Novel : Boss Garang? Taklah… 19,20

2 November 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 18

Langkahnya teratur dan penuh dengan misi. Awal pagi lagi dia bersiap-siap untuk ke Ikhwan Holdings untuk berjumpa dengan Ikhwan Iman. Untuk berterima kasih dan meminta maaf. Peristiwa tempohari yang berlaku di hadapan bar benar-benar memalukan dirinya. Sebelum ini dia seolah-olah lupa dengan malu dan segannya tetapi apabila kembali bersua muka dengan Ikhwan Iman, teman baik arwah Azmeer, semua itu berubah.

Apabila difikirkan kembali, sepanjang menuntut di universiti yang sama, dia tidak pernah mengetahui asal usul lelaki yang sentiasa bersama dengan arwah Azmeer. Tidak pernah bertanya barang sedikitpun. Mungkin kedua orang tuanya bukan berpangkat Datuk mahupun Datin seperti arwah Azmeer tapi siapa tahu bergelar Tan Sri dan Puan Sri? Tiada siapa pun yang tahu, tapi mungkin arwah sendiri sahaja. Gaya yang bersahaja tidak sedikit pun menampakkan latar belakangnya sehingga wajah itu terpampang di salah satu majalah kesihatan entah beberapa bulan yang lalu.

“Boleh saya bantu, cik?”

Syarini tersentak. Berapa lama dia tercegat di depan kaunter penyambut tetamu?

“Err… Maaf. I nak berjumpa dengan Encik Ikhwan Iman?” Syarini menerangkan tujuannya ke Ikhwan Holdings.

“Maaf, cik. Tuan tak bertugas di sini lagi.” Jawab gadis dengan tanda nama Yasmin tersemat di bajunya.

“Tak bertugas lagi?”

“Maksud saya, sekarang tuan bertugas di Venture (M) Corporation. Dah dekat nak setahun lepas raya hari tu.”

“I see. I tak dapat contact Encik Ikhwan dah beberapa hari dah. You ada number dia?”

“Kalau nombor P.A di sana saya ada. Ini nombor dia.” Yasmin menghulurkan kad bisnes kepada wanita anggun di depan kaunternya.

“Nombor telefon bimbit?” Tanya Syarini sambil membaca nama yang tertera pada kad tersebut, Khatijah Abdul Rahim, Pembantu Khas.

“Selain nombor pejabat, tiada, cik.”

“Iye? Ok. Thank you.”

“Sama-sama, cik.”

Tangannya membetulkan letak cermin mata hitam di kepalanya kembali ke matanya menghalang pancaran matahari pagi menerjah. Dengan tenang dia mengorak langkah menuju ke parkir kereta.

Di kaunter…

“Sapa tadi tu? Lawanya… Seksi gitu.” Puji Daniel, pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di situ. Juga satu-satunya lelaki lembut yang bertugas di Ikhwan Holdings.

“Tak tanya pulak. Dia tanya tentang boss.” Kata Yasmin sambil mengangkat bahu.

“Encik Ikhwan ka? Girlfriend kot. Terlepas suda…” Sampuk Christy, gadis Sabah di sebelah Yasmin yang dari tadi menjadi pemerhati setia.

“Memandai je ko yek? Tak salah kalu betul pun.” Ujar Yasmin.

“Korang tak tengok lagi makwe boss sebenar. Real punya. Secara live lagi.” Hilmi, pembantu bangunan menyampuk. Sejak tadi dia di situ membetulkan lampu dinding yang dilaporkan malap sejak malam tadi.

“Ko pernah nampak ke?” Serentak Yasmin dan Christy bertanya, berminat.

Sengaja melambat-lambatkan jawapan, Hilmi mencangkung sambil mengemas toolkits nya.

“Abang ni… Nampak ke?” Daniel bersuara manja kepada Hilmi. Yasmin dan Christy tersengih.

“Ko ni, Daniel. Cuba insaf sikit, jadi lelaki. Geli bila ko panggil abang-abang ni. Eeiii…” Hilmi menggosok-gosok belakang tengkuknya. Seram dan geli.

“Ala… macam tak biasa. Nampak ke?” Tanya Daniel lagi.

“Sekali je. Kat Tesco. Korang tengok dulu baru tau sapa lawa. Pakai tudung lagi.” Beria-ria Hilmi bercerita.

“Iye? Aku ingat anak-anak orang kaya pilih yang macam tadi nyer… Ada kelas gitu. Aww…” Tangan Daniel mencuit lengan Hilmi. Bingkas Hilmi bangun.

Yasmin dan Christy ketawa.

**********

Nurul Ain sedang kusyuk dan fokus menaip surat ketika Puan Sri Mardinah memberi salam.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Boleh saya bantu, puan.” Nurul Ain menjawab salam dan lantas berdiri menyambut tetamu kepada majikannya. Tanda hormat.

“Encik Ikhwan ada di dalam?”

“Tuan ada. Puan duduk dulu, saya inform boss dulu? Err… Boleh saya tahu puan siapa dan tujuan puan?”

“Hmm… Terima kasih. Bagitahu kat boss, saya, Puan Mardinah datang dan kedatangan saya untuk collect hadiah.”

Nurul Ain menelan air liur. Collect hadiah? Kontraktor ke? Rasuah ke? Walaupun berat hatinya, kakinya tetap melangkah. Berat juga tangannya mengetuk pintu.

Pun Sri Mardinah cuma memandang dengan senyuman. Cantik!

Ikhwan Iman meletakkan gagang telefonnya. Perbualannya dengan Tan Sri Md Ghazali baru sahaja ditamatkan ketika mendengar ketukan di pintu. Dilihatnya Nurul Ain melangkah masuk dan seraya itu dia berdiri menuju ke arah Nurul Ain.

Langkah Nurul Ain untuk maju ke depan terhenti sebaliknya kakinya bersiap sedia berundur setapak demi setapak.

“Kenapa awak berundur, Nurul?” Ikhwan Iman bertanya kehairanan.

“Kenapa tuan bergerak ke depan?” Balas Nurul Ain, berani.

“La… Semua orang berjalan bergerak ke depan, mana ada belakang. Awak je saya tengok yang menapak ke belakang.”

“Huh?”

“Cuba berhenti bergerak ke belakang.” Kata Ikhwan Iman dengan nada mengarah.

Nurul Ain mematikan langkahnya. Ikhwan Iman menuju ke arahnya dan meninggalkan jarak lebih kurang semeter di antara mereka berdua.

“Ha… Bukan susah pun. Ada apa?”

“Huh?” Nurul Ain memandang ke arah simpulan tali leher majikannya. Cuak untuk bertentang mata.

“Nurul… Lebih sopan kalau bercakap dengan seseorang dengan memandang ke arah matanya.”

Gulp! Ah, sudah!

“Awak pandang tali leher sampai esok kita berdiri macam ni.” Ugut Ikhwan Iman.

Automatik Nurul Ain memandang ke wajah majikannya.

“Erk!” Ikhwan Iman terpana dengan mata bundar berwarna hazel asli itu. Padan muka aku, bisiknya sendiri.

Nurul Ain menggigit bibir melihat wajah majikannya yang tiba-tiba pucat lesi. Buruk sangat ke rupa aku, gerutu hatinya.

“Tuan…”

“Ha… Iya. Ok. Iya. Ada apa, Nu… Nurul?” Tersekat-sekat Ikhwan Iman bertanya.

“Ada tetamu. Dia memperkenalkan diri sebagai Puan Mardinah dan datang…” Belumpun habis Nurul Ain menerangkan tujuan kedatangan tetamuny itu, majikannya meluru keluar.

“Ish! Macam Carl Lewis. Laju betul.”

Kakinya turut melangkah mengekori majikannya.

“Assalamualaikum, Mama. Lama sampai? Abang baru siap berbual dengan Papa.”

“Waalaikumsalam. Tak lama. Baru lagi.” Ujar Puan Sri Mardinah. Sempat juga dia menonton wayang percuma drama maju satapak, undur setapak, pandang memandang, bertentang mata kedua anak muda itu melalui bahagian kecil yang transparent pada pintu pejabat itu.

Ikhwan Iman mengucup kedua-dua pipi Puan Sri Mardinah. Nurul Ain terkedu. Alamak! Mama?

“Nurul, ini ibu saya. Puan Sri Mardinah. Mama, ini Nurul. Pengganti sementara Puan Khatijah.”

“Puan Sri…” Nurul Ain menghulurkan tangannya bersalaman. Huluran salam disambut mesra.

“Nurul. So Nurul lah yang banyak membantu di sini?”

“Err… Sekadar yang saya mampu, Puan Sri.”

“So, anak saya tak bagi apa-apa souvenir balik dari business trip?”

“Bagi? Souvenir?”

“Sekejap.” Ikhwan Iman masuk semula ke pejabat dan kemudian menjinjing 2 beg kertas berlainan saiz. Saiz kecil diserahkannya kepada Puan Sri Mardinah manakala yang besar diserahkannya pada Nurul Ain yang terkebil-kebil memandangnya.

Puan Sri Mardinah tersenyum. Ikhwan Iman menggaru belakang telinganya yang seperti biasa langsung tidak gatal.
**********

“Baby…”

Hampir-hampir saja gugur jantung Nurul Ain dengan panggilan itu. Cepat-cepat dia mengunci pintu bilik fail. Matanya melilau kala-kalau ada kakitangan yang tidak keluar rehat jam 1 petang lagi. Mujur kosong. Perlukah memanggil aku dengan gelaran itu? Tak sesuai, gumam hatinya.

“Encik Fairuz…”

Shah Fairuz yang terkenal dengan senyum sumbing itu tersengih macam kerang busuk. Tak sah kalau tidak mengusik Nurul Ain apatah lagi di pejabat Ikhwan Iman.

“Yes, it’s me. Saja usik Nurul. Dina dah sampai?” Tanya Shah Fairuz.

“Belum. Cik Dina nak ke sini ke?” Nurul Ain bertanya kembali.

“Ha’ah. Tak sangka pulak saya sampai dulu. Kita lunch sekali?”

“Terima kasih, Encik Fairuz. Tak pegi kot. Miza puasa so saya ingat nak makan kat pantry je. Kejap lagi nak duduk rehat dengan Amiza.”

Shah Fairuz mengangguk mendengar nama Amiza disebut. Teman kamceng Nurul Ain.

“Owh. Boss mana?”

“Boss di bilik pejabat lagi.”

“Ada sesiapa datang?”

“Ada. Tadi.”

“Siapa?” Berkerut dahi Shah Fairuz mendengar jawapan Nurul Ain.

“Ibu kepada boss. Collect hadiah.”

“Ooo… Aunty Dee. Saya datang ni pun sebenarnya nak collect. Dina kata Nurul dapat banyak dalam satu beg kertas.”

“Cik Dina bagitau?”

“Yup. Betul ke?”

“Entah lah. Boss bagi satu beg kertas bersaiz besar tadi. Tak tengok lagi apa di dalamnya.”

“Selain dari Puan Sri, ada sesiapa lagi?”

“Kenapa? Ada lagi yang datang nak jumpa boss collect hadiah?” Nurul Ain bertanya ingin tahu.

“Belum tahu lagi nak collect apa.”

“Huh?” Nurul Ain terkedu. Tadi tanya siapa yang ada datang tapi nampak macam yang bertanya kenal benar dengan siapa yang dimaksudkan akan datang. Kalau bukan collect hadiah, hendak collect apa pula? Pelik, gerutu hatinya.

Derapan langkah di belakang menyebabkan kedua-duanya menoleh. Ikhwan Iman melangkah tenang dan kedua tangannya dimasukkan di poket depan seluar.

“Apa yang collect-collect ni?” Ikhwan Iman berminat, ingin tahu.

“Hadiah. Souvenir. Ada tak?” Giat Shah Fairuz.

“Tengok dulu… What’s up?”

“Bro… Tak aci macam ni. Lunch?” Ajak Shah Fairuz. Ikhlas.

“Nurul?” Ikhwan Iman memandang ke arah Nurul Ain.

“Saya?”

“Ya, awak. Lunch dengan Fairuz?”

“Baby tak lunch sekali.” Shah Fairuz menjawab bagi pihak Nurul Ain. Bukannya dia tidak tahu paras kemenyampahan teman baiknya itu mendengar dia memanggil Nurul Ain. Tahu… Cuma saja buat tidak faham dan tidak nampak.

“Erk!” Nurul Ain kehilangan kata-kata setiap kali Shah Fairuz memanggilnya baby di hadapan majikannya. Wajah majikan yang sedikit berubah membuatkannya cuak. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ditekup mulut Shah Fairuz dengan tangannya.

“Tak…” Belumpun habis Ikhwan Iman untuk bertanya kenapa, telefon bimbit Shah Fairuz berdering nyaring.

Shah Fairuz menjawab telefonnya. Ikhwan Iman memandang Nurul Ain.

“Bro, jom. Dina terus ke Bangsar. Dah cop meja.”

“Nurul?”

“Amiza puasa so tadi ada masak lebih sikit untuk bersahur, saya dah bawak bekal. Sayang pulak membazir. Kejap lagi pun nak duduk rehat dengan Amiza tingkat bawah.”

Mendengar jawapan daripada Nurul Ain, idea lain muncul di kepalanya. Ikhwan Iman tersenyum.

“Aku ada banyak lagi kerja, bro. Malam ni sekali dinner ok kot. Call nanti bagitau kat mana.”

“Ok. Aku blah dulu. Nurul.” Bergegas Shah Fairuz meninggalkan keduanya. Bimbang Irdina Iman lama menunggu.

Ikhwan menarik nafas pendek.

“So, just you and me. Jom ke pejabat sekejap. Ada kerja sikit.” Ikhwan Iman berkira-kira untuk turut serta dalam aktiviti makan tengahari bersama Nurul Ain dan bekalnya. Cuma perlu sedikit alasan.

Mereka berjalan beriringan namun tiada butir bicara yang kedengaran. Masing-masing diam membelai perasaan. Sampai sahaja di pintu bilik, Nurul Ain menghampiri mejanya. Kabinet belakang kerusi dibuka dan beg kertas berwarna hitam pekat ditarik keluar. Dia nekad dengan niatnya.

Ikhwan Iman cuma menjadi pemerhati.

“Err… Kita makan dulu, tuan. Saya lapar. Kejap lagi saya buat kerja. Saya panaskan dulu kat pantry.” Cepat-cepat Nurul Ain beredar untuk ke pantry dengan membawa beg kertasnya. Memang dia tersangat lapar.

Kata-kata Nurul Ain membuatkan Ikhwan Iman tergelak besar. Tak sangka!

Nurul Ain tersenyum sendirian.

**********

Nurul Ain sedang mengemas mejanya kerana jam beransur menginjak ke 5 petang. Hari ini hari paling bersejarah dalam hidupnya, makan tengahari yang dibekal dari rumah dengan Pengurus Besar Urusan. Salah seorang Dia tergelak kecil.

Mungkin hubungan mereka bukan sebagai kawan seperti sebelum ini tapi cukuplah sebagai majikan dan pekerja yang bekerja dalam suasana harmoni. No complaint!

Pagi tadi semasa bersahur…

“Rajin kamu bangun?” Tanya Hanima kepada anak saudaranya.

“Ala. Kalau yang tak berpuasa, tetapi pi jaga dan hidangkan makanan bersahur dan berbuka untuk yang berpuasa, besar pahala.” Kata Nurul Ain bersahaja.

“Tu saya musykil ni, Mak Su. Tapi dah ada yang tolong masakkan dan perangatkan, who am I to complain?” Amiza tersengih.

“Tapi banyak ni…” Kata Hanima. Ada ikan pari masak asam pedas, telur masin, bendi yang dicelur dengan air panas beserta cicah sambal belacan. Memang macam nak makan 5-6 orang.

Melihatnya Nurul Ain terkial-kial, mengorek jawapan jauh di dalam otaknya yang genius itu, Amiza menyampuk. Wakil…

“Bawak bekal, Mak Su. Saya kan puasa, dia tak nak turun sorang ke kafe lah tu.”

Hanima mengangguk dan berlalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

“Psst… Betul ke ko nak bawak bekal ni?” Perlahan suara Amiza bertanya.

“Iyelah.” Pendek jawapan Nurul Ain.

“Ko nak ajak sapa makan? Boss?” Sekadar meneka.

“Ish!”

“Apa ish-ish pulak? Ato nak ajak Encik Fairuz?” Giat Amiza bertanya.

“Sapa-sapa yang langkah kanan besok.” Ujar Nurul Ain sambil mencedok nasi de dalam pinggan untuk Mak Su nya dan Amiza.

“Boss lah tu. Korang dah ok ke?”

“Kawan tu tak tapi aku boleh terima majikan dan pekerja in a good term.”

Amiza melopong. Boleh pulak?

“Apa bisik-bisik ni?” Tanya Hanima tiba-tiba.

“Erk! Tak de apa-apa, Mak Su. Cakap kuat-kuat nanti, Aunty Lee di sebelah bangun nanti.” Jawab Nurul Ain pantas.

“Kamu ni…”

Senyuman terukir dibibirnya dan membelakangi pintu pejabat tatkala seseorang menghampiri mejanya.

“Excuse me? Ini pejabat Encik Ikhwan Iman?”

Siapa? Bukankah sekarang sudah tamat waktu bekerja? Nurul Ain menoleh dan bertentangan mata dengan tetamu yang datang. Cuma meja yang memisahkan jarak mereka berdiri.

Syarini sedikit tersentak. Inikah Puan Khatijah, P.A kepada Ikhwan Iman? Gadis tinggi lampai di hadapannya ini berpotensi untuk menggugat sesiapa yang menjadi majikannya untuk menghabiskan waktu di pejabat daripada di tempat lain. Cantik, manis dan approachable dengan killer smile di bibirnya. Bagaimana dengan Ikhwan Iman? Hatinya tertanya-tanya sendiri.

“Ya, cik. Apa boleh saya bantu.”

“Saya Syarini dan saya kawan Encik Ikhwan Iman.”

“Kalau macam tu, cik sila duduk dulu dan saya akan inform boss dengan kedatangan cik. Sebentar.” Nurul Ain menjalankan tugasnya seperti biasa.

Syarini memerhatikan gerak-geri gadis itu dengan ekor mata sahaja. Seketika kemudian…

Seraya bunyi pintu terkuak, Syarini berpaling.

“Sya?”

“Ikhwan.”

Nurul Ain diam tidak terkutik. Jejak kasih? Inikah tetamu yang Shah Fairuz maksudkan tengahari tadi?

Bab 19

Tan Sri Md Ghazali sedang membantu Musa mengeluarkan barangan yang baru dibeli daripada pasar basah ketika kereta anak bongsunya, Irdina Iman masuk dan parkir di sebelah. Lambat-lambat anaknya itu keluar daripada kereta. Wajah itu tidak ceria, juga tidak sedih tapi seperti sedang berfikir tentang sesuatu. Atau seseorang…

“Assalamualaikum, Papa. Pak Musa.”

“Wa’alaikumsalam. Adek sorang je? Abang mana?”

Irdina Iman mengangkat bahu, tidak tahu.

Tan Sri Md Ghazali tersenyum. Mesti bergaduh.

“Ha… Ni, tolong hantar lauk pauk basah ni ke dapur. Mama dan Mak Jah kamu mesti tengah menunggu.”

“Ok.” Irdina Iman akur sambil menjinjing 2 plastik yang sarat dengan ayam dan ikan di kedua belah tangannya masuk ke rumah.

Jawapan pendek daripada Irdina Iman membuatkan Tan Sri Md Ghazali dan pemandunya saling berpandangan.

“Lain macam je tu, Tan Sri?” Tegur Musa. Selalunya keluar dari kereta, cerianya menggamatkan satu rumah.

“Entah lah, Musa. Gaduh dengan Ikhwan barangkali.” Kata Tan Sri Md Ghazali. Bonet belakang kereta Mercedes-Benz model E 300 BlueTEC HYBRID itu ditutup kemas.

“Kalau gaduh dah tentu dia merajuk dalam bilik, Tan Sri. Ni kes lain ni.”

“Saya pun berfikir macam tu, Musa. Ala… Anak-anak muda. Darah muda.”

“Kita pun pernah muda, ye tak?”

Kedua-duanya ketawa, mungkin masing-masing teringat zaman muda-muda dulu.

Di dapur…

“Assalamualaikum, Mama. Mak Jah.”

“Wa’alaikumsalam.” Jawab kedua wanita lewat umur 50-an serentak.

Tanpa banyak kata, Irdina Iman menghampiri sinki dan meletakkan plastik-plastik di atasnya. Dia kemudiannya menarik kerusi di meja makan dan duduk. Kepalanya diletakkan di atas meja berbantalkan lengan.

“Kenapa ni, dek? Senyap je? Tak sihat?” Hajijah penuh kasih meletakkan tangannya di dahi Irdina Iman. Perkahwinan selama hampir 27 tahun tanpa anak membuatkannya menganggap kedua anak majikannya itu seperti anak kandung sendiri.

“Gaduh dengan abang?” Puan Sri Mardinah mengagak.

“Tak…”

“Kenapa adek nampak monyok? Nak kata demam, Mak Jah rasa badan adek pun sejuk. Normal.”

“Hmm… Adek terlampau banyak berfikir kot.” Akui Irdina Iman.

“Fikir?” Serentak lagi Puan Sri Mardinah dan Hajijah saling berpandangan.

Memang Puan Sri Mardinah akui seminggu kebelakangan ini jarang Nampak Ikhwan Iman dan Irdina Iman ke mana-mana bersama-sama. Paling tidak pun pasti ada Shah Fairuz, teman baik kepada si abang dan buah hati kepada si adek.

“Banyak kerja di pejabat?”

“Boleh tahan, Mama. Tapi bukan kat Ikhwan Holdings tapi kat pejabat abang.”

Hajijah meneruskan kerjanya di dapur meninggalkan ibu dan anak itu berbual, mencurah rasa di meja makan.

“Memang sejak balik dari Singapura minggu lepas abang tak balik lagi ke sini. Itupun Mama yang singgah pagi Isnin lepas. Alasan Mama nak collect souvenir. Abang sibuk?”

“Abang memang sibuk memanjang tapi ada orang datang menyibuk.”

“Orang? Siapa? Nurul?”

“Kalau Nurul, adek tak jadi masalah.”

“Fairuz menyibuk dengan Nurul? Acting je kan?”

“Pun bukan.”

“Habis tu siapa?”

“Syarini.”

Puan Sri Mardinah yang baru mengeluarkan set hidangan minum pagi daripada kabinet terhenti.

“Syarini? Anak Datuk Mahluddin? Bukan ke dia tinggal di Australia? Bekerja di sana?”

“Dah balik pada hari yang sama abang balik dari Singapore. Cuma flight abang awal pagi, flight dia sebelah petang.”

“So… Apa yang adek fikirkan?”

Jadi ini yang membuatkan anak bongsunya jadi begini. Tidak ceria.

“Mama tolong batalkan iklan jawatan kosong P.A abang.”

“Batal? Kenapa?” Puan Sri Mardinah kehairanan.

“Bagi terus dengan Nurul Ain.”

“Dina… Kita kena adil kan?”

Bukan niatnya untuk menyekat calon-calon yang berkelayakan untuk memohon tambahan lagi saingan untuk mendapatkan pekerjaan masakini memang sengit.

“Bukan bagi jawatan secara hakiki tapi sementara saja. Yang jawatan lain tu biar on je. Bila kita dapat usha abang dengan Nurul then baru kita buka iklan jawatan itu semula.” Terang Irdina Iman akan maksudnya.

“Kenapa tiba-tiba?”

Lambat-lambat Irdina Iman menjawab.

“Syarini pun memohon. Puan Khatijah yang bukak e-permohonan semalam nak print kan senarai pemohon. Adek terperasan nama tu.”

“Hmm… Dah bagitau abang?”

“Selagi dia nampak Nurul di meja tu adek rasa tak menjadi masalah.”

“Jadi… Ni lah yang buat adek monyok ni?”

“Tak jugak. Ha… satu lagi. Setiap malam abang keluar makan dengan Syarini.”

“Abang dah dewasa, dek. Lagipun salah adek juga.”

“Salah adek? Part mana?”

“Adek kena inform abang yang Fairuz tu bakal adik ipar bukan nak tackle Nurul pun. Baru abang tak berkira-kira dengan Fairuz lagi.”

Irdina Iman mengukir senyuman. Senyuman bertukar menjadi tawa.

**********

Shah Fairuz meraup mukanya. Mencari momentum. Irdina Iman pula menongkat dagu, matanya terarah pada pintu bilik tidur abangnya di hujung penjuru. Berbohong bukan main senang, tapi berterus terang susah lah pulak, gumamnya sendirian.

“Saya ke atau awak yang kena bagitau?” Irdina Iman beralih pandangan. Wajah Shah Fairuz ditatapnya.

“Sama-sama. Awak dan saya.”

“Berani ke?” Tanya Irdina Iman selamba.

“Tu yang saya ajak awak. Dahlah saya siap panggil Nurul baby-baby lagi. Tak naya saya?”

“Cakap terus terang pun susah?” Rungut Irdina Iman.

“Ada lagi saya nak cakap. Tu pun naya jugak.”

Shah Fairuz bangkit dan mundar-mandir di belakang sofa.

“Ada apa lagi yang nak kena bagitau?”

“Ada…”

“Apa dia?”

“Before saya kena… Elok bagitau dengan Ikhwan jangan apa-apakan bakal adik ipar.”

“Haih! Sapa kata saya nak kawin dengan awak?” Irdina Iman meninggikan suaranya sedikit.

“Tak kata pun. Cakap je.” Jawab Shah Fairuz lalu duduk kembali apabila dilihatnya Ikhwan Iman keluar daripada bilik tidurnya.

Ikhwan Iman memandang wajah dua wajah insan yang disayanginya ini. Mula-mula wajah Shah Fairuz, kemudian wajah adiknya. Akhirnya terhenti di wajah Shah Fairuz.

“Ha… Apa hal, bro? Adek? Kenapa asyik bersama je ni?” Tanya Ikhwan Iman, ingin tahu. Tangannya membetulkan kolar baju.

“Bro… Nak ke mana ni?” Shah Fairuz mengerut kening. Teman baiknya nampak seperti sedang bersiap-siap hendak keluar.

“Kereta Sya rosak masih di bengkel. Dia nak singgah di The Curve.” Jawab Ikhwan Iman. Kali ini dia menyikat rambutnya kemas.

“Sya? Syarini?” Serentak Shah Fairuz dan Irdina Iman menyebut nama yang asyik-asyik muncul dalam perbualan mereka.

“Siapa lagi? Syarini lah.”

“Naik je lah teksi…” Irdina Iman bersuara perlahan. Tidak puas hati. Tidak jadi masalah baginya jika berkongsi kasih abangnya dengan Nurul Ain, tapi kalau dengan Syarini, simpang malaikat 44.

“Adek… Kalau kawan perlukan bantuan, kita kena tolong. Bukan jauh pun. Abang ni pun lepas hantar Sya, nak singgah makan tengahari rumah Mama dan Papa. Semalam tak pi. Qada hari Ahad.”

“Err… Sya ok?” Tanya Shah Fairuz.

Ikhwan Iman mengeluh. Pasti ada sesuatu… Dia akhirnya duduk di sofa bertentangan dengan Shah Fairuz dan adiknya.

“Am I missing something here?” Ikhwan Iman bertanya. Dia pasti kedatangan keduanya membawa hajat besar.

Diam. Senyap.

“Just shoot, bro.” Ikhwan Iman memberi lampu hijau kepada Shah Fairuz untuk menerangkan sesuatu kerana itulah yang dia rasakan sekarang. Shah Fairuz ada sesuatu untuk diperkatakan.

“Abang dengan Sya ada apa-apa ke?” Laju adiknya bertanya.

“Maksud adek?” Ikhwan Iman tersentak. Pelik mendengar pertanyaan daripada adiknya.

“Bro, ko dengan Sya couple ke?” Giliran Shah Fairuz bertanya. Satu lagi kejutan dengan pertanyaan pelik.

“Ho… Ho… Ho… This is interesting. Kenapa?”

“Abang suka dengan Sya ke?” Ada nada kebimbangan pada suara adiknya.

“Hmm… Still the same question. Kenapa?”

Shah Fairuz meraup wajahnya untuk sekian kalinya. Naya pun naya lah.

“Bro, aku nak kawin dengan Dina. Aku sayang dengan Dina lama dah. Aku nak restu ko.”

Irdina Iman berpaling ke arah Shah Fairuz di sebelahnya. Kenapa lain yang dirancang, lain pula jadinya?

“Kawin? Dina? Bro, apa ni bro? Nurul?” Ikhwan Iman teringat pada Nurul Ain.

Dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, Ikhwan Iman bangkit dari sofa dan dengan spontan Irdina Iman berdiri di tengah-tengah sebagai pengantara. Tangan didepakannya. Shah Fairuz juga turut bangun tapi dengan perlahan.

“Abang… Biar kita terangkan dulu?” Irdina Iman cuba mengukir senyuman secomel mungkin untuk abangnya.

Namun difikiran Ikhwan Iman pelbagai andaian buruk menerjah masuk. Mereka terlanjur kah sehingga Shah Fairuz melupakan hasrat untuk memikat Nurul Ain? Tergamakkah mereka?

“Bro?” Shah Fairuz bersuara, mematikan andaian buruk terus bermain-main difikiran Ikhwan Iman.

Tanpa bersuara, Ikhwan Iman kembali duduk. Duduk dalam keadaan tegak, menunggu penjelasan. Penerangan.

Irdina Iman mengambil tempat duduk di sebelah abangnya. Shah Fairuz mengangguk sedikit, tanda membenarkan buah hatinya untuk memberi penjelasan. Mungkin sampai maksudnya nanti.

Sepanjang Irdina Iman bercerita, abangnya cuma diam. Sekali sekala Shah Fairuz menyampuk melengkapkan plot penceritaan. Bukan itu sahaja, Papa, Mama dan Kak Hanima pun turut serta terlibat di belakang tabir.

Agak lama juga suasana hening melitupi kediaman mewah itu sebaik sahaja Irdina Iman selesai bercerita. Tanpa sebarang reaksi, Ikhwan Iman meninggalkan adik dan teman baiknya di ruang tamu lalu menuju ke dapur.

Irdina Iman dan Shah Fairuz saling berpandangan. Marah ke tidak marah?

Tidak lama kemudian, Ikhwan Iman keluar dari dapur dan menuju ke rak kasut mengambil dan menyarung sandal kegemarannya di kaki. Dia ke dapur cuma untuk membasahkan tekaknya dengan air berkarbonat Coca-Cola, kegemarannya.

“Tunggu apa lagi?” Tiba-tiba Ikhwan Iman bersuara.

“Abang nak pi mana? Jumpa Sya?”

“Tak.”

“Habis tu nak ke mana, bro?”

“Jumpa seseorang.”

“Jumpa seseorang?” Serentak Shah Fairuz dan Irdina Iman mengulang kembali kenyataan daripadanya.

“Cepatlah. Tuan rumah dah nak keluar takkan tetamu nak tinggal?” Rengus Ikhwan Iman.

Cepat-cepat keduanya menuju ke pintu dan menyarung kasut masing-masing.

“Ke mana?” Shah Fairuz memberanikan diri bertanya.

“Ko jaga Dina dan sayang dia seperti kami sayang dia, bro.” Ikhwan Iman sengaja tidak menjawab pertanyaan teman baiknya.

“Huh?” Shah Fairuz terkedu.

“Abang?”

“Adek pula jaga nama baik keluarga. Kitaorang sayangkan adek and abang approved pilihan adek. Good choice.”

Ikhwan Iman mengunci pintu kondominium dan memasang sistem penggera keselamatan ke mode aktif.
Kakinya melangkah menuju ke lift tetapi adik dan teman baiknya masih tercegat di tempat yang sama.

“Kenapa tengok macam tu?” Tanya Ikhwan Iman, pelik.

“Bro, ko tetap nak jumpa Sya jugak ke?”

“Abang?”

“Sapa kata? Cancel. Dia naik teksi je lah. Nak jumpa Nurul.” Seraya itu pintu lift terbuka dan kelibat Ikhwan Iman hilang.

**********

Hanima mencangkung sambil menggembur tanah dalam 3 pasu plastik panjang bewarna kelabu. Benih bunga yang baru dibelinya awal tadi di pasar ditabur dan sedikit air disiram untuk melengkapkan prosedur menanam pokok bunga.

Amiza pula duduk di buaian sambil mengunyah Crontos perisa barbecue. Kedua-duanya berada di tempat teduh jadi terlindung daripada panas matahari yang mula menggigit kulit.

“Tak keluar?” Hanima mengangkat pasu ke rak pasang siap yang dibelinya dari IKEA sebulan lepas.

“Tak. Napa Mak Su?”

“Nurul mana?”

“Atas. Baca novel.”

“Siapa yang masak?”

“Hari ni giliran saya masak.”

“Masak lagi? Kan lewat sarapan pagi tadi.”

“Tak masak pun.”

“Tadi kata masak?” Hanima mengerut kening.

“Giliran masak. Saya tapau je. Nasi Bukhara yang kat PJ State sampai sekejap lagi.” Amiza tersengih. Malas masak sebenarnya.

“Ada delivery ke?”

“Tak. Hamzah antar. Dia dengan Azril pi sana nak tukar selera konon. Padahal abah dengan ibu pi kenduri kat Sungai Besar. Saya pesan sekali. Beli 4 kotak. Semua ayam.”

“Haa… Nasi tu. Nurul tau ke?”

“Kusyuk dan tawaduk mengadap novel. Malas nak kacau. Dia hidu aroma nasi tu nanti dia turun lah.”

“Nurul tu suka makan. Cukup ke?”

“Kan saya order 4 kotak tadi, Mak Su. Mak Su pun dah salah. Nurul tu bukan suka makan tapi kuat makan.”

Amiza dan Hanima saling berpandangan sejenak dan tawa mereka berderai kemudiannya.

Amiza sedang mengesat air matanya akibat tergelak besar dengan adegan mengumpat Nurul Ain yang kuat makan ketika sebuah Hyundai Tucson berhenti parkir di luar pagar rumah. Siro, anjing milik Mrs. Lee mula menyalak.

Ikhwan Iman keluar daripada kereta dan berdiri di depan pagar rumah sambil mengangkat tangan pada dua wanita yang sedang memandangnya dengan pandangan semacam, pelik serta hairan.

Cepat-cepat Amiza membetulkan tuala di kepalanya yang berfungsi menutup rambutnya menggantikan tudung. Alamak!

Hanima pula bangun lalu menuju ke pintu pagar untuk menyambut tetamu yang datang tanpa diundang namun kedatangannya akan sentiasa disambut dengan baik. Siro pula berhenti menyalak apabila Edwin, anak lelaki Mrs. Lee keluar menenangkannya.

“Assalamualaikum, Kak Hanima.”

“Wa’alaikumsalam. Masuk dulu. Panas ni…” Hanima menggunakan tangan seakan-akan awning tudung menutup wajahnya terkena panas matahari.

Ikhwan Iman menurut akur. Ada senyuman di bibirnya. Hanima menutup kembali pagar rumah.

“Err… Mintak maaf kalau saya mengganggu hari Ahad macam ni. Nurul ada?”

“Ada. Kat atas. Duduk di kerusi ni dulu. Kat sini agak teduh, terlindung. Nanti mintak Amiza panggilkan.”

Tanpa disuruh, Amiza berlari anak menghitung anak tangga ke tingkat atas.

Tok! Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk kuat.

“Ish! Macam nak roboh. La… Siapa pulak kunci pintu ni?” Rungut Nurul Ain.

Pintu dibuka. Amiza tersengih.

“Ko yang kunci pintu lepas keluar tadi kan? Ha… Ni ketuk macam nak roboh.” Marah Nurul Ain. Pembacaannya terganggu dek terpaksa membuka pintu untuk Amiza.

“Sori… Pi siap-siap.”

“Huh? Nak ke mana?” Tanya Nurul Ain kehairanan.

“Ada tetamu.” Jawab Amiza pendek.

“La… Nak suruh buat air bandung blended lagi ke panas-panas macam ni? Kan dah tunjuk cara hari tu.”

“Bukan. Yang datang ni lagi panas.”

“Ko order Domino’s ke? Eeii… Seronoknya!” Nurul Ain melonjak kegembiraan.

“Beb… Ko ni tak tanya sapa pun yang datang. Ko main teka ikut suka, ikut selera.” Amiza menggeleng kepala. Kalau part makan, Nurul Ain nombor satu. First place.

“Jadi bukan Domino’s?” Nurul Ain hampa.

“Bukan.”

“Hmm… Ok. So siapa datang ni?” Nurul Ain bermalas-malas dan baring semula ke katilnya. Novel tulisan Catherine Coulther dicapainya semula. Siapa yang datang? Ada kukisah…

Amiza membuka almari Nurul Ain mengeluarkan jeans biru dengan blaus perang muda. Selendang berwarna 3 tones yang siap bergosok turut menjadi sasaran.

“Nak pi ke mana?” Tanya Nurul Ain. Mungkinkah Amiza mengajaknya keluar?

“Aku tak pi mana-mana. Ko yang kena pi mana-mana.”

“Aku? Aku nak pi mana?”

“Boss ada kat bawah. Cari engkau. Aku tak rasa dia nak dok kat kerusi di laman tu lama-lama. Walaupun terlindung dari panas, tak sesuai, beb.”

Nurul Ain bingkas bangun.

“Boss? Boss mana? Boss siapa?”

“Ada boss lain ke yang tahu rumah ni? Mana telefon mahal ko?”

“Err… Kat luar tengah cas.”

“Baik ko tengok ada SMS tak.”

Nurul Ain berlari keluar ruang tamu di tingkat yang sama.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 19,20”
  1. MARIA says:

    best cter ni…dh kluar novel? tolong sambung cepat yea…x sabar nih. tahniah kepada penulis

  2. fatimahzahra says:

    bila lah nak bukukan citer ni…sayer dah lama mengikuti….menarik citer nyer..

  3. Mellissa says:

    Bila nak sambung ceta ni?cepat2 lah sambung..please

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.