Novel : Boss Garang? Taklah… 7

13 July 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 7

Amiza masuk melalui pintu dapur setelah selesai membuang 2 plastik besar sampah terakhir di tong sampah perbandaran di hujung taman perumahan. Agak jauh juga kakinya menapak. Mujur ada payung untuk mengelakkan panas matahari tengahari menggigit kulitnya. Cik Siti Payung gelaran yang disandangnya sejak di bangku sekolah rendah. Ke mana-mana mesti ada payung lipat. Tapi kali ini payung ini hak milik sendirian berhad Mak Su Hanim. Payung merah menyala jenama Avon itu kemudiannya dilipat dengan cermat lalu digantung pada penyangkut di belakang pintu.

Nurul Ain pula sedang mengemop bahagian terakhir di sebelah wet kitchen. Siap mop dengan air panas campur dettol, hilang kuman yang lama bertapak, katanya. Mak Su Hanim pula sedang memasang alas meja makan yang baru, corak petak-petak kecil bewarna biru sedondong dengan langsir biru yang juga baru dipasang sebelum dia keluar membuang sampah tadi.

Peti sejuk dibuka dan botol air jus oren kecil diteguknya untuk menghilangkan haus. Dia kemudiannya menarik malas kerusi di meja makan dan merebahkan kepalanya beralaskan lengan.

“Alhamdulillah. Fuh! Selesai semua dah. Ko keje besok?” Tanya Amiza pada Nurul Ain setelah agak lama juga melayan perasaan.

“Rasanya tak kot. Selasa.” Jawab Nurul Ain tanpa mengangkat muka. Kusyuk menyudahkan tugas terakhirnya.

“Boleh pulak rasa-rasa?” Rungut Amiza. Tangannya kini sibuk membetulkan ikat toncet rambut pendek paras bahunya

“Aku dah apply sampai esok. Dah lulus pun. Kan dah bagitau kat ko seminggu sebelum tu. Itu pun kalau penat tak hilang lagi. Kalau time tengahari macam ni dah siap semua, maybe pi lah kot. Napa?”

“Ala… Ni tak syok ni. Aku apply Khamis dan Jumaat lepas je. Jadi esok kena keje dah.”

“Laa… Keje je lah.”

Amiza memuncungkan mulutnya. Aksi kegemaran. Bukan malas hendak menunaikan tanggungjawab di pejabat tapi kalau Nurul Ain cuti, sunyi. Tiada sesiapa untuk disakat.

“Nak masak ke, nak bungkus untuk tengahari ni?” Celah Hanima. Gubahan bunga di atas meja makan dibeleknya.

Nurul Ain mengeliat meredakan lenguh di belakangnya. Mop dan baldi diletaknya dalam bilik air. Dia mencuci tangan.

“Bungkus jelah. Petang sikit baru masak.” Ujar Nurul Ain dari dalam bilik air.

“Siapa nak pegi beli?” Tanya Amiza diiringi dengan bunyi menguap. Wuaahh…

Hanima menepuk bahu Amiza.

“Kita pi sekali. Mak Su ingat nak beli kat Carrefour kat Mid je. Dekat.”

“Orang nak singgah MPH!” Jerit Nurul Ain. Gembira.

“Tu dah melampau tu. Nak beli apa? Terasa macam ko pulak dapat duit BR1M, baucer RM200. Membeli buku. Tak penat lagi tengok buku.” Omel Amiza.

“Dapat newsletter minggu lepas dari MPH. Novel terbaru Julie Garwood dah mula dijual sejak semalam. Nak grab lah. Dulu tu buku sekolah, ni novel. Buku sekolah tu ada tahap kejemuaannya tapi novel ni susah nak jemu.”

“Kalau dah tu, bersiaplah. Jam 1 kita gerak.” Arah Hanima. Malas mendengar kedua-duanya gaduh mulut.

“Set.” Jawab kedua-duanya serentak.

**********

Dua jam kemudian…

“Hanima?” Tegur Puan Sri Mardinah.

“Puan Sri?” Balas Hanima

“Laa… Kecilnya dunia. Banyak shopping?”

“Ada lah sikit, Puan Sri. Puan Sri sorang saje?” Hanima meninjau di belakang isteri majikannya.

“Anak teruna saya temankan. Tengah tolak troli tadi. Entah tak nampak bayang dah.”

“Err… Saya tak sangka pula Puan Sri membeli barang dapur sendiri. Saya ingatkan macam dalam televisyen, pembantu rumah tolong belikan.”

“Awak ni, Hanima. Dalam tv tu lain, saya lain. Eh, sorang?”

“Anak saudara yang baru bekerja di Venture (M) Corporation hari tu yang temankan. Sekali dengan kawan baiknya.”

“BFF, Best Friend Forever. Saya pun baru belajar bahasa budak-budak sekarang, Hanima. Nak buat kek ke ni?” Tanya Puan Sri Mardinah, menjengah ke troli di tepi Hanima. Ada 2 troli.

“Yang troli satu ni, Ain punya. Anak saudara saya yang saya cakap tadi tu. Katanya teman kat pejabat nak tempah muffin coklat esok untuk dessert. Last minute. On the way ke sini tadi. Lepas kalut-kalut memilih tu dia ke MPH. Jap lagi sampailah tu.”

“Dessert? Muffin?” Puan Sri Mardinah tertanya sendiri. Kebetulan!

Hanima meminta diri beredar apabila ternampak kelibat Amiza tidak jauh daripada kaunter perkhidmatan. Puan Sri Mardinah cuma melemparkan senyuman.

Puan Sri Mardinah terdiam sejenak. Bukankah esok ada mesyuarat pagi di pejabat? Irdina Iman, anak bongsunya yang menempah katering 3 hari lepas untuk mesyuarat tersebut.

“Jauh termenung? Depan Mee Sedap pulak tu.” Sapa Ikhwan Iman sambil menyorong troli yang sarat dengan barangan keperluan rumah.

“Hmm… Mama nak tanya sesuatu kat abang. Boleh ke?”

“Kenapa pulak tidak, Mama? Apa dia?” Ikhwan Iman kehairanan. Sejak bila Mama mintak kebenaran bertanya.

“Esok mesyuarat macamana?”

Panjang lebar jawapan yang diberikan Ikhwan Iman kepada Puan Sri Mardinah. Tapi itu soalan pertama. Soalan kedua, the main point.

“Untuk catering tu?”

“Adek yang uruskan cuma adek last minute nak tambah chocolate muffin.”

“Chocolate muffin?” Ulang Puan Sri Mardinah.

“Ha’ah.”

“Yang abang called semasa driving tadi tu?” Tanya Puan Sri Mardinah untuk kepastian.

“Yup.”

“Caterer tak cater tu sekali?”

“Adek nak muffin yang abang bawak balik dari office hari tu. Abang suruh adek beli, dia tak nak. Nak home bake.”

“Home bake? Bukan beli ke yang hari tu?”

Puan Sri Mardinah teringat dalam kotak biru gelap berribbon putih yang di dalamnya terdapat 6 bijik chocolate muffin tempohari. Memang sedap. Lembut dan ada chocolate chip beserta inti coklat di dasarnya. Siap dengan sugar dusting dan kacang badam di atasnya.

“Tak, kawan yang abang kenal hari tu buatkan. Sebenarnya ada jamuan perpisahan staff tingkat 20, so ada potluck. Abang dapat tumpang sekaki.”

“Abang ikut jamuan?”

“Tak. Special delivery. Kenapa?”

“Tak de apa. Mama teringat sesuatu tapi dah lupa dah.”

“Nak bayar dah ke ni, Mama?”

“Siap dah. Nanti singgah kat England Optical. Adek pesan.”

“Okay.”

Ikhwan Iman mengekori langkah Puan Sri Mardinah tanpa banyak soal. Selesai membayar mereka menuju ke destinasi.

Bip! Bip! Deringan SMS.

Nurul Ain!

Kat MPH. Napa?

Keje esok?

Cuti lagi.

Yg muffin tu?

Bt awal pg nnt. Start jam 3 am. Pg Miza akan hntr ke tgkt
49.

Penat mengemas?

Jgn ditanya. Awal2 dh pengsan mlm ni.

Miza hntr?

Miza tdo kt rmh. Ada 5 blk so bg 1 kt Miza.

Hahaha. Srnk jd Miza.

Awk kt ne?

Kedai cermin mata. Tmnkn Mama.

Ooo… Baik ank mak. Kita nk pi byr kt kaunter. Bye.

Bye.

Puan Sri Mardinah menghulurkan nota kecil kepada salah seorang optician yang bertugas di kaunter untuk mendapatkan kanta lengkap seperti dinyatakan oleh optometrist. Matanya dikerling ke arah Ikhwan Iman yang leka membalas SMS. Asyik!

**********

Jam 3 pagi…

Selesai membasuh muka dan menggosok gigi, kakinya melangkah menuruni anak tangga. Nurul Ain menyanyi-nyanyi kecil. Mujurlah kesemua barang keperluan untuk membuat chocolate muffin telah disediakannya di atas meja makan di dapur sebelum masuk tidur jam 10 malam tadi. Yang nak menjadikan muffin cuma tinggal tuan punya barang nak menjayakannya atau menjahanamkannya. Ish! Nak 50 muffin. Mujur ada 2 oven besar. Satu milik arwah mak dan satu lagi Mak Su Hanim.

Sebelum menuju ke dapur, dia menghampiri pintu utama rumah kerana di sebelah kanan pintu terdapat sistem penggera yang telah diset awal malam tadi sebagai langkah keselamatan. Lega hatinya kerana semuanya dalam keadaan baik.

Lampu bilik Mak Su nya belum terpasang. Nampaknya Mak Su nya masih lena dibuai mimpi. Amiza pula usah ditanya. Banyak kali mengetuk pintu pun masih senyap. Bom jatuh depan rumah pun belum tentu sedar lagi.

Sejam setengah berlalu…

Tangannya pantas dan cekap melaksanakan misinya. Siap sudah 25 chocolate muffin. Ada 25 bijik lagi tapi tadi dah bancuh banyak. Dapat extra dalam 20 bijik lagi.

Bip! Bip! Telefonnya berbunyi.

“Ish! Sapa pulak yang berSMS pagi-pagi buta ni. Kalau bulan puasa tak heranlah. Ish!” Marah Nurul Ain sendiri. Tangannya comot dengan adunan muffin.

Tertera di atasnya nama Iman. Laa… Mamat ni rupanya.

Mrning…

Nurul Ain mengesat tangannya dengan tisu Scott. Bersih. Telefon dicapai.

Mrning. Napa?

Kacau ke?

Tgh mskkn 25 lg muffin. Then cukup 50.

Extra?

Ish! Sapa byr? Boss Garang?

Sapa lg? Bila lg?

Ish! Ada. Dlm 20. Miza booked 6 bijik so tggl 14 bijik.

Agak2 jm brapa siap?

Jam 6 pg kot. Napa?

Sy pi ambik.

Huh? Tau ke tmpt ni?

Mlm td Miza sent long lat.

K. What time?

Jam 7 am, k?

K.

C U then.

K.

Nurul Ain memandang telefon bimbitnya. Pelik! Apa salahnya kalau Amiza yang hantar? Mesyuarat di pejabat bukan pejabat lain pun.

“Siap dah?” Tegur Hanima apabila dilihatnya Nurul Ain selesai membalas SMS. Namun kerutan di dahinya tak selesai lagi pun.

“Kus semangat. Tak perasan orang. Siap jap lg.” Nurul Ain mengurut dada.

“Berkerut-kerut kening tu?”

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya.

“Err… Ni geng baru nak datang ambik sendiri. Tak bagi Miza hantarkan.”

“Sini? Ambik kat rumah ni?”

“Tu yang dia taip SMS ni.”

“Siapa nama kawan kamu tu?”

“Iman.”

Kaki Hanima yang pada asalnya hendak melangkah masuk ke bilik air terhenti. Wajah Nurul Ain ditatapnya. Mencari sesuatu.

“Apa dia?”

“Siapa nama tadi?” Ulang Hanima lagi.

“Iman.”

“Nama penuh ke tu?”

“Tak pernah tanya pulak. Kenapa, Mak Su?”

“Bertugas sekali dengan kamu?”

“Tak. Tingkat atas. Tingkat 49.”

Tak mungkin, gerutu Hanima sendirian. Nurul Ain memandang Mak Su Hanimnya dengan pandangan penuh tanda tanya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 7”
  1. Maza says:

    mm..bila lg nk smbg..?dh bc lebih 2x ni…

  2. rhuzzanna says:

    Best cepat sambung. . Nie peminat novel julie garwood waaaa kita serupa laa 80% buku dia akak ada tgh nak cari lagi yg snhand yg baru mahal laaa. . Fvrite athouress she one of the best. .

  3. ada says:

    x sabar nak tunggu sambungan…
    makin seronok lak nak baca

  4. nurul says:

    kenapa terus bab 7 & langkah bab 6????

  5. aisyah says:

    erm best… x sabar nak tunggu hingga hjg… bila nak bukukan?

  6. alia says:

    penulis ada blog x…..

  7. jiah says:

    best nyer!!!!ble nk sambong???

  8. sarimah bt sulaiman says:

    sambung lagi..best3

  9. fairus says:

    jln cerita mmg best. bersahaja dan tak boring membacanya. teruskan menulis..

  10. fatimahzahra says:

    bila nak bukukan….seronok bace

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.