Novel : Ejan Mas Sayang 12

21 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 12

TIBA juga Ejan di negeri kelahirannya Kedah Darulaman.Ketika bas membelok keluar dari lebuhraya tadi Ejan dah menghubungi alongnya untuk mengambilnya di Pekan Rabu.Harap-harap bila bas berhenti di Pekan Rabu nanti along sudah sedia menantinya.Beberapa jam dalam perjalanan Ejan dah terlalu letih di tambah pula dengan kusutnya fikirannya yang sentiasa berjalan.Banyak persoalan yang sedang bermain di mindanya.Apa khabar dengan geng-geng lepaknya?.Apa khabar dengan kak Jun sekeluarga?.Dan yang paling menyesakkan fikirannya adalah,sudah kahwinkah Irfan? Sudah ada anakkah Irfan?. Sekali lagi hati Ejan merintih.Kembali ke sini bermakna hati Ejan akan kembali terluka.Apa yang mampu di pohon,mudahan Irfan sudah tidak bertugas di negeri Kedah ini lagi dan mudahan Ejan takkan lagi terserempak dengan wajah Irfan di mana-mana.

Ejan memandang keluar tingkap bas.Nampaknya lagi beberapa minit bas akan sampai.Dalam resah Ejan gembira juga.Dalam takut ada jugak perasaan tidak sabarnya untuk pulang ke rumah.Kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat kelahiran sendiri.

Selepas turun dari bas Ejan meninjau keadaan sekeliling.Mencari gerangan di mana along tersayang tapi tak kelihatan.Mahu tak mahu Ejan mengeluarkan HPnya dari dalam beg dan no alongnya di dail.Talian berjawab.Ejan lega.

“Assalamualaikum along.Mai dakgi?.Ejan dah sampai ni.”

“Waalaikumusalam,tunggu sat.Along nak sampai dah.Sat ja lagi.”

“K,.Ejan tunggu depan ni.Jangan buat-buat tak kenai Ejan dah la.” Ejan tergelak kecil.

“Awat? Ejan dah tumbuh tanduk ka?” spontan alongnya mengenakan Ejan pula.

“Cehh,banyak la tanduk along.K,cepat sikit.Ejan tunggu depan Pekan Rabu tau.Kat tepi tangga jejantas ni satgi along pi lajak amik kat Shahab plak!”

“Okey, along dah sampai ni”

Talian terputus.Ejan memandang di jalanraya.Kereta berpusu-pusu.Ejan cuba mengecam setiap kereta yang lalu lalang.Bulan lepas mak Ejan bagitahu Ejan, along dah tukar kereta baru.Along dah tukar Honda civic.Sebuah kereta berhenti di depan Ejan.Ejan menelek wajah pemandu.Ada dua orang kanak-kanak di kusyen belakang.Tingkap depan di buka.Ejan tersengeh.

“Along!” Ejan memanggil setelah kereta di hampiri tapi alongnya memandang dirinya kehairanan.

“Ejan?” alongnya pula menyoal.

Ejan terus membuka pintu kereta dan duduk di sebelah alongnya.Tangannya di hulur pada alongnya untuk bersalaman.Alongnya dah panik!Wajah Ejan di pandang tak berkelip.

“Along ni awat? Macam nampak hantu!”

“Ejan! Ya Allah! Alhamdulillah,along ingatkan Yuna dah silap naik kereta along.” pantas saja bahu alongnya di tampar.Kedua anak alongnya sudah mengekek ketawa.

“Mak su lawa la.Ingatkan artis mana.”Aiman anak kedua alongnya bersuara.

“Tak sangka berbaloi jugak adik along ni pi merantau tempat orang.Pi selekeh tapi balik anggun bergaya.” Azman bersuara semula setelah yakin yang baru duduk di sebelahnya adalah adik bongsunya.Memang dia langsung tak mengecam Ejan sebentar tadi.Dengan baju kurung moden terkini di hiasi manik berwarna warni dan lilitan selendang dengan warna yang senada dengan warna bajunya. Ejan memang nampak berbeza dengan Ejan yang dulu.Berambut pendek,bertopi dengan baju T dan berseluar jean.Memang Ejan yang pulang sekarang adalah Ejan yang baru.Ejan pun dah pandai mengenakan make up.Nampak wajahnya lebih berseri dengan eye shadow yang di sapukan di kelopak matanya dan gincu bibir berwarna merah darah.Padanlah Azman tak mengecam tadi.Agak-agaknya kalau Irfan turut ada bersama pasti Irfan pun akan teruja akan penampilan baru Ejan.Hiesy..Irfan lagi! Macam manalah Ejan tak sedih.Hanya nama Irfan yang sering di sebut dihatinya.

DARI JAUH Ejan sudah melihat orang ramai dirumahnya.Hatinya tiba-tiba di ulit resah lantas wajahnya di palingkan ke arah alongnya.

“Awat yang ramai sangat tu along?”

“Anak bongsu kesayangan balik tentulah kena buat kenduri kesyukuran.” Azman menjawab sambil tersenyum.Sengaja mereka rahsiakan dari Ejan.Kalau di beritahu terlebih dahulu mereka takut Ejan akan batalkan niatnya untuk pulang.

“Awat tak bagitau kat Ejan.” Ejan tarik muncung.Terasa benar hatinya.

Kereta berhenti di laman rumah.Ejan mula resah bila ramai orang mula tertinjau-tinjau dan memandang ke arah mereka.Ejan malu untuk berhadapan dengan orang-orang kampung.

Mahu atau tidak Ejan tetap kena turun.Dengan perlahan Ejan membuka pintu kereta.Wajahnya cuba dimaniskan sedaya mungkin.Azman di sebelah sudah mengeleng kepala.Anak-anak Azman sudah lama berlari masuk ke dalam rumah.Ejan menyalami setiap orang wanita yang ada di luar rumah.Semua orang memandang Ejan dengan rasa tidak percaya.Ejan senyum pada semua orang.

“Alhamdulillah.Sampai juga anak mak.” Puan Salima menyambut Ejan di muka pintu.Ejan memaut tangan emaknya dan bersalaman.Puan Salima memeluk Ejan.Berlaku drama air mata seketika.Kedua pipi Ejan di ciumnya untuk melepaskan rindu.Air mata Ejan bercucuran laju.Begitu juga dengan Puan Salima.
Welcome back Ejan!

Ramai yang menegur perubahan Ejan dan ramai yang memuji Ejan.Ejan hanya senyum.Kalau dulu Ejan pasti menjawab balik tapi pengalaman menjadikan Ejan lebih dewasa dan matang.

“Ejan,kalau aku tau la hang jadi perempuan, akan jadi lawa macam ni dari dulu lagi aku masuk minang hang.Aku tak kisahlah kalau long Pa nak letak hantaran 20 ribu sekali pun, aku sanggup!.” ayat pertama Amri setelah puas menelek Ejan.Ketika Ejan turun kereta dia sendiri tidak percaya itu adalah Ejan.Kulit Ejan yang semakin cerah dan gebu itu pun menjadikan Amri dan yang lain jadi keliru.

“Huh! Kalau hang nak bawa 50 ribu pun kirim salam la aku nak terima.” selamba saja Ejan membalas.

“Amboih! Hang boleh cakap macam tu! Kot-kot ayat makan tuan satgi.Berlutut kot hang dok reyau nak kawen dengan aku satgi.” Amri rasa tercabar.Dia tahu Ejan bawa diri sebab Irfan dan dia juga tahu Irfan pun masih setia menunggu Ejan.Sengaja dia ingin bergurau dengan Ejan.

“Elehh..” sepatah Ejan membalas.Amri hanya sengeh.

Petang tu Ejan berehat di belakang rumah.Banyak perubahan yang berlaku semasa ketiadaan Ejan.Rumah mereka sudah di besarkan.Bilik sudah di tambah apatah lagi Hadi dah nak kahwin.Pangkin belakang rumah sudah di ganti dengan kerusi dan meja batu.

“Lepaih ni hang nak buat apa?” Amri tanya Ejan.Ingin juga tahu apa perancangan Ejan.

“Aku tunggu hang la masuk minang.Lepaih tu aku dok rumah la jadi isteri mithali.”Ejan sengeh sambil jungkitkan keningnya beberapa kali.

“Hang ni memang cakap tak serupa bikin la.Tadi jual mahal.Ni nak suruh aku masuk minang plak!”

“Dengan hang mana boleh cakap betoi-betoi.Kena ada putar belit sikit baru best.” Ejan gelak.Amri buntangkan mata.

Sedang rancak mereka berbual Hadi datang ke belakang rumah.Bersamanya ada Ijam dan Shahril.Dan mata Ejan bagaikan terkena panahan beracun bila ada orang lain ikut serta.Panahan beracun itu terus menusuk hingga ke hati.Ejan terus bangun dan melangkah pergi tanpa kata.Yang lain hanya memandang.Irfan memandang Ejan dengan perasaan yang amat terluka.
Maafkan abang Ejan! Ayat itu hanya berbunyi dihati.

Ejan terus menuju ke bilik.Bila bertembung dengan kak Lijah tadi Ejan bagitau dia letih dan nak berehat.Sejak pulang tadi dia mana sempat berehat lagi.Tapi hanya Ejan yang tahu berehat tu hanyalah satu alasan.Di bilik Ejan berteleku di birai katil.Tudung di kepala di buang dan di letakkan di tepinya.Ejan capai bantal dan merebahkan kepalanya.Di fikirannya hanya terbayangkan wajah Irfan.Dua tahun tidak bertemu memang banyak perubahan yang dia lihat.Irfan sudah menyimpan kumis.Badannya sedikit kurus berbanding dulu dan rambutnya di sisir kemas.Lebih pendek dan nampak lebih matang.Ejan tak tahu sama ada nak bergembira atau bersedih.Dia sendiri rasa keliru dengan perasaannya sendiri.Seketika telinganya menangkap bunyi lagu pantas Ejan mencari.HP didalam beg sandangnya sedang berbunyi nyaring minta di layan.Satu panggilan tak di jawab.Ejan memeriksa.Panggilan dari Afina,belum sempat Ejan mendail no Afina panggilan dari Afina kembali bergema.

“Assalamualaikum Fina!”

“Waalaikumusalam dear,kau okey?”

“So far so good! How about you?” Ejan tersengeh sendiri.Sejak bila aku jadi mek saleh plak ni?

“Aku okey ja.”

“Aku pun okey.” Ejan membalas.

“Really? Are you sure?”

“Actually..i’m not okey! Dia ada di sini.Irfan ada di sini tapi masalahnya aku sendiri keliru.Aku tak tahu sama ada patut happy or bersedih.Hati aku ni sakit sangat Fina tapi aku juga keliru dengan perasaan aku ni.”

“Be positif k.I know you can do it.Mas,.aku sayang kau.Sayang sangat-sangat.Nak selesaikan masalah kita perlu berdepan dengan masalah.Apa kata kalau kau bagi diri kau peluang.Take your time and discuss with him.”

“Nak bincang apa plak? Aku bukan ada masalah pun dengan dia.Lagipun mungkin dia dah jadi suami orang pun!”

“Mana kau tau dia dah jadi suami orang.You ask him?”

“Aku agak-agak ja.”

“Hmm,.tu la kau asyik main serkap jarang ja kan..But,.. now open your mind.Berdepan dengan dia dan settlekan masalah korang.Luahkan apa perasaan kau dan cuba dengar plak apa luahan hati dia.Jangan berat sebelah Mas.Dia pun manusia jugak ada perasaan.” Ejan garu kepala yang tidak gatal.

“Aku lagi kompius tahap gaban dah la ni! Kau memihak sapa ni?”

“Err..sejujurnya aku tak memihak mana-mana pun.Tapi semakin kau lari semakin kau sakit hati.Kalau kau tak mau bagi dia peluang kau bagilah diri kau peluang.”

“Entahlah.Aku serahkan semuanya pada takdir.Aku bukan tak mau tapi aku tak percayakan diri aku sendiri.I love him so much and I can’t forget him.Kau tahukan hati aku.Dua tahun aku cuba lupakan dia tapi lagi aku cuba lagi aku sakit hati.Aku tak mampu Fina.”

“Sementara dia ada depan kau, kau carilah peluang untuk berdepan dengan dia.”

“Face to face?”

“Yupp!!”

“Uhff!,.aku takut!”

“Kau anggap ja dia Lee Min Ho bukan abang Irfan kau!” Ejan tergelak kecil.Ada-ada ja Fina ni.

“Tengoklah macam mana tapi aku tak mau jadi perigi cari timba.Thanks Fina.”

“Most welcome dear!”

Hurmmm..Mampukah aku?


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.