Novel : Dia Segalanya 40

30 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : sha ibrahim

BAB 40

“Awak buat apa tu?” tegur Faizul kepada gadis yang sedang merangkak di bawah meja seakan-akan sedang mencari sesuatu.

“Aduh!” kedengaran gadis itu mengaduh kesakitan. Faizul yang melihat kejadian itu kalut seketika.

“Awak ok Jihah?” tanya Faizul dengan rasa bersalah. Salah dia kerana menegur Najihah dalam keadaan begitu. Kalau dia tahu gadis itu akan terhantuk kerana terperanjat dengan tegurannya, sudah tentu dia tidak terus menerjah sebegitu.

“Joe! Sakitlah. Adui!” Najihah merungut sambil menggosok kepalanya yang ditutupi dengan tudung yang dipakainya. Gadis itu berdiri sambil menjeling kepada Faizul yang sedang tersengeh memandangnya.

“Tahulah you rindu kat I, dengar suara I pun you dah excited sampai macam tu sekali ke?” Faizul sempat berseloroh dengan setiausahanya itu. Suka dia menyakat Najihah yang masih lagi berada dalam kemarahan. Tapi dia tahu, gadis itu takkan lama marah dengannya.

“Hehe..excited la sangat! Aik! Tukar color lagi!” Najihah memandang tepat pada rambut Faizul yang sekali lagi berubah warna. Sepanjang Faizul mulakan tugasnya di syarikat sudah beberapa kali Najihah melihat bosnya itu menukar warna rambut mengikut moodnya.

“Ok tak? Kali ni mungkir akan terus dengan warna ni! Warna asal,” Faizul tersengeh lagi. Tangan kananya menyentuh perlahan rambutnya yang sudah berubah warna menjadi warna hitam. Serta merta Najihah menunjukkan perubahan pada wajahnya. Raut wajah majikannya itu diperhatikan dengan penuh tanda tanya dan inginkan penjelasan.

“Ni, perempuan mana pulak yang buat you tukar warna rambut ni?” soal Najihah sambil tangannya ligat mengemas fail-fail yang berada di atas mejanya. Faizul terus sahaja tersenyum. Soalan Najihah hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Perkara tersebut semakin membuatkan Najihah memandang Faizul dengan pandangan yang cukup pelik.

“You ok ke?”

“Ok! Jihah, kenapa bila I pandang you kan, I tak rasa apa-apa, kalaulah I pandang you, I rasa terpikat, dah tentu kita berdua dah bercinta sekarang ni kan,” Faizul mengekek ketawa dengan kenyataan sendiri. Najihah turut sama tergelak mendengar kenyataan lelaki itu.

“You ok Joe? Risau I. Siapa yang terhantuk kepala ni, you ke I?” Najihah pula berseloroh.

“Betul la. Nak kata you tak cantik. You memang cantik. Cute. Tapi I ni tak rasa apa-apa bila dengan you. Tapi kan, I sayang kat you sebagai kawan I. Nak tahu kenapa?” Faizul tersengeh menunjukkan susunan giginya. Pekerja lain mulai memenuhi ruangan masing-masing.

“Dah la Joe, malas la I nak melayan sengal you ni!” Najihah bersuara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Nak tahu tak kenapa?”

“Tak nak!”

“Ala, nak la!” Faizul seakan-akan sedang meraih simpati daripada Najihah. Najihah semakin hairan dengan sikap Faizul pagi ini. Sudahlah lelaki itu cuti beberapa hari. Bila mula kerja kembali, tiba-tiba sahaja perangai lelaki itu agak mengada-ngada.

“Nak la ek?”

“Yalah-yalah apa dia?” akhirnya Najihah mengalah.

“Sebab you la kawan perempuan pertama I yang paling memahami I dalam masa yang singkat je! Ok la! I nak masuk dalam! Tapi sekali lagi I cakap. You kawan I. You memang kawan perempuan yang paling I sayang. Kalau you perlukan apa-apa just call me. I’ll be there for you my dear!”

Najihah terdiam tanpa sepatah kata. Dia tidak tahu bagaimana harus dia memberiakan reaksi dengan apa yang baru sahaja dia dengari. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Lucu dengan perlakuan Faizul yang agak pelbagai. Tapi apa yang dikatakan oleh lelaki itu memang betul. Dia sendiri langsung tidak merasakan apa-apa sewaktu mula-mula terpandang wajah Faizul. Dia akui wajah lelaki itu memang kacak, malah mungkin lebih kacak dari abang kembarnya sendiri namun dia sekadar memuji. Dia langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan istimewa yang cuba disembunyikan terhadap lelaki itu.

“Ish, macam-macamlah dia ni. Siapalah yang bertuah sangat yang boleh melayan kerebah dia ni yang macam-macam tu,” Najihah menggeleng kepala sendirian sambil tersenyum.

*************

Faizul menguak pintu gadis itu tanpa diketuk terlebih dahulu. Terperanjat Ameera melihat Faizul yang menerjah masuk ke biliknya tanpa dipinta. Tambahan pula waktu itu dia sedang berbual di telefon. Dengan pantas talian dimatikan.

“You ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke? Jawatan tinggi tapi adap langsung tak ada!” ngomel Ameera dengan wajah yang masam mencuka.

“Oh, I ni tak beradap. Yang you pulak. Tak reti bahasa. Jawatan tingi-tinggi tapi tak boleh nak bezakan antara kerja dengan peribadi. Kalau you marah sangat dengan I sekalipun you jangan nak balas dendam pada pekerja I pulak! Kerja you tapi yang you suruh dia buat tu kenapa?” soal Faizul agak kasar. Tetapi dengan gadis seperi Ameera dia langsung tidak boleh berkompromi. Gadis itu banyak mencabar kewibawaannya.

“Oh, ni kes mengadu la ni!”

“Ni bukan masalah mengadu. Jihah langsung tak mengadu apa-apa dengan I. Dia bukannya macam you, sikit-sikit nak mengadu. I sendiri yang nampak fail yang sepatutnya secretary you yang semak dan betulkan ada atas meja dia. Habis tu secretary you buat apa? Makan gaji buta!”

“You jangan datang sini semata-mata nak sakitkan hati I ok! You tak ada kat office you tak tahu apa yang berlaku! So you jangan nak menuduh I benda yang bukan-bukan, faham!” Ameera tetap tidak mengaku akan kesalahannya. Baginya dia juga da hak untuk mengarahkan Najihah agar melakukan apa yang dia suruh memandangkan Najihah hanya bekerja sebagai setiausaha di pejabat.

“You jangan buat I tergelak boleh tak? Jangan bagi alasan yang I tak ada kat office untuk you boleh suruh secretary I buat kerja-kerja you. I tak ada sebulan pun, you tetap tak ada hak nak mengarah secretary I. Hanya I sorang jek yang boleh nak arahkan Jihah apa yang dia kena buat. Bukannya you! Faham!” Faizul juga seperti tidak mahu mengalah. Dia langsung tidak menyukai gadis yang banyak menyusahkan hidup dia sepanjang dia memulakan kerjaya di situ. Gadis itu pula seakan-akan sengaja mahu memancing kemarahannya.

“Alah, sayang sangat la dekat secretary you tu!”

“I malas nak gaduh dengan you lama-lama. Apa yang I tahu. I nak lepas ni, lepas I keluar dari bilik ni. I nak you suruh secretary you yang makan gaji buta tu pergi ambil semua fail dari Jihah. Tugas dia, biar dia sendiri selesaikan! Faham, wahai Cik Ameera!” tanpa mendengar apa-apa jawapan dari mulut Ameera, Faizul terus sahaja melangkah dan keluar lantas menghempap pintu bilik dengan kuat.

“Oh, mentang-mentanglah kau anak bos. Kau nak berlagak dengan aku. Kau belum kenal lagi aku ni siapa?” Ameera mengentak kakinya dengan kuat. Matanya menjeling tajam seakan-kan mahu menembusi pintu pejabatnya.

*************

Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah, mata Faizul terus sahaja jatuh pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa. Dahinya berkerut kehairanan. Belum pernah dia melihat Suraya tertidur di ruang tamu begitu. Dia melangkah ke sofa sambil memandang sekeliling rumah. Namun tiada sesiapun pun yang kelihatan. Mungkin ibunya juga tiada di rumah kerana ada urusan. Tambahan pula dia sendiri melihat kereta ibunya tiada di depan.

“Dia ni tak sihat ke sampai boleh tertidur kat sini?” bisik Faizul sendiri. Kakinya terus melangkah sehingga dia betul-betul menghampiri gadis itu. Kemudian dia tersenyum sendiri melihat wajah mulus tanpa secalit mekap milik gadis itu yang kelihatan begitu tenang ketika itu. Wajah itulah yang sering menganggu tidurnya. Tetapi setiap kali dia melihat Suraya, hatinya begitu teringin menatap wajah gadis itu tanpa tudung yang sentiasa menutupi kepalanya. Mesti keayuan gadis itu semakin terserlah. Dia berkira-kira sendiri.

Faizul melilau mencari tempat duduk yang sesuai untuk dia terus menilik wajah itu. Dalam masa yang sama dia berharap sangat waktu itu tiada sesiapa pun yang akan datang ke ruang tamu menganggunya. Setelah menjumpai tempat duduk yang sesuai untuk dia melihat wajah Suraya dari dekat, dia terus sahaja melabuhkan punggungnya di meja kecil yang berada di tengah-tengah sofa itu.

“Cantik, cantik sangat!” ucapnya perlahan. Perasaannya dilanda rasa bahagia. Jiwanya tiba-tiba sahaja terasa tenang. Terlupa sekejap pergaduhannya dengan Ameera di pejabat sebentar tadi. Untung juga dia tertinggal fail penting sehinggakan memaksa dia untuk pulang dan mengambil fail itu sendiri.

Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup dengan kencang. Darahnya pula sudah terasa naik ke muka. Waktu itu dia mula terasa tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Fikirannya sudah jauh melencong. Dia seakan-akan sudah tidak mampu mengawal perasaannya sendiri. Perkara yang tidak baik mula terlintas dalam kepalanya. Dengan segera dia bangun dari tempat duduknya. Kata-kata datuknya di kampung mulai terngiang-ngiang di telinganya. Dia terus melonggarkan ikatan tali leher dan meraup mukanya beberapa kali. Apa yang terlintas di fikirannya waktu itu mesti dibuang jauh dari benak fikrannya dengan sekadar yang segera. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

“Woit! Bangunlah! Buat apa kau tidur kat sini? Macam dah tak ada bilik nak tidur!” akhirnya Faizul mendapat akal. Itu sahaja yang terlintas di benaknya ketika itu. Itu sahaja jalan yang terbaik. Mengejutkan Suraya.

Suraya yang mendengar suara itu terus sahaja terjaga dan terus berdiri dan mengadap Faizul yang juga sedang berdiri ketika itu. Reaksi spontan bila dia membuka mata dan terpandang wajah Faizul. Suraya mengurut-ngurut dadanya akibat terkejut.

“Joe…Joe buat apa kat sini?” Suraya bertanya.

“Oit. Kenapa? Aku dah tak boleh ada kat rumah sendiri ke apa?” soal Faizul kembali. Dahi Suraya berkerut mendengar bicara lelaki itu. Dia terus sahaja memandang sekeliling. Ternyata dia sedang berada di ruang tamu rumah mereka. Dia mengeluh perlahan.

“Sah. Tengah mamai kan? Kenapa tidur kat sini?” soal Faizul lebih lembut dari nada sebelumnya. Kesian pula dia melihat wajah Suraya yang kelihatan begitu gugup ketika itu. Dia pun satu hal. Macamlah tak ada cara yang lebih lembut untuk dia mengejutkan gadis itu agar bangun dari tidur.

“Entah. Su pun tak tahu. Sekarang ni pukul berapa? Dah petang ke? Su terlepas Zohor ke?” Suraya terus bertanya kalut.

“Bukan…ni…

“Su ada janji dengan kawan lepas Zohor, macam mana ni? Mengamuk la Ima, ala…Zohor dah terlepas ke? Macam mana boleh tidur lama sangat ni? Su kena pergi kampus uruskan pasal budak-budak baru yang nak daftar masuk minggu depan, ala, macam mana boleh terlajak ni?” Suraya kalut sendiri. Belum sempat Faizul menjawab pertanyaannya, dia terlebih dahulu memotong kata-kata lelaki itu. Suraya terus sahaja ingin melangkah meninggalkan Faizul. Jelas kelihatan Suraya masih mamai dan berada dalam kekeliruan.

Belum sempat gadis itu melnagkah meninggalkannya dia terlebih dahulu memegang tangan Suraya. Gadis itu terus diraih sehingga bergerak ke belakang dan begitu rapat dengan badannya. Suraya terpaku. Dia dapat merasai badan lelaki itu di belakangnya. Kemudian dia merasai pula tangan lelaki itu memegang kedua-dua belah bahunya dari belakang.

“Tu tengok jam kat dinding tu. Pukul berapa?” bisik Faizul betul-betul di telinga Suraya.

“Dua belas,” jawab Suaray tanpa banyak soal. Malah, badannya hanya statik berdiri.

“Tengok pula kat luar rumah, gelap ke cerah?” bisik Faizul lagi. Sekali lagi seperti dipukau Suraya terus memandang ke luar rumah.

“Cerah!”

“Good! Kalau jam kat dinding dah tunjukkan pukul 12 dan kat luar rumah pulak cerah, maksudnya pukul berapa? Takkan 12 malam kot. Baru pukul 12 tengah hari la sayang. Kenapa kalut sangat ni?” soal begitu lembut sekali.

Suraya terdiam seribu bahasa. Kemudian dia terasa pipnya seakan-akan sedang berlaga dengan pipi Faizul. Dia terpana. Dia baru berpijak di bumi yang nyata.

“Joe ni jahatlah! Buat Su terperanjat je!” Suraya terus sahaja menolak badan Faizul ke belakang. Dengan jelas dia dapat merasakan darahnya naik ke muka. Menahan malu dengan apa yang baru sahaja terjadi. Jantungnya pula memang berdegup seakan-akan mahu tercabut.

“Hai, aku pulak yang salah? Kau tu yang kalut tak tentu pasal,” balas Faizul kembali. Kemudian dia berdehem beberapa kali cuba untuk menenangkan perasaan sendiri. Dia sendiri agak malu dengan perbuatannya sebentar tadi. Perlakuan yang di luar akal fikirannya yang waras.

“Kalau ya pun nak kejutkan Su, bagi la salam ke apa ke? Yang Joe ni buat apa kat rumah waktu-waktu macam ni?” soal Suraya. Jantungnya masih belum mampu untuk berdegup seperti biasa.

“Aku nak ambil fail aku tertinggal. Petang ni ada meeting. Mama ke mana?” Faizul melangkah berjalan meninggalkan ruang tamu dan berjalan menuju ke tangga. Dia sudah tidak betah berada lama-lama dengan gadis itu. Perasaan malu dengan ketelanjurannya sebentar tadi masih lagi terasa.

“Mama keluar. Ada hal,”

“Oh ya, kau nak keluar ke lepas ni?” soal Faizul dari atas tangga yang baru beberapa langkah dipijaknya.

“A’ah, jumpa dengan Ima lepas tu kena pergi kampus. Lecturer minta tolong uruskan pasal penerimaan pelajar baru minggu depan. Minggu depan kan Su dah start pengal baru,” Suraya sendiri tidak mengerti mengapa dia harus menjawab pertanyaan Faizul denga begitu panjang lebar.

“Oh, minggu depan kau dah start semester baru. Dah ready ke?” soal Faizul lagi. Dia turut tidak mengerti dengan dirinya sendiri. Tindakannya seperti begitu mengambil berat mengenai pelajaran Suraya. Perkara yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

“Ready la. Tak sabar nak habiskan,”

“Bagus la tu. Ingat, belajar tu jangan nak main-main. Jangan tiba-tiba aku dengar kau busy bercinta pulak,” sekali lagi Faizul tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya ketika itu.

“Bercinta? Yang Joe nak sebijik macam mama ni kenapa? Ok ke?” Suraya mulai perasan dengan perubahan lelaki itu yang seakan-kana begutu berminat dalam urusan kehidupan sehariannya.

“Aku cakap benda yang betul. Dah la, aku nak ambil fail aku, lepas tu aku terus nak balik ke pejabat semula. Oh ya, kau ambil kunci kereta aku kat meja dekat dengan sofa tu. Pergi ambil barang kau kat dalam kereta aku,” arah Faizul. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang dia dapatkan untuk gadis itu sewaktu dalam perjalan pulang ke rumah sebentar tadi.

“Apa dia?”

“Pergi jelah ambil. Banyak soal pulak. Kalau aku masuk ke dalam kereta lepas ni dan aku tengok barang tu ada lagi, aku campak buang je barang tu, pergi ambil cepat!” selepas menghabiskan kata-kaat tersebut, dengan laju Faizul kembali memanjat tangga dan hilang dari pandangan.

Dahi Suraya mulai berkerut. Semakin lama dia rapat dengan lelaki itu semakin banyak perangai lelaki itu yang selama ini dia tidak tahu. Matanya terus melilau mencari kunci kereta lelaki itu yang kononnya ada di atas meja berhampiran dengan sofa. Sebaik sahaja terpandang benda yang dicarinya, dengan segera kunci kereta itu dicapai dan berjalan ke pintu utama.

“Aku ada tinggal barang apa-apa ke kat dalam kereta dia? Bila masa pulak aku naik kereta dia. Rasanya last sekali aku naik masa dia nak belanja aku tengok wayang hari tu jek, tu pun dah berzaman,” ngomel Suraya sendiri sambil melangkah ke arah kereta milik Faizul. Alat kawalan jauh segera ditekan. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta lelaki itu, matanya terus terlekat pada satu bungkusan yang dibungkus seakan-akan hamper tetapi cantik dan menarik. Plastik lutsinar yang bercorak cantik itu diperhati lama. Agak lama dia memerhati bungkusan yang terletak di sebelah tempat duduk pemandu itu sambil mengerutkan dahi. Dengan teragak-agak akhirnya dia mencapai bungkusan tersebut. Bila bungkusan itu ditilik. Dia tersenyum sendiri. Dia memang tahu bungkusan itu memang untuk dia.

Suraya menutup kembali pintu kereta Faizul. Bungkusan di tangannya itu terus sahaja ditilik sambil tersenyum. Dengan jelas dia dapat melihat di sebalik bungkusan plastik lutsinar itu terdapat sebotol coklat Cadbury yang pernah diberikan oleh lelaki itu sebelum ini. Bezanya, kali ini dia tidak lagi memperolehinya dalam jumlah yang kecil seperti selalu, tetapi sebotol coklat Cadbury. Senyuman manisnya terus menerus terukir.

“Hah! Lepas ni kau jangan nak cakap aku kedekut lagi dengan kau. Nak banyak sangat kan. Ambil la tu,” Faizul tiba-tiba menjerit dari beranda biliknya. Hampir-hampir sahaja bungkusan yang berada di tangan Suraya terjatuh. Kepalanya terdongak memandang Faizul yang sedang merenung tepat padanya.

“Terima kasih,” hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Suraya ketika itu.

“Tak payah ucap terima kasih. Kebetulan je tadi, aku nampak ada jualan amal. So aku beli sajalah. Nak buat amal sekali sekala,” Faizul menghilangkan diri sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Suraya yang berada di bawah melopong.

“Eii, selalu macam ni tahu. Tak boleh ke cakap yang dia beli khas untuk aku. Selalu jek ada alasan dia kalau nak bagi barang kat aku. Percuma la, sekarang ni pulak sebab ada jualan amal! Eii! Geram betullah dengan dia ni!” ngomel Suraya sendiri. Geram dengan perangai Faizul. Namun bila matanya beralih kembali kepada bungkusan di tangannya dia tersenyum sendiri sekali lagi. Perasaannya ketika itu sukar untuk dimengertikan. Marah dalam masa yang sama, bahagia!

**************

“Yang kau ni balik-balik je terus hempap barang ni kenapa?” tanya Reena apabila melihat kakaknya yang baru sahaja pulang dari rumah seakan-akan sedang berada dalam kemarahan.

“Aku geram dengan anak bos aku yang seorang tu. Berlagak nak mati. Mentang-mentanglah dia anak bos. Dia ingat dia boleh terus berlagak dengan aku!” ngomel Ameera mula terbayang wajah anak majikannya yang telah banyak menyusahkan hidupnya semenjak kebelakangan ini.

“Ala, orang kaya. Biasalah! Tapi kita yang macam ni pun jangan ingat tak boleh nak jadi kaya!” Reena tersenyum penuh makna.

“Yalah tu. Kau ingat kau boleh kaya ke dengan pikat orang-orang kaya ni. Kalau semua harta dia bagi kat kita tak apalah. Berapa sen sangatlah dia orang boleh bagi. Bukan boleh senang seumur hidup pun. Macam kau ni ha. Merantau ke sana ke mari. Kali ni lama pulak kau kat Malaysia. Kenapa? Dah tak ada orang-orang kaya kat luar negara ke?” soal Ameera sinis. Dia kenal sangat dengan perangai adiknya yang seorang itu. Satu-satunya adik kandungnya yang dihalau dari rumah dan sehingga kini tidak diterima oleh ahli keluarganya.

“Emm, kali ni aku akan pastikan aku akan hidup senang lenang sampai ke mati. Aku akan terus stay kat Malaysia. Aku akan buktikan pada mak dan ayah yang aku ni boleh hidup senang tanpa dia orang,”

“Orang kaya mana pulak kali ni kau dapat?”

“Adalah. Belum masanya untuk aku bagitau kau!,” jawab Reena terus bangun dan berjalan menuju ke dapur. Ameera yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleah adiknya terus sahaja mengikut dari belakang.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni, sampai bila kau nak kikis duit orang-orang kaya tu. Kalau kau nak kerja, aku boleh dapatkan kau kerja kat syarikat aku bekerja,”

“Excuse me! Aku dah ada kerja ok. Aku kan model. Mungkin sekarang ni hanya model sambilan tapi lepas ni aku akan pastikan aku akan dapat kerja sebagai model sepenuh masa. Mungkin aku boleh jadi supermodel. Siapa tahu kan?”

“Teruskanlah dengan angan-angan kau tu. Ni, kau dah balik jumpa adik-adik kat rumah. Bob tu rindu sangat kat kau!” Ameera mengubah topik perbualan. Dia sedar, dalam soal itu, dia tidak akan menang. Lebih baik dia membicarakan perihal adik-adiknya terutama adik bongsu mereka yang masih lagi bersekolah.

“Malas aku nak balik rumah. Mak dan ayah pun bukannya nak terima aku. Aku dah jumpa dengan Bob hari tu. Yang lain-lain tunggulah dulu. Malas la,” Reena meneguk air yang baru dimasukkan ke dalam gelas. Kakinya melangkah meninggalkan kakaknya yang sedang memerhatinya sambil mengeluh.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Dia Segalanya 40”
  1. diana says:

    hm..xsabar nk tnggu n3 bru plak..hehehe..

  2. dijah says:

    wow….semakin menarik…

    faizul..terus terang jer laa ko suka kat suraya..

    tapi rasa2nya..suraya pon ada hati dgn faizul..

    huhu

  3. Siti Soleha Yahaya says:

    suka Su ngan Joe….

  4. kim says:

    suuukaaa sgt….x diterbitkan ker?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.