Novel : Boss Garang? Taklah… 1

28 May 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Hari ini merupakan hari pertama Nurul Ain bekerja di Venture (M) Corporation. Baju kurung riau berwarna biru laut dan tudung Syria abstrak biru kelabu pilihan hati untuk hari melapor diri. Usai dengan mekap ringkas, di hadapan cermin setinggi 4 kaki, Nurul Ain isytiharkan dirinya dah pun bersiap. Chaiyok! Chaiyok! Dia tersengih sendiri. Hmm… Formal, kemas dan ringkas. Sesuai benar dengan kasut tutup tumit seinci setengah dan tote bag hitam (boleh muat banyak barang) yang dihadiahkan Mak Su Hanim dua hari lepas.

Sesekali dia tersenyum sendiri teringat surat tawaran kerja yang diterima olehnya 2 minggu lepas. Tuhan saje yang tau betapa bersyukurnya dia kerana mendapat tawaran kerja dalam masa yang agak singkat setelah majlis konvokesyennya berlangsung 3 bulan yang lalu. Ia merupakan rahmat yang tak terhingga bagi fresh graduate sepertinya.

Dalam usia 23 tahun, dia terlompat-lompat dan menjerit gembira di hadapan deretan peti surat yang terletak di tingkat bawah apartment Sri Kaseh. Hilang malunya pada beberapa penghuni lain yang berlegar di situ. Ada yang tersenyum, ada yang memandang pelik, ada yang keningnya berkerut dan yang otai cuma menggelengkan kepala. Posmen yang masih dok terkial-kial memasukkan surat penghuni-penghuni apartment yang lain tidak jauh darinya cuma tersengih dan dan mengucapkan tahniah padanya. Tumpang gembira kot.

Al-kisahnya oleh kerana tak nak menyusahkan ibu saudaranya, Nurul Ain nekad mencari kerja dengan usaha tahap gaban punya. Hampir setiap hari dia pasti meniarap di tengah ruang tamu siap dengan newspaper, pen dan buku nota kecik untuk catatan. Semua yang tertera jawatan berkaitan pentadbiran dan kewangan ditanda, borang diisi dan semestinya Mak Su Hanim tolong hantar sebab dekat tempat kerja Mak Su Hanim ada pejabat pos mini. Sesuai gitu…

Kalau nak dikira, sekarang ni memang dah berlambak penganggur yang fresh graduate sepertinya. Tak dinafikan memang banyak projek yang kerajaan buat dalam usaha untuk membantu penganggur sepertinya tapi setakat duduk menunggu tapi tak berusaha, alamat sampai bila pun tak dapat kerja. Saingan banyak. Lainlah kalau mintak kerja guna kabel. Paling tak pun bukak syarikat sendiri atau mak bapak punya syarikat. Itu bagi yang memohon pekerjaan di syarikat swasta. Kalau nak mintak kerja gomen (government), queue dahlah panjang dan itupun belum lagi ikut kuota pengambilan. Alahai…

Nurul Ain berkira-kira sendiri sejak itu. Gaji yang ditawarkan agak lumayan dan paling confirm pun pukul rata setiap bulan dapat RM3200 dan tu belum buat kerja overtime seperti yang diarahkan atas kepentingan syarikat. Tolak KWSP dan Perkeso masih ada lebih kurang RM 2800. Dalam masa 6 bulan, tempoh percubaan tamat maka pengesahan jawatan akan dibuat. Tambahan gaji selepas pengesahan ada dalam RM400. Belum lagi increment tahunan (ikut performance kot). Fuh! Kayo mokcik! Janji boleh tolong Mak Su Hanim beli barangan keperluan rumah. Mujur tak perlu bayar PTPTN. Alhamdulillah, mungkin berkat doa arwah kedua orang tua dan ibu saudaranya, otaknya kira genius gak.

Nurul Ain menyanyi-nyanyi kecil keluar dari bilik menuju ke dapur. Jam di dinding menunjukkan pukul 6:30 pagi. Tak pe… Tak pe… Janji keluar dari rumah sebelum 7:00 pagi, pesan Mak Su sebelum bertolak ke Kuantan semalam. Naik lrt tak perlu menempuh kesesakkan jalanraya so jimat masa. Sempat sampai ke pejabat sebelum 7:45 pagi. Canteekkk…

Air milo panas dan nasi goreng kampung yang dimasakkannya sebelum mandi dan solat Subuh tadi dianaskan dan dihidang. Doa dibaca dan sarapan pagi dijamah. Kalau Mak Su Hanim ada, boleh sarap sekali. Siap gossip pagi lagi. Hari ini Nurul Ain terpaksa pergi ke tempat kerja sendiri memandangkan ibu saudaranya itu menghadiri seminar selama 3 hari bermula hari ini sehingga lusa, hari Rabu. Tak jadi hal pun sebab semalam dia dah praktis bagaimana nak ke pejabat.

Tok! Tok! Tok! Ketukan bergema di pintu apartment.

Nurul Ain bangkit dari kerusi meja makan menuju ke ruang tamu lalu pintu dibuka. Amiza tersengih di depannya dan kemudian terus melopong.

“Wei… Napa?” Tanya Nurul Ain yang pelik dengan mimik muka Amiza. Dia berundur selangkah untuk memberi ruang kepada Amiza melangkah masuk. Amiza, sahabat baikknya itu kemudiannya secara sukarela menutup pintu. Dia memandang Nurul Ain atas bawah.

“Lawanya ko, Ain. Ko nak pi kenduri ke, lapor diri first day keje?” Puji Amiza. Fuh! Kawan aku ni tak tau ke dia tu cantik? Lawa sokmo kawan aku nih. Badan sebijik sejibeng macam Scha Al-Yahya. Pakai apa pun lawa. Gerutu hatinya.

“Ish! Lawa apenye? Ko ni… Dah lah. Pi sarap kat dapur dulu. Aku nak gosok gigi jap. Kot-kot ada yang terlekat kat celah gigi ni. Nak tenyeh-tenyeh lipgloss sikit.” Jawab Nurul Ain acuh tak acuh.

“Dah siap sarap pun. Ibu masakkan mee mamak tadi. Dan nak dijadikan berita, the whole family dok hantar aku sampai depan pintu pagar rumah. Macam nak pi naik kapal terobang plak. Terharu aku. Ehem… Ehem.. Kena berdehem dulu sebelum berbalik pada topik asal. Betul Ain… Ko ni tak tau aset sendiri. Ko nampak comel nar pi lapor diri hari ni.” Amiza mengekori Nurul Ain hingga ke pintu bilik air.

Nurul Ain membiarkan Amiza bercakap sendiri. Malas rasanya dengar benda yang sama sejak 5 tahun lalu, detik bermulanya persahabatan mereka. Selepas membersihkan gigi tangannya pantas menenyehkan lipgloss agar bibirnya tidak kelihatan pucat. Touch up! Mak Su Hanim kata, time belajar biarlah wajah polos so nampak macam pelajar. Dah kerja kena bersolek biarpun ala kadar. Nampaklah makin dewasa.

“Ain! Ko dengar tak?” Ulang Amiza. Dia pasti benar Nurul Ain buat tak dengar dan lagi hampeh, buat bolayan.

“Apenye?” Ujar Nurul Ain. Dia keluar daripada bilik air dan membetulkan tudung serta kain baju kurungnya.

“Aku kata hari tu time interview ramai pekerja lelaki kat situ dok curi-curi pandang ko. Tu tak kira lagi yang datang temuduga. Takde orang pulak nak tengok aku. Hampeh betul! Aku tak molek ke? Ko tak ambik pusing dari dulu sampai sekarangkan?” Amiza menggeleng kepala, takjub dengan Nurul Ain. Kalau gadis lain… Lama dah bertanduk.

“Habis tu macamana tak nak bagi orang tengok?” Nurul Ain tersenyum. Amiza dilihatnya memuncungkan mulut. Tengah berfikir.

“He… He… Tak jumpe. Tapi betul ko nampak sweet. Siap pakai mekap lagi. Bila pulak ko pi beli mekap ni? Tak pernah nampak pun sepanjang kita belajar? Bukan jenama mahal pun. Tapi kalau dah molek, molek jugak. ” Tangannya membelek beg mekap jenama Avon di atas meja solek.

“Mak Su yang belikan. Ni pun baru tengahari semalam Mak Su ajar tenyeh sana sikit. Tenyeh sini sikit. Kursus pendek. Simple dan sesuai dengan keadaan, katanya. Ok tak?”

Amiza mengangguk-ngangguk. Giliran dia pulak berposing depan cermin. Tak nak nampak selekeh.

“Mak Su pi mana? Senyap je?” Topik bertukar. Mata Amiza melilau mencari.

“Selepas Maghrib semalam bertolak ke Kuantan. Ada seminar sampai lusa so sampai lusa jugalah kita naik lrt. Ko ok ke naik lrt?”

“Daripada sakit kaki nak tekan pedal clutch dan sakit hati dengan extra maki hamun lagi kat atas jalan raya, baik naik lrt. Tentu hala jugak kita sampai ke office. At least kalau lrt rosak, boleh salahkan lrt. Ramai-ramai kita satu lrt. Kalau lambat naik kereta sendiri, menjawab le kat boss. Takkan nak salahkan kereta?”

“Betul jugak. Hmm… Ok. Dah siap dah. Jom gerak.” Nurul Ain keluar ke ruang tamu menjinjing tote bag dan kasut barunya yang diletak di bawah katil. Amiza mengekornya dari belakang.

Leka Nurul Ain mengunci pintu grill dan apartment tetiba Amiza bersuara.

“Ada tak pihak HR call ko petang Jumaat?” Amira bertanya. Teringat sesuatu.

“Call? Tak de pun. Missed call pun rasanya tak de. Napa?” Nurul Ain berpaling. Kunci dimasukkannya ke dalam beg.

“Kita ada boss baru.” Jawab Amiza pendek. Dia sendiri pun tak pasti kenapa pihak HR telefon. Adakah sekadar mewar-warkan dapat boss baru? Mungkin!

“Apa yang peliknya dapat boss baru? Kita pun baru kan? Baru keje.” Kata Nurul Ain sambil tersenyum.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 1”
  1. rin says:

    Ada blog tak ??

  2. Azma says:

    Aaah, penulis ade blog x?mne tau leh advance cket…hehe

  3. emyamira says:

    mcm menarik..tp pendek sgt lah.

  4. zetty says:

    bestnye..awal2 da best..agak pendek kalau boleh akak panjangkan lah sket

  5. Aliah Mohd Salleh says:

    Permulaan bab 1 ni best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.