Novel : Boss Garang? Taklah… 10

2 August 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 10

Perasaan terperanjat dengan pertanyaan Mak Su Hanima membuatkan Nurul Ain gelabah. Amiza yang sepatutnya bercadang hendak melelapkan mata sekejap di biliknya di atas berhenti melangkah. Setapak, dua tapak mundur ke belakang.

“Ish! Orang takde lah Mak Su. Miza ada lah.” Ujar Nurul Ain cuba memesongkan perbualan ke arah Amiza yang tersengih seperti kerang busuk di tangga.

“Eh, nama aku pulak. Mak Su tanya dia boleh pulak nama aku yang masuk. No entry ada lah.” Balas Amiza selamba. Hatinya tertanya-tanya apa bala yang bakal menimpa Nurul Ain.

Hanima menjongketkan kedua keningnya. Dia memasukkan langsir dapur yang dilipatnya kemas ke dalam bakul berbentuk bulat.

“Kalau ada yang berkenan?”

Nurul Ain buat antara dengar dan tidak. Concentrationnya pada novel yang baru dibelinya tadi hilang, lesap entah di mana. Kenapa dengan Mak Su hari ini, gumam hatinya.

Melihatkan tiada respond daripada Nurul Ain, Amiza mencelah.

“Sapa?” Pantas Amiza bertanya. Ada modal baru untuk mengusik teman baiknya itu.

Nurul Ain meletakkan novelnya ke pangku. Geram benar hatinya dengan Amiza. Cadangnya apabila dia berdiam diri, Mak Su Hanima pun akan tamatkan perbualan mengenai perkara yang agak tidak menyedapkan hatinya.

“Bab sapa ni cepat pulak nak ambik tau.” Cebik Nurul Ain. Matanya dikecilkannya sedikit tanda amaran buat Amiza.

“Nanti Mak Su perkenalkan. Nak ke dapur ni. Nak makan cucur udang tak?”

“Nak!”

Nurul Ain dan Amiza menunggu Hanima melangkah masuk ke dapur. Apabila kedengaran riuh rendah dapur dengan kuali berlaga dan peti sejuk dibuka dan ditutup, mereka saling berpandangan. Nurul Ain menggaru dagunya. Keliru. Amiza pula berlari anak daripada tangga dan duduk di lantai bertentangan dengan Nurul Ain. Mereka saling berpandangan.

“Psst… Za, ko dengar tak apa yang yang aku dengar?” Tanya Nurul Ain. Bucu Novel di tangannya diketuk-ketuk di kepalanya.

“Aku dengar apa yang ko dengar, tapi dengar-mendengar ni, betul tak kita dengar?” Ujar Amiza. Muncung seribu.

“Aku dengar, ko dengar, sama-sama kita dengar.” Jari telunjuk Nurul Ain mengarah ke arah dirinya dan kemudian ke Amiza.

“Jadi tak salahlah apa yang kita dengar ni.” Amiza mengangguk-ngangguk.

Nurul Ain merebahkan badannya ke sofa. Kaki dilunjurkannya. Novel dibuka dan ditutup pada muka. Kedua-dua tangannya di depakan. Dia mengeluh.

“Apa aku nak buat?” Asalnya bertanya pada diri sendiri tapi tanpa sedarnya Amiza turut mendengar.

“Ko nak buat apa?” Tanya Amiza.

“Aku pun tak tau apa patut aku buat.”

“Tak perlu buat apa-apa kot. Wait and see?” Cadang Amiza.

Nurul Ain mengalihkan novel dimukanya.

“Aku tak sedap hatilah, Miza.”

“Wei… Tak de apa lah tu.” Pujuk Amiza sekadar menenangkan Nurul Ain.

“Umur Mak Su baru 39 tahun.”

“Err… Ko tak sedap hati sebab umur Mak Su ke?” Tanya Amiza pelik. Takkan sebab umur terus rasa tak sedap hati, detik hatinya.

“Ish! Maksud aku Mak Su muda lagi. Sepatutnya Mak Su lah dulu kan? Tapi boleh pulak kata ada orang berkenan kat aku. Dah macam mak-mak pulak. ”

“Takkan lah nak selamatkan diri, ko nak pass kat Mak Su…” Usik Amiza.

“Ko ni… Ke situ plak. Ish!” Marah Nurul Ain.

“Banyak benar ish ko petang Sabtu ni.”

“Cakap senang…” Lirih Nurul Ain bersuara.

“Habis tu Mak Su tanya ada boyfriend tak, ko kata takde tadi. Siap pass baton soalan kat aku.”

Ada benarnya kata-kata Amiza. Mana ada boyfriend? Mana hendak dicari lelaki yang bernama dan berstatus boyfriend? Kalau ada seorang…

**********

Dengan hati-hati Nurul Ain meletakkan minuman petang ke meja. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja ditinggalkannya Mak Su Hanima dengan tetamunya ini begitu sahaja tapi kerana didikan yang telah diajar, niat itu dibatalkannya. Anggap sahaja berehat di halaman rumah di waktu petang, pujuk hatinya.

Amiza pula membantunya menuangkan minuman panas dengan cermat. Dia cuba untuk tidak memandang ke arah Nurul Ain.

Berlainan dengan Shah Fairuz yang mengukir senyuman. Patutlah Ikhwan Iman, teman baiknya itu tidak senang duduk sejak dua menjak ini. Kalau gadis yang bernama Nurul Ain ini penyebabnya, memang dia antara penyokong tegar rancangan Irdina Iman.

“Duduk Nurul.” Kata Hanima pada anak saudaranya yang tercegat berdiri di sebelahnya. Melihatkan Nurul Ain tersentak, berat rasa hatinya untuk meneruskan lakonan tapi dikuatkan niat demi majikannya. Wajah Nurul Ain di matanya kelihatan kosong ketika ini.

Nurul Ain mengambil tempat duduk di sebelah Amiza berhadapan Mak Su Hanima dengan tetamu yang baru dikenalinya ini, Shah Fairuz.

“Err… Silakan, Encik Fairuz. Mak Su.” Pelawa Amiza sekadar berbasa-basi.

“Terima kasih. Takpe ke saya duduk sekejap ni? Apa pulak kata jiran-jiran?” Tanya Shah Fairuz. Risau juga datang ke rumah di mana semua penghuninya wanita.

“Tak pe, Fairuz. Bukan kat mana pun. Kat halaman rumah. Jemput minum tu. Susah-susah hantar hantar kereta sampai ke mari.”

“Tak pe. Bukan berat pun. Pandu saja. Ah Tee kata kirimsalam. Salam 1 Malaysia katanya.”

“Risau pulak nak jawab salam. Nasib baik salam 1 Malaysia. Nak ke mana selepas ni?”

“Sekejap lagi teman baik saya sampai. Saya tumpang Ikhwan, anak Tan Sri Md Ghazali. Lagipun kereta saya di parkir bengkel Ah Tee.” Sengaja menyebut nama teman baiknya untuk plot cerita lakonan akan datang.

“Iye tak iye jugak. Haa… Nurul, Amiza. Diam je? Tadi riuh satu rumah.”

Nurul Ain cuma tersenyum. Amiza tersengih.

“Anak saudara Kak Hanima?” Soalan diutarakannya pada tuan rumah.

“Nurul Ain je. Ni Amiza teman baik. Sekali dok serumah dan lagipun bilik banyak yang kosong.”

“Ooo…”

Bip!Bip! Telefon bimbit Shah Fairuz berbunyi tanda SMS diterima. Senyuman terbit dibibirnya. Showtime!

Bro, betul ke address ni?

Yup.

Rmh sapa?

Girl yg aku nk risik lh, bro.

Risik?

I’m in love, bro. Ko dtg x ni?

Tiada jawapan daripada Ikhwan Iman. Tiada SMS.

“Agaknya dah sampai kot.” Amiza meninjau di luar pagar. Macamana agaknya rupa Boss Garang, detik hatinya. Seseorang keluar daripada kereta Hyundai Tucson bewarna perak di depan pagar rumah. Tapi kereta itu… Gulp! Amiza terkedu.

Shah Fairuz dan Hanima bangun daripada kerusi. Nurul Ain baru bangun dan bergerak untuk melangkah masuk ke rumah dengan niat menyediakan minuman untuk tetamu yang baru tiba.

“Assalamualaikum.”

Langkah Nurul Ain terhenti. Suara itu… Perlahan dia berpaling.

“Waalaikumsalam. Sampai jugak, bro. Ni perkenalkan Kak Hanima dan Amiza. Yang itu, Nurul Ain. Dan ini Ikhwan Iman.”

Mereka berjabat tangan dan berlaga bahu, gaya-gaya mesra ciptaan mereka sendiri. Ikhwan Iman mengangguk kepala sedikit tanda sapaan pada Hanima.

Jantung Nurul Ain berdegup kencang. Lelaki berada kira-kira enam meter di hapadannya kini adalah lelaki yang sama. Iman?

Hanima menutup matanya. Ya, Allah! Semoga semua ini berjaya, doanya.

“Amiza, apa kabar?” Tanya Ikhwan Iman bersahaja. Amiza tersentak.

“Err… Saya baik, tuan. Silalah duduk. Berbual-bual dulu. Kami nak ke belakang.”

Pantas Amiza melangkah dan menarik perlahan tangan Nurul Ain yang berdiri kaku tidak berganjak.

**********

Nurul Ain berdiri di depan sinki, kaku. Dia kehilangan kata-kata sebentar tadi.

Amiza yang bertungkus lumus membuka tutup pintu kabinet dapur mencari set cawan yang serupa dengan set hidangan di luar untuk tetamu. Mak Su Hanim pantang kalau tak serupa, gumam Amiza. Selepas selesai dengan tugasnya, Amiza mengangkat dulang.

“Wei, ko ok ke tak ni?”

“Huh?”

“Muka ko pucat, Ain. Ko ok tak? Kalau tak, biar aku je yang ke luar. Ko duduk ke, berdiri ke, minum ke, makan ke kat dapur ni, ikut suka. Aku bawak minuman ni keluar. Jap lagi aku masuk temankan ko.”

Nurul Ain ditinggalkan bersendirian.

“Apa yang patut aku buat?”

Teringat tentang perbualannya di telefon lewat malam tadi dengan Iman, yang sebenarnya Ikhwan Iman. Seharian memikirkan cara untuk mengelak cadangan Mak Su Hanima adalah dengan mencari seorang boyfriend. Kalau tanya pendapat Iman…

“Awak… Awak dengar tak?”

“Dengar. Kenapa awak bagitau saya semua ni, Nurul?”

“Entah. Selesa berbual dengan awak.”

“Apa awak nak buat?”

“Saya tak tahu. Teruk sangat ke kalau tolak permintaan Mak Su?”

“Apa pendapat Miza?”

“Miza? Dia cadangkan wait and see.”

“Awak tak setuju dengan Miza?”

“Bukan tak setuju tapi saya rasa saya perlu bercakap dengan seseorang dan lagipun awak pendengar yang baik.”

“Is that a compliment?”

“Ha’ah.”

“Awak nak tau pendapat saya?”

“Apa dia?”

“Saya fikir tidak salah untuk ikut pendapat Miza. Mak Su bukan suruh kawin pun kan?”

“Tak.”

“See? Saya fikir just go with the flow.”

“Awak rasa macam tu?”

“Saya tak rasa, Nurul. Saya fikir itu tanggungjawab awak terhadap Mak Su awak.”

Nurul Ain menarik nafas panjang. Bukan pasal tanggungjawab yang membuatkannya jadi begini tapi selama hampir tujuh bulan bertugas dan selama lima bulan mengenali Iman… Ish! Ikhwan Iman!

Kepala digeleng-gelengkannya, memaksa diri untuk berada pada dunia realiti. Lantas, kuali leper yang digunakannya untuk menggoreng popia tadi diangkat dari atas dapur. Minyak yang telah digunakannya dimasukkan ke dalam bekas minyak. Mengemas dapur dan mencuci bilik air nanti pasti dapat menenangkan dirinya time cuti solat seperti hari ini.

“Saya ganggu ke?”

Nurul Ain menjerit kerana terperanjat beruk. Terjatuh kuali leper ditangannya ke lantai. Dadanya diurut, beristigfar.

“Mak!!!”

Kali ini Ikhwan Iman menutup kedua telinganya. Jeritan yang sama seperti detik bermulanya perkenalan mereka.

“A… Apa tuan buat kat sini?” Tersekat-sekat Nurul Ain bertanya. Kenapa pula Boss Garang ini ke dapur?

“Saya nak bertanya kabar. Nampaknya saya terima jeritan untuk kali kedua.” Senyuman terukir di bibirnya. Tangan dilepaskannya dari telinga.

“Err… Maaf.”

“Saya ok. Cuma alasan ke dapur hendak ke bilik air. Hmm… Tiada saya-awak lagi? Sekarang tuan pulak?”

“Sa… Saya… Saya salah sebelum ini. Maaf, saya tak tahu. Kalau sa… ”

“Tak pe, Nurul. Silap saya juga.”

Melihatkan Nurul Ain diam membisu, Ikhwan Iman cuba menyampaikan amanat teman baiknya, Shah Fairuz sebaik mungkin.

“Kalau awak risau, biarlah saya bagitau sesuatu. Mungkin hilang wajah sugul awak. Shah Fairuz tu orang yang baik dan kami berkawan baik sejak kecil lagi. Gembira sungguh dia dapat berkenalan dengan awak. Padanlah seminggu ini dia asyik berkata nak jumpa dan berkenalan dengan seseorang. Saya tak tau pulak seseorang itu, awak.”

“Gembira?”

“Ya, gembira. Awak pun patut gembira. Mak Su awak pun nampak senang hati.”

Gembira? Lupakah lelaki ini dengan perbualan mereka lewat malam tadi?

“Saya patut gembira… Tuan arahkan saya ke?”

“Maksud awak, Nurul?”

“Encik Shah Fairuz gembira, Mak Su senang hati dan saya sepatutnya gembira. Atas arahan ke? Bagaimana dengan tuan? Tuan gembira?”

“Saya?”

“Adakah tuan gembira? Senang hati?” Pertanyaan yang tidak sepatutnya diutarakan oleh Nurul Ain. Tapi dia sendiri pun tidak pasti kenapa.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 10”
  1. Is that all??? More pplease. so happy dah upload tapi tooooo very the shortlah.

  2. freda wan salleh says:

    it’s getting interesting but too short luv…but it’s better than waiting…

  3. Aisyh says:

    Waaaaa. Bestlah! Upload la lagi. Too short laa :( Tak puas nk baca. Heheh

  4. fatimahzahra says:

    too short cepat sambung…..tak rela fairuz dgn nurul………..tolong sambung cepat he he

  5. miss semaniscoklat _ glezz nvel says:

    ala ckit je kewp???nk lg…smbg la lg..truje gle nk bce nieh…:)

  6. ada says:

    x sabar nak baca lg…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.