Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 1

21 January 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umie Nadzimah

SINGLE is simple, double is trouble…

Lampu isyarat baru sahaja bertukar merah. Kaki Dewi Amanda menekan pedal brek lebih kuat hingga Nissan Murano putih kuningrnya berhenti betul-betul di sebelah Pesona hitam . Buntang mata Dewi bila terpandang kelakuan sumbang pasangan dalam kereta di sebelah. Cukup mengenali kereta dan pemandu Pesona tersebut.

“Kurang asam! Tak guna punya jantan!” Rengus Dewi. Hati dia terbakar melihat aksi –aksi gatal tak ingat Tuhan itu. Pantas ditolakk gear automatik kepada huruf ‘P”, angkat brek tangan, lalu keluar keretanya.

Tok..tok..tok. Dewi ketuk cermin sebelah pemandu. “Hoi!!” Jeritnya kuat, bila lelaki pemandu Pesoa masih leka dengan kerja-kerja dosanya. Jeritan Dewi buatkan lelaki itu terkejut, segera dipalingkan muka . Pucat lesi dia. Melihat muka garang Dewi yang memaksa turunkan cermin, tanpa fikir panjang dia terus buat.

Buk! Buk! Buk! Beberapa das tumbukan dihalakan tangan Dewi ke muka lelaki ‘miang’ itu, sebaik sahaja cermin kereta di turunkan. “Melampau! Tak sedar diri! Anak bini kau aku yang tanggung makan, ada hati nak meraba perempuan lain!” . Marah Dewi. Terkejut beruang lelaki tu hingga tak mampu bereaksi apa-apa.

Ikut panas Dewi yang tengah membahang , mahu sahaja dia tarik lelaki itu keluar , dilanyak-lanyak atas jalan raya dengan kasut tumit empat inci merahnya. Balasan untuk suami curang! Tetapi hon kereta yang bertalu-talu di belakang buatkan dia tersentak! Lampu isyarat telah bertukar hijau. Dewi pukul kuat pintu kereta Pesona , sebelum berlari ke keretanya semula.

“Woi…nak perangpun balik rumahlah!!”

“Kut ya pun nak belasah laki , janganlah kat traffic light . Ingat jalan ni bapak kau punya ke?!”

Kedengaran suara-suara tak puas hati dari kereta-kereta berhampiran. Semua tu suara-suara lelaki.

“Pergi mampus!! Kau orangpun sama! ” Jerit Dewi membalas , tangannya tergawang-gawang ke atas. Beberapa saat kemudian , terus dia pecut Muranonya dengan menggunakan kuasa gear ‘D2’. Berderum bunyi enjinnya bila lebihan minyak disogok ke enjin. Masa itu lampu isyarat sudah kuning. Padan muka lelaki-lelaki yang terjerit-jerit di belakang tu, kena menunggu giliran semula.

Dengan tiga tumbukan , Dewi tetap puas hati, sekurang-kurangnya dapat melunaskan sedikit dendam bagi pihak Eda, kawan baiknya. Ada rezeki nanti, dia bagi lagi, biar jantan tu rasa betapa sakitnya derita yang dia tinggalkan pada hati yang bergelar isteri dan anak. Eda tu pun satu, penakut sangat…kena pijak-pijak dengan lakipun masih berdiam diri.

Sekali fikir…rasa diri macam minah psiko , dua kali fikir…aahh lantaklah! Kalau sekadar jantan-jantan atas jalanraya ni apa dia kisah? Tak rugi kedai nasi ayam daa…

Drama sebabak turut mencuri perhatian pemandu Polo Sedan perak di sebelah kiri kereta Pesona. Radin Amzar tersengih-sengih . Tidak sangka perempuan cantik…opps cantik ke? Entah, seksi ada la… putih gebu , bergaya, dengan rambut perang mengurai lepas bahu, pakai pula kebaya nyonya merah jambu , berkasut tinggi, boleh buka silat masa lampu isyarat merah? .

Kelakarlah perempuan tu! Bisik hatinya. Dia yang jarang ambil pusing hal orang , tiba-tiba jadi tertarik untuk menonton perempuan tu membelasah lelaki yang tengah masyuk berasmara di hadapan lampu isyarat. Tak kiralah dengan siapapun lelaki itu bercumbu samada isterinya ataupun bukan, tetapi memang kurang wajar berkelakuan begitu di tengah jalan. Sini Kuala Lumpur la, bukan London , Paris atau New York ! Kalau cermin kereta di tinted gelap tak apa, ini terang benderang boleh dilihat orang! Sakit mata tengok. Macamlah dia seorang ada perempuan. Memang patutpun kena lesing!

Hahaha. Gelihati Radin Amzar mengingatinya. Perempuan tu cute dan lucu walaupun samseng . Pakai punyalah feminin, tapi sanggup turun belasah lelaki sampai kena tempik dengan semua kereta-kereta di belakang. Bravo! Pandai ambil kesempatan !

Radin Amzar ni lelaki yang tak kisahpun gelagat mana-mana perempuan sekeliling, baginya buang masa je menyibuk . Tetapi kelakuan perempuan tadi sungguh mencuit hatinya. Tiba-tiba pula mindanya menerjah sesuatu yang amat berbeza selain dari hal-hal universiti dan kajiannya. Input baru, hehe. Boleh buat bibirnya tersengih-sengih satu petang!

Juga buat kakitangan dan pelajar-pelajar perempuan di jabatannya ditimpa perasaan . Mimpi apa Dr Radin Amzar boleh tersenyum manis, kalah lima sudu gula untuk satu cawan kopi!

**********

SEORANG kanak-kanak perempuan berumur enam tahun terus menerkam Dewi Amanda sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

“Dewi beli apa untuk Nina?” Tanyanya tidak sabar.

Terbeliak mata Dewi dengar. Anak dara cilik ni, dah banyak kali diajar agar panggil dia ‘Mama Dewi’. Dan setiap kali juga mulut popcorn Nina akan jawab, ‘mama Nina panggil Dewi je, kenapa pula Nina kena panggil Mama Dewi?’.

Eda, mama Nina merangkap best friend forever Dewi tergelak di belakang. Dia tahu mata bulat Dewi tanda tak puasa hati . “Jangan salahkan ibu mengandung, Nina kan dari dulu reject kau jadi mama angkat dia…tak capai standard!”.

Dewi cebik bibir pada Eda. Tangan seluk beg tangan Hermes Birkin hitam, mengeluarkan sekeping bar coklat Cadbury lalu dihulur pada tangan si kecil . Bila coklat yang hampir sampai ke tangan Nina , dia tarik semula

“Opps… kejap , ini siapa ?” Dewi mengacah.

“Dewi” Spontan Nina jawab.

“ Kalau macam tu, coklat ni Dewi punyalah!”

“ Dewi jahat ! Suka dera perasaan kanak-kanak macam Nina!” Nina sudah buat muka.

“Ohoho…tahupun masih kanak-kanak, habis tu ni siapa?” Dewi masih tak puas hati lagi.

“Mama Dewi…” Perlahan Nina jawab. Menyampah! Selalu paksa orang panggil Mama Dewi. Dewi ni mana layak jadi mama dia. Garang! Mama Nina baik, cakap lemah-lembut saja.

Dewi sengih. Dengan budak kecil pun dia nak menang. Dia bagi coklat pada Nina. yang akhirnya ceria berlari masuk dalam rumah. Bahagia hati Dewi melihat wajah Nina yang berseri-seri. Kanak-kanak, tak ada dosa , pandang wajah dia orang saja boleh buat hati rusuh jadi tenang, bisik Dewi dalam hati . Hilang segala rasa bengang pada ayah Nina dan pekerja dia yang bermasalah hari ini. Dia teringin memiliki anak sendiri terutama yang comel dan bermulut becok macam si Nina. Sangat-sangat teringin! Serius!

“Kau ni tak habis-habis dera mental anak aku. Kahwinlah Dewi, ada anak sendiri, boleh buat sesuka hati kau!” Rungut Eda. Sudah maklum yang anak dia selalu jadi mangsa usikan kawannya. Dewi amat suka kanak-kanak, tapi perangai suka toucher lebih-lebih yang tak tahan. Susah mengandung weh!

“Hish …tak kuasa ! Memanglah aku teringin ada anak, tapi kahwin…oh no…no. Serik! Puas menderita dengan ibu aku. Tengok sajalah apa yang laki kau buat? Memang patut kena belasah dengan aku tadi”.

Eda menggeleng-geleng mengenang sikap Dewi. Tadi Dewi telefon menceritakan apa yang dia telah buat pada Idham, suami Eda. Memanglah dia sendiripun geram tahap dewa pada Idham , tetapi dia kurang selesa bila Dewi sanggup bahayakan diri untuk jadi wakil balas dendam.

Dua-dua mereka sudah duduk di buaian luar rumah.

“Kenapa buat muka monyok? Sedih ke laki kesayangan kau kena belasah depan awek dia ?” Dewi juling mata ke langit. Baginya Eda ni lemah sangat! Mengalah saja pada lelaki miang tu.

“Lain kali boleh tak kalau buat sesuatu tu, fikir diri sendiri dulu? Nasib baik kau tak diapa-apakan kat tengah jalan tu. Kita ni perempuan Dewi…”

“Apa? Kau ingat sebab kita ni perempuan, senang-senang je orang lelaki nak main-main? Come on la Eda…kau dah rasa, ibu aku pun dah rasa, tu… ramai lagi perempuan-perempuan malang kat luar sana yang jadi mangsa jantan-jantan keparat. Orang lelaki ni memang kena ajar cukup-cukup!”

Balas Dewi garang. Terus dia bangun dari buaian. Merah muka Dewi. Rambut perang yang sudah kusut ditolaknya kasar ke belakang. Pantang kalau dengar orang kata ‘kita ni perempuan…tak elok buat macam tu, bla…bla..bla’, cepat sahaja darah dia mendidih sampai kepala.

Terdiam Eda sekejap. Tahu prinsip ‘anti lelaki’ kawannya telah dicabar. Dewi ni semangat kewanitaannya tinggi. Jangan sekali-kali kata golongan perempuan lemah di telinganya…boleh buat dia mengamuk sakan. Tapi semangat itulah yang bawa dia ke mercu kejayaan. Semangat yang dibinanya dari usia sepuluh tahun setelah di tinggalkan kelaparan beberapa hari oleh ayah sendiri.

Eda mengeluh. “ Tapi ramai juga lelaki yang baik, cuma aku dengan ibu kau aje yang tak bernasib, dapat sampah”

“Huh! Jangan nak auta aku dengan teori palsu kau. Tak nampakpun yang baiknya , Eda. Contoh kat kedai nasi ayam aku tu penuh dengan mak-mak janda yang diabai suami, esok lusa kau pun termasuk sekali jadi ahli baru. Itu bukti lelaki baik memang dah pupus dalam dunia tau!” . Dewi mengulangi ‘teori lelaki keparat’ yang entah untuk kali ke berapa ratus di telinga Eda. Termuncung-muncung bibir dia bila menyebut lelaki. Angin betul dia dengan makhluk Adam!.

“Dah nasib aku Dewi…nak buat macam mana…”

“Itulah kau…suka menyerah pada nasib! Dulu lagi aku dah nasihat, jangan kahwin muda, tapi kau gatal sampai sanggup berhenti belajar nak jadi isteri mithali. Akhirnya apa kau dapat? Kau dibuang macam sampah!”

Eda diam tidak membantah . Nak buat macam mana, dia hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa, bukan seorang Dewi yang bekerjaya hebat dan sangat berani dalam segala hal.

“Huh! Betulkan aku cakap double-double ni menyusahkan hidup . Tengok aku ni simple je hidup single mingle, tak berserabut kepala. Untungnya, kau ada Nina…aku pula tak ada siapa-siapa…”

“Ya…aku untung sebab ada Nina…” Lirih suara Eda . Mungkin sedih mengenang nasib diri dan Nina tanpa seorang suami dan ayah selepas ini.

Bagi Dewi, ayat itu menghiris hati. Dia juga tak mahu rugi sebab tidak berzuriat!

Di luar pagar, sebuah kereta yang mereka cukup kenal berhenti. Pemandunya keluar ke pintu pagar dengan muka bengis.

Suami + isteri = Double always trouble!! Itu yanga ada dalam kepala Dewi sekarang ini.

Wajah Eda sudah memucat…

“Kalau kau tak mampu, biar Dewi Yusra uruskan . Lagipun sejak lima hari lepas, dia tu cuma bekas suami kan?”

**********

DEWI membawa Nina ke rumah kondo barunya.Untuk tiga empat hari ini dia telah menawar diri menjaga Nina sementara Eda sibuk menyelesaikan urusan perceraian dengan Idham dan entah apa-apa urusan lagi yang perlu dia bereskan di kampong sana .

Kalau fasal Idham, lagi cepat selesai lagi bagus, bolehlah jantan tu kahwin cepat dengan perempuan baru dan mengelakkan maksiat dari terus berlaku. Biar perempuan itu rasa pula penangan lelaki miang lebih dari rambut buluh .

Buat masa ini Nina tidak dihantar ke tadika kerana takut diganggu Idham yang tengah meroyan. Sejak kes kena pukul depan buah hati, Idham suka cari fasal yang bukan-bukan. Padan juga muka Dewi, sebab semangat dia yang berkobar-kobar tu sedikit sebanyak menyusahkan diri sendiri balik. Terpaksa menjaga Nina 24 jam. Dia bukan stok perempuan sabar yang sanggup melayan Nina yang nakal tahap gaban plus mulut popcorn tu. Nina , kalau fasal bercakap, boleh kalah Karpal Singh!

Hari pertama sahaja….tahap kesabaran Dewi sudah merudum!

“Ya Allah Nina ? Kenapa sepahkan barang-barang Mama Dewi?” Buntang mata Dewi lihat semua pakaian dia bersepah-sepah atas katil dan lantai di bilik utama. Dengan harum semerbak bau bilik dengan campuran wangian berjenamanya, entah berapa botol di semburnya .Rugilah Dewi macam ni. Wajah Nina pula ‘sangat cantik’ penuh warna-warni . Jelas kerugian Dewi nampaknya amat besar hari ini. Semua alat-alat solek dalam bilik ini baru sahaja dibeli dari kedai bebas cukai di Dubai dua minggu lalu. Boleh gugur jantung dengan perangai Nina !

Nina buat muka selamba, sikitpun tak kisah dengan jeritan Dewi. Dia sudah lali. Memang itu tabiat Dewi, suka saja menjerit tak tentu fasal. Bukan macam mama yang cakap pun kadangkala tak dengar.

“Nina!!!” Tempik Dewi geram.

“Dewi juga yang kata masa mula sampai tadi, have fun , buat macam rumah Nina. Kenapa Dewi nak marah-marah pula?” Nina bela diri. Berkerut dahi Nina, tak fahamlah orang dewasa ni , cakap tak serupa bikin.

Ya Allah…tak terkata Dewi, sabar ajelah! Lepas itu, Dewi terus lancar mogok tak layan Nina . Diapun seolah-olah berumur enam tahun jadinya!

“Dewi, boleh Nina tidur sini ?” Pinta Nina waktu malamnya. Nina takut tidur seorang . Ini kali pertama Dewi bawa dia ke sini. Kalau rumah lama Dewi , Nina sudah biasa.

“No…sleep in your room!” Tolak Dewi tegas. Masih mood mogok.

Dengan muka sedih, Nina mengheret semula beruang mainan sebesar tubuhnya dan bantal busuk ke bilik sebelah. Dewi hanya memerhati dengan hujung mata. Timbul rasa kasihan pada si cilik.

Tak berapa lama kemudian, Dewi pula yang pergi tidur sekatil di bilik Nina. Tidak sampai hati juga dia . Melihat wajah mulus Nina yang nyenyak tidur dengan titisan air di tubir mata menimbulkan rasa bersalah yang amat sangat di hati . Dan aura Nina memancarkan perasaan keibuan ke dalam jiwa Dewi. Alangkah bahagianya jika Nina itu anak Dewi sendiri!

Esoknya, Nina masih tidak serik! Aktiviti nakalnya masih berjalan , tidak ada yang berubah selepas didenda dengan mogok. Habis syampu badan jenama Body Shop dan Lux Dewi di curahkan ke lantai bilik air . Dewi yang tidak perasan keadaan tersebut, terus saja terjelepuk jatuh ke lantai yang licin. Dekat sepuluh minit juga dia terbaring di situ, sakit tidak dapat bangun.

Sudahnya, Dewi hanya terbaring atas katil, sakit segala sendi-sendi tidak dapat bangun dan bergerak. Menerukkan lagi keadaan, dia juga diserang demam panas beberapa jam selepas itu. Menggeletar tubuh Dewi dibuatnya. Apapun Dewi tak mampu lakukan lagi.

Dewi cuba telefon Eda, tetapi tidak dapat dihubungi, entah ke mana minah ni menghilang. Anak dia ditinggalkan, jangan gila talak pergi kejar Idham sudah! Tak berbaloi pengorbanan Dewi jaga anak dia. Kamarulpun entah ke mana menyorok. Kawan-kawan lain pun semua tak dapat dihubungi. Masa inilah masing-masingnya sibuk. Entahlah! Macam tulah perangai kawan-kawan, masa susah, tak ada yang sudi menolong!

“Mama Dewi…Mama Dewi…” Tangan kecil Nina mengelus-ngelus lengan Dewi.

Perlahan-lahan Dewi buka mata. Nampak Nina di sebelah . Di meja sisi katil ada sepiring roti yang dilipat , segelas susu dan sebiji limau yang belum dipotong. Ada anak malaikat rupanya dihantar untuk jaga dia waktu sakit di kala orang lain semuanya sibuk.

“Mama Dewi…bangunlah. Makan roti , lepas ni boleh makan ubat…”

Susah payah Dewi bangun bersandar di kepala katil. Betul juga kata si kecil ini, kena kuatkan sikit semangat, kena isi perut dan makan ubat, walaupun sekadar penadol, sekurang-kurangnya dia sedikit kuat. Kalau dia sendiri tak kuat untuk jaga diri sendiri, siapa lagi hendak ambil berat?

Dewi kerling ke meja sisi, pandai si Nina bawakan panadol untuknya. Anak Eda ni memang boleh diharap, walaupun masih kecil tapi mampu berfikir dengan matang juga dalam keadaan begini. Untunglah kau Eda…

Nina hulur sekeping roti yang telah di sapu planta dan jem. Perlahan Dewi kunyah, hanya separuh sahaja dapat ditelan. Dia lihat Nina sedang mengopek kulit limau Sunkist. Mungkin Eda tidak benarkan dia menggunakan pisau agaknya, sebab itu dia tidak berani memotong.

“Kalau Nina demam, mama bagi makan limau banyak-banyak, cepat baik. Mama Dewipun kena habiskan limau ni ya…”.

Dewi angguk terharu. Iyalah tuan puteri. Tersentuh hatinya dengan perbuatan Nina.

Selepas telan dua biji panadol, Dewi sambung tidur. Badan dia memang tidak berdaya. Harapannya Nina pandailah jaga diri dan makan. Mujur dia telah menyediakan banyak makanan segera dalam peti ais dan atas meja dapur.

Semasa tidur, Dewi dapat rasakan yang tangan kecil itu tidak henti-henti mengelap kepala dan badannya dengan tuala lembab. Pandainya dia …

Dewi membayangkan suatu hari nanti, bila umur dia sudah meningkat, siapa yang akan mengambil berat jika dia jatuh sakit? Dia tidak punya anak sendiri. Kawan-kawan, semua tak boleh diharap, waktu senang dia orang datang, susah dia orang pergi. Lainlah jika dia ada anak sendiri. Sudah tentu nasibnya akan terbela bila tua.

Owh…tiba-tiba Dewi hendak sangat memiliki zuriat sendiri!

Tetapi bagaimana? Kalau tak nak berkahwin, bolehkah mempunyai anak dari rahim sendiri? Adakah caranya? Huh!


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 1”
  1. lily says:

    Best lar cite nie .. kak umie x letak kew cite nie kt blog .. ???

  2. eunhae87 says:

    nper xltk novel nie kat blog kak umie

  3. Lin says:

    akak best2 just nk tanya knp name kt atas Dewi Amanda dekat bawah Dewi Yusra org yg samer kew hehehe…akak cpt sambung x sbr..ni

  4. umie nadzimah says:

    Lily, Eunhae87 : Kak Umie tak letak di blog kot…khas untuk n3 p2u jerk
    Lin…hehe, Dewi Yusra Yang…dah berapa kali tukar nama. Yang Amanda tu tak tertukar le maknanya. Thanks.

  5. ishaaishah says:

    wah akak citer baru…hehe lame x bce karya akak…
    nice job…

  6. ishaaishah says:

    wah akak citer baru…hehe lame x bce karya akak…

  7. RINIE says:

    best la kak umie .. letak la kat blog .. hehe

  8. Nana says:

    Best3x kak umie. Selalu ternanti-nanti apa2 saja buah tangan kak.

  9. Sal says:

    suka, suka, suka…bab 1 dah best. Cuka karya umie nadziamah. selalu tertunggu-tunggu.

  10. nouroolaisha says:

    Apa blog kak umie erkk?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.