Novel : Boss Garang? Taklah… 2

5 June 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 2

Langkahnya bersahaja dan santai seolah-olah tahu seluruh mata tertumpu padanya. Tiada reaksi pada wajahnya. Sut berwarna smoky-gray tersarung kemas dan tampak bergaya pada tuan empunya badan. Tidak dinafikan dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, gayanya persis seorang model majalah GQ. Tapi kenapa terasa seperti aura negatif dibawa bersama menerjah ke ruang legar bangunan 50 tingkat Venture (M) Corporation?

Ikhwan Iman melangkah terus menuju ke lift di sebelah timur bangunan kerana di bahagian yang sama

itulah pada aras 49 terletaknya pejabat Pengarah Besar Urusan, arah hala tujunya. Sementara menunggu, matanya memerhati keadaan disekelilingnya. Dilihatnya ramai para pekerja juga menunggu giliran menaiki lift untuk ke tempat bertugas masing-masing. Mungkin ada yang bertugas di aras yang sama dan mungkin ada yang bertugas di aras yang berlainan. Terdapat 10 lift di situ dan tiada seorang pun yang berdiri berhampirannya untuk menaiki lift yang sama. Jam pun baru menginjak ke pukul 7:35 pagi. Banyak masa lagi sebelum waktu pejabat bermula.

Leka dengan keadaan sekeliling, Ikhwan Iman terlupa sebentar dengan keserabutan fikirannya sejak 2 minggu yang lalu. Beria-ia benar Mama menyarankan dia memegang jawatan Pengarah Besar Urusan di Venture (M) Corporation. Urusan di Ikhwan Holdings pun dah banyak dan adakalanya rumit, inikan pula menguruskan Venture (M) Corporation? Papa cuma bersetuju dan alasan clichenya, Papa sayang Mama lebih, so kena dengar cakap isteri. Alasan Mama? Mama kata Ikhwan Holdings dah terurus dan tiada cacat celanya. Keuntungan pun meningkat 6 percent pada suku pertama tahun ini. Lagipun kata Mama, tiada yang mampu menguruskan Venture (M) Corporation sebaik anak terunanya, Ikhwan Iman.

Ingat lagi Ikhwan Iman dengan urusan pengambilalihan Venture (M) Corporation setahun yang lepas. Keadaan syarikat agak terumbang-ambing sejak kematian Datuk Abdullah dan isterinya dalam nahas kapal terbang di Jepun. Apa yang pasti ketiadaan waris telah mengundang perebutan pelbagai pihak dan sebagai pemegang saham yang terbesar, Papa mengambil keputusan untuk mengambilalih dan menguruskan sendiri Venture (M) Corporation atas sebab menjaga kepentingan dan kebajikan para pekerja dan pelaburan Ikhwan Holdings. Kenapa tidak Irdina Iman, satu-satu adik kandungnya untuk menguruskan Venture (M) Corporation?

Sejam kemudian…

Ikhwan Iman meneliti salah satu fail yang tersusun dan tersedia untuknya di atas meja. Ada 6 fail kesemuanya. Hmm…

Keadaan pejabat agak kecik berbanding pejabatnya di Ikhwan Holdings, tapi bukan kerana Ikhwan Holdings itu miliknya memandang nama syarikat serupa dengan namanya. Syarikat itu milik arwah datuknya iaitu Tan Sri Md Ikhwan Shah kemudian diserah pengurusannya kepada Papa seterusnya kepada dia, waris terkini.

Susun atur pejabat secara keseluruhanya kemas dan sesuai dengan pemilik asal namun Ikhwan Iman bercadang untuk melakukan beberapa perubahan untuk kemudahan dirinya.

Tut! Tut! Telefon berwarna putih bordering di tepi sudut meja. Ikhwan Iman mengangkat dan sangkaannya betul. Kedengaran suara Mama memberi salam di hujung talian.

“Dah sampai dah?” Tanya Puan Sri Mardinah, berbasa-basi.

“Tadi lagi abang dah sampai, Mama. Before 7:45 am.” Jawab Ikhwan Iman ringkas.

“So anak teruna Mama dah start sibuk?” Puan Sri Mardinah mengagak pasti anak terunanya itu dah mula bekerja. Tanpa bersarapan.

Ikhwan Iman mengukir senyuman. Mama…

“Panas badan untuk seminggu dua ni rasanya. Abang kena tengok semua fail-fail KIV sementara menunggu nak ke bilik perbincangan.” Tangannya sibuk mencatat sesuatu di atas organizer sebelum dipindahkan untuk dimuat turun ke iPad nanti.

“Mesyuarat?”

“Tak. Tadi abang dapat jemputan ke bilik perbincangan. Tak kata pulak bilik mesyuarat. Abang ingatkan baru nak buat mesyuarat Isnin depan. Minggu ni abang cuma nak setiap pegawai bahagian yang bertanggungjawab sediakan laporan untuk tempoh 6 bulan lepas. Next week will be the starting point. ”

“Hmm… Abang jangan garang sangat dekat pekerja situ. Risau Mama.” Pesan Puan Sri Mardinah buat sekian kalinya sejak malam tadi. Risau dan masak benar dia dengan fi’il anaknya itu.

“Bukan garang, Mama. Tegas.” Ujar Ikhwan bersahaja.

“Mama prefer garang sebab staff kat sini kecut perut selama bekerja dengan abang. Baru sekejap tadi Mama dengar sok sek-sok sek tentang abang. Lega agaknya abang tak bertugas di sini buat sementara waktu.”

“Mereka honeymoon sebab boss yang demanding dah kena TRANSFER.” Sengaja ditekankan perkataan transfer untuk mengingatkan Mama. Bukan atas dasar nak berkurang ajar, tapi protes sikit. Tak salah kan?

Puan Sri mengeluh pendek. Bunyi macam protes tu…

“Hmm… Abang kena berehat. Bukan Mama dan Papa tak berterima kasih dengan usaha dan komitmen yang abang lakukan di Ikhwan Holdings. Mama dan Papa bersyukur sangat. Tapi keadaan kita baik dan selesa dah. Venture (M) Corporation yang perlukan abang. Mama tau abang mampu membuatkan Venture (M) Corporation stabil semula. Selain tu, Mama nak abang berehat dan bersosial sikit bila bertugas di situ. Skop tugas yang tanggungjawab agak kecik so abang ada masa untuk diri sendiri.”

“Maksud Mama?” Pen di tangannya diletakkan. Badannya disandar ke kerusi. Kata-kata Mama ada yang tersurat tapi yang tersirat belum tau lagi. Ikhwan Iman menggaru dagunya yang tak gatal. Janggut pun tak de sebab dah bercukur awal pagi tadi.

“Ada tak yang berkenan di hati?” Spontan soalan cepumas keluar daripada mulut Mama.

Ikhwan Iman mengambil keputusan untuk menepis soalan Mama dengan ala-ala Capten America. Siap dengan perisai.

“Mama… Abang pun baru masuk kerja dan apa yang berkenannye? Bangunan? Nampak ok. Keadaan pejabat? Abang belum boleh komen. Kena meronda setiap tingkat dulu. Bilik pejabat Pengarah Besar Urusan ok, cuma abang nak buat change sikit tapi bukan masa yang terdekat. Yang abang berkenan setakat ni, fail putih sebanyak 6 buah kat atas meja dan I’m looking into one of it.”

“Hmm… Taktik mengelak kali ni abang nak guna apa pulak?” Puan Sri Mardinah merungut. Ada saja tepisan dan flying kick daripada Ikhwan Iman. Belum paksa lagi, baru nak usha-usha bertanya.

“Sekarang ni filem Avengers lah, Mama. Adek Dina kan pernah cakap body abang macam Capten America. Jadi abang kira kali ni nak jadi dia pulaklah.” Usik Ikhwan Iman. Terbayang-bayang di matanya, Mama pasti mengetuk pen di atas meja. Geram! Ikhwan Iman tersenyum sendiri.

Puan Sri Mardinah mengetuk pen Sheaffer dakwat basah di meja. Bijak, bijak jawapannya.

“Mama tau… Sama je adik beradik. Abang lain, adik lain. Dah sarapan?”

“Tak sempat. Tapi P.A abang bagitau tadi ada kudapan kejap lagi selepas urusan kat bilik perbincangan. Lunch nanti abang ke Ikhwan Holdings.”

“Ok kalau macam tu. Abang nak ke sini? Ada masalah ke yang Mama perlu tau?” Puan Sri Mardinah kehairanan.

“Jangan risau, Mama. Tak de masalah. Abang nak ajak Adek jumpa contractor untuk projek bulan lepas. Selepas ni abang akan serah kat adek dan biar dia uruskan. Lagipun projek tu pun dah 10 percent berjalan. Kita cuma perlu pantau sebaik mungkin.”

“I see. Okay then. Mungkin adek boleh belajar lebih cepat dengan cara ni. Be home tonight for dinner. Don’t be late.”

“Alright, Mama. Abang ke sana selepas Maghrib. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Talian diputuskan. Ikhwan Iman menyambung semula kerjanya yang terdelay sebentar tadi. Mama… Mama… Risau dan ideanya tidak pernah berkesudahan mahupun kering. Ada-ada saja.

Tok! Tok! Pintu pejabatnya diketuk.

“Masuk!” Nada suara Ikhwan Iman bertukar. Agak keras dan tak mesra. Suara seorang majikan, kata adiknya.

Puan Khatijah masuk dan menuju ke meja Pengarah Besar Urusan barunya. Segaris senyuman formal terukir untuk menyedapkan rasa tak sedap hatinya.

“Selamat pagi, tuan. Rasanya dah sampai masanya tuan. Semua dah sampai di bilik perbincangan dan menunggu tuan. ” Puan Khatijah seraya P.A mengingatkan majikannya. Antara tugas utama.

“Ok. Terima kasih. Show me the way.” Ikhwan Iman mengangguk kepalanya sedikit. Dia bangkit membetulkan sut baru yang dibelikan oleh adiknya, Irdina Iman minggu lepas.

“Baik, tuan. Arah sini.” Puan Khatijah menunjukkan arah. Ikhwan Iman menuruti langkah P.A nya itu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 2”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Baru dua bab dibaca kita dah suspense. Tak sabar tunggu sambungan novel ni. Cik Azlin Aziz saya yakin anda berbakat teruskan berkarya.

  2. ssazma says:

    hemm br bab 2, tp sy sdh merasakan thriller nye… gud job!!!

  3. azris says:

    aku pulak yg berdebar2 nie..

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Serious ajer nampaknya Ikhwan Iman ni.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.