Novel : Coffee Affairs 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Tulip Elisé

“Abah, tolong buka radio tu abah.. Sunyi je”, lagu yang dimainkan di radio memecahkan suasana yang sunyi dalam kereta. Semua orang dalam kereta ini tengah sibuk main telefon bimbit, maklumlah, nak pergi bercuti kenalah berkomunikasi dengan kawan-kawan sebelum terputus hubungan selama beberapa minggu. Eh, bukan terputus hubungan serta merta, boleh je berkomunikasi semasa bercuti dengan berbekalkan kemudahan wi-fi yang disediakan nanti. Aku pun turut sama sibuk main telefon bimbit berkomunikasi dengan teman lelaki aku.
Hehehe.

“Flight kita nanti pukul berapa eh?”, satu-satunya abang aku menanyakan soalan yang sememangnya aku tak tahu nak jawab apa sebab aku ikut je family trip ni. Aku ada empat adik beradik. Dua orang kakak dan seorang abang. Aku adalah yang paling bungsu dan kesemua adik-beradik ku sudah pun berumah tangga, tinggal aku je seorang. Family trip ini dimulakan sejak beberapa tahun lalu semasa semua orang sibuk bekerja dan aku masih belajar sehinggakan kami tidak ada masa terluang untuk keluarga jadi saya sebagai anak yang paling bungsu mencadangkan supaya kami sekeluarga mengadakan family trip sekurang-kurangnya setahun sekali. Sejak dari situlah ianya menjadi tradisi keluarga besar aku lebih-lebih lagi bila semua orang sudah pun bekerja termasuk aku.

“Pukul 2.55 petang.. Sampai Phuket kira-kira pukul 4”, jawab abah.

“Okey”, Jawab Abang Rul sambil melingkarkan tangannya di bahu isteri dia yang tersayang.Abang Rul mengangkat keningnya kepadaku. Wek..nak termuntah aku. Aku tengok dia dengan pandangan yang menjengkelkan dan dia hanya mampu tersengih. Keadaan dalam kereta kembali sunyi. Agak-agaknya cengkerik dah boleh buat bunyi sekarang ni. Haih, teknologi sekarang ni memang tak boleh nak diharap.Bukannya nak merapatkan silaturrahim.. nak merenggangkan adalah. Ada baiknya aku memecahkan kesunyian ini.

“Abah, keluarga yang lain turut sama ke abah?”

“Ye Que Laeka.. Keluarga Pak Cik Jaiddin dan Pak Cik Salam akan ikut serta dalam family trip tahun ni. Yang lain sibuk aje nampaknya”

“Wah.. Bestnyaaa.. Kira okeylah daripada tak ada.” Apahal macam tak pernah fullhouse je family trip setiap tahun. Ada aje side family yang sibuk memanjang.. mengalahkan menteri je aku rasa. He he he.. tapi takpe, asalkan member dalam keluarga aku fullhouse dah memadai. This family getaway will be awesome! InsyaAllah.

“Sorry kitorang lambat!”, termengah-mengah kakak aku yang paling sulung dengan suami dia mendapatkan kami di tempat check-in. Yeay semua dah sampai. Keluarga adik beradik abah pun dah sampai semua.

“Takpe, kitorang dah check-in kan semuanya.. tinggal tunggu masa je lagi. Rasanya sempat lagi ni kalau nak duduk café sembang-sembang dan minum kopi sebelum masuk airplane. Achaner?”. Semua orang tengok abah dengan pandangan sejak-bila-abah-pandai-cakap-macamtu.Dia sengih.Tak percaya pulak abah boleh cakap macam pemuda umur 20an. Padahal umur dia dah nak masuk 55 tahun.Dia cakap muda lagi. Kami memutuskan untuk duduk café sambil menunggu masa untuk masuk airplane. Ramai jugak yang lepak dekat café ni. Semua orang dekat café ni sudah semestinya antara orang-orang yang ingin menaiki kapal terbang untuk menuju ke destinasi pilihan.

“Laeka nak order satu lagi croissant ni..Abang, belanja Laeka satu!”,kata ku kepada Abang Rul. Dia menghulurkan not RM50 sambil menjeling. Tak ikhlas lah tu. Alah, nak kena beratur lah pulak. Benda yang aku paling tak suka, beratur.Tapi nasib baiklah mamat depan ni wangi je.Hmm.. This is Prada Amber.This is so sexy! Antara wangian favourite aku untuk lelaki idaman.Ooh la la.Aku dongak kepala nak menganalisa lelaki yang beratur depan ni.Snapback cap, oversized T-shirt, quarters, flip-flops, tall, good-looking just looking at him from the back and mama mia smell so nice!Ish,apahal dengan aku ni.Gatal tak bertempat.Ni kalau mama dengan abah tahu perangai anak bungsu diorang gatal macamni boleh pengsan ni.Maunya dia orang cakap

‘Kawin je terus’ lepasni umur dah 24, masih belum kahwin. Alah, standard apa perempuan berkarier dulu baru pikir pasal kahwin.

“Excuse me miss? Please come forward to order.”

“Ehem.. Miss?” Hah? Aku tersedar dari lamunan ku. Minah ni panggil aku ke? Hulamak, mamat depan tadi pergi mana? Dah habis order ke? Ish, itulah, berangan lagi.

“Hmm.. Sorry. I get carried away. Erm.. I want one croissant please. Thank You”

“Very well miss,” Malu. Malu yang teramat sangat. Rasa macam nak tampar diri ni laju-laju je. Tu lah, berangan lagi Tengku Nur Malaeka!

“Here mom, your double shot latte”, Fadh menyerahkan double-shot latte permintaan mommy nya.

“Thanks son”.Fadh memberikan senyuman kasih terhadap ibunya sambil mulut membentukkan perkataan ‘sure’. Dia mengalihkan pandangan ke kaunter tempat mengambil order kerana terdapat satu kelibat yang menarik pandangannya. Seorang perempuan berdiri kaku lagak seperti hendak beratur padahal didepan tidak ada orang memandangkan dirinya sudah berlalu dari situ. Cantik.Itulah perkataan yang keluar dari mulut Fadh semasa memandang perempuan yang ‘beratur’ itu walaupun dia hanya melihat dari belakang.Cara perempuan itu berpakaian menarik perhatiannya : shawl berwarna maroon, floral dress berwarna biru serta blazer berwarna putih. Simple but full with identities. Tetapi bukan cara perempuan itu berpakaian sahaja yang menarik perhatian…

….There was something else I accidentally saw. Fadh tersenyum sendiri ketika dia ingat apa yang dia nampak sebentar tadi semasa ingin pergi dari kaunter. Something that turns him on.Cantik. But Fadh, She got a ring on her finger. Hati Fadh berbicara dengannya. Senyumannya mati. Alah, cincin boyfriend dia bagi je kut. Atau pun cincin tunang. Akal fikiran nya turut sama berbicara. Lantaklah.. orang yang berkahwin pun boleh bercerai inikan pulak orang yang bercinta atau bertunang. That’s why pencils have erasers, isn’t it? Akal fikirannya memberikan sokongan lagi.Henna plus a ring on her right hand? Yeah right. Lagipun, kau takkan nampak dia lagi punya. Lupakan je niat kau nak tackle dia. You’ve got something else going on in your life remember? Hatinya berbicara dalam misi untuk menyedarkan Fadh.

“What son? What’s so cantik?”, tegur Datin Sri Soraya, ibu Fadh, sambil memandang tempat mata anak terunanya tertumpu sambil mengerutkan dahi. Alamak, did I say it out loud? Burn.

“No, nothing mom. I was just remembering how pretty my girlfriend is. I kinda miss her” Apahal aku bercakap dengan diri sendiri ni? Niat nak hancurkan hubungan orang pulak tu. Hampeh. Dia melihat ke kaunter tetapi perempuan yang dibicarakan olehnya bersama hati dan akal fikirannya sudah berlalu dari situ. Dia geleng…boleh pulak bertikam lidah dengan hati dan akal fikirannya sendiri. Merepek.

“Ooh. Hahaha. I’m glad to hear that. I can’t wait to meet her, son.Inilah masa yang mommy tunggu.Girlfriend anak mommy ni sudah sampai Phuket ke?”

“Oh, yes. I suppose she already reached Phuket by now”, jawab Fadh sambil membelek telefon bimbitnya untuk melihat jam.Apa aku nak buat ni.. mommy ni unpredictable orangnya.Kalau dia suruh aku terus kahwin dengan minah yang seorang ni habislah aku.Fadh mengimbas kembali perbualan dia dengan papa dan mommy minggu lalu…

“Son, I hope you’re seeing someone by now? I would love to meet her. Why don’t you invite her to Phuket next week? Since all of us will be there too for your cousin Dev’s wedding.”, bertalu-talu soalan ibu Fadh mengenai ‘someone special’ nya.

Masalahnya, Fadh bukan berjumpa dengan seorang perempuan sahaja.. tak boleh dikira dengan jari berapa orang.Even bawak jari kaki sekali pun tak cukup kut.Dia bukan kaki perempuan, Nauzubillah.Tapi, perempuan-perempuan ni semua yang terhegeh-hegeh dekat dia.Dia layan aje. Sebagai kawan.Lagipun, semua perempuan-perempuan ni bukan suka sangat dengan dirinya.Diorang cuma nakkan harta dia sahaja sebab dia sendiri bukan kacak mana pun…hanya 25% daripada darahnya dicampuri dengan darah Pakistan.Kacak lagi apek tukang kasut dekat kedai sekitar Masjid India tu.Fadh mengurut pelipisnya sambil memikirkan solusi untuk masalah yang baru melanda dirinya : ‘Mommy nak jumpa my “Someone serious” minggu depan’

Dia cek contact dalam iPhone untuk mencari perempuan yang dia patut bawa pergi Phuket minggu depan.Natalie? Too clingy. Sarah? Too fussy. Amanda? Too sexy, mahu pengsan mommy nanti.Farisha..? Dah bertunang.Fikiran Fadh kembali melayang memikirkan kenangan lalunya bersama Farisha.Kekasih lamanya.Setelah dua tahun bersama, baru Fadh tahu bahawa Farisha bertunang tanpa pengetahuannya beberapa bulan sebelum semuanya berakhir.

Dalam kata lain, Farisha perempuan yang main kayu tiga dibelakangnya sama seperti perempuan-perempuan lain tetapi Farisha berlindung dengan imejnya yang sopan membuatkan kesan hubungan mereka mendalam buat Fadh.Sejak itulah Fadh tidak ingin lagi menjalinkan hubungan yang serius dengan perempuan.Lagi-lagi yang pakai tudung.Dia sudah tidak percaya dengan perempuan.Hati dia sudah tawar walaupun hanya sekali dia dikhianati.Akhirnya, Fadh membuat keputusan untuk mengajak Nia pergi ke Phuket.Confirm dia nak. Bagi duit je.Perempuan mana yang menolak kalau jejaka sepertinya mengajak pergi bercuti.Dekat pulau pulak tu.Dapat duit free pulak tu.Sweet kut. Eh, apa aku merepek ni? Astaghfirullahalazhim.

“Son? Son? Hey.. Muhammad Fadhlurrahman bin Tan Sri Abdul Khan…!”, Datin Sri Soraya menggegarkan tubuh anaknya yang nampak sedang berangan.
Fadh kembali ke alam nyata. Mak aih, siap full name sekali mommy panggil aku.Nampak sangat berangan.

“Hah? Yes mom? Nak masuk airplane sekarang ke?”

“Yes, let’s go, berangan pulak dia”, Jawab Datin Sri Soraya.

“Okey”, jawab Fadh sambil menayangkan barisan giginya yang terletak elok.

“Bismillahirrahmanirrahim…”, Abah memulakan membaca doa meminta keberkatan Allah SWT dan melancarkan segala-galanya sampai selamat ke destinasi yang dituju.

“Okey guuuuyss, let’s get on the airplane!”, aku jerit kat semua orang dalam keluarga aku sambil buat gaya cute tapi fail selepas doa habis dibacakan.

“Tak payah speaking lah budak”, jawab sepupu aku, Shahar.Hish. Mulut macam mintak tampar seratus kali jerrr.Aku berikan gaya hendak menumbuk dia.Dia hanya mampu tersengih.

“Okeeyy let’s rock Phuket!!”, aku speaking lagi sekali dengan misi untuk menyakitkan hati Shahar. Aku jelir lidah dekat dia. Dia jeling aku. Puas hati aku!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.