Novel : Bukan Cinta Terlarang 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Hana Haifa

PROLOG

Saban minggu pusara itu dikujungi. Tak pernah sekali pun dia lupa. Rumput yang naik meliar di cabut. Cepat sungguh naik, padahal baru minggu lepas dia datang. Setiap bulan akan dicari kelapangan untuk mencuci sendiri pusara ini. Sebagai tanda kasih sayang. Kali ni, anak yang berusia tiga tahun itu dibawanya bersama.Alkisahnya, pagi tadi semasa dia bersiap untuk keluar, anak itu merengek untuk mengikutnya. Jadi diturutkan sahaja daripada anak itu menjerit nyaring seperti mummynya..

Usai bacaan Yassin, diringini pula dengan tahlil ringkas. Hatinya sayu. Sudah setahun wanita itu pergi menyahut seruan ilahi. Dia wanita yang tiada galang gantinya. Wanita yang sangat dicintai. Anak yang seorang ini dari tadi berada dipangku nya. Apabila dia mula membaca Yassin sebentar tadi anak itu juga terkumat-kamit seolah turut membaca.
Bangkit dari bersila, belakang seluar dikibas untuk menghilangkan kesan kotoran, terasa dilengannya dikuis si anak.

“Daddy, why Allah take her too early?” Tengku Adli senyum mendengar pertanyaan Tengku Adif Mifzal yang sudah menginjak usia 7 tahun. Iras benar wajah mommynya. Petahnya bila berkata-kata tidak mengambarkan usia. Kadangkala tak tercapai dek akal untuk menjawab setiap pertanyaan anak itu.

“Just like flower, you will pick the most beautiful in th garden right?”
Laju Adif mengiakan. Mata hitam pekat itu bersinar bila bunga dibangkitkan. Memang sudah menjadi kesukaan walau seringkali dilarang oleh mommynya.

“Daddy, I miss mummy.” Rengek Adif nyaring. Melambak ketawa Tengku Adli dengan hero yang sorang ini. Tadi sibuk sangat nak ikut bila dia bersiap mahu keluar.

“Yes Daddy too..Miss mummy soooo much.”

“So, we both miss mummy.” Adif dalam dukungan dicium. Inilah anak syurga yang telah Allah amanahkan untuknya.

BAB1

Pelipis di lurut perlahan. Mata makin berpinar setelah lebih lapan jam mengadap computer dihadapan. Sekejap mata focus di screen laptop. Terasa ada yang tidak kena dengan report dihadapan mata segera tetikus di gerakkan untuk membuat dokumen sokongan di second monitor.
Hampir setengah jam matanya masih mencari apa yang tidak kena dengan report dihadapan mata.Terlepas pandang column tax rate. Terus mata segar bugar. Alhamdulillah. Akhirnya report siap juga. Tinggal nak transfer ke pivot chart. Finally, all revenue is captured.
Sudah hampir tiga bulan dia bekerja di British Telecommunications yang merupakan syarikat telekomunikasi antarabangsa yang baru sahaja tiga tahun bertapak di Malaysia. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang Architecture manakala kerja sekarang menyimpang jauh dari apa yang dipelajari semasa pengajian di universiti dia tidak kisah yang penting ada kerja dan rezeki yang diperoleh adalah halal.
Tangan laju menekan butang save, seterusnya shut down. Beg laptop dalam drawer ditarik kemudian meja yg bersepah –sepah di kemas. Pantang Azra Natasha tinggalkan meja yg bersepah.Seletih mana pun pasti dikemas sebelum balik.

Sebaik sahaja card access di dilalukan dihadapan pintu keluar dari office, terpegun Tasha melihat suasana kelam. Rasanya baru pukul 10 Malam. Takkan malam ni awal sangat semua orang balik. Biasanya ramai lagi yang stay back untuk siapkan report contract masing-masing.
Tangan laju mengetuk jam di tangan.

‘ Masya Allah’ Jam dah mati rupanya. Innalillah.Terus sahaja tangan mengagau handbag mencari handphone. Kaki laju melangkah menyusuri lorong gelap untuk ke ruangan parking. Sengaja dia ambil short cut. Berani-berani ayam. Sebab tidak mahu jalan jauh, jalan pintas yang hanya ditemani lampu jalan yang suram dipilihnya.Sedang terkocoh-kocoh mengeluarkn handphone terasa badannya seperti terbang melayang akibat di tolak dari tepi.

“Sorry…sorry..sorry.. I tak nampak you.” Mata tunak memandang lelaki yang sedang erat memeluk pinggangnya. Nasib baik tak cium jalan.

“Buat apa malam –malam dekat sini?” si dia bertanya dengan tangan masih erat memeluk pinggangnya. Tersedar, Tasha laju merungkai Tangan laju merungkai pelukan setelah mampu berdiri dengan stabil. Soalan dari lelaki didepannya tidak dijawab.

“I kerja dekat bangunan belakang tu.” Tasha selit rambut di tepi telinga. Rambut dah lari dari kedudukan asal akibat hampir terjatuh tadi. Menyesal pulak tak di ikat tadi.

“ Memang selalu balik malam ke?” satu lagi soalan ditanya. Tasha renung lelaki dihadapannya. Ni Detective Conan versi Melayu. Permandangan depan mata yang terlalu indah untuk dialihkan. Akui Tengku Adli jujur. Jarang sekali dia terserempak ada perempuan yang melalu lorong ini. Nak kata dari dunia lain tak mungkin sebab berpijak dilantai yang sama. Laluan ini agak sunyi walaupun lebih dekat dengan kawasan parking.

“Kalau cut off macam ni la. Balik lambat sikit. Ada report nak kena siapkan.” Tasha kemaskan pengangan fail. Risau tangan yang dah penat menekan keyboard hilang kudrat nak tampung beban yang dirasakan makin berat.

“Tak elok perempuan balik lambat.Macam-macam boleh jadi.” Tasha pamer senyum. ‘Terima Kasih Encik Prihatin’. Tengku Adli yang melihat dah pegun dua saat. Masya Allah..cantiknya dia. Lekuk yang jelas kelihatan disebelah pipi kanan. Walaupun wajah sigadis hanya kelihatan samar.

“Saya Adli.” Perkenal sidia tanpa disuruh.

“Terima kasih.Got to go” laju Tasha mengatur kaki ke arah kereta yang baru sahaja berhenti dihadapannya. Tengku Adli turut bergerak kearah kereta yang hanya beberapa langkah dari tempat dia berdiri sebentar tadi. Punat alarm ditekan. Tengku Adli masih memandang ke arah kereta Kancil yang sudah menghilang. Terasa seperti dipukau. Dia masih berdiri ditempat yang sama sejak lima minit yang lepas. Sungguh hatinya terpegun. Cantiknya dia..desisnya dalam hati.Sebaik sahaja pintu kereta dikunci, Tengku Adli memandang tempat yang sama dia betegur sapa dengat gadis tadi. Dada dipegang. Tulang rusuk dah siap buat break dance, bergegar semacam je.Jatuh cintakah dia. Kepala digeleng bersama senyum dibibir. Sebegitu mudahkah atau she’s the one. Kalau dah jodoh pasti bertemu lagi. Pujuknya pada diri sendiri.Kaki diatur menapak ke restoren San Francisco yang hanya beberapa langkah dari tempat dia bertembung dengan si gadis tadi. Tak sia-sia bayar parking mahal letak depan SF.

TASHA buat tak perasan Huda yang mencuri pandang ke arahnya. Adalah tu yang ingin ditangan si Huda kalau kejap-kejap kalih ke arahnya.

“Siapa tadi?”soal Huda kepada Tasha. Tadi semasa dia sampai dikawasan letak kereta kelihatan Tasha bukan berseorangan. Ada lelaki yang tidak dikenali. Stereng kereta diketuk perlahan mengikut rentak lagu di radio.

“Entah, kali pertama aku terserempak tadi.” Tasha tekun pandang Oppo ditangan. Tiada sebarang mesej dari orang yang ditunggu. Sihatkah dia.Tetingkat hijau itu dibuka. Scroll kebawah menjadi nama lelaki itu. Kemudian sebaris ayat ditulis. Butang send ditekan.

“Boleh tahan beb.” Komen Huda bersama senyum senget.

“Boleh tahan apa?” soal Tasha hairan. Tumpuan pada skrin phone terganggu.

“Mamat tu la?”

“Huda, jangan percaya dengan muka hensem, kalau bukan tunang orang, suami orang. Yang hensem-hensem ni biasanya taken.”

“Amboi, teringat sejarah lama nampak.” Mengekek ketawa Huda. Kisah cinta pertama teman serumah yang tak mungkin dia lupa.

“Diam. Jangan nak ungkit cerita lama.” Tasha tarik muka. Tak mahu lagi sejarah lama dikenang. Dia serik.Dulu pernah dia terjebak dengan cinta suami orang. Dah tau, angkat kaki. Tak ada maknanya nak terus jadi pencinta setia membuta tuli. Memang dia akui, ayat suami orang ni memang la manis bersalut madu, tapi madu tu pahit. Dia rela sendiri. Hampir setahun dia berkerja di BT Bangsar South, ini kali pertama dia ketemu lelaki tadi. Takkan la ada hantu kacak macam tu. Adik beradik vampire night mungkin. Terasa makin laju Huda tekan pedal minyak meniggalkan kawasan sunyi itu. Nasib nya baik hari ini teman serumah tidak kemana-mana. Kalau tak memang melayang RM 10 bayar tambang teksi. Padahal hanya memakan masa 10 minit sahaja kalau berkereta.

GARA-GARA bangkit tidur lewat, kecoh villa besar itu dengan suara Tengku Adli. Mengeleng kepala Sharifah Hamidah mendengar namanya dipanggil berkali-kali. Dari tingkat atas bergema suara anak teruna yang memanggil namanya. Kaki disusun mendaki anak tangga untuk mencari si anak yang manjanya mengalahkan budak umur 3 tahun. Pintu ditolak, terpacul tubuh anak teruna yang masih gigih cuba mengikat samping.

“Lah..tak siap lagi? Bukan main lama bersiap mengalahkan miss universe?” mencerun Sharifah Hamidah pandang si anak. Tengku Adli tarik muka mendengar sindiran mamanya.

“Susah la mama. Dah la bagitau last minute?” omel Tengku Adli bengkak hati.

“Nak buat macam mana sayang. Tiba-tiba je papa Ad kena terbang ke Medan pagi tadi. Tak ada orang pula yang boleh ganti. Tolong mama ya sayang.” Pipi Tengku Adli diusap. Bukan susah nak pujuk anak sulungnya ini. Anak yang tak banyak kerenah sejak dari kecik hingga dah besar panjang. Kelakuan dan pertuturannya sentiasa menyejukkan hati. Menginjak ke usia 26 tahun Tengku Adli masih lagi manja dengannya. Apalah nasib si isteri nanti. Senyum lebar tersungging di bibir tuanya.Tengku Adli jongket kening. Pelik dengan senyuman mamanya.

“Mama, its me ok bukan papa ni.” Tangan digoyangkan dihadapan Sharifah Hamidah. Mengekek ketawa si ibu.

“Sebab Ad la mama senyum. Tak sabar nak tunggu Ad kahwin.”

“Hari ni pun boleh kalau mama setuju terima Syazana.” Kelat muka Sharifah Hamidah. Banyak –banyak permintaan si anak permintaan yang satu ini sukar dia terima. Hatinya sungguh tidak berkenan dengan gadis pilihan si anak. Macam mana Adli Faris boleh terpikat pun dia tidak tahu.

“Dah tak ada orang lain ke Adli Faris?”Tengku Adli geleng kepala. Bila Sharifah Hamidah dah sebut nama penuh dia memang dia yakin keputusan mamanya masih sama. Perempuan pilihannya tidak menepati piawaian ‘menantu pilihan’ Sharifah Hamidah.

“Ok fine mama.Memang lambat la mama nak dapat menantu. Buat masa sekarang hanya dia yang buat mata Ad ni terpukau. Kalau mama tolak yang ni maknanya makin lambatlah mama nak dapat menantu.” Ugur Tengku Adli. Laju tangan Sharifah Hamidah menarik samping dari tangan Tengku Adli. Malas nak dilayan perangai degil Tengku Adli. Satu-satunya arahan yang Tengku Adli ingkari. Dia sendiri pelik dengan apa yang menjadi tarikan dalam diri Syazana yang mengikat kemas hati anak sulungnya.

“Ok, done. Pakai songkok. Bawa kereta elok-elok.” Bahu Tengku Adli ditepuk perlahan. Dalam hati tak puas dia berdoa semoga suatu hari sianak mengeti mengapa dia tidak merestui pilihan Tengku Adli. Baginya tak ada yang kurang pada wanita pilihannya, cuma terlebih social sikit je. Sikit je. Dia yakin dia mampu membentuk wanita itu menjadi isteri yang mamanya perlukan. Cuma susah untuk melembutkan hati seorang wanita bernama Sharifah Hamidah. Tengku Adli mengeluh lemah. Mamanya begitu dan wanita pilihannya pula begini. Masing-masing masih tidak berjumpa titik persamaan. Tapi dia bukan jenis yang mudah mengalah. Akan dia usahakan agar mamanya menukar fikiran. Menerima Syazana seadanya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.