Novel : Demi Hati Ini 4

8 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Juemelda Hermand

BAB 4

East Coast Mall Kuantan menjadi pilihanku untuk membeli-belah. Keramaian manusia tidak menghalang aku untuk berjalan dalam keadaan sesak. Adikku Emyra sudah hilang entah kemana, pantang di bawa berjalan! Aku sendirian menyusuri expo yang berderet di ruang lobi, jualan murah. Aku membelek beberapa helai tudung Arianni, Syria tak ketinggalan juga tudung Siti. Wah, macam-macam fesyen tudung sekarang ni. Dah tak ada halangan dah bagi kaum hawa Islam untuk melaram, senang aje nak up-to-date!

Sedang aku asyik membelek barangan di situ tiba-tiba lenganku ditarik oleh seseorang. Aku ingin menjerit namun lidahku kelu sebaik mataku menangkap raut wajah itu, sekali lagi! Dia menarik aku jauh dari orang ramai. Aku tak tahu kemana dia bawa aku tapi yang pasti aku nampak papan tanda Starbuck di tepi tempat kami berdiri. Mujur dia tidak culik aku untuk dibawa ke tempat yang lebih jauh. Dia segera melepaskan lenganku dari genggaman kerasnya. Aku mengaduh sakit. Yelah, baru tersedarlah katakan.

” Apa ni!” tengkingku walaupun sebenarnya reaksi itu sepatutnya berlaku sejak awal lagi.

” Apa awak ingat saya sudi ke ditengking awak macam ni depan orang ramai?” balasnya kasar. Tegang benar raut wajahnya ketika itu. Aku mencebik. Ada aku kesah?

” Kau nak apa sebenarnya ni?” dengusku. Dia tersengih menyindir. Aku menjelingnya tajam.

” Awak ingat awak boleh lari dari saya? Saya akan cari awak sampai ke lubang cacing sekali pun!” ujarnya tegas. Aku ketawa sinis.

” Kalau muat la badan besar kau tu,” perliku. Merah mukanya. Peduli apa aku!

” Kenapa awak lari dari saya? Puas saya cari awak selama setahun ni, awak ke mana?” soalnya dengan suara yang sudah mengendur. Aku mengerut dahi.

” Pehal kau nak sibuk susahkan diri cari aku pulak? Bukan ke dulu kau jugak yang suruh aku berambus dari hidup kau?” sinis suaraku. Dengan mamat ni memang aku dah hilang hormat dah. Aku tak kisah orang nak tengok ke ape, biar padan muka dia!

” Eh, b0leh tak kau hormat aku sikit? Paling tidak pun tak payahlah nak tengking-tengking. Kau tak malu ke semua orang tengok?” dia menekan suaranya. Cuba mengawal kemarahan yang seperti hendak meledak keluar saja gamaknya. Aku langsung tak terkesan. Dengan dia hatiku jadi kering sekeringnya.

” Pehal aku nak hormat kau pulak? Kau siapa aku nak hormat-hormat? Eh, kau tak layak la!” suaraku naik satu oktaf lagi. Aku tak peduli, hatiku terlalu sakit. Sakit yang teramat sangat, hanya tuhan saja yang tahu. Habis ayatku, satu tampar hinggap tepat di pipi molekku. Peritnya usah cakap namun perit di hati tak siapa yang tahu!

Dia tergamam namun aku sudah menyinga. Berani dia tampar aku depan orang ramai. Dengan ringannya, penumbukku hinggap di perutnya. Tepat mengena! Dia terduduk menahan senak. Aku pantas mengorak langah meninggalkan mamat sengal tu! Rasakan! Kau ingat kau sorang kuat? Hah, padan muka kau makan penumbuk sulung aku. Tak pepasal free show hari ni. Hilang rasa malu, hilang rasa perit di pipi namun hati yang terluka masih belum mahu hilang malah bertambah lagi adalah. Huh, memang silap aku balik Kuantan minggu ni. Silap besar!

Emyra kulihat sedang bercangkung di sisi Gen 2 ku. Aku ingat budak ni dah lupa jalan balik. Riak di wajahnya membuatkan aku berfikir sejenak. Apahal pulak budak ni, sakit ke? Aku tertanya-tanya. Emyra pantas berdiri mendapatkan aku setelah menyedari kehadiranku.

” Akak dah gila agaknya tumbuk Abang Eyd depan orang ramai tadi?” sergahnya tanpa segan silu. Pasangan cina yang lalu sekadar memandang drama kami. Aku buat muka meluat. Ewah, nak backup mamat tu pulak budak ni. Kang merasa jugak penumbuk aku ni.

” Yang kau nak marah-marah akak ni kenapa? Suka hati akak la nak tumbuk ke nak pukul ke. Bukan kau pun yang kena tadi. Ala, setakat penumbuk kecik akak ni takkan kesan la kat si badan besar tu!” cebikku. Kunci kereta aku keluarkan lantas membuka pintu dan membolos masuk ke perut kereta. Emyra mengekori. Pintu kereta dihempasnya kuat. Bagai nak gugur jantung aku dengar hempasannya tapi bukan sebab bunyi, sebab dia berniat nak rosakkan kereta kesayangan aku!

” Woit, kau ingat kereta ni kau yang bayar tiap-tiap bulan kau nak main hempas-hempas? Karang kau balik jalan kaki nanti!” marahku. Emyra buat tak tahu. Akak ingat akak sorang reti mengamuk?!

” Kenapa akak susah sangat nak maafkan Abang Eyd? Ra kesian tengok dia asyik mengejar akak hanya sebab nak minta maaf. Dah la, kak. Maafkanlah dia, dah puas akak hukum dia.” Kali ini suara Emyra bertukar perlahan demi memujuk aku namun dia silap andai kata aku termakan pujukan dia tu. Aku tersenyum sinis.

” Senangnya nak minta maaf. Emyra ingat akak nak maafkan dia? Sampai kiamat pun belum tentu Emyra,” tegas aku menjawab. Hatiku sudah nekad. Bila mulutku kata benci maka bencilah aku, tiada kata maaf yang mampu menyejukkan hati keras aku ni.

Emyra mengeluh kecil. Bukan dia tidak tahu perangai kakaknya bagaimana, dia arif sangat tapi kes ini benar-benar buat hati kakaknya sekeras batu kerikil. Dia jarang membenci orang tapi bila dah benci, maka bersungguh la dia benci orang tu. Dan Abang Eyd la orang yang paling dia benci selepas dia menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa lima tahun lalu.

” Emy,” Puan Esah menegurku ketika aku sedang asyik memandang langit. Nak kira bintang konon. Aku menoleh lantas seulas senyuman aku hadiahkan buat emak kesayanganku. Puan Esah sudah tua, usianya sudah menjangkau 50 tahun tapi awet mudanya tidak pernah menampakkan usia sebenar. Almaklumlah, Puan Esah ni pengamal makanan yang sihat disertakan dengan ubatan tradisional hasil langganan tetapnya dengan Mak Kalsom, si penjual jamu di kawasan kampong mereka.

” Kenapa mak tak masuk tidur lagi? Mak tak sihat ke?” aku cuba mengambil berat. Semestinya itulah tanggungjawab seorang anak pada ibunya. Puan Esah sekadar senyum manis. Senang hatiku melihat senyuman mak, cantik tapi senyuman arwah Abah lebih menarik kerana lesung pipinya yang turut aku warisi.

Puan Esah mengusap rambutku yang hitam lebat. Wajahku dipandangnya dalam, terlihatlah kini mata emak yang bersinar. Mak sedih ke? Kenapa?

” Mak kenapa ni?” tanyaku khuatir. Lengan mak aku sentuh penuh kerisauan. Jarang aku lihat mak bersedih, kali terakhir emak menitiskan airmata hanyalah pada hari ‘pemergian’ arwah abah lima tahun lalu. Puan Esah sekadar menggeleng dengan pertanyaanku. Lagi la aku risau kalau mak tak jawab.

” Mak, janganlah macam ni. Emy risau mak sedih-sedih ni, mak ada sakit mana-mana ke? Pening lagi? Mak nak Emy bawak mak pergi klinik ke? Mak pergi la duduk, Emy siap-siap dulu.” Aku mahu berlalu tetapi mak pantas menghalang malah dia pula yang menarik aku duduk di kerusi di ruang tamu. Emyra dan Emyr sudah lama dibuai mimpi.

” Eyd ada jumpa Emy?” soal mak tiba-tiba. Aku kaget. Mana mak tahu ni? Tak syak lagi, mesti si mulut tempayan Emyra tu yang bagitahu! Jagalah kau besok budak! Dendamku di hati.

” Mak tak payahlah tahu. Emy pandailah nak jaga hidup Emy,” jawabku agak bosan. Bosan dengan topic diskusi kami. Aku benci mamat sengal tu!

” Maafkanlah dia, Emy. Berapa lama lagi Emy nak seksa dia? Padamlah dendam dalam hati Emy tu sayang,” pujuk mak halus. Bergetar hatiku dengan pujukan mak namun aku harus kuat. Tak boleh lembut hati kalau bab mamat sengal tu!

” Mak, sakit hati Emy ni mak tak pernah fikir ke? Mak dah lupa macam mana dia buat keluarga kita dulu? Sampai berpecah belah mak! Tapi arwah abah cepat pulak maafkan dia,” dengusku geram.

” Sudahlah tu nak, benda dah lepas. Keluarga kita pun dak berbaik dah, maafkanlah dia Emy. Emy tak takut dosa ke?” kata-kata Puan Esah membuatkan jantungku tersentap. Emak kupandang dengan penuh rasa marah. Namun akalku masih waras, untuk tidak memburukkan lagi keadaan cepat-cepat aku bangun meninggalkan emak sendirian di ruang tamu. Sempat kudengar keluhan beratnya namun aku tak peduli. Hitam kataku maka hitamlah!

Keesokan harinya selepas solat zohor, aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Meskipun hatiku masih terasa hal semalam namun aku tak akan sekali-kali memberontak di hadap emak. Bukan sifatku berkasar dengan orang tua terutama sekali ibuku sendiri. Tangan emak kusalam dan kukucup lama sebelum memeluknya erat. Rutin wajib setiap kali bertemu dan berpisah dengan emak. Emyr menyalamku malah sempat mencium pipiku, kebiasaannya sudah begitu. Aku membalas dengan mencium pipi anak muda berusia 17 tahun itu. Giliran Emyra pula menyalamku tapi nampak sangat dia tak ikhlas ketika mencium tanganku. Cepat aja tangannya ditarik sebelum berlalu pergi.

” Woit, kurang asam kau eh!” jeritku.

” Kurang asam pergilah beli!” balasnya selamba. Loyar buruk betul! Perangai siapalah yang dia ikut tu. Emak sekadar menggeleng kepala melihat ragam anak-anaknya, tak habis-habis bertelagah. Aku memandang emak dengan senyuman terpaksa.

” Emy jalan dulu mak, mak jaga diri tau! Kalau mak rasa tak sihat cepat-cepat call Emy, sepantas kilat Emy sampai Kuantan. Hey budak! Kau jaga mak elok-elok, nak harap kakak kau yang loyar buruk tu memang tak jalan. Ingat, ada apa-apa hal bagitau akak on the spot! Paham?” asempat lagi aku berpesan pada Emyr, anak muda itu sekadar ketawa kecil.

” Eleh, adik akak jugak si loyar buruk tu. Lebih kurang je perangai,” cantas Emyr. Aku mencebik.

” Eh, akak yang ni lagi elok perangai dari dia tu taw! Sekali aku debik kang baru hang tau!” gurauku kasar. Emak sempat mengetip lenganku. Aku mengaduh sakit tapi boleh pulak dibantai gelak oleh Emyr, Emyra yang di dalam pun gelak sakan. Kurang asam punya adik!

” Hati-hati drive tu, Emy. Dah sampai rumah nanti terus call mak,” pesan Puan Esah yang entah keberapa kali.Aku sekadar mengiyakan saja. Tepat jam 2.30 petang, Gen 2 ku mula merangkak meninggalkan halaman rumah keluargaku.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.