Novel : Boss Garang? Taklah… 8

18 July 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Azfeen A.G

Bab 8

Puan Khatijah termangu sendiri di mejanya. Terasa terhenti sekejap degup jantung apabila teringat peristiwa awal pagi tadi.

Keadaan bilik mesyuarat agak tegang dan sesiapapun tidak berani untuk bersuara. Itulah penangan amarah daripada Pengarah Besar Urusan. Puan Khatijah membisu di sebelah bossnya.

“Saya tak fikir itu sebab musababnya, Mr. Lim!” Sergah Ikhwan Iman. Entah kenapa kali ini kemarahan dirasakannya berada pada paras yang agak normal, bukan tahap berjaga-jaga atau merbahaya kepada pekerjanya.

“Tapi, tuan…”

“I want reasons not excuses! I can’t tolerate excuses. Awak sebagai Pengarah Bahagian patut alert, buat laporan. Mungkin tidak terlalu lambat untuk mengambil langkah terbaik dan memikirkan tindakan seterusnya. Langkah-langkah yang patut diambil.”

“Mungkin saya terlepas pandang, tuan.” Akui Mr. Lim. Keluhan kecil dilepaskannya.

“It’s time for you to take a good look, don’t you?” Balas Ikhwan Iman pendek.

Suasana hening seketika apabila pandangan Ikhwan Iman beralih dari seorang demi seorang. Mencari sasaran seterusnya?

“Tuan Haji?” Ikhwan Iman menggaru belakang telinganya yang seperti biasa tidak gatal pun. Mencari sesuatu untuk diperkatakan. Boss Nurul Ain.

“Ya, saya tuan.”

“Find this person thoroughly. I need the full-length report by tomorrow morning.”

“Baik, tuan.”

“Awak ada apa-apa nak tambah, Encik Razak?” Tanya Ikhwan Iman. Giliran Encik Razak, boss kepada Amiza pula.

“Bagaimana dengan pihak peguam, tuan?”

“I’ll handle them. Dan Mr. Lim, you’re a lucky man today. I don’t feel like firing you.”

**********

Di surau…

Masing-masing duduk mengelilingi Puan Khatijah. Bukan untuk bertazkirah dan gossip dalam surau pun jauh sekali tapi mendengar penerangan lanjut tentang kejadian Pengarah Besar Urusan naik minyak.

“Harga pembidaan telah dibocorkan dengan sengaja.” Jawab Puan Khatijah perlahan. Tidak mahu mengganggu jemaah lain yang masih solat.

“Iye? Big Boss macamana?” Pantas Nurul Ain bertanya. Tangannya membetulkan awning tudung yang agak senget di kepala.

“Macam tu lah, Nurul.”

“Nampak tadi Tuan Haji pun kalut. Big Boss nak laporan. Saya pun ikut sekali kalut.”

Amiza yang baru selesai melipat telekung selepas solat Zohor mencelah.

“Saya nampak Mr.Lim keluar tadi? Kena pecat ke?” Amiza mengagak.

“Yang tu, akak tak pasti.”

Kemudian perbualan beralih topik mengikut jemaah yang ikut serta berbual. Ada berbual tentang sinetron Nada Cinta, ada pula yang berbual tentang drama Seindah Sakura dan tak kurang pula bertanya tip-tip hantaran kahwin.

Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Selesai sahaja bersalaman, Nurul Ain dan Amiza bergegas keluar. Langkah diatur laju ke lift. Mereka berpecah. Nurul Ain menekan butang ke tingkat bawah, Amiza menekan butang ke tingkat atas. Tapi tujuan yang sama, menyinggah ke bilik air.

Bip! Bip! Tanda SMS masuk. Iman!

Amiza menunjuk isyarat tangan mengatakan lift telah tiba dan dia meluru masuk. Bilik air telah memanggil-manggil. Nurul Ain mengangguk dan kembali menatap skrin tefeon. Ada SMS hendak dibalas.

Ada apa?

Dh mkn?

Dh. Dgn Miza. Kt kafe. Tapau.

Boring.

Ish! Awal lg ni. Dh solat?

Dah. Bru jp td.

K.

Nurul Ain berhenti menaip. Buntu sebentar untuk mencari perkataan seterusnya. Suka benar mamat ini berSMS dengannya, gumam Nurul Ain sendirian.

Boss Garang dh ok?

Ok kot.

Mr. Lim kena pecat x?

X. Bkn slh dia pn.

OIC. Awak plak?

X brpa ok. Boss x ok, xkn sy ok kn? Dh sent SMS ni kira ok lah.

Iye x ye jgk. Sy pla kena siapkan laporan jp lg.

Rport?

Tn Hj dh siapkn. Sy kna edit2, hias2 biar nmpk formal.

Nk sy tlg serahkn kt boss lg kali ni?

Xpe. Abg Deen ada.

K.

Sambil melangkah ke dalam lift yang telah sedia terbuka di depannya, Nurul Ain menggigit jarinya. Teringat dengan perbualannya dengan Amiza semalam.

Amiza memang selalu hidup dalam dunia misteri, fantasi dan imaginasi. Kini dia terbaring mengiring ala-ala ikan duyung di katil sambil kepalanya ditongkat dengan lengan. Dia memerhati Nurul Ain yang baru selesai mengelap rambutnya yang basah selepas mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 7:35 malam.

“Aku rasa Iman tu macam ada sesuatu yang lain macam tentang dia.”

“Hmm…” Balas Nurul Ain acuh tak acuh. Ada-ada saja lain macam pada firasatnya, itulah Amiza.

Sambil mengangkat ibu jari tangan kanannya, telunjuk dan jari tengah seperti orang mengira, Amiza membuat rumusan yang panjang lebar menjela.

“Pertama, kat pejabat tak pernah terserempak even sekalipun. Kedua, ajak makan pun susah. Ketiga, kata bertugas kat tingkat 49, tapi hari tu aku pergi antar report kat Kak Kat tak nampak batang hidung pun. Tu pun nasib baik batang hidung dia tu mancung terletak.”

“Ko ni… Tanyalah dengan Kak Kat. Takkan mereka sama bertugas, bekerja satu floor tak tau.”

“Memang tanya pun. Kak Kat macam gelabah siot. So aku tinggalkanlah fail dengan Kak Kat.”

“Gelabah? Ko ni…”

“Ni bukan misteri, fantasi dan imaginasi aku je ni. Ni betul-betul.”

“Hantar surat kot?”

“Wei… Antar surat boleh beli Hyundai Tucson ke?” Amiza mengecilkan matanya sedikit.

Tidak dinafikan ada benarnya kata-kata Amiza yang kini berubah posisi menelentang atas katil macam tapak sulaiman. Kaki digerakkan seperti orang yang sedang melakukan senaman aerobik.

“Logik tak?” Tanya Amiza apabila Nurul Ain diam.

“Hmm…” Nurul Ain menggigit jari telunjuknya. Betul, betul, betul!

“Bukan nak merendahkan sesapa, Ain. Dia bagitau ko dia bertugas sebagai apa?”

Nurul Ain menggeleng kepala.

“Partition kat atas tu bukan banyak mana. Ada empat bilik boss yang besar-besar dan itupun sekali dengan bilik kecil untuk P.A setiap boss. Bilik mesyuarat ada dua. Ko boleh bayangkan?” Seraya itu, Amiza mengangkat kedua tangan seperti gaya pertandingan bercerita kanak-kanak.

“Ish! Boss nombor lain selain nombor satu kot?” Cadang Nurul Ain. Biar cepat sikit tamat sesi bayang-membayang dipelopor oleh Amiza.

Amiza bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Bantal Angry Bird milik Nurul Ain dipeluk kemas. Kenapa dia tidak terfikir?

“Wei… Napa tak terfikir pulak ye? Tu logik. Betul tu. Ada logik.”

“Dah terungkai misteri ko? Ish! Cepat mandi. Maghrib dah ni.” Gesa Nurul Ain. Waktu Maghrib pendek, wajib disegerakan.

“Yezzer… Ada satu lagi rasa-rasanya terungkai.”

“Apa dia?”

“Dia minat kat ko lah Ain.” Selamba Amiza berkata. Tangannya mencapai tuala yang disangkutnya tadi di kepala katil Nurul Ain dan menuju ke pintu bilik untuk ke bilik sebelah. Noktah!

Nurul Ain terkedu sendirian. Topik berubah dalam sekelip mata, itu kelebihan Amiza.

**********

Sebelah petang…

Penat lelah sepanjang pagi tadi terbalas juga apabila tiada kerja KIV lagi untuk dilakukan sebelah petang. Tuan Haji Bahari pun seperti tidak berminat untuk mengarahkan dia menyiapkan tugasan lain untuk hari ini. Dia kelihatan sibuk di biliknya dan semestinya banyak berkait rapat dengan kes pagi tadi. Laporan untuk Boss Garang telah diserahkannya kepada Tuan Haji Bahari untuk semakan akhir dan ditandatangani sebelum dihantar ke tingkat 49.

Nurul Ain mengeluh. Jam tangan dikerlingnya baru pukul 4 petang. Milo panas dihirup perlahan. Kalau di rumah, pastinya bertemankan side dish seperti pisang tanduk rebus ke, pisang goreng ke, cucur udang ke, keropok lekor ke. Ikut giliran siapa MasterChef hari itu. Tapi di pejabat petang-petang sebegini cuma ada biskut Oreo perisa coklat. Putar, rasa, celup!

Telefon bimbitnya berdering. Kali ini bukan lagu Doraemon, tapi soundtrack manga MAID SAMA. Ish!

“Assalmualaikum, ni lagu apa pulak ni, Miza?”

“Waalaikumsalam. Tu bukan lagu aku. Lagu ko lah Ain. Ko Ayuzawa Misaki dan Iman, jadi Usui.”

“Ish! Nama budak lelaki tu Usui ke? Takumi kan?”

“Samalah. Usui Takumi tu nama dia. Erk! Mana ko tau?”

“Ko ingat ko tengok kartun tu sorang-sorang?”

“Laa… Ingatkan selama ni ko dok sebelah baca menatap novel aje. Mana tau.”

“Ish! Tengoookkk. Tengok gitu-gitu. Ko ni. Tetiba aku ikut ko berbual pasal kartun.”

“Correction. Anime lah.”

“Whatever. Apa dia?”

“Ko dah bukak ke SPA Portal ke hari ni?”

“Belum untuk minggu ni.”

“Ada panggilan temuduga untuk aku hujung bulan depan kat Putrajaya.”

“Ko dapat panggilan? Eii… Seronoknya. Alhamdulillah. Jap-jap aku tengok. Bye.”

Jari-jemarinya lantas menari-nari dengan tetikus untuk le laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ruangan carian ditaip dengan perkataan SPA Portal. Enjin carian mengambil masa agak lama untuk mencari, mungkin ramai pencari kerja yang hendak memohon pekerjaan di sektor kerajaan sepertinya sedang melayari web tersebut. Agaknya malam nanti baru berkesempatan. Nurul Ain mengeluh buat kesekian kalinya.

Hendak melayari internet, bosan. Web yang menarik perhatiannya seperti SPA Portal tadi, traffic-jammed. Apa pulak yang hendak dibuat sementara menunggu ketibaan jam 5 petang? Nurul Ain bangun dari tempat duduknya dan mundar-mandir ke seluruh pelosok biliknya. Bilik yang dihuninya sejak pesaraan Puan Elizabeth tempohari. Pesaraan pilihan untuk mengikut anak tunggal lelakinya yang berhijrah ke Perth, Australia untuk bekerja. Hmm… Ada pun perkara berfaedah. Masa untuk Deco Bersama Nurul Ain, bukan bersama Eric. Chaiyok! Chaiyok!

Selesai mengemas rak buku, kabinet fail menjadi sasarannya dan terakhir sekali meja tempatnya bekerja. Pantang sekali kalau mejanya bersepah. Nurul Ain mencangkung di bawah meja apabila kedengaran tapak kaki seseorang sedang melangkah masuk. Nurul Ain bergesa-gesa bangun dan kepalanya terhantuk pada meja.

Dub! Dub!

“Ouch! Ish! Meja ni… Sakit betul.” Marah Nurul Ain. Tangan kirinya menggosokkan kepalanya. Agak kuat, sakit dan pening lalat sedikit.

Seorang wanita memakai blouse putih berlengan panjang dan skirt kelabu gelap paras bawah lutut berdiri di hadapan mejanya. Tercangkuk di lengannya ala-ala Saloma ada beg tangan jenama YLV dan itu sah-sah original berpadanan dengan si pemakainya. Cermin mata gelap di atas kepalanya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Err… Minta maaf, cik. Boleh saya bantu?” Nurul Ain menyambut dengan formal. Segaris senyuman menghiasi bibirnya.

“Saya nak berjumpa dengan Nurul Ain. Awak ke?”

Irdina Iman memandang gadis di hadapannya penuh minat. Cantik dan manis orangnya. Senyuman yang menghiasi bibir gadis itu menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Well, well, well. You’re going deep down under this time, abang, detik hatinya.

“Ya, saya. Boleh saya tahu kenapa cik nak berjumpa dengan saya. Err… Duduklah dulu.” Pelawa Nurul Iman. Siapa pulak yang datang, gumam Nurul Ain. Lidah pun semakin keras bertutur apabila nervous.

“Tak pe. Saya ok je. Sebenarnya saya pun nak cepat ni tapi saya nak bayar jugak kat Nurul Ain duit untuk tempahan muffins last week.”

“Muffin? Minggu lepas? Err… Yang Iman order tu ke?”

Irdina Iman terdiam. Ikhwan Iman jadi Iman ke? Bukan Ikhwan? Hatinya tertanya.

“Ha’ah. Iman yang mintak saya bayarkan. Nanti Nurul Ain kira dulu cukup ke tak.”

“Terima kasih. Saya harap last minute muffins tu ok. Err… Ok ke?”

“Baaanyakkk peminat… Boss saya pun berminat.”

“Alhamdulillah. Nak jumpa Iman ke?”

“Ha’ah. Nurul Ain pun bolehlah sambung mengemas.” Irdina Iman melarikan matanya memandang hasil aktiviti kemas-mengemas Nurul Ain.

“Nurul saje. Err… Nama cik?”

“Saya Dina. Well, nice to meet you. Hmm… Saya nak ke tingkat atas dulu nak jumpa Iman. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

Nurul Ain memandang sehingga kelibat gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Dina tadi hilang dari pandangan. Ish! Siapa agaknya gerangan wanita bergaya korporat dengan Iman? Sama cantik, sama padan, pujinya dalam hati.

**********

Ikhwan Iman seperti tidak percaya apabila dilihatnya Irdina Iman, adiknya melangkah masuk ke pejabat. Senyuman berbalas senyuman.

“So, what brings you here. What a surprise!”

Irdina Iman duduk di hujung meja abangnya. Wajah kacak milik abang kandungnya itu ditatap penuh kasih sayang.

“Apa pulak ni…” Giat Ikhwan Iman.

Irdina mengenyit mata pada abangnya.

“She’s beautiful. I like her.” Kata Irdina Iman kemudiannya.

Ikhwan Iman tertanya-tanya siapa yang cantik? Siapa yang dia suka?

“Siapa?” Tanya Ikhwan Iman. Pelik. Terkeliru suda…

“SMS girl. Adek bayar duit muffins tadi.” Selamba sahaja Irdina Iman berkata menjolok kekeliruan abangnya.

“What? Adek bayar? Adek cakap apa? Dia cakap apa? Dia buat apa?” Bertubi-tubi soalan dari mulutnya.

“Banyak betul soalan. One by one, okay? Rahsia abang selamat. Jangan risau. Nak yang mana satu? Rahsia banyak. Nama Iman ke? Identiti abang ke?”

“Betul ni, adek?”

“Betuuul… Adek tak cakap apa. Abang tau dia buat apa tadi? Dia tengah mengemas. Bukan cleaner. Dia sendiri yang mengemas.”

“Dia cakap apa?”

“Blurred. Agak-agaknya dia nak tanya siapa adek di hati abang kot tapi tak terkeluar pun soalan tu.”

Bukan mudah untuk merahsiakan sesuatu daripada Irdina Iman. Ada sahaja jalannya untuk mengorek rahsia yang tersimpan rapi dan bakatnya telah terbukti sekarang.

“Abang dah hantar borang permohonan?” Tanya Irdina Iman spontan. Cincin di jari tengahnya dipusing-pusingkannya.

“Huh? Borang? What for?

“Laa… Abang ingat abang sorang je queue untuk Nurul Ain? Gadis macam tu? Entah-entah dah ada tiga lane macam kat lebuhraya. Abang fikir banyak-banyak bukan ada jalan lain pun.”

“Borang tadi tu?”

“Haih! Nak kena ulang kali kedua ke atau abang slow ni? Metafor. Maksud adek, maybe ramai yang tengah menunggu memetik bunga di taman. Bunga kembang, mewangi, cantik, berpelajaran macam tu, takkan tak ada yang nak tengok saja? Kena petik, abang. Tapi kena isi borang. Borang permohonan nak jadi boyfriend. Borang risik, tunang, kawin tunggu dulu.” Panjang lebar penerangan daripada adiknya.

Ikhwan Iman terdiam sejenak. Teringat lagi dengan perbualannya bersama Nurul Ain sewaktu menemani gadis itu membeli keperluan untuk kegunaannya di pejabat selepas makan tengahari di JM Beryani Seksyen 13, Tesco Shah Alam bulan lepas.

Nurul Iman menarik troli di bahagian hadapan biarpun Ikhwan Iman setia menyorong di belakangnya. Ramai juga pasangan lain di lorong yang sama seperti mereka. Ada yang memilih paket minuman segera, bijirin segera. Masing-masing mengisi troli mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.

“Takkan jawapan tu kosong je?”

“Apa dia?”

“Jawapan tadi tu.” Ihhwan Iman mengingatkannya.

“Owh, yang tadi tu? Dah tu tak jumpa orangnya. Erk! Salah, salah. Saya tak jumpa orangnya dan orangnya tak jumpa saya. Kalau nak ayat canggih daripada Miza, ni dia. Mutual interest tak de. Chemistry tak de. Mak Su pula akan kata jodoh tak sampai lagi.”

“Memilih tak?”

“Ish! Tadi tanya saya diet tak? Ni pulak tanya saya memilih ke tak? Soalan pantang bagi kaum Hawa tu.”

Nurul Ain berhenti melangkah dan mencekak pinggang. Comel. Ikhwan tersengih. Beberapa pasang mata tertumpu pada mereka.

“Habis tu?”

Nurul Ain memintal-mintal hujung tudung syria dengan jarinya. Jawapan ye…

“Sekarang tiada jawapan. Ada jawapan nanti, karang bagitau. Shh! Orang nak concentrate nk beli makanan ringan ni. Dan sebelum awak kata saya tak takut gemuk ke memakan makanan ringan, saya nak jawab dulu. Kadar metabolisme tinggi.”

Ikhwan Iman ketawa besar. Nurul Ain menggeleng kepalanya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Boss Garang? Taklah… 8”
  1. Rai says:

    Cam de escape ckit citer die. Anyhow,gud2 n can wait for the next n3..huhu

  2. xoxo says:

    gud job cik writer….
    bez sgt cter neh….smbung cpt ye…..

  3. fairus says:

    cpt sgt pulak abehnyer.. kena cpt jugak smbungnyer ye..

  4. wangi says:

    suke3…cepat smbung na..

  5. azfeen a.g says:

    masih tempoh belajar… tq.

  6. Azieyma says:

    Mana bab 6 dan 7…

  7. zara says:

    Crita yg menarik, bacaan lancar tak meleret2..
    smpai bila gaknya iman boleh sembunyi..

  8. nurulainss says:

    sweetnyer…smbg cpt yo…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.