Novel : Boss Garang? Taklah… 4

20 June 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 4

Irdina Iman menongkat dagu memandang abangnya yang sejak dua menjak ni tersenyum simpul memanjang. Bukan saja tersenyum, kekadang tergelak kecil. Dan buktinya sekarang, abangnya tengah tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Padahal di tangannya novel karangan Dan Brown, The Da Vinci Code. Haih! Ini sudah lebih.

Idrina Iman menepuk meja kopi dengan kuat. Ikhwan Iman tersentak.

“Haih… Terkejut adek ketuk meja? Ingatkan tak sedar adek kat depan ni.”

“Apa pulak?”

“Nak kata adek saiz kecik tak jugak. Boleh tahan besar dan berat badan adek ni.”

“Apa kaitan ketuk meja dengan saiz? Berapa berat sekarang?”

“Haih… Metafor ler. Tak payah tanya berat. Adek tengok abang tersenyum, tersengih, tergelak sorang kebelakangan ni kenapa? Sapa yang buat lawak?”

Pertanyaan adiknya membuatkan Ikhwan Iman diam. Adiknya perasan ke? Takkan ketara sangat kot. Semenjak dua menjak ni je. Apabila dikira dengan jari ada dalam 3 minggu dah.

“Abang ade jawapan tak?”

“Heh… Hehe… Tak boleh? Mama kata abang kena rehat minda.”

“Ni bukan rehat minda dah. Ni minda dah mereng.” Irdina Iman menggerakkan jari telunjuk di tepi dahi. Huruf O.

Puan Sri Mardinah membawa dulang berisi hidangan minum petang yang disediakannya sendiri. Hujung minggu beginilah dia bekesempatan memasak sepenuh masa untuk seluruh ahli keluarga. Manakala hari-hari yang lain dia sibuk dengan urusan di syarikat.

“Kenapa adek?” Tanya Puan Sri Mardinah.

“Abang ni ha…, Mama. Adek rasa abang ni semacam sekarang ni.” Irdina Iman mengulang semula aksi menggerakkan jari telunjuk dengan huruf O di tepi dahinya.

“Adek ni suka serkap jarang.” Kata Ikhwan Iman kepada Puan Sri Mardinah.

“Apa yang serkap jarang?” Marah Irdina Iman.

“Kenapa?” Sekali lagi Puan Sri Mardinah bertanya.

“Mama tak perasan ke abang lain macam. Adek rasa ada sesuatulah.”

“Ya ke? Puan Sri Mardinah memandang anak sulungnya. Mencari sesuatu yang didakwa lain macam oleh anak bongsunya. Bukan lain macam tapi kabur adalah.

Ikhwan Iman mengangkat bahu.

“Abang teringat hal kat pejabat tempohari. Budak tu silap orang.” Ujar Ikhwan Iman pendek.

“Habis tu? Apa kena mengena dengan abang sampai tersengih macam kerang busuk? Adek bercerita ke, bertanya ke, semua kena ulang 2 kali.” Omel Irdina Iman, tak puas hati.

“Ulang? Iye ke?” Serentak Ikhwan Iman dan Puan Sri Mardinah bertanya.

“Silap orang? Siapa silap, abang? Tanya Puan Sri Mardinah. Aneh. Selalunya Ikhwan Iman tak bagi muka.

“Macam ni, ceritanya Mama.”

Selesai berpenglipurlara, Ikhwan Iman menggaru belakang telinga apabila dilihatnya tiada reaksi daripada kedua-dua wanita kesayangannya itu. Mama dan adiknya saling berpandangan. Sunyi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ikhwan Iman memberi isyarat tangan untuk ke hujung halaman rumah kepada kedua-duanya untuk menjawab panggilan telefon.

Irdina Iman mencuit lengan Puan Sri Mardinah.

“Apa yang Mama fikir?”

“Betul adek cakap tu. Abang lain macam.”

“Tapi abang nampak lebih santai sekarang kan? Dulu Isnin sampai Ahad stressed je walaupun nampak cool.”

“Papa ada jugak bercakap tentang abang tapi Mama berapa nak ambik tau.”

“Mama perasan ada satu lagi tak?”

“Apa dia?”

“Mama ada dengar tak abang kata dia marahkan staff tadi tu?”

“Tak jugak. Just amused. I think so. Just amused.”

“See? Kan dah confirm abang lain macam.”

Di tepi halaman rumah Ikhwan Iman duduk menyandar di bawah gazebo. Pandangannya di hala ke kolam kecil di hadapannya. Kelihatan beberapa ikan koi, ikan koleksi Papa berenang-beranang di dalamnya. Empat ekor kura-kura peliharaan adiknya pula duduk bertenggek sun-bathing jam 05:00 petang Sabtu. Ikhwan Iman mengeluh kecil.

Panggilan tadi begitu mengejutkannya. Syarini. Hampir 6 tahun dia tidak mendengar berita daripada Syarini. Entah hidup, entah tidak sejak majlis konvokesyen mereka di Melbourne, Australia.

Kematian Azmeer, teman baik mereka benar-benar memberi kesan dalam persahabatan yang telah terjalin di antara mereka sejak mula-mula mendaftar di Universiti of Melbourne 4 tahun sebelumnya. Gelak tawa dan susah senang semuanya dikongsi bersama sehingga kehadiran Jaclyn, gadis kacukan Irish dan Cina dalam hidup Azmeer. Semuanya berubah sedikit demi sedikit.

Siapa sangka Syarini memendam rasa pada Azmeer? Siapa sangka Syarini bertindak sejauh itu? Siapa sangka Jaclyn membawa diri? Siapa sangka Azmeer akan kecewa? Dan siapa sangka dirinya akan kehilangan teman baik? Tiada yang menyangka.

Selepas mendapat panggilan daripada Syarini, cepat jari jemarinya menghantar SMS kepada Nurul Ain, gadis yang tak tersengaja berkenalan dengannya semasa insiden lebih kurang sebulan lepas. BerSMS dengan Nurul Ain pasti dapat menenangkan dirinya.

Bip! Bip! Tanda SMS masuk dan nama Nurul Ain terpapar pada telefon bimbit. Senyumannya terukir di bibir. Cepat jugak dapat reply.

Bru lps solat. Napa?

X lepak dgn Miza?

Miza ke Muar. Sepupu kawin. Tghri esok bru blik cni. Awak bt pe?”

Di rmh. Tggu awak bls sms. Boring.

Hahaha. Pi senam.

Dh slim. Body pn dh ketak2. Boring.

Ish… Pi rht.

Tgh rht ni. Boring.

Pi solat dh?

Lom. Jap lg.

Klu jwb boring td, putus kawan. Pi dlu kang kita sms. Mak Su panggil. K?

K? Err… Kluar mkn nk?

Mkn? Bila?

Mlm ni?

Jap. Kita tanya Mak Su.

SMS klu ok. X ok pun sms.

K.

Teringat dan terbayang-bayang lagi Ikhwan Iman pada wajah terperanjat Kak Khatijah, P.A nya apabila diminta untuk mendapatkan fail Nurul Ain seminggu yang lepas. Sejak hari itu, Pengarah Besar Urusan dan P.A nya menjadi agak kamceng dan suasana bekerja pun kurang tegang seperti hari-hari sebelumnya. Rahsia boss, rahsia P.A. Komplot boss, komplot P.A.

“Saya mintak Kak Khatijah tolong diamkan perkara ni, boleh?”

“Maksud tuan, rahsiakan?” Riak wajah Puan Khatijah menggambarkan perasaannya. Tanggapannya, anak jutawan ni ,mesti hendak mempermainkan anak dara orang.

“Rahsia tu kedengaran macam saya nak buat perkara tak elok. At least perkataan diamkan ada soft meaning.” Tenang Ikhwan Iman bersuara.

“Boleh saya tahu kenapa, tuan?”

“Saya tak pernah dikenali dengan nama Iman. Ikhwan Iman tu pula satu jenama bagi sesetengah orang. Gadis ni mengenali saya dengan nama Iman dan penerimaannya terhadap saya pun kerana saya adalah Iman bukan Ikhwan Iman.”

Puan Khatijah mengangguk perlahan . Faham.

Kini SMS jadi penghubung mereka. Nurul Ain mengisi sesuatu dalam rutin hariannya yang ketat dan penuh dengan urusan rasmi. Ada sesuatu tentang gadis itu yang menggamitnya sejauh ini dan Irdina Iman, adiknya mula mengesyaki sesuatu yang padahal dia sendiri tak tau apa. Apa salahnya tersenyum, tersengih, tergelak? Kata Mama, berehat dan bersosial.

Bip! Bip! Tanda SMS masuk dan kali ini bukan nama Nurul Ain terpapar pada telefon bimbit tapi Irdina Iman. Ikhwan Iman mencerlungkan matanya kot-kot silap. Sah, tidak!

U r smiling. I wonder y? Abg kena mandi bunga ni.

Ikhwan Iman menoleh ke belakang. Irdina Iman berada tidak jauh di situ dan ditangannya ada water sprinkler yang selalu digunakan oleh Pak Kassim, tukang kebun menyiram bunga di halaman rumah. Ah, sudah! Perang!

Sepuluh minit kemudian kedua-duanya tergolek ketawa dalam kebasahan di tengah laman.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 4”
  1. ina says:

    very creative dear…
    keep it up..

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Bestnya cerita ni .Baru nak excited baca dah habis. Cepat-cepatlah sambung.Saya tak sabar menunggu.

  3. najwa says:

    cepat lh sambung x sabar nk tunggu…

  4. tijah says:

    tak sabar nak tgu sambungan.citer nie.
    ada tak novel nie kat kedai?

  5. ara says:

    best.. ayat sedap d baca..

  6. fika memo says:

    best..law nk smbungan seterusnya blh tak?????bleh la……kn2..:)

  7. ira says:

    writer ade blog x

  8. azfeen a.g says:

    msh tempoh belajar…

  9. ainmemaoru says:

    best sangat x sabar nak tunggu bab yg seterus nyer :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.