Novel : Cik Bulan Dan Encik Chef 1

28 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

1467333640948Oleh: Ain Husnira

Prolog

Wulan merebahkan tubuhnya di atas katil empuk untuk merehatkan badannya yang keletihan akibat bekerja sepanjang hari. Jika dikata badannya letih, jiwanya lagi berkali-kali letih. Letih untuk menidakkan perasaan sendiri.Pertemuannya dengan lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya tadi kembali berlegar-legar di mindanya. Tipulah jika dia tidak terkejut dengan kemunculan lelaki itu setelah beberapa lama mereka tidak bersua. Bukan kerana lelaki itu yang menghilang. Sebaliknya dia yang menjauh. Menjauh demi kebahagiaan orang lain.

Jujurnya… sehingga kini nama lelaki itu masih terpahat kemas di hatinya. Mana mugkin dia melupakan lelaki itu dengan secepatnya jika separuh nyawanya sudah diserahkan kepada lelaki itu.Tuhan… betapa sakitnya dia menanggung derita hanya untuk melihat orang lain bahagia. Dia juga ingin bahagia. Akan tetapi sukar untuk digapai memandangkan kebahagiaan itulah yang dia usahakan untuk dijauhi. Suatu masa dahulu… lelaki itu adalah kebahagiaannya. Salah diakah kerana menurut kata hati sendiri?

Saat cintanya sudah berbalas, dia pula yang menolaknya semula. Seolah-olah dia permainkan perasaan orang itu. Bukan. Bukan maksudnya untuk mempermainkan cinta orang tetapi kerana rasa tanggungjawabnya. Tanggungjawabnya dalam membaik pulih dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang hampir terputus. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Ada yang lebih berhak untuk mendapatkan cinta suci lelaki itu. Dan pastinya bukan dia…
Wulan memejamkan matanya. Tanpa sedar, setitis airmata mengalir daripada mata yang terpejam rapat itu.

“Kau buat aku makin sakit Wulan…” Kata-kata itu masih menghantui dirinya. Masih segar di ingatannya wajah sugul lelaki itu tatkala melafazkan kata sedemikian.Jika dia merasa perbuatan Wulan menyakitkan dia, berganda-ganda lagi rasa sakit itu ditanggung oleh Wulan.
Bukan kemahuannya untuk melihat semua perkara ini terjadi. Yang dia lakukan saat ini hanyalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan untuk orang yang dicintai.

“You tak tahu. I lagi sakit kerana menyakitkan hati you. Dan you tak tahu… rasa sakitnya menanggung rindu. I rindukan you chef…” Airmatanya menitis lagi. Tuhan.. Engkau rawatlah hatiku ini. Rawatlah juga hati si dia yang sudah aku sakitkan itu. Bukan niatku untuk menyakitkan dia. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Selamanya…

Bab 1

“I want a Big Beef Pasta and a Watermelon Juice.” Pesan Wulan kepada pelayan itu. Pasta Delight Restaurant, sebuah restoran yang terkenal dengan keenakan pastanya. Nama sahaja restoran pasta tetapi banyak lagi menu lain yang disediakan oleh restoran yang cukup mewah ini. Cantik nama restoran ini secantik suasana di dalamnya. Wulan gemar menghabiskan masanya ke sini. Selain untuk makan pasta kegemarannya, dia juga ingin menenangkan fikiran di sini. Hiasan restoran ini nampak elegan dan mewah. Walupun begitu, cukup santai kepada sahaja yang mengunjungi restoran ini. Kedudukan meja juga cukup tertutup dan tidak terlalu sempit.

Tak boleh nak kata apa dah.. Wulan amat menyukai suasana restoran ini. Harga makanan di restoran ini usah dicakaplah. Sangat mahal bagi Wulan yang tidak mempunyai sebarang perkerjaan itu. Harga makanan di sini cukup standard dengan rasanya kerana Wulan pernah terdengar bahawa chef restoran ini sangat hebat dalam masakan pasta. Dan Wulan akui masakan pasta di sini sangat hebat dan sedap. Lebih-lebih lagi pasta kegemarannya. Teringin sekali dia berjumpa dengan chef yang selalu menyediakan pasta kegemaranya. Harap hari ini dia ada.

Dalam pada menunggu pesanannya tiba, mata Wulan melilau ke segenap restoran itu.Tiba-tiba mata coklatnya tertatap pada seujur tubuh lelaki yang lengkap dengan pakaian uniformnya bersama apron. Mata Wulan terbeliak memandangnya. Seperti tidak mempercayai dengan apa yang dilihatnya sekarang. Oh my Allah.. He is so Handsome!!

Percaya tidak percaya, Wulan kena percaya juga bahawa restoran ini mempunyai seorang chef yang sangat kacak. Tuhan… Wulan benar-benar sudah terkena panahan cinta pandang pertama.Disebabkan ralit sangat memerhatikan chef yang dikatakan handsome itu, Wulan tidak sempat memalingkan wajahnya apabila lelaki itu turut memandangnya. Mata mereka berlaga buat seketika sebelum lelaki itu yang mengalihkan pandangannya semula.

Wulan turut memalingkan wajahnya kembali. Pipinya yang terasa berbahang itu diapit menggunakan kedua-dua belah tangannya. Malu! Tebal mukanya kerana termalu dengan perangai gatal sendiri. Asal kau terus pandang dia Wulan? Mesti dia perasan habis tadi! Aduh..Wulan memejamkan matanya cuba untuk menenangkan jiwanya sebentar. Usah malu Wulan. Kau tak buat salah pun. Tak luak mana muka dia kau pandang. Wulan memberi motivasi untuk diri sendiri.

Dia menarik nafas dan menghembusnya semula. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Okay.. be cool Wulan.Yakin dirinya sudah bertenang sedikit, dia memalingkan semula wajahnya ke tempat di mana lelaki itu berdiri tadi. Susuk tubuh beruniform putih itu sudah tiada. Wulan hampa. Baru saja berniat untuk memandang wajah kacak lelaki itu lagi.

Tap!

Wulan tersentak apabila bunyi pinggan diletakkan di atas mejanya kedengaran. Dia menghadap ke hadapan semula dan melihat pesanan makanannya sudah ada di atas meja.

“Big Beef Pasta and Watermelon Juice. Enjoy your lunch miss.”Wulan mendongak memandang empunya suara. Kedua-duanya kelihatan tergamam. Baik si jejaka mahupun si gadis. Ralit menghayati ciptaan Allah yang cukup sempurna di hadapan mata maing-masing.

“Are you okay miss?” Wulan tersedar daripada lamunannya apabila lelaki itu bersuara.Ada buku tak berdekatan sini.? Dia perlukan sekarang untuk menutup wajahnya yang sudah berbahang malu. Untuk kali kedua dia gagal mengawal matanya dari merenung wajah kacak lelaki itu. Mama.. help me!

“No no…”Kening lelaki itu terjongket.

“Err… I mean, I’m okay.” Balas Wulan laju. Dia cuba untuk bersikap tenang walaupun dadanya sudah berombak laju.Lelaki itu hanya senyap dan mengangguk perlahan.

“Ada apa-apa pesanan lagi?”

“Tak ada.”

“Baiklah. Selamat menjamu selera.”

“Thank you.” Ucap Wulan sebelum lelaki itu berlalu.Lelaki itu membalas ucapan Wulan dengan sebuah senyuman sahaja.Dan… Wulan rasa nak pengsan.Tuhan… senyuman dia… manis sangat!

“Hah? Babe kau biar betul?” Zarina agak terkejut apabila kawan baiknya itu mengaku bahawa dirinya sudah dilamun cinta dengan seorang chef lelaki. Bukan dia tidak kenal pada gadis bernama Wulan Raihana ini. Dah berdekad-dekad kenalnya. Dia tahu bagaimana taste Wulan pada seorang lelaki. Wulan sudah menyimpan angan-angan untuk mencari calon suami yang kaya raya. Alasan dia untuk mencari calon suami kaya hanya satu iaitu dia ingin hidup dalam kemewahan. Dia malas untuk bekerja dan hanya inginkan kemewahan. Satu sahaja caranya untuk dia capai impiannya itu iaitu dengan mengkhawini lelaki yang kaya.Dan hari ini Wulan mengabarkan pula berita yang tersimpang jauh daripada keinginannya untuk mencari calon suami kaya. Seorang chef? Mampukah lelaki itu memberikan Wulan kemewahan seperti yang gadis itu inginkan? Rasanya mama dan papa Wulan lagi kaya daripada lelaki itu. Hmm… Betullah kata orang… bila kau dah jatuh cinta, kau dah tak ingat dunia. Buktinya, Wulan sudah melupakan niat asalnya.

Wajah si teman yang sedang tersenyum sendiri itu dipandang. Memang sah dia dah kena panahan cinta pandang pertama.Tersenyum-senyum Wulan mengingatkan pertemuan dengan si jejaka itu di siang hari tadi. Malamnya pula, terus dia khabarkan kepada bestfriend forevernya, Zarina.

“Apa yang tak betulnya? Betullah. Handsome kut mamat tu. Aku sukakan dia”Zarina melopong.

“Wulan jatuh cinta dengan seorang chef? Tak percaya aku. Bukan kau nak cari calon suami yang kaya ke?” Wulan mengangkat kening seperti berfikir. Ya tak ya juga. Dia telah tersasar jauh dari tujuan utama dia. Mengapa harus dia jatuh cinta pada lelaki yang hanya bekerja sebagai chef? Dia inginkan lelaki yang kaya untuk dijadikan calon suami.

“Memanglah aku nak calon suami yang kaya.. masalahnya aku tak jumpa lagi dan sekarang pula aku dah jatuh cinta dengan chef. Nak buat macam mana?”Zarina mengeluh perlahan. Muka Wulan yang berubah kelat itu direnung.

“Alah.. anggap ajelah chef tu cinta monyet kau. Kau jangan lupa target utama kau tu.”

“Cari suami yang kaya?” Zarina menganguk kepala.

“Tepat sekali.” Wulan mencebikkan bibirnya.

“Babe… aku rasa… aku tak nak teruskan dengan misi aku untuk mencari calon suami yang kaya tu.”

“What? Are you serious babe? Kau jangan menyesal di kemudian hari babe. Kau kata tak nak kerja dan suruh future husband kau tanggung kau saja. Dengan kerja sebagai chef macam tu, mana dia mampu beri kau kemewahan babe. Kau tu cantik. Berbaris anak-anak Tan Sri nakkan kau. Jangan mengalah erk? Teruskan aje misi kau. Lupakan cinta pandang pertama kau dengan encik chef tu.” Pesan Zarina panjang lebar. Hesy.. Wulan ni memang tak tetap pendirian langsung. Sekejap sahaja misi masa depannya berubah. Wulan senyap. Lama dia menghadam kata-kata pesanan daripada Zarina sebentar tadi. Ada benarnya juga. Tapi..

“Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan chef itu babe.”

“Tak main-main?”Wulan menggeleng. Dia tidak bergurau jika melibatkan hal tentang hati dan perasaan ini. Dia serius. Di dalam ingatannya kini hanya ada raut wajah kacak chef tadi. Oh encik chef..

“Kau ni dah tersasar jauh dari target kau.” Komen Zarina.

“Tak kisah la dia chef.. asalkan ada cinta.”Tersengih-sengih Wulan bila menyebut perkataan cinta. Dia sudah dilamun cinta. Dah tu dilamun cinta dengan chef lagi.

“Eee… gelilah aku tengok kau ni. Sah, kau dah angau dengan chef kau tu.”

“Memang pun..” Balas Wulan bersahaja.Tiba-tiba hatinya tidak sabar untuk menemui si buah hati esok hari. Wait for me my chef..


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.