Novel : Boss Garang? Taklah… 12

27 August 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 12

Selesai memasukkan surat-surat yang telah diminit ke dalam fail, Nurul Ain mengendong tiga buah fail ke kabinet untuk disusun dan disimpan. Pada waktu yang sama, tanpa sedarnya Ikhwan Iman melangkah masuk. Bilik pejabat P.A merupakan perantaraan di antara kawasan operasi pejabat di luar dan pejabat pengarah Besar Urusan. Kelekaan Nurul Ain menggamit matanya untuk menjamu.

“Sibuk?”

“Mak!”

Fail ditangannya melambung tinggi dan jatuh ke lantai. Bertaburan isi kandungan fail di lantai. Ish!

“Ops!” Ikhwan Iman menekup mulutnya.

“Alamak…” Keluh Nurul Iman. Kenapalah mamat ini selalu mengejutkannya, gerutu hatinya. Nurul Ain mencangkung mengutip isi kandungan fail yang bertaburan di lantai.

Ikhwan Iman turut sama mencangkung, meniru aksi Nurul Ain. Tangannya turut sama mengutip.

“Err… Saya tolong awak.” Kata Ikhwan Iman tersekat-sekat.

“Err… Tak pe. Saya boleh buat.” Jawab Nurul Ain tanpa memandang ke arah tuan empunya badan.

“Maafkan saya kalau saya buat awak terkejut.”

“Saya ok.”

Tanpa sebarang suara, masing-masing mengutip helaian kertas sehingga tangan mereka tersentuh pada kertas yang sama. Gerakan tangan terhenti, masa terhenti, kedua-duanya bertentangan mata. Kaget.

Beberapa detik kemudian Nurul Ain tersentak lalu pantas menarik tangannya dan bingkas berdiri sambil menyembunyikan tangan ke belakang badan. Dub! Dub! Dub! Degupan jantungnya melonjak naik dan seolah-olah kedengaran di telinganya sendiri. Kenapa ni? Matanya pula enggan berpaling ke arah lain. Ish!

Berlainan pula dengan Ikhwan Iman yang perlahan-lahan berdiri dan cuba menganalisis insiden yang berlaku sebentar tadi. Sesuatu! Mata bundar gadis itu dipandang tepat dan sesuatu dirasakannya menusuk sehingga ke jantung. Terasa… Perit!

“Awak ok?” Akhirnya Ikhwan Iman bersuara.

Nurul Ain menelan air liurnya.

“Sa… Saya?” Tanya Nurul Ain dengan nada tersekat-sekat.

“Ya, awak.”

“Saya ok. Err… Awak?” Nurul Ain mengangguk sedikit.

“Saya? Saya tak pasti saya ok.” Jawab Ikhwan Iman selamba.

“Huh?”

“Selesaikan semua ini dan masuk ke pejabat saya dalam masa 10 minit dan buatkan kopi untuk saya.” Seraya itu Ikhwan Iman meninggalkan Nurul Ain bersendirian dan menolak pintu berhampiran untuk ke pejabatnya.

Nurul Ain mengeluh dan kembali mencangkung untuk meneruskan misi mengutip semula helaian kertas yang bertaburan di atas lantai.

“Tadi kata nak tolong. Then tetiba stop. Then tetiba out of nowhere suruh masuk pejabat. Buat kopi. Dah seminggu orang kat sini tak de pun tetiba macam ni. Aman, tenteram. Ish!” Omel Nurul Ain sendirian. Tanpa disedarinya Ikhwan Iman sedang menjengahkan kepalanya di pintu.

Ikhwan Iman tersenyum dengan monolog Nurul Ain. Comel! Entah kenapa seminggu ini, tugas tambahannya memerhati tingkah laku dan gelagat Nurul Ain. Dia sendiripun kurang pasti. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Confused. Mungkin kemudian nanti dia akan menganalisa dirinya sendiri. Ada sesuatu yang lagi menarik utuk dianalisa.

Perhatiannya kembali pada subjek yang leka dengan tugasnya. Tangan gadis itu pantas dan cermat mengemas dan menyusun kembali helaian kertas ke dalam fail. Begitu teliti dan cekap. Namun tatkala Nurul Iman tunduk hendak beralih ke pintu kabinet sebelah untuk mengambil cawan dan piring, muncul niat nakalnya.

Nurul Ain membuka pintu kabinet dan menundukkan sedikit badannya untuk membuka kabinet di sebelah bawah untuk mengambil cawan dan piring.

“Ish! Kenapa Kak Kat letak ni kat bahagian bawah? Dalam pulak tu. Takde sapa nak pakai Corell ni.” Keluh Nurul Iman. Baru sahaja tangannya hendak mencapai set cawan dan piring…

“Nurul Ain! Coffee jangan lupa!”

Tup!

“Ouch! Sakitnya…” Nurul Ain menggosok-gosok kepalanya yang sakit. Hentakan yang kuat pasti meninggalkan kesan. Dia pantas bangkit dan menoleh ke belakang. Tiada!

Kedengaran ketawa besar di dalam pejabat Pengarah Besar Urusan.

**********

Kesibukkannya selepas insiden kejut mengejut pagi tadi membuatkan Nurul Ain terlupa akan janjinya dengan Fairuz. Dengan fail yang datang tak henti-henti daripada pelbagai bahagian yang memerlukan consent dan tandatangan daripada Pengarah Besar Urusan membuatkannya tidak menang tangan. Air milo panas instant yang dibancuhnya jam 10 pagi tadi pun belum terusik lagi.

Telefon bimbitnya berdering minta dijawab. Kali ini lagu Super Girl, lagu daripada boyband Korea, Super Junior. Amiza!

“Assalammualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

“Kepala ko sakit lagi tak?”

“Benjol kot. Kalau ditekan terasa sakit lah.”

“Ko tu memang cepat terkejut. Bukan orang buat apa pun.”

“Sergah orang ko kata tak buat apa?”

Amiza ketawa gelihati.

“Ko tak balas?” Giat Amiza, menduga. Nurul Ain baginya bukan boleh dijangka. Bom jangka, adalah.

“Sapa kata tak? Kalau niat sengaja, memang kena balas. Dendam kesumat.”

“Dia boss tau.” Amiza mengingatkan Nurul Ain.

“Boss ke, tak boss ke… Kalau hilang ingatan? Padan muka tak de P.A.”

Ketawa Amiza meletus lagi. Mengekek.

“Hilang ingatan? Bukan kepala ko keras ke? Atau keras kepala?”

“Tak de insuran? Napa call?”

“Mak aku call tadi, suruh aku balik. Azril patah kaki, cedera kat kem PLKN.” Kata Amiza menjawab soalan Nurul Ain.

“Dia ok tak?”

“Azril? Dia ok. Sukalah dia tak perlu ke PLKN.”

“Ooo… memang suka benarlah tu. Tak pe lah. Aku balik sorang nanti.” Nurul Ain tersenyum. Siapa tidak kenal dengan adik bongsu Amiza? Manja.

“Nak bagitau tu je. Aku balik awal. Lunch time terus balik.”

“Ok.”

“Boss mana?” Tanya Amiza kemudiannya.

“Baru masuk lepas meeting tadi.”

“Hmm… Ok lah kalau macam tu. Bye.”

“Bye.”

Telefon bimbit dimatikannya dan dia kembali menyambung kerja. Entah bila dan bagaimana Shah Fairuz muncul di depan pintu dan memberi salam.

“Assalamualaikum. Amboi… Sibuk P.A baru ni?”

“Wa’alaikumsalam. Encik Fairuz. Sibuk? Tak lah sibuk. Err… Duduk dulu. Err…”

“Tak pe, Nurul. Ikhwan ada?”

“Boss? Boss ada. Baru balik daripada bilik mesyuarat. Nak jumpa boss ke?”

“Nak jumpa Nurul sebenarnya. Tapi sekalilah jumpa Ikhwan. Setengah jam lagi nak lunch kan? Tak ingat janji semalam?”

“Janji? Semalam? Janji… Oh. Ya, ya. Saya lupa. Ya Allah. Sempat lagi kan?” Nurul Ain baru teringat dan menggigit jari telunjuknya.

“Sempat. Tak perlu kalut. Lunch hour nanti. Boleh saya masuk?”

“Boleh, tapi nak kena inform boss dulu.”

Dengan pantas butang interkom ditekan.

“Ya, Nurul?”

“Tuan, ada tetamu. Encik Shah Fairuz.”

Seketika tanpa balasan.

“He’s welcome.” Akhirnya Ikhwan Iman bersuara.

“Baik, tuan.”

Nurul Ain menekan kembali butang interkom untuk ke mode asal. Mujurlah ada interkom jadi tidak perlu untuknya keluar masuk ke pejabat itu setiap kali ada tetamu yang datang untuk berurusan. Itulah alat komunikasi untuknya berinteraksi dengan majikannya. Alhamdulillah.

Baru sahaja Nurul Ain hendak bersuara dan Shah Fairuz pula baru melangkah ke pejabat Pengarah Besar Urusan, pintu terkuak.

“Apa hal, bro?” Mereka berjabat tangan dan berlaga bahu. Trademark.

“Lama tak tengok Nurul lah, bro. Rindu. Nak lunch sekali.” Kata Shah Fairuz bersahaja. Kepakarannya sejak bersekongkol dengan Irdina Iman.

Nurul Ain tersentak. Ikhwan Iman tiada reaksi. Shah Fairuz pula tersenyum.

“Nak lunch?” Tanya Ikhwan Iman, sedangkan dia pasti benar dengan hajat kedatangan Shah Fairuz ke pejabatnya. Telinganya terasa sakit sedikit.

“Semestinya. Jom join sekali.”

“Boleh ke, Nurul?” Ikhwan Iman menujukan soalan pada Nurul Ain. Wajah gadis itu ditatapnya.

Shah Fairuz berpura-pura tidak mendengar soalan daripada Ikhwan Iman yang menuntut jawapan bernada pelawaan daripada Nurul Ain.

Nurul Ain cuba kelihatan tenang. Kenapa soalan itu dihala ke arahnya dan bukan kepada Shah Fairuz, detik hatinya. Dia akan cuba berdiplomasi. Bak kata Amiza tadi, dia boss tau.

“Saya gembira kalau tuan turut serta tapi saya tak janji saya boleh bayar. Kalau mahal sangat, yang bergaji besar kena bayar. Kalau tak pun top up.”

Ikhwan Iman mengangkat kedua-dua keningnya. Shah Fairuz menepuk bahunya dan ketawa.

**********

Shah Fairuz meminta diri untuk ke bilik air. Ikhwan Iman dan Nurul Ain ditinggalkannya berdua-duaan di tengah-tengah restoran. Tempat duduk yang paling strategik untuk babak semasa.

“Awak diam saja, Nurul. Tak suka makan kat sini?”

Restoran Rebung, milik Chef Ismail dan Dato Dr. Sheikh Muszaphar? Siapa kata dan cakap tidak suka? Cuma ditinggalkan berdua-duaan begini buat Nurul Ain tak gemar, bukan tak suka. Cari sebab lain!

“Bukan tak suka. Saya ok, cuma saya tak selesa makan di tengah-tengah restoran. Kalau kat penjuru, ok sikit.”

“Ooo…”

“Masakan dia sedap. Masakan kampung.”

“Bukan nasi beryani yang sedap?”

“Huh? Err… Asam pedas dan daging salai masak lemak cili api Chef Ismail sedap. Tambah dengan kerabu mangga.” Nurul Ain mencuba gaya dan kelebihan Amiza, tukar topik sekelip mata.

“Awak tak selesa ke saya ikut sama?”

“Maksud tuan?”

“Mungkin awak nak lunch dengan Fairuz sahaja?”

“Saya lunch dengan Encik Fairuz sebab Mak Su Hanima. Tiada apa.”

Jawapan Nurul Ain seolah-olah menyuntik sesuatu rasa ke dalam dirinya. Demi mengenangkan persahabatan, semua rasa itu diketepikan.

Ikhwan Iman meninjau-ninjau kelibat teman baiknya yang dirasakannya agak lama ke bilik air.

“Sekarang pun tiada saya-awak lagi. Tuan memanjang saya dengar. Kita kawan kan?” Tanya Ikhwan Iman tiba-tiba.

Nurul Ain diam. Mata dihalakan ke air epal di depannya. Ish! Siapa lagi pandai tukar topik kali ini, gerutu hatinya. Baru sahaja dia perasan mata Ikhwan Iman sebentar tadi meninjau-ninjau dan leher dipanjang-panjangkannya ke kawasan bilik air. Tiba-tiba…

“Kita kawan kan?” Ulang Ikhwan Iman sekali lagi.

“Kita majikan dan pekerja.”

“Tapi kita kawan kan?” Ikhwan Iman menekankan soalan yang sama.

“Kenapa tuan insist yang kita kawan? Kalau kawan kenapa tak bagitau yang tuan…”

“Saya pemilik syarikat? Saya Ikhwan Iman? Awak nak kawan dengan saya tak kalau saya bagitau?”

Sekali lagi Nurul Ain diam. Tiada jawapan. Dia sendiri pun tidak tahu.

“Itu jawapan yang saya expect daripada awak, Nurul. Memang tidak kan? Jadi, kenapa saya nak bagitau?”

“Tuan masih anggap kita kawan?”

“Ya.” Jawab Ikhwan Iman pendek.

“So, tuan suka kalau saya kata kita masih kawan?”

“Nurul… Saya suka berkawan dengan awak sebab…” Bicara Ikhwan Iman terhenti apabila Shah Fairuz menepuk bahunya.

Nurul Ain mengukir senyuman pada Shah Fairuz. Ikhwan Iman pula mengambil keputusan menamatkan perbualan. Menghormati teman baiknya.

“Jom blah, bro. Aku dah bayar tadi. Jom, Nurul. Nurul selamat sebab saya belanja.”

**********

Irdina Iman memberhentikan keretanya di parkir khas Ikhwan Holdings. Dia berpaling ke arah Shah Fairuz yang merebahkan kerusi kereta lalu membaringkan badannya dan lengan diletakkan menutup kedua matanya.

“Ok tak?” Tanya Irdina Iman pada Shah Fairuz.

“Ok awak kata? Dingin adalah.” Jawab Shah Fairuz acuh tak acuh.

“Tiada aksi gaduh-gaduh manja, cemburu-cemburu sayang?” Girang Irdina Iman bertanya.

“Hmm… Dingin.”

“Jeling-jeling?” Dia mencuba lagi.

“Nope. Tunduk.”

“Sindir-sindir yang comel?” Soalan terakhir.

Akhirnya Shah Fairuz mengalihkan lengannya.

“Nope. Sorang cakap, sorang diam. Sorang tanya, sorang jawab. Teman tapi mesra? Nope. Tak teman, tak mesra. Boss dengan pekerja almost all the time. Rigid.”

Irdina Iman menyandar dan pandangannya dihalakan ke depan.

“Haih? Plan tak cukup baik ke?” Irdina Iman tertanya sendiri.

“Plan tu baik tapi kena improvise sikit. Tu pun kalau awak terima idea saya.”

“Apa dia?”

“Kita kena bekerjasama dengan Nurul Ain.”

“Meaning?”

“Well, this is the plan…”

Usai menerangkan pelannya, Shah Fairuz membuka pintu kereta untuk keluar. Irdina pun sama bergegas keluar.

“Awak rasa boleh ke?” Tanya Irdina Iman, inginkan kepastian.

“Memang boleh. Malaysia boleh.”


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 12”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Best ceriter ni .Saya tak tahu nak komen apa lagi.ceriter ni makin suspense. Tahniah penulis .Saya setia tunggu next entry.

  2. ummu zahrah says:

    cepat sambong yer…xsbr nie…hr2 tggu citer nie kuar..

  3. nurulainss says:

    writer smbg loh n3 yg kat blog…
    i’m waiting 4 soooo long sudah

  4. fairus says:

    masih berhari raya ke??? selamat hari raya……..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.