Novel : Cintaku Milik Siapa 25

9 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umi Kalsom

WAJAH Puan Melina cemberut sahaja sejak tadi. Nani ma pula seperti biasa, relaks sahaja buat reaksi selamba gila. Bukan dia tidak tahu untuk apa tayangan wajah cemberut itu sepanjang perjalanan mereka dari Melaka ke Pulau Pinang. Semuanya sebab dia dipaksa. Dipaksa untuk terima calon pilihan Hakim.

“Kalau Mel tengok, Mel tak berkenan… tak payah teruskan!” degil aura ayat yang meniti bibir Puan Melina. Hakim yang sedang memandu kereta itu sempat bermain isyarat mata dengan nani ma yang betul-betul di belakangnya. Sekarang mereka dalam perjalanan hendak ke Bayan Baru. Rumah pengantin perempuan kan dekat situ.

Nani ma mengelipkan mata supaya Hakim bertenang. Tahulah dia hendak menguruskan anaknya yang degil ini. Semua nak kena ikut gaya dia sahaja. Sudah lupa habis sejarah zaman muda-mudi, dia pun berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Sekarang ini, ada hati nak memaksa anaknya untuk mengikut pilihan hatinya.

“Maria ada sekali Hakim?” timbul pula nama Maria dari bibir nani ma. Berubah terus riak wajah Puan Melina.

“Kenapa kena sebut nama budak tu sekarang? Mama tau kan Mel tak suka!” marah Puan Melina tiba-tiba. Entah kenapa, nama Maria begitu mengusik jiwanya. Wajah yang begitu mirip dengan arwah suaminya. Wajah yang sama melukakan hatinya dengan tindakan perkahwinan dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa.

“Kalau Mel tak suka… mama nak buat macam mana. Mama rindukan cucu mama… Mel tak rindu dengan anak Mel, mama tak boleh buat apa.” Gaya polos sahaja nani ma membalas kata Puan Melina. Hakim yang sedang khusyuk memandu, menahan senyum. Nani ma memang yang terbaik untuk mama. Hanya nani ma boleh mematahkan setiap kata-kata mama yang keras kepala tak kena tempat itu.

“Hisy!” dengusan Puan Melina memenuhi ruang kereta. Nani ma dan Hakim tersenyum sambil bertentang mata di cermin pandang belakang. Sambil-sambil itu sempat juga Hakim mengintai kereta bapa-bapa saudaranya yang turut serta dalam rombongan peminangan ini. Rombongan meminang… hatinya tersenyum.

“Jauh lagi ke? Kalau jauh sangat, tak payah la. Kita patah balik saja.” Suara Puan Melina timbul kembali. Nani ma menggeleng kepala. Hakim ikut sama.

“Berapa jam mama duduk dalam kereta dari Melaka? Masa tu boleh sabar kan? Sekarang ni ada lagi berapa minit saja nak sampai… takkan tak boleh sabar sikit lagi, mama,” ucap Hakim sedikit terkilan dengan sikap Puan Melina yang jelas dengan riak tidak sukanya. Sekarang ini, harapan Hakim hanyalah nani ma. Hanya nani ma sahaja yang boleh memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.

Tidak sampai beberapa minit kemudian, tiga biji kereta dari Melaka itu sudah memasuki kotak parkir di kawasan perumahan Blok 8, Lengkok Mahsuri. Senyuman di bibir Hakim tidak henti-henti. Bahagianya rasa hati bila saat bunga idaman akan disunting untuk dijadikan permaisuri hati.

“Hakim tunggu sini… mana boleh pengantin lelaki ikut sekali. Melanggar adat ni.” Suara Encik Kadir mematikan langkah Hakim. Wajah pak cik saudaranya itu dipandang sekilas dengan penuh harapan.

“You stay here young man. Kami akan uruskan hal kat dalam sana.” Sampuk Encik Razak pula yang merupakan anak lelaki kembar nani ma. Keluarga nani ma memang kuat benar genetik kembarnya. Dari anak hingga ke cucu memang akan ada sepasang kembar.

Mereka yang lain sudah tersenyum mengusik memandang wajah Hakim kecuali seorang itu. Siapa lagi, kalau bukan Puan Melina. Wajah keruhnya sudah hilang namun tiada senyuman pun terukir di bibir itu.

“Hakim boleh tunjukkan rumah.” Ucap Hakim hendak mencuba nasib hendak menyusup sekali. Punyalah tak nak mengalah kena tinggal dalam kereta sahaja. Dia pun nak tengok juga si idaman hatinya. Sudah berapa lama mereka tidak bersua muka. Kali terakhir, ketika dia datang jumpa abah Diana, Encik Ahmad, itu saja. Selepas itu mana ada dah.

“Tak payah tunjuk rumah… dah ada yang datang nak sambut dah.”

Wajah Encik Ahmad sudah mendekati mereka. Senyuman menghiasi bibir menyambut kedatangan pihak lelaki.

“Wawa yang bagitahu, dah nampak Hakim,” jelas Encik Ahmad tanpa disuruh.

“Jemput-jemput… semua dah tunggu dah.” Pelawa Encik Ahmad. Kedua pak cik saudara Hakim sempat menghadiahkan senyuman mengusik padanya. Cis!

Tepukan di bahu membuatkan dia mengalih pandang, wajah nani ma tersenyum manis.

“Everything will be okay. Don’t worry. Hakim tunggu saja dekat sini… kami bawa berita gembira nanti.” Ucapan nani ma memberi keyakinan yang semakin teguh buat Hakim bahawa dia tidak perlu risaukan apa-apa sekalipun hal mamanya, Puan Melina.

Hakim akur sahaja untuk tunggu di dalam kereta. Biarlah mereka yang lebih arif menguruskan segalanya. Matanya menghantar pergerakan rombongan meminang itu yang sudah menapak masuk ke dalam rumah Diana. Dari keretanya juga, dia dapat melihat ada sebuah khemah elok terpacak di hadapan rumah Diana. Mujur sahaja rumah mereka di bawah, mudah segalanya.

Bunyi beep dari telefon bimbit membuatkan dia tersenyum lagi. Seakan dapat meneka, siapa gerangan yang mengirimkan pesanan. Buka sahaja peti masuk, memang sah!

– Ramainya…

Untuk pesanan itu, dia hanya mampu ketawa. Ramai sangat ke? Rasanya ini dah cukup sedikit kuantitinya. Tiga biji kereta, tidak sampai dua puluh orang pun. Iyalah, jauh-jauh macam ini, susah sikit nak ajak ramai-ramai. Nani ma cuma mengajak kedua anak lelakinya, isteri-isteri mereka, empat orang mak cik saudaranya iaitu sepupu mama dan mamanya sendiri. Berapa orang sangat, kira dengan jari pun cukup.

+ Standard la… kalau ikut-ikut nak datang satu bas.

Seronok sahaja Hakim mengusik si dia yang mungkin tengah berdebar dalam rumah. Berdebar orang nak sarung cincin mungkin. Dia pun berdebar juga. Berdebar takut mama buat hal tak tentu pasal. Tapi bila fikirkan, ada nani ma sekali… baru hilang sikit segala resah.

– Amboi! Satu bas… tak agak-agak. Mana muat nak masuk dalam rumah.

Pantas saja dia mendapat balasan. Ini… cik kak pengantin tengah buat apa dekat dalam sana? Sempat lagi berbalas-balas SMS dengannya.

+ Tak muat dalam rumah, kita hampar tikar dekat luar. haha…court badminton kan besar.

Hakim dah ketawa sendiri. Sekali pandang macam orang gila pula. Iyalah tersenyum sengih seorang diri.

– Jangan duk merapu!

Dah untuk balasan itu, dibiarkan saja mesej itu tidak berbalas. Makin merapu-rapu pula mesej mereka berdua. Kalau dilayan, memang takkan sudah. Nanti apa pula kata orang dekat dalam sana bila si bunga asyik sangat dengan telefon bimbitnya. Bukan ke majlis dah bermula.

Hakim terus saja menyandarkan badannya di sisi kereta. Sekadar berdiri dan memerhati kereta yang lalu lalang di jalan itu. Mujur saja cuaca tidak terlalu panas hari ini. Kalau tidak, jangan haraplah dia betah berdiri macam ini di luar kereta. Mahu berpeluh-peluh dibuatnya.

“Abang Hakim!” tidak sampai beberapa minit dirinya berdiri di situ, sudah ada yang memanggilnya. Siapa? Abang Hakim? Takkan perempuan gila itu sudah sampai ke sini pula. Belum pun mengalihkan wajah melihat pada punca suara, Hakim sudah gelisah. Fikirkan hal mama di dalam sana lagi membuatkan dia terasa sesak tiba-tiba. Apakah kesudahan agenda hari ini?

______________
Komen-komen yang sebelum ni, kebanyakannya berharap Diana dengan Fariz(Walaupun pada awal cerita ramai yang tak suka dengan Fariz). Tapi apa kesudahan kisah ini? Nantikan… :)
Terima kasih semua.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

38 ulasan untuk “Novel : Cintaku Milik Siapa 25”
  1. d'amor says:

    kalu x jd diana ngan fariz …. tak de ummpph cite ni. Jadi cite biasa2 je la .. cinta pastu kawin …

  2. akiana says:

    nak trs diana ngn hakim…biar kan fariz trime dri maria sbgai isteri….

  3. i.k.h.l.a.s says:

    lmanya tunggu entry baru
    bila nk publish?
    dh x saba nk bca versi full novel ni

  4. umi Kalsom says:

    As-salam kepada pembaca CMS,
    Umi dah stop posting CMS di p2u. InsyaAllah, manuskrip akan dihantar untuk penilaian. Apa2 nanti, Umi akan maklumkan di sini, http://mykarya-dreamer.blogspot.com

    Teruskan menyokong karya Umi.
    Salam Ramadhan semua :)

  5. rokiah says:

    as’salam cik umi…
    saya baru jer hais baca CMS ni…tapi
    tak de ke sambungannya?
    atau cik umi dah ade novel?
    sya suka baca ceritanye sgt menarik.
    wassalam.

  6. noraini says:

    Assalamualaikum,Umi sy br abis baca novel ni.Too interesting 4 me to not noticing it.Sdh d bukukan @ blm,sy ingin memiliki buku ini sgt2.Ada romantik n pertalian kekeluargaan yg x patut d amik ringan.Blh d jadikn iktibar.Keep up the good writing.

  7. enarin says:

    Assalamualaikum cik umi bila nak sambung lagi tak sabar nak tahu kesudahan citer niiiiii….harap2 diana dan hakim dpt disatukan….

  8. eyna says:

    adoiyaiiii lamenye kena tunggu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.