Novel : Boss Garang? Taklah… 3

12 June 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 3

Nurul Ain tengah kusyuk menyiapkan pembetulan bagi laporan akhir beserta presentation slide yang diserahkan oleh Tuan Haji Bahari, Pengurus Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal kepadanya sebelum jam 07:50 pagi lagi. Terkedu sebentar apabila dilihat pengurusnya itu menghampirinya sewaktu baru melabuhkan punggungnya di kerusi di meja kerja dengan membawa bungkusan sandwich dan mug berisi milo instant panas kegemarannya dari pantry. Breakfast beb!

Mujurlah dia dan Amiza sampai awal setiap hari. Belumpun rekod datang awal tercalar sepanjang lima hari bekerja di sini.

Selepas solat Jumaat nanti, Tuan Haji nak kedua-duanya siap dalam bentuk softcopy dan hardcopy kerana petang sebelum jam 03:30 petang kedua-duanya akan diserahkan kepada P.A Pengurus Besar Urusan di tingkat 49. Okay.

Deringan telefon bimbitnya bernada lagu Doraemon menjengah telinga. Nurul Ain tersentak. Kus semangat! Hantu punya Amiza!

“Ko tukar ring tone telefon aku ke?” Marah Nurul Ain pada Amiza di hujung talian.

Kedengaran Amiza mengekek ketawa. Mesti Nurul Ain gelabah dengan kalut giler dengar bunyi ring tone baru yang kiut, detik hatinya.

“Assalamualaikum, salam dulu. Ha’ah. Cepat skit ko jawab panggilan coz itu ring tone untuk aku. Aku setkan ring tone untuk Mak Su ko gak. Tak nak tanya lagu aper?” Galak Amiza mengusik.

“Waalaikumsalam. Ish… Bagitau je lah. Ko tak de keje ke?” Rungut Nurul Ain. Time macam ni buat kacau. Tak senonoh betul.

“Lagu cerita Om Shanti Om. Mak Su kan minat SRK so kalau dia call, baik ko cepat jawab. Kalau tak satu floor gempak Bollywood mari. ”

“Hai… Rosak, rosak kawan aku ni. Ni call ni nak bagitau tu je?”

“Keje banyak. Dah siap, cuma tengah print. Jap lagi nak mintak Abang Usop fotostat. So sementara terluang ni dok bertanya kabar.”

“Abang Usop?”

“Ala… Kalau ko ada Abang Deen tolong despatch dgn fotostat, aku ada Abang Usop. Mana aci kalau ko sorang je ade. Eh, jangan lupa tau. Jam 12:30 tengahari aku lepak tempat ko tau. Ni ada pesanan dari… Err… Tiga orang lagi.”

Nurul Ain menjulingkan matanya ke atas dan keluhan kecil dilepaskannya. Tak habis-habis.

“Ok. Dah le, aku nak siapkan ni. Dah nak jam 11:00 pagi ni. Harap-harap sempat semua.”

“Chiao.”

“Bye.” Nurul Ain memutuskan talian.

Tumpuannya kembali pada skrin komputer. Ada 2 slide lagi … Chaiyok! Chaiyok!

Sejam kemudian…

“Nurul tunggu siapa?” Tanya Kak Rosminah, kehairanan melihat Nurul Ain duduk di luar bilik Tuan Haji Bahari. Di tangannya menjinjing beg kertas Pooh berisi telekung.

“Err… Saya nak bagi pendrive dan hardcopy ni kat Tuan Haji. Dah siap dah. Pagi tadi dah janji kat Tuan Haji. Saya dah buat pembetulan dan periksa banyak kali. Semua ada kat sini dan fail ni.”

Kak Rosminah menggeleng kepala.

“Laa… Nurul tak tau ke?” Tanya Kak Rosminah padanya.

“Tau? Tau apa, Kak Ros?” Nurul Ain bertanya kembali. Terlepas sesuatu ke?

“Isteri Tuan Haji masuk wad baru kejap tadi. Accident on the way balik dari UPM, tempat dia mengajar. Tu yang Tuan Haji bergegas keluar tadi. Nurul tak perasan kot. Kusyuk sangat.”

“Iye ke? Tak tau pun. Habis tu saya nak serah ni kat sapa? Tuan Haji kata hari Isnin nak guna tapi hari ni dan kena hantar salinan kat P.A Pengarah Besar Urusan.”

“Nanti akak tolong tanyakan. Jom kita ke belakang dulu.”

Kak Rosminah melangkah ke kawasan operasi bekerja. Nurul Ain membuntuti di belakangnya. Belum pernah lagi kakinya melangkah ke kawasan ini biarpun pada aras yang sama. Ada yang melambai tangan, ada yang mengukir senyuman, ada yang mengangguk-ngangguk kepala dan ada yang nakal mengenyit mata. Fuh! Sakit mata.

“Nurul, ni Encik Badrul, boss nombor tiga. Encik Badrul, ni Nurul Ain trainee P.A Tuan Haji yang ganti Pn. Elizabeth nanti. Hari tu Encik Badrul baru balik dari umrah so Nurul tak jumpa semasa majlis meraikan pekerja baru Isnin lepas.” Kak Rosminah memperkenalkan mereka.

“Cantik nama, cantik orangnya. Ada apa Kak Ros? Nurul?” Tanya Encik Badrul tanpa membuang masa. Pujiannya sekadar mukaddimah bukan menggatal.

Nurul Ain mengulang semula versi penerangan yang sama kepada Encik Badrul. Selesai Nurul Ain, Kak Rosminah pula. Lelaki yang lingkungan berumur awal 40-an itu diam, mendengar dengan penuh perhatian. Sepuluh minit kemudian keputusan diambil dan langkah terakhir, Nurul Ain akan menyerahkan pen drive dan hardcopy sendiri dengan P.A Pengarah Besar Urusan.

Jam tangan jenama Alba di tangan kananya menunjukkan pukul 12:45 tengahari. Entah sempat ke tak ni nak tangkap Kak Khatijah, gusar hatinya. Sebaik saja pintu lift terbuka Nurul Ain cepat-cepat keluar. Keluar dari lift, belok ke sebelah kiri. Itu pesan Kak Rosminah tadi.

Dia meninjau-ninjau dan mengjengket kakinya. Pejabat Kak Khatijah sunyi. Ruangan berpartition yang menempatkan beberapa meja kerja juga tiada orang. Pasti P.A Pengarah Besar Urusan dah keluar. Al-maklumlah hari ini hari Jumaat. Waktu rehat tengahari pun agak panjang. Baru sahaja Nurul Ain berkira-kira hendak berpaling…

“Mak!!!”

Tidak pernah seumur hidupnya menjerit sekuat itu. Kecut perut dan terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang begitu hampir di belakangnya. Dia mengurut dada dan beristigfar. Sesak dada.

Ikhwan Iman menyeringai menahan telinganya mengelakkan jeritan gadis di hadapannya ini menusuk ke gegendang. Boleh tahan juga kuat dan nyaringnya. Mujur semua pekerja dah bergerak keluar pejabat jam 12:15 tengahari tadi. Kalau tak…

“Ya Allah, Ya Rabbi… Terperanjatnya saya. Awak betul-betul mengejutkan saya. Apa awak buat berdiri di belakang saya?”

“Same goes to me. Apa yang awak buat di hadapan saya dan apa yang awak buat di tingkat ni dan melilau-lilau tercari-cari?”

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya. Soalan berbalas soalan. Alahai mamat ni.

“Awak bertugas kat tingkat ni?” Tanya Nurul Ain lagi. Harapannya bolehlah mamat ni tolong hantarkan kepada Kak Khatijah. Teringat dengan Amiza tengah menunggunya di tingkat 20.

Giliran Ikhwan Iman terasa pula hendak menggigit jari. Penilaiannya tak pernah salah. Sah, gadis ini pekerja baru. Siapa lagi yang berani bertanya kepada pemilik syarikat soalan bonus macam ni? Apatah lagi seseorang yang bereputasi sepertinya? Cari nahas!

Kesempatan yang ada disambar. Wajah gadis di hadapannya ini diperhatikannya. Cantik dan manis orangnya. Matanya bundar sesuai dengan kening yang rapi terletak. Hidungnya kecilnya mancung dan bibir yang mekar itu…

“Err… Awak bertugas kat ni?” Tanya Nurul Ain buat kali kedua. Apa ke jadah mamat di hadapannya ini, rungut Nurul Ain. Sekejap nampak macam blurred, sekejap nampak macam sedang berfikir.

“Saya? Ehem… Ha’ah. Sekejap lagi saya nak kunci pintu dan on kan alarm. Ada apa yang boleh saya tolong Cik…?” Entah kenapa spontan jawapan itu keluar.

“Saya Nurul. Nurul Ain dari Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal. Err… Saya ke sini nak hantar softcopy dan hardcopy laporan beserta presentation slide ni untuk Pengarah Besar Urusan. Salinan. Berkejar nak bagi kepada Kak Khatijah tapi tak sempat jugak. Agaknya dia pun dah keluar pejabat kot.”

“Ooo… Bukan sebelum jam 03:30 petang?”

“Saya tau, tapi saya ditugaskan untuk menghantar lagipun Tuan Haji Bahari cuti segera hari ni.”

“Cuti? Segera?”

Ikhwan Iman mengerut keningnya. Cuti segera? Pantang benar baginya kalau ada pekerja yang bercuti segera. Perancangan cuti kena betul dan teratur. Kalau sepuluh orang yang ambik cuti segera hari ini…

Nurul Ain menggaru kepala yang tak gatal. Mamat ni tak dengar ke apa yang aku cakap? Semua kena ulang dua kali ke? Penat kalau bercakap dengan mamat ni padahal tujuannya nak hantar laporan dan presentation slide, rungut Nurul Ain.

“Saya tak berapa pasti kenapa tetapi tadi ada yang bagitau baru kejap tadi isteri Tuan Haji yang mengajar di UPM terlibat dalam kemalangan. Warded.” Jelas Nurul Ain ringkas. Apabila tiada reaksi daripada pemuda di hadapannya, Nurul Ain terus ambik short cut.

“Saya pun tak boleh lama kat sini. Staff pun tak de. Awak pun rasanya nak ke masjid kan?”

Ikhwan Iman mengangguk kepalanya. Entah mengiakan untuk menerima sebab kenapa bercuti segera ataupun nak ke masjid. Alih-alih kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Nurul Ain mengukir senyuman. Ikhwan Iman menelan air liur. Killer smile.

“Kalau macam tu, saya berharap sangat awak dapat tolong saya kali ni.”

“Tolong?”

Nurul Ain menjulingkan matanya ke atas. Kena ulang dua kali. Sekali lagi.

“Tolong bagi ni kepada Kak Khatijah bagi pihak kami.” Nurul Ain menghulurkan sampul surat bersaiz besar kepada Ikhwan Iman. Hulurannya bersambut.

“Kenapa tak letak sendiri?” Tanya Ikhwan Iman pantas.

“Arwah mak saya kata, jangan masuk kalau tuan rumah tak de. Perbuatan saya meninjau-ninjau dan berjengket-jengket tadi pun dah tak elok. Ni pulak nak menerjah masuk.”

“Bagaimana dengan kes saya pulak?”

“Maksud awak?

“Saya boleh terjah bilik Kak Khatijah?”

“Tadi awak kata awak bertugas kat sini kan? Saya pulak dari tingkat 20. Jadi tahap boleh akses semestinya berpihak kat awak bukan saya. Lagipun ada satu lagi sebab.”

“Apa dia?”

“Saya tak berani nak jumpa atau terserempak dengan boss. BOSS GARANG. ” Tutur Nurul Ain tenang dan riak wajah tidak bersalah terpapar. Perkataan boss garang dihighlightkannya.

Ikhwan Iman terbatuk-batuk. Tiba-tiba tekaknya gatal. Garang? Kenapa macam kenal saja perkataan keramat tu, keluh Ikhwan Iman.

“Awak ok?”

“Sa… Saya ok.”

“Hmm… Baguslah kalau ok. Sebelum tu saya nak ucap terima kasih banyak-banyak. Err… Saya rasa elok saya beredar dulu. Takut awak pulak lambat ke masjid.”

Langkahnya laju menuju ke pintu lift yang sedia terbuka. Butang nombor 20 ditekan namun pantas butang open ditekan untuk mengelakkan pintu tertutup. Lupa, beb!

“Maafkan saya kerana lupa nak tanya nama. Tak sopan rasanya kalau saya tak kenal dengan siapa saya mintak tolong.”

“Sa… Saya Iman. Ya, saya Iman.”

“Selamat berkenalan, Iman… Terima kasih.”

Pintu lift tertutup rapat.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 3”
  1. Aliya says:

    Best3 cite nie. Lawak pun ada,hehe.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.