Novel : Bukan Aku Yang Salah 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

bukan aku yang salah novel coverOleh: SZ

Prolog

“Mulakan kehidupan dengan senyuman”. Ungkapan yang selalu aku pegang dan boleh dikatakan menjadi moto hidupku.

Dulu aku seorang yang peramah. Dulu aku seorang yang periang.Dulu aku seorang yang selalu tersenyum. Sampaikan kawan-kawan memanggil aku Quokka.Tapi bukan lagi sekarang.Sekarang aku seorang yang pendiam.Sekarang aku seorang yang dingin.Sekarang aku bukan seorang yang selalu tersenyum.Memang susah untuk aku menghulurkan satu senyuman. Itu semua sekarang. Peristiwa lepas yang meragut senyuman aku. Kejamnya dia.

“Cik Lisa nak makan sekarang?” tanya Mak Mah.

“Lepas Maghrib,Lisa nak mandi” aku menjwab sambil menaiki anak tangga ke bilik.

“Baik,” sayup-sayup suara Mak Mah menjawab. Aku menghempas briefcase ke atas katil.Aku menghela nafas yang agak panjang.Penatnya.Aku buka music box di atas meja tepi katilku.Seutas rantai yang berloketkan batu permata bewarna ungu.Aku tatap rantai itu.Aku pegang barang yang amat aku sayang itu.Erat.

‘Oh Tuhan,aku rindu dia’ kata hatiku. Akhirnya air mata aku berderai juga.Aku terduduk di birai katil. Kata-kata tajam bermain di minda aku..

“Kau pembunuh ! Kau pembunuh ! Kau Pembunuh ! ”

“Kembalikan anak aku ! Kembalikan anak aku ! ” Aku menutup kedua-dua telinga aku.Perit.Sakit.Air mataku laju menuruni pipiku.

“Tak bukan aku.Aku bukan pembunuh ! Aku bukan pembunuh..” rintihku perlahan.

“Encik Muisz,ada orang nak jumpa,” interkom berbunyi mengganggu kerja dia.

“Siapa?” tanya dia.

“Saya dah cuba beritahu yang encik sibuk tapi dia cakap dia kekasih encik.”

“Tell her that I really busy right now!” kata dia dengan tegas. Pintu pejabat dia terbuka luas dan ayat pertama yang dia dengar…

“How dare you !” Dia mengangkat wajah dan memandang seorang perempuan yang tegak berdiri di depan meja kerjanya.

“You heard it right? Now get out .” Ungkap dia.Masih bersabar.

“Muisz, I have reason.There’s nothing…..”

“I don’t need any explanation and now please GET OUT!” potong dia.

“Get out before I panggil guard.”Perempuan itu masih di situ.Langsung tidak bergerak atau ada ura-ura ingin keluar.

“Get out sebelum I hilang sabar!”tengking dia.

“I takkan lepaskan you macam tu je.”Ungkap perempuan tu sebelum melangkah keluar.

BAB 1

“The things you take for granted,someone else is praying for…”

“Morning my girl,” tegur Datuk Abdullah Lee.

“Morning Pa” aku membalas. Aku memandang sepi sarapan yang lengkap terhidang di atas meja.Aku mengeluh.

“I have to go,” kataku lalu bingkas bangun.

“Dear,sarapan dulu la.Tak baik tau,” tegur papa.

“Lisa ada hal penting pagi ni.” Jawab aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Ke airport ke?” papa bertanya sambil menyambut salamku. Aku mengangguk tanda menjawab soalan papa.

‘Lisa,where’s my old girl ?’ gumam Datuk Abdullah Lee didalam hati.

“Cik Lisa tak sarapan?” pertanyaan Mak Mah memecah menungan Datuk Abdullah Lee. Mak Mah memanjangkan tengkuknya mencari kelibat Lisa.Dia seakan-akan terdengar suara Lisa dari dapur tadi.

“Tak.Dia ada hal penting pagi ni” Mak Mah memandang wajah Datuk Abdullah Lee.Berkulit putih dan bermata sepet.Maklumlah Datuk Abdullah Lee berketurunan Cina tapi memeluk Islam tapi masih mengekalkan nama Lee di hujung nama Islamnya.Persis seperti Lisa yang berkulit cerah tapi bermata bundar mengikut mata ibunya.

“Oh yeke?” Mak Mah membalas.

“Semalam Mak Mah dengar Cik Lisa menangis,” beritahu Mak Mah.Wajahnya yang tua dimamah usia penuh dengan kerisauan. Datuk Abdullah Lee memandang Mak Mah.Terkejut.

“Lagi?” soal Datuk Abdullah Lee.

“Mak Mah nak panggil Cik Lisa turun makan lepas Maghrib tapi Mak Mah terdengar Cik Lisa macam menangis.Jadi Mak Mah tak jadi la ketuk pintu Cik Lisa” cerita mak Mah satu persatu. Datuk Abdullah Lee mengeluh panjang.

“Kesian Lisa. Terima kasih Mak Mah sebab beritahu”

“Oh ye.Mak Mah jangan la terasa hati dengan perlakuan Lisa” kata Datuk penuh berharap.

“Mak Mah faham.MaK Mah dah jaga Lisa daripada kecik lagi.Cuma Mak Mah risau Cik Lisa menangis sendirian macam dia sorang je duk tanggung beban tu” Mak Mah membalas.

“Saya pun.Dah beberapa tahun dia jadi macam tu.Semua dah rindu diri dia yang dulu.” Kata Datuk.Wajahnya penuh kesedihan.

“Datuk dah cuba hubungi Asyraf?” tanya Mak Mah.

“Belum tapi kalau boleh saya taknak Asyraf tahu benda ni.Bimbang kecoh pulak nanti”

“Tapi kita tak tahu kot Asyraf boleh bantu.” Mak Mah teringatkan Asyraf Lee.Anak sulung Datuk Abdullah Lee yang sekarang menetap di luar negara kerana urusan kerja.Dah 3 tahun Asyraf di perantauan.Asyraf merangkap abang kepada Lisa.

“Nanti saya try tanya Asyraf” balas Datuk. Telefon berdering mengganggu perbualan Datuk dan Mak Mah. Datuk mengeluh selepas memandang skrin telefonnya.Datuk mengangkat panggilan tersebut.

“Hujung minggu ni ? ” tanya Datuk kepada pemanggil setelah sekian lama berdiam diri.

“Kenapa Lisa tak boleh datang pulak? NO ! Kalau Lisa tak boeh datang,saya pun takkan datang.Titik. ” Balas Datuk sambil meletak kasar telefonnya. Dia memegang pelipisnya sambil menghela nafas berat .Pening. Lisa memandu laju kereta Toyota Vios nya membelah jalan.Bimbang akan terperangkap dalam traffic jam nanti. Telefonnya berdering meminta diangkat. Lisa menjawab menggunakan hand-free.

“Lisa here…”

“Yeah.I’m on my way now.”

“No.I’ll be there in 10 minutes.Maybe.”

“Ok.See you there” Lisa meletak panggilan dan terus menekan pedal minyak untuk tingkatkan kelajuan keretanya. Lisa bermain-main dengan jari jemarinya sambil matanya sesekali memandang ke arah pintu masuk KLIA. Setelah beberapa ketika, orang yang dinanti-nantikan akhirnya muncul juga.Lisa melambai-lambai tangannya seolah-olah mamanggil tuan empunya badan.

“Sorry, I was the one that called you but make you wait” kata lelaki itu berhati-hati bimbang jikalau Lisa naik marah.

“It’s okay. Dah biasa. So kenapa you call I? First thing in the morning pulak tu nak jumpa I”

“Saja. Rindu.”

“Stop make a joke,Fakhrul. Hahaha”

“Yelah.I dah tak jumpa you dekat setahun. Takkan you langsung tak rindu I.” Lisa memandang Fakhrul.Lama.

“You masih tak boleh move on ke apa ni?” Fakhrul mengeluh.Dia mengelak daripada pandangan Lisa.

“You ingat I ni takde perasaan? You ingat I boleh move on macam tu je?”

“Fakhrul, if you ada perasaan macam ni.I tak boleh kept seeing you macam ni tau.We need to forget whatever happen between us.Can we just stay as friend? I taknak kehilangan kawan baik I.You always be there for me. I taknak perasaan yang you still ada akan buat kita rasa awkward.”

“You used to be my girlfriend,Lisa. Jangan expect I lupakan semua macam tu je.Don’t worry.I’m still trying.So let’s go. I lapar. You belanja boleh?” Lisa memandang lama Fakhrul sebelum kemudiannya tersenyum.

“Ok. Kali ni I belanja sebab for sure you ada belikan I gift from Istanbul kan?”

“Well…..” Fakhrul tergelak sambil mengangguk.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.