Novel : Dia Fahrin Ahmad? 2

22 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

“Dira Jasmin Binti Mohd Shukor…kenapa awak lambat hari ni?”

“Errr…maafkan saya encik…hujan” Alasan pendek Dira Jasmin sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Sebab hujan dijadikan alasan awak lambat untuk datang bekerja?”
Dia ni memang tidak tahu ker aku ni naik motosikal cabuk jer datang kerja. Susah betul dapat bos tak paham jiwa pekerja ni…eiii…kalau zaman sekolah-sekolah ni aku dah terajang mandul dah ni..Ops!Nauzubillah….

“Saya….hari ni jer lambat, encik…”

“Awak baru mula kerja sepatutnya awak lebih berdisiplin…!” Sergah majikannya.

“Maafkan saya,..encik”

“Keluar!”

Dira Jasmin terkejut dan terus meninggalkan ruang pejabat majikannya. Patutlah majikannya tak kahwin sampai sekarang. Tegas gila!Memandai jer. Dira Jasmin memberi andaian dan spekulasi negatif pada bosnya. Tengoklah nanti…waktu kerja jam 8.00 pagi..pukul 7.00 pagi aku dah pounch card nanti….terbakar betul hati dengan bos yang berkira ni. Hatinya pilu bercampur-baur pula. Mak!Ayah!Min kena marah dengan bos!Mak dan ayah tidak pernah marah pada Min!Air mata Dira Jasmin bergenang. Macam mana mahu kuat, kerja baru sahaja beberapa bulan dah kena tegur dengan bos pun Dira Jasmin dah mula goyah. Dira Jasmin menghala ke tempat penyelenggaraan cip.

“Kenapa Min…?”Celah Kak Sal Gebu.

“Tak ada apa-apa…”Balas Min selamba. Senyum kambing dilemparkan pada Kak Sal Gebu.

“Dah kena marah dengan bos kerek la tu…padan muka!” Celah Izhar yang menyedari Dira Jasmin baru sahaja keluar dari ofis bosnya.

“Sebuk la kau!” Dira Jasmin hanya menjelirkan lidah pada Izhar.

“Ek eleh..dua-dua kerek…Padan muka!Hahaha”

“Kau nampak ni?” Dira Jasmin menunjukkan buku lima pada Izhar.

“Fuiiyooo…boleh tahan…aku usik jer lah!”
Dira Jasmin menuju ke tandas belakang untuk menyalin pakaiannya. Arghhh! Hantu raya mana pulak curi jeans dengan T-Shirt aku ni!!!!Dira Jasmin menyedari kehilangan bajunya. Memang sah nak kena penumbuk aku ni…Sabar Dira Jasmin Mohd Shukor!Rasa mahu gigit lumat-lumat manusia yang mencuri baju aku ni. Dua kali tekanan aku pada hari ini. Pakaian hilang, dan dimarahi bos! Adakah ini suratan atau kebetulan. Gerimis menimpa bertalu-talu di luar sana. Rasa tiada mood untuk bekerja. Mahu rasanya untuk bertukar kerja. Bos tegur datang lambat tidak mengapa…tapi bos begitu kejam pada aku….disergahnya aku suruh keluar mahu tercabut anak jantungku ini. Jantung ada anak ker?Apa-apa ajer lah! Esok aku mahu buat surat berhenti kerja.

“Kat sini rupanya Min,..” Sapa Kak Sal Gebu yang juga muncul di tandas.

“Oh mak kau…Kak Sal memang gebu macam mak saya…ehh…ehhhh…”Dira Jasmin melatah.

“Haha..Min bila pulak belajar melatah ni…”

“I love you kak..eh…ehhhh…” Dira Jasmin terus melatah.

“Min…kak I love you too…” Kak Sal sengaja ingin melihat Dira Jasmin meneruskan tabiat melatahnya. Boleh tahan juga melatah budak ni.

“Terkejut saya kak….tak bagi salam Kak Sal ni…” Tabiat melatahnya terhenti.

“Dalam tandas tak boleh bagi salam dik oiii…”

“Yer tak ya jugak kan…”

“Min…ada surat untuk Min…baru dapat tadi…”

“Surat apa kak…?”

“Entah..tak pasti pulak..sebab Kak Sal tak buka dan tak baca pun surat tu…”Senyum Kak Sal Gebu.

“Nanti saya ambil surat tu…surat berhenti kerja agaknya…kalau bukan surat berhenti kerja surat apa lagi…”

“Berhenti kerja?Kenapa pulak?Min…tak sampai dua bulan lagi Min kerja kat sini…tak kan dah nak berhenti…”

“Oh Kak Sal..apakan daya adinda Kak Sal…adinda hanya melukut di tepi gantang..yang hanya datang bila perlu dan pergi bila tidak diperlukan….”Tangan Dira Jasmin turun naik ala-ala bersajak pula.

Kak Sal Gebu tekekek-kekek ketawa melihat Dira Jasmin yang tidak keruan. Dira Jasmin sangat unik..dalam bersedih pun sempat lagi untuk berlawak jenaka. Apabila teringat muka bosnya, Dira Jasmin tidak ada selera untuk hidup. Apakah???Takkan lah kerana perkara kecil seperti itu pun Dira Jasmin perlu patah semangat. Biasalah sudah menjadi tugas ketua untuk menegur anak buahnya.

“Kak..baju saya hilang…tak kan saya nak pakai baju ni..?”

“Lahhh..apa salahnya…cantik kalau Min pakai macam ni datang kerja…Oklah Min, Kak Sal sakit perut ni…!”Kak Sal Gebu berlalu ke dalam tandas.

“Kak Sal ni…tiap-tiap pagi dah mahu melabur…bank penuh Kak Sal oiii…hahaha”
*****
Kipas di ruang tamu berpusing-pusing seperti fikiran Dira Jasmin juga. Dira Jasmin sedang berfikir-fikir mahu meletakkan jawatan untuk berhenti kerja. Di hadapan televisyen itu…dia membuka laptop nya dan terpampanglah di skrin desktopnya gembar Fahrin Ahmad.

“Hye, My Hero!” Dira Jasmin peace pada Fahrin Ahmad. Padahal hanyalah di skrin desktopnya sahaja.

“Min,..aku baru jer kenal kau beberapa bulan…dengan aku naik sewel rasanya bila tengok kau macam ni…”

“Kau ada masalah apa….sampai tengok aku pun rasa sewel..haha…”

“Kenapa kau minat sangat haaa…mamat ni?”

“Sebab dia makhluk Tuhan paling hensem!”

“Yerlah..orang lain minat jugak artis..tapi tidaklah fanatik macam kau ni…”

“Aku nak buat surat berhenti kerja…”

“Hah? Surat berhenti kerja?Kerja tak sampai dua bulan dah nak berhenti…!”

“Aku nak cari kerja lain…yang gaji lebih tinggi…”

“Yerlah…tapi kerja apa…dapatkanlah kerja tu dulu barulah berhenti kerja kat kilang tu…nak berhenti terus kang tak dapat kerja pulak…”

“Aku yakin aku akan dapat kerja baru…”

“Kenapa kau nak berhenti…?”

“Sebab…………………….tak ada apa-apa…!”

“Laaaah…sebabnya tak ada apa-apa..orang tak panggil sebab lah…!”
Dira Jasmin teringat surat yang Kak Sal berikan tadi. Beg kanvasnya diselongkar-selongkar. Hatinya tertanya-tanya, surat apakah yang diterimanya. Suspen sungguh!Tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat master? Aku ditaja?Yuuhuuuuu!Alhamdulillah. Syukur teramat sangat. Baru sahaja fikir untuk berhenti kerja, boleh buat alasan sebab berhenti nih! Good bye bos garang!Kalau wajah ala-ala Fahrin Ahmad tak per jugak, dah la tak hensem, garang pulak. MasyaaAllah, aku mengutuk bos sendiri. Hukhuk.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.