Novel : Boss Garang? Taklah… 13

7 September 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 13

Nurul Ain tersenyum sendirian teringat perbualan telefonnya dengan Shah Fairuz awal pagi tadi. Mujurlah Pengarah Besar Urusan tiada kerana ada urusan rasmi di Ikhwan Holdings, kalau tidak pasti dia dikategorikan bergayut pada waktu pejabat.

“Nurul Ain tak sukakan saya kan?”

“Err… Emm… Encik Fairuz… Sa… Saya…”

“Tak pe, Nurul. Jangan risau. Nurul selamat. Cerita risik, fall in love tu semua acting je. Nurul kena tau kenapa saya buat begini. Nak dengar tak ni?”

Benarkah apa yang didengarnya ini?

“Apa dia, Encik Fairuz?” Tanya Nurul Ain perlahan.

“Kenal dengan Dina?”

“Dina?” Nurul Ain cuba mengingat sesuatu. Nama yang agak familiar didengar sejak dia bekerja di tingkat 49 ini. Siapa?

“Nurul tak kenal? Kalau tak silap, dia pernah ke tempat Nurul Ain bekerja di tingkat 20. Muffin?”

Berkerut-kerut keningnya cuba mengingat sesuatu yang berkaitan dengan muffin. Bukan seorang dua yang menempah sejak dia bekerja di Venture (M) Corporation tapi ramai. Ada yang sudah apply membership, kata Amiza. Tapi yang datang membawa beg tangan jenama YLV , bukan kalau tak silap tapi memang tak silap, hanya seorang. Elegan orangnya.

“Muffin? Muffin! Ya, saya baru teringat. Kenapa?”

“Cantik kan?”

“Ha’ah. Cantik sangat. Dia kata kawan kepada boss.” Itu dia tidak nafikan.

“Dia cakap macam tu?” Tanya Shah Fairuz. Ada ketawa kecil kedengaran.

“Ha’ah. Dia dengan boss nampak padan.”

“Mana boleh. Adik-beradik tu. Ibu sama, ayah pun sama. Saja nak kelentong pekerja.”

“Iya ke? Adik-beradik?” Nurul Ain terkejut.

“Tak perasan? Tak nampak iras adik-beradik? Memang dia cantik, Nurul pun tak kurang lawa. Itu saya akui.”

“Saya? Ish! Tadi kata nak cerita sesuatu.” Cepat-cepat Nurul Ain kembali ke topik asal.

“Ok. Ok. Saya nak minta tolong Nurul ni. At the beginning, saya ingat nak buat semua sendiri tanpa ada komplot lain, tapi tak menjadi. Time wait for no man. Dan tujuan saya call ni sebenarnya nak mintak tolong Nurul jadi girlfriend olok-olok nak buatkan Dina cemburu.”

“Huh? Saya? Girlfriend? Olok-olok? Cemburu? Biar benar.”

“Yang lain tu saya akan cerita time kita acting. Boleh tak?”

“Saya tak reti, Encik Fairuz.”

“Tolong sekejap sampai saya jumpa jalan lain, boleh? Please…”

Cukup sayu hati Nurul Ain mendengar suara merayu menagih pertolongan dan pengertian ini. Ish!

“Err… Encik Fairuz serius ke nak bersama Cik Dina?” Nurul Ain enggan membantu jika sekadar melukakan kaum sejenisnya kemudian hari.

“I want to marry her. She is so stubborn to admit she’s in love with me.”

Sedetik membisu baru Nurul Ain bersuara. Keputusan…

“Kalau macam tu… Saya akan tolong. Tapi kena bayar.” Putus Nurul Ain.

“Bayar?”

Nurul Ain menarik nafas panjang.

“Saya nak makan ikut suka saya nak order apa kat Restoran Rebung tapi Encik Fairuz bayar sekali dengan Amiza nanti dia bising dan kita janji simpan rahsia. Boleh?” Kata Nurul Ain dalam satu nafas.

“Boleh. Kira beres.” Jawab Shah Fairuz bersetuju dengan syarat Nurul Ain.

“Untuk soalan pertama tadi, samada saya suka atau tidak dengan Encik Fairuz, ini jawapannya. Saya tak suka Encik Fairuz sebelum ini tapi hari ini saya ambik keputusan suka dengan Encik Fairuz. Harap-harap Encik Fairuz sudi maafkan saya.”

Di sebelah talian, Shah Fairuz ketawa besar sambil menahan perut. Irdina Iman yang turut sama mendengar perbualan yang diloudspeaker tersengih.

**********

Ikhwan Iman baru keluar daripada bilik air apabila ternampak kelibat Shah Fairuz masuk ke pejabat dan pastinya sedang berbual kosong dengan Nurul Ain, P.A nya. Dia begitu pasti mereka tiada urusan rasmi akhir-akhir ini. Memandangkan Anuar & Yahya Associates, syarikat milik keluarga Shah Fairuz menguruskan urusan mengenai perundangan di Venture (M) Corporation dan Ikhwan Holdings, tanggapan itu dibiarkannya berlalu. Mungkin benar-benar ada urusan kali ini, detik hatinya.

Kakinya melangkah perlahan. Kedengaran suara adiknya, Irdina Iman sedang ketawa.

“Apa yang menggelikan hati, dek?” Tegur Ikhwan Iman. Segaris senyuman menghiasi bibirnya.

Dilihatnya Irdina Iman sedang duduk di kerusi tetamu di meja Nurul Ain manakala Shah Fairuz sedang leka melihat Nurul Ain sambil bersilang kaki dan menyandar di dinding. Nurul Ain pula tengah berada di mesin faksimili menunggu keputusan penghantaran faks selesai.

“Haa… Ingatkan abang tak jumpa jalan ke sini tadi. Bilik air dalam pejabat kan ada?”

“Abang ke pantry tadi. Terus ke bilik air.” Mencari Nurul Ain, sambungnya dalam hati.

“Jumpa lagi, bro.” Sapa Shah Fairuz.

“Bro pun ada?” Saja Ikhwan Iman bertanya soalan bodoh.

“Mestilah… Dia kata nak jenguk baby dia. Rindu.” Kata Irdina Iman, menduga abangnya.

“Ba… Baby?” Ikhwan Iman terbatuk-batuk. Tekaknya terasa gatal dan dadanya terasa sesak.

Irdina Iman cuba sedaya upaya untuk menahan jeritan yahoo keluar daripada mulutnya. Wajah abangnya kelihatan pucat dan pastinya sesak nafas dikala ini.

Shah Fairuz tanpa berperasaan mengukir senyuman segatal mungkin, ala-ala penjahat filem Tamil tanda mengiakan kata-kata Irdina Iman.

Nurul Ain pula tercegat kaku dan kertas faks yang baru diterimanya terlepas daripada tangan dan jatuh ke lantai. Ish! Baby? Relevan ke?

“Bro, jangan marahkan Nurul, bro. Kitaorang yang terjah, bro. Ni siap bawak Big Apple donut lagi 3 kotak ni. Dina belanja.”

“Dina dari mana? Bro?” Tanya Ikhwan Iman pendek, ringkas.

Daripada nada abangnya, Irdina tahu seseorang pasti akan terima penangannya dalam masa terdekat. Antara calon-calon yang berdaftar adalah dirinya sendiri, Shah Fairuz dan Nurul Ain. Cuma siapa yang terkena…

“Selepas meeting pagi tadi, adek terus ke Cititel Mid Valley. Lunch dengan ex-roomate kat university dulu. Singgah sekejap kat Big Apple dan beli semua ni coz tau Nurul minat.”

Nama Nurul Ain sengaja ditekankannya. Mana tahu sejuk hati abangnya.

“Tapi saya tak pernah…” Nurul Ain baru hendak bersuara tapi dipintas oleh Irdina Iman.

“Kak Hanima bagitau.” Ujar Irdina Iman sambil tersenyum.

Nurul Ain mengunci mulutnya tetapi berlainan dengan Shah Fairuz yang telah siap sedia dengan jawapan bernasnya.

“Aku terserempak dengan Dina kat basement, time nak park kereta tadi. Sekalilah. Nak jumpa baby… Kan Nurul?”

Ikhwan Iman melonggarkan simpulan kemas tali lehernya. Semakin sesak nafasnya.

“So, minum petanglah ni?” Teka Ikhwan Iman. Jarinya masih pada simpulan tali lehernya yang dirasakannya tidak longgar-longgar.

“Adek nak mintak abang tolong revise laporan ni.” Irdina menayangkan fail biru di tangannya. Kebetulan. Kena ada prop.

“Biasalah, bro. Jemput Nurul balik. Amiza cuti kan, baby?” Sambung Shah Fairuz, memeriahkan lakonan.

“Ya, ya. Saya balik dengan Shah.” Jawab Nurul Ain cepat-cepat.

Ikhwan Iman tersentak. Shah Fairuz telah dimanjakan namanya kepada Shah? Bukan juga Encik Fairuz seperti semalam.

“Jom masuk pejabat.” Ikhwan Iman cuma mengangguk dan berlalu masuk ke pejabatnya.

Irdina Iman mengekori abangnya. Shah Fairuz pula di belakangnya. Sekotak Big Apple donut ditinggalkannya di atas meja Nurul Ain yang masih tercegat.

Perlahan-lahan Nurul Ain duduk di kerusinya. Biar benar… Tiba-tiba interkom di sudut mejanya berbunyi.

“Coffee for three! Faster!”

Hampir-hampir jatuh terduduk daripada kerusi Nurul Ain mendengar arahan daripada Pengarah Besar Urusan yakni Boss Garang, secara rasmi.

**********

Nurul Ain sedang menaip laporan pada helaian terakhir setebal 183 mukasurat ketika Ikhwan Iman keluar daripada pejabatnya. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9 malam.

“Siap?”

“Opocot!” Nurul Ain melatah. Sikunya terlanggar bekas alat tulis peneman setianya sejak di bangku universiti. Seperti Doraemon dengan poket ajaibnya. Berterabur semuanya di lantai. Dia bingkas bangun bukan untuk mengutip tapi takjub Pengarah Besar Urusan akhirnya keluar dari pejabat selepas mengeluarkan arahan yang menyusahkannya tahap Gaban petang tadi.

“Tuan?”

Ikhwan Iman menarik nafas dalam.

“Laporan yang saya minta awak edit petang tadi dah siap?”

“Laporan? Oo… Laporan. Err… Helaian terakhir.” Jawab Nurul Ain. Pandangannya dihalakan ke bahu Ikhwan Iman. Tidak bertentangan.

Bukan main bersungguh-sungguh dia berusaha menyiapkan laporan seperti yang diarahkan lima minit sebelum waktu pejabat berakhir. Ia satu amanah dan tanggungjawab, pesan Tuan Haji Bahari tempohari. Mood majikannya agak kurang baik mungkin menjadi salah satu faktor dia terpaksa balik lewat hari ini. Rancangan bersama Shah Fairuz untuk membuatkan Irdina Iman cemburu terpaksa dipostpone pada lain hari. Hasrat Shah Fairuz untuk menghantarnya balik ke rumah pun terbatal secara tidak langsung.

“Awak tak nak tanya kenapa saya minta awak selesaikan laporan itu hari ini juga?” Duga Ikhwan Iman.

“Err… Saya tiada sebab untuk bertanya, tuan.”

“Jawapan lain selain jawapan itu?”

Mahu saja dia menggigit jari untuk membantunya berfikir mencari jawapan lain tapi berkelakuan begitu di hadapan Pengarah Besar Urusan memang tidak begitu sesuai. Situasi yang tidak mengizinkannya. Jawapan lain? Ish!

“Awak hampa tak dapat balik sekali dengan Fairuz?”

“Saya? Hampa? Maksud tuan?”

“Petang tadi dia nak hantar awak balik kan?”

“Petang tadi tu? Ooo… Shah kata kalau dah nak siap, hantar SMS. Dia akan jemput.” Ujar Nurul Ain tenang. Semakin mudah untuknya juga menyebut nama Shah Fairuz sebagai Shah bukan Encik Fairuz.

Ikhwan Iman terkedu. Hantar SMS? Jemput? Sampai macam itu sekali?

“Err… Awak dah SMS?” Tanya Ikhwan Iman ingin tahu.

“SMS? Belum. Lupa. Sekejap lagi kot. Biar benar-benar selesai tugas saya ini.”

“Tak payah SMS. Saya akan hantar awak ke rumah.”

“Tuan? Err… Tak pe. Saya boleh balik sendiri.” Langsung tidak terlintas niatnya untuk menumpang sesiapa. Lagi mudah baginya berjalan kaki memandangkan kira-kira 300 meter dari bangunan Venture (M) Corporation terdapat kemudahan LRT.

“Tak sudi saya hantar?”

“Huh?”

“Tadi awak kata nak SMS. Err… Fairuz akan jemput?”

“Saya nak SMS bagitau tak payah jemput. Saya akan balik sendiri kerana waktu balik pun saya tak pasti jam berapa.”

“Kalau saya nak hantar?”

Hampir saja mulut Nurul Ain terlopong dengan pertanyaan pada kiranya agak canggih keluar daripada mulut Pengarah Besar Urusan. Pelik benar…

“Saya dah biasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Mudah untuk bergerak tanpa ada kesesakan lalulintas dan tidak menyusahkan sesiapapun.” Nurul Ain berdiplomasi.

Ikhwan Iman diam. Noktah!

“Kalau tiada apa-apa lagi, saya nak selesaikan tugas saya, tuan. Risau makcik saya kalau saya lewat sampai ke rumah.”

Ikhwan Iman cuma mengangguk.

**********

Selesai mandi dan menunaikan solat Isyak, Nurul Iman turun ke tingkat bawah untuk ke dapur. Lampu di bilik Mak Su Hanim dilihatnya telah pun padam. Gelap. Pasti telah lena diulit mimpi.

Berjengket-jengket kakinya melangkah dan peti sejuk menjadi sasarannya. Air jus oren Peel & Fresh di dalam kotak 1 liter itu diteguknya penuh nikmat. Haus!

Bip! Bip! Bunyi tanda SMS masuk. Bunyi alert SMS begitu meriah sehingga dapur pun bergema. Telefion bimbit di poket seluar tracksuit dikeluarkannya secara tergopoh gapah. Tersembur saki baki jus di dalam mulutnya apabila ternampak nama yang tertera pada skrin telefon. Ish!

As-Salam. Dh smpi?

Nurul Ain menggaru kepalanya. Jam menunjukkan pukul 12:05 pagi. Naya, beb!

W’slm. Td lg.

Bgslah. Dh mkn?

Kali ini Nurul Ain menggigit jari. Jawab jangan tak jawab…

Dh.

K. Tgh bt apa?

Soalan cepumas di tengah malam a.k.a awal pagi buta.

Minum.

K. Esok keje?

Soalan subjektif bukan berbentuk karangan.

Ya. Kerja.

K. Jumpa esok. Bye.

Ish! Nurul Ain duduk mencangkung di tepi dapur. Biar benar. Dia sendiri tidak menyangka menjawab SMS demi SMS daripada Ikhwan Iman.

Angin majikannya mengalahkan ibu mengandung kalau tak pun angin kus-kus Amiza time keuzuran bulanan melanda.

Teringat dia dengan insiden petang tadi yang membawa kepada nasib menaip laporan setebal 183 mukasurat. Bukan mengedit.

“Sorry to dissappoint you, bro. She’ll be working late today. Need to do major amendment.”

Ikhwan Iman meletakkan fail berwarna biru di atas meja Nurul Ain. Nurul Ain menggigit bibir. Alamat balik lewat aku hari ni, keluhnya dalam hati.

“Adek kan boleh buat… Banyak nak kena edit tu.”

“Sorry to tell you too, sis. I’m the boss.” Jawab Ikhwan Iman tegas.

Shah Fairuz memandang ke arah Nurul Ain. Simpati.

“Ok tak, baby? Agaknya baby cekap sangat sampai nak balik pun kena buat kerja last minute lagi.”

Irdina Iman mengalih pandangannya dari Ikhwan Iman kepada Nurul Ain.

Ikhwan Iman terasa seperti hendak bersilat gayung menahan kedua tangannya daripada menutup telinga mendengar perkataan baby, panggilan manja Shah Fairuz kepada Nurul Ain.

“Abang marah adek dan Fairuz datang ke sini?” Irdina Iman bertanya.

“Siapa kata marah? Tak. Cuma hari ini ada banyak sikit kerja.” Ujar Ikhwan Iman.

“Tapi itukan laporan adek?”

Nurul Ain mengambil keputusan untuk mencelah. Baginya, perkara kecil tidaklah perlu dibesar-besarkan.

“Err… Tak pe Cik Dina. Sikit je tu kot. Insya-Allah saya cuba siapkan.”

“Tapi…” Irdina Iman cuba membantah.

“Jom kita balik dulu, Dina. Jangan lawan boss…” Shah Fairuz mengingatkan Irdina Iman dengan nada bergurau. Risau sebenarnya kalau Ikhwan Iman naik darah.

“Ha, Fairuz pun setuju dengan abang, dek. Lagipun abang nak laporan ini selesai cepat. Urgent matter. Nak tunggu adek, lambat lagi nak siap. Lagipun Nurul pun dah setuju. Dah ok.”

Siapa dia untuk berkata tidak setuju dan tidak ok? Apalah dosanya sehingga terpaksa balik lewat untuk menyiapkan laporan setebal itu?

Nurul Ain menggeleng-gelengkan kepalanya, kembali ke keadaan semasa.

“Boss ni betul ke tak betul? Sekejap usik orang, sekejap sergah orang, sekejap cakap pelik-pelik, sekejap diam, sekejap macam sesak nafas. Tadi tinggikan suara… Ni tetiba antar SMS. Apa ke hal… Ish!”


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 13”
  1. fatimahzahra says:

    suker lah citer ni…tak nak bukukan ker?

  2. ryemas says:

    Bestlah….
    Bila nak sambung lagi????
    Seksa tunggu tau…
    Bukukan jelah….

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Lagi satu karya yang saya akan setia menunggu sambungannya. Best betul . Tahniah cik Afzeen AG.

  4. fatimahzahra says:

    setuju sgt dgn ryemas…cepat bukukan

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.