Novel : Demi Hati Ini 3

1 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Juemelda Hermand

BAB 3

Suasana riuh di taman I-City Shah Alam menggamit perasaan ceriaku. Mujurlah Farina dating ‘menyelamat’ di saat-saat akhir tapi wajah cemberut Farina membingungkan aku. Ada masalah apa budak ni? Dari tadi aku tanya sepatah, sepatah jugak dia jawab. Bila aku tanya berpatah-patah, lagi sepatah dia jawab. Musykil benar aku!

Farina kulihat masih lagi menilik telefon bimbitnya. Dari hari tu lagi! Aku mula tak sedap hati. “Kalau kau ada masalah, cuba cerita kat aku. Tak payahlah kau buat muka seposen gini, naik meluat pulak aku tengok!” hah, ambik sebijik! Kan da kena sound dengan aku. Aku ni kalau dah sakit hati sangat memang senang mulut lepas.

Farina memandang wajahku. Macam nak menangis pulak aku tengok. Alahai, serba salah pulak mak tengok. Ishhh…..

“Okay…okay… aku minta maaf, dah kau macam tenuk hilang anak jer rupa. Fedup gak aku. So, pe masalah kau yang sebenar-benarnya melainkan kebenaran sahaja?” sempat lagi aku melawak. Ala, nak chill kan sikit mood anak gadis sebelah aku ni.

“Ahmad dah tunang….” Adunya. Aku agak kaget di situ. So???????????

“Bukan kau kata kau dah tahu?” soalku agak pelik.

Farina mengangguk. “Tapi….”

Ada tapi-tapi lagi…. Hilang jugak keasabaran aku ni karang.

“Tapi apanya Rina? Jap…… Kau suka Ahmad?????” Samada aku bijak ataupun aku lambat loading, hakikatnya tetap sama aku memang tak ambik port!

Farina menggangguk perlahan. Oh no! Cinta tiga segi. Apakah?

“Ahmad tahu kau suka dia?” kali ini nadaku sedikit kendur. Cuba untuk menyelami ke dasar hati si gadis Farina. Ada masanya muncul la ‘Angel’s Ring’ atas kepala aku. Hehehe~~~

Farina mengangguk lemah. Airmatanya sudah gugur. Alahai, aku lemah bab satu ni.

“Sabarlah Rina, maybe he’s not for you. You deserve better than him, there must be someone is meant to be with you out there. Jangan harapkan pada seorang, tak semestinya dia betul-betul ditakdirkan untuk kau. Mungkin jugak ada hikmah di sebalik kejadian ni semua,” aku cuba menasihati rakan sekerjaku itu. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang namun bukankita yang menentukannya. Jika benar ada jodoh, percayalah bahawa jodoh itu akan datang jua tanpa di pinta malah tanpa disedari. Kadang-kadang, apa yang ada di depan mata kelihatan baik namun hakikatnya ada yang lebih baik dari itu dan begitulah sebaliknya. Seketika, aku turut menginsafi diri.

“Dia cakap dia pun sayang aku jugak tapi dia pun kata dia sayang tunang dia, dia cakap tunang dia pilihan keluarga sejak dulu lagi jadi dia tak boleh bantah. Sebab tu la dia cuba tanamkan rasa sayang kat tunang dia,” penjelasan Farina kuterima dengan anggukan kecil tanda faham. Ahmad tak bersalah malah dia cuba untuk menurut permintaan keluarganya dan cuba menyemai perasaan terhadap gadis bukan pilihannya. Satu tindakan yang kuanggap, gentlemen!

“Tindakan Ahmad tu betul, Rina. Kalau aku ditempat Ahmad pun aku rasa aku tak mampu buat macam tu, aku lagi senang pilih jalan hidup aku sendiri. Kau kena sedar, Ahmad berkorban demi kebahagiaan keluarga dia dan tak ramai lelaki yang sanggup buat macam tu. Kau nak tak nak kena lepaskan dia. Takkanlah kau nak sia-siakan pengorbanan dia tu? Pentingkan diri namanya kalau kau teruskan jugak niat kau nak bersama dengan dia,” nasihatku lagi. Biarlah aku basuh otak budak ni kejap.

” Tapi aku sayang dia, Emy. Aku tak sanggup biarkan dia tinggalkan aku,” airmata Farina mula gugur dengan lebatnya. Aku jadi tak tentu arah pulak. Janganlah jadi tontonan orang ramai. Aku ta suka show free ni.

“Dah la, Rina. Tak guna kau menangis airmata darah pun. Macam yang aku cakap tadi, jodoh kau tak semestinya dengan Ahmad. Kau tabahlah, jangan biar Ahmad tahu yang kau ni tergila-gilakan dia. Lelaki ni bila tahu ada perempuan terhegeh kat dia mula la ego melangit, bajet hot la market dia. Kau rilek jer, nanti muncullah jejaka idaman kalbu semalaya kau tu,” sempat lagi aku menyakat. Namun aku berkata yang sebenarnya. Apapun aku mahu Farina bergembira tanpa bersedih tentang hal lelaki lagi. Tak penting!

Farina sekadar tersenyum kecil. Tangisannya kini sudah reda. Mungkin sudah mendapat semangat baru selepas mendapat nasihat dari pakar seperti aku ni? Chewah! Terlebih sudah! Hahaha~~

Weekand. Bosan sudah~~

Apa yang patut aku buat hari ni? Hari masih pagi lagi, baru pukul 9. Yang aku ni pun satu, boleh pulak terbangun awal. Tapi tak pelik pun sebab aku dah biasa sejak mula bekerja ni. Lepas subuh aku tak kan tidur semula, kata orang nanti rezeki tak masuk. Aku tak pasti kebenarannya, yang aku tahu tiap hujung bulan gaji aku dah masuk. Hahaha~~

Apa kata aku drift balik Kuantan? Ala, orang kata jauh tapi bagi aku yang berasal dari sana tak ada maknanya jauh! Maka dengan penuh semangatnya, aku cepat bersiap-siap untuk pulang ke kampong. Mak, anakmu pulang ni! Hahaha~~

Sedar tak sedar kini aku sudah memasuki kawasan rehat Temerloh. Laju jugak pemanduanku tadi, tak sampai dua jam pun! Lapar pulak perut aku maka berhenti rehat sebentar untuk mencari makanan.

Deretan kedai makan yang terdapat di situ membuatkan aku rambang mata. Apa benda yang patut aku isi dalam perut ni? Aku tak naklah bagitahu mak yang aku nak balik, nanti orang tua tu sibuk pulak na masak macam-macam walaupun sebenarnya aku suka dengan masakan mak aku tu. Hehehe~~

“Oh mak masak sedap!” latahku kuat. Aduh! Malunya…

Bahuku yang terasa perit akibat bergesel bahu dengan seseorang tadi segara aku gosok-gosok perlahan. Mak aih…besarnya badan. Memang patut pun sakit dia langgar. Mujur aku tak jatuh menyembab bumi, kalau tak dah jatuh saham aku!

“Cik, sakit ke?” Tanya suara garau tuan empunya badan yang melanggar aku tadi. Aku pantas mengangkat muka melihat gerangan siapakah wajah pemuda itu. Erk???

“E…Emy…?”

“Err… en.. encik silap orang ni… maaf, saya minta diri dulu!” pantas aku berlari meninggalkan pemuda yang sangat-sangat aku kenali itu. Aku dengar suaranya memanggil-manggil aku namun mujur dia tidak mengejar.

Dengan perut yang lapar belum terisi aku berlari mendapatkan Gen 2 milikku lantas memecut laju keluar dari kawasan rehat itu. Silap pilih tempat aku kali ni tapi apehal plak dia boleh sesat sampai ke timur ni??? Musykilnya aku. Tapi memang tak pelik pun sebab dulu dia pernah cakap dia ada kenalan di Kuantan. Tapi kenapa pulak dia nak tegur aku??? Ni yang musykil lebih ni!

Ah, lantak dia la! Apa aku nak kesah, dia bukan penting pun dalam hidup aku. Yang aku tahu, aku benci dia! Aku tak nak dia kembali dalam cerita hidup aku. Aku tak ingin pun nak tengok muka dia lagi. Alahai, apa ke malang pulak hari ni boleh terserempak pulak dengan dia.

Tapi dah lebih lima tahun aku tak pernah dengar cerita dia, kali terakhir yang aku tahu. Dia dah terbang ke Sepanyol untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan awam. Aku rasa dia dah dapat apa yang dia impikan selama ni dan aku agak tentulah dia dah habis belajar, mungkin jugak sudah bekerja. Ah, yang aku duk sibuk sangat pasal dia ni kenapa pulak??? Ish… tak pasal-pasal pulak nak buat ulang tayang kat sini.

Dahlah Emynusha oi.. semalam pandai pulak aku menasihat si Farina tu tapi hari ni aku pulak jadi macam ni. Padan dengan muka aku! Cukup! Aku cuma nak selamat sampai jerk at Kuantan, aku nak jumpa mak. Aku nak melepak dengan adik-adik aku. Lupakan segala masalah segala kekusutan. Pedal minyak aku tekan lebih kuat, aku mahu cepat sampai.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.