Novel : Diriku? Itu Kamu 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Nisa Ali

PENAT. Selama dua tahun berhempas pulas bercinta dengan buku, hari ini adalah merupakan hari bahagia aku. Ya! Sangat bahagia kerana dari awal kaki aku menjejaki ke tingkatan empat, aku telah berjanji pada diriku untuk menumpukan sepenuh perhatian pada Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Tingkatan empat adalah merupakan tingkat untuk setengah pelajar berhoneymoon. Namun tidak pada aku. Kerana cita-cita aku setinggi langit. Memerlukan usaha yang luar biasa untuk aku mencapainya. Kata ibu, aku harus belajar untuk mendapatkan kejayaan. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Allah SWT juga telah berjanji, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasil yang tidak mengecewakan.

“Diba, kalau nak berjaya harus berusaha. Bukan nya bangun solat malam kemudian berdoa semoga tercapai cita-cita tanpa berusaha. Allah tidak akan memberi pada hamba Nya yang bertawakkal tetapi tidak berusaha.” Kata-kata ibu benar-benar membuatkan aku bersemangat. Aku hanya menganggukkan kepala. Nasihat ibu sangat berguna pada aku. Ibu adalah pembakar semangat aku. Tiada istilah kekasih untuk aku mencapai kejayaan. Kejayaan adalah buat ibu aku!

Pang.

Tamparan Nina di bahu aku sekaligus mengembalikan aku ke alam nyata. Allah, aku berangan rupanya. Aku rindu kan ibu. Apalah yang ibu buat dikala ini agaknya.

“Apa yang kau fikirkan tu Diba?” soal Nina sambil duduk dihadapanku. Di tangan Nina ada sepinggan buah mangga yang sudah dipotong halus. Aku pandang pelik wajah sahabatku itu.

“Nina, mana kau dapat buah ni? Siap potong sekali. Pinggan ni kau curi mana pula?”

“Amboi mulut kau. Curi eh? Muka aku yang suci ni nampak macam muka pencuri ke?” Nina memasamkan wajahnya. Aku sudah gelak. Sudah biasa dengan sahabat baik aku ini.

“Hah! Habis tu kau ambil kat mana ni?” dalam bertanya, aku sudah makan buah mangga itu. Ala, kalau mangga ni Nina curi macam mana? Agak-agak sakit tak perut aku eh. Kunyahan aku sudah mula perlahan. Risau juga Diba ni ya. Itu la, dalam membuat penyiasatan sempat lagi aku makan mangga yang Nina bawa ni.

“Alah kau ni. Ini buah mangga yang Bang Mat bagi.” Nina seolah dapat membaca fikiran aku. Sekaligus menjawab tanda tanya dalam hati aku. Lega. Aku mengangguk-anggukkan kepala. Ohh, Bang Mat bagi. Kunyahan aku mula naik ke tahap laju semula. Haha. Bang Mat itu merupakan tukang masak di kantin sekolah kami. Baik orangnya. Makanan yang tidak habis akan disedekahkan kepada Nina. Sebab apa? Sebab Bang Mat memang tahu yang Nina ni seorang yang kuat makan. Dasar MPG! Aku sudah gelak jahat di dalam hati. Masih aku ingat lagi kejadian dua bulan yang lalu di dalam kelas. Terkocoh-kocoh Aril datang mendekat dengan meja aku dan Nina. Aril memanggil Nina.

“Nina, Bang Mat panggil kau. Dia mintak kau turun sekarang jumpa dia dekat kantin.” Kebetulan pada masa ini guru tidak masuk ke kelas. Aku hanya mengulang kaji pelajaran. Nina buat muka pelik. Kali pertama Bang Mat memanggil nya selepas waktu rehat. Kenapa ya? Dia sudah garu kepala. Nina memandang Diba yang sedang fokus menelaah pelajaran itu.

“Diba, jom teman aku kejap. Bang Mat panggil aku lah.” Muka Nina sudah berkerut. Aku apatah lagi. Kerana Nina sudah menarik tangan ku agar mengikut nya. Aduh, pening juga perempuan ini rupanya.

“Ada apa Bang Mat panggil Nina ni?” soal Nina. Muka nya usah dicakap. Pelik semacam memandang Bang Mat. Hingga tercetus ketawa Bang Mat. Alahai Nina ni. Suka sangat buat muka pelik macam tu. Besar sangat dia tu agaknya sampaikan Bang Mat tak boleh panggil dia. Aril pon satu juga, terkocoh-kocoh seperti ada kecemasan sahaja. Haha. Lawak-lawak.

“Bang Mat ni. Jangan lah gelak. Muka Nina tak lawak okay… ada apa ni?” hah, ambil kau. Suara Nina sudah seakan merajuk tu. Nina ni bukan sahaja kuat makan tapi juga kuat merajuk!Bang Mat terus mematikan ketawa nya dengan serta merta. Bang Mat sambung tersengih pula. Hensem Bang Mat ni. Hati pula baik. Pada pengamatan aku, Bang Mat suka mengusik Nina.

“Yalah, yalah. Bang Mat nak bagi ni kat Nina. Nah. Ambil. Nina suka kan. Boleh makan dalam kelas.” Bang Mat memberikan seplastik keropok dan nugget kepada Nina. Wah. Bercahaya muka Nina. Sekejap aje Nur datang padanya. Hehe. Aku hanya menggeleng melihat Nina yang sudah senyum lebar itu. Bab makan aje mesti gembira sangat. Aku faham sangat dengan sahabat aku yang paling aku sayang ni.

“EHH, kau ni berangan aje. Kenapa ya? Tak sabar nak balik ke?” suara Nina mematikan kenangan yang sentiasa menggamit memori itu. Aku pandang dewan sekolah yang tersergam indah. Sekolah ini yang bakal aku rindui. Dewan ini yang bakal aku ingati. Di sini la tempat aku menuntut ilmu, tempat aku belajar berdikari. Bagaimana aku menangis ingin pulang kepangkuan keluarga. Pada aku, ibu membuang aku nun jauh di sini. Saban malam hanya gambar keluarga yang menjadi peneman setia aku. Ahh, terlalu banyak kenangan. Dan hari ini aku berterima kasih pada ibu dan abah kerana menghantar aku di sekolah ini. Ya! Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

(INTEGOMB).

“Tak sabar sangat nak balik. Nanti ibu aku akan jemput aku. Jangan lupa, nanti kita jumpa tau semasa keputusan SPM diumumkan.” Aku bersemangat. Tidak sabar mahu menunggu hari keputusan diumumkan. Aku berjanji pada diri aku yang aku tidak akan kecewa sama sekali. Aku sudah berusaha. Tinggal untuk aku berdoa sahaja. Aku yakin, Allah tidak akan mengewakan hamba Nya. Apa yang diberi, itu lah hasil daripada titik peluh aku selama ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yang Dia kurniakan untuk hamba Nya. Aku begitu yakin.

“Nanti mesti kita dah susah nak jumpa kan. Yalah, kau tinggal di Pahang. Aku pula jauh di Utara. Ehh, nanti ajak la keluarga kau ke Utara. Aku pasti akan jadi penunjuk jalan untuk kau.Pasti.” Nina nampak begitu teruja. Selama lima tahun aku dan Nina berkawan. Susah dan senang bersama. Tetiba, untuk detik ini aku dan Nina harus terima hakikat bahawa kami akan terpisah. Begitu sedih hatiku. Haluan dan impian juga berbeza. Nina bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara dalam bidang perubatan. Tidak pula pada aku kerana aku tidak mahu berjauhan dengan ibu. Cukup lah kakak dan abang meninggalkan aku, ibu dan seorang adik. Terlalu sakit apabila berjauhan. Terlalu sakit menelan perkataan rindu saban hari. Aku merasakan nya sewaktu aku masih berumur 14 tahun. Aku kehilangan abah. Abah yang amat aku sayang. Abah kemalangan semasa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Sedih tidak terkata.Aku redha. Cepat atau lambat, setiap yang bernyawa pasti akan dijemput Ilahi. Semoga abah tenang di sana. Doaku seiring dengan rindu buat abah.

“Nanti aku ajak ibu aku ya. Elok juga cadangan kau tu. Jimat sikit duit ibu aku. Tidak perlu mengupah pemandu pelancong. Jimat juga kuota untuk google tempat menarik di sana nanti.” Nina sudah membulatkan matanya memandang aku. Aku hanya tersengih sumbing.Heheeee…


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.