereta berhenti di lampu isyarat merah. Mengilas wajah Iffat di sisi yang manis dengan baju kurung hijau lembut. Kebetulan sedondon dengan baju kemeja yang dipakainya hari itu.

“Iffat dah agak dah..mesti sebab Rafaal. Kalau tak, takdanya sampai mogok lapar time kenduri hari tu kan..” sindiri Iffat dengan senyuman manis di bibirnya.

“Ala…abang tengok semua orang suka dengan Rafaal tu.” Rungut Afeef sebelum menggerakkan keretanya semula. Iffat sudah ketawa kecil mendengar rungutan daripada lelaki itu.

“Jealous ke?” tanya Iffat semula dengan senyuman penuh makna.

“Buang masa je abang nak jealous dengan dia..” dalih Afeef perlahan. Hakikatnya, dia memang cemburu melihat ahli keluarganya yang lain melayan mesra Rafaal dan paling menyakitkan hatinya adalah apabila Iffat berbual mesra dengan lelaki itu.

Mengekek ketawa Iffat mendengar kata-kata suaminya itu. Nampak sangat lelaki itu cemburu dengan Rafaal. Bukan dia tidak perasan ketika majlis doa selamat minggu lalu, banyak kali Afeef menjeling ke arahnya ketika dia berbual mesra dengan Rafaal. Padanya, tiada apa yang perlu dicemburukan kerana memang di antara mereka langsung tiada hubungan perasaan. Malah, kini Rafaal pula telah sah menjadi tunangan Afia.

“Abang seriuslah..gelak pulak dia..” rungut Afeef lagi.

“Yela..yela…Afeef tu. Kata tak jealous. Yang sampai tak makan hari tu kenapa?” tanya Iffat dalam sisa tawanya.

“Err..mana ada. Abang dah kenyang time tu.” Dalih Afeef lagi tidak mengaku.

“Alah..sudahlah Feef. Macamlah Iffat baru kenal Afeef semalam. Muka tu tak pandai nak menipu.” Balas Iffat selamba.

“Yela..abang mengaku. Iffat tu rapat sangat dengan dia. Entah-entah dia kahwin dengan Pia saja nak rapat dengan Iffat tak..” ujar Afeef pula meluahkan apa yang dirasa sepanjang minggu itu. Dia masih tidak mempercayai lelaki yang bernama Rafaal Haziq itu ingin mengahwini adiknya atas dasar cinta.

“Afeef!” marah Iffat. Terus mematikan senyuman di bibirnya. Dia tidak suka lelaki itu mengaitkan dirinya lagi dengan Rafaal. Baginya, pertunangan yang berlangsung minggu lalu sudah cukup membuktikan yang dia dan Rafaal tidak mempunyai hubungan perasaan yang serius. Tetapi hanya sebagai kawan sejak mereka sama-sama belajar dahulu.

“Please la..berapa kali Iffat nak cakap dengan Afeef?” Rungut Iffat geram. Bosan dengan sikap Afeef yang sentiasa mengesyaki hubungannya dengan Rafaal.

“Err…sorry..” Ucap Afeef perlahan apabila melihat wajah Iffat mula masam mencuka. Tidak seceria tadi.

“Pandai cakap maaf je kan. Lepas tu buat lagi…Sampai bila nak macam ni?” tambah Iffat lagi dengan sengaja membuang pandang ke luar tingkap. Afeef hanya mendiamkan diri.

Berhenti sahaja kereta di hadapan pintu masuk bangunan, Iffat ingin terus sahaja berlalu tapi pantas tangannya diraih. Iffat berpaling semula dan dia melihat Afeef menghulurkan tangan kepadanya. Baru sahaja dia ingin merajuk dengan Afeef dan tidak mahu bersalaman dengan lelaki itu walaupun ianya sudah menjadi rutin harian semenjak mereka duduk serumah. Dalam geram Iffat sambut juga salam itu dan dikucup hormat. Baru sahaja Afeef ingin mengucup dahinya seperti biasa, cepat sahaja Iffat menarik semula tangannya dan berpaling. Dia kecewa dengan sikap Afeef yang seakan-akan tidak pernah mempercayai kesetiaannya selama ini.

Afeef yang perasan kedinginan jemari itu menyambut huluran salamnya tadi, mengeluh sendirian. Dia tahu isterinya itu terasa dengan kata-katanya tadi. Entah kenapa rasa cemburunya sukar dibendung apabila melihat kemesraan Iffat dan Rafaal. Walhal, sudah berkali-kali wanita itu menerangkan duduk perkara yang sebenar. Cuma hatinya sahaja yang sering mengesyaki yang bukan-bukan. Afeef hanya memerhati sehingga kelibat Iffat hilang ke dalam bangunan. Sedikit pun wanita itu tidak berpaling kepadanya. Jika tidak, biasanya wanita itu yang akan melihat kepergiannya ke tempat kerja.

………………

“Iffat, you okey ke tak ni? Macam takda mood je? Biasanya bukan main berseri-seri lagi muka you tu I tengok…” tanya Isha yang baru duduk dengan di hadapannya dengan semangkuk bihun sup untuk makan tengah hari itu. Iffat pula hanya dengan dua keping sandwich tuna.

“I okey je. Pening kepala sikit.” Dalih Iffat sebelum menyedut perlahan jus orennya.

“Hmm. Macam-macamlah you ni. You nak pergi klinik ke? I boleh hantarkan?” ujar Isha menawarkan diri.

“No thanks. Nanti I naik office I makan panadol je okey la kejap lagi ni.” Jawab Iffat menolak lembut.

“Kalau apa-apa nanti you call je I okey?” Balas Isha seraya meniup perlahan bihun sup yang masih berasap nipis itu. Iffat hanya tersenyum tawar.

“Fat, I nak tanya you something la pasal Rafaal.” Tanya Isha tiba-tiba setelah keduanya mendiamkan diri.

“Rafaal? Kenapa pulak dengan dia? Bukan korang satu office ke?” jawab Iffat dengan pertanyaan semula.

“Memanglah satu office. Tapi dalam seminggu ni dua tiga kali je I nampak muka dia.” Adu Isha.

“Erk? I rasa macam selalu je I terserempak dengan dia. Kenapa pulak you boleh tak jumpa dia ni?” balas Iffat pelik. Pergi dan balik kerjanya mesti terjumpa dengan Rafaal. Kalau tidak di dalam lif, mesti di lobi bangunan.

“Ye ke? Entahlah. I tengok dia busy semacam je. Time lunch pun dia takda. Bila I tanya dia kata nak lunch dengan kawan kat luar.” Terang Isha tentang lelaki yang sudah lama diminatinya itu.

“Ada hal la kot…” balas Iffat pendek. Dalam kepalanya baru teringat akan pertunangan Rafaal dan Afia. Tertanya-tanya dalam hati sama ada gadis di hadapannya ini sudah mengetahui atau tidak akan pertunangan tanpa dirancang itu.

“Hmm..tapi kan. Ada satu hal lagi yang I pelik. Ada satu hari tu dia ada tanya I majalah apa yang banyak tunjuk design baju pengantin.” Ujar Isha mula syak sesuatu tentang Rafaal kebelakangan itu.

“Err,.. you tak tanya kenapa?” tanya Iffat kembali. Dia tahu sahabatnya yang seorang itu terlalu menyukai Rafaal sejak zaman di kampus lagi. Cuma dia tidak tahu sama ada lelaki itu menyedari atau tidak ataupun sengaja buat-buat tak tahu akan segala tindakan Isha selama ini.

“Dah..tapi dia kata saja je. Tu yang I rasa macam pelik je dia tu. You tak tahu apa-apa ke Fat? Kan you lagi rapat dengan dia..” balas Isha dengan memandang tepat wajah Iffat di hadapannya. Dia pasti Iffat mengetahui sesuatu apabila melihat wajah wanita itu serba tak kena apabila dia bertanya perihal Rafaal.

‘Ahh..sudah! Apa aku nak jawab ni? Takkan nak menipu pulak. Rafaal pun satu hal. Ni ada yang frust menonggeng jugak ni nanti.’ Gerutu Iffat dalam hati. Dia serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar.

“I rasa patut you tanya dia sendiri.” Balas Iffat ringkas sebelum menghabiskan sandwichnya tadi.

“Ada apa-apa yang you all sorok dari I ke?” tanya Isha lagi yang tidak berpuas hati mendengar jawapan Iffat.

“Err..Isha. I kena naik pejabat cepatlah. Baru I teringat, ada report yang kena I hantar petang ni jugak. I naik dulu eh..” Dalih Iffat sebelum berdiri untuk berlalu. Dia tidak tahu alasan apa yang harus diberikan kepada Isha. Risau kata-katanya nanti akan mengguris perasaan gadis itu.

“Iffat.. you tak jawab pun soalan I?” panggil Isha apabila melihat Iffat mula melangkah meninggalkannya.

“I tak tahu apa-apa. You tanya Rafaal sendiri okey? Bye!” balas Iffat yang mula menjauh.

………..

“Raf, you tak cakap dengan Isha ke you dah bertunang dengan Pia?” tanya Iffat ketika menanti kedatangan Afeef di tempat letak kereta itu. Kebetulan bertembung dengan Rafaal di hadapan lif tadi.

“Bukan I tak nak bagitahu. I rasa tak pentinglah nak hebohkan hal ni. Tunggu majlis nanti baru I ingat nak begitahu.” Balas Rafaal selamba seraya menghidupkan enjin kereta. Iffat setia berdiri di tepi pintu keretanya.

“Raf, tadi dia tanya I pasal you tau. Nasib baik I tak bagitau apa-apa. You tau tak yang dia dah lama suka kat you?” ujar Iffat sambil matanya meninjau ke jalan raya mencari kelibat Toyota Vios kepunyaan Afeef.

“I tahu..”

“Dah tu..kenapa you selama ni I tengok you macam tak kisah je..” balas Iffat pelik.

“Hmm..Entah. I tak rasa apa-apa la bila dengan dia. I anggap dia macam kawan biasa je la Fat. Bukan I tak cuba. Tapi, bila I makin rapat dengan dia, I langsung tak rasa apa-apalah Fat.” jelas Rafaal berdiri di hadapan Iffat.

“Hmm..I bukan apa, I risaulah nanti dia ingat I ni saja je nak rahsiakan dari dia. I tak tahulah apa jadi kalau dia tahu yang you dah bertunang. I rasa you pun tahukan dia tak kahwin sampai sekarang sebab nak tunggu you.” Balas Iffat dengan riak kerisauannya. Dia takut sahabatnya itu nanti tidak dapat menerima kenyataan yang Rafaal tidak pernah menyukainya. Ditambah pula dengan berita pertunangan Rafaal dan Afia.

“Hmm..I tak pernah bagi dia harapan apa-apa pun Fat. I rasa dia pun tahu sebelum ni I suka kat you.” Balas Rafaal dengan ketawa kecilnya.

“Tu hal lepas okey. Jangan you sibuk-sibuk nak ungkit. Kalau Afeef dengan Pia dengar, naya je kita tau. Tak kahwin you nanti.” Balas Iffat yang turut tergelak apabila memikirkan hal itu.

“I gurau je la. Bukan I tak tahu Afeef tu tak sukakan I. Tengok muka dia pun I tahu.” ujar Rafaal dalam sisa tawanya. Wajah yang tadi ceria sudah bertukar keruh.

“Sorry ya Raf kalau you tengok Afeef macam tu. Lama-lama I rasa nanti dia boleh terima you. Nanti I try cakap elok-elok dengan dia. You jangan risau okey. Cuma satu je yang I nak you buat. You tolonglah jaga Pia elok-elok. Dia tu adik yang paling rapat dengan Afeef you tau. Kalau apa-apa jadi kat Pia, I rasa dia takkan lepaskan you.” Sempat Iffat mengingatkan Rafaal.

“InsyaAllah. I akan cuba jadi yang terbaik untuk bakal isteri I tu nanti. You janganlah risau.” Balas Rafaal seraya tersenyum. Terbayang-bayang wajah manis Afia muncul di ruang matanya. Gadis itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda menerima kehadiran dirinya.

“Raf, I gerak dululah. Tu suami tercinta I dah sampai.” Seloroh Iffat apabila melihat kelibat kereta Afeef di hadapannya.

“Okey. Take care. Thanks pesanan you tadi.” Ujar Rafaal sebelum Iffat melangkah meninggalkannya.

Iffat hanya tersenyum seraya melambaikan tangan kepada Rafaal sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Afeef yang berkaca mata hitam dipandang sekilas. Terus mati senyuman di bibirnya.

“Rancak borak abang tengok? Ada cerita best ke?” tanya Afeef selepas kereta yang dipandu kembali ke jalan raya. Iffat hanya mendiamkan diri tidak menjawab sepatah pun pertanyaan Afeef.

“Sayang…” panggil Afeef lembut. Dia meraih tangan Iffat ke ribanya.

“Apa yang abang kena buat untuk tebus balik apa yang abang dah kata tadi..” sambung Afeef lagi.

Iffat menarik perlahan tangannya dari genggaman Afeef. “Kan Afeef tengah drive..” ujar Iffat perlahan. Matanya turut sama terhala ke tengah jalan yang mula sibuk dengan kereta pada waktu-waktu begitu.

“Sayang please…” ucap Afeef lagi tak jemu.

“Terima Rafaal dalam keluarga kita.” Jawab Iffat tenang. Itu saja harapannya kepada Afeef.

Terdengar keluhan berat yang terzahir dari bibir lelaki itu.

“Okey, up to you.” Jawab Iffat lagi apabila mendengar keluhan dari lelaki itu. Dia tahu Afeef sukar menerima kehadiran Rafaal.

“Okey..okey..abang cuba.” Balas Afeef cepat. Dia sanggup lakukan seandainya itu yang akan membuatkan Iffat memaafkannya.

“Jangan cuba je. Lepas tu ungkit balik. Iffat tak suka.” Ujat Iffat dengan nada yang sama. Biar Afeef tahu dia tidak menyukai perangai Afeef yang satu tu.

“Okey. Abang tak buat lagi…tapi abang pun ada satu benda yang nak Iffat buat untuk abang jugak.” Ujar Afeef pula seraya menoleh ke sisi. Tiba-tiba datang satu idea di dalam kepalanya. Dia juga mempunyai permintaan dan pastinya Iffat akan menuruti tanpa banyak soal.

“Aik? Apa pulak Iffat pun kena buat.” Tanya Iffat dengan kerutan di dahinya. Pelik dengan permintaan Afeef. Di hatinya mula risau dengan permintaan Afeef yang bukan-bukan.

“Call me ‘abang’..” jawab Afeef perlahan.

“Ala..bukan ke hari tu Afeef janji tak nak paksa Iffat..” Iffat masih memandang wajah Afeef di sisi yang tenang memandu.

“Yeke? Kenapa abang tak ingat pun..” balas Afeef selamba. Di dalam hatinya sudah menyanyi riang apabila mendengar rungutan dari bibir comel itu. Dia memandang sekilas ke wajah Iffat yang sudah memuncung itu.

“Abang tengok Pia tu elok je panggil Rafaal abang. Abang pun nak macam tu jugak.” Tambah Afeef selamba. Dia cemburu melihat adiknya memanggil Rafaal dengan panggilan abang walaupun dia tahu panggilan itu sekadar tanda menghormati Rafaal yang lebih tua daripadanya.

“Ala..tu Pia.. dia dah biasa panggil Rafaal dari dulu macam tu. Iffat manalah pernah. Tak biasa pun..” rungut Iffat lagi tak puas hati dengan permintaan Afeef. Dia tahu lelaki itu mengambil kesempatan akan syarat yang dia berikan tadi.

“Tak biasa tu la nak kena biasakan…” balas Afeef dengan senyuman lebarnya.

“Kalau Iffat tak nak?” tanya Iffat sengaja menduga.

“Iffat jangan salahkan abang kalau malam ni abang…” jawab Afeef seraya mengerdipkan sebelah matanya kepada Iffat. Senyuman di bibirnya penuh makna.

Spontan Iffat menampar bahu Afeef. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Afeef itu. Saat itu juga dirasakan wajahnya kebas. “Yela yela..” balas Iffat cepat. Dia takut sekiranya Afeef akan melakukan apa yang dinyatakan. “Mana aci main ugut-ugut ni..” rungut bibir comel itu lagi.

“Mana ada aci. Aci kat kedai mamak.” Balas Afeef selamba. Mengekek Afeef ketawa melihat wajah mulus itu merona merah. ‘Tahu takut…’ desis hatinya. Hanya dengan cara itu sahaja Iffat akan menurut semua kehendaknya. Menyanyi riang di dalam hati meraikan kemenangan di pihaknya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 39”
  1. rieda says:

    best2…nak lagi blh?

  2. HaS says:

    Arsha, sambungannya please….

  3. daney says:

    arsha, akak dah lost blog arsha… nama blog baru apa ek…

  4. arsha says:

    arshanew.blogspot.com

  5. ayatul husna says:

    smbung lgi dong….. best ar pla cta nie, xsbar nk bca…..

  6. iyossss says:

    lamenye next episod .. letih dah menunggu…cepat la xsabar nak tau kisah slanjutnye ni..

  7. nur aishah says:

    nk kna bli gak novel nie..mesti gak…!!

  8. eyna says:

    sila la beli novel ni… da ada di pasaran pun…. huhuuhuhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.