Novel : Boss Garang? Taklah… 14

14 September 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 14

Nurul Ain menoleh kiri kanan. Terdapat beg kertas kertas berwarna putih dan tertera perkataan Samsung berwarna hitam di atas mejanya. Dia meninjau-ninjau pintu pejabat Pengarah Besar Urusan yang agak renggang. Kosong.

“Siapa pulak letak beg kertas kat sini? Ni mesti boss punya ni. Takkan letak sini? Ish! Buat ke hilang, tak ke naya.”

“Patut ke aku jengah apa di dalamnya?” Seingat Nurul Ain, sebelum jam 9:10 malam tadi, mejanya telahpun dikemaskannya dengan keadaan tip top. Tiada yang tertinggal apa lagi beg plastik sebesar ini. Ah, pedulikanlah.

“Baik tak payah usik dan ambik tau. Mana tau lekat cap jari kat situ…” Nurul Ain mengangguk kepalanya beberapa kali, setuju dengan dirinya sendiri. Pengaruh drama penyiasatan CSI.

Usai meletakkankan tote bagnya ke dalam kabinet berkunci di tepi meja, Nurul Ain menolak pintu yang memisahkan pejabat majikan dan biliknya. Dan seperti biasa dia mengemas fail-fail yang agak tidak tersusun dan meja pejabat yang tunggang langgang hasil kreativiti majikannya yang dia pasti jarang mengemas.

“Kenapa tak kemas sebelum baik? Setiap hari macam ni. Ish! At least pagi-pagi seronok tengok meja bersih sebelum start bekerja.”

Itulah monolog Nurul Ain setiap pagi sejak ditempatkan sementara di sini. Sesetengah orang merujuk monolognya sebagai membebel tapi apa yang mereka tahu? Dia tersenyum sendiri. Lima minit kemudian dia keluar dan menutup pintu dengan cermat.

“Bila ko sampai, Za?”

Nurul Ain terkejut sedikit dengan kedatangan Amiza.

Amiza tersengih. Oleh kerana telah faham benar perangai Nurul Ain yang cepat kalut dan melatah, dia tidak sanggup mengusik teman baiknya dengan sergahan semasa berada di pejabat Pengarah Besar Urusan. Lebih-lebih lagi teman baiknya itu baru menggubah hiasan bunga di dalam pasu kristal berbentuk segiempat tepat.

“Baru lagi. Ni, mak aku bekalkan nasi lemak 2 bekas tupperware. Pesanan penaja, nasi dan semua di dalamnya kena habis tapi bekas tupperware pulang balik.” Amiza berkata sambil mengangkat beg kertas yang dijinjingnya berwarna biru gelap.

“Iya? Laparnya… Meh kita pi pantry. Balik rumah aku tak hari ini?” Tanya Nurul Ain, tangannya mencapai dua mug dan dua sudu kecil di drawer mejanya. Semestinya milo instant.

“Balik. Tu sapa punya?” Amiza memuncungkan mulutnya dan dihalakan pada plastik Samsung di atas meja.

“Apa? Mana?” Tanya Nurul Ain kembali.

“Tu…”

“Tak tau lah pulak. Boss, rasanya. Jom.” Nurul Ain mengangkat bahunya.

“Aku jengah tadi. Macam kotak Samsung Galaxy Notes yang aku dok usha-usha. Mahal tu.”

Mendengarkan kata Amiza, Nurul Ain mengerut kening sebelum bertanya.

“Habis tu? Nak letak mana?”

“Ha… Nasib baik cepat pick up aku punya hint. Letak aje dalam pejabat dia, atas meja. Kunci. Tak ke selamat?” Cadang Amiza.

“Ha’ah kan… Tak terfikir pulak. Ok. Jap.”

Nurul Ain bergegas-gegas melaksanakan cadangan daripada Amiza lalu masuk semula ke pejabat Pengarah Besar Urusan menjinjing plastik tersebut dan sewaktu tangannya menolak pintu untuk keluar, pintu terbuka secara tiba-tiba dan majikannya, Pengarah Besar Urusan berdiri di situ. Di belakangnya pula Amiza sedang memberi tanda isyarat dengan kedua belah tangannya, melambai tinggi seperti wiper kereta. Tanda apa lagi kalau bukan tanda tidak sempat bagi warning.

“Awak buat apa, Nurul?” Tanya Ikhwan Iman.

“Tuan? Saya? Err… Hantar plastik Samsung.” Jawab Nurul Ain cepat-cepat.

“Hantar plastik Samsung?”

“Sekali dengan isi kat dalam.” Sambung Nurul Ain tanpa dipinta.

“Kenapa letak kat meja saya?”

“Saya takut hilang lagipun saya dan Amiza nak ke pantry, so tempat paling selamat kat pejabat tuan.”

Ikhwan Iman menarik mengangguk kepalanya.

“Siapa punya? Awak tak tengok apa di dalamnya? Bom ke… Sapa tau. Awak letak pula kat meja dalam pejabat saya.” Ikhwan Iman berkata secara bersahaja. Usai berkata demikian, Ikhwan Iman melangkah masuk ke pejabat menuju ke meja meninggalkan Nurul Ain terpinga-pinga di pintu. Amiza pula merapatkan dirinya.

Bom? Nurul Ain dan Amiza saling berpandangan. Bom? Ish!

Dengan pantas Nurul Ain menghampiri meja majikannya dan memintas tangan Ikhwan Iman lalu menyambar plastik manakala Amiza setia berdiri di hadapan pintu. Lantas tangannya mengambil kotak di dalamnya lalu dibuka.

Cuma ada satu gadget yang dia sendiri tidak pasti untuk dikategorikan sebagai telefon atau tablet didalamnya. Tiada bom, tiada letupan tapi terdapat kad kecil berbentuk segiempat tepat. Kalau tiada bom takkan ada kad berunsur ugutan? Bukan surat ugutan ke, detik hatinya.

Kad kecil berwarna merah jambu itu dibaca perlahan, cukup untuk jarak pendengaran Amiza. Huh?

Untuk P.A yang telah bertungkus lumus menyiapkan laporan semalam

sehinggakan terpaksa balik lewat.

P/S Jangan tidak jawab kalau saya call atau SMS (sebagai P.A).

Ish! Ini bukan ugutan atau bom atau letupan untuk majikannya, tapi sah-sah untuk dia, Nurul Ain.

Ikhwan Iman pula berpaling dan duduk menyandar di kerusi jawatan Pengarah Besar Urusan nya.

**********

Ikhwan Iman mula tidak senang duduk sejak menerima panggilan daripada Shah Fairuz sebentar tadi. Memang tidak syak lagi kedatangannya pasti untuk menemui Nurul Ain. Sejak mendengar perkataan baby panggilan manja untuk Nurul Ain daripada teman baiknya sendiri, hatinya bukan geli-geliman tapi terasa panas, bahang sepenuh hati, ada lah. Itu tidak lagi nama Shah Fairuz yang sepatutnya dipendekkan menjadi Fairuz bertukar kepada Shah dibibir Nurul Ain. Terasa hendak pitam mendengarnya.

Detikan jam yang bergerak menuju ke angka 11:00 pagi menandakan ada 2 jam lagi untuk Shah Fairuz tiba ke Venture (M) Corporation dan seterusnya ke tingkat 49. Ini tidak boleh jadi, hatinya berkata. Tangannya kirinya pantas mencapai Samsung Galaxy Notes yang juga baru dibelinya petang semalam secara online dan tiba di pejabat sejurus selepas Nurul Ain balik. Sepasang. Jari jemarinya memulakan aksi.

As-Salam. Jm brapa meeting?

Seketika kemudian.

Jm 2:30 pm.

K. Tiket sy?

Mn 1?

Ke S’pore esok?

Bru smpi.

Brapa hr?

3 hr,2 mlm.

Hotel?

Swissôtel The Stamford.

K. Tq.

Dia tersenyum lebar dan akhirnya ketawa kecil. Nampaknya Nurul Ain memang P.A yang cemerlang dan mendengar kata untuk sentiasa menjawab panggilan dan SMS daripadanya.

Lain pula dengan Nurul Ain yang merenung gadget di tangannya. Pelik!

“Betul ke tak betul boss ni? Jauh sangat ke aku kat luar ini? Rasanya tak sampai pun 30 kaki. Interkom ni pulak nak buat ape? Perhiasan? Buat perabih bil bulanan sendiri je. Tak penat ke taip SMS?”

Tetiba…

“Nurul Ain, masuk sekejap!”

Terasa hendak luruh jantung dari tangkai apabila interkom di sudut mejanya berbunyi. Nurul Ain mengurut dada.

“Ish! Macam tau-tau je aku kutuk ke dia. Ada cctv ke apa?” Rungut Nurul Ain seraya bangkit daripada kerusi. Dia mendongak ke siling mencari-cari sekiranya terdapat kamera yang tersembunyi memonitor dirinya sepanjang bertugas di situ. Tiada!

Tangannya teragak-agak untuk mengetuk pintu pejabat Pengarah Besar Urusan.

“Masuk. Duduk.”

Mendengar suara daripada majikannya, Nurul Ain masuk dan menuju ke sofa tidak jauh daripada pintu. Ikhwan Iman tidak berada di meja kerjanya seperti biasa tetapi duduk seperti bersantai di rumah di sofa, yang pada asal fungsinya untuk Pengarah Besar Urusan entertain tetamu.

“Saya, tuan.”

“Duduk dulu, Nurul.”

Nurul Ain akur. Arahan.

“Awak sihat?”

“Saya? Saya sihat, tuan.”

“Err… Ok tak telefon tu?”

“Ni? Saya tak reti guna. Jawab panggilan dengan balas SMS je rasanya.” Luah Nurul Ain.

“Itu dah kira ok dan ini kunci untuk awak. Saya perlukan bantuan awak sepanjang saya berada di Singapura nanti.”

Kunci yang dihulurkan Ikhwan Iman bersambut.

“Err… Saya kan ada kunci pejabat tuan.”

“Bukan pejabat saya tapi rumah saya.”

Semakin kusut fikiran Nurul Ain dengan situasi yang semakin pelik berkenaan dengan majikannya.

“Kunci rumah? Saya nak buat apa? Nak saya simpan?”

“Memudahkan awak untuk bekerja.”

“Maksud tuan?” Tanya Nurul Ain lagi.

“Seperti yang saya bagitau tadi, sepanjang saya tiada di sini mungkin terdapat perkara yang mana saya memerlukan bantuan awak dari masa ke semasa. Kalau di pejabat, awak dah ada kunci. Kalau di rumah, saya pastikan awak juga ada kunci. Ok?”

“Err… Ya, ya, tuan.”

“Dan satu lagi, Nurul.”

“Ya, tuan?”

“Pastikan tiada aksi manja awak dan Shah Fairuz di sini sepanjang saya berada di sana nanti.”

Hampeh! Ini semua gara-gara hendak membantu Shah Fairuz, rungut hatinya.

**********

Puan Sri Mardinah sedang menandatangani beberapa dokumen penting untuk diserahkan kepada pihak bank ketika Irdina Iman meredah masuk.

“Adek… Tak bagi salam dengan Mama pun.” Puan Sri Mardinah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Assalamualaikum, Mama,” Cepat Irdina Iman membetulkan kesalahannya. Bagi salam kepada orang tua.

“Wa’alaikumsalam. Ha… Hanima pun ada?” Jawab Puan Sri Mardinah. Hanima turut berada tidak jauh dari belakang anak gadisnya.

“Puan.”

“Sekejap, dek. Mama nak selesaikan beberapa dokumen ini. Jam berapa wakil bank akan tiba, Hanima?”

“Selepas jam 2:00 petang, puan.”

“Hmm… Okay. Saya dah siap tandatangan dan tolong sediakan cover letter untuk dilampirkan. Boleh?” Ujar Puan Sri Mardinah lalu menghulurkan helaian dokumen yang telah ditandatangani kepada P.A nya yang juga P.A kepada suaminya.

“Saya dah siapkan cuma saya tak pasti Puan Sri atau Encik Ikhwan yang akan tandatangan.”

“Mohon Encik Zainal, Pengarah Bahagian Kewangan & Audit untuk tandatangan dan boleh proceed.”

“Baik, Puan Sri.” Kata Hanima lalu beredar.

Irdina Iman tersengih memanjang sambil menekan-nekan kekunci pada telefon bimbitnya.

“Adek datang ke pejabat Mama ni mesti bersebab. Apa dia?”

“Mama ni memang genius.”

“Asyik membalas mesej dari rumah ke sini. Tak sudah-sudah lagi. Tak baik adek buat Fairuz macam tu.”

“Haih? Ketara ke Mama? Adek tak tau lah…”

“Baik budaknya. Lagipun bukan orang lain. Kawan abang kan? Suruh je masuk meminang.”

Tawa Irdina Iman berderai. Gembira!

“Papa macamana?”

“Papa lah yang suruh. Itu yang Mama cakap ni. Tapi Mama tak rasa kita akan bercakap tentang adek kan?”

“Tepat sangat. Ni abang punya kes.”

“Apa dia?”

Irdina Iman memulakan sesi mengemaskini laporan terkini mengenai perkembangan Ikhwan Iman dan Nurul Ain. Puan Sri Mardinah yang sedia mendengar kadang-kala mengukir senyuman dan tiba kemuncaknya mereka berdua ketawa bersama.

Dengan sisa tawa yang masih berbaki, Puan Sri Mardinah bertanya.

“Fairuz panggil apa?”

“Baby. Kalau Mama nampak rupa Nurul, pasti Mama tak sampai hati. Dia pucat lesi dan seperti langsung tidak bernafas. Dua tiga kali jugak lah Fairuz panggil. Nak tau abang macamana?”

“Dia marah ke?”

“Pantang dia marah kat adek dengan Fairuz tapi rupa abang dah macam orang sesak nafas. Siap longgarkan simpulan tali leher lagi.”

Tawa Puan Sri Mardinah bersambung kembali. Terasa meriah suasana kehidupannya sejak kehadiran gadis yang bernama Nurul Ain di dalam kehidupan kedua anak kesayangannya tapi aneh, biarpun dia sendiri tidak pernah bertemu dan bersemuka, hatinya tanpa berbelah bahagi menyenangi gadis itu. Sehingga sekarang, dia cuma berkesempatan mendengar cerita daripada Irdina Iman dan Hanima.

Belum sempat Puan Sri Mardinah bertanya lebih lanjut, Irdina Iman meneruskan penceritaannya.

“Abang buat sesuatu yang lagi drastik pagi semalam.”

“Adek… Jangan naya orang…”

“Tak de apa, Mama. Dia bagi kunci rumah kat Nurul Ain.”

“Bagi kunci? Nak buat apa?”

“Cara abang pesan macam suruh Nurul Ain jaga rumah. Cerita dari Fairuz lagi syok. Dia sengaja singgah ke pejabat abang semalam ajak baby lunch, tapi boss kepada baby pulak ikut sekali. Si baby kelihatan kecut perut. Dan satu lagi…. Nampak gaya boss baby pun belikan telefon baru sepasang. Satu untuk dia sendiri, satu lagi untuk baby.” Sengaja Irdina Iman mengulang perkataan baby kerana galihatinya apabila teringatkan rupa Ikhwan Iman ketika pertama kali idea memanggil Nurul Ain dengan gelaran baby oleh Shah Fairuz.

“Bukan abang pakai baru beli ke?”

“Yup. Yang itu untuk urusan pejabat, urusan rasmi. Tapi yang baru ini untuk abang berurusan dengan Nurul Ain.”

“Belikan untuk Nurul? Betul ni, dek?”

“Ha’ah.”

Puan Sri Mardinah menyandar pada kerusi dan kakinya disilangkan. Memang ada benar kata-kata suaminya petikan daripada Susan Gale, ‘When a heart has been stolen, sometimes the least likely suspect turns out to be the main person of interest.’

“Abang ke Singapura petang ini kan?”

Irdina Iman menyelak rambut separas bahunya ke belakang.

“Flight jam 1:45 petang.”

“Adek hantar?”

“Tak.” Irdina Iman menggeleng kepala.

“Fairuz?”

“Pun tak.” Sekali lagi dia menggeleng kepala.

“Pak Musa kamu?” Tanya Puan Sri mardinah merujuk kepada pemandu peribadi keluarganya.

“Lagilah tak. Mama ni takkan tak boleh teka lagi?”

Bulat mata Puan Sri Mardinah memandang Irdina Iman di depannya. Suasana harinya memang begitu ceria pagi ini. Dia ketawa buat sekian kalinya.

**********

“Ko ke mana tengahari tadi?” Tanya Amiza, tangannya sibuk mencedok aiskrim coklat dengan sudu dalam mangkuk sup. Bukan small, bukan medium tapi large.

“Airport.” Jawab Nurul Ain pendek.

“Buat aper?” Tangannya berhenti menyuap separuh jalan ke mulut. Wajah Nurul Ain dipandangnya. Masam mencuka. Alahai.

“Hantar orang.” Jawab Nurul Ain pantas. Tiada ekspresi.

“Hantar saper?” Biarpun terdapat beberapa kemungkinan jawapan ada di kepalanya, namun dia tetap bertanya.

“Boss.”

“Hah? Ko biar betik.” Silap. Bukan Shah Fairuz, suspek utama.

“Bukan betik, tu durian. Kena kat mana-mana pun sakit.” Rungut Nurul Ain. Tangannya dengan cekap memotong lobak dan kobis untuk dimasukkan ke dalam tomyamnya sekejap lagi.

Amiza kembali mencedok aiskrimnya. Kepala digeleng-gelengkannya.

Hanima baru selesai mandi dan berpakaian masuk ke dapur. Rambutnya masih dibalut dengan tuala ala-ala turban.

“Ape yang betik dengan durian ni?” Hanima mencelah.

“Betik buat ulam, durian buat tempoyak…” Usik Amiza.

“Kamu ni, Miza. Macam-macam. Ha, Nurul. Cik Irdina kata nak jemput kamu jam 8:00 malam nanti. Jadi ke?”

“Ke mana?” Tanya Amiza berminat. Tadi dia dan Nurul Ain hanya sempat bercerita tentang insiden semalam. Ada apa tentang kunci rumah…

“Ke mana lagi…” Nurul Ain memberi isyarat mata berkedip-kedip pada Amiza. Bukankah mereka sempat berbual di dalam bilik di tingkat atas tadi? Ish!

“Cik Irdina tak cakap pun. Ke mana, Nurul?” Soalan dihalakan kepada Nurul Ain.

“Nak siapkan laporan. Ke rumah Cik Dina.”

“Rumah bujang ke rumah keluarga?” Tanya Hanima. Dia sedang berdiri di sinki mencuci periuk nasi yang direndamkannya untuk menanggalkan kerak sebelum mandi tadi.

“Kat PJ. Residency @ Park 51 Condominium.” Jawab Nurul Ain tanpa mengalihkan perhatiannya pada misi potong memotong sayur.

Bukan itu sahaja, rasa bersalah berbohong dengan Mak Su nya membuatkan Nurul Ain menjawab tanpa menganggkat muka. Memang benar Irdina Iman membeli kediaman mewah di situ tapi Ikhwan Iman juga tinggal di situ cuma pada aras yang berlainan. Dan dia ke situ bukan untuk ke rumah Irdina Iman tapi rumah kepada majikannya, Pengarah Besar Urusan.

Arahan Ikhwan Iman kepadanya amat jelas dan terngiang-ngiang di telinganya.

“Saya baru berpindah ke situ daripada rumah keluarga dan barang banyak yang saya dah pindahkan cuma saya nak minta awak tolong setkan satu bilik untuk pejabat. Ada beberapa kotak besar di tepi ruang tamu yang masih belum dibuka. Semua buku-buku dan kerja-kerja pejabat. Awak tolong uruskan. Saya pun baru apply Unifi di TM so maybe akan ada pihak berkenaan yang akan datang sehari dua nanti. Itu juga awak uruskan.”

Nurul Ain mengeluh.

“Psst! Aku tak jadi ikut kalau Cik Irdina jemput ko. Tadi takde crita pasal dia nak jemput. Kalau ko pi sendiri, aku temankan.” Amiza merendahkan suaranya.

“Napa pulak?”

“Aku baru pinjam DVD dari Khairil, officeboy kat tingkat aku. Boleh ajak Mak Su tengok. Aku dengan Mak Su boleh santai-santai. Esok Jumaat bukan kerja pun. Public holiday kan?”

“Buruk siku.”

“Ko ni, Ain. Bahasa Melayu SPM dapat berapa? Buruk siku tu maknanya dah bagi ambik balik. Aku ni dalam kategori tukar fikiran.”

“Pandailah ko.”

“Betul lah.”

Nurul Ain mencerlungkan matanya kepada Amiza tanda geram. Amiza tersengih sumbing.

“Nurul?”

“Iya, Mak Su.”

“Kamu dengan Encik Fairuz macamana?”

“Macamana? Err… Kita serasi.”

Amiza memuncungkan mulutnya. Serasi ada makna. Komplot lebih, gerutu hatinya.

“Eloklah kalau macam tu. Baik orangnya. Kamu suka tak?” Duga Hanima pada Nurul Ain.

“Suka… Kenapa pulak tak suka?” Tanya Nurul Ain penuh makna.

“Kalau Ain suka, saya pun suka.” Celah Amiza menyokong Nurul Ain.

Hanima diam. Risau kalau-kalau rancangan Puan Sri Mardinah sekeluarga tidak menjadi. Nampak gayanya, Shah Fairuz memang jujur untuk mengenali Nurul Ain, anak saudaranya dengan lebih dekat. Nurul Ain pada pendapatnya agak terpaksa kini kelihatan selesa dengan Shah Fairuz dan berbual tentang pemuda itu. Mungkinkah rancangan mereka gagal dan apa yang patut terjadi menjadi sebaliknya?


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 14”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Afzeen AG. Ceriter anda best dan kelakar ,sungguh menghiburkan hati saya dan pembaca.Tahniah! Tunggu next sambungan.

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter anda best dan kelakar. Menarik sangat.Tahniah!

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Best ceriter ni.Kelakar .tunggu sambungannya

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ni best dan kelakar.tunggu next entry.

  5. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ini best sangat , dan kelakar pulak tu.Tunggu next sambungan.

  6. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ni best dan kelakar.next entry please!

  7. jue says:

    syok la cptlah kuar x sabar nak tuggu

  8. kerorokrok says:

    best2

  9. mama jaja says:

    cepat la smbg…ternanti2 ni

  10. anies says:

    Bila nk sambung citernie……. ada blog x……

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.