Novel : Boss Garang? Taklah… 6

6 July 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 6

Ikhwan Iman tiba di perkarangan Apartment Sri Kaseh dan terus memakirkan keretanya di petak bernombor B4-3-4 seperti SMS yang diterimanya daripada Nurul Ain sebentar tadi. Pintu kereta Hyundai Tucson bewarna perak itu dibuka dan dia melangkah keluar. Berbaju T-shirt merah Polo berkolar dan jeans biru ala-ala lusuh warna birunya, Ikhwan Iman tetap kelihatan segak walaupun ringkas. Beberapa penghuni yang lalu lalang untuk ke kediaman masing-masing mengambil kesempatan menjamu mata melihat keindahan mahluk ciptaan Tuhan dan tidak kurang yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda yang memakirkan kereta di petak yang pada kebiasaannya kosong memanjang.

Matanya mengerling ke jam tangannya. Awal 10 minit, detik hatinya.

Tidak sukarnya untuk mencari tempat kediaman Nurul Ain dan tidak dinafikan tempat ini strategik dan sesuai untuk gadis sepertinya berulang alik ke tempat kerja. Persekitarannya pula agak jauh daripada jalan besar berbanding dengan apartment lain pada kebiasaannya di Kuala Lumpur. Tadi di hadapan pintu masuk, tidak jauh daripada pondok pengawal, terdapat air terjun buatan yang pada pandangannya adalah hasil kerja gotong royong penghuni di sini. Di belakangnya pula terdapat taman permainan kanak-kanak dan beberapa buah kerusi panjang disediakan, mungkin memudahkan para ibubapa menemani dan memantau pergerakan anak-anak semasa beriadah.

“Assalamualaikum. Lama dah sampai?” Tegur Nurul Ain. Dia mengukir senyuman. Siapa sangka teman yang baru dikenalinya ini tepat masa?

Mendengar suara Nurul Ain, Ikhwan Iman menoleh. Cantik! Gadis yang mempunyai 2 lesung pipit di hadapannya ini mengenakan blaus putih dan jeans biru. Tudung syria awning berbunga kecil menjadi pilihan. Tanpa handbag? Aneh bagi seorang gadis, gumam Ikhwan Iman.

“Waalaikumsalam.” Salam dijawab.
“Err… Baru lagi sampai. Eh, kata nak ajak… Mak Su?” Tanya Ikhwan Iman kemudiannya apabila tiada kelibat sesiapapun di belakang Nurul Ain.
“Owh. Tadi dah ajak. Tanya banyak kali, jawapannya sama. Tu pun tengah menatap laptop. Katanya nak siapkan tugasan.”
“Kalau macam tu, kita nak ajak Miza? Kawan baik awak?” Cadang Ikhwan Iman. Bimbang kalau-kalau Nurul Ain sebenarnya terpaksa rela menemaninya.
“Hmm… Miza pun tak de. Ke Muar, ada kenduri kawin. Jadi tinggal awak dengan saya je.” Jawab Nurul Ain.
“Tak pe ke?” Ikhwan Iman berasa gusar.

Nurul Ain faham apa yang bermain-main di fikiran Ikhwan Iman. Bukan nak buat apa pun, nak pegi makan je, hatinya berkata.

“Dah mintak permission dah. Pesanan daripada penaja, jangan balik lewat. Ni pun on the way turun tangga tadi hantar SMS kat Miza.”
“Mintak kebenaran?” Ikhwan Iman meneka.
“Ish! Saje je nak war-war kat dia. Tapi dia pesan besok-besok kalau awak lapar dan nak mintak teman, dia nak ikut.”

Ikhwan Iman menggeleng kepala. Di mana ada Nurul Ain, di situ ada Amiza. Di mana ada Amiza, di situ ada Nurul Ain. Kecuali kes kenduri kawin dan balik kampung.

“Jom.” Ajak Ikhwan Iman.
“Jom.” Sambut Nurul Ain.

Kereta itu menyusur perlahan di perkarangan apartment dan terus meluncur laju di jalan besar. Mujur jalanraya tidak sesak di awal bulan seperti hari ini. Ramai penghuni kota balik kampung untuk bercuti tambahan pula sekarang musim cuti persekolahan.

Ikhwan Iman diam mencari-cari idea dan topik perbualan. Inilah kali pertama tinggal mereka berdua kerana biasanya ada Amiza sekali. Nurul Ain pula melayan perasaan sendiri dan melemparkan pandangannya di luar tingkap . Lagu Crush dendangan David Archuleta pula berkumandang diputarkan oleh penyampai radio kegemaran Amiza, Fafau.

“Kita nak makan kat mana?” Tanya Ikhwan Iman memecah kesunyian.
“Huh? Ish! Siapa yang temankan siapa ni?” Nurul Ain menggiat.
“Saya jarang makan di luar so tempat pilihan tu agak terhad. Biasanya awak akan makan kat mana?” Terang Ikhwan Iman pada Nurul Ain.

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya, mencari ilham yang hadir dari perutnya yang akan berkeroncong sebentar lagi.

“Saya… Mak Su… Miza… Hmm… Kalau macam tu… Kita try nasi beryani kat JM Beryani Seksyen 13, Tesco Shah Alam. Nak tak?” Bersemangat benar.
“Nasi apa? Nasi beryani?” Ikhwan Iman bertanya bagi mengesahkan tahap pendengarannya. Mana tau mungkin ada benar kata-kata adiknya petang tadi.

Ish! Nurul Ain terlupa. Kena ulang 2 kali. One more to go.

“Ha’ah. Nasi beryani. Ok ke? Atau nak makan tempat lain?”
“Awak makan sekali kan?”
“Orang nak belanja, takkan tolak. Semestinya. Napa?” Pelik, gerutu Nurul Ain. Takkan bayar asing-asing? Namun soalan Ikhwan Iman kemudiannya buat dia tergamam.
“Awak makan nasi beryani malam-malam? Awak tak diet?”
“Ha…” Nurul Ain melopong. Biar benar.

**********

Dua puluh minit kemudian…

Ikhwan Iman tersengih macam kerang busuk. Geli hatinya dengan pertanyaan tentang diet di dalam kereta semasa menuju ke sini tadi. Sampai sahaja di Tesco Shah Alam, dia dan Nurul Ain menuju ke restoran yang dimaksudkan. Nasi beryani gam ayam untuknya dan nasi beryani gam kambing pilihan Nurul Ain. Teringat lagi dia riak wajah pelayan yang mengambil pesanan makanan. Itulah Nurul Ain.

“Awak tak takut berat badan naik?”
“Ish! Pantang tengah tunggu makanan tanya soalan sensitif tu.”
“Betul langsung tak risau?”
“Memang badan susah naik pun. Kadar metabolisma tinggi. Awak ni pun tak de soalan lain nak tanya?”
“Ada.”
“Apa dia?”
“Seronok bekerja di Venture (M) Corporation?”
“Hmm… Bagi saya, asalkan halal dan saya berkeupayaan untuk melakukan kerje dengan baik, itu buat saya bersyukur. Kenapa?”
“Boss tak pernah marah-marah?”
“Tuan Haji? Tak pernah pulak nampak dia marah-marah. Baik orangnya. Dedikasi.”
“Boss Garang?”
“Ish! Mana pernah jumpa. Simpang malaikat 44. Napa? Ni questionnaire nak repot kt dia lah ni?”
“Saya? Mana ada. Saya dengan boss bukan rapat pun. Habis tu mana tau dia garang?” Duga Ikhwan Iman.
“Garang tu cuma perkataan yang paling lembut nak describe dia. Tapi sebenarnya dia pemarah.” Lancar saja Nurul Ain bertutur.
“Mungkin dia ada sebab kot. Mungkin nak buatkan semua kerja berjalan dengan lancar.”
“Marah tu boleh, tapi berpada-pada. Sepanjang 2 minggu lepas ada terdengar cerita boss marah dalam bilik mesyuarat. Tak taulah marahkan siapa. Bila difikirkan kembali staff kat opis pun bukan budak-budak. Semua orang dewasa. Kalau buat silap, buat salah, ada prosedur tindakan yang patut diambilkan?”
“Awak rasa boleh guna ke cara ambik tindakan tu?”
“Bergantung. Yang awak bertugas kat situ macamana?”
“Dengar kata boss dah slow sikit sekarang. Marah tu marah tapi nak macam dulu.”
“Macamana pulak tu?”
“Entahlah. Biasanya dengan P.A pun kena marah kalau kat Ikhwan Holdings dulu. Tapi diaorang agak kamceng sekarang walaupun buat senyap-senyap.”

P.A pun kena marah, gerutu Nurul Ain. Takkan Mak Su kot? Tak… Mak Su P.A kepada tuan yang lagi besar, Tan Sri Md Ghazali. Leka Nurul Ain bermonolog sendiri, pelayan restoran menghantar minuman ke meja. Kedua-duanya dengan sopan mengucapkan terima kasih. Nurul Ain mengacau air teh o limau ais dengan straw ditangannya.

“Boss dengan Kak Kat? Seronoklah dia. Hari tu risau benar.” Perlahan suara Nurul Ain berkata.
Ikhwan Iman membetulkan kerusinya. Tak senang duduk. Puan Khatijah? Kak Khatijah? Kak Kat? Takkan P.A nya itu berpaling tadah?

“Pernah berbual dengan Kak Khatijah ke baru-baru ni?” Tanya Ikhwan Iman pantas.

Nurul Ain mengangguk kepalanya.

“Kat surau tingkat 25. Dia pun ada tanya soalan pelik-pelik.” Kening Nurul Ain berkerut apabila mengingat kembali sesi perkenalan hari itu.
“Maksud awak?”
“Soalan senang je. Asal mana? Belajar kat mana? Tinggal kat mana?” Nurul Ain menyedut minuman berais itu untuk membasahkan tekak. Nikmat tekak!
“Saya dengar tak pelik pun.” Lega. Aku salah sangka, desis Ikhwan Iman.
“Tak habis lagi. Jap saya minum dulu.”

Ikhwan menunggu dengan setia. Doa apa untuk menepis sangkaan buruknya ini? Usai menyedut minuman, Nurul Ain menongkat dagu.

“Apa dia?” Gesa Ikhwan Iman.
“Dia tanya ada boyfriend tak? Dah bertunang ke? Tu tak pelik?”
“Owh. Err… Ada tak?”
“Huh?” Nurul Ain terdiam.

Sekali lagi perbualan mereka terganggu tahap intensity nya dengan kehadiran pelayan yang menatang dulang berisi nasi beryani di sisi meja. Aroma masakan harum menusuk di hidung. Menyelerakan. Doa makan dibaca dan masing-masing melayan kenikmatan makanan yang dipesan.

Nurul Ain memotong sedikit daging kambing dan diletakkannya ke dalam pinggan Ikhwan Iman. Dan begitulah sebaliknya sehingga selesai. Namun ada yang belum selesai secara kesimpulannya.

“Sedap tak?” Tanya Nurul Ain apabila dilihatnya bukan sahaja pinggan dia yang licin, pinggan Ikhwan Iman pun licin. Licin macam kepala Upin dan Ipin.
“Boleh tahan. Terima kasih banyak-banyak temankan saya. Tak rugi datang ke sini. Eh, magnet JJCM pun ada dilekatkan kat dinding belakang kaunter. Recommended lah ni.”

Nurul Ain mengangguk. Dia cuma mendengar Ikhwan Iman memuji makanan yang dipesannya tadi tanpa bersuara. Dia berazam mahu menghabiskan air minumannya memandangkan gelas Ikhwan Iman pun dah kosong. Di belakang Ikhwan Iman pula kelihatan seorang ibu dan 4 anaknya sedang memandang ke arah mereka. Mencari tempat duduk kosong.

“Err… Awak… Apa kata kita bangkit? Pelanggan pun dah semakin ramai ni. Ada yang saya nampak meninjau-ninjau tempat duduk kita ni. Kesian pulak.” Potong Nurul Ain. Eloklah rasanya beredar untuk memberi laluan kepada pelanggan lain menjamu selera.

“Siap dah?”
“Alhamdulillah…”
“Jom.” Ajak Ikhwan Iman.
“Jom.” Sambut Nurul Ain.

Di depan kaunter, selesai membayar, Ikhwan Iman bertanya kembali soalan yang tergantung tanpa jawapan tadi.

“Saya? Jawapan saya bagi soalan pelik tu?”
“Ha’ah. Tadi tak sempat jawab pun. Pelayan datang kan?”
“Owh! Jawapan mudah. Takde. Kosong. Zero.”

Kaki Ikhwan Iman terpaku sebentar. Tidak mampu bergerak.

“Laa… Kenapa? Jom singgah masuk Hypermarket Tesco nak? Nak beli ration kat opis dah habis.” Tanpa menunggu jawapan daripada Ikhwan Iman, Nurul Ain menuju ke escalator untuk ke Hypermarket Tesco di tingkat atas.

Troli kosong yang tersadai di tepi pintu restoran disorong dan Ikhwan Iman menuruti langkah Nurul Ain. Entah siapa tuan empunya troli, tapi yang pastinya ada cap Tesco. Dan sekarang entah kenapa pula dia terasa seperti Ultraman Zero, ultraman paling power di kalangan pahlawan ultraman.

“Boleh. Untuk awak semua boleh.” Perlahan suara Ikhwan Iman menuturkannya. Nurul Ain berada jauh di depannya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 6”
  1. nadiah kamal says:

    nak lagi…

  2. ainmemaoru says:

    cepat sambung lg x sabar dah niiiii :)

  3. bunga matahari says:

    nak n3 lg..

  4. tijah says:

    takde buat novel penuh ker?

  5. fairus says:

    bagus jalan cerita ni… lawak pun ia.. teruskan menulis..

  6. ada says:

    x sabar nak tunggu sambungan..

  7. Aliah Mohd Salleh says:

    Alaa! Comelnya shopping berdua-duaan. Nurul Ain ni so innocent.Cute pulak.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.