Novel : Boss Garang? Taklah… 11

9 August 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 11

Ikhwan Iman melemparkan pandangannya nun jauh di luar bangunan. Fenomena jerebu berlaku lagi seperti tahun sebelumnya pada musim yang sama. Cuaca yang agak kering kerana Monsun Barat Daya dan pembakaran terbuka dan merentasi sempadan yang dilaporkan oleh berita pagi menyebabkan Air Pollution Index (API) yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar meningkat ke paras unhealthy. Pemandangan di luar bangunan pun tiada yang menarik lagi dengan keadaan berjerebu seperti keadaan dirinya berjerebu tidak bermusim dan pastinya tidak sihat untuk pengurusan pejabat. Fikirannya berada di twilight zone dan fokusnya agak tersasar daripada landasan. Itu dia akui.

Kedatangan Irdina Iman sejam yang lalu sedikit sebanyak membantunya untuk reorganize dan memformat semula tahap fokusnya untuk hari ini. Sayup-sayup kedengaran suara Irdina Iman di belakangnya tengah membacakan laporan projek dari Ikhwan Holdings.

“Abang?”

Sunyi sepi.

“Abang?”

Masih lagi tiada jawapan yang datang daripada Ikhwan Iman.

“Abang?” Irdina Iman menyentuh bahu abangnya.

“Huh?”

“Abang ni kenapa? Risau adek. Adek panggil pun tak dengar.”

“Kenapa? Panggil? Adek panggil ke? Err… Minta maaflah, dek. Cuma abang banyak kerja minggu ni kot.” Ikhwan Iman seraya memicit-micit belakang tengkuknya. Special effect.

Irdina Iman memandang tepat ke wajah abangnya. Ada sesuatu di situ. Terasa menyesal dirinya untuk meneruskan rancangan bersama Mama, Papa, Kak Hanima dan Shah Fairuz tapi semangat mesti dikuatkan. Misi mesti berjaya.

“Laa… Kenapa tak cari P.A sementara dulu? Nak tunggu Kak Khatijah lambat lagi. Boleh tolong abang sikit-sikit.”

“Kan Farah ada kat luar tu.” Jawab Ikhwan Iman. Matanya dihalakan pada pintu biliknya.

“Takkan Farah bekejar ke sana ke mari? Kerja kat depan lagi. Sebulan tu lama, bang. Adek boleh tolong tapi kat Ikhwan Holdings, macamana?”

“Bukan Kak Khatijah berhenti kerja pun. Ke umrah je kan?”

“Memanglah. Abang pi pinjam sekejap kat bahagian lain, at least P.A tu dah dibiasa tugas-tugas seperti Kak Khatijah. Adek tengok fail, stick notes penuh atas meja. Farah pun bukan besar mana pun. Adek tengok dah tak nampak dia duduk di belakang meja.”

Ikhwan Iman tersenyum. Memang Farah kecil molek orangnya. Tapi takkanlah…

“Betul tak?”

“Nak pinjam? Serupa jugak, dek. Bekejar jugak nanti.”

Bukan dia tidak terfikir dengan cadangan unutk meminjam P.A di bahagian lain tapi ini pastinya membebankan ketua di bahagian tersebut. Siapa hendak menolong siapa?

“Abang kena buat pilihan tepat baru ideal.” Kata Irdina Iman, penuh semangat.

“P.A pun kena tepat? Ideal?” Ikhwan Iman mengerut kening.

“Nanti kerja tak jalan.” Jawapan ringkas daripada adiknya.

“Itu memang betul. Bukan tepat dengan ideal. Itu macam nak cari pasangan. Tak sama meaning. Berkelayakkanlah, dek.”

“Iye ke tak sama? Abang mana tau…”

“Hmm… Adek tolong abanglah kalau macam tu.”

“Betul ni?”

“Berkelayakan, tepat dan ideal. As you wish. Wishes, maybe.”

“Done. I’ll take care of it. So, bagaimana dengan laporan ni?” Irdina Iman menayangkan fail bewarna biru kepada abangnya.

“We need to discuss.”

**********

Wajah Tuan Haji Bahari selaku Pengurus Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal dipandang tepat. Nurul Ain tidak percaya dengan apa yang dicadangkan oleh ketuanya itu.

“Saya?

“Ya, awak. Awak P.A yang cekap, Nurul. Itu saya akui. Tapi sekarang ni, tugas untuk awak pun tak banyak sangat. Kak Rosminah kamu kat luar tu boleh bantu saya. Sebelum ini pun kalau Kak Elizabeth kamu bercuti panjang, dia yang bantu. Insya-Allah semua berjalan dengan lancar dan baik. Bukan untuk tempoh masa yang lama. Sebulan tu sekejap.”

“Sebulan?”

“Tak lama.”

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya. Sebulan itu mungkin bukan masa yang panjang bagi Tuan Haji Bahari tapi baginya tempoh setahun di sini pun boleh dikategorikan singkat berbanding sebulan di tingkat 49 apatah lagi menggantikan Kak Khatijah. Ish!

“Tiada P.A lain?”

“Hmm… Macam ni lah, Nurul. Baik saya berterus terang. Ini permohonan daripada Pengarah Besar Urusan. Kalau diikutkan, beliau boleh tarik mana-mana P.A bahagian tanpa perlu memohon seperti ketua di bahagian lain pada kelazimannya. Tapi beliau memohon mengikut prosedur. Saya pula tak sanggup nak ambik P.A daripada bahagian lain kerana saya tak pasti dengan keperluan dan pentingnya P.A bahagian tersebut di tempatnya bertugas. Saya tak nak ketua bahagian lain merungut. Bukan saya tak perlukan awak tapi dengan kelayakan, cara awak bekerja, Insya-Allah tak jadi masalah.”

Panjang lebar sebab musabab yang diterangkan secara terperinci oleh Tuan Haji Bahari. Terasa sebal hatinya kerana bersifat negatif terhadap ketua bahagiannya itu.

“Nurul?”

“Saya tak berani…”

Tidak pernah Tuan Haji Bahari ketawa besar seperti itu sepanjang Nurul Ain bertugas di situ. Kalau adapun cuma senyuman diukir.

“Err… Kenapa?”

“Awak ni Nurul… Dia memang pemarah tapi tugas tetap tugas kan? Tanggungjawab.”

“Boss Garang…”

Sekali lagi lagi Tuan Haji Bahari ketawa. Nurul Ain cuma tersenyum.

**********

Amiza yang sedang menyedut teh ais terserdak, terbatuk-batuk. Hidungnya digosok-gosok kerana air sah-sah termasuk ke rongga hidung.

Nurul Ain sempat mengelak keran siapa yang kenal lama dengan Amiza, pasti dinasihatkannya jangan membuat aksi berani surprise tatkala Amiza minum atau makan. Belakang teman baiknya itu ditepuk-tepuk membantu pengaliran air teh ais.

“Ko jadi apa?”

Nurul Ain kembali duduk di hadapannya. Garpu dipusing-pusingnya ala menggulung spageti pada mee goreng mamak yang diorder sebentar tadi. Makanan terasa tawar.

“Wei, ko jadi apa tadi?”

“P.A gantian. Macam pemain gantian.”

“Iman request?”

“Encik Ikhwan Iman bukan Iman. Dia tak request pun. Tuan Haji tu kan lain orangnya. Baik. Sampai P.A pun nak bagi boss pinjam.”

“Ko tak protest?”

“Ish! Protest tu sikit-sikit. Dalam 5-10 percent. Tak sampai hati. Ko tengok dia macam rupa sapa?”

“Sapa? Tuan Haji ke Encik Ikhwan?”

“Tuan Haji…”

“Tak perasan pulak. Apa kena mengena Tuan Haji macam rupa sapa dengan cerita ko nak protest? Ko selalu buat aku fikir jauh sikit. Direct lah.”

“Ish! Dia kan macam Ustaz Azhar yang Mak Su minat tu. Jadi tak sampai hatilah aku.”

Amiza ketawa mengekek.

“Ish! Ketawa pulak.” Omel Nurul Ain.

“Tu lah. Ko tu kaitkan satu benda atau perkara dengan yang lain. Bila berangkai jadi panjang. Bila panjang, banyak hentian. Banyak hentian tu lah yang buat ko jadi macam ni.”

Nurul Ain menyuap mee goreng perlahan ke mulut. Kunyahan pun tidak serancak biasa. Amiza pula leka dengan nasi campur berlauk ikan keli masak lemak dan sayur kangkung. Penuh selera.

“Sebulan tu sekejap, Ain. Pejam celik dah sampai sebulan.”

“Bukan tu masalah aku.”

“Habis tu?”

“Dia boss, Za. Pengarah Besar Urusan. Boss Garang.”

“Itu je?”

“Nak sebab apa lagi aku ralat?”

“Pasal hari tu ke?”

Tiada jawapan daripada Nurul Ain untuk pertanyaan teman baiknya.

“Ko kenapa?”

“Entahlah.”

“Ko marah sebab dia tak bagitau siapa dia sebenarnya atau ko marah sebab dia usha ko dengan Encik Fairuz?”

Ish! Kenapa tekaan Amiza selalu tepat, gerutu hatinya. Sipi-sipi pun tidak pernah lagi sepanjang persahabatan mereka terjalin.

“Ko suka kat dia ke,Ain?”

“Ish! Soalan…”

“Silap ko jugak tak tanya sapa dia dan assume dia kakitangan tingkat 49. Kalut ko kadang-kadang begitu mencomelkan ko dan orang tak sampai hati nak betulkan.”

“Hmm… Agaknya lah. At least ko kata aku comel.”

“Ha’a lah. Boleh pulak.”

**********

Ketukan kedengaran di pintu pejabat Ikhwan Iman.

“Masuk.” Kata kebenaran masuk daripada Ikhwan Iman. Tumpuannya masih pada skrin komputer dan tangannya menaip sesuatu.

“Tuan.” Suara Farah kedengaran.

Ikhwan Iman mengangkat muka.

“Ya, Farah?”

“Err… P.A yang gantikan Puan Khatijah dah sampai.”

“P.A? Sampai?” Berkerut dahi Ikhwan Iman. P.A? Bukan Farah ke P.A sementara, hatinya bertanya sendiri.

“Iya, tuan. Cik Irdina pesan tadi, P.A yang menggantikan Puan Khatijah akan datang sebelah petang.”

Ikhwan Iman cuba mengingatkan kembali perbualan dengan adiknya. P.A gentian, berkelayakan, tepat dan ideal.

“Oh, ya! Ok. Ok. Benarkan dia masuk. Sebelum tu terima kasih banyak-banyak kerana membantu saya dalam tugasan dalam tempoh 3 hari ini. Awak banyak membantu meringankan sedikit tugasan yang terdelay sejak Puan Khatijah bercuti.”

Farah terdiam. Tidak pernah terfikir olehnya majikannya itu akan mengucapkan terima kasih hanya kerana mengganti tempat Puan Khatijah menyiapkan tugasan selama tiga hari.

“Ya, Farah?” Tanya Ikhwan Iman apabila dilihatnya wajah Farah kelihatan terkejut.

“Err… Err… Terima kasih, tuan. Eh, sama-sama tuan.”

“Awak boleh sambung kerja-kerja rutin awak di luar. Mungkin agak banyak kat atas meja saya rasa. Jangan lupa minta pengganti awak masuk. Saya nak buat penerangan sedikit.”

“Baik, tuan. Saya minta diri.”

Di luar Nurul Ain duduk menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Hatinya resah tiada siapa yang tahu. Lima minit berlalu sejak Farah, Pembantu Tadbir Am masuk ke bilik Pengarah Besar Urusan untuk memaklumkan kedatangannya. Detikan jam di dinding pejabat itu dirasakan amat perlahan sekali. Ish!

“Cik Nurul Ain.”

Nurul Ain tersentak. Bila pulak Puan Farah ini keluar dari bilik Pengarah Besar Urusan?

“Ya, saya. Puan Farah… Err… Tak perlu perkenalkan diri kan, puan? Saya perlu duduk sini dan buat kerja ke kan?”

Farah kini berada di belakang meja. Gelihatinya melihat wajah gadis di hadapannya ini. Mungkin inikah rupanya sewaktu Encik Arshad, Ketua Kerani memintanya menggantikan tempat Puan Khatijah minggu lepas.

“Tuan minta Cik Nurul Ain masuk. Maybe ada yang dia nak terangkan tentang tugasan Cik Nurul Ain.”

“Bukan Puan Farah yang bagi briefing?”

“Tak, bukan saya. Saya pun bukannya mahir sangat. Err… Rasanya Cik Nurul Ain kena masuk dulu. Tuan menunggu.”

Gulp! Tunggu? Nurul Ain bangun perlahan-lahan daripada kerusi dan menuju ke pintu pejabat yang memisahkan bilik P.A dan Pengarah Besar Urusan.

“Bismillah…” Doa Nurul Ain sambil mengetuk pintu.

“Ya, masuk.” Kedengaran suara Ikhwan Iman dari dalam bilik.

Pintu ditolaknya perlahan. Ikhwan Iman yang dikenalinya sebagai Iman sedang khusyuk mengadap Komputer dan sekali sekala jari jemarinya menekan kekunci dan tetikus. Nurul Ain menarik nafas panjang.

“Tuan…”

Jari jemarinya terhenti beroperasi. Dengan perlahan Ikhwan Iman berpaling. Takkanlah…


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 11”
  1. najwa says:

    nk lagi best

  2. ice_shah says:

    tgh best terputus….suspense ni….:-)
    sambunglah cepat….
    Good job writer…u make ur reader anxious….

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Suspense baca citer ni .pembaca jadi over excited. Next entry please ! Best sangat-sangat.

  4. fatimahzahra says:

    M cm tergantung dr last episode…ape jawapan iman…..reaksi nurul bile tau saper sebenar iman

  5. zea zariel says:

    adehhh suspen lar plak.. cepat2 sambung pleaseee..hihi..

  6. ramlahjamal says:

    erm…. best, tengah klimaks btop plak, congrat tu penulis, good job!

  7. ada says:

    beat…mintak sambung cepat x sabar nak tunggu

  8. anies says:

    best gler…. x sabar nk baca smbungan…=D

  9. ummu zahrah says:

    cepaaaaaaat smbg!best!best!best!best!sentiase trnanti2…

  10. Rosse says:

    Best giler crita ni. Lawak betoi. Cpt sambung. X sbr nih…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.