Novel : Ejan Mas Sayang 11

14 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 11

NORIZAN MASTURA bertafakur seketika di atas sejadah selepas menunaikan solat subuh.Hari ini adalah hari terakhir dia di sini.Selama dua tahun dia melarikan diri dari kemelut percintaannya.Norizan Mastura yang berazam merubah hidupnya dua tahun yang lalu kini mahu dirinya di kenali sebagai Mastura atau nama singkatannya Mas.Di tempat baru Norizan Mastura ingin melupakan Ejan buat selamanya.Biarlah Ejan berkubur bersama sejarah percintaannya yang tak kesampaian.Hari ini Norizan Mastura akan kembali ke utara.Ke kampung halamannya.

Mengimbas kembali kenangannya bersama Irfan Iskandar pada dua minggu terakhir sebelum berangkat ke Jerantut Pahang untuk merealisasikan harapannya melanjutkan pelajaran di Kolej komuniti ini dalam Kursus Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan Norizan Mastura berasa dirinya benar-benar bagaikan berada di atas bara.Perasaan cintanya yang sudah bercambah pada Irfan semakin memedihkan dadanya dengan gelagat Irfan yang tak habis-habis menguji kesabarannya.Minggu terakhir ketika Norizan Mastura masih menunggu tawaran dari kolej yang di pohon melalui Internet, Norizan Mastura masih meneruskan kerjanya bekerja di kedai kak Jun tapi malangnya rajuk yang di pendam semakin bertambah parah bila suatu hari Irfan datang bersama seorang gadis yang jelita.Penampilannya begitu anggun dengan gaya gadis muslimah.Irfan sempat memperkenalkan gadis itu kepada kak Jun sebagai bakal isterinya.Ketika itu hati Norizan Mastura yang sedang berbelah bahagi untuk meneruskan pelajaran terus berazam untuk menyempurnakan nekadnya demi mengenangkan hatinya yang begitu remuk terluka.

“Hai Mas,.panjang doa kau pagi ni? Doa bagi cepat dapat jodoh ke?” Afina kawan sebilik dengan Norizan Mastura menegur dalam gurauannya.Ada ketawa kecil di lepaskan.Sejak tadi dia perhatikan kawannya itu bermenung lama di atas sejadah.

“Entahlah Fina.Aku rasa berat hatilah plak.Aku rindu sangat kat family aku tapi dalam masa yang sama aku takut luka lama berdarah kembali bila aku balik ke sana.” airmata Norizan Mastura sudah bertakung di tubir matanya.Dua tahun melarikan diri kelukaan itu masih belum sembuh sepenuhnya.

“Mas,.aku tahu sejarah hidup kau tapi kau perlu positif.Dah kau dengan dia memang dah tak ada jodoh.Nak buat macam mana.Aku harap sangat kau buka hati kau tu Mas.Cinta tak semestinya bersatu.Mungkin Allah dah tetapkan jodoh kau dengan orang yang lebih baik.” Norizan Mastura merenung wajah temannya itu.Sepanjang mereka kenal Afinalah yang seringkali menjadi pakar motivasi tak bertauliah padanya.

“Aku tahu Fina,tapi melakukan sesuatu itu tak semudah kita melafazkannya.Mungkin di mulut aku selalu cakap aku boleh melupakan Irfan tapi hati aku lain.Di hati aku ni tak boleh nak melupakan dia.Aku letih sangat Fina nak layan hati aku ni.” perlahan Norizan Mastura menyeka air matanya yang sudah mengalir di pipi.Afina menghampirinya.Rakannya itu di rangkul dalam pelukannya.Belakang rakannya itu di usap perlahan.

“Aku faham perasaan kau Mas.” pelukan di lepaskan.Air mata rakannya itu di lap dengan tapak tangannya.

“Hodohlah kau menangis.Tu,..mata kau yang cantik dan mengoda tu dah tak cantik lagi dah.” Afina cuba menghiburkan hati rakannya.Norizan Mastura tertawa kecil.

“Macam tu barulah kawan aku.Kau cantik Mas bila senyum dan ketawa macam tu.” Norizan Mastura mencebirkan bibir.

“Dah la.Jangan nak puji lebih-lebih.Jomlah pergi bersiap nanti ketinggalan bas plak.” Norizan Mastura terus bangun dan menanggalkan telekung lalu di lipat dan di masukkan ke dalam beg.Semua pakaian sudah di kemas.Kalau di ikutkan emak dan ayahnya nak datang menjemputnya di Jerantut tapi dia yang menegah.Sepanjang dua tahun di sini Norizan Mastura tidak pernah pulang ke Kedah cuma keluarganya saja yang akan datang sebulan sekali melawatnya.Kebetulan dia ada bapa saudara di Temerloh dan di Kuantan.Kalau dia rindu pada keluarga dia akan pulang saja beramai di rumah bapa saudaranya.

“Fina,tolong aku!” macam biasa bila nak mengenakan selendang Norizan Mastura akan meminta tolong Afina mengemaskan pin di selendangnya.

“Kau ni kan,ini dah hari last.Dah dua tahun tau aku ajar kau macam mana nak pakai selendang ni.Nanti aku tak ada, sape plak nak tolong kau?” Afina mula membebel.Norizan Mastura hanya ketawa.

“Nanti balik Kedah aku borong la tudung arini banyak-banyak.Apa susah.” Norizan Mastura tetap menjawab.

“Tak comey lagi la Mas aku.Nanti bila dah pakai arini.Dah jadi mak cik-mak cik.” Afina ketawa.Dia sekadar bergurau dengan teman baiknya itu.

“Biarlah! Janji tutup aurat! Kan? Kan?” Norizan Mastura jongketkan kening pada Afina.

“Yalah tu.”Afina beralah saja.Dah tahu sangat kalau bercakap dengan Norizan Mastura dia takkan menang.Ada saja yang nak di jawabnya.

“Dah,..! Jomlah kita bertolak.Kau dah chek kot-kot ada barang-barang yang tertinggal.” Afina mengingatkan Norizan Mastura.

“Hmm,memang ada.Kenangan dengan kau kat sini.” Norizan pandang Afina sayu.Sekali lagi mereka berpelukan.

“I’ll sure, i will miss you a lots!.”

“Me too!” dan bermula lagi episod baru.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.