Novel : Cinta? Boleh Bla! 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Zurin ZH

PROLOG

Keadaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur lenggang tanpa ramai tetamu yang memenuhi ruangnya, mungkin kerana bukan musim bercuti lagi. Ahdani Zahrah melepaskan keluhan kecil, entah kenapa pemergiannya kali ini berasa begitu berat sekali. Dia memejamkan matanya namun bayangan yang sama masih lagi menghantuinya.

Ahdani Zahrah bangun dan berjalan menuju ke cermin pemantau dan dari situ dengan jelas Ahdani dapat melihat beberapa buah kapal terbang yang sedang bersiap sedia untuk berlepas, ada juga kapal terbang yang baru saja sampai. Ahdani memandang dengan pandangan kosong.

Sesekali mata Ahdani memandang kearah langit yang terbentang luas, jelas sekali langit tidak begitu gembira hari ini, muram, suram dan gelap sama seperti apa yang dirasakannya saat ini.

” Wahai langit adakah kau juga sama berduka sepertiku? ” Ahdani Zahrah berbisik perlahan lebih kepada bercakap dengan dirinya sendiri.

” Zara betul ke tindakan Zara ni nak? Melarikan diri bukan pilihan yang baik Zara. ” Mak Wok memandang sayu kearah Ahdani Zahrah yang sedang mengemas barang-barang untuk ke satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuk dirinya.

“Ini adalah yang terbaik Mak Wok, Zara sudah penat, hati Zara hancur dan Zara tak mampu untuk berdepan dengan semua ini lagi, Mak Wok tolong restui pemergian Zara ya ” Ahdani Zahrah memegang tangan Mak Wok, wanita tua yang sudah sedaya upaya menjaganya dan memberikan segala kasih sayang kepadanya. Mak Wok mengangguk kecil walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan Ahdani Zahrah namun dia akan cuba merestuinya dan juga berdoa yang terbaik buat Ahdani Zahrah.

” Bila Zara akan balik sini? Tak boleh ke Zara bagi tahu ke mana Zara akan pergi, Zara tak percayakan Mak wok ke? ” Mak Wok cuba memujuk Ahdani Zahrah.

” Bukannya Zara tidak percaya dengan Mak Wok tapi berikan Zara masa Mak Wok, Zara janji sampai saja Zara disana Zara akan hubungi Mak Wok, janganlah bimbang mengenai Zara Mak Wok. ” Ahdani Zahrah memeluk lembut bahu Mak Wok.

” Baiklah kalau itu sudah keputusan Zara, Mak Wok hormati tapi Zara tolong janji dengan Mak Wok yang Zara akan sentiasa hubungi Mak Wok yea. ”

” Zara janji Mak Wok ” mereka berpelukkan dan ada air mata yang mengalir dari tubir mata Ahdani Zahrah.

‘ PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PENUMPANG PESAWAT AQ 125 PENERBANGAN DARI KUALA LUMPUR KE LONDON SILA DAFTAR DIRI DI GATE 14 ‘

Ahdani Zahrah terjaga dari lamunanya setelah mendengar pengumuman penerbangannya. ‘ belum pergi lagi Zara dah rindu dengan Mak Wok ‘ Ahdani Zahrah berkata didalam hati. Dia bangun dan mengalas beg sandangnya bersiap untuk mendaftarkan diri di gate 14.

” AHDANI ZAHRAH ”

Belum sempat Ahdani berjalan menuju kearah gate 14 dengan jelas dia mendengar namanya dipanggil dan dia sangat kenal akan pemilik suara itu. Ahdani Zahrah berpaling kearah suara yang memanggilnya, perlahan-lahan dan benarlah seperti yang disangkakannya.

” Tolong jangan pergi, jangan tinggalkan saya… Please Zara ”

BAB 1

Jam lonceng yang menjerit memecahkan kesunyian pagi yang dingin, Ahdani Zahrah meraba-raba mencari jom lonceng di atas meja yang terletak di birai katil. Dia perlu segera mematikannya sebelum Mak Wok datang dan menarik telinganya.

” AHDANI ZAHRAH ” Jeritan Mak Wok dimuka pintu memeranjatkan Ahdani Zahrah dengan pantas matanya terbuka luas dan jom lonceng yang dicarinya sedari tadi dicapai dan deringan lonceng dimatikan.

” Ya Mak Wok, Zara dah bangun ” Ahdani menjawab panggilan Mak Wok sebentar tadi. Dengan pantas dia bangun dari tidur dan mencapai tuala diampaian dan segera berlari kecil ke arah tandas, dia tidak boleh lewat ke pejabat hari ini kerana mensyuarat dengan ketua bahagian akan berlangsung tepat pukul 9 pagi.

” Zara! Cepat turun sarapan,Pak Mail dah lama tunggu dalam kereta tu.” Mak Wok memanggil Ahdani Zahrah sekali lagi.

” Dah turun dah Mak Wok ” Ahdani Zahrah menuruni anak tangga dengan laju, dia berlari ke meja makan, jus oren yang disediakan Mak wok diteguknya sedikit dan sekeping roti dicapainya.

” Ya Allah Zara! Kalau ia pun lambat, duduk dulu sebelum makan” Bebel Mak Wok.

” Maaf Mak Wok, Zara dah lambat, bye Mak Wok ” Setelah menyalami wanita tua itu, Ahdani Zahrah berlari kearah luar rumah dan menaiki kereta yang sedari tadi sudah lama menunggunya bersama-sama Pak Mail.

Dari jauh Mak Wok hanya mengelengkan kepalanya beberapa kali dia sudah masak sangat dengan perangai Ahdani Zahrah.Setiap kali melihat Ahdani Zahrah hati kecil Mak Wok luluh, anak yang dibesarkan tanpa sepenuhnya kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu dan juga seorang lelaki yang bergelar ayah.

Sejak kecil lagi Ahdani sudah diasuh oleh Mak Wok dan kerana itulah setiap perjalanan hidup Ahdani diketahui Mak Wok, ibu dan bapa Ahdani bercerai ketika dia berusia 15 tahun dan dalam umur yang masih muda Ahdani sudah berjalar hidup sendiri, oleh kerana Ibu dan Bapa Ahdani ingin berkahwin lain jadi mereka memutuskan untuk membiarkan Ahdani dijaga oleh Mak Wok.

Ketika berusia 15 tahun Ahdani Zahrah sudah belajar berdikari dia menguruskan diri dan juga rumah pemberian ibu bapanya dengan baik, segala kelengkapan bagi kehidupan Ahdani disediakan dengan sempurna oleh kedua Ibu Bapanya. Rumah banglo, kereta mewah dan juga wang simpanan yang banyak diberikan kepada Ahdani Zahrah dengan syarat Ahdani tidak boleh tinggal dengan mereka yang mahu jalani kehidupan lain bersama pasangan masing-masing.

Sejak dari itu Ahdani Zahrah hidup bersendirian yang ada hanya Mak Wok dan Pak Mail tempat Ahdani melepaskan rindu akan kehadiran ibu bapa dalam hidupnya, pasangan suami isteri itu juga sudah menganggap Ahdani Zahrah seperti anak mereka sendiri. Mereka yang juga tidak mempunyai zuriat sendiri sangat kasihkan Ahdani Zahrah.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.