Novel : Boss Garang? Taklah… 5

27 June 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 5

Hanima tersenyum apabila dilihat leka benar Nurul Ain dengan rancangan televisyen yang menayangkan drama korean di hadapannya. Tangannya pulak rancak melipat baju yang yang telah diangkat dari ampaian di luar tingkap. Biarpun tempat sidaian agak terhad namun entah macamana anak saudaranya itu dapat menyidai 2-3 kali sehari. Cekap! Tak padan dengan orangnya. Janji cuaca panas, motto Nurul Ain apabila bab mencuci dan menyidai pakaian.

Mungkin dah sampai masa untuk berpindah ke rumah teres, desis Hanima.

“Kata nak keluar makan?” Sapa Hanima pada Nurul Ain.

“Hmm?” Pandangannya tak lepas dari televisyen.

“Leka bebenor. Mak Su tanya, tadi kata nak keluar makan.” Ulang Hanima lagi.

“Ooo… Awal lagi. Lepas solat Maghrib nanti kawan orang ambik. Biar orang siapkan ni dulu. Siap lipat, simpan dalam almari. Tak sedap nak lipat baju yang dah longgok. Klu macam ni, kering dan keras so bila lipat nampak cantik lagi. Esok cuma gosok baju keje.”

Tangannya sibuk menyusun pakaian yang telah dilipat ke dalam bakul berbentuk segiempat sebelum dibawa masuk ke bilik. Kemas.

“Tak takut lewat bersiap?” Tanya Hanima lagi. Tangannya pula mengeluarkan komputer riba daripada beg. Ada kerja pejabat yang perlu disemak sebelum dihantar pagi Isnin nanti.

“Ish! Sempat. See the leg lah, Mak Su. Mak Su betul tak nak join sekali ni?” Duga Nurul Ain. Mana tau fikiran Mak Su Hanim nya berubah.

“Tak pe. Jangan balik lewat tau.” Pesanan mengiringi.

“Tau.” Ujar Nurul Ain sambil mengangguk kepala.

“Miza tak ikut?”

“Mana nak bawak? Dia kan kat Muar lagi. Tengahari esok baru balik KL. Kan Hamzah, adik bongsunya nak daftar Politeknik Muadzam Shah hari Isnin nanti. Balik awal boleh rehat-rehat sekejap sebelum bertolak sebelum solat Subuh.”

Jari jemari Hanima menari-nari di atas papan kekunci. Menaip sesuatu. Tiba-tiba tergerak hatinya untuk bertanya pendapat Nurul Ain, anak saudara yang telah dianggap seperti anak sendiri.

“Mak Su ingat nak tanya kamu sesuatu. Pasal rumah.”

Kali ini tangan Nurul Ain berhenti meneruskan kerjanya. Wajah Hanima menjadi perhatian.

“Rumah?”

“Mak Su ingat nak dok kat rumah arwah abah dan mak kamu. Dah 3 bulan kosong lepas budak-budak kolej tu konvo. Lepas diaorang keluar hari tu, Mak Su dah mintak tolong 2 orang minah indon dari ofis dok basuh rumah. Kebetulan suami salah seorangnya pulak tukang rumah. Semua dah baiki dan minggu lepas baru selesai cat. Cuma nak kena angkat barang-barang dari sini ke sana.”

“Apartment ni?”

“Kita sewakanlah. Ada berbaki 8 tahun lagi jadi boleh rolling duit sewa untuk bayar bank.”

“Hmm… Orang ikut je. Lagipun stesen lrt dekat kan? Senang orang nak pi keje.”

“Miza?”

“Selang 2 stesen then orang naik sekali.”

“Jadi ke?” Hanima bertanya lagi.

“Orang kira on je Mak Su. Nanti orang carikan lori.”

“Kamu kenal ke dengan sapa-sapa?”

“Tak jugak. Nanti tolong tanyakan.”

“Elok sangatlah. Start minggu depan kita punggah pakaian dengan barang yang senang dibawak.”

“Ok.”

Hanima mengeluh panjang melihatkan format laporan untuk diserahkan kepada Tan Sri Md Ghazali lusa. Banyak yang perlu diperbaiki dan kemaskini. Kalaulah anak majikannya masih bertugas di Ikhwan Holdings memang masak kena marah.

Fikirannya melayang ke peristiwa semalam sebelum habis waktu bekerja semalam.

“Awak dah dengar ke, Hanim?”

“Dengar apa, Tan Sri?”

“Anak teruna saya?”

“Encik Ikhwan Iman?”

“Mana saya ada anak teruna lain, Hanim… Dia dah banyak berubah sekarang.”

“Berubah macamana, Tan Sri?

“Entahlah, tapi saya sebagai ayah ni perasan benar sejak dua menjak ni.”

Hanima terdiam. Apa agaknya yang berubah tentang Encik Ikhwan Iman? Bila dibilang dengan jari berapa kerap sangatlah dia bertentang mata dengan anak teruna Tan Sri Md Ghazali dan Puan Sri Mardinah. Orangnya memang jejaka idaman Malaya, pakej cukup tapi cuma pemarah dan garangnya mengalahkan mak datuk. Sesiapa saja yang terpaksa berurusan dengannya pasti kecut perut. Bukan tak hormatkan para pekerja senior tapi garang, tak senyum, cakap tiada nada dalam erta kata lain tiada emosi dan direct to the point. Ada saja yang tak kena.

Apalagi sekarang anak majikannya itu bertugas di Venture (M) Corporation tempat Nurul Ain bekerja. Tiada pulak kedengaran anak saudaranya itu bercerita ataupun merungut. Opocot! Ada jari mencuit pinggangnya dari belakang.

Berderai tawa Nurul Ain melihatkan ibu saudara kesayangannya itu melatah. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan.

“Mak Su mengelamun jauh… Orang panggil dengar tak dengar je. Dah sampai mana agaknya?”

“Err… Boss besar kamu garang tak, Nurul?” Tanya Hanima tiba-tiba.

Nurul Ain menjungkitkan kening kirinya. Pelik dengan pertanyaan Hanima.

“Boss besar? Maksud Mak Su, Pengarah Besar Urusan? Hmm… Orang tak pernah jumpa pun, tapi dengar-dengar memang orangnya macam garang. Tapi tak segarang masa dia bertugas kat Ikhwan Holdings. Itu gossip yang terkini orang dengar.”

“Hmm…”

“Ada satu cerita yang Miza bawak pulak, dia tak lah bambu-bambu staff. Dia tegur on the spot. Senyum tak. Macam tak de perasaan. Ada saja tak kena. Perabot, pasu, kabinet, pantry, lantai, laporan, presentation bla, bla, bla. Semua tak kena hari-hari. Kenapa?”

Hanima membuka lembaran sejarah terkenalnya sikap pemarah dan garang anak sulung majikannya kepada Nurul Ain. Tiada tokok tambah, semuanya benar belaka.

Nurul Ain yang setia mendengar sambil menongkat dagu diam. Ada ke manusia macam ni? Apa ke hal? Ish!

“Mak dan ayah dia macamana pulak?”

“Pernah Mak Su dengar Pri Sri kata kalau anak terunanya itu naik angin time lawatan dan mesyuarat daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, dia akan berpura-pura tak kenal anaknya. Tan Sri pun setuju.”

Nurul Ain ketawa macam nak rak. Tak nak mengaku? Dengan tawa yang masih bersisa, Nurul Ain mengesat air matanya.

“Napa? Lawak?”

Nurul Ain mengangguk kepalanya. Hanima tersenyum. Memang lawak pun.

“Maksud Mak Su, perangai dan perwatakan mereka berbezalah ni?”

“Sangat-sangat.” Hanima mengiakannya.

“Ada ubat untuk orang macam ni” Ujar Nurul Ain. Idea datang, mentol di kepala menyala.

“Ubat? Nak ubat sapa?”

“Anak majikan Mak Su lah.”

“Ha… Apa dia?” Tanya Hanima ingin tahu. Mana tahu boleh disyorkan untuk majikannya.

“Ada pakcik kat pejabat orang kata dia kena mandi bunga dan kawin.”

“Boleh pulak macam tu.”

“Staff kat pejabat pun setuju.” Kata Nurul Ain bersungguh-sungguh.

Hanima mencuit hidung anak saudaranya. Akal panjang nak kenakan orang, detik hatinya.

“Mak Su nak tau Miza cakap apa?”

“Apa Miza cakap? Kamu berdua ni keje ke ikut staff kat situ gossip?”

“Gossip time lunch hour.”

“Iye lah tu. Eh, apa Miza cakap? Miza tu bukan boleh control tatabahasanya.”

“Dia kata… Siapalah malang jadi pengantin Boss Garang.”


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 5”
  1. syuhairah says:

    adoiiii!!writer….baru nak mengmbang kan bacaan terus terbantut.nape pendek sangat???pape pon teruskan….

  2. Raini says:

    Best tp pendek sgt..huhu
    Cik Penulis ade blog x?

  3. mimi118 says:

    alaaa.. pikir saye je yg rasa ceter ni.pendek. takpe yg penting best! :) tak sabar tunggu next entry :) chayok chayok!

  4. awan says:

    poli tmpt ak bljar tu….^^, ….citer ni mmg best,,cara penulisan dy santai,bile bace x sedar dah habis,,syok sgt..hhehe,, 😀 aja aja fighting!! ..<3 ^_<

  5. iman says:

    nak lagI !

  6. SkyAngeL says:

    blog penulis…azfeen-ag.blogspot.com/

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.