Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 3

27 February 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 3

POKOK pangkalnya HATI, kalau ia menolak, semua tak menjadi…

Calon pertama yang diperkenalkan Kamarul .

“Kau buta ke ?” Sembur Dewi melalui corong telefon sebaik sahaja punggung diletak atas kerusi kereta. Geram sangat dia pada Kamarul, nak bergurau atau aniaya kawan sendiri?

Kamarul ketawa-ketawa di talian sebelah sana. “Dah jumpa?”

“Macam beruang hitam! Aku tengok dari jauh jek . Tak berani dekat”

“ Dear, don’t judge a book by its cover la , mamat tu power apa, sebulan saja sure target kau dah tercapai…” Pujuk Kamarul dengan suara lembut, tapi masih bersisa tawa. Tujuan Dewi hanya mahu anak, bukan forever husband, alahh…macam kahwin kontrak gitu. Mana ada lelaki baik-baik setuju dengan syarat ini. Seorang dua sahaja yang boleh mempertimbangkannya, itupun golongan lelaki ‘belasah’ saja. Dewi ni…tak faham, ikut kata dia je yang betul.

“Eei… REJECT ! Yang macam ni aku tak sanggup. Meremang satu badan tengok tangan dia yang legam tu. ”. Balas Dewi laju . “Agak-agaklah Kem! Kau ni menakutkan aku. Lagipun, kalau aku pregnant , sure anak aku macam anak beruang juga !”

Dewi dengar Kamarul terbahak-bahak ketawa . “Kau ni main-mainkan aku ke Kem? Pleaselah , aku betul-betul nak lahirkan anak. Serius!”

“Tahu kau desperate beranak. Nantilah aku kenalkan balak lain. Yang tu just ignore okey . But nothing is free tau…”. Kamarul gurau saja fasal bayaran tu. Dia kalau dengan Dewi tidak pernah berkira pun, tetapi jika Dewi beri dia tak akan tolak. Kuikui…

“Hhmm…” Dewi sudah maklum itu. Dia tidak pernah makan budi Kamarul begitu sahaja. Best friend, best friend juga, namun setiap keringat Kamarul dia tidak pernah lupa bayar, walaupun pada perkara-perkara kecil. Dewi tidak suka berhutang atau termakan budi pada sesiapa, tambah-tambah lagi pada makhluk bergelar lelaki, tidak kira yang tulin ataupun tidak!

Calon kedua. Lelaki bernama Rafar.

“Berapa you nak bayar I untuk sekali servis ?” Soal pemuda di hadapan Dewi, sebaik sahaja masing-masing memperkenalkan diri . Pertemuan di pejabat Dewi. Mata lelaki tersebut melilau sana sini , mungkin untuk menafsir harta yang Dewi ada.

“Huh?” Terbeliak mata Dewi dengar. Sangat jujur dan berterus –terang ! Ada juga pelacur lelaki ek? Main bayar-bayar pula. Dewi nak kahwin la, kemudian nak anak dengan cara percuma jek.

Lelaki itu senyum menggoda. Orangnya segak dan maco, mata coklatnya cukup menawan. Bergetar juga naluri beku Dewi bila ditenung lama-lama.

“ Kalau you nak kahwin dengan I okey, tapi semuanya ada harga, termasuk yang setiap malam. Kalau you pregnant benih I pun ada harga juga,. I banyak pengalaman Banyak datin dan puan seri guna khidmat I. To me this is a business. You don’t worry. Kalau nikah harga up sikitlah , banyak prosidur kena buat. Kemudian berceraipun ada pampasan you kena bayar”

“Hah?” Hanya ‘huh’ dan ‘hah’ saja Dewi boleh kata bila berdepan dengan manusia ni. Dewi yang kencang mulut tiba-tiba jadi speechless.

Boleh muflis macam ni. Fikir Dewi. Otak jantan ni setiap saat fikir sen . Agaknya nanti, setiap kali dia bernafaspun, Dewi kena bayar. Satu lagi , kemungkinan besar dia ni HIV positif. Bukankah dah banyak perempuan dia layan? Hee…scary…

REJECT!!

Calon ketiga.

Waah …pucuk muda! Entah budak mentah dari sekolah nakal mana yang kawan Kamarul kutip? Main tangkap muat saja. Tak profesional lansunglah agen cari jodoh kawan Kamarul ni. Tak skrin dulu sebelum pas pada customer.

Yang ni kena tolak mentah-mentah tanpa fikir-fikir lagi.

Malah budak kecil tu siap kena ‘basuh’ dengan Dewi. Pucat lesi muka dia waktu pergi. Gatal, dok sekolah lagi, sibuk nak berbini…

Calon keempat.

Mamat skema. Penampilan …hhm boleh tahan la , kemas, bersih, sopan-santun, cakappun teratur je. Malangnya … suka berada dalam dunia lain lah . Diajak sembang sikit, asyik kena ulang soalan sama dua-tiga kali. Blur tahap markah tertinggi. Macam ni, kalau dapat anak , sudah tentu tak cerdik. Blur macam bapak dia juga!

Dah! Tak kuasa terus layan.! Tak bawa hasil.

Lelaki kelima .

Maco dan bergaya you! Tinggi, lawa, branded, naik BMW siri 5, tapi…..

“I nak cari mrs yang… yeah…cantik , sweet macam you, dan juga yang sanggup jadi suri rumah sepenuh masa. Setia di rumah, memasak, jaga makan pakai I, jaga anak-anak, and the most important thing emak I dah tak sihat, lumpuh, so I harap menantu perempuan dialah yang jaga dia dari A sampai Z. I tak nak orang gaji yang buat . Lepas kahwin, terus I hantar balik orang gaji yang ada. Itu tanda kasih sayang I pada emak, biar semua hala-hal rumah isteri I yang uruskan…”

Terkedu Dewi dibuatnya. Siapa yang cari calon? Dewi atau lelaki ni? Dewi, nak jadi suri rumah? Minta maaf la, ini bukan Dewi zaman purba untuk hanya berkurung dalam rumah!

Lelaki ke-lima ni totally out! Dia bukan calon Dewi, dan sekali-kali Dewi bukan calon dia.

“So sorry I’m not the type you looking for. Just drag me from the list!”

Lepas tu, Dewi nasihatkan dia pergi masuk kampung pendalaman sana untuk cari perempuan melayu terakhir tu. Dewi ada 25 restoran nasi ayam yang perlu dijaga, dan tak dapatlah nak lepak-lepak di rumah sahaja. Tanggungjawab Dewi pada masyarakat yang lapar-lapar di luar sanan lagi besar!

“Enough! Tak perlu pot pet pot pet. You belum apa-apa lagi dengan I , dah berani buka mulut. I paling pantang perempuan kuat membebel. That’s why dah lima kali I putus tunang, sebab semua tu perempuan yang suka bising-bising …”

Urm…mak…ai..

Contoh lelaki King control . Semua kerja-kerja rumah dia nak serah pada tanggungjawab si isteri seorang! Nanti dia senang-senang saja ‘bergumbira’ dengan perempuan lain kat luar. Isteri di rumah jadi hamba, tak boleh keluar mana-mana dan tak boleh kata apa-apa.

Mereka bertikam lidah. Ringan saja tangan Dewi hendak tempeleng lelaki seorang ni macam yang dia buat pada Idham suami Eda tempoh hari, tetapi dia cuba mengawal emosi marahnya . Minggu lepas, Dewi menghadiri kelas motivasi mengawal kemarahan, jadi dia telah memperolehi sedikit tip untuk diamalkan. Sedar , tabiat buruknya perlu dibendung sebelum melarat jauh. Sebagai business woman , dia seharusnya dapat mengawal komunikasi dengan baik.

Lelaki ke-enam.

Seorang ustaz kut! Dia pandang Dewi atas bawah, atas bawah dengan mata jengkel dan rupa tak puas hati. Tahulah Dewi ni free hair ,keluar rumah aje terus tambah dosa dedah rambut.

“Maaf, rasanya Cik Dewi bukan yang saya cari. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang sempurna dan pandai menjaga auratnya”.

Lepas tu, ustaz berjanggut sejemput di dagu tu terus bangun dan keluar dari restoran nasi ayam Dewi. Belum sempat Dewi cakap apa-apa. Piiraah…berambuslah! Dewi lagi tak ingin pada lelaki yang macam tu. Hipokrit! Kata perempuan berdosa, tapi yang dia pandang tak berkedip tu apa kes?

Lelaki tu rasa diri dia dah bagus sangat? Ceh! Alim-alim kucing, ingat Dewi tak tahu?

Calon ke-tujuh.

Lelaki gatal! Belum apa-apa lagi dah nak dekat-dekat , tangan merayap sana sini. Dewipun apa lagi…awal- awal blah! Takut! Seakan-akan perogol bersiri pun ada. Pandang orang macam nak terus terkam!

OUT!

Yang ke-lapan.

Rupa okeylah. Sederhana dan sedang-sedang saja, sedap mata memandang. Mulanya Dewi selesa untuk dijadikan kawan berbual. Tak samapi 30 minit, Dewi dah mula jelak. Manja! Mesti cucu opah atau anak emak habis ni. Nak makan , nak minum, suruh Dewi ambilkan. Nak tisu lap mulut pun minta Dewi . Bila telefon emak dia…alahai, cakap macam budak-budak tak cukup umur. Bahasakan diri adik pada emak. Letihnya Dewi dengar…

Ini mesti spesies bergantung hidup pada orang setiap masa. Spesies yang tak tahu berdikari dan setiap minit akan menyusahkan orang lain!

Ini macam orang ha…tak mahuuuu!!!

Yang ke- Sembilan

Stok lelaki dari geng Kamarul. Nak kata lelaki pun tidak , perempuan sudah tentu bukan. Macam ni pun ada hati nak kahwin ke? Boleh dapat zuriat ke? Huh! Tak faham..

Kalau Kamarul yang Dewi kenal luar dalam itu seringkali kena reject, inikan pula manusia asing macam ni. Sorry to say…sejak azali tak berkenan untuk dijadikan laki, tapi kalau jadi kawan boleh aje, sebab Dewi rasa golongan ini boleh juga dipercayai berbanding lelaki-lelaki ego setinggi langit tu.

Lelaki ke- sepuluh.

Dewi rasa nak pergi cekek sahaja leher Kamarul dan agen cari jodoh tu, bila lihat calon yang ke sepuluh ni. Pangkat atuk dah! Dia orang tu buta ke, hendak pasangkan Dewi dengan orang tua ganyut ni?

CIK KEEMMMMM!!!! Encik Kamarul Baharin betul-betul buat darah Dewi panas meruap! Semua idea blind date dia merapu! Kerja gila dan buang masa ! Sumpah Dewi tak minta bantuan Cik Kem lagi! Tak ada seorangpun lelaki yang dia cadang tu boleh pakai!.

“Err…Aku ada calon yang ke-sebelas. Yang ini aku minta sangat-sangat kau pertimbangkannya…dia betul-betul mengharap dan menanti sejak tujuh tahun dahulu. Dia sanggup buat apa saja asalkan dapat selalu jumpa kau Dewi” . Tiba-tiba Cik Kem telefon offer calon seterusnya pada Dewi. Dia tak tahu yang Dewi dah berputus asa…

“Stop it Kem! Aku serik! Nanti entah apa-apa lagi manusia yang datang. No more blind date okey! Sia-sia dan memalukan!”

“Err…takkan dah nak tarik diri? Blind date biasa la macam tu. Sepuluh tu kiranya sikit aje tau…ada orang sampai beratus-ratus, baru jumpa the right man” Cik Kem buat suara ala-ala memujuk.

“No, itu orang lain ! Untuk Dewi Yusra it doesn’t make sense. Aku surrender Kem!”

“Alaa…janganlah macam tu Dewi… jadi eh yang ke-sebelas? And I promise this will be the final one, and you never regret”. Pujuk Kamarul lagi. Please la Dewi…sekali saja lagi…doanya dalam hati. Puas dia berusaha seminggu dua ini, untuk tujuan yang satu ni.

“No! Seriously it’s not working!” Jawap Dewi tegas.

“Dewi…for the final one. Aku insist! Kita kan dah berkawan tujuh tahun. Tolong aku sekali ini saja. Serius aku rayu kau Dewi”

“Huh? Mesti ada something in your head kan Kem?” Hairan Dewi, kali ini Cik Kem seperti memaksa-maksa . Selalu tu perangai dia taklah macam ni, cool saja melayan kepala sengal Dewi.

“Kau jumpa dulu… lepas tu baru bagi komen…Bolehkan Dewi? Demi aku?”

Okey…okeylah, demi Kamarul. Date akhir! Walau Dewi sudah taubat selepas sepuluh blind date yang entah apa-apa. Demi Cik Kem lelaki separa yang selama ini setia dengan kerenah Dewi .

“Di mana? Bila?” Dewi membuat keputusan .

**********

DEWI sampai lewat ke Saloma Theatre Restaurant. Temujanji yang diatur Kamarul pukul empat , jam lima petang baru dia terhegeh-hegeh mencari tempat parkir. Jalan Ampang, waktu kemuncak, mestilah sesak, dan dia pula banyak urusan di pejabat petang ini. Ditambah pula hatinya dah tawar untuk terus cari ‘tempoarary husband’ dengan cara tak semenggah ni.

Betul juga kata Eda malam semalam. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak kahwin, kahwin sajalah terus, kenapa ada niat untuk berpisah, bercerai berai? Hukum-hakam ugama bukan boleh kita buat main-main. Mana ada kahwin kontrak dalam Islam? Entah kenapa mereka boleh bincang topik inipun dia tak tahu, padahal Eda sikitpun tidak tahu pelan terkutuknya (matlamat murni apa…).

Edapun bercerai juga, tetapi itu kerana terpaksa, suaminya yang tidak bertanggungjawab, melebihkan nafsu dan kepentingan sendiri berbanding keperluan anak dan isteri.

Cerita-cerita perempuan yang sebeginilah yang buat Dewi makin trauma . Yang buat Dewi semakin tidak percaya lelaki dan alam perkahwinan! Dewi tidak mahu terluka lagi…

Tapi…jiwa Dewi berkobar-kobar untuk miliki zuriat sendiri!!!

Itu antara alasan kuat yang heret Dewi untuk jejak kaki ke sini petang ni. Baru beberapa minit tadi Kamarul menelefon , katanya lelaki tu dah sejam lebih menunggu . Orangnya pakai kemeja biru dan sedia menanti di meja bernombor…

Seorang pelayan membawa Dewi ke meja yang dicarinya. Tak berani Dewi memandang gerangan orang di hadapan. Bau haruman lelakinya semerbak menyumbat rongga hidung . Huh! Haruman dari dunia mana la ni yang kuat sangat…

Kerusi ditarik oleh pemuda tersebut untuk Dewi duduk. “Terimakasih” Ucap Dewi bersahaja. Dia masih dapat mengawal mata dari memandang lelaki itu. Sedar yang diri diperhati dari tadi lagi , namun entah kenapa dia tidak teruja lansung untuk mengenali . Begitu berbeza dengan yang sebelum ini.

Sejambak mawar merah di letak di hadapan Dewi.

Waah…lelaki ini sungguh beria-ia. Gentleman, berbunga-bunga bagai. Malangnya, dia tuju pada perempuan yang salah…

“Dewi Yusra…”

Eik…macam pernah dengar je alunan suara tu? Dewi dongak muka. Mata dia berlaga dengan tubuh seorang lelaki yang cukup rapi di hadapan. Dengan kulit cerah bersih, rambut pendek bersikat kemas, baju kemeja yang dipasang butang hingga lengan. Luarannya amat sempurna sekali. Cuma …

Lelaki tersebut mempamirkan senyum gantengnya.

“Kem???” Baru Dewi sedar lelaki yang dia temui adalah kawan baiknya sendiri. Terus matanya buntang!

Kamarul terus ketawa. Yang ini dia seperti biasa. Dia terlupa untuk ubah cara ketawanya.

“Terkejut?” Kamarul tanya .

Dewi kutil-kutil lengan Kamarul yang beralas baju mahal tu. Geram sangat . “Sekali lagi kau main-mainkan aku Kem!” Marahnya .

“Tak Dewi. Aku tak bergurau. Aku serius! Serius nak propose kau!”

Wajah Kamarul juga tiba-tiba bertukar serius, menunjukkan kesungguhannya. Dalam masa tak sampai dua minggu, dia bekerja keras untuk mengubah penampilan kepada lelaki maskulin. Demi keranamu Dewi.

“Dewi…aku betul-betul serius!!”

“Hah???” Mulut Dewi ternganga. Darah tiba-tiba bagai berhenti mengalir ke wajahnya…


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 3”
  1. fiona najwa says:

    best sangat2.. tak sabar nak tunggu next entry….. :)

  2. fatimahzahra says:

    cepat sambung!!!!!!

  3. Nana says:

    Best2x. Tak sabar nak tunggu heronya kuar.

  4. faezah says:

    ble hero nk kuar nih?hehehehe

  5. abby says:

    alamakk… bestt gilerrrr…!

  6. ika says:

    ada jual tak novel ni dekat luar?

  7. Ena says:

    Tak sabar menanti episod seterusnya.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] Dia Isteri Luar Biasa Umie Nadzimah OnlineDia Isteri Luar Biasa Bab 1Dia Isteri Luar Biasa Bab 2Dia Isteri Luar Biasa Bab 3Dia Isteri Luar Biasa Bab 4Dia Isteri Luar Biasa Bab 5Dia Isteri Luar Biasa Bab 6Dia Isteri Luar […]

  2. […] Dia Isteri Luar Biasa Bab 3 […]



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.