Novel : Demi Hati Ini 1

16 May 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Juemelda Hermand

BAB 1

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan tugas di Maya’s Publication sebagai Junior Editor dibawah pengawasan Puan Marina. Sejujurnya dalam hatiku amat gementar. Mana tidaknya, tidak pernah terlintas langsung aku akan ditawarkan jawatan yg sememangnya telah lama aku idamkan sejak menuntut di UiTM Puncak Perdana. Kerap kali aku dimomokkan jawatan ini hanya layak ditawarkan kepada orang yang mempunyai sekurangmya lima tahun pengalaman namun amat bernasib baik bagiku.

Dua hari lalu sebaik menerima panggilan dari Maya’s Publication, pantas saja aku memaklumkan pada emakku di kampong. Betapa gembiranya wanita tua itu mendengar perkhabaran itu dariku, lantas saja Puan Esah mengadakan kenduri kesyukuran dan meminta aku pulang ke kampong pada hari itu juga! Mujurlah jalan Kuantan dan Kuala Lumpur sudah sebati dengan pemanduanku maka perjalanan yang biasanya mengambil masa empat jam perjalanan hanya tiga jam saja bagi aku. Heee~~

“Maya’s Publication ni baru setahun jagung jadi tak hairanlah permohonan Cik Emynusha mudah kami terima lagipun kelayakan cik amat memuaskan dan memberangsangkan!” puji Puan Marina selaku ketuaku. Aku sekadar tersenyum kecil menerima pujiannya.

“Sebagai bekas graduan dalam bidang seni penulisan, saya harap Cik Emynusha faham dengan skop pekerjaan cik sekarang. Apa yang cik belajar di universiti tka banyak bezanya namun cik harus sedar yang sekarang ni awak berada dalam dunia pekerjaan yang sebenar.” Mukadimah Puan Marina aku sambut dengan anggukan-anggukan kecil tanda mengerti.

“Saya faham puan, dulu masa saya praktikal di Karangkraf pun saya telah didedahkan dengan suasana bekerja yang sebenar,” aku sekadar menyokong kata-kata Puan Marina memandangkan aku telah didedahkan dengan realiti skop pekerjaanku kini.

“Baguslah kalau begitu Cik Emynusha, saya pun tak perlulah bebelkan awak benda-benda macam ni sebab awak sendiri tahu macam mana kan. Okay, ini antara senarai skop tugas awak sebagai permulaan. Untuk tiga bulan ni saya hanya akan pass tugas yang mudah untuk awak tapi itu tak bermakna awak boleh bersenang-lenang tau!” Puan Marina menyerahkan aku sebuah fail kecil. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas yang aku yakin adalah senarai tugasanku. Fail itu aku sambut berserta senyuman manis menyerlahkan ‘kecacatan’ di pipi kananku.

“Manis lesung pipi awak. Tapi hati-hati ya, kat sini ada buaya tembaga!” kata-kata Puan Marina itu aku abaikan dengan satu lagi senyuman manis. Gurauan semata-mata!

Selesai bermesyuarat dengan Puan Marina, kini giliran para penghuni Maya’s Publication pula mengambil alih sesi mesyuarat perkenalan. Mereka semua ternyata menyambut baik kedatangan aku sebagai ahli baru meraka. Senang hati aku.

“Emynusha yer? Pelik nama, pulak tu susah nak sebut. Tergeliat lidah you!” senda Farina, salah seorang pekerja di bahagian Sales and marketing yang turut menyambut kedatanganku.

“Eh, panggil saya Emy jer. Kawan-kawan pun guna nama tu aje. Terima kasihlah sebab terima saya sebagai ahli baru di sini.” Ucapku penuh keikhlasan.

“Tak ada masalahlah, Emy. Kami memang mengalu-alukan kedatangan awak, ringan sikit beban kami di sini. Ada awak senanglah, boleh balik awal saya,” Ahmad yang seangkatan Farina pula menyahut bersama gurauannya. Aku sekadar ketawa kecil langsung tidak mengambil hati malah merasa bersyukur kerana keramahan mereka sememangnya jelas terbukti kini!

“Emy, apa kata lunch nanti kita keluar sama-sama? Nak jugak saya tahu background Emy, nak rapatkan tali silaturrahim kata!” cadangan Farina aku sambut dengan senang hati malah Ahmad, Shreen dan July juga mahu ikut. Bertambah senang hati aku.

Emynusha mengeluh kecil sebaik tubuhnya direbahkan di atas set sofa di ruang tamu rumah sewanya. Penat! Tak sangka mencabar betul kerja editor ni, mujur aku baru lagi sebab tadi Puan Marina hampir naik juling matanya melihat banyak typing error yang aku buat. Bukan apa, gelabah sangat! Nasib baik juga Puan Marina menegur dengan cara yang berhemah kalau tak, mau juga airmata aku tadi. Heee~~

Jam di dinding yang bercat biru aku pandang sekilas. Hampir maghrib! Aku belum Asar lagi! Alamak, cepat-cepat! Pantas aku menarik beg tanganku yang ku campak di atas meja tadi lantas berlari masuk ke bilik untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba ALLAH S.W.T.

Tepat jam 9 malam, aku sudah bersiap sedia untuk keluar makan. Eh, jangan salah sangaka aku tak reti masak ye…. Aku dah janji dengan rakan baikku untuk makan di luar jadi tak perlulah aku memasak. Heeee~~

Restoran Pelita yang terletak bersebelahan pusat beli-belah IOI Mall Puchong menjadi tempat pertemuanku dengan dua sahabat baikku sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dari jauh aku sudah Nampak kelibat Mayra dan Safwa yang sedang menanti di meja makan. Aku pantas menghampiri mereka. Tak sabar nak cerita pengalaman aku hari pertama bekerja.

“Lambat betullah kau ni, Emy! Penat kita orang tunggu!” marah Safwa. Aku sekadar tergelak kecil sambil menarik kerusi di sebelah Safwa.

“Sorry lar bebb, aku sampai rumah tadi pun dah nak maghrib dengan Asarnya belum lagi. Tu yang slow sikit tuh,sekali kan dengan Isyak.” Jelasku. Harap mereka mengerti. Mayra dan Safwa bagaimanapun hanya mampu menarik cebir. Aku tersengih saja.

“So, macam mana dengan first day kau? Okay?” soal Mayra selepas aku membuat pesanan. Aku terlebih dahulu membetulkan dudukku. Kedua sahabatku itu nyata tidak sabar ingin mendengar ceritaku. Wajah mereka aku tenung satu persatu, hampir pecah ketawaku melihat reaksi serius meraka.

“Emy! Kau ni kan, suka lar nak carik pasal! Cerita lar cepat,” desak Safwa. Mayra sudah menarik muncung itiknya. Aku mengangkat tangan tanda mengaku kalah namun ketawaku masih tidak mampu kutanggung lalu pecah juga. Adui lar, kawan-kawan aku ni pun.

“Okay lar hari ni, walaupun aku ada buat silap sikit. Typing error,” beritahuku. Air milo ais yang baru tiba segera kusedut untuk menghilangkan dahaga.

“Ada pulak typing error? Kata editor mana boleh buat typing error, kau ni pun!” Mayra akhirnya bersuara. Serak suaranya, baru baik demam la katakan.

“Ala, freshie lagi lar. Bukan aku sengaja pun, gelabah punya pasal. First day kata,” aku cuba membela diri. Suasana di sekitar restoran menjadi tatapan mataku. Ramai juga pelanggan malam ni.

“Jangan buat selalu, Emy. Kau sendiri tahu skop pekerjaan editor ni macam mana kan?” Mayra mula hendak membuka ayat ceramahnya. Aku buat muka blurr. Alahai mak cik sorang ni.

“Bebb, aku taw lar. Aku dah puas kena lecture dengan ketua aku tadi, aku dah insaf dah. Janji tak buat lagi!” aku siap angkat tangan lagak buat sumpah janji semata-mata mahu Mayra menghentikan ‘usrah’nya. Safwa tergelak melihat telatahku. Faham benar dia dengan sifat Mayra yang ‘rajin’ memberi nasihat tak kira kepada sesiapa saja, termasuklah pak guard tempat kerjanya sekarang disebabkan kecuaian pak guard itu tertidur di siang hari.

Selesai makan malam bersama Mayra dan Safwa, aku cepat-cepat memandu Gen 2 hadiah abah selepas aku tamat pengajian diploma tiga tahun lalu. Kereta Gen 2 berwarna kelabu metalik ini sememangnya idamanku sejak dulu lagi disebabkan rekaannya yang sporty.

Hampir pukul sebelas malam ketika aku menjejakkan kaki ke ruang tamu rumah sewaku. Penat pulak, baik tidur cepat nanti lambat bangun maka lambatlah aku masuk kerja nanti dah cacat reputasi aku. Namun telingaku cekap menangkap bunyi suara halus sedang mengekek ketawa. Serta merta meremang bulu romaku. Takkanlah hantu, sepanjang hidup aku selama 23 tahun belum pernah lagi aku ‘diganggu’ makhluk halus dan selama menetap di rumah teres setingkat ini selama tiga tahun belum lagi kejadian pelik berlaku. Malam ni malam apa? Eh, baru malam selasa. Tak boleh jadi ni!

Aku menuju ke arah gemersik suara itu. Eh, macam suara….

“Astagafirullah al-azim!!!” aku menekup mulut sambil berpaling.

“Emy!” Aya terkejut melihat kelibatku di muka pintu. Dia yang ketika itu berada di atas tubuh seorang lelaki tanpa seurat benang cepat-cepat menutup tubuhnya dengan selimut. Kelam kabut kedua manusia itu menyembunyikan diri mereka.

“Apa yang kau buat ni Aya?!” jeritku. Aku benar-benar bengang dengan kejadian yang berlaku di hadapan mataku malah di rumahku sendiri!

“Emy…aku…aku…” Aya sudah kehilangan bicara. Lelaki di sebelahnya sudah hilang di dalam bilik air.

“Kau taw tak apa yang kau buat ni dosa?! Dosa besar taw tak?!” Herdikku lagi. Aku betul-betul hilang pertimbangan diri. Marahku sudah tidak boleh dikawal lagi.

“Emy….” Aya sudah menangis. Basah wajahnya langsung tidak meninggalkan kesan di hatiku.

“Baik kau berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok kau lagi! Keluar!” Suaraku naik satu oktaf lagi. Tersentak Aya yang bertubuh kecil itu. Aku tanpa menunggu lebih lama terus keluar dari rumah itu. Hatiku sakit. Sakit yang teramat!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.