Novel : Demi Hati Ini 5

4 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Juemelda Hermand

BAB 5

Panas sungguh cuaca hari ni. Berpeluh sakan aku dibuatnya. Waktu makan tengah hari tadi aku rasa macam tak nak keluar dari bangunan Maya’s Publication ni tapi perut aku pulak dah bising minta diisi. Akhirnya aku keluar jugak lepas Farina mengajak berkali-kali siap offer nak belanja aku lagi tu. Kami ke tempat biasa, restoran berhampiran pejabat. Selesai memesan makanan, Farina terus menunjukkan aku sepucuk sampul berwarna oren. Aku menyambutnya dengan penuh tanda Tanya. Macam cantik aje aku tengok. Isi sampul aku keluarkan.Wah, kad kahwin!

“Ahmad bagi kau ke?” soalku setelah membaca isi kad itu.

“Dia bagi pagi tadi. Dia siap pesan kat aku ‘saya harap sangat awak dapat hadirkan diri’” cebik Farina dengan mulutnya yang panjang terjuih. Meluat sangat bila tengok reaksinya begitu nak tergelak pulak aku tengok.

“Habis tu, kau nak pergi ke?” tanyaku ingin kepastian. Kad tadi aku masukkan ke dalam beg tanganku.

“Malaslah aku! Nak buat ape pun? Nak menambahkan sakit hati aku ke?” mencerlung mata Farina memandang aku tanda dia marah. Aku sekadar menjungkit bahu.

“Pendapat aku la, kalau kau tak datang nampak sangat kau memang mengharap kat dia. Tapi kalau kau datang tunjuk muka at least kau boleh buktikan kat dia yang kau tak hadap pun dengan dia tu. Mungkin dia pun saja nak tahu reaksi kau macam mana. Apapun, terpulanglah kat kau, aku cuma cakap apa yang aku rasa je.” Aku tak berniat untuk mengapikan Farina namun begitulah logiknya yang sebenar. Jika aku berada ditempat Farina, tentu aku akan datang.

“Kau rasa macam tu ke, Emy?” Farina memandangku meminta kepastian. Tiba-tiba reaksinya menjadi ragu-ragu.

“Bila tarikh sanding dia? Kalau kau nak aku boleh je temankan,” usulku. Farina berfikir sejenak. Aku menanti jawapannya namun gadis itu tidak memberikan reaksi apa-apa. Aku akhirnya membiarkan saja gadis itu membuat keputusan sendiri yang penting perutku terisi!

Bagaimanapun, perkara yang seringkali aku ingin elakkan sekiranya terjadi akhirnya terjadi jugak. Kenapa bumi ni kecik sangat?! Argh, sakit otak aku! Macam mana si mangkuk ni boleh ada kat sini? Farina juga nampak terkejut dengan kehadiran pemuda yang tidal dikenali menegurku. Farina mengerlingku meminta jawapan.

“Kau kerja kat area sini ke?” tegur lelaki itu. Aku menjelingnya tajam.

“Sibuk buat apa?” cebikku benci.

“Aku tanya elok-elok, cuba kau jawab pun elok-elok.” Lelaki itu bernada tegas. Ah, sikit pun aku tak takut. Farina pula agak tersentak dengan situasi itu.

“Err…saya Farina, kawan ofis Emy. Ofis kami kat seberang jalan tu jer, encik ni siapa?” Farina cuba beramah mesra dengan lelaki itu. Aku pula menjegil mata ke arah Farina. Memandai-mandai pulak perempuan ni, aku lesing kang!

“Saya Faried Marzuki, just call me Eyd. I’m Emy’s…”

“Baik kau blah!” tanpa membiarkan Faried menghabiskan kata-katanya aku pantas memotong. Aku takut sebenarnya. Takut dengan kata-kata yang bakal keluar dari mulut lasernya itu.

“Weh, Emy apsal kau garang sangat ni?” Farina menegur sikapku namun tidak kuendahkan malah cepat-cepat aku menarik tangan Farina untuk beredar dari situ demi mengelakkan kemungkinan yang bakal memburukkan lagi keadaan.

Faried sekadar melihat pemergianku malah sempat pula dia melambai dan Farina membalas lambainya. Aku pantas menjeling tajam kearah Farina member amaran namun gadis itu langsung tidak terkesan dengan aksi marahku. Ish, aku ketuk jugak budak ni!

Setibanya kami di ofis, Farina terus memuntahkan segala soalan-soalan cepumasnya berkenaan lelaki yang bernama Faried Marzuki. Aku cukup meluat mendengar nama itu apatah lagi nak menyebut bercerita. Haram! Satu saja jawapan yang aku berikan kepada si penyibuk Farina. Lelaki tu ‘mangkuk tingkat tak sedar diri’!

Mendengarkan jawapanku Farina bertambah ligat ingin tahu siapakah gerangan pemuda itu yang sememangnya sangat aku benci dan kenapa aku membencinya. Beriya-iya Farina memujukku untuk mendapatkan cerita sebenar. Almaklumlah kerjanya sebagai wartawan kini terpalit padaku untuk menmdapatkan cerita hangat tetapi aku bukanlah seorang yang mudah memberikan cerita apatah lagi berkenaan Faried Marzuki. Jika aku membuka cerita samalah seperti aku membuka pekung sendiri. Biarlah rahsia…cewaaahh…alamak Siti Nurhaliza pulak keluar…huuu… Apapun belum masanya Farina mengetahui hal diriku yang sebenar kerana aku sendiri belum bersedia untuk hal sedemikian. Aku masih memerlukan waktu walaupun sudah lebih lima tahun peristiwa itu berlalu. Aku masih belum mahu memaafkan lelaki bernama Faried Marzuki!

Emynusha semakin menjauh meninggalkannya bersama si manis Farina. Faried Marzuki sekadar melihat bayangan tubuh itu lenyap ditelan keramaian orang. Keluhan berat dilepaskannya. Lima tahun dia kehilangan gadis itu. Enam bulan pertama tanpa Emynusha diisi dengan kehadiran gadis lain yang dia kenali secara kebetulan dan dia bahagia bersama gadis itu namun akhirnya gadis itu meninggalkannya
kerana lelaki lain. Empat tahun seterusnya dia isi dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bekerja. Kini dia kembali ke tanah air atas desakan hatinya yang mahu memohon kemaafan dan perasaan serba salah yang perlu dia tebus terhadap Emynusha dan keluarganya.

Kerana terlalu menurut kata hati dan nafsu muda, hati tulus Emynusha telah dia sakiti. Meninggalkan gadis itu tanpa sebarang pesanan. Puan Esah telah memaafkannya begitu juga Emyra dan Emyr, hanya kemaafan Emynusha sahaja yang masih belum dipohonnya. Kata-kata Puan Esah seminggu lalu kembali terngiang di telinganya.

” Mak dah lama maafkan kamu Eyd sebab mak tahu keadaan masa tu macam mana. Emy tu aje yang keras hati. Mak tahu dia masih mengharapkan kamu cuma dia tu degil, tak dengar cakap mak ni. Pandai-pandai la kamu pujuk dia, mak harapkan kesudahan yang baik buat kamu berdua. Tak elok kamu bermusuhan lama-lama macam ni, susah hati mak tengok Emy tu dan kamu lagi. Umur mak ni tak panjang mana, Eyd. ” Kata-kata Puan Esah cukup berat di pendengaran Faried Marzuki. Dia juga tidak ingin lama-lama menanggung rasa bersalah, dia mahukan kehidupan baru yang tenang tanpa gelodak perasaan yang sentiasa menyelubungi hidupnya.

Saat pertembungan pertamanya bersama Emynusha di R&R Temerloh, seakan dunia itu terlalu kecil dia rasakan. Tak pernah terlintas dia akan terserempak dengan gadis itu di situ walaupun niatnya ke Kuantan adalah untuk bertemu keluarga gadis itu demi mencarinya namun takdir tuhan mereka terlebuh dahulu dipertemukan di situ. Seperti ingin melonjak gembira dia ketika melihat wajah yang semakin jelita itu di hadapan mata tetapi apabila gadis itu menidakkan dirinya dia terasa seakan ada batu besar menghempap tubuhnya. Pedih, sakit dan terlalu kecewa. Ketika itulah dia merasakan laluannya tak akan semudah yang dia sangka.

Insiden di pusat beli-belah East Coast Mall juga tidak dijangkanya terjadi. Niatnya cuma mahu berbincang tetapi berakhir dengan aksi gadis kecil molek itu menumbuknya. Sungguh dia terkejut tetapi bila dikenang semula terasa kelakar pulak. Tak sangka kuat juga penumbuk sulung gadis itu tapi silapnya juga kerana gagal mengawal emosi hingga tangannya hinggap di pipi gadis itu. Bila diceritakan kepada Puan Esah hampir pengsan wanita itu malah bertambah cemas dia saat Puan Esah mengangkat gagang telefon. Tahu benar sia yang dia mahu hubungi. Semestinya anak perempuan sulungnya itu. Mujur juga sempat dihalang kalau tak, bertambah besarlah masalah yang sedia rumit.

Jam di pergelangan tangannya dipandang, hampir jam 2.30 petang. Langkahnya diatur menuju ke kereta. Esok merupakan permulaan hari baru buatnya. Terasa berdebar menanti hari esok namun hatinya harus cekal demi menempuh hari baru nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Doa dalam hati kecilnya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.