Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 2

14 February 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 2

IT NEEDS two persons to have one…

Perempuan tak kahwinpun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya , yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Issy…mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa carapun, Dewi tetap untuk punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.ka.a Nasi Ayam Bonda. Anak yang lebih comel dan lebih bijak dari Nina! Eda dengan Idham tidaklah sepandai Dewi. Sebab itu Dewi yakin anak dia lagi pintar. Itu fakta tau, gen yang bagus akan meghasilkan keturunan yang terbaik. Titik! Fakta yang selalu dicebik Si Eda.

Laju jemari Dewi bermain tetikus komputer menghalakan kursur mencari laman sesawang berkaitan.

“Yes! Yes!” Bibir Dewi senyum lebar .

*********

KLINIK Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Doktor Shanti.

“ GIFT, sperma lelaki dicantumkan dengan telur perempuan dan dimasukkan ke salur falopian sejurus selepas itu, yang kemudiannya janin akan membesar selama sembilan bulan lebih dalam rahim seperti biasa. Ataupun boleh buat dengan kaedah IVF, In Vitro Fertilization , telur dan sperma dicantumkan di makmal dalam jangka waktu tertentu sebelum dimasukkan ke dalam rahim wanita untuk tumbesaran janin”

Dewi terangguk-angguk mendengar penerangan Doktor Shanti. Jelas dia faham. Lagipun, apa yang dikatakan oleh doktor tersebut sama sahaja dengan apa yang dibacanya dalam internet.

Kedua-duanya kaedah Bayi Tabung Uji, Dewi rasa inilah jalan terbaik baginya . Tak perlu kahwin. Tak perlu untuk hambakan diri pada spesies bernama lelaki , tak perlu sakit-sakit hati, tak perlu seksa perasaan seperti apa yang dialami ibu dan Eda. Dia serik ! Go to hell Mr Husband! Hulalala…I’m gonna to be a single mother soon! Without married! Never!

“Kenapa tak datang dengan husband you? Lagi mudah kerja kalau both of you faham dan jelas dengan procedure” Tanya Doktor Shanti dengan tiba-tiba.

Dewi angkat muka untuk pandang wajah doktor di awal empat puluhan di hadapan dengan sedikit rasa bengang. Ahaks…keluar juga soalan yang tak ada kaitan dengan hidup Dewi. Ingatkan orang melayu je yang selalu busy body .Mahu ada doktor yang hilang kena telan karang!!

“I am still single. No husband” Jawab Dewi jujur dan penuh yakin. Patut bangga apa, perempuan yang masih single dan virgin sanggup mengandung dan nak jadi ibu pada keturunan sendiri.

Doktor Shanti membalas pandangan mata Dewi dengan gaya semacam. “So, why have you been here?”

“To have a baby without husband !” Kata Dewi , masih dengan gaya yakin.

“Who said you can do it here? You are Muslim right? We have to follow the rules. Yang belum kahwin tidak dibenarkan. GTF and IVF hanya untuk legal couple”.

“Owh…like that ha?” Dewi tak tahu pula ada undang-undang bagai. Kenapalah dia tak terfikir sebelum datang sini. Itulah…selalu sangat puji diri tu bijak pandai, tahu segala benda, kan dah kantoi…kena bantai dengan orang bukan Islam lagi.

“Kalau you nak anak ,why not pergi kahwin then buat anak seramai yang you mahu. Semua you akan dapat, happiness, peluk husband. Owesome you know , bukan setakat dapat anak sahaja…” Doktor Shanti ketawa di hujung kata-katanya. Sebentar tadi Doktor Shanti rasa hendak marah pada Dewi, tapi dapat bertolak ansur bila sedar mungkin Dewi tidak tahu procedure sepenuhnya. Iyalah kan, jangat ingat semua orang tahu apa yang dia tahu. Ini bidang dia, tentulah dia menguasainya tetapi tidak sama dengan individu lain .

Ni nasihat ke perli? Sempat lagi berotak gatal doktor ni. Bisik hati Dewi.

“But… can we do illegally? I really need this doctor. I’ll pay you even triple ” Dewi masih tidak berputus asa. Dia sudah sediakan bajet untuk ini. Kos rawatan yang biasa dalam RM 8000-RM 15000, kalau illegal mungkin tiga kali ganda. Lima kali gandapun , dia sanggup!

“No! Cannot dear…I don’t want to take the risk. Tak fasal-fasal business I lingkup sebab lesen kena tarik”. Doktor Shanti masih dalam mood ketawa. Pertama kali dia jumpa customer yang ada permintaan merapu macam ni. Nak kata mental problem , rupa okey, normal dan bijak .Lagipun appearance gorgeous , sempurna dan amat cantik di mata dia. Satu lagi…dia gadis yang sangat –sangat berani. Mana ada anak dara yang nak bikin anak macam ni, yang hendak suami dan menggatal banyak la. Anak belakang kira.

“You should know the hukum in Islam rather than me right?”

Dewi telan liur.. Cabut sajalah, boleh cuba tanya pakar lelaki pula. Doktor Shanti ni dah melarat nak jadi ustazah , lagi lama duduk di kerusi ni, lagi panjang pula khutbah dia nanti.

“Try first la the nature method , find the gorgeous husband and I am sure you will never regret…”.Kata akhir Doktor Shanti dengan sengih-sengih sebelum Dewi keluar dari biliknya.

Dewi juling mata ke syiling atas. Menyampah dengar. Iyalah tu…never regret. Itu yang ramai ibu-ibu tunggal kat luar sana , apa fasal? Salah orang perempuan ke? Geram Dewi. Dia ni doktor sakit puan ke doktor seks? Ahh…kan lebih kurang je tu…

Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Doktor Ting.

“ Dewi ?”

“Yes…”

“Indian? Chinese? Or Chindian?”

Doktor Ting ni lagi melampau. Belum apa-apa lagi dah nampak pro-races. Dewi yang sah-sah melayu keturunan Tun Fatimah dikatanya india. Tak nampak ke kulit putih melepak , ke doktor ni buta warna?

“Pure Malay. Any problem?” Saja Dewi bulatkan mata dia pada doktor yang lansung tak kacak tu. Dahlah pendek, muka berparut-parut. Tak selera nak pandang. Pulak tu kalau bertanya soalan , penuh sarkastik.

“Owh… Muslim and age still young…” Omel Doktor Ting sambil mata dia laju meneliti data-data peribadi prapendaftaran Dewi di skrin komputer. “Kenapa pula hendak buat GIFT atau IVF? Masalah apa? Atau your husband dah tua sangat ke? Dah berapa tahun kahwin? Problem on making love? Berapa kali seks seminggu?”.

Macam peluru berpandu Doktor Ting tanya.

Ya Allah…apa fasal dengan semua doktor perbidanan dan sakit puan ni otak dia orang hanya fikir yang benda itu saja ke? Baik perempuan mahupun lelaki, sama sahaja. Otak seks! Haru.

Itu soalan normal dari doktor bidang ni la Dewi…

Kemudian Doktor Ting bla..bala..bla lagi. Fasal rules, legal dan illegal.

Sekali lagi Dewi keluar klinik dengan perasaan kecewa bercampur geram. Nampak sangat yang Dewi ni cetek ilmu ugama. Benda asas-asas macam nipun dia tak lulus!

Sekarang ni confirm Dewi tak boleh buat anak dengan cara ni. Sperma mesti dari lelaki yang bernama suami. S.U.A.M.I yang sah dari sisi undang-undang. Itu yang ditegaskan oleh kedua-dua pakar yang dia jumpa. Tanpa suami, kaedah ini tidak boleh dijalankan. Bodoh punya doktor…kalau dia nak bersuami , taklah susah payah datang sini.

It needs two persons to have one…

Alahai…nampaknya harapan Dewi untuk jadi ibu pada anak sendiri hanya tinggal harapan sahajalah. Lebur berkecai…

Anak angkat? Bukankah jadi trend sekarang ni yang single dan berduit bela anak angkat ? Okey apa. Kalau nak jadikan seperti. anak sendiri, cucuk aje hormon, kemudian boleh susukan .

Oh… no…no, Dewi tak boleh ! Wasiat ibu tercinta, restoran Cik NAB yang sudah mencapai jualan 20 juta per annum di Tanah Melayu ni wajib diwariskan pada keturunan Dewi Anisah! Selepas Dewi Yusra , kena ada sambungan Dewi junior . Kena ada deligasi Dewi turun temurun. Wajib, bukan sunat apatah lagi harus! Nasi Ayam Bonda tu lambang kebangkitan maruah Dewi , setelah dipijak-pijak si lelaki bernama suami dan masyarakat yang memandang hina pada perempuan yang bergelar janda.

Sebab itu Dewi Yusra perlu melahirkan seorang Dewi lagi. Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk penuhi impian ibu dan juga Restoran Nasi Ayam Bonda!

“So , apa susah ? Ajaklah aku make love sampai kau mengandung”.

Sebatang pen Pilot mendarat ke dada Kamarul atau lebih dikenali sebagai Cik Kem. Cik Kem ni ala-ala lelaki separa. Seorang lagi kawan baik Dewi. Cik Kem seorang designer juga pemilik sebuah syarikat pengiklanan, banyak membantu Dewi dalam kerja-kerja mempromosi Restoran Nasi Ayam Bonda. Dewi, manalah nak kawan dengan lelaki tulin, dia kan anti lelaki tahap tak makan nasihat. Lelaki-lelaki yang jadi geng dia semuanya dari spesies Cik Kem.

Dari klinik Doktor Ting , Dewi terus ke pejabat Cik Kem untuk bincang fasal kertas kerja promosi. Dia biasa berkongsi cerita apa sahaja dengan Cik Kem. Cuma fasal bayi tabung uji dia tak berani buka mulut . Pasti Cik Kem gelak sampai putus urat perut kalau tahu. Dewi yang selalu war-warkan diri dia bijak pandai , terselit juga bodohnya.

“ Ambik !Beriya-iya sangat offer, boleh pakai ke harta kau?” Perli Dewi.

“Tengok barang la Cik Dewi. Entah-entah sekali shoot je..” Cik Kem menyengih. Ada hati dia nak berasmara dengan Dewi.

Dewi buat aksi geli geleman. “Tahulah aku ni cetek ugama, tapi aku tak tergamak buat dosa-dosa besar macam tu tau…”

“Habis tu, kata nak buat anak, suruh kahwin tak mahu, itu sajalah caranya. Ada jalan lain ke ? Kalau aku, onn saja, peluang depan mata…” Cik Kem gelak-gelak.

Dewi bagi jelingan maut. Lelaki separa-separapun masih ada nafsu, ingatkan boleh dibuat kawan tanpa nafsu-nafsi.. Nak ‘tuut’ dengan Cik Kem? Eei…ampun, kalau Cik Kem ikat dekat pokok paksa pun, Dewi tak mahu. Dipancungpun Dewi lagi rela.

“Aku rasa, aku nak kahwinlah!”

Terburai ketawa Cik Kem. Dia bantai gelak sungguh-sunguh, sampai keluar air mata dan muka jadi merah. Sikit lagi dah nak ungu. Ada juga staf yang perihatin jenguk ke pintu biliknya, manalah tau kut-kut bos jadi gila sebab banyak sangat projek baru kena fikir. Lihat Cik Kem bersama tetamu yang biasa, mereka faham-faham sendiri. Masa Cik Kem meroyan gelak la tu.

Apa taknya , tiba-tiba dengar Cik Dewi Yusra yang terlalu bangga dengan status solo-molonya istihar mahu kahwin!

“Gelaklah…”

“Dengan siapa?” Cik Kem tanya selepas reda gelaknya.

“Lelakilah! Takkan dengan rimau atau kuda belang kut”.

“Hah…elok sangatlah kau kahwin dengan binatang tu. Baju kaupun hari-hari macam kulit dia orang je…”. Cik Kem merujuk corak baju yang selalu dipakai Dewi, kalau tak corak kuda belang, mesti corak harimau bintang, fesyen dan warna saja lain-lain, tapi hitam putih paling digemari.

“Aku seriuslah Kem!” Bentak Dewi, geram dengan Cik Kem yang tak habis-habis nak gelak.

“Okey…okey, kau nak kahwin, nak I tolong apa ?”

“Carikan calon suami la..”

“Amboi? I tengok macam gatal sangat nak beranak, stok jantan pun tak ada lagi ke?”

“Well…you know me better…”

Cik Kem juih bibir. “Nak yang macam mana? Nanti aku tolong tengok-tengokkan. Model yang ambil job akupun banyak yang kosong lagi”

“Stok yang tulin punya, tinggi, maco, kacak, putih , gigi bersih, yang kelas-kelas gitu, genetik baik-baik , pelajaran kurang-kurang mesti ada master, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa…”

Huk..huk…huk. Cik Kem terbatuk-batuk dengar. Bajet tak sedar diri punya perempuan , dia umpat dalam hati, Dewi tu boleh kata kata seminggu dua kali saja sembahyang, ada hati nak cari yang alim-alim . Stok baik-baik tu mahu dia ke? Lainlah kalau lelaki tu Cik Kem sendiri. Nak offer diri sendiri lagi, dah tahu kena reject mentah-mentah.

“Melampaulah kau ni Dewi…nak yang gred nombor satu aje”

“Mestilah…kalau tak geli arr masa kena peluk”

“Bab jambu-jambu boleh la aku offer, tapi kalau yang edisi ustaz tu payah la sikit, aku kan tak pernah ke surau , masjid bagai, mana nak cari balak macam tu…”

“Alaa…Kem, kata aku ni macam adik kau sendiri…takkan benda senangpun tak dapat nak tolong…”

“Kau memang, kalau fasal minta tolong, akulah abang kau bagai, kalau tak kau kutuk kaw-kaw…”

“Bolehlah Abang Kem…” Dewi lunakkan suara. Mata dikedip-kedipkan beberapa kali. Comel sangat kalau dia buat macam tu, macam kanak-kanak umur lima tahun nak bermanja-manja minta aiskrim. Itu yang buat Cik Kem lemah seluruh sendi-sendi.

“Yalah….yalah, nanti aku usahakan dengan kawan aku yang jadi agen cari jodoh tu…” Secara tidak lansung Cik Kem telah berjanji untuk tunaikan impian Dewi. Ajak kahwin dengan dia tak mahu, rungut Cik Kem dalam hati. Cik Kem selalu kata akan berubah jadi lelaki sejati kalau Dewi terima dia. Dia suka Dewi dari dulu-dulu lagi, sejak mereka kenal tujuh tahun yang lalu.

“Tapi Abang Kem kena tahu dari sekarang, syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu”

“Pulak?” Melopong mulut Cik Kem . Huh! Kena fikir baliklah nak tolong ke tidak anak dara bertuah ni. Ada-ada sahaja idea pelik tak masuk akal si Dewi Yusra …

*********

BOLEH dikatakan dia adalah pelanggan tetap Restoran Nasi Ayam Bonda. Sejak menjadi pensyarah di sebuah universiti awam di Bangi, dia tidak jemu-jemu turun ke bandar Kajang semata-mata untuk pekena menu kegemarannya. Rasa nasi ayam di sini sama seperti air tangan umi.

Itu sebab utama yang buat dia selalu ketagih. Rindu sahaja pada masakan umi, dia akan ke sini. Dari kecil, nasi ayam umi menjadi makanan kesukaan. Umi selalu kata, nasi ayam ni makanan seimbang, lengkap semua zat makanan di dalamnya, ada karbohidrat , protin , vitamin dari sayur segar dan juga serat. Tidak sama dengan makanan segera yang diperkenalkan oleh orang-orang barat , yang kebanyakannya tinggi kalori . Umi…macam pakar pemakanan profesional sahaja setiap kali berhujah fasal makanan. Kalau umi tak war-war pun, apa yang umi masak semuanya terbaik! Tidak ada tukang masak terhebat kecuali ibu sendiri. Isteri? Hmm…no komen…agaknya sampai tualah dia akan ke sini untuk makan nasi ayam !

Umi…ala angah rindu la pula, lama tak balik ke Parit Sulong, asyik sibuk dengan hal sendiri yang tak pernah selesai. Kasihan umi yang selalu keseorangan.

“Ahhmm…order sir…” Seorang pelayan tercegat di hadapan Radin Amzar. Lama la juga dia berdiri di situ, tetapi lelaki seorang ni macam tak nampak, berangan jauh.

“Owh..sorry” Radin Amzar tersentak. “Macam biasa…”

“Macam biasa tu apa ya? Saya jarang ambil pesanan” Tanya Dewi Yusra dalam bahasa berhemah. Mungkin lelaki ini pelanggan tetap dan telah dikenali pekerjanya. Tetapi kali ini bos yang ambil pesanan, sudah tentu tidak tahu apa menu ‘macam biasa’ tu. Sesekali dia turun padang juga buat kerja pelayan, untuk lihat kelemahan servis yang perlu diberi perhatian.

Radin Amzar pandang pelayan di hadapan. Ohh…bukan pelayan biasa rupanya. Tak pakai uniform warna oren memancar. Yang ini bersalut baju kemeja corak kuda belang, rambut perang tersanggul rapi tanpa tudung atau cap kepala.

Dewi hulur buku menu. Rimas dengan lelaki yang tak cukup mata pandangnya , macam baru keluar bertapa tak jumpa perempuan setahun! Cucuk mata dengan chopstick ni baru dia tau. Itulah manusia bernama lelaki, di rumah si isteri taat dan setia, dia orang sekadar menahan nafsu matapun tak tahan! Kalau tak ingat pesanan ibu ‘customer tu raja’ , mahu Dewi hempuk saja buku menu tu atas kepala dia kuat-kuat.

Radin Amzar tolak balik buku menu . “It’s okey, berikan saya set nasi ayam madu, dua keping popia, dan ice lemon tea”. Entah kenapa , dia boleh berikan senyuman mahalnya untuk gadis pelayan luar biasa hari ini.

Demi perniagaan, Dewi terpaksa balas senyum , tapi hati sarat dengan sumpah seranah. Spesies lelaki semuanya sama. Cepat-cepat dia hayun langkah ke bahagian dapur , takut tak tertahan sabar.

Gaya hentakan kasut tinggi Dewi menyebabkan Radin Amzar mengimbas sesuatu. Peristiwa tersebut masih tidak dapat dilupa. Apa tidaknya, setiap kali dia teringat, bibir akan mengukir senyum. Hatinya tercuit dengan perempuan yang nampak bravo penuh keyakinan itu. Bukannya apa…perempuan itu terang-terangan tidak hipokrit! Dia tak simpan-simpan emosi untuk kelihatan cantik dan anggun.

Waah…Doktor Radin Amzar, hati sudah pandai berbicara fasal perempuan! Rasa-rasanya selepas ni makin keraplah tekaknya menelan nasi ayam madu…


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 2”
  1. Syira says:

    best kak umie…… nk lagi… serious tiap2 minggu saya jengok tgok ad ke x… ^^
    klau jdik nobel nk beli… hahah. sbb bku kak umie semua best hahahha

  2. umie nadzimah says:

    Khairunnisa, Fiz zha, Faezah, Kuntum Renjung & Syira : MAKASIH banyak2 sudi memeberi komen. Nantikan bab 3 ya. InsyaAllah jika ada rezeki, akan dijadikan novel versi cetak.

    Pada yang sudi membaca…terimakasih bebanyak juga…

  3. MalaAgNasrudin says:

    Best la kak Umie, hari2 duk check kt PU2 lambat keluar..n tak sabar nak tunggu versi novel..he3..

  4. MalaAgNasrudin says:

    Best la kak Umie, hari2 duk check kt PU2 lambat keluar..n tak sabar nak tunggu versi novel..he3..mmg luar biasa…

  5. Zara Annisa says:

    Best ! Karya Umie Nadzimah tak pernah mengecewakan.

  6. Shila Lamat says:

    wah best nya…lagi lah Umie Nadzimah….

  7. wan fazliazuliza says:

    lambatnyer nak kuar yg ke3…x sabar

  8. fatimahzahra says:

    umie…bile nak terbit buku…….buku sebelum ni best…

  9. sheeladewi says:

    nak tanya sikit, semua orang india atau chindian gelap ke? ade yg putihlah…please aware of your word!

  10. mira says:

    yes,im also upset…because my skin is fair even im an indian..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.